MALAYSIAKINI
Pelbagai pihak sebelum ini tampil dengan tuntutan agar kerajaan agar
bertindak ke atas pihak yang menimbulkan kebencian kaum dan agama.
Kali ini, seruan itu datang dari Datuk Zulkifli Noordin, yang sebelum ini sering dituduh melaga-lagakan antara kaum.
Bekas naib presiden PERKASA itu dalam satu tulisan blog menggesa pihak
berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas Timbalan Ketua Menteri II
Pulai Pinang, P Ramasamy.
Ia berhubung kenyataan balas Ramasamy ke atas satu kenyataan Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung kemungkinan kejadian
satu lagi rusuhan kaum.
Ramasamy antara lainnya berkata, DAP tidak gentar dengan kenyataan tersebut walau GERAKAN, MCA dan MIC mungkin sebaliknya.
Mengulas kenyataan itu, Zulkifli mendakwa, kata-kata tersebut
mengandungi elemen hasutan yang menurutnya boleh mengancam keselamatan
negara.
“Saya mendesak pihak berkuasa terutamanya SKMM (Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia) dan Peguam Negara supaya lebih agresif dan tegas
dalam... menguatkuasakan undang-undang bagi mengheret para anasir
ekstremis, pelampau agama dan perkauman ke muka pengadilan untuk
dikenakan hukuman keras jika sabit kesalahan,” katanya.
Sokong Muhyiddin
Beliau juga mengingatkan Ramasamy bahawa tragedi beradar 13 Mei 1969 di
antara golongan Melayu dan Cina adalah ekoran dari “politik kaum DAP”
dan ekstremis agama.
Dalam tulisan di laman zul4kulim.blogspot.com itu, Zulkifli turut menyatakan sokongan ke atas Muhyiddin.
“Sampai bila umat Melayu-Islam boleh bersabar melihat agama, bangsa,
negara dan Raja-Raja dihina, diperlekeh, dibangsatkan dan dimaki hamun
sebegitu rupa tanpa sebarang tindakan tegas dan jelas terhadap mereka
yang terlibat?
“Saya menyokong penuh peringatan TPM yang khuatir peristiwa berdarah 13
Mei 1969 mungkin berulang melihat kepada tindak tanduk dan gelagat
anasir ekstremis dan pelampau agama dan perkauman akhir-akhir ini,”
katanya.
Dakwamya, tindakan provokatif oleh golongan cauvinis dan pelambau agama
itu menyebababkan timbul perasaan tidak puas hati di kalangan golonga
Melayu dan Islam.
“Setakat ini anasir cauvinis ini bernasib baik kerana umat Melayu-Islam
masih lagi bersabar dan bertolak ansur sesuai dengan ajaran Islam yang
mementingkan keamanan dan perpaduan.”
No comments:
Post a Comment