SHAH ALAM: Seorang pemimpin PAS Selangor hari ini melahirkan harapan
kepimpinan parti itu akan menggunakan kebijaksaan bagi memastikan PAS
kekal dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP di samping mengatasi
kemelut Menteri Besar Selangor.
ADUN Hulu Kelang Saari Sungib berkata setahu beliau, semua pimpinan PAS
sebulat suara untuk kekal dalam Pakatan Rakyat namun mengakui perbezaan
pandangan pimpinan PKR dan PAS harus diatasi.
"Pimpinan mengatakan kita akan terus bersama PR namun perbezaan
pandangan itu patut diselesaikan pada tahap semua peringkat ikut
kebijaksanaan semua peringkat dan berharap kebijaksanaan itu terus
dikekalkan," katanya kepada Antarapos.
"Tidak ada mana-mana pemimpin PAS mana-mana peringkat mengatakan PAS
akan bersendirian, tak ada. Semua mengatakan kita akan bersama Pakatan
Rakyat," tegasnya.
Saari akur kepada hakikat parti itu tidak boleh menggenggam kuasa
politik seperti sekarang jika ia keluar daripada Pakatan Rakyat.
ADUN Hulu Kelang itu berkata sejarah membuktikan PAS memperolehi
kejayaan terbesar apabila bergading dengan parti pembangkang lain
menerusi Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat.
Beliau mengulas ramalan DAP Selangor bahawa PAS berkemungkinan kalah
teruk di Selangor jika parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat dan
menghadapi pilihan raya negeri mengejut jika bertegas mahu Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar.
"Kalau PAS tanding sendiri pun memang payah nak menang. Kita sedar itu
sebab itu kita dari awal-awal bersama-sama Barisan Alternatif. Kemudian
bila DAP keluar pun kita kekalkan Barisan Alternatif ini pada pilihan
raya 2008 dan bila menang rakyat nak PR bergabung," kata beliau.
" Pada pilihan raya 2013 PAS memang banyak kerusi apabila bersama-sama PR," kata Saari kepada Antarapos.
Beliau meredakan kebimbangan DAP bahawa parti itu cenderung untuk
menarik keluar daripada Pakatan kerana mahu Khalid terus memimpin
Selangor walaupun beliau ditolak oleh partinya sendiri, PKR dan DAP.
"Sehingga kini komitmen kami (dan) saya sebagai ADUN dan ADUN PAS akan
terus mengukuhkan PR dan tak berhasrat untuk bertanding
sendiri-sendiri," katanya.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua hari ini memberi amaran Barisan
Nasional berkemungkinan merampas kembali Selangor daripada Pakatan
Rakyat jika pilihan raya negeri mengejut diadakan.
Beliau memberi amaran perpecahan Pakatan Rakyat boleh menyebabkan PAS
kalah di kebanyakkan daripada 15 kerusi DUN yang disandang sekarang.
Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, Majlis Ulama dan Mursyidul Am PAS
Datuk Nik Aziz Nik Mat bertegas mahu Khalid terus menjadi Menteri Besar
dan menolak cadangan PKR yang mahu menggantikannya dengan Presiden PKR
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Kemelut itu berpaksi kepada keengganan PAS menyokong hak PKR
menentukan calon Menteri Besar walaupun parti itu (PKR) menerajui
kerajaan negeri Selangor sejak 2008.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad ketika dihubungi Antarapos enggan mengulas ramalan Pua itu kerana diarahkan oleh parti untuk kunci mulut.
"Tak boleh komenlah sebab semalam dah dapat arahan, kalau buat
kenyataan akan dikenakan tindakan. Kita tak boleh komen sebab setiausaha
agung kata tak boleh komen," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Sementara itu, Saari ketika diminta mengulas berhubung tindakan yang
bakal dikenakan terhadap Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan, Dr Mohd
Zuhdi Marzuki di atas kesan tulisan beliau dalam WhatsApp AJK PAS Pusat beliau berkata PAS Pusat wajar memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.
"Atas kebijaksanaan PAS Pusat kita berharap Pusat memberi penjelasan yang sejelas-jelasnya tentang isu tersebut," tambahnya.
Zuhdi dilaporkan membayangkan scenario PAS keluar daripada Pakatan
Rakyat dan bersekongkol dengan Umno dan Khalid untuk terus menerajui
Selangor.
Beliau dilaporkan berkata scenario sedemikian akan turut memantapkan kuasa politik Melayu di negeri berkenaan
No comments:
Post a Comment