Akhirnya Umno mendapat nakhoda baru selepas kapal mereka berlabuh akibat dibadai pengundi pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini dilihat bakal
menjadi perdana menteri - sehinggalah BN kecundang di tangan Pakatan
Harapan (HARAPAN) - dipilih majoriti anggota parti untuk menjadi
presiden mereka.
Setakat jam 9.10 malam ini anggota parlimen Bagan Datuk itu
memperoleh 85 undi sekali gus tidak memungkinkan mana-mana calon
mengejarnya lagi.
Dua lagi calon utama yang bersaing untuk mengisi tempat ditinggalkan
oleh Datuk Seri Najib Razak ialah anggota parlimen Rembau yang juga
bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, serta veteran Umno
Tengku Razaleigh Hamzah.
Khairy mendapat 49 undi manakala Tengku Razaleigh cuma 22 undi.
Untuk rekod ini adalah percubaan kedua Tengku Razaleigh untuk menjadi
presiden selepas 1987.
Kira-kira 31 tahun lalu cubaan beliau digagalkan
oleh kelebihan 43 undi yang memihak kepada perdana menteri ketika itu,
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sementara itu bagi perebutan jawatan timbalan presiden, bekas menteri
besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan semakin hampir menjadi
pemenang apabila setakat 9.25 malam, beliau sudah mempunyai 70 undi.
Mohamad hanya memerlukan 26 undi lagi untuk menjadi pemenang.
Pencabar tunggalnya, Tan Sri Annuar Musa ketinggalan dengan setakat ini
hanya meraih 50 undi.
Setakat 5.52 petang, Ahmad Zahid Hamidi mendahului 4 calon lain bagi jawatan presiden Umno.
Menurut sumber, keputusan penuh pemilihan Umno akan diumumkan melalui sidang media atau laman web Umno Online. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Pucuk pimpinan baru Umno yang akan menerajui parti itu
sehingga 2021, dijangka diketahui awal pagi nanti, menurut seorang
sumber.
Katanya, pengumuman rasmi kepimpinan tertinggi dalam pemilihan Umno
itu akan dibuat Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selepas
proses pengiraan undi selesai.
“Pengumuman rasmi keputusan akan dibuat paling awal jam 1 pagi esok oleh setiausaha kerja.
“Keputusan penuh akan diumumkan sama ada melalui sidang media atau
laman web Umno Online, sebarang keputusan awal dikeluarkan sebelum waktu
itu adalah tidak rasmi,” kata sumber kepada FMT.
Ibu Pejabat Umno turut memaklumkan keputusan pemilihan kepimpinan
tertinggi parti itu tidak akan dipaparkan di Auditorium Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) seperti pemilihan 3 sayap pada minggu lalu.
Setakat 5.42 petang tadi, keputusan tidak rasmi menunjukkan pemangku
presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendahului pertandingan
jawatan presiden dengan 36 undi, diikuti Khairy Jamaluddin dengan 30
undi dan Tengku Razaleigh Hamzah 10 undi.
Bagi jawatan timbalan presiden pula, Datuk Seri Mohamad Hassan
mendahului dengan 10 undi dan Tan Sri Annuar Musa mendapat 8 undi.
Hala tuju Umno akan ditentukan 146,000 perwakilan dalam 191 bahagian
di seluruh negara, menerusi pemilihan yang dianggap terpenting dalam
sejarah parti itu selepas kekalahan mengejut pada pilihan raya umum
ke-14.
Jawatan presiden Umno menjadi tumpuan, selepas Datuk Seri Najib Razak
melepaskan jawatan itu pada 12 Mei lalu atas kekalahan parti itu dan
Barisan Nasional pada 9 Mei lalu.
Jawatan presiden Umno menyaksikan pertandingan 5 penjuru antara
Zahid, Khairy, Razaleigh dan 2 calon kurang dikenali, Mohamed Iqbal
Maricair serta Yusof Musa @ Jamaludin.
Ini adalah kali pertama jawatan presiden dipertandingkan sejak
pemilihan pada 1987 yang memecahbelahkan parti itu, di mana Razaleigh
kalah tipis 43 undi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Setakat 8.18 malam, Zahid mendapat 58 undi, disusuli Khairy Jamaluddin dengan 47 undi dan Tengku Razaleigh Hamzah 22 undi.
PETALING JAYA: Pemangku presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
masih mendahului pertandingan 5 penjuru untuk jawatan tertinggi parti
itu, setakat 8.18 malam ini.
Zahid mendapat 58 undi, disusuli Khairy Jamaluddin dengan 47 undi dan Tengku Razaleigh Hamzah 22 undi.
Bagi jawatan timbalan presiden pula, Mohamad Hasan meraih 27 undi
berbanding Tan Sri Annuar Musa 16 undi, setakat 8.19 malam ini.
Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob mendahului pertandingan 7 penjuru bagi naib presiden Umno
dengan 16 undi.
Ia disusuli bekas menteri kewangan kedua, Datuk Seri Johari Abdul
Ghani (15 undi), bekas menteri pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid (14
undi) dan bekas menteri besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
(13 undi).
Bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri
Tajuddin Abdul Rahman pula mendapat 12 undi dan bekas menteri besar
Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said jauh ketinggalan dengan hanya 1 undi.
Ada 191 bahagian Umno di seluruh negara dengan 146,000 perwakilan
membuang undi sejak pagi tadi dan proses mengundi tamat kira-kira 5
petang di sesetengah bahagian.
Setakat ini, keputusan tidak rasmi Umno menunjukkan 110 bahagian sudah mengundi.
Pemilihan Umno ditangguhkan sejak 2016 bagi membolehkan parti itu
menumpukan perhatian kepada pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu.
Jawatan presiden Umno menjadi tumpuan, selepas Datuk Seri Najib Razak
melepaskan jawatan itu pada 12 Mei lalu atas kekalahan parti itu dan
Barisan Nasional pada 9 Mei lalu.
Jawatan presiden Umno menyaksikan pertandingan 5 penjuru antara
Zahid, Khairy, Razaleigh dan 2 calon kurang dikenali, Mohamed Iqbal
Maricair serta Yusof Musa @ Jamaludin.
Ini adalah kali pertama jawatan presiden dipertandingkan sejak
pemilihan pada 1987 yang memecahbelahkan parti itu, di mana Razaleigh
kalah tipis 43 undi kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria mencadangkan
akta itu mewajibkan wakil rakyat yang keluar parti perlu mengosongkan
kerusi itu untuk rakyat memilih semula wakil mereka.
Razman
Zakaria berkata, budaya lompat parti tidak baik untuk masa depan negara
dan boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan dipilih rakyat melalui
sistem amalan demokrasi. (Gambar Bernama)
BAGAN SERAI: PAS Perak menggesa kerajaan Pakatan Harapan menggubal
Akta Anti Lompat Parti berikutan “fenomena” wakil rakyat melompat parti
ketika ini.
Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria berkata budaya lompat parti
tidak baik untuk masa depan negara dan jika dibiarkan berterusan, ia
boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan dipilih rakyat melalui sistem
amalan demokrasi.
Beliau berkata, sebahagian besar rakyat mengundi atas dasar parti
bukan individu dan semua wakil rakyat bertanding atas tiket parti,
kecuali calon bebas.
“Jika mana-mana wakil rakyat hendak lompat parti atau keluar parti
menjadi wakil rakyat bebas, kerusi ditandingi pemimpin tersebut mesti
dikosongkan bagi membolehkan rakyat memilih semula.
“Itulah antara perkara yang perlu ada dalam cadangan akta itu kerana
mandat memilih wakil rakyat baru bagi kawasan wakil rakyat lompat parti
terbabit harus diserahkan kembali kepada rakyat,” katanya pada Program
Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Bagan Serai di Masjid Tinggi hari ini.
Razman yang juga adun Gunung Semanggol berkata, senario wakil rakyat
keluar parti perlu dibendung sepenuhnya kerana keputusan mereka boleh
menentukan sama ada bertukarnya atau tertubuhnya kerajaan baru.
Bahrin
turut menyatakan bahawa pemilihan suara para pewakilan UMNO adalah
dibuat berdasarkan debat antara presiden yang disiarkan oleh Astro AWANI
malam tadi. - Foto Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
KOTA KINABALU: Para
perwakilan UMNO Kota Kinabalu sebulat suara memilih Naib Presiden UMNO,
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO pada pemilihan parti
itu, hari ini.
Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Kinabalu,
Bahrin Abdul Karim berkata pemilihan itu adalah untuk memastikan
kepimpinan UMNO di bawah Ahmad Zahid kekal relevan bagi menggembalikan
kegemilangan parti keramat Melayu tersebut.
"Untuk kali ini
rata-rata ahli UMNO Kota Kinabalu dan perwakilan telah menunjukkan untuk
memilih calon Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden UMNO.
"Ini berikutan kebanyakan mereka mahu kepimpinan itu terus relevan di
masa akan datang dan berharap agar beliau (Ahmad Zahid) dapat
mengembalikan kepercayaan dan sokongan padu rakyat terhadap parti ini,"
katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui AWANI dalam
Mesyuarat Pewakilan UMNO Bahagian Kota Kinabalu di Pusat Dagangan Sabah,
Likas, pada sabtu.
Dalam pada itu, Bahrin turut menyatakan
bahawa pemilihan suara para pewakilan UMNO adalah dibuat berdasarkan
debat antara presiden yang disiarkan oleh Astro AWANI malam tadi.
Bahrin turut menyatakan, pemilihan kali ini jelas mengaplikasikan
sistem demokrasi yang mana perwakilan diberikan kebebasan untuk memilih
calon tanpa ada sekatan atau halangan tertentu.
"Dalam pemilihan
kali ini jelas demokrasi diwujudkan dan kita buka kepada perwakilan
untuk memilih dan menilai sendiri pemimpin itu melalui debat semalam,"
katanya.
BEKAS ketua menteri Melaka Idris Haron gagal mempertahankan jawatan ketua Umno Bahagian Tangga Batu, lapor akhbar The Star Online sebentar tadi.
Beliau hanya mendapat 161 undi berbanding pencabarnya Mohammad Ali Mohamad yang meraih 353 undi dalam keputusan tidak rasmi.
Keputusan rasmi dijangka diumumkan pada jam 8 malam nanti.
Dipercayai semua “Team Idris” juga gagal merebut jawatan ditandingi mereka.
Kekalahan Idris sudah dijangka susulan desakan akar umbi
Umno Bahagian Tangga Batu yang sebelum ini mahu beliau bertanggungjawab
atas kekalahan memalukan Umno di Melaka dan meletak semua jawatan dalam
parti peringkat negeri.
Sebelum pemilihan, akar umbi juga membuat permohonan kepada Umno
Pusat supaya kelayakan bertanding Idris dibatalkan kerana didakwa mengamalkan politik wang,
dengan menawarkan elaun RM1,000 setiap bulan dan seekor lembu korban
setiap tahun untuk setiap cawangan yang menyokongnya dalam pemilihan
parti tahun ini dalam manifestonya.
Barisan Nasional yang diterajui Umno kalah tipis pada Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14) di Melaka, hanya menang 13 kerusi DUN berbanding 15
DUN yang dimenangi Pakatan Harapan, seterusnya menyebabkan perubahan
kerajaan negeri
PENGERUSI Badan Perhubungan Umno Pahang
Adnan Yaakob hari ini mengesahkan bahawa akaun Umno Pahang dan Umno
Bahagian Bentong telah dibekukan pihak berkuasa.
Beliau berkata tindakan membekukan akaun itu dibuat selepas beliau
bertemu Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin pada 19 Jun
lepas yang bertanya jika Umno Pahang menerima bantuan daripada ibu
pejabat parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
“Saya katakan betul bahawa Umno Pahang ada menerima dua keping cek
dan nilainya telah saya beritahu kepada Tun (Daim). Cek itu dimasukkan
ke dalam akaun parti, bukan akaun peribadi saya.
“Saya ada menyimpan salinan imbasan cek dan penyata banknya. Ini
memudahkan pihak berkenaan mendapatkan butiran dalam siasatan yang
dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Perwakilan
Umno Bahagian Bentong di Dewan Arena Bentong hari ini.
Adnan yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai mengakui
beliau pada awalnya “hairan” dengan tindakan membekukan akaun Umno
Bentong namun, bersikap terbuka selepas mengetahui sebabnya.
Menurutnya, Bendahari Umno Bentong Noor Azmi Jaafar memaklumkan
bahawa Umno Bentong juga menerima sekeping cek sebagai bantuan daripada
ibu pejabat Umno.
“Kalau begitu, wajar juga untuk membekukan akaun Umno Bentong. Ini
semua untuk memudahkan siasatan dan kita terbuka. Kita akan siapkan
semua dokumen yang diperlukan dan beri kerjasama,” katanya.
Adnan yang juga bekas menteri besar Pahang mengakui Umno Pahang
mengalami “sedikit kesukaran” untuk bergerak ekoran pembekuan akuan
tersebut tetapi mereka perlu belajar untuk hidup dengan apa seadanya.
“Saya bukan menteri besar yang berniaga, tapi ada beberapa anggota
dalam parti yang ada perniagaan dan kewangan yang kukuh sanggup
menyumbang kepada parti. Kita pun bergerak setakat yang termampu.
“Umno dahulu pun bermula bukan terus senang tapi kita ada semangat.
Jika semangat itu kita pegang, sanggup bersusah maka, tidak akan menjadi
masalah untuk kita bangkit semula,” katanya.
Pada persidangan itu, Adnan mempertahankan jawatan ketua Umno
Bahagian Bentong yang disandangnya sejak 1987 selepas memperoleh 296
undi menewaskan pencabarnya Kapten (B) Shamsuddin Moner yang mendapat 51
undi.
Sementara itu, perwakilan Bentong juga memilih Mohamad Zaini Salleh
sebagai timbalan ketua bahagian dan Johari Harun sebagai naib ketua.
Adnan berkata ahli Umno harus menerapkan tiga aspek bagi
mengembalikan semula martabat parti itu supaya kembali mendapat
kepercayaan rakyat pada masa depan.
“Tiga aspek itu adalah mempunyai jiwa kuat dalam perjuangan, ubah
penampilan dan ketrampilan sesuai dengan rakyat serta mempunyai kelakuan
baik iaitu tidak sombong, elitis dan peduli dengan rakyat,” katanya. –
Bernama,
BEKAS presiden Umno Najib Razak mengambil
tanggungjawab terhadap kegagalan partinya memenangi Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14), sambil mengakui yang beliau adalah antara faktor yang
menyebabkan kekalahan itu.
Katanya, ia juga adalah sebab mengapa beliau melepaskan jawatan
presiden Umno meskipun terdapat kelemahan di setiap peringkat parti.
“Ya… memang parti lawan serang kita dan buat pelbagai janji palsu,
tetapi kita juga ada kelemahan dalaman. Walaupun saya terima
tanggungjawab moral kekalahan ini dengan meletakkan jawatan, tetapi
hakikatnya kelemahan dan kepincangan berlaku berlaku semua peringkat
dalam parti.
“Saya yang menanggung, yang lain semuanya senyap sepi. Tetapi tak
mengapalah, mereka tidak perlu letak jawatan, kalau semua letak jawatan,
lumpuhlah,” kata bekas perdana menteri itu dalam ucapan
perasmian mesyuarat Umno bahagian Pekan, hari ini.
Beliau turut menggesa ahli Umno untuk kembali kepada asas perjuangan parti Melayu itu.
“(Kita) juga (perlu) ubah sikap, nilai, pendekatan, perilaku kita dan segalanya supaya kita ini kembali rakyat,” katanya.
Beliau berkata sudah tiba masanya untuk ahli Umno meninggalkan amalan politik wang.
“Semasa PRU lalu, kita tewas kepada parti yang tidak mengeluarkan
belanja yang banyak, pejabat bahagian pun entah di mana, pondok panasnya
tutup yang paling awal, tetapi kita walaupun berpusu-pusu ke bangsal
(semasa kempen), tetapi kalah.
“Kita apabila tak dapat duit merajuk, apabila bagi duit, dah dapat
duit, kata belum dapat. Ada pula calon tidak belanja dan sorok
peruntukan, macam mana kita tidak kalah, jika kita ada sikap sebegini,
maknanya kita sendirilah sebenarnya punca kekalahan parti,” katanya.
Beliau dalam pada itu turut mempersoalkan tindakan kerajaan membekukan akaun Umno.
Najib menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan kerana Umno sebagai parti politik tidak seharusnya dihukum
“Barisan Nasional dan Umno sudah tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14
baru-baru ini. Hari ini, kita berdepan pula akibatnya termasuk
membekukan akaun Umno, akaun beberapa parti dalam BN dan Umno Negeri.
“Jika mereka mahu melakukan siasatan teruskan, tetapi kenapa perlu
membekukan akaun berkenaan. Sepatutnya tindakan diambil terhadap
individu dan bukannya parti dan ahlinya.
“Umno adalah parti politik di bawah sistem demokrasi dan mempunyai
tanggungjawab ke atas rakyat…kita tidak menubuhkan parti ini untuk
suka-suka, tetapi perlu menguruskan daripada peringkat akar umbi di
cawangan, bahagian dan negeri,” katanya.
KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) akan
menawarkan perkhidmatan yang boleh memperbanyakkan lagi peluang
pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat untuk meningkatkan lagi taraf
hidup mereka, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Katanya ini berbeza sekali dengan pendekatan kerajaan lepas yang
lebih cenderung untuk memberikan sogokan kewangan bagi mendapatkan
sokongan rakyat.
“Bukan cara kita untuk menghulurkan sogokan kepada rakyat dengan
harapan sokongan akan diberikan oleh rakyat,” katanya ketika berucap
pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Langkawi di
Dewan Kompleks Sukan LADA di Langkawi.
Katanya kemenangan beliau sebagai ahli Parlimen Langkawi dan dua
orang lagi calon PH, iaitu Juhari Bulat sebagai ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Ayer Hangat dan Mohd Firdaus Ahmad sebagai Adun Kuah,
menjadi bukti rakyat di Langkawi tidak mudah dipengaruhi taktik sogokan
yang digunakan oleh BN dalam pilihan raya lepas.
“Saya dengar dalam pilihan raya lepas Barisan Nasional membelanjakan
berjuta-juta ringgit untuk menawan hati pengundi tetapi percubaan ini
gagal dan rakyat tetap memilih Pakatan Harapan,” katanya.
Dr Mahathir yang diiringi isterinya, Dr Siti Hasmah Mohd Ali di
majlis itu, berkata kemenangan PH di Langkawi dalam PRU14 akan menjadi
asas kepada usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di pulau ini
yang telah sekian lama bergantung kepada industri pelancongan sebagai
sumber pendapatan utama mereka.
Katanya industri ini membolehkan kira-kira 3.5 juta pelancong untuk
datang ke Langkawi setiap tahun dan banyak memanfaatkan rakyat tempatan.
“Kita perlu menambah lebih banyak hotel dan restoran bagi menampung
permintaan pelancong yang semakin ramai dan orang tempatan dapat
terlibat dalam usaha ini,” katanya.
Mengenai penganjuran rumah terbuka Aidilfitri itu, Dr Mahathir
berkata ia sebagai tanda penghargaan beliau dan PH kepada rakyat yang
membolehkan kemenangan mereka dalam pilihan raya lepas.
“Kita akan sentiasa mencuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi rakyat dengan cara membuka lebih banyak peluang lagi
kepada mereka,” katanya. – Bernama,
UMNO Pekan yang dipimpin Najib Razak memilih Tengku Razaleigh Hamzah
sebagai presiden Umno yang baru, berdasarkan keputusan tidak rasmi yang
diperolehi The Malaysian Insight.
Tengku Razaleigh mendapat 522 undi mengatasi Ahmad Zahid Hamidi (209) dan Khairy Jamaluddin pula mendapat 137, kata sumber.
Bagaimanapun keputusan daripada akaun Twitter @PemilihanUmno, setakat
jam 7.54 malam menyaksikan Zahid menang di 51 bahagian, mengatasi 44
undi dimenangi Khairy.
Tengku Razaleigh pula kekal di tempat ketiga dengan 20 bahagian.
Jawatankuasa Pemilihan Umno sebelum ini memaklumkan keputusan rasmi
hanya akan diumumkan melalui sidang media, dan tiada paparan disediakan
untuk media memantau keputusan pemilihan hari ini di auditorium Menara
Dato’ Onn seperti pemilihan sayap minggu lalu.
Sementara itu, Setiausaha Akhbar Zahid, Fadzlette Othman Merican
ketika ditemui di ibu pejabat Umno berkata bekas timbalan perdana
menteri itu akan hadir ke Menara Dato’ Onn malam ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Rauf Ab Yusoh juga dilihat hadir ke tempat sama pada jam 7 petang tadi
Noh berkata, beliau mahu memberi peluang kepada muka baharu untuk memimpin UMNO Selangor. - Astro AWANI/Fail
TANJONG KARANG: Tan Sri Noh
Omar akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan
UMNO Selangor susulan gagal menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14) Mei lepas.
Beliau yang menerajui UMNO Selangor
sejak 2013 berkata keputusan itu dibuat bagi mengambil tanggungjawab
atas kekalahan teruk parti berkenaan di negeri terbabit.
Noh
berkata beliau akan melepaskan jawatannya selepas proses pemilihan serta
pelantikan Presiden UMNO yang baharu selesai dan perkara itu juga akan
dimaklumkan sendiri kepada pemimpin tertinggi parti berkenaan.
"Saya mahu beri peluang kepada muka baharu (memimpin UMNO Selangor) yang
mungkin akan ada pendekatan (membangunkan parti) dengan lebih baik.
"Saya akan terus menjaga Tanjong Karang kerana saya anggota
Parlimennya, dan jika saya diberi mandat sekali lagi sebagai Anggota
Majlis Tertinggi UMNO, saya akan mainkan peranan tersebut," katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian
Tanjong Karang, di sini hari ini.
Tambah Noh,
keputusannya adalah muktamad dan beliau tidak akan menerima pelawaan
mana-mana pihak supaya terus menerajui UMNO Selangor.
Ditanya
mengenai pembekuan akaun UMNO Selangor oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa berkaitan dengan isu 1Malaysia
Development Berhad (1MDB), Noh berkata beliau tidak mengetahui punca
perkara itu berlaku.
"Saya tak tahu apa punca pembekuan. Kalau
dikaitkan dengan isu 1MDB, setahu saya ia terjadi pada 2013 yang ketika
itu saya hanyalah Timbalan Pengerusi UMNO Selangor maka saya tak tahu
tentangnya," katanya.
Noh berkata bagaimanapun UMNO peringkat bahagian tidak terkesan dengan pembekuan akaun berkenaan.
Dalam pada itu, mengulas mengenai pemilihannya sebagai Ketua UMNO
Bahagian Tanjong Karang buat penggal keenam, Noh berkata beliau mahu
menerapkan lagi budaya perpaduan di kawasan itu supaya ia dapat menjadi
kubu kuat UMNO pada masa depan. -- Bernama
Datuk Seri Mohamad Hassan mengesahkan akaun UMNO negeri dan bahagiannya Rembau tidak dibekukan sama sekali oleh pihak berkuasa.
SENAWANG: Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya membekukan akaun UMNO yang
menerima peruntukan khas daripada bekas Presiden Parti, Datuk Seri Najib
Tun Razak dalam siasatan berkiatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan
mengesahkan akaun UMNO negeri dan bahagiannya Rembau tidak dibekukan
sama sekali oleh pihak berkuasa.
"Bahagian-bahagian yang
terlibat menerima peruntukan khas dalam jumlah banyak oleh bekas
presiden parti dan ia berbeza dengan peruntukan bulanan yang diterima
setiap cawangan UMNO bagi tujuan menguruskan pentadbiran.
"Pada mulanya saya agak terkilan kerana tidak mendapat peruntukan
tersebut namun bila dilihat kembali ada hikmahnya kerana kita tidak tahu
asal wang tersebut,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian
Rembau di Senawang pada Sabtu.
Mohamad yang merupakan calon
Timbalan Presiden UMNO turut berharap agak pihak berkuasa tidak
membekukan gaji pekerja-pekerja di bahagian UMNO yang terlibat kerana
mereka berkemungkinan tidak tahu mengenai apa yang berlaku.
"Apa
pentingnya, kita harus mengamalkan prinsip kemanusiaan. Saya tidak
melihat kerajaan sekarang sebagai menganiaya UMNO mahupun pekerja tetapi
saya minta supaya gaji mereka tidak dihentikan.
"Sebagai pemimpin, saya harap kerajaan berhati besar dan dapat menyelesaikan siasatan dengan segera,” katanya.
Wang
itu penting untuk menampung perbelanjaan parti seperti urusan pembayaran
gaji staf, penyewaan bangunan dan kos urusan pentadbiran yang lain.
BAGAN DATUK: Naib Presiden
UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan para peguam yang
mewakili parti untuk memfailan rayuan kepada Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyahbekukan sebahagian akaun UMNO.
Beliau yang kini menjalankan Tugas-Tugas Presiden berkata, wang itu
penting untuk menampung perbelanjaan parti seperti urusan pembayaran
gaji staf, penyewaan bangunan dan kos urusan pentadbiran yang lain.
“Ia telah dikemukakan oleh Setiausaha Agung (Datuk Seri Tengku Adnan
Mansor) kepada pihak SPRM dan kita harap SPRM memberikan pertimbangan
sewajarnya kerana tentunya kita mahu supaya gaji, sewaan dan kos-kos
pentadbiran lain dapat terus diberikan pertimbangan kerana ianya bukan
digunakan untuk tujuan lain,” katanya di Dewan Perdana Bagan Datuk, di
sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas selesai berucap
merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datuk serta Pemilihan Parti
peringkat Bahagian dan Majlis Tertinggi bagi penggal 2018/21.
Sebelum ini media melaporkan, Pasukan Petugas Khas SPRM telah membekukan
sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk UMNO
serta parti-parti politik lain, dipercayai bersangkutan dengan
penyelewengan dana 1MDB.
Hari ini seramai 165,000 perwakilan
dari 191 bahagian akan mengadakan pemilihan bagi memilih pucuk pimpinan
tertinggi, termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib presiden.
KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Bandar Tun Razak tidak akan
memaafkan bekas presiden parti itu sekiranya segala tuduhan melibatkan
pelbagai skandal ke atas dirinya ketika ini didapati benar.
Ketua UMNO bahagiannya, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, Datuk Seri
Najib Razak perlu bertanggungjawab terhadap kekalahan yang dialami oleh
parti itu kerana ia mempunyai kaitan dengannya.
“Dengan tidak menindakkan undang-undang, sekiranya benar apa yang
dilakukan oleh bekas presiden itu, saya fikir UMNO Bahagian Bandar Tun
Razak tidak akan membenarkan perkara ini.
“Apa yang dilakukan bukan sahaja menyebabkan Barisan Nasional (BN)
hilang kuasa dan ia telah memberi kesan kepada jentera UMNO di peringkat
negeri dan bahagian,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Bahagian
UMNO Bandar Tun Razak di sini hari ini.
Bagaimanapun Rizalman berkata, sekiranya tuduhan tersebut tidak
benar, Najib perlu menggunakan saluran perundangan untuk membersihkan
namanya dan menggesa perdana menteri meminta maaf serta bertanggungjawab
kerana telah merosakkan imej presiden UMNO.
Ia disebabkan presiden UMNO telah menjadi bahan dihinaan dan telah tumbang akibat daripada tuduhan yang dibuat.
Dalam pada itu, Rizalman turut mengajak ahli-ahli UMNO supaya berani menegur kerajaan baharu yang ada pada hari ini.
Katanya, mereka perlu bersuara untuk menceritakan kepada rakyat tentang keburukan yang dilakukan oleh kerajaan sekiranya ada.
“Kalau Rafizi dahulu mengakui bahawa tugasnya adalah menghasut rakyat
supaya jangan undi Barisan Nasional, jadi orang UMNO juga kena
melakukan perkara sama.
“Kalau ada keburukan dan salah laku kita kena berani bercakap, berani
tegur. Kalau perlu maki kita maki, sebab kita dah jadi pembangkang.
Kalau pembangkang bahasanya sama juga saya fikir tidak ada bezanya
daripada segi pendekatan. Tapi tidak bermakna kurang ajar,” ujarnya.
Tambah beliau, UMNO perlu menjadi pembangkang yang konstruktif dengan
memberi teguran yang membina dan memberi manfaat kepada rakyat.
Ini kerana katanya, jika UMNO dan BN tidak wujud satu ketika nanti
tidak akan ada pihak yang akan menegur silap laku yang dilakukan
kerajaan. – MalaysiaGazette
PROJEK pembangunan di perairan negeri
Melaka khususnya berhampiran Perkampungan Portugis di Melaka perlu
dihentikan kerana ia dilihat lebih memberi kesan buruk terhadap kawasan
perairan, perkampungan berkenaan dan industri pelancongan negeri.
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka Muhamad Jailani
Khamis berkata cadangan menghentikan projek pembangunan oleh sebuah
syarikat swasta di perairan Selat Melaka itu akan dibawa ke Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam masa terdekat.
“Perkampungan Portugis merupakan satu daripada ikon pelancongan
negeri Melaka serta negara kerana keunikan masyarakat berkenaan hanya
ada di sini dan ia menjadi tarikan pelancongan yang popular dahulu.
“Namun pembangunan yang dilaksanakan di perairan berhampiran
Perkampungan Portugis memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan
perkampungan itu juga, sekali gus melumpuhkan pelbagai aktiviti
penduduk,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta San Pedro
di Melaka, malam tadi.
Beliau berkata kerakusan pemaju atau syarikat swasta membangunkan
projek mereka di perairan tersebut menyebabkan hakisan, perubahan
struktur muara sungai dan mendapan lumpur sehingga memberi kesan kepada
aktiviti perikanan yang menjadi sumber pendapatan sebahagian besar
penduduk perkampungan itu.
Katanya pemaju yang terlibat perlu menitikberatkan
tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka, memastikan kesan pembangunan
yang dilakukan dikurangkan dengan mendalamkan laut agar tiada mendapan
lumpur berlaku dan aliran air lancar.
Muhamad Jailani berkata isu pencemaran dan kerosakan di kawasan
perkampungan berkenaan telah lama berlaku dan diperjuangkan penduduk
berkenaan sejak dahulu namun tidak mendapat perhatian atau tindakan
khususnya menyelesaikannya.
Justeru beliau berkata aspek undang-undang dan peraturan sedia ada
bagi melindungi perkampungan itu daripada kemusnahan secara perlahan
akan turut dilihat sekiranya pendekatan lain tidak berkesan.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan merujuk penganjuran Pesta
San Pedro yang menjadi satu daripada perayaan utama yang diraikan
masyarakat Portugis di perkampungan itu kepada Kementerian Pelancongan
untuk mendapatkan dana. – Bernama
Satu kumpulan hak asasi manusia menggesa kerajaan jangan memungkiri
janji memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (Akta MKN) selepas
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu membayangkan undang-undang kontroversi
itu mungkin akan dikekalkan walaupun ia ditentang Pakatan Harapan.
Lawyers for Liberty (LFL) berkata akta itu bukan sahaja membawa
kepada salahguna kuasa tetapi juga keperlembagaannya boleh dipertikaikan
kerana kesamaran takrif.
“Harus ada sebab yang munasabah dan justifikasi yang kuat jika mahu
memungkiri janji-janji manifesto. Dalam hal ini, sama sekali tidak ada
kewajaran,” kata Pengarah Eksekutif Latheefa Koya.
Akta itu diluluskan di Parlimen pada penghujung 2015 walaupun
dibantah pemimpin-pemimpin pembangkang, menyifatkan ia hukuman mati ke
atas demokrasi.
Akta itu antara lain memberi kuasa kepada MKN untuk mengisytiharkan
darurat di satu-satu kawasan, memberikan kuasa luas kepada pasukan
keselamatan untuk menangkap dan melakukan pemindahan paksa.
Anggota-anggota MKN juga dilindungi daripada pendakwaan.
Walaupun akta itu ditentang PH, Mohamad membayangkan kerajaan akan
menentukan sama ada undang-undang itu akan dikekalkan atau dimansuhkan.
Perkembangan itu mengundang bantahan daripada kumpulan hak asasi
Suara Rakyat Malaysia yang menggesa kerajaan menunaikan janji
memansuhkan akta itu.
Hakim bersara Datuk Seri Gopal Sri Ram juga berkata akta itu tidak berperlembagaan
Universiti Teknologi MARA (UiTM) melakar sejarah universiti awam di
negara ini apabila menjadi institusi pertama membina dan melancarkan
satelit nano sulungnya iaitu ‘UiTMSAT-1’ ke angkasa lepas semalam.
UiTMSAT-1 dilancarkan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menerusi
roket kargo Space X Falcon 9 dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di
Florida, Amerika Syarikat kira-kira pukul 5.47 petang waktu tempatan.
Satelit nano berbentuk kiub berukuran 10 sentimeter itu dibina oleh
dua pelajar UiTM di Jepun iaitu Syazana Basyirah Mohamad Zaki dan
Muhammad Hasif Azami hasil jalinan kerjasama dengan Kyushu Institute of
Technology (KyuTech) menerusi program ‘Joint Global Multi-Nation
(BIRDS-2)’.
Syazana Basyirah dan Muhammad Hasif merupakan pelajar Fakulti
Kejuruteraan Elektrik (FKE) yang sedang menyambung pengajian peringkat
Sarjana dan PhD dalam bidang berkaitan di negara tersebut.
Selain mereka, turut mengikuti program berkenaan adalah lapan pelajar
lain dari Bhutan dan Filipina yang membina satelit nano bagi negara
mereka iaitu BHUTAN-1 dan MAYA-1 (Filipina).
Pelancaran UiTMSAT-1 itu disaksikan Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus
Datuk Dr Hassan Said, Dekan FKE Prof Ir Dr Mohd Nasir Taib, Pengarah
Pusat Komunikasi Satelit UiTM, Prof Ir TS Dr Mohamad Huzaimy Jusoh serta
pensyarah dan pelajar fakulti itu menerusi tayangan secara langsung ISS
di laman sosial Youtube dalam satu majlis di sini.
Menurut Hassan, satelit nano itu akan disimpan sementara waktu di ISS
dan dijangka akan dilepaskan ke orbitnya pada Ogos ini yang berjarak
kira-kira 400,000 kilometer dari bumi untuk mengelilinginya.
“Saya rasa ia adalah pencapaian terhebat dan ia harus dijadikan
permulaan untuk warga UiTM ke peringkat seterusnya dan diharap lebih
banyak projek berimpak tinggi dapat dihasilkan kerana ia pasti memberi
manfaat kepada universiti dan negara.
“Dari segi kos pula, UiTM hanya menanggung kos barangan membina
satelit nano sekitar RM500,000 manakala penghantaran pelajar ke Jepun
adalah atas biasiswa kerajaan dan pelancaran satelit pula disubsidi
hasil kerjasama pintar dengan Jepun,” katanya kepada pemberita, di Shah
Alam hari ini.
Sementara itu, Mohamad Huzaimy berkata satelit nano itu mempunyai
enam misi antaranya pengambilan imej, menguji korelasi lokasi satelit,
ujian cip Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), mengukur medan magnetik
di angkasa untuk data pemetaan geomagnetik di rantau Asia Tenggara
serta komunikasi radio.
Beliau berkata keenam-enam misi itu dijangka memberi manfaat kepada
kira-kira 2,500 pelajar fakulti berkenaan memandangkan ia mempunyai
kaitan dengan penyelidikan bagi lima jurusan yang ditawarkan di fakulti
berkenaan.
Mengulas lanjut, Mohamad Huzaimy berkata FKE juga membina ‘ground
station’ di fakulti tersebut dilengkapi saluran komunikasi berkelajuan
tinggi bagi mengumpul data yang dihantar oleh satelit nano itu kelak.
“UITMSAT-1 berkelajuan 28,000 km sejam dan ia mampu mengelilingi bumi
sehingga tujuh kali sehari. Ia akan melalui Malaysia dalam tempoh
sekitar 10 minit, disebabkan itu kami harus membina saluran komunikasi
berkelajuan tinggi untuk mengumpul data bagi tujuan penyelidikan.
“Kami melihat projek itu sebagai satu batu loncatan untuk FKE
mencetuskan pelbagai lagi projek yang boleh memberi manfaat bukan sahaja
kepada warga UiTM tetapi kepada rakyat Malaysia,” katanya.- Bernama
KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin tertinggi Umno akan dipanggil ke Ibu
pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa
terdekat, berkaitan kes penyelewengan wang milik sebuah yayasan.
Beliau adalah menteri kanan di dalam Kabinet bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani berkata, pemimpin itu
dipanggil bagi membantu suruhanjaya tersebut dalam penyiasatan dakwaan
kes penyelewengan dana yayasan.
Beliau berkata demikian bagi mengesahkan laporan Sinar Harian kelmarin mengenai kes penyelewengan itu.
“Memang ada seorang pemimpin tinggi Umno sedang disiasat,” katanya ketika dihubungi.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama pemimpin terbabit atau memberi maklumat lanjut berkaitan kes berkenaan.
Sumber yang boleh dipercayai bagaimanapun memberitahu, pemimpin itu
adalah antara yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tinggi pada
pemilihan Umno hari ini.
Beberapa jawatan tertinggi parti itu akan melihat pertandingan dalam kalangan pemimpin kanan.
Lima individu disenaraikan bertanding untuk jawatan Presiden Umno yang
dikosongkan Najib selepas BN tumbang kepada Pakatan Harapan pada PRU14.
Mereka ialah pemangku Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; bekas
Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Ahli Parlimen Gua Musang,
Tengku Razaleigh Hamzah; Ahli Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Mohamed
Iqbal Maricair dan ahli Umno Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof Musa@
Jamaluddin.
Jawatan Timbalan Presiden ditandingi oleh Pengerusi Umno Negeri
Sembilan yang juga bekas menteri besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.
Untuk memberi tumpuan kepada kepentingan parti, Annuar yang juga bekas
Presiden Persatuan Bola sepak Kelantan (Kafa) semalam, mengumumkan
menarik diri bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia
(FAM).
Bertanding untuk jawatan Naib Presiden Umno ialah Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, Sheikh Razali Sheikh
Hamad, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman,
Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Ahmad Said.
Ismail Sabri, Mohamed Khaled, Mahdzir, Tajuddin dan Johari ialah Ahli Majlis Tertinggi Umno.
Sumber yang boleh dipercayai memberitahu Sinar Harian, siasatan
dijalankan SPRM sejak awal tahun ini mendapati seorang daripada pemimpin
tinggi Umno menyalahgunakan wang sebuah yayasan, di mana beliau
menjadi pengerusi.
Beliau disyaki menggunakan lebih RM800,000 dana yayasan tersebut untuk membayar kad kredit miliknya dan isterinya.
SPRM dipercayai berjaya mengesan beberapa dokumen yang mencatat
maklumat transaksi pembayaran untuk diri dan isteri pemimpin itu.
Penyalahgunaan wang yayasan tersebut bermula pada 2014 lagi.
Pada 2014 dan 2015 beliau didakwa menyalah guna kira-kira RM800,000 dan pada 2016 pula kira-kira RM55,000 untuk isterinya.
Menurut sumber itu lagi, pada masa sama, SPRM juga menyiasat kes
penyelewengan dana dan salah guna kuasa beberapa tokoh politik, termasuk
beberapa bekas menteri dan ketua bahagian parti.
Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan nama mereka yang disyaki terlibat
Asyraf (dua, kiri) beramah mesra bersama Pemuda yang menghadiri perjumpaan di Pengkalan Chepa, di sini.
KOTA BHARU - Sekiranya perlu Pemuda Umno akan menubuhkan tabung khas
biayai perjalanan aktiviti jika akaun parti itu terus dibekukan.
Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya akan
melihat perkembangan tindakan Kerajaan Pakatan Harapan terhadap parti
itu terlebih dahulu.
Menurutnya, kelmarin juga beliau meminta SPRM supaya menarik balik
tindakan pembekuan akaun Umno kerana siasatan masih boleh dilakukan
tanpa perlu menganiayai operasi parti yang sah dalam amalan demokrasi
Malaysia Baharu.
“Jika perlu kita akan tubuhkan tabung untuk biayai apa jua aktiviti
yang kita lakukan. Setakat ini apa. yang kita buat pun dengan iklhas
dan sukarela.
“Pemuda dan ahli sedar perjuangan kita bukan atas dasar harta benda.
InsyaALLAH semakin ditekan makin kita bangkit,” katanya kepada media.
Terdahulu beliau mengadakan perjumpaan pertama bersama barisan Pemuda Umno negeri di sebuah restoran di Pengkalan Chepa.
Mengulas lanjut, Asyraf berkata, kezaliman yang dilakukan terhadap Umno
itu tidak sesekali melemahkan perjuangan ahli-ahlinya bahkan semakin
bersemangat demi parti.
“Sekarang ini paling penting saya merasai semangat di peringkat bawah tidak akan terjejas dengan hanya akaun dibekukan.
“Mereka boleh buli dan aniaya kita tetapi tidak boleh tutup semangat
perjuangan yang ada di kalangan anak-anak muda sebab itu saya katakan
api perjuangan baru bermula,” katanya
IPOH - Jemaah di Surau Salahuddin Al-Ayubi, Batalion ke-23 Rejimen
Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai menerima kejutan apabila
khutbah Jumaat hari ini dibacakan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.
Menerusi khutbah Jumaat itu, Mohamad Sabu mengajak umat Islam supaya
berani mengakui kesilapan dan sanggup lakukan pembetulan agar menjadi
umat lebih mulia.
Beliau juga mengingatkan lebih baik mengamalkan sikap merendah diri dan segera meminta ampun setelah berbuat kesalahan.
“Sama ada pihak yang berkuasa atau tidak berkuasa, renung dan sanggup
membuat pengislahan (pembaharuan) supaya kita dapat kembali memimpin
atas muka bumi ini.
“Kita kena akui kelemahan dengan penuh tawaduk dan sama-sama membina
kembali kesilapan dilakukan orang Islam sama ada pemimpin atau umat
Islam lain secara umum,” katanya.
Khutbah pertama dibacakan sejak beliau menerajui Kementerian Pertahanan
itu disampaikan di hadapan 750 pegawai dan anggota RAMD yang turut
dihadiri Panglima 2 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar.
Hadir sama, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.
Solat Jumaat diimamkan, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Dalam khutbah Jumaat itu, turut disentuh keadaan umat Islam pada masa
kini yang saling bertingkah dan membunuh antara satu sama lain hanya
kerana wujudnya perbezaan sedikit dalam nilai kepercayaan mereka.
Mohamad Sabu berkata, negara kotor, paling tinggi rasuah, tiada ukhuwah
hingga saling bunuh sesama sendiri dan umat yang menjadi pelarian
paling ramai semuanya berlaku di negara Islam.
“Apakah agama yang salah atau kita yang salah, insafilah, kitalah yang perlu buat pembetulan,” katanya.
BACHOK – Sebanyak 3,400 bakal haji dari Kelantan akan menunaikan ibadah itu pada musim haji tahun ini.
Ketua Pengurusan Strategik dan Transformasi Tabung Haji, Affan Mohd
Nawi berkata, jemaah paling ramai ialah dari jajahan Kota Bharu yang
merupakan 60 peratus daripada jemaah haji dari Kelantan.
“Penerbangan pertama bagi musim haji tahun ini ialah pada 14 Julai
manakala penerbangan akhir telah ditetapkan pada 14 Ogos,” katanya pada
majlis perasmian Kursus Perdana Haji oleh Menteri Besar Kelantan Datuk
Ahmad Yakob di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di sini,
malam tadi.
Affan berkata kesemua jemaah haji Kelantan akan bertolak dari Lapangan
Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum meneruskan penerbangan
ke Arab Saudi.
Beliau berkata penerbangan pulang pertama ke tanah air dijangka pada 27 Ogos dan terakhir 24 September. - Bernama
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata
kementeriannya memberi tumpuan kepada usaha menyediakan perkhidmatan
telekomunikasi dan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan luar bandar
dan kampung di negara ini.
Beliau berkata ini kerana ia mampu memberi faedah kepada rakyat seluruh negara.
“Beberapa pandangan dan opsyen telahpun diketengahkan untuk perkara
ini. Harap-harap ada keputusan dan pengumuman dalam masa terdekat.
Terima kasih,” katanya di laman Twitter sebagai reaksi kepada cadangan
pengguna akaun ‘@TuanAzmer’ berkaitan kualiti perkhidmatan internet dan
talian komunikasi di luar bandar.
Dalam perkembangan lain, Gobind berkata beliau akan membangkitkan isu
kandungan drama televisyen tempatan yang didakwa tidak mempunyai elemen
yang mampu membina modal insan dalam mesyuarat kementerian itu akan
datang.
Ia sebagai menjawab aduan pengguna akaun Twitter @MalequeArrasyid
mengenai penyiaran drama televisyen yang hanya mengetengahkan kisah
percintaan.
“Kalau ada cadangan-cadangan berkenaan jenis program yang lebih sesuai, sila maklumkan kepada saya. Terima kasih,” kata Gobind.- Bernama
Sepuluh Hari Menggoncang Dunia - Ten Days That Shook the World ialah
sebuah buku sejarah tulisan John Reed yang diterbitkan pada bulan Mac
1919. Buku ini merakam sejarah Revolusi Bolshevik 1917.
Pada tahun 1981, pengarah Warren Betty dari Holywood telah menggarap filem Red yang berasaskan buku Ten Days That Shook the World dan pengalaman watak John Reed ketika terlibat dalam Revolusi Bolshevik di Rusia.
Pada Jun 2008 American Film Institute telah menobatkan filem Red ini sebagai salah satu dari 10 filem klasik terbaik Amerika dalam genre epik.
Pada Rabu malam 9 dan10 Mei di sebuah hotel di Petaling Jaya, saya
telah merakamkan babak-babak yang berlaku di hadapan mata. Juga apa
sahaja yang saya dengar. Saya juga merakamkan banyak gambar. Ramai yang
ketawa apabila ternampak kamera kecil saya. Mereka merasa pelik kerana
masih ada lagi sosok yang menggunakan kamera sedemikian. Telefon bimbit
saya tidak ada kamera. Khalas.
Bila saya merakam gambar ramai watak-watak yang dipotret bertanya
untuk apa wajah mereka dirakam. Lalu saya menjawab “Ini macam John Reed -
Ten Days That Shook the World”.
Sayang sekali tak ada siapa yang faham apa yang saya tuturkan.
Mungkin kerana buku rujukan yang saya sebut itu tulisan seorang sosialis
tentang revolusi komunis maka tidak ada yang memiliki kesedaran fakta
sejarah ini.
Mungkin jika saya nyatakan yang saya merakam gambar ini untuk DSAI atau WAWI maka sosok-sosok ini akan cepat menangkap. Wallahhualam.
Tapi apa yang saya rakamkan ini adalah babak-babak yang telah berlaku
lebih dari sepuluh hari.
Malah lebih dari sepuluh bulan. Saya tidak
akan berlaku adil jika tidak merungkai jauh ke belakang sebelum kita
sampai ke hari Khamis 10 Mei 2018. Saya berjanji akan melakukan ini.
Tetapi sejauh mana ke belakang yang wajib saya rungkai. Itu sedang menjadi tanda tanya kepada diri saya sendiri.
Kita sampai ke hari Khamis 10 Mei 2018 melalui perjalanan yang maha
lama, jauh dan berliku.
Justeru untuk berlaku adil kepada sejarah -
sekali lagi saya nyatakan - apa yang saya tulis ini hanyalah babak-babak
yang saya ketahui. Sosok yang lain wajib muncul untuk merakam sama agar
keseluruhan ‘gajah’ itu dapat dilihat.
Pada Jumaat 27 April berita meledak. Pesawat jet peribadi yang ingin
ditumpang Mahathir ke Langkawi telah didakwa disabotaj. Malaysia jadi
gempar. Aparacik penyokong Najib menafikan berlakunya sabotaj. Malah
diberitakan Mahathir akan dipanggil polis kerana membuat berita palsu.
Suasana politik gempar.
Sayugia diingatkan Najib telah menerima pandangan para penasihatnya.
Justeru Najib telah meluluskan secara tergesa-gesa dua undang-undang.
Najib meluluskan Akta Majlis Keselamatan Negara yang diwartakan pada 7
Jun 2016. Akta Berita Palsu yang berkuat kuasa pada 12 April 2018,
satu
bulan sebelum PRU14.
Terus kebal, terus berkuasa
Akta-akta ini diluluskan oleh Parlimen ini boleh memastikan Najib terus kebal dan dan akan terus berkuasa. Amin.
Justeru apabila Mahathir membuat kenyataan yang jet peribadi ini
telah disabotaj, si Mahathir ini boleh didakwa atas tuduhan menyebar
berita palsu.
Jelas dilihat kebijaksanaan para penasihat Najib. Mereka seperti
telah menyediakan tembok dan senjata untuk Najib menyerang musuh.
Tetapi sebaliknya telah berlaku. Berita jet Mahathir disabotaj ini
menjadi cukup seksi lagi mengghairahkan dalam membantu kempen dan
ceramah jelajah. Mak cik dan pak cik Felda bila mendengar jet Mahathir
kena sabotaj maka mereka semakin jelas melihat kejahatan terhadap
Mahathir.
Ketika ini kempen jelajah telah melencong sekali lagi ke Pantai Timur -
memasuki Dungun. Ini wilayah kubu kuat parti Islam PAS. Tapi jelas ombak
Melayu benci Najib dan benci United Malays National Organisation telah
menggelembung. Semua datang mahu melihat dan mendengar ceramah Mahathir
Muhamad yang tayar jetnya telah dipecahkan. Di Kuala Dungun padang bola
hampir penuh.
Dari Dungun, jelajah turun ke Kuantan. Mat Sabu telah mengatur
pertemuan kedua antara antara Mahathir, Mat Sabu dan Hishamuddin Rais.
Kali ini enam mata telah bertemu di tepi kolam renang di sebuah hotel di
Kuantan, Pahang pada petang Rabu, 2 Mei, satu minggu sebelum hari
mengundi.
Seharusnya pada pertemuan malam itu Dr Wan Azzizh wajib turut
bersama. Sayangnya Dr Wan Azizah telah mendapat nasihat dari mat songel.
Justeru Dr Wan Azizzh gagal bersama.
Pertemuan di Kuantan bertujuan untuk menuntaskan semua perancangan pasca pembuangan undi.
Dan apa yang wajib dilakukan.
“Bagaimana sekarang Tun? What is your reading?” saya memulakan perbincangan.
“Nampak makin ramai datang ke ceramah,” Mahathir menjawab. Mat Sabu hanya mendengar.
“Tun, kita jangan concede. Kalau dapat 55 peratus undi popular kita declare menang. Dapat 60 peratus kita declare you jadi PM. Tapi nak tunggu keputusan undi popular ini agak lambat. Jadi Pakatan jangan concede dulu,” saya jelas menghasut lagi.
Saya menimbulkan sekali lagi konsep TIDAK CONCEDE. Untuk
saya taktik ini amat penting untuk memperbaiki kesilapan PRU13 yang
taktik TIDAK CONCEDE ini langsung tidak dibincangkan.
Bayangkan jika
taktik tidak concede ini dikahwinkan bersama pada malam himpunan di Padang Kelana Jaya.
Justeru kali ini di setiap kali pertemuan war room saya akan mengingatkan taktik tidak concede ini sebagai persediaan jika Najib menang. Saya cukup yakin Najib akan menang hanya dengan jalan menipu. Ini jelas.
“Di Filipina Marcos jatuh apabila Enrile dan Ramos berubah tidak menyokong Marcos,” Mahathir memberi penjelasan.
“Negara kita ini tak ada pengalaman. Kita lain, tidak macam di Jakarta dan Pilipina, bertembak dan mati.”
'Jika 100, you telefon kawan-kawan you'
Saya faham apa yang dituturkan oleh Mahathir. Enrile menteri
pertahanan Marcos dan Ramos jeneral soldadu Marcos. Bila mereka belot
Marcos terduduk. Pada ketika ini saya sedar bahawa PDRM dan tentera
masih lagi bersama Najib.
Tapi saya juga sedar kali ini dalam PRU14 wajib dilakukan sesuatu
untuk membawa satu perubahan yang tuntas. Saya telah bertekad apa harga
yang diminta maka itulah harga yang wajib dibayar. Saya yakin Mahathir
juga sekepala dengan saya dalam hal ini.
Secara tuntas kami sependapat PRU14 wajib dimiliki oleh Pakatan Harapan.
“Tun, bilangan kerusi akan kita tahu lebih cepat dari undi popular,” saya menyambung perbincangan.
“Dalam jam 9 kita dah tahu kita menang atau tidak, tak payah tunggu lama,” Mat Sabu menerangkan hasil dari pengalaman.
“Bila kita lintas 95 kerusi kita umum Tun jadi PM. Jika sampai 100, you telefon kawan-kawan you,”saya menghasut lagi.
Di sini saya mahu menerangkan dari mana saya pungut angka 100 kerusi
ini. Dari fakta sejarah sosok yang mencadangkan angka 100 kerusi ini
kepada saya ialah Lim Guan Eng.
Kisahnya begini, saya telah dijemput ke satu bengkel media di Pulau
Pinang. Ini sesudah PRU13. Di bengkel saya sempat bertemu dengan YB Lim.
Kami berbincang tentang itu dan ini. Akhirnya saya menghasut YB Lim
agar Pakatan Rakyat 'kautim' dengan Taib Mahmud yang memiliki kuasa
mutlak di Sarawak.
Dengan spontan YB Lim menolak.
“Apa nanti kata NGO,” YB Lim mempertahankan kesucian politiknya dari
dicemari. Kemudian YB Lim menulis angka 100 dalam buku nota saya.
“Bila sampai 100, semua akan datang,” ini pandangan ketua menteri
Pulau Pinang beberapa bulan sesudah PRU13. Inilah angka 100 yang saya
jadikan asas untuk menghasut Mahathir.
Dalam hal statistik undi popular 55 peratus atau 65 peratus dan 95
kerusi atau 100 kerusi Mahathir hanya mendengar apa yang saya terangkan.
Justeru saya tidak tahu apa dalam kepalanya.
Tapi saya yakin dari pertemuan pertama Mahathir telah mencadangkan
kita berarak ke Istana apabila mendapat 112 kerusi. Kenapa 112 kerusi?
Nanti kita akan bertemu jawapannya. Sabar dulu.
“Di mana kita nak berkumpul pada malam pengiraan undi?” Saya menimbulkan persoalan ini sekali lagi.
“Tapi Tun, tempat ini jauh kalau nak berarak ke Istana Negara.”
'Jika Najib menang, Najib menipu'
Saya melontar pandangan strategik. Kata-kata saya ini memiliki asas yang
tepat. Saya memiliki pengalaman menyusun demo. Saya juga tahu di mana
letak pejabat Yayasan Perdana.
“Kena dekat sikit di Kuala Lumpur,’ Mat Sabu memberi pandangan.
Yayasan Perdana ini tersorok. Payah untuk didatangi. Malah jika
diserang dunia tidak akan tahu. Ini menggusarkan saya. Tapi saya faham
kenapa Mahathir masih mahu berhimpun pada malam kiraan undi di Yayasan
Perdana, Putrajaya.
Tun Dr Mahathir selama ini adalah pemegang kuasa. Bukan melawan
kuasa. Justeru taktik dan strategi pihak yang berkuasa amat berbeza dari
sosok-sosok yang mahu menjatuhkan kuasa.
Saya sedang merancang, menyusun, mengatur dan menghasut sedikit demi
sedikit rancangan ke jalan raya. Saya cukup yakin PRU14 Pakatan Harapan
akan menang. Jika Najib menang ertinya Najib menipu.
Saya juga sedar aparacik kerajaan dilihat tetap menyokong Najib. Strategi sedang disusun untuk memastikan Najib menang.
Justeru jika Najib menang, Najib menipu. Saya telah mengolah
persetujuan dan menghasut orang ramai untuk bersedia turun ke jalan
raya. Apa terjadi? Tunggu minggu hadapan.
*HISHAMUDDIN RAIS seorang aktivis politik, penulis dan pengarah filem.
Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) membuat laporan
kepada SPRM semalam terhadap bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad
atas dakwaan percanggahan mengenai bayaran yang diterima pemegang saham
Felda Holdings pada tahun 2013.
"Pada tahun 2013, apabila FGV (Felda Global Ventures Holdings Bhd)
menerbitkan IPO (sahamnya), KPF (Koperasi Permodalan Felda Malaysia
Berhad) membeli 51 peratus saham di Felda Holdings tetapi mereka hanya
dibayar sebanyak RM2.2 bilion.
"Pada masa yang sama, pihak berkuasa Felda hanya mempunyai 49 peratus
saham di Felda Holdings, tetapi FGV membayar mereka RM5.7 bilion.
"Jadi, persoalannya kenapa KPF hanya mendapat RM2.2 bilion daripada
FGV kerana bahagian (sahamnya) sebanyak 51 peratus (yang lebih tinggi)
di Felda Holdings?" Soal Timbalan Presiden ANAK, Mohd Nasaie Ismail
kepada Malaysiakini.
Nasaie menjelaskan pihaknya sekali lagi membuat laporan mengenai kes
ini kerana Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru Datuk Seri Shukri Abdull
telah mengumumkan SPRM akan membuka kembali kes-kes dibekukan
penyiasatannya sebelum ini.
Beli saham Ladang Eagle High
"Sebelum ini, kami telah melaporkannya kepada SPRM. Kami membuat
laporan polis dan kesemuanya pada tahun 2013, tetapi tiada tindakan
diambil," katanya.
Beberapa kes yang terpendam yang didesak ANAK untuk disiasat semula
termasuklah pembelian hotel di London, Kuching dan Kota Kinabalu oleh
Felda Investment Corp (FIC) dan pembelian pegangan saham dalam Ladang
Eagle High di Indonesia oleh FIC Properties.
Mengenai pembelian hotel oleh FIC, Nasaie berkata tiada perkembangan
atau pendakwaan lanjut selepas penyiasatan terhadap Isa dan beberapa
orang lain.
Beliau juga berkata pihak yang bertanggungjawab perlu menyiasat
dakwaan penyelewengan dana yang didakwa berlaku dalam Felda di bawah
pentadbiran Isa untuk mendapatkan semula dana berkenaan bagi membina
semula Felda.
SPRM menahan Isa pada tahun lalu. Beliau direman selama lima hari dari 15 Ogos 2017.
Datuk Seri Najib Razak mendakwa bahawa wawancaranya dengan Reuters baru-baru
ini "sengaja disalah tafsir" oleh orang lain untuk memberikan gambaran
bahawa beliau tidak tahu mengenai transaksi berkaitan 1MDB.
Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini, bekas perdana
menteri itu berkata beliau tahu mengenai transkasi 1MDB, yang mana
lembaga pengarah seharusnya telah memeriksanya sebelum beliau
tandatangan.
Bagaimanapun, Najib mendakwa bahawa beliau tidak menyedari tentang
sebarang salah guna dana selepas 1MDB telah membayar rakan usaha samanya
(JV).
Najib juga berkata lembaga pengarah 1MDB seharusnya memantau dan
berpuas hati dengan proses korporatnya yang sepatutnya, sebelum para
pegawainya memintanya untuk secara rasmi menandatangani pelaburan atau
transaksi yang dicadangkan.
"Apa yang saya maksudkan ialah saya menyedari tentang transaksi dan
pelaburan utama, ya, tetapi sebaik sahaja transaksi dan pelaburan
dibuat, selepas itu saya tidak tahu, kerana itu adalah tahap
pelaksanaan, dan juga beberapa pelaburan dibuat di luar negara.
"Itulah yang saya maksudkan. Saya tidak bermaksud bahawa saya tidak tahu segala-galanya. Itu tidak betul.
"Apa yang saya maksudkan ialah selepas wang itu dibayar oleh 1MDB
kepada pihak ketiga, saya tidak tahu apa yang berlaku kepada dana itu
kerana ia di luar kawalan atau pengetahuan saya, terutamanya kerana
pihak ketiga dan transaksi berada di luar negara..," katanya. .
Berikutan artikel Reuters itu, Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad membidas Najib, yang merupakan pengerusi lembaga
penasihat 1MDB, dengan menyatakan bahawa terdapat tandatangan Najib pada
dokumen berkaitan.
"Sekiranya dia tidak tahu, mestinya dia tidak memahami apa maksud tandatangan," kata Dr Mahathir.
Reuters telah memetik Najib sebagai berkata bahawa beliau
mengharapkan lembaga pengarah 1MDB memberitahunya jika ada apa-apa yang
tidak kena.
Laporan itu berkata Najib mendakwa beliau tidak menyedari bahawa wang
dalam akaun peribadinya adalah dari 1MDB, dan jika ia digunakan untuk
membeli aset seperti kapal layar, lukisan, barang kemas dan hartanah.
Dalam temu bual dengan Malaysiakini, bekas perdana menteri itu juga mengulangi bahawa beliau tidak menyalahkan lembaga pengarah 1MDB.
"Apa yang saya katakan ialah semua orang mempunyai tanggungjawab
tertentu dan lembaga pengarah dan pihak pengurusan mempunyai kewajipan
fidusiari, dan saya mengharapkan mereka melakukan tugas mereka.
"Selagi mereka telah melakukan tugas mereka seperti yang dinyatakan oleh undang-undang, tak apa. Sepatutnya begitulah.
"Dan saya mempunyai tanggungjawab saya sendiri, itulah apa yang saya
maksudkan. Jadi apa saja yang telah berlaku perlu dilihat dalam konteks
bukti dan tanggungjawab ini yang ditetapkan oleh undang-undang,"
tambahnya.
William Bourdon sebelum ini dihalang memasuki negara sejak 2011.
Sevan
Doraisamy berkata peguam berkenaan akan memberikan taklimat kepada
menteri pertahanan mengenai perkembangan kes di Perancis.
PETALING JAYA: Kumpulan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia
(Suaram) berkata, peguam Perancis yang mengendalikan kes kapal selam
Scorpene, William Bourdon akan ke negara ini bulan depan selepas
dihalang sejak 2011.
Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy berkata, peguam akan
memberikan taklimat kepada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengenai
perkembangan kes berkenaan di Perancis.
“Tarikh menteri bagi ialah pertengahan atau akhir bulan Julai. Kita
akan maklumkan kepada peguam di Perancis tentang tarikh sesuai untuk dia
datang.
“Beliau juga harus maklumkan kepada Menteri Dalam Negeri Tan Sri
Muhyiddin Yassin agar membenarkan Bourdon masuk,” katanya hari ini.
Semalam Sevan mengadakan pertemuan dengan Mohamad mengenai isu membabitkan pembelian kapal selam Scorpene berkenaan,
Pada 2011, Suaram memfailkan saman di Perancis mengenai penglibatan
Malaysia dalam urus niaga pembelian 2 kapal selam Scorpene pada 2001.
Bourdon yang mewakili Suaram dalam kes berkenaan kemudiannya dikenakan larangan masuk ke negara ini pada 2011.
Pada 19 Julai lalu, AFP melaporkan penyiasat Perancis mendakwa 2
pegawai syarikat yang terlibat dalam penjualan 2 kapal selam Scorpene
bernilai AS$1.1 bilion kepada Malaysia pada 2002. Mereka ialah Philippe
Japiot, bekas pengerusi syarkat DCNI, dan Jean-Paul Perrier, bekas ketua
pegawai eksekutif syarikat pertahanan gergasi Thales, yang disoal
siasat Mei lalu atas tuduhan rasuah dan komisen.
Pada 22 Jun lalu, dilaporkan pihak berkuasa Perancis menerusi badan
kehakimannya menjalankan usaha susulan membabitkan siasatan berhubung
pembelian kapal selam Scorpene bernilai 1 bilion euro. Menteri Kewangan
Lim Guan Eng berkata perkara itu didedahkan sendiri oleh Duta Perancis
ke Malaysia, Frederic Laplanche dalam satu pertemuan di Putrajaya.
Sevan berkata Mohamad tidak mempunyai masalah jika kes berkenaan difailkan di Malaysia.
Minggu lalu, Sevan dalam satu temubual bersama FMT menyarankan
kerajaan membuka semula kes pembelian kapal selam Scorpene agar ia
dijalankan di Malaysia kerana skandal yang dikaitkan dengan pembelian
kapal selam itu melibatkan syarikat tempatan dan kerajaan.
Tengku Razaleigh merupakan individu terakhir
bertanding merebut jawatan presiden Umno pada 1987 apabila beliau
mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tumpuan
terarah kepada pemilihan presiden parti itu berikutan peletakan jawatan
serta merta bekas perdana menteri dan presiden Umno Datuk Seri Najib
Razak pada 12 Mei atas kekalahan paling buruk parti itu dan Barisan
Nasional dalam pilihan raya lepas. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Hala tuju Umno akan ditentukan oleh 146,000 perwakilan
parti itu hari ini dalam pemilihan yang dianggap paling penting dalam
sejarahnya selepas kehilangan kuasa dalam pilihan raya umum 9 Mei lepas.
Tumpuan terarah kepada pemilihan presiden parti itu berikutan
peletakan jawatan serta merta bekas perdana menteri dan presiden Umno
Datuk Seri Najib Razak pada 12 Mei yang mengambil tanggung jawab atas
kekalahan paling buruk parti itu dan Barisan Nasional dalam pilihan raya
tersebut.
5 calon menawarkan diri untuk jawatan presiden Umno dalam pemilihan
kali ini yang merupakan kali pertama jawatan itu dipertandingkan selepas
31 tahun.
Daripada 5 orang tersebut, calon yang dilihat menjadi pilihan ialah
veteran parti, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, bekas timbalan perdana
menteri dan pemangku presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan
bekas ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin.
Tengku Razaleigh merupakan individu terakhir bertanding merebut
jawatan presiden Umno pada 1987 apabila beliau mencabar Tun Dr Mahathir
Mohamad. Beliau tewas tipis 43 undi.
Jawatan timbalan presiden pula menyaksikan pertandingan satu lawan
satu antara bekas menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad
Hassan dan ketua penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.
Bagi jawatan naib presiden pula, 7 calon berentap merebut 3 kerusi
yang dipertandingkan dengan bekas menteri luar bandar dan pembangunan
wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekas menteri pendidikan, Datuk
Seri Mahadzir Khalid, bekas timbalan menteri pertanian dan industri
asas tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan bekas menteri kewangan
kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilihat sebagai calon pilihan.
Turut bertanding ialah bekas menteri besar Johor, Datuk Seri Mohamed
Khaled Nordin, bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan
Sheikh Razali Sheikh Ahmad.
Sementara itu seramai 125 calon bertanding bagi merebut kerusi ahli Majlis Tertinggi parti itu.
Dalam pemilihan kali ini juga perwakilan akan memilih kepimpinan parti di peringkat Bahagian Umno di seluruh negara.
Dalam pemilihan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno minggu lepas,
masing-masing Datuk Noraini Ahmad, Datuk Dr Asyraf Majdi Dusuki dan
Datuk Zahida Zarik Khan berjaya memenangi jawatan ketua sayap parti itu.
WWF
Malaysia menggesa restoran, peruncit dan hotel untuk mengamalkan dasar
dengan ‘mengharamkan’ sirip ikan yu daripada menu makanan mereka atau
menggantikannya dengan bahan ramuan alternatif.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Dionysius S.K. Sharma berkata
permintaan tinggi menjadi sebab utama penangkapan ikan yu gagal
dihentikan, dan inisiatif tersebut adalah untuk mengurangkan impak
manusia terhadap ekosistem haiwan tersebut dan ekosistem marin.
“Menurut kajian, didapati bahawa 85 peratus hidangan sup sirip ikan
yu adalah berkaitan dengan perayaan seperti majlis perkahwinan di
restoran atau hotel.
“Dengan menggesa mereka menghentikan pembelian sirip ikan yu daripada
pembekal, ia akan memberi kesan kepada pembekal dan mereka yang
menangkap ikan yu dalam rantaian bekalan itu.
“Lama-kelamaan sirip ikan yu tidak akan mendapat permintaan tinggi
bagi mereka yang menangkap ikan tersebut, sekali gus dapat menghentikan
pembunuhan ikan tersebut,” katanya semasa pelancaran projek ‘Majlis
Perkahwinan Tanpa Sirip Ikan Yu’ semalam dipetik Bernama.
Beliau berkata ikan yu adalah penting dalam menstabilkan ekosistem
marin dan menjadikan lautan dapat mengekalkan populasi sihat ikan lain.
“Bagaimanapun populasi ikan yu kian merosot akibat penangkapan ikan
yang keterlaluan serta berikutan permintaan tinggi terhadap sirip ikan
yu,” katanya.
Sementara itu, Presiden AWP Leticia Hsu berkata pengguna dan pemain
industri memerlukan lebih kesedaran terhadap bahan ramuan alternatif
untuk menggantikan sup sirip ikan yu pada majlis perkahwinan.
“Usaha untuk menamatkan pengambilan sirip ikan yu di seluruh dunia
mengambil masa yang panjang dan sukar, maka kami bersemangat untuk
memberi kesedaran ini kepada pengguna terhadap perkara tersebut.
“Dengan membuat keputusan yang wajar, pengantin baharu boleh
memainkan peranan besar dalam mengubah trend untuk tidak menghidangkan
sup sirip ikan yu semasa majlis perkahwinan,” katanya.
Keceluparan
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil sepatutnya berasaskan kepada
undang-undang dan apa yang dipelajarinya dan diamalkan sebagai pengamal
Undang-Undang, demikian menurut Setiausaha Dewan Ulamak Pas Selangor
Muhammad Najhan Halim.
Di dalam kenyataannya, Najhan berkata, pimpinan AMANAH cuba untuk
membina persepsi buruk terhadap Pas sama ada dengan memfitnah Pas
bergabung dengan Umno atau menerima duit Umno walaupun telah
diperjelaskan oleh pimpinan Pas sebelum ini.
“Itulah modus operandi mereka bertahun lamanya dan tak pernah berasa
menyesal dan bersalah walaupun kaedah itu bercanggah dengan prinsip
Islam dan prinsip undang-undang itu sendiri yang kononnya mereka adalah
pembela dan pejuang prinsip itu,” katanya.
Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Pemuda AMANAH yang
menggesa pihak berkuasa menyiasat akaun pihak lain yang didakwa menerima
wang daripada Umno termasuk Pas.
Menurut Najhan, pembuktian terhadap tuduhan Pas sehingga hari ini
masih sekadar tuduhan melulu, telahan tiada berasas, berbentuk fitnah
dijaja ke sana ke sini, malah Pas telah berjaya di beberapa peringkat
prosiding mahkamah samannya di London langsung tidak diendahkan.
“Cadangan membekukan akaun Pas hanya berpandukan tuduhan ciptaan
lidah bercabang AMANAH bahawa Pas mesra Umno menjadi ratib setiap saat
para pimpinan AMANAH, walaupun kini kelihatan bekas pimpinan Umno yang
kalah pilihan raya berbondong-bondong menyertai PH sama ada PKR atau
PPBM. Ini mesra apa.? Mesra fulus dan pangkat.?
“Saya ingin menegur dan mengecam keceluparan Faiz Fadhil ini,
janganlah berlagak sombong menjadi kerajaan ingin menggunakan kuasa yang
rakyat beri dengan semudah menghukum pembangkang,”katanya.
Beliau berharap Kerajaan Pakatan Harapan tidak hanya laju dan pantas
mencari dan mendedahkan kesilapan dan kepincangan bekas pimpinan
kerajaan yang kalah, tetapi membuta mata dan memekakkan telinga
kepincangan yang pernah dilakukan di kalangan pimpinan kerajaan PH
sekarang.
“Pas tidak terkejut dan tidak hairan apa yang sedang dibuat oleh
Kerajaan PH sekarang dalam mendedahkan korupsi pimpinan Umno dan bekas
pimpinan kerajaan kerana mereka bukan lagi berkuasa. Apa yang
mengkagumkan ialah kejayaan mendedahkan korupsi pimpinan kerajaan yang
sedang berkuasa sekiranya ada bukti.
“Saya ingin mengingatkan pimpinan Kerajaan PH bahawa tiada kerajaan
yang kekal di dunia ini kalau sikap begini diamalkan untuk menghukum
pembangkang, bagaimana nasib mereka nanti sekiranya Kerajaan Persekutuan
dipegang oleh Umno kembali?”soalnya.
Terdahulu, Faiz Fadzil merujuk kenyataan pemangku presiden Umno Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam yang memberi gambaran kemungkinan
pembekuan itu ada kaitan dengan dakwaan pengubahan wang haram.
Ekoran itu, Pemuda AMANAH menggesa pihak berkuasa menyiasat akaun
pihak lain yang menerima wang daripada Umno termasuk akaun Pas seperti
mana didedahkan Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar bahawa Pas ada
menerima RM1.5 juta daripada Umno.
“Pemberian wang ini boleh dianggap tergolong dalam aliran pengubahan
wang haram kerana diterima daripada Umno yang akaunnya dibekukan kerana
disyaki melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA),”
katanya.
Menurut peruntukan AMLA, jelas Faiz, adalah menjadi kesalahan bagi
penerima aliran pengubahan wang haram dan pihak berkuasa boleh
membekukan mana-mana akaun yang disyaki terlibat.
“Pengakuan Pengarah Penyelidikan Pas Dr Zuhdi Marzuki bahawa wang
tersebut adalah derma juga membuka ruang kepada satu siasatan dijalankan
terhadap Pas kerana derma ditafsirkan sebagai suapan menurut seksyen 3
Akta SPRM 2009.
“Tindakan Pas yang mesra Umno dan membela Datuk Seri Najib Razak
dalam skandal 1MDB sebelum pilihan raya umum ke-14 yang lalu menimbulkan
syak munasabah untuk akaun PAS disiasat,” katanya menegaskan agar semua
pihak yang terlibat dalam skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Najib
disiasat.