Thursday, April 30, 2020

Menteri jelaskan kenapa wakil rakyat hanya didenda, bukan penjara

Ismail Sabri Yaakob. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA: Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob memberi penjelasan mengapa timbalan menteri dan exco kerajaan negeri Perak hanya dikenakan denda RM1,000, mengatakan kedua-duanya didapati hanya melanggar prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau menegaskan tiada unsur darjat dan tiada pihak yang terlepas daripada tindakan undang-udang apabila melibatkan kes ingkar PKP.

Katanya, wakil rakyat dibenarkan meneruskan khidmat kebajikan kepada rakyat di bawah jagaan masing-masing sepanjang PKP berkuat kuasa.

“Tapi mungkin kesalahan mereka tak jaga jarak sosial, SOP dan sebagainya,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.
Ismail berkata demikian sebagai reaksi kepada segelintir pihak yang mempersoal mengapa pengingkar PKP seperti wakil rakyat hanya dikenakan denda maksimum RM1,000, manakala sebahagian pesalah yang lain dikenakan hukuman penjara.

Katanya, terdapat juga pesalah kes lain melibatkan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan seperti mengganggu tugas pihak berkuasa dan melanggar sekatan jalan raya.

“Ada yang langgar sekatan jalan raya hingga cederakan polis,” katanya.

Oleh itu, beliau meminta orang ramai menghentikan spekulasi seolah-olah terdapat perbezaan darjat ketika menjalankan hukuman terhadap kes tersebut sepanjang PKP.

“Bukan libatkan dua darjat, kedudukan dan sebagainya,” tegasnya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria masing-masing didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Gerik kerana melanggar SOP PKP pada 2 minggu lalu.

Kedua-duanya mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

BN, Umno tidak terkesan jika kerajaan PN Johor disabotaj, kata Pemuda Umno

Hasni Mohamad (kiri) menggantikan Dr Sahrudin Jamal sebagai 
menteri besar Johor ke-18 pada 28 Februari lepas.

PETALING JAYA: Pemuda Umno Johor berkata BN ataupun Umno tidak akan terkesan jika wujud usaha mensabotaj kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Johor.

Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah mengingatkan jika bekas setiausaha Pemuda PH Johor, Mohd Azam Mektar, terus bermain politik menghasut, maka rakyat akan semakin jemu dengan propaganda bekas gabungan kerajaan itu.

“BN, Umno mahupun Muafakat Nasional (MN) di Johor langsung tidak rugi dan terkesan, sebaliknya yang akan terus menerima ‘peritnya’ adalah rakyat.
Ketua Pemuda Umno Johor Mohd Hairi Mad Sah.
“Sudah dijelaskan bahawa hubungan Umno dengan PN hanya untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan oleh kelompok tertentu dalam PH,” katanya merujuk kepada tulisan Azam di sebuah portal berita yang meramalkan pertukaran menteri besar Johor Hasni Mohammad yang mewakili Umno menggantikan Dr Sahruddin Jamal baru-baru ini.

Sahrudin dari PPBM dilantik menggantikan Osman Sapian sebagai menteri besar Johor pada 14 April 2019 hingga 27 Februari 2020.

Beliau berkata, dakwaan Azam dalam kenyataannya sebelum ini yang menimbulkan kemungkinan politik Johor akan bergolak semula dan tercipta sejarah pentadbiran menteri besar paling pendek selepas pertukaran menteri besar negeri itu ketika pentadbiran PH sebelum ini.

Hairi berkata, kerjasama dalam PN adalah persefahaman untuk membentuk kerajaan baru dan mentadbir negara kerana kegagalan PH.

Katanya, rakyat, termasuk di Johor sudah boleh menilai pemerintahan 60 tahun BN dan pemerintahan 22 bulan PH yang amat jauh bezanya.

“Pergerakan Pemuda Umno Negeri Johor yakin dan percaya, rata-rata rakyat akan memilih kembali pemerintahan terdahulu yang dilemparkan pelbagai fitnah oleh PH untuk menguasai pentadbiran negara.

“Apabila PH memerintah, yang ‘perit’ adalah rakyat, yang terkesan adalah rakyat. PH tumbang bukan disebabkan pihak lain, tetapi kerana kerakusan merebut jawatan oleh beberapa orang pimpinan PH sendiri, khususnya dalam kalangan parti DAP, PKR dan Amanah,” katanya.

Hairi berkata, Pemuda Umno Johor ingin menegaskan bahawa perbuatan sabotaj tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada BN di Johor.

“Sebaliknya perbuatan sedemikian hanya akan merugikan pembangkang di Johor, termasuklah pihak yang mendalangi sabotaj.

“Saya juga yakin, tiada mana-mana pihak dalam PN akan cuba mensabotaj kerajaan sedia ada kerana mereka juga muak dengan sikap rakus pimimpin DAP dan Amanah,” katanya.

Hairi juga berkata Pemuda Umno Johor ingin menasihati wakil rakyat PN dan ahli parti supaya memperkukuhkan soladariti sebagai blok kerajaan dan mengelakkan perebutan jawatan serta kedudukkan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Jangan ada sifat iri hati atau cemburu sesama kita, akhirnya adakah kita bersedia untuk menghadapi PRU15.

“Bayangkan jika anda terpilih menjadi wakil rakyat sekali lagi, rakyat akan menilai yang mana baik dan buruk sesebuah parti mahupun komponennya,” katanya.

Polis buka 4 kertas siasatan berkait Rohingya, video jelik di Facebook

Polis berkata, sekumpulan etnik Rohingya menjelaskan bahawa 
kemarahan mereka bukan ditujukan kepada orang Melayu, 
sebaliknya kepada Zafar Ahmad, presiden Mehrom.
 
KUALA LUMPUR: Polis membuka 4 kertas siasatan berkaitan isu etnik Rohingya, termasuk berhubung video “Live Facebook” disyaki dilakukan sekumpulan lelaki Rohingya yang didakwa menakutkan secara jenayah dengan menggunakan kata-kata kesat serta berbaur ugutan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Huzir Mohamed berkata, semakan polis mendapati “Live Facebook” itu menggunakan akaun milik Villan Vicky berbangsa Rohingya yang kini menetap di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat.

“Dia pernah tinggal di Malaysia …posting itu mencabar rakyat Malaysia dengan menggunakan bahasa kesat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain itu siasatan turut dijalankan terhadap satu hantaran atau posting video tular yang menunjukkan 4 individu sedang menjalankan latihan menembak menggunakan senjata api dan suspek juga membuat ugutan untuk menembak mana-mana individu yang masuk ke kawasan tempat tinggal suspek.
Siasatan kes membabitkan etnik Rohingya itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) susulan 19 laporan yang diterima sejak Sabtu lepas sehingga semalam.

Menjelas lanjut, Huzir berkata, siasatan terhadap “Live Facebook” itu mendapati perbualan antara 3 lelaki dengan seorang lelaki yang mempersoalkan tujuan mereka memberikan komen negatif terhadap orang Melayu.

“Di penghujung ‘Live Facebook’ itu mereka menjelaskan bahawa sebenarnya kemarahan itu bukan ditujukan kepada orang Melayu di Malaysia, sebaliknya kepada Zafar Ahmad, presiden Pertubuhan Hak Asasi Ethnik Rohingya Malaysia (Mehrom) dan etnik Rohingya yang didakwa ingin menjadi orang Melayu,” katanya.

Selain itu, mereka turut memaparkan video latihan menembak sebagai persiapan untuk mempertahankan diri.

Huzir berkata, video yang tular itu adalah “Live Facebook” antara 3 lelaki yang dianggap sebagai komuniti etnik Rohingya yang tinggal di negara ini.

Beliau berkata, percubaan awal kumpulan itu adalah untuk menyatakan kemarahan dan ketidakpuasan hati terhadap Zafar kerana menganggap komen yang dinyatakan oleh presiden Mehrom itu bukan suara etnik Rohingya yang tinggal di Malaysia.

“Live Facebook itu menimbulkan perselisihan faham di antara kedua-dua pihak sehingga ia membawa kepada ancaman, penghinaan dan komen kasar,” katanya.

Huzir berkata, video kedua pula adalah lanjutan kepada video sebelumnya yang dimulakan dengan rakaman 2 lelaki sedang berlatih menembak mengunakan pistol jenis magnum dan tertera paparan lokasi di Milwaukee-Jackson Park

Ketiga-tiga lelaki dalam video itu menyatakan kesediaan mereka untuk bertindak balas dengan menggunakan senjata api itu jika diancam dan menyatakan kemarahan dan video latihan menembak itu ditujukan kepada Zafar Ahmad, selain langkah keselamatan jika berhadapan dengan pihak berkuasa Myanmar.

Huzir berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu menggunakan perkataan atau kelakuan kurang sopan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Sehubungan itu, polis menggesa orang ramai menghentikan apa jua spekulasi mengenai siasatan yang sedang dijalankan dan sebarang kenyataan atau artikel yang berkaitan perkara itu tidak sewajarnya dimuat naik mahupun dikongsi di laman sosial kerana dikhuatiri akan menimbulkan suasana ketegangan dan tidak harmoni di negara ini.

“Sebarang bentuk kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut dan bersifat jelik serta boleh menyebabkan kegentaran awam akan diambil tindakan tegas,” katanya.

5 strategi menyelamatkan PKS yang semakin tenat


Oleh: Prof Dr Haim Hilman


MGF27052018_TINJAUAN-HARGA-BARANG02
Ramai penjaja dan peniaga terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan ketika Malaysia membendung penularan wabak Covid-19. Gambar hiasan

PENGUMUMAN Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PREPR) bernilai RM260 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Mac lalu benar-benar melegakan.

Dalam konteks bantuan buat PKS, secara kerajaan telah melancarkan 5 inisiatif iaitu:

1. Tabung Bantuan Kemudahan Khas PKS bernilai RM5 bilion
2. Dana kemudahan semua sektor ekonomi bernilai RM6.8 bilion
3. Skim Kredit Mikro bernilai RM700 juta
4. Skim Jaminan Kredit Malaysia Berhad berjumlah hingga RM300k/permohonan
5. Skim Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan bernilai RM5 bilion

Di samping itu terdapat beberapa lagi bantuan lain seperti program subsidi upah, penangguhan automatik pembayaran pinjaman bank untuk tempoh 6 bulan, penangguhan caruman KWSP, rebat levi pekerja asing, pengecualian dan diskaun atas sewa di premis kerajaan dan GLCs dan lain-lain lagi.

Benar, semua ini amat melegakan tetapi sejauh manakah mereka yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus bantuan ini iaitu institusi kewangan memudahkan segala urusan PKS yang memohon?

Terdapat bayak rungutan didengar dalam kalangan PKS khususnya berkaitan syarat-syarat sukar yang ditetapkan oleh kerajaan dan juga institusi kewangan. Sewajarnnya tidak berlaku dikala seluruh dunia di ambang krisis ekonomi yang maha dahsyat dalam sejarah dunia.

Pastinya kerajaan sedar risikonya tetapi adakah institusi kewangan sudah bangun dari mimpi iaitu masih mahu kekal membuat keuntungan berbilion ringgit atau ratusan juta ringgit pada setiap tahun seperti tahun-tahun sebelum ini?

Sedarlah bahawa 480,000 PKS akan gulung tikar dan ini akan menyebabkan sekitar 8 juta rakyat hilang pekerjaan. Malahan dalam satu laporan BBC London, 3.3 bilion orang akan kehilangan pekerjaan di seluruh dunia. Jelas bahawa dunia diambang krisis dan begitu juga Malaysia.

Untuk itu, kerajaan disarankan melakukan 5 strategi berikut dalam membantu memudahkan proses permohonan bantuan atau pinjaman kewangan buat PKS.

Strategi 1: Minimun Halangan

Mengguna pakai ‘rule of 80/20’ dalam aspek mengenalpasti sebab 80% kegagalan yang berpunca dari 20% masalah utama contohnya isu ‘credit rating’ yang bergantung sepenuhnya kepada laporan CCRIS.

Mansuhkan atau mudahkan syarat hingga halangan itu dapat diatasi. Inisiatif ini akan memberi kelegaan besar kepada PKS dalam mendapatkan bantuan.

Strategi ini amat kritikal dalam memastikan PKS terus bernafas untuk temooh beberapa bulan akan datang atau berkubur. Terdapat juga PKS hanya boleh bertahan di bulan ini sahaja atau hingga Mei. Jadi strategi ini amat kritikal dan penting dalam misi menyelamatkan mereka.

Strategi 2: Insritusi Kewangan Sebagai ‘Frontliners’

Institusi kewangan perlu kehadapan, telus, cekap dan proaktif dalam usaha pemulihan ekonomi negara. Cara kerja mereka perlu berubah.

Proses permohonan bantuan atau pinjaman PKS baik dalam talian mahupun bercetak perlu diproses dengan cepat, tepat dan mesra pelanggan.

Untuk itu sewajarnya institusi kewangan beroperasi 24 jam atau sekurang-kurangnya 12 jam operasi kaunter dan 18 jam jika tidak 24 jam operasi ‘back office’ untuk tujuan memproses permohonan.
Institusi kewangan perlu ada ‘sense of urgency’ dalam penyampaian perkhidmatan mereka dan ‘true north’ mereka mestilah membantu sebanyak mungkin PKS.

Strategi 3: Membentuk Sistem Pemantauan Bersepadu

Kerajaan perlu bentuk satu portal atay aplikasi khas yang mana semua PKS terlibat dalam permohonan bantuan kewangan bawah PREPR disenaraikan diportal tersebut.

Kerajaan boleh mengarahkan setiap institusi kewangan membekalkan senarai pemohon sebaik permohonan itu dibuat oleh PKS. Inisiatif ini akan membolehkan kerajaan tahu berapa permohonan telah dibuat oleh PKS dan berapa yang berjaya mahupun gagal.

PKS sendiri dan persatuan mereka pula boleh melihat perkembangan permohonan mereka di portal ini. Kerajaan boleh mengambil langkah intervensi segera khususnya jika ada institusi kewangan itu merekodkan kadar kegagalan permohonan yang tinggi.

Strategi 4: Kadar Faedah Pnjaman Rendah

Kerajaan menerusi Bank Negara wajar menurunkan lagi kadar faedah pinjaman dari 3.5% kepada 1.5% ke 2% untuk sebarang kemudahan kredit yang ditawarkan melalui institusi kewangan ini.

Sekarang bukan masa institusi kewangan mahu kekal menjana keuntungan berbilion atau ratusan juta ringgit tetapi membantu menyelamatkan ekonomi negara.

Runtuh PKS alan membawa kepada runtuhnya ekonomi negara termasuk institusi kewangan. Apa akan berlaku apabila 8 juta rakyat yang berkerja di PKS hilang pekerjaan, mereka tidak akan mampu membayar pinjaman rumah, kereta dan lain-lain dan ini pastinya akan membawa kepada keruntuhan institusi kewangan juga.

Strategi 5: Menbentuk Sistem Penarafan

Kerajaan wajar memberi penarafan kepada institusi kewangan. Contohnya beri 5 bintang kepada yang mesra PKS. Kepada yang rendah penarafan bintang boleh dikenakan ‘windfall tax’ untuk kadar tertentu atas keuntungan mereka.

Strategi ini dijangka mampu mengubah sikap institusi kewangan dalam usaha mendidik mereka agar lebih komited dalam mendukung inisiatif kerajaan dan memdengar keluhan PKS.

Kesimpulan

Kerajaan perlu peka dan efisien dalam memastikan segala inisiatif yang dilancarkan berjalan seperti disasarkan.

Adalah satu malapetaka kepada kerajaan apabila institusi kewangan terus berada di kayangan dan masih belum turun ke bumi dalam keadaan segenting sekarang ini dalam usaha memahami denyut nadi dan realiti keperitan yang dihadapi oleh PKS dan rakyat. Semoga Covid-19 mampu meningkatkan kesatuan hati seluruh rakyat Malaysia.

* Prof Dr Haim Hilman, Professor Pengurusan Strategik, UUM

Uniknya pasar terapung


Fairul Asmaini Mohd Pilus


TANGKAPAN segar dari laut turut dijual di pasar terapung.
TANGKAPAN segar dari laut turut dijual di pasar terapung. 
 
 
LOKAN bakar antara juadah popular yang boleh didapati di pasar terapung Pulau Suri.
LOKAN bakar antara juadah popular yang boleh didapati 
di pasar terapung Pulau Suri.
SEBUT sahaja mengenai pasar terapung, pasti yang terbayang di fikiran kemeriahan di Pasar Terapung Khlong Hae, Hatyai.

Namun, tahukah anda bahawa Malaysia juga memiliki pasar terapungnya sendiri untuk dikunjungi yang terletak di Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Mungkin selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat, anda bolehlah merancang untuk singgah di pasar unik itu.

Pasar Terapung di Pantai Suri


Bagi penduduk Kelantan Floating Market atau pasar terapung di Pulau Suri, Tumpat sudah tidak asing lagi untuk diperkenalkan sejak ia dibuka pada tahun 2016.

Berbeza dengan pasar terapung di Hatyai, untuk ke Pulau Suri, pengunjung perlu menaiki sampan atau bot yang disediakan pengusaha tempatan.

Jika dari Jeti Kuala Besar, perjalanan menaiki bot atau sampan berenjin hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja manakala jika dari jeti Kok Majid, ia mengambil masa hampir 40 minit.

TIDAK perlu ke luar negara untuk merasai pengalaman itu kerana terdapat dua lokasi tidak kurang hebatnya di Kelantan
TIDAK perlu ke luar negara untuk merasai pengalaman itu 
kerana terdapat dua lokasi tidak kurang hebatnya di Kelantan

PENIAGA menjual makanan dari sampan.
PENIAGA menjual makanan dari sampan.
Tambang yang dikenakan adalah berpatutan dan penumpang tidak perlu risau kerana setiap sampan atau bot yang dinaiki dilengkapi dengan jaket keselamatan.

Terdapat puluhan peniaga terdiri daripada penduduk tempatan yang menjual pelbagai jenis hidangan popular masyarakat Kelantan dalam suasana pasar atas air.

Antaranya, lokan bakar, hidupan laut segar yang digoreng dan dibakar, ketupat sotong, kuih muih tradisi, jeli kelapa, gula melaka, madu, nasi berlauk pagi, aneka kuih tradisional dan kerabu nipah.

Selain daripada makanan yang dijual di dalam sampan, ada juga gerai kecil yang menjual pelbagai lagi barangan seperti buah-buahan, bahan mentah segar, kerepek dan tudung.

Pulau Suri juga menawarkan pelbagai aktiviti termasuk berkayak dan menghayati kehidupan penduduk kampung seperti memetik kelapa menggunakan beruk, pembuatan arang tempurung, mencanting batik serta pembuatan bot nelayan.

Rata-rata pengunjung tertarik untuk ke pasar terapung ini kerana keunikan yang ada selain kepelbagaian makanan yang murah dan berpatutan.

Pendek kata, memang meriah keadaan di pasar terapung ini setiap kali tibanya Sabtu.




Pasar Terapung di Sungai Pengkalan Datu, Sering

Pasar yang mula dibuka kepada orang ramai pada September 2017 itu turut memiliki tarikan tersendiri.

Selain terletak lebih dekat dengan bandar Kota Bharu, pasar terapung itu turut dikenali sebagai 'Pasar Tani Pelancongan'.

ANTARA hidangan enak yang boleh didapati di pasar terapung.
ANTARA hidangan enak yang boleh didapati 
Ia terletak kira-kira tujuh kilometer (km) dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan hanya 10km dari Kota Bharu.

Namun, seperti pasar terapung di Pantai Suri, pasar terapung Pengkalan Datu juga hanya beroperasi pada hari Sabtu iaitu bermula jam 8 pagi hingga 2 petang.

Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini bukan sahaja untuk menikmati pelbagai juadah dan barangan tradisional tempatan malah tangkapan hidupan laut segar daripada nelayan setempat.

Apa yang menariknya, sambil membeli-belah dan menikmati juadah, pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh pihak penganjur.

Jadi, jika ingin merasai pengalaman di pasar terapung, anda tidak perlu bersusah payah melancong ke luar negara kerana semua keunikan itu ada di negara sendiri.


PEMBELA tuntut Imigresen bentang laporan warga asing

Cikgu Izzat Johari

 

'Berapa jumlah pelancong hilang dari radar Imigresen?'

KEDAULATAN MALAYSIA:  Tanpa kompromi, selaku rakyat Malaysia, kami menuntut kepada Ketua Pengarah Imigresen untuk membentangkan laporan terkini setakat Mac 2020;

1. Berapa jumlah pelancong kemasukan selepas Laporan Audit Negara 2018?

2. Berapa jumlah pelancong yang tak keluar-keluar?

3. Berapa jumlah pelancong yang hilang dari radar pihak Imigresen?

Kepada semua rakyat Malaysia, dipersilakan SHARE seberapa banyak untuk ketahui jawapan lengkap pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

SHARE adalah jalan terbaik untuk kita rungkaikan kemelut isu Kad Pengenalan PALSU dan lambakan PATI.


*Cikgu Izzat Johari
Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)


Tiba masa keluarkan MyKad baru, miliki ciri canggih

Tiba masa keluarkan MyKad baru, miliki ciri canggih

Mykad sedia ada mudah diseleweng oleh pihak berkepentingan

BANGI – Sudah tiba masanya kerajaan mengeluarkan kad pengenalan (MyKad) baharu yang mempunyai ciri-ciri keselamatan lebih ketat serta canggih berbanding ketika ini yang mudah dipalsukan.

Ketua Media Muafakat, Haji Rashidi Haris berkata, secara kasarnya jenayah MyKad terbahagi kepada dua iaitu jenis pemalsuan yang membuat MyKad tiruan sama seperti sedia ada, bagaimanapun ciri-ciri keselamatannya tidak kuat.

Dakwanya, MyKad palsu jenis ini atau ‘duplicate identification‘ biasanya digunakan oleh agen rahsia antarabangsa untuk melakukan kerja penyamaran masuk ke pejabat penting kerajaan bagi memperolehi maklumat rahsia kerajaan, khususnya pejabat Menteri Pertahanan.

“Manakala, jenis kedua ialah MyKad yang diseleweng melalui sindiket yang melibatkan orang dalam. Jenis ini amat sukar dibuat pengecaman sama ada ia penduduk asal atau pendatang haram, disebabkan segala ciri-ciri keselamatannya sama sahaja dengan pemegang MyKad yang asli.

“Jika ada pun perbezaan, hanya pada nombor siri yang mungkin sama dengan nombor siri yang terdapat pada pemegang MyKad orang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Haji Rashidi bagaimanapun berkata, timbul persoalan adakah penyelewengan MyKad mempunyai kaitan dengan kes kemasukan pelancong asing terutamanya dari China dan India yang telah masuk ke dalam negara dan tidak keluar seperti yang direkod dalam statistik Laporan Ketua Audit Negara 2018.

Menurut laporan berkenaan, katanya, data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs), didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar sepanjang 2016 hingga 2018.

“Justeru, tidak mustahil jika dikatakan sebahagian besarnya mungkin telah dapat sijil kelahiran dan MyKad melalui sindiket?,” dakwa beliau.

September tahun lalu, polis berjaya membongkar sindiket penjualan MyKad kepada warga China yang didalangi pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membuat laporan polis berikutan permohonan pasport oleh seorang pemegang MyKad sah, namun pemohon didapati tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dipercayai berlaku pada Mei tahun lalu.

Difahamkan, MyKad berkenaan dijual dengan anggaran harga RM100,000 hingga RM600,000.


Pusat panggilan judi diserbu, 44 warga China ditahan

ADMIN ISMAWEB

 

Hasil keuntungan harian sindiket ini adalah RM150,000

KUALA LUMPUR – Polis hari ini menahan 44 warga China termasuk lapan wanita dalam serbuan di pusat panggilan judi dalam talian yang beroperasi di empat buah banglo di Taman Bucida Hijauan di Nilai, Negeri Sembilan.

Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi/Maksiat/Gangsterisme, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mohd Zani Che Din berkata kesemua suspek berusia 18 hingga 45 tahun itu ditahan pada 12.30 tengah hari.

Beliau berkata polis turut merampas enam set komputer, 17 buah komputer riba dan 75 telefon bimbit yang digunakan untuk mempromosi judi dalam talian.

“Mereka ini turut menganjurkan permainan judi serta pertaruhan dalam talian dan pelanggannya adalah daripada China.

“Aktiviti promosi judi dalam talian ini dibuat menerusi aplikasi WeChat dan QQ Messenger,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kegiatan itu dipercayai beroperasi sejak enam bulan lepas dan setiap transaksi perjudian hanya menggunakan mata wang Yuan.

“Banglo mewah ini disewa RM7,000 sebulan bagi setiap unit dan hasil keuntungan harian sindiket ini adalah RM150,000,” katanya.

Mohd Zani berkata kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka. – Bernama


Siapa akan teruskan panji perjuangan 100 tahun lagi?

Muhammad Luttfi Abdul Khalid

 

 29 April tarikh penjajah British di Iraq serah diri kepada tentera Turki Uthmaniyah 104 tahun dahulu

SAYA baru sahaja selesai menonton episod terakhir daripada drama bersiri Turki bertajuk Kutul Amare, tentang penglibatan tentera penjajah British di Iraq.

Kemudian, saya tersedar bahawa tarikh hari ini iaitu 29 haribulan April adalah tarikh yang sama tentera penjajah British di Iraq menyerah diri kepada tentera Turki Uthmaniyah 104 tahun dahulu!

Subhanallah!

Kekalahan dan penyerahan diri tentera penjajah British di Kut Al Amara, Iraq adalah satu kekalahan besar yang sangat memalukan Empayar British dalam Perang Dunia Pertama.

Tentera British memasuki medan perang yang dikenali sebagai Kempen Mesopotamia di Iraq setelah mendapat kontrak untuk eksplorasi minyak dari empayar Iran ketika itu, sekitar tahun 1914 melalui Anglo-Persian Oil Company.

Diringkaskan cerita, tentera British terpaksa berundur ke Kut Al Amara setelah mereka berhadapan dengan siri-siri serangan tentera Turki Uthmaniyah dari Baghdad, yang kemudiannya mengepung mereka di luar kota. Yang memisahkan antara kedua-dua tentera ini adalah tebing sungai-sungai Furat (Euphrates) dan Dijlah (Tigris) sahaja.

Kepungan berlaku selama hampir lima bulan (143 hari) iaitu dari 7 Disember 1915 hingga 29 April 1916.

Penyerahan kalah ini menyaksikan seramai 30,000 orang tentera British yang terbunuh atau cedera manakala 13 orang Jeneral, 481 orang pegawai dan 13,300 anggota tentera British di Kut Al Amara telah dijadikan tawanan perang.

Penyerahan diri (surrender) oleh tentera British dilakukan oleh Major jeneral Charles Townsend tanpa syarat kepada tentera Turki Uthmaniyah pada 29 Arril 1916, 104 tahun dahulu.

Surat khabar Tercuman-i Hakikat menerbitkan berita tentang kekalahan tersebut dengan tajuk “The Biggest Disaster Of The British In History”.

Allahu Akbar Walillahil Hamd!

Sepanjang pengetahuan saya, belum ada lagi mana-mana kajian atau penulisan dalam Bahasa Melayu tentang peperangan yang sangat bersejarah ini. Saya percaya pihak sejarahwan dan pemimpin-pemimpin tentera British cuba menyembunyikan berita ini.

Saya berharap ada di antara para pembaca yang tergerak dan becita-cita untuk melakukan kajian lanjut untuk maslahat semua orang.

**********************

Kenapa British datang ke Iraq dalam kempen yang dinamakan sebagai Kempen Mesopotamia?

Tujuannya adalah kerana Emas Hitam atau yang lebih terkenal dengan nama Petroleum!

Mereka (British/Barat) datang ke dunia Islam dan Benua Timur kerana ingin mendominasi sumber-sumber kekuatan dan pusat-pusat strategik kuasa dunia, yang banyak terdapat di dunia Islam.

Penjajahan adalah satu proses semula jadi untuk mencapai tujuan-tujuan tersebut yang dijelmakan melalui campur tangan politik, peperangan (dan serangan) dan seterusnya cengkaman ke atas negara-negara atau wilayah-wilayah yang ditawan.

Barat telah bangkit melalui revolusi perusahaan dan bahan-bahan yang akan membantu menjayakan cita-cita dan hasrat tersebut terdapat di luar dunia Barat!

Legasi penjajah ini masih wujud, dalam bentuk para pemuja dan penyembah-penyembah tamadun barat yang materialistik. Yang bergerak melalui institusi-institusi, gerakan-gerakan sivil, parti-parti politik, kerabat-kerabat diraja, kumpulan bangsawan, para cendekiawan dan para intelektual.

Mempelajari kisah peperangan ini juga boleh menjadi satu latar belakang dan konteks kepada apa yang sedang berlaku di Asia Barat dan perkembangan geo-politik serta perlumbaan kuasa sekarang.

Apa yang sedang berlaku di Iraq sekarang dengan campur tangan kuasa-kuasa Barat dan Eropah ada kaitan rapat dengan sejarah ekspedisi-ekspedisi tentera British di Kut Al Amara, Baghdad dan Basrah 100 tahun lebih dahulu.

Semua itu ada kaitan dengan Palestin dan negara haram Israel.

Maka menjadi kewajipan kepada umat Islam dan para pemuda-pemudinya membaca, meneliti dan mengkaji sejarah yang berlaku dan telah direkodkan, sebagai langkah persediaan untuk mengalahkan segala bentuk strategi dan tipu daya musuh. Dan juga untuk menjulang bendera kedaulatan Islam.
Tentera Khilafah Turki Uthmaniyah telah membuktikannya 104 tahun yang lalu.

Siapakah di antara kita yang akan meneruskan panji-panji perjuangan ini selama 100 tahun lagi?

*Muhammad Luttfi Abdul Khalid
Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)


Wednesday, April 29, 2020

Masjidil Haram, Masjid Nabawi akan dibuka tidak lama lagi


Dua masjid suci umat Islam, Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah akan dibuka tidak lama lagi selepas krisis koronavirus (Covid-19) ditangani.
 
 
RIYADH - Dua masjid suci umat Islam, Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah akan dibuka tidak lama lagi selepas krisis koronavirus (Covid-19) ditangani.

Perkara itu diumumkan Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais melalui Twitter Haramain.info hari ini.

“Saya bawa khabar gembira kepada umat Islam bahawa keadaan akan kembali normal di dua masjid suci tidak lama lagi.

“Dua masjid suci akan dibuka untuk Tawaf dan solat serta ziarah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Atas dasar ini, kita tidak akan tergesa-gesa membuka dua masjid suci kerana semua langkah diambil adalah untuk kebaikan kita,” katanya.

Imam Besar Masjidil Haram itu turut meminta umat Islam mendoakan agar situasi pandemik ini cepat berakhir.

“Sekali lagi, kami menyeru umat Islam berdoa agar pandemik ini selesai, berdoa kepada kebaikan pemimpin (penjaga dua masjid suci) dan menerima apa dilakukan ini adalah yang terbaik. Semoga ALLAH melindungi mereka,” katanya.

Arab Saudi sebelum ini menggantung sementara solat Tarawih di dua masjid suci di Makkah dan Madinah serta ibadah umrah bagi mengekang penularan Covid-19.

Sehingga hari ini, Arab Saudi mencatat sebanyak 20,077 kes jangkitan Covid-19.

3 lelaki Rohingya terlibat pecah rumah ditahan

ADMIN ISMAWEB

 

Polis antaranya rampas kereta, barang kemas bernilai RM80,000

KULAI – Polis berjaya menumpaskan kumpulan etnik Rohingya yang melakukan pecah rumah sekitar daerah ini sejak tahun lalu selepas menahan tiga suspek dalam serbuan berasingan di inap desa dan dua buah rumah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, menerusi serbuan pada jam 8 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam, polis menahan tiga lelaki etnik Rohingya berumur 20 hingga 32 tahun bersama-sama dua kanak-kanak perempuan berusia 8 dan 9 tahun.

“Mereka terlibat dengan beberapa kes pecah rumah dan kes terbaharu di Indahpura di sini pada 26 April lalu dan mangsa berusia 40-an membuat laporan polis jam 6.30 petang pada hari yang sama.

“Menerusi serbuan itu pihak polis merampas antaranya dua buah kereta, peralatan pecah rumah, wang tunai pelbagai negara, buku bank, pasport, barang kemas dan dua komputer riba yang semuanya bernilai lebih RM80,000,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Menurutnya, modus operandi mereka adalah dengan memecah masuk rumah melalui pintu depan dan tingkap rumah mangsa dengan menggunakan pemutar skru sebelum menyelinap masuk pada waktu siang dan malam.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan dua dalang utama kumpulan itu yang dikenali sebagai Abdullah, 32, dan Norjan, 20, yang masih bebas manakala dua kanak-kanak itu sudah dibebaskan kerana tidak terlibat dengan kegiatan tersebut.

“Kanak-kanak tersebut merupakan anak tiri kepada salah seorang suspek yang ditangkap. Siasatan mendapati mereka sudah melakukan 10 kes pecah rumah di kawasan Indahpura, Bandar Putera, Saleng dan Senai sejak November tahun lalu hingga kini,” katanya.

Beng Yeow berkata, ada di antara suspek berkenaan memiliki kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) sementara yang lain tidak memiliki sebarang dokumen.

“Polis juga masih menyiasat semua suspek yang tidak memiliki pekerjaan itu sudah berapa lama tinggal di negara ini,” katanya.

Katanya, tiga suspek tersebut direman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun atau denda atau sebatan.


‘Ini bukan Taiwan’ netizen hentam lulusan UEC sertai PISMP

ainulillia

 

UEC adalah pengkhianat kepada sistem pendidikan kebangsaan

BANGI – Pengambilan calon Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) pada tahun ini mendapat hentaman rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengannya.

Semalam, Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) membuat pengumuman di laman Facebooknya berkenaan keputusan kemasukan ke program PISMP-UEC. 

Bagaimanapun, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan pengumuman itu dan menyifatkan ia sebagai tidak layak untuk mendapat tempat dalam mana-mana sistem pendidikan kebangsaan.

Satu laman di Facebook dengan nama ‘Kami Sayang Muhyiddin’ berkata: ”Mereka masih berbangga dengan pengiktirafan UEC ke dalam program perguruan. Kita pula perlu terus membantah dan bersuara.

“Ingat. Semakin kita bertolak ansur dengan UEC, semakin banyak pula yang dituntutnya nanti,” katanya.

Sementara itu, laman Facebook, Jiao Zong pula menjadi tempat netizen melepaskan rasa tidak berpuas hati setelah ia mengumumkan perkara itu.

Salah seorang pengguna Facebook, Solehah berkata, dirinya membantah sepenuhnya peperiksaan yang bukan berasal dari Malaysia itu.

“Maaf. Aku bantah UEC. NegaraKu Tanah tumpahnya Darahku,” katanya.

Manakala, Ameer Deenz pula berkata, UEC merupakan pengkhianat kepada sistem pendidikan negara Malaysia.

“Mana boleh ada 2 Perdana Menteri dalam 1 negara,” katanya.

Yusoff Rozi pula menegaskan, hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sewajarnya diterima di negara ini. 

“Be a Malaysian first. Your motherland second,” katanya.

Manakala, seorang lagi pengguna laman Facebook, Yakin Alwi dengan ringkas berkata, ”Ini Malaysia. Bukan Taiwan.”

Jiao Zong dalam satu kenyataan semalam menggesa, calon yang telah memohon PISMP-UEC untuk kategori SJKC agar melayari laman web https://pismp.moe.gov.my/ untuk menyemak Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan senarai nama calon temu duga. 

Katanya, kesan dari wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ujian penilaian kelayakan calon guru tahun ini akan dijalankan di atas talian, dan temu duga telah diubah kepada video rakaman oleh pemohon yang perlu dimuat naik ke laman web tersebut.

Pengambilan pelajar untuk PISMP kategori SJKC tahun ini adalah seramai 1,310. 

“Pihak berkenaan dipercayai akan mengumumkan senarai calon yang berjaya untuk mengikuti program latihan pengajaran pada 3 Jun, sementara tarikh pendaftaran dan mula mengajar adalah pada 1 hari bulan September,” katanya.


Isu Rohingya ‘dibakar’ untuk ‘padam’ isu MyKad?

HARAKAH DAILY



ADA ISU besar pelancong China dapat MyKad, ada yang memohon kerakyatan puluh ribu orang. Ada juga isu ratus ribu orang China masuk sebagai pelancong tapi tak balik-balik, hilang! Bukan seorang dua tapi ratusan ribu. Pasal apa orang kita yang garang-garang sehari dua ini diam saja?

Tapi dengan pelarian Islam yang lemah, miskin, kotor, buta huruf dan tak ada pelindung; dilondeh segala keburukan, dikorek segala cerita lama, dihina, dikutuk, disebar kebencian dan dihalau. Nak pergi ke mana depa (mereka) itu semua kalau dihalau? Bro! Penghuni Bukit Malut Langkawi itu bukan Rohingya, mereka orang Melayu Burma Pulau Dua. Tak ada sangkut paut dengan Rohingya.

Apa jenis tamadun kita ini? Hilang lenyap segala sifat kemanusiaan berganti kebencian meluap-luap, sesetengahnya terikut-ikut tanpa sebab. Sehelai bulu roma pun tak pernah luruh angkara orang Rohingya, tapi dia punya maki hamun macam habis sudah harta benda dia kena rampas.

Bab cadangan dulu-dulu itu (kerakyatan sementara tahun 2017) hanya cadangan saja. Masa itu genocide sedang memuncak, orang sedang dibunuh, anak-anak dibakar api yang marak memakan rumah, wanita dirogol, lelaki dipenggal kepala, dipotong kaki tangan, ditembak, dibom! Yang hidup dihambat keluar dari tanah sendiri. Lari berhari-hari ke rimba dan sungai mencari tempat selamat.

Cadangan itu Kerajaan yang perlu pertimbang, dan buat keputusan. Sudah ada keputusan pun! Ia tidak dipertimbang dan tidak boleh dilaksanakan.

Tidak semudah itu negara hendak berdepan dengan isu kerakyatan walaupun sementara saja. Bukan netizen yang kena buat keputusan, tidak ada seorang pun peduli dengan cadangan itu. Ia hilang, sudah berlalu, jadi bahan sejarah. Kenapa dibangkitkan semula sekarang ini kalau tidak dengan niat dan maksud yang buruk?

Bab yang dikatakan tuntutan baru mahukan kerakyatan dan hak sama rata kepada mereka itu, surat palsu! Surat itu tidak betul, yang disebar itu fitnah saja. Individu yang dikatakan membuat surat itu pun sudah menafikan, komuniti mereka pun menafikan bahawa individu itu mewakili mereka.

Mereka pun tak kenal dia itu siapa. Siapa lantik, siapa pilih? Kita berperang siang malam atas kenyataan palsu dari orang yang tidak dikenali, kenapa?

Yang diakui benar hanya permintaan untuk bekerja, dilindungi insuran ketika bekerja, kos rawatan klinik dikurangkan dan tidak ditangkap kerana bekerja. Ini permintaan biasa saja, untuk hidup kena kerja beli beras.

Jadi, tuntutan hak itu ini yang di viral itu palsu saja, kita bising maki hamun satu Malaya. Wajarkah kita beremosi atas benda palsu dan tak berasas?

Walaupun palsu, atas rasa tanggungjawab meredakan keadaan, mereka memohon maaf dari segala penjuru, atas individu dan perkumpulan mereka, bersurat dan bersuara. Keras sangat hati kita untuk menerima permohonan maaf mereka, kenapa?

Agenda RBA DAP untuk melagakan orang Islam kita telan bulat-bulat, agenda intelligent Myanmar untuk mewajarkan genocide ke atas Rohingya kita sambut berbunga-bunga, meluap-luap tanpa sedar.

Kerja sembunyikan projek bawa masuk kaum kerabat mereka dari China dan India sunyi sepi tidak ada siapa peduli. Sekitar 6.7 juta pendatang asing lain tidak tersentuh sama sekali.

Kita pukul borong semua yang berwajah seperti keling Benggali itu Rohingya belaka. Semua biadab dan pengotor orang berwajah keling Benggali itu adalah onar jahat Rohingya.

Myanmar Buddist (Moon, Shan, Karen), Myanmar Muslim, Bangla, Pathan, India, Tamil, Nepal, Sri Langka yang sah dan PATI semuanya Rohingya! Semua kedurjanaan di Pasar Selayang dilonggok atas kepala Rohingya, sedangkan tidak ada satu kedai pun milik mereka.

Ada seorang dua menjadi buruh di situ, tapi seluruh huduh Selayang itu dikatakan mereka punya angkara. TV3 pun tumpang sekaki melakar propaganda. Sejak bila TV3 dan MalaysiaKini tidak boleh dijual beli?

Adakah kita ini bangsa yang berani tunjuk hebat dengan orang lemah saja? Sejak bila kita rela jadi badut sarkas orang lain?

Kamu tahu atau tidak ada ratusan ribu warga China dan India sedang bersembunyi di negara ini, sebahagian mereka telah mendapat MyKad. Baru 6 orang dapat ditangkap dan didakwa, selebihnya lepas bebas.

Kamu tahu atau tidak warga China dan Hong Kong yang kuat dan kaya memiliki hartanah lebih RM8 bilion di sini. Mereka boleh datang dan pergi sesuka hati.

Kamu sedar tidak ada 4 juta orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dari serata dunia sedang berada di sini, tanpa kebenaran?

Selain PATI, ada lagi 2.7 juta pekerja asing sah dari serata dunia sedang bekerja di sini. Semua warga asing itu datang mencari makan, menyedut hasil kita menghantar pulang berbilion Ringgit setiap bulan. Sebahagian mereka ada di Selayang!

Ada ‘orang dalam’ dan orang asing sedang tersenyum dengan gelagat kita. Mereka punya kerja senang dapat untung besar, kita hanya puaskan diri sendiri. Tidakkah ini menghairankan?

MUHAMMAD SANUSI MD NOR- Pengerusi PASRelief – HARAKAHDAILY

 

Lebih banyak sektor dibenar kembali beroperasi


HARAKAH DAILY



PENULARAN wabak COVID-19 telah memberi kesan kepada kesihatan rakyat dan juga ekonomi negara. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah proaktif khususnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak ini.

Usaha memerangi COVID-19 belum berjaya sepenuhnya tetapi kita telah dapat melandaikan keluk (curve) ke tahap yang terkawal.

Namun, kita tidak seharusnya alpa dan akan terus berusaha sedaya upaya untuk menjamin kesihatan dan keselamatan rakyat.

Kerajaan juga bertanggungjawab untuk memulihkan ekonomi termasuk melindungi mata pencarian rakyat. Usaha ini adalah untuk membina semula ekonomi yang mampan, berdaya saing, mengembalikan keyakinan pelabur serta menjamin pekerjaan.

Pada 23 April 2020, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kes-kes COVID-19 telah menurun dengan ketara susulan dari usaha berterusan pihak Kerajaan membendung penularan wabak COVID-19. Bagi memastikan pencapaian yang positif ini berterusan, Kerajaan telah melanjutkan tempoh PKP sehingga 12 Mei 2020.

Dengan pelanjutan ini, Kerajaan sedang mengkaji kaedah memulihkan ekonomi secara berperingkat. Ini merangkumi pembukaan beberapa sektor dan sub-sektor ekonomi tambahan tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ketat bagi memastikan syarikat terus beroperasi dan pekerja berada dalam persekitaran yang selamat.

Sehubungan ini, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang bersidang semalam (27 April 2020) telah membincangkan kedudukan terkini ekonomi dan kewangan negara, kelangsungan perniagaan dan kesejahteraan rakyat. Mesyuarat telah meneliti kajian dan cadangan yang dibentangkan oleh Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Khazanah Nasional.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diwakili oleh Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan turut membentangkan pandangan dan maklum balas di atas perkara yang dibincangkan.

Perbincangan tertumpu kepada keperluan untuk memulakan semula (restarting and reviving) rantaian bekalan ekonomi secara menyeluruh yang dapat membantu perniagaan untuk meneruskan operasi sepenuhnya, membina semula stok yang terjejas serta membolehkan penyampaian perkhidmatan dan barangan yang efisien kepada pelanggan.

Keputusan mesyuarat EAC telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang bersidang pada pagi ini (28 April 2020) dan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri serta turut dihadiri oleh semua Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri.

Menyedari keperluan mendesak untuk menangani krisis ekonomi semasa, Kerajaan bersetuju supaya sektor-sektor ekonomi yang telah dibenarkan beroperasi pada PKP Tahap 1, 2 dan 3 meningkatkan kapasiti beroperasi sepenuhnya dan dibenarkan beroperasi tanpa sekatan masa mengikut keperluan industri masing-masing.

Pihak syarikat di dalam sektor yang dibenarkan ini wajib mematuhi syarat-syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi sektor masing-masing. Kegagalan syarikat mematuhi SOP akan menyebabkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta merta dan dikenakan tindakan undang-undang.

Kebenaran ini berkuatkuasa mulai esok (29 April 2020). Pihak syarikat yang telah diluluskan untuk beroperasi tidak lagi perlu memohon kepada MITI untuk mendapatkan kebenaran.

Inisiatif ini akan memberi anjakan kepada pemulihan sistem rantaian bekalan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi permintaan domestik dan luar negara. Ini tentunya akan memberi impak positif kepada pendapatan syarikat khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana.

Sementara Kerajaan memberikan kelonggaran ini, rakyat dan pemilik perusahaan perlu memulakan ‘kebiasaan baharu’ dengan mematuhi penjarakan sosial di tempat kerja, kebersihan diri dan garis panduan kawalan kesihatan.

YB DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Menteri Kanan
Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI)
 – HARAKAHDAILY

PH buntu tentukan Ketua Pembangkang

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR
 
ph


PARLIMEN akan bersidang pada 18 Mei ini. Khabarnya pihak Kerajaan telah memohon nama Ketua Pembangkang baru dari Pakatan Harapan (PH), blok parti terbesar yang menguasai bangku pembangkang. Tetapi sehingga kini PKR, DAP dan PAN masih belum memutuskan siapakah calon mereka walaupun nama Anwar Ibrahim disebut-sebut.

Ketua Pembangkang yang lepas adalah Dato’ Ismail Sabri (BN) yang kini menjadi Menteri Kerajaan PN. Di dalam PH hari ini DAP dengan 42 kerusi Parlimen muncul sebagai parti terbesar. Masalahnya mengapa DAP menolak jawatan Ketua Pembangkang?

Mengapa tidak Kit Siang atau Guan Eng sahaja yang dicalonkan? Takkanlah dengan bilangan kerusi terbanyak PKR akan tolak pencalonan tokoh DAP itu, PAN pula pasti taat menyokong mustahil PAN berani sanggah DAP. Kit Siang sebagai MP veteran cukup berpengalaman dengan berkali-kali memegang jawatan ini sebelumnya.

Setelah ‘Team Azmin’ angkat kaki tinggalkan PKR, parti itu sudah tunggang-langgang. Di Selangor mereka terpaksa kekalkan Amiruddin sebagai MB, Dorayah dan Haniza sebagai Exco walaupun mereka orang Azmin kerana bimbang lebih ramai akan ikut jejak angkat kaki tinggalkan PKR.

Anwar ternyata gagal sebagai Presiden. Parti sendiri goyah, cita-cita menjadi PM berkecai dan kini mahu menuntut pula jawatan Ketua Pembangkang. Kenapa takut sangat DAP ke hadapan menjadi Ketua Pembangkang?

Sementara itu bekas PM Tun Dr Mahathir pula telah menyatakan enggan duduk di bangku Kerajaan walaupun partinya BERSATU merupakan komponen PN.

PH telah pecat BERSATU, marahkan Tan Sri Muhyiddin tetapi masih main kayu tiga dengan Tun.

Tun pula telah menghancurkan peluang Anwar jadi PM bila letak jawatan sebagai PM. Anwar cukup marah dengan Tun. Nampak bercelaru dan serabut sungguh PH ini.

Selesailah masalah rumah tangga terlebih dahulu sebelum mahu pertikai dan ganggu Kerajaan PN yang semakin didukung dan diyakini rakyat.– HARAKAHDAILY

 

Ketua keluarga boleh keluar berdua beli barang keperluan, rawatan


KETUA keluarga yang keluar membeli makanan dan barangan keperluan harian lain ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat, kini boleh disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah.

Perkara ini adalah berdasarkan kepada warta persekutuan yang dikemas kini di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.4) 2020, yang dikeluarkan laman sesawang Jabatan Peguam Negara, semalam.

Mengikut Peraturan-Peraturan di dalam warta tersebut, pergerakan untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan atau perubatan oleh ketua keluarga juga boleh disertai mana-mana orang lain yang semunasabahnya perlu.

Warta tersebut yang ditandatangani Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menyatakan bahawa, Peraturan-Peraturan itu berkuatkuasa dari tempoh 29 April sehingga 12 Mei.

Senarai perkhidmatan perlu dalam Peraturan-Peraturan yang dikemas kini itu, kekal 15 perkara seperti sebelum ini.

Kawalan atas pergerakan di dalam kawasan radius 10 kilometer dari kediaman untuk mendapatkan barangan keperluan seperti makanan, ubat, penokok diet dan keperluan harian, juga masih kekal.- BERNAMA

Sumbangan Qatar AS$50j untuk Rohingya: Dr. Wan Azizah jawab Ahmad Zahid

SUMBANGAN AS$50 juta oleh Qatar bagi bantuan kepada pelarian Rohingya yang berada di Malaysia tidak pernah disalurkan kepada kerajaan tetapi diberi terus oleh kerajaan Qatar melalui Qatar Charity (QC) kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO iaitu parti dalam kerajaan Perikatan Nasional sepatutnya boleh medapatkan segala maklumat berkaitan dana tersebut daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Apabila Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya pada Mei 2018, kami dimaklumkan akan hasrat Qatar untuk menyalurkan bantuan ini sejak 2016 lagi, dan kami bersyukur dapat menjadikannya satu kenyataan dalam tempoh tidak sampai 18 bulan selepas kami ke Putrajaya.

“Bantuan kemanusiaan pelarian Rohingya di Malaysia ini menggunakan peruntukan Qatar Fund for Development (QFFD) dalam tiga sektor, iaitu kesihatan, pendidikan dan mandiri kehidupan (“livelihood”),” kata Dr. Wan Azizah.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, bagi pelaksanaan sektor kesihatan satu perjanjian projek telah dimeterai pada 13 September 2019 di antara Yayasan Kebajikan Negara, Qatar Charity dan tiga buah NGO iaitu Mercy Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysia Relief Agency (MRA).

Perjanjian tersebut adalah untuk tempoh setahun sehingga 12 September 2020 dan akan disambung setiap tahun selama tiga tahun dengan peruntukan tahunan sebanyak AS$5 juta atau AS$15 juta untuk tiga tahun.

“Pada ketika berlaku peralihan kuasa di Putrajaya, pelaksanaan sektor pendidikan berada di peringkat penilaian oleh Qatar Fund for Development manakala perbincangan belum bermula bagi sektor mandiri kehidupan.

“Walaupun Kerajaan Qatar memberi komitmen untuk menyalurkan bantuan ini selama tiga tahun, ia juga memberi iltizam akan kelestarian program ini yang memungkinkan ia disambung selepas tiga tahun mengikut keperluan pada waktu tersebut,” jelas Dr. Wan Azizah.

BACA Ahmad Zahid mahu PH perjelaskan sumbangan AS$50 juta Qatar untuk Rohingya

Semalam, Ahmad Zahid menggesa pemimpin Pakatan Harapan memberi penjelasan terperinci perbelanjaan dana berjumlah AS$50 juta (RM198.9 juta) hasil sumbangan Qatar untuk pelarian Rohingya.

Ahmad Zahid berkata, Dr Wan Azizah  dalam Facebook beliau pada 25 November 2018 mengakui menerima sumbangan tersebut daripada kerajaan Qatar.

Bekas Menteri Dalam Negeri menimbulkan isu pemberian dana tersebut selepas beberapa perkongsian di Facebook menuduh beliau telah menerima dana dari Qatar Development Fund dan dimasukkan ke akaun persendirian.

Ahmad Zahid mendakwa, tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau itu adalah fitnah dan bertujuan mengaibkan dirinya.-SM

Zahid nafi dakwaan dana AS$50 juta bantu Rohingya masuk akaun peribadi

MALAYSIAKINI

Malaysiakini


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan menerima dana berjumlah AS$50 juta daripada Qatar Development Fund yang bertujuan untuk membantu pelarian Rohingya di Malaysia dan dimasukkan ke akaun peribadi.

"Ada beberapa perkongsian di Facebook menuduh saya telah menerima dana dari Qatar Development Fund dan dimasukkan ke akaun persendirian.

"Tuduhan ini jelas fitnah dan bertujuan mengaibkan saya," katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa lalu mengusahakan dana bagi membantu pelarian Rohingya di Malaysia.

"Qatar berbesar hati memberi penajaan terhadap isu Malaysia ketika itu.

"Namun kerajaan ketika itu tidak menerima apa dana atau bantuan bagi membantu Rohingya. Sehinggalah tampuk di Putrajaya berubah," katanya.

Sebaliknya, Ahmad Zahid berkata "dana sebanyak AS$50 juta diterima ketika Pakatan Harapan menguasai Putrajaya."

MP Bagan Datoh itu turut berkongsi pautan Facebook bekas timbalan perdana menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menyokong kenyataannya.

Pada hantaran bertarikh 25 November 2018, Dr Wan Azizah menulis: "Saya mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada beliau atas sumbangan AS$50 juta Kerajaan Qatar untuk program bantuan pelarian Rohingya.

"Zahid menggesa PH memberikan penjelasan terperinci mengenai dakwaan dana dari Qatar ini.

"Malah Duta Qatar Essa Mohamed juga menyatakan kerajaan Qatar telah mengikrarkan AS$50 juta (RM198.9 juta) bagi membantu masyarakat Rohingya di Malaysia.

"Kenyataan ini dikukuhkan dengan kedatangan Pengerusi Yayasan Qatar bagi Pembangunan Pendidikan, Sains dan Komuniti (QF) dan Pendidikan Yang Penting (EAA), YAM Sheikha Moza Nasser ke Malaysia dan lawatan ke pusat pembelajaran anak pelarian," dakwanya.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Dr Wan Azizah bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan ini.

LIHAT FB DI SINI

Laporan: Hospital buat ujian Covid-19 terhadap kematian meragukan

MALAYSIAKINI
 
Malaysiakini
 
 
Hospital kini membuat ujian Covid-19 terhadap pesakit yang meninggal dunia bukan akibat wabak itu, menurut laporan The Malaysian Insight.

Menurut laporan itu, ia bagi memastikan pesakit tersebut tidak dijangkiti Covid-19, seterusnya menjangkiti kakitangan yang menguruskan mayatnya.

Ujian swab Covid-19 itu dibuat terutama terhadap kes kematian mencurigakan, kata sumber.
“Ya, untuk kes yang sangat mencurigakan,” katanya seperti dipetik.

Satu lagi sumber memberitahu semua hospital melakukan ujian swab itu ketika bedah siasat bagi kes kematian seumpama itu.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah bagi mendapat maklum balas mengenai perkara ini.

Pada 6 April lalu, mayat seorang lelaki ditemui tergantung di Pulau Gaya di Sabah. Hospital kemudian mendapati dia positif Covid-19.

Dr Noor Hisham sebelum ini berkata virus Covid-19 didapati kekal pada permukaan badan, organ, air kencing dan cecair badan pesakit yang telah meninggal dunia.

Fuziah mengaku tak bersalah buat kenyataan boleh sebabkan kegentaran awam

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
 
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, iaitu membuat kenyataan yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Baru pagi tadi berhubung dakwaan kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru.

Kita tentukan PKP tamat awal atau dilanjutkan – Ismail Sabri

Manzaidi Mohd Amin
MGF13032020_SIDANG-MEDIA-MENTERI-PERTAHANAN_10
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh ditamatkan awal atau terus bersambung terletak pada rakyat berdasarkan sejauh mana mereka patuh dengan peraturan ditetapkan kerajaan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika semua patuh kepada arahan dan SOP dikeluarkan kerajaan, serta gejala penularan Covid-19 makin berkurangan, maka PKP boleh ditamatkan secepat mungkin.

Tetapi, katanya, jika rakyat masih bebas keluar rumah, berada di jalan raya secara bebas sehingga menyebabkan penularan wabak itu makin bertambah, kerajaan terpaksa melanjutkan tempoh PKP.

“Saya tidak boleh agak bila PKP ditamatkan, dan jika dibandingkan tangkapan mereka yang ingkar PKP, trendnya turun naik sepanjang PKP 1, 2 dan 3.

“Malah, ada kalanya jumlah tangkapan itu lebih teruk. Sebab itu saya selalu ingatkan supaya patuh arahan PKP, kerana yang menentukan PKP tamat cepat atau lambat adalah kita,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan wartawan mengenai perbandingan PKP 1, 2 dan 3 dari segi tangkapan serta kepatuhan orang ramai.

Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak boleh memberi jaminan bila PKP akan ditamatkan, dan tidak mahu tergopoh gapah mengisytiharkan negara bebas dari wabak Covid-19.

Beliau bimbang negara ini akan berlaku seperti beberapa negara lain yang menamatkan PKP, tetapi tiba-tiba gejala itu berlaku lagi sehingga memaksanya menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan dalam tempoh yang lama.

“Lebih baik kita berdisiplin sekarang untuk senang masa akan datang,” katanya.

Mengenai SOP yang dikuatkuasakan di kawasan zon hijau, beliau berkata,Majlis Keselamatan Negara (MKN) di peringkay akhir membentangkannya yang lebih lengkap kepada kerajaan.

Menurut beliau, banyak kawasan telah diisytiharkan sebagai zon hijau dan untuk itu kerajaan masih berbincang SOPnya mengenai apa yang boleh dilakukan dan sebaliknya.

“Contohnya, kawasan tertutup seperti perumahan PPR, setelah sebulan lebih penghuni tidak keluar rumah dan kita dapati tidak ada gejala wabak Covid-19, mungkin kita akan benarkan mereka keluar dan berada di sekitar kediaman.

“Mereka masih tidak boleh keluar dari kawasan rumah kerana SOP tidak membenarkannya tetapi ini semua sedang dirangka oleh MKN yang akan mendapatkan input dari semua kementerian.

“Mungkin minggu depan kita boleh dapat tahu SOP ini. Setakat ini masih dalam perangkaan lagi,” katanya. – MalaysiaGazette

Bayaran fasa kedua BPN pada 4 Mei ini

Wartawan MalaysiaGazette
MGF16102019_Persidangan-Hari-Membasmi-Kemiskinan-Antarabangsa_10
Tengku Zafrul Aziz

KUALA LUMPUR – Pembayaran fasa kedua kepada semua penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat mulai 4 Mei ini.

Pembayaran ini membabitkan golongan B40 dan M40, sama ada isi rumah atau individu bujang, akan dibuat mulai 4 Mei 2020, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Menurutnya, sebanyak 7.74 juta penerima telah menerima bayaran BPN berjumlah RM5.47 bilion.
Proses bayaran tunai bagi mereka yang tiada akaun bank telah bermula sejak 17 April 2020 dan berjalan lancar dengan lebih 157,000 menerima bayaran secara tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

Tengku Zafrul menambah, sehingga 26 April, lebih 3.26 juta permohonan baharu dan juga rayuan telah diterima.

Daripada jumlah ini, sebanyak 2.96 juta merupakan permohonan baharu dan 305,000 adalah rayuan.
Proses ini akan tutup pada hari Khamis ini, 30 April manakala pembayaran pula akan dibuat pada minggu depan selepas proses semakan selesai.

Manakala Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 untuk 2.5 juta penjawat awam dan pesara, termasuk veteran angkatan tentera tidak berpencen telah dibuat pada 23 April lalu dan bantuan kepada 1.5 juta pelajar Institut Pengajian Tinggi sebanyak RM200 sekali beri telah dibuat semalam. – MalaysiaGazette

Parlimen wajar jadi sektor dibenar operasi penuh, kata MP

MALAYSIAKINI
 
Malaysiakini
 

Selepas beberapa sektor ekonomi dibenarkan beroperasi sepenuhnya, MP Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata parlimen wajar membenarkan parlimen untuk turut beroperasi juga.

"Parlimen sepatutnya dijadikan sektor yang dibenarkan beroperasi sepenuhnya.

"Demokrasi serta amalan semak dan imbang parlimen kritikal kepada perjalanan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab," katanya pada suatu hantaran Facebook malam tadi.

Dewan Rakyat dijadualkan bersidang pada 18 Mei depan, tetapi sesi 15 hari parlimen dipendekkan kepada satu hari sahaja.


Ini akan membolehkan sidang Dewan Rakyat untuk membahaskan rang undang-undang dan perniagaan kerajaan, tetapi tidak akan ada sesi soal jawab lisan, pertanyaan bertulis, usul, dan ruang khas.
Anggota parlimen juga perlu menjalani ujian Covid-19 dan pemeriksaan suhu sebelum mengikuti sidang tersebut, dan akan duduk sekurang-kurangnya dengan jarak satu meter antara satu sama lain.

MP pembangkang telah mengkritik sidang Dewan Rakyat yang dipendekkan, sementara presiden PKR Anwar Ibrahim berkata parlimen perlu bersidang sekurang-kurangnya dua hari untuk membolehkan beberapa perbahasan.

Terdahulu hari ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali mengumumkan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan akan dibenarkan beroperasi sepenuhnya mulai esok.

Walau bagaimanapun, syarikat berkenaan mesti mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh kerajaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan KKM telah menyediakan prosedur baru untuk semua sektor ekonomi.

Pembinaan dan industri utama lain akan diberi keutamaan untuk dibuka semula terlebih dahulu, diikuti oleh sektor perkhidmatan, jelasnya.