KUALA LUMPUR – Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) Malaysia dan Singapura bekerjasama bagi membawa pulang sejumlah
wang kepada Kerajaan Malaysia yang dipercayai telah diseleweng daripada
firma itu.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat yang diadakan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi.
Pasukan dari Malaysia itu terdiri daripada Tan Sr Abdul Gani Patail,
Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Datuk
Abdul Hamid Bador.
Dalam kenyataan di sini, jawatankuasa Pasukan Petugas Khas 1MDB
berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak juga bertujuan bagi mengumpul
bahan bukti serta mengesan saksi-saksi di Singapura secepat mungkin.
Selain itu, pasukan ini juga akan melakukan ‘money trail’ bagi mengesan wang serta aset-aset yang masih wujud.
Mesyuarat hari ini telah dihadiri oleh sembilan pegawai kanan pasukan
siasatan Singapura terdiri daripada wakil Pejabat Peguam Negara
Singapura, Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura, Autoriti Kewangan
Singapura (MAS).
Manakala pihak Malaysia diwakili oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB
terdiri daripada Pejabat Peguam Negara, SPRM, Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM). – MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR – Pas sedia untuk ke hadapan menjadi benteng pertahanan
jika institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
diserang atau hendak dilumpuhkan kuasanya oleh kerajaan Pakatan Harapan
(PH).
Menurut Pegawai Pusat Penyelidikan Pas, Syed Ahmad Fadhli, parti itu
tidak akan memandang ringan jika ada usaha mencabar mahupun mengganggu
gugat kedudukan Islam, kerana ia berkait dengan sistem perundangan.
Beliau berkata, Pas mengambil pendirian tegas itu kerana dapat
merasakan ura-ura berita berkenaan pemansuhan Jakim seperti ada asasnya.
“Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), sudah pun timbul suara
lantang kelompok Islam liberal yang mendesak Jakim dimansuhkan, kononnya
atas sebab kewujudannya tidak berperlembagaan.
“Semalam pula, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan
kewujudan Jakim sedang dikaji semula, sama ada akan dikekalkan atau
diteliti semula cara pelaksanaannya,” katanya yang dipetik menerusi
akaun Twitter beliau hari ini.
Syed Ahmad turut mempersoalkan siapakah barisan ulamak yang dilantik oleh kerajaan PH untuk mengkaji kedudukan Jakim.
“Adakah kedudukan Islam sebagai agama persekutuan sepertimana yang
disebut dalam Perkara 3 Perlembagaan Malaysia itu bermaksud Religion
mengikut tafsiran sekularisme Barat atau ad-din yang sempurna sistem
kehidupan mengikut acuan Islam?
“Adakah kerajaan PH menyamaratakan kedudukan agama Islam yang dianuti oleh majoriti rakyat negara ini dengan agama lain?
“Dan, adakah kerajaan PH mahu menjadikan Islam sekadar simbolik
urusan rasmi seperti bacaan doa dan sambut perayaan sahaja?” soal
beliau.
Beliau berkata, Jakim ditubuhkan secara berperlembagaan dan menepati
Perkara 3, Perkara 12(2), Perkara 121(1A) dan Sumpah Jawatan Yang
di-Pertuan Agong di bawah Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan.
Jakim katanya, adalah agensi yang menguruskan dana awam pembangunan
agama Islam berdasarkan peruntukan Perkara 12(2) Perlembagaan
Persekutuan dan berada bawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Kata Syed Ahmad, terdapat banyak peruntukan berkaitan agama Islam dan
hak orang Melayu yang disebut secara jelas dan nyata dalam Perlembagaan
Persekutuan.
“Antaranya, Islam sebagai agama Persekutuan seperti hak kebebasan
menganut, mengamalkan dan menyebarkan Islam, menggunakan dana awam bagi
tujuan Islam, kedudukan terpelihara Mahkamah Syariah dan penetapan hal
ehwal Islam terletak dalam bidang kuasa negeri.
“Kita berharap kerajaan PH tidak tersilap langkah dalam mencatur masa
depan Jakim dan wajar diperingatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis
Raja-Raja juga berperanan penting dalam hal berkaitan agama kerana Agong
adalah ketua agama Islam bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan dan negeri
tidak beraja, manakala sultan adalah ketua agama Islam bagi negeri
masing-masing,” katanya. – MalaysiaGazette
Lebih RM7 juta diterima untuk hari pertama selepas THM dilancarkan.
Sehingga 3 petang hari ini, sebanyak RM7,075,800.79 telah berjaya
dikumpulkan oleh Tabung Harapan Malaysia (THM) yang dibentuk oleh
kerajaan untuk membolehkan rakyat negara ini turut menyumbang kepada
negara.
Demikian diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam sidang medianya hari ini.
Sumbangan kepada tabung ini dikecualikan cukai, “Jadi simpan resit anda,” kata Lim Guan Eng.
THM yang diumumkan penubuhannya oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad selepas mesyuarat Kabinet semalam telah mula menerima sumbangan
sebaik sahaja ia dibuka.
Terdahulu dari itu, seorang aktivis muda yang juga graduan
undang-undang, Shazarina Bakti telah melancarkan usaha pungutan derma
melalui sumbangan orang ramai untuk membantu Malaysia membayar
hutangnya.
Selepas seminggu ia dilancarkan, laman yang beliau buat telah berjaya
memungut RM13,476.57, kata Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini
yang turut mengucapkan terima kasih atas usaha anak muda itu.
Semalam, selepas Dr Mahathir mengumumkan pembentukan Tabung Harapan
Malaysia, Lim Guan Eng telah mengumumkan sumbangan mereka boleh
diberikan menerusi akaun Maybank 566010626452.
Beliau berkata penubuhan tabung itu yang diumumkan Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mesyuarat Kabinet hari ini, adalah bagi
membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan rakyat secara
sistematik dan telus.
“Derma dan sumbangan yang boleh dihulurkan adalah dalam bentuk mata
wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja,” katanya dalam kenyataan itu.
Lim turut merakamkan penghargaan bagi pihak kerajaan di atas
keprihatinan dan segala sumbangan ikhlas rakyat Malaysia dalam
menghadapi keadaan ekonomi semasa.
Menurutnya berdasarkan kepada perkembangan semasa ekonomi negara dan
keprihatinan rakyat terhadap kedudukan hutang negara, wujud kesedaran
dalam kalangan rakyat Malaysia untuk membantu kerajaan.
“Rakyat secara sukarela ingin berkongsi pendapatan mereka dengan
menyalurkan derma dan sumbangan ikhlas mereka kepada kerajaan bagi
menangani isu tersebut,” katanya.
Terdahulu, perdana menteri berkata terdapat ramai rakyat Malaysia
sanggup memberi derma kepada kerajaan selepas mengetahui kedudukan
kewangan negara dan kerajaan mengalu-alukan sikap patriotik mereka.
Kehadiran
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menaiki pesawat Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) Airbus, A400M bagi menghadiri program di Butterworth
bertujuan memberi pendedahan mengenai keupayaan, prestasi, kredibiliti
dan kemampuan pesawat pengangkut pelbagai guna itu dalam menjalankan
pelbagai operasi ketenteraan.
Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan menjelaskan, tindakan itu
juga bagi mengekalkan tahap kesiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Jelas kenyataan itu, pada hari penerbangan, pesawat pengangkut TUDM
A400M yang membawa delegasi Menteri Pertahanan dan pegawai-pegawai kanan
ATM ke Butterworth juga digunakan untuk memberi manfaat dan
melengkapkan jam penerbangan (flying hours) juruterbang yang membawa
pesawat berkenaan.
“Ini kerana setiap juruterbang perlu melengkapkan jumlah jam penerbangan bagi mengekalkan tahap kompetensi mereka.
“Sehubungan itu, pergerakan berkenaan juga dapat menjimatkan kos
pengangkutan berbanding menggunakan pesawat komersial dari aspek masa
dan kos penerbangan bagi kedua-dua tujuan yang dinyatakan,” jelas
kementerian itu hari ini.
Isnin lalu, peguam, Datuk Abu Backer Sidek membuat laporan kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Mohamad telah
menyalahgunakan aset kerajaan untuk lawatan ke Butterworth,pada 27 Mei
lalu.
Abu Backer dipetik berkata, presiden Amanah itu diterbangkan ke Pulau
Pinang untuk menghadiri majlis berbuka puasa di pangkalan Tentera Utara
Diraja Malaysia (TUDM) di sana, sebelum ke Tasek Gelugor, kampung
halamannya yang terletak berdekatan untuk satu majlis lain.
Sekumpulan
ahli akademik kesal kerana bekas pensyarah Universiti Malaysia Sabah
(UMS) yang didakwa pernah menciplak karya drama therapi Eropah telah
diterima berkerja di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Menurut sumber yang dihantar kepada Malaysia Dateline menerusi email
itu, memberitahu, pensyarah itu kini dilantik sebagai seorang Profesor
Madya dan juga dilantik sebagai Timbalan Dekan di UMK.
Dakwaan itu menyebut hasil karya pengamal drama therapi itu disalin bulat-bulat untuk menyiapkan thesis PhD beliau.
Pengirim email yang dikenali sebagai Nusra Fadeli dari Kota Kinabalu
berkata, dalam dunia akademik, aktiviti menyalin hasil penulisan
penulis lain dipanggil plagiarisma.
Katanya pada tahun 2015, mereka telah menghantar beberapa email dan
surat kepada pejabat Naib Chanselor UMK untuk memaklumkan penipuan
akademik tersebut tetapi dakwanya, tidak mendapat sebarang maklumbalas
hingga kini.
“Kami juga telah memaklumkan secara email kepada Majlis Profesor
Negara mengenai plagiarisma tersebut tetapi hanya mendapat jawapan
‘Terima kasih atas maklumat yang encik berikan’.
“Kami juga telah menghubungi beberapa orang pensyarah UMK untuk
memaklumkan perkara ciplakan tersebut namun tiada seorang pun yang
berani untuk mengetengahkannya,” ujarnya sumber tersebut.
Menurut sumber lagi, UMS bertindak tegas kepada sesiapa sahaja yang
menciplak thesis, tetapi perkara ini tidak berlaku di UMK, ujarnya lagi,
yang memilih untuk menutupnya sedaya upaya sekalipun tahu ia adalah
satu kes penipuan yang amat merugikan mahasiswa dan negara.
“Thesis PhD beliau yang diserahkan kepada Hull University (UK)
terdiri dari 85 mukasurat yang ditulis secara ciplakan dari buku-buku
serta website berkaitan drama therapi yang terkenal di Eropah.
Ini
bermakna tiada sebarang ‘originality’ atau idea asli dalam thesis
beliau. Tidak ada sebarang nilai akademik dalam thesis bila ia
mengandungi ciplakan.
“Kami telah menelefon The British Library beberapa kali sejak 2015
untuk memaklumkan hasil karya ciplakan tersebut. Berpandukan bukti
ciplakan yang kami berikan, akhirnya The British Library telah
mengeluarkan thesis itu dari senarai koleksi thesis. Untuk makluman, The
British Library mengumpulkan kesemua thesis-thesis PhD dan meletakkanya
di atas talian untuk dicapai oleh semua ahli akademik di seluruh dunia.
“Setelah berbincang secara panggilan telefon dengan beberapa ahli
akademik di Hull University, kami berjaya menyakinkan mereka bahawa
semua bahagian utama thesis tersebut adalah ciplakan dari beberapa buah
buku dan website. Akhirnya thesis tersebut dikeluarkan dari website Hull
University.
“Amat malang bagi sebuah universiti baru di Pantai Timur untuk
memiliki profesor madya ‘ciplakan’. Kami di Universiti Malaysia Sabah
berasa amat hairan mengapa tiada pihak mengambil tindakan sekalipun
beberapa kali kami maklumkan mengenai ciplakan tersebut.
“Kami difahamkan Naib Chanselor UMK menafikan sekeras-kerasnya
terdapat ahli akademik UMK melakukan ciplakan untuk menyiapkan PhD,”
ujarnya.
Sejumlah
182,409 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 ditawarkan ke
program prauniversiti, sijil dan diploma di universiti awam (UA),
politeknik, kolej komuniti dan institut latihan kemahiran asas di
seluruh negara bagi sesi akademik 2018-2019 pengambilan Jun.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata jumlah itu termasuk
17,338 daripada keluarga berpendapatan rendah B40, 299 individu kelainan
upaya (OKU), 348 Orang Asli dan 1,225 atlet sukan.
“Jumlah ini merupakan peningkatan 22 peratus daripada tahun lepas,
yang mana kerajaan hanya menawarkan sekitar 149,000 tempat sahaja,”
katanya pada majlis penyerahan surat tawaran rasmi kemasukan ke
institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kepada lepasan SPM 2017 seperti
dipetik Bernama hari ini.
Maszlee berkata beliau mengambil maklum wujud rintihan dalam kalangan
pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tetapi tidak mendapat tempat
di IPTA walaupun kerajaan telah cuba memastikan semua pelajar yang layak
dapat melanjutkan pelajaran.
“Saya ingin menjelaskan bahawa kerajaan berpegang dengan sikap bahawa
kami akan cuba membantu semua pelajar yang layak dari segi akademik dan
mempunyai keperluan untuk dibantu dari segi tahap sosioekonomi mereka,”
katanya.
Maszlee berkata jika ada pihak yang tidak beruas hati, mereka
disarankan untuk merayu kepada Jabatan Pendidikan Tinggi dan beliau
memberi jaminan semua rayuan akan diberi perhatian adil dan saksama.
“Kita tidak akan sesekali mendiskriminasi sesiapa, tetapi kita
perlukan ibu bapa membuat rayuan supaya kita tahu mengenai kes-kes yang
wujud dan akan cuba bantu,” katanya.
Ketika
rakyat diminta menyumbang ke Tabung Harapan Rakyat bagi menyelesaikan
hutang negara, Kerajaan berbelanja pada perkara bukan keperluan, kata
Nurul Islam.
Pemuda Pas mempersoalkan tindakan kerajaan yang mahu menayangkan
perlawanan Piala Dunia 2018 secara langsung di RTM dengan anggapan ia
membazir.
Timbalan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed
Yusoff bertanya, adakah berbaloi kerajaan membelanjakan RM 40 Juta
dengan anggaran pendapatan RM 12 Juta?
“Ketika rakyat diminta menyumbang ke Tabung Harapan Rakyat bagi
menyelesaikan hutang negara, Kerajaan berbelanja pada perkara bukan
keperluan.
“Saya merasakan ia sangat tidak wajar dan mencadangkan agar Menteri
menpertimbangkan semula keputusan beliau,” kata calon Pas Setiawangsa
itu melalui facebooknya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Gobind Singh Deo mengumumkan
kerajaan akan menayangkan perlawanan Piala Dunia 2018 secara langsung di
RTM. Kos yang akan dibelanjakan adalah RM 40 juta bagi 41 perlawanan
yang mana 27 secara siaran langsung dan 14 melalui siaran tertunda.
Bagi Nurul, dalam keadaan negara terpaksa berjimat cermat kerana
bebanan hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu, ramai mempersoalkan
tindakan Kementerian membelanjakan RM40 Juta.
Namun ada yang berhujah ianya akan dibiayai melalui pengiklanan. Angka pengiklanan yang dianggarkan adalah RM250 Juta, katanya.
Katanya, setelah disemak laporan kewangan RTM 2013-2016 (2017 tidak
dipaparkan) melalui laporan tahunan kementerian di laman sesawang rasmi
kementerian, beliau dapati jumlah pendapatan RTM melalui pengiklanan
adalah seperti berikut :
2013 = RM 2.48 Juta
2014 = RM 51.9 Juta (Piala Dunia Brazil)
2015 = RM 38.6 Juta
2016 = RM 43.1 Juta
Katanya, jika diteliti, pada 2014 iaitu tahun pertandingan Piala
Dunia di Brazil, RTM menyiarkan siaran langsung dan hasil yang
diperolehi oleh RTM melalui pengiklanan adalah RM 52 Juta.
Manakala tahun tahun lain, pendapatan yang diperolehi sekitar RM 40 Juta. Ia adalah pendapatan pengiklanan sepanjang tahun.
Jadi, katanya, lebihan pendapatan pengiklanan pada tahun piala dunia hanyalah RM 12 Juta sahaja.
SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan
kebimbangan terhadap masalah gejala dadah terutama dalam kalangan
golongan belia yang menyalahgunakan dan membawa masuk bahan itu dengan
pelbagai modus operandi penyeludupan yang baharu sehingga sukar
dibendung.
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) merangkap Setiausaha
Lembaga Pengampunan Negeri Selangor Zamani Ahmad Mansor berkata ini
kerana, baginda selaku pengerusi Lembaga Pengampunan Negeri Selangor
mendapati bilangan kes jenayah pengedaran dadah melibatkan golongan
tersebut yang dibawa kepada lembaga itu amat tinggi.
Menurut Zamani Ahmad, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam
laporannya menyebut hasil daripada ujian air kencing yang dijalankan,
didapati seramai 1,829 daripada 370,285 pelajar dari 178 sekolah
disahkan positif dadah.
“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berasa gusar dan berdukacita
dengan perkembangan kes-kes sedemikian kerana ia akan mendatangkan
implikasi yang negatif kepada golongan muda dalam negeri Selangor.
“Gejala pengedaran dadah telah menjadi semakin serius dan kritikal
serta telah mengundang kesengsaraan kepada deretan mangsa najis dadah
beserta keluarga mereka,” katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam hari
ini.
Kenyataan rasmi itu dikeluarkan susulan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Selangor kali ke-78 tahun ini.
Zamani Ahmad berkata permasalahan dadah ini perlu dibanteras secara
tegas dan tanpa kompromi kerana kesan negatifnya yang bukan sahaja
mengancam kesihatan serta keselamatan awam, malah berpotensi
meningkatkan berlakunya kejadian jenayah lain yang akhirnya akan
menghancurkan ketenteraman awam dan perpaduan masyarakat yang sedang
dinikmati dalam Selangor.
“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengeluarkan peringatan yang
keras supaya sekalian rakyat hendaklah lebih berwaspada dan
menghindarkan diri daripada aktiviti penyeludupan, pengedaran,
penyalahgunaan dan seumpamanya yang melibatkan najis dadah kerana
kesannya amat buruk bukan sahaja kepada individu belia terbabit tetapi
juga kepada keluarga serta masyarakat sekelilingnya.
“Adalah menjadi hasrat dan harapan Duli Yang Maha Mulia Sultan
Selangor agar rakyat dalam negeri ini dapat hidup aman dan tenteram
serta bebas daripada pembabitan dan ancaman gejala dadah,” katanya. –
Bernama,
SEBAGAI tanda sokongan kepada tindakan kerajaan persekutuan
memotong gaji perdana menteri dan menteri Kabinet, kerajaan Pulau Pinang
hari ini juga mengumumkan pemotongan 10% gaji pemimpin kanan negeri
itu.
Gaji ketua menteri akan dipotong sebanyak RM1,417.51 dan gaji 10 exco
negeri pula dipotong sebanyak 1,210.92 setiap seorang bermula bulan
depan, wang itu akan disalurkan kepada Tabung Harapan- inisiatif
Kementerian Kewangan untuk mengutip derma orang awam yang berhasrat
membantu Malaysia melunaskan hutang negara.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pemotongan itu diputuskan dan
diluluskan sebulat suara semalam pada mesyuarat exco, jumlah potongan
adalah RM13,526.80 setiap bulan.
“Keputusan ini selaras dengan tindakan pemotongan gaji semua menteri
kerajaan persekutuan sebanyak 10%. Potongan itu akan berkuatkuasa
sehingga arahan selanjutnya diberikan.
“Kami berharap langkah ini akan membantu kerajaan persekutuan
menangani hutang negara yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu
Barisan Nasional,” katanya pada sidang media hari ini.
Dilaporkan hutang negara kini mencecah RM1 trilion.
Semalam, Kedah dan Johor- dua lagi negeri ditadbir Pakatan Harapan-
juga mengumumkan yang gaji menteri besar dan exco dipotong 10%.
MALAYSIA mungkin tidak dapat mengambil langkah tegas terhadap
projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM66 bilion sama
seperti tindakan membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala
Lumpur-Singapura (HSR).
Menurut sumber kerajaan, pembatalan projek landasan dari Pelabuhan
Klang ke Pengkalan Kubor di Kelantan lebih rumit kerana perjanjian bagi
fasa 1 projek bernilai lebih kurang RM46 bilion sudah ditandatangani dan
pinjaman dari Bank Exim di China sudah dikeluarkan.
Membatalkan perjanjian itu akan mengakibatkan perjanjian dimungkiri
dan akan memaksa pinjaman itu serta faedahnya dibayar dalam masa tiga
bulan daripada pembatalan, kata sumber yang maklum dengan perjanjian
yang termeterai antara kerajaan Najib dan China Communications
Construction Company Ltd.
Malah kalau pentadbiran Dr Mahathir mencabar kesahihan perjanjian
tersebut, proses litigasi akan memakan masa bertahun-tahun serta
menjejaskan hubungan dua hala – sesuatu yang mahu dielak oleh Putrajaya
dan Beijing.
Selain fasa 1 projek ECRL, perjanjian yang sudah ditandatangani termasuk:
Sambungan landasan ke Pelabuhan Klang bernilai lebih kurang RM9 bilion.
Sambungan landasan ke Pengkalan Kubor bernilai RM1.3 bilion.
Naik taraf sistem landasan kepada landasan berkembar bernilai RM10.5 bilion.
Sejak memegang jawatan, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad
menegaskan bahawa keutamaan pentadbirannya ialah menangani RM1 trilion
hutang negara. Strategi utama mengurangkan hutang itu ialah dengan
membatalkan projek berkos tinggi.
Dr Mahathir dan Daim Zainuddin yang menerajui Majlis Penasihat
Kerajaan sudah menegaskan hasrat kerajaan untuk menghentikan projek
ECRL, atau sekurang-kurangnya merundingkan semula terma perjanjian.
Bagi pihaknya, Beijing juga sudah menyuarakan pandangannya mahu meneruskan hubungan dua hala yang baik dengan Malaysia.
Duta China, Bai Tian mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir dan Majlis Penasihat Kerajaan.
Malaysia memahami bahawa ECRL adalah salah sebuah projek utama China
di bawah projek besar One Belt One Road dan ia mengesan kesediaan
Beijing untuk mencapai tolak ansur berkenaan kos landasan kereta api
itu.
Difahamkan sebagai permulaan, sejumlah stesen di laluan ECRL akan
dikurangkan. Kebanyakan stesen itu tersenarai kerana pertimbangan
politik.
Satu lagi pilihan penjimatan kos ialah menyusun semula sebahagian laluan berkenaan.
Sekiranya langkah penjimatan yang dikemukakan oleh China
dilaksanakan, ia boleh mengurangkan kos ECRL antara RM5 hingga RM10
bilion.
LEBIH tiga minggu setelah tumbangnya Kerajaan Persekutuan Barisan
Nasional (BN), pelbagai analisis dan hujah dilontarkan terhadap faktor
keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Hakikatnya, tiada satu faktor
tunggal yang boleh diletakkan sebagai punca kekalahan BN, kerana setiap
analisis tersebut ada kebenarannya, sama ada besar atau kecil.
Yang pasti, BN dan Umno yang menjadi tunjang utamanya gagal
memaparkan pembaharuan yang cukup bermakna untuk tatapan rakyat semenjak
tsunami politik tahun 2008. Ungkapan “muhasabah diri” yang
disebut-sebut dalam kalangan pemimpin-pemimpin Umno ini telah saya
dengar semenjak mahasisiwa lagi.
Akhirnya, ayat lazim yang sama, retorik politik yang sama, semuanya
tidak membuahkan hasil – malah trend PRU13 dan PRU14 baru-baru ini,
menunjukkan bahawa rakyat semakin lama semakin bosan dengan Umno/BN.
Semenjak 2008, tahap sokongan bukannya meningkat tetapi menurun
sehinggalah tewas mutlak dengan hanya 30% undi rakyat, termasuklah cuma
45% undi Melayu.
Muhasabah
Mari kita berhenti sejenak dan renungkan angka ini – 45% undi Melayu.
Kurang separuh daripada orang Melayu menyokong Umno. Buat pertama kali
dalam sejarah, majoriti orang Melayu menolak Umno! Kerana itulah saya
amat tidak bersetuju dengan sebarang analisis mengatakan Umno tidak
mempunyai masalah besar, dan kelemahan hanya pada MCA, MIC atau parti
komponen BN yang lain.
Pemimpin dan ahli Umno perlu menolak sebarang gerak hati mahu
mendabik dada kononnya “Umno masih kuat”, “Umno boleh bertanding kerusi
Melayu dan pasti menang”, “Umno masih parti terbesar di Parlimen”,
“orang lama masih sokong Umno – masalah hanya pada orang muda” dan
ayat-ayat yang sewaktu dengannya.
Seandainya setelah tewas pun, kita masih mencanang ayat penyedap hati
berlandaskan ilusi kekuatan yang hakikatnya semakin pudar, saya sebagai
orang muda dalam parti ini tidak mampu membayangkan apa lagi yang perlu
berlaku sebelum pemimpin Umno sedar bahawa ada masalah besar dalam
kaedah perjuangan dan jenama politik parti ini.
Benar, Umno masih mempunyai kekuatan asas. Dan walau apapun sentimen
terhadap Umno sekarang, tidak boleh dinafikan bahawa parti ini telah
banyak berjasa kepada rakyat dan negara, termasuklah oleh pentadbiran
kerajaan yang baru tumbang ini.
Segala jasa ini jugalah yang menyebabkan Umno masih mempunyai
penyokong tegar di luar bandar dan sebahagian rakyat lain juga yang
tetap sayang kepada Umno, walaupun tidak mengundi BN tempoh hari.
Tetapi data dan trend menunjukkan sokongan Umno hari ini hanya dalam
kalangan kelompok minoriti, yakni kekuatan asas yang semakin lama
semakin rapuh, tatkala Umno telah ditolak secara besar-besaran di
kawasan dan demografi lain.
Maka, jika tidak mahu Umno tinggal hanya sebagai parti nostalgia
dalam minda rakyat, pembaharuan drastik dan besar-besaran perlu dikaji
dan dilaksana. Tidak cukup perubahan evolusi sedikit demi sedikit
tatkala tsunami total sudah pun melanda dan kita terbukti di belakang
kelok perubahan diterajui suara keramat rakyat.
Pembaharuan
Intipati pembaharuan drastik ini akan mengambil sedikit masa untuk
diperincikan. Tetapi salah satu aspek yang saya yakin perlu dikaji
adalah pendekatan dan retorik politik Umno untuk mampu menarik minat
segenap lapisan masyarakat, bukan hanya penyokong tegar parti yang hanya
20% atau 30% itu.
Pertama, parti dahagakan identiti politik moden yang mampu diterjemah
kepada pegangan dasar untuk menjadi pembangkang berkualiti, lantas
dilihat pilihan kerajaan alternatif dalam pilihan raya umum akan datang.
Selama ini, apabila Umno berkuasa, ahlinya menyokong dasar kerajaan
yang ditentukan tanpa sebarang tema kepada sokongan tersebut. Asal
perdana menteri gagaskan, Umno sokong, kerana Umno itu kerajaan.
Hari ini tanpa kuasa, pemimpin dan warga Umno perlu ada pegangan dan
ilmu untuk menjawab persoalan kontemporari. Contohnya: Apa dasar
percukaian Umno? Apa dasar luar Umno? Apa dasar pendidikan Umno?
Rakyat tidak mahu parti membangkang semata-mata melawan, tetapi biar
bangkangan itu bertemakan sebuah ideologi konsisten. Ideologi Umno untuk
abad ke 21 perlu diperinci – kerana dikhuatiri konsep “abata” (agama,
bangsa dan tanahair) kekal sebagai teori jika tidak dimodenkan untuk
tuntutan semasa.
Kedua, pendekatan politik Umno juga sudah tidak boleh terlalu jumud.
Pemimpin Umno di setiap peringkat perlu sedia ke hadapan berbahas dengan
fakta dan kebijaksanaan di hadapan khalayak ramai. Tidak semestinya
semua pendampingan itu perlu berdebat di hadapan ratusan atau ribuan
penonton. Namun, pemimpin parti di setiap peringkat perlu bersedia
berhujah meyakinkan masyarakat di luar kepompong Umno – malah kalau
dahulu 80% program dan takwim tahunan Umno adalah untuk ahli, hari ini
sepatutnya 80% dijenamakan untuk menyentuh bukan ahli.
Ketiga, parti perlu merangka strategi untuk menarik sokongan bukan
Melayu di samping meningkatkan sokongan Melayu. Format dan struktur BN
itu sendiri perlu dirombak kerana mungkin tidak lagi relevan untuk zaman
sekarang. Orang Umno boleh salahkan MCA, MIC sampai ke sudah, tetapi
akhirnya untuk menjadi kerajaan alternatif kepada rakyat, BN secara
keseluruhan perlu dapatkan sokongan segenap rakyat Malaysia dan bukan
“base” kita sahaja.
Tiga perkara ini sahaja tidak cukup memenangkan Umno. Tapi biar kita
bermula dengan langkah kanan yang penuh keberanian dan keyakinan
pembaharuan hakiki, disulami keinsafan kesilapan dahulu. Mengambil
iktibar kekalahan ini, ia juga peluang untuk Umno menyumbang kepada
Malaysia Baharu dengan semangat politik yang sihat.
* Shahril Hamdan, 32 tahun, ialah Ketua Penerangan
Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjaya profesional di sektor swasta.
Twitter: @shahrilhamdan Instagram: @shahrilh
UMNO menamatkan agihan peruntukan bulanan kepada semua bahagian
dan sayap parti bahagian bermula Mei ini susulan kegagalannya
mengekalkan pentadbiran kerajaan persekutuan.
Sumber mengesahkan kepada The Malaysian Insight bahawa setiausaha
agung parti, Tengku Adnan Tengku Mansor mengumumkan perkara itu dalam
satu surat bertarikh 22 Mei.
"Sayugia dimaklumkan, ibu pejabat setelah meneliti kedudukan kewangan
parti dan ingin memaklumkan yang mana penyaluran peruntukan bulanan
kepada pihak bahagian dan pergerakan Sayap-sayap Bahagian terpaksa
ditamatkan bermula Mei 2018.
"Walau bagaimanapun, adalah diharapkan bahawa pihak Bahagian dan
Sayap Pergerakan Bahagian dapat meneruskan pengoperasian Bahagian
sepertimana kebiasaan sebelum ini," kata Tengku Adnan dalam surat yang
dilihat The Malaysian Insight.
Kandungan surat itu disahkan seorang ketua bahagian Umno Wilayah Persekutuan.
"Kita hormati keputusan, tidak apa. Kita faham Umno perlu jimatkan
duit. Jadi kenalah bersedia jadi pembangkang," kata ketua bahagian itu
yang enggan dinamakan.
Bagaimanapun, surat tersebut masih belum diterima pimpinan Perak.
"Saya masih belum terima apa-apa. Mungkin akan diberitahu ahad ini
sebab ada perjumpaan," kata seorang ketua bahagian di Utara Perak yang
turut enggan dinamakan.
The Malaysian Insight sedang berusaha menghubungi Tengku Adnan bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
Pemangku presiden parti itu, Zahid Hamidi pada minggu lalu turut
menggesa polis memulangkan wang RM114 juta yang dirampas di kediaman
dikaitkan dengan bekas presidennya Najib Razak.
Zahid mendakwa wang yang ditemui di kondominium mewah Pavillion Residences tersebut merupakan dana parti.
Selain wang, polis turut merampas sejumlah 284 kotak mengandungi beg
tangan mewah, serta perhiasan dan jam tangan mewah dari premis
berkenaan.
Polis juga merampas sejumlah 150 beg tangan mewah dari sebuah lagi
unit di kondominium tersebut, yang dihuni anak perempuan Najib.
Najib dan anaknya Nooryana Najwa sudah memberi keterangan kepada polis berhubung rampasan barangan tersebut.
SEMPENA dengan
deklarasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa tema untuk Hari
Tanpa Tembakau Sedunia (WNTD) pada 31 Mei ialah “Tembakau dan Penyakit
Jantung”, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sekali lagi menggesa
orang ramai supaya berhenti merokok. Bagi yang tidak merokok, jangan
biarkan diri anda dipengaruhi dengan tabiat yang menagihkan itu. Ia
tidak berguna sama sekali.
Merokok adalah penyebab utama pelbagai
keadaan perubatan seperti kanser, penyakit kardiovaskular dan diabetes
di seluruh dunia. Ini merupakan sebahagian kecil daripada perkara yang
lebih besar memandangkan penyakit berkaitan merokok merupakan penyebab
kepada kira-kira 20,000 kematian di Malaysia setiap tahun.
Bayangkanlah ia bersamaan kepada 444 bas
persiaran yang dipenuhi dengan 45 penumpang mengalami kemalangan tanpa
seorang pun selamat dalam setahun. Ia juga sama dengan sebuah bas
terlibat dalam kemalangan sehari selama empat hari dan dua bas mengalami
kemalangan pada setiap hari kelima; perkara ini berulang bagi setahun
penuh. Itulah bilangan rakyat Malaysia yang mati akibat merokok setiap
tahun.
Jika terdapat laporan berita kemalangan
bas, media berita akan dipenuhi dengan surat dan ulasan daripada orang
ramai tetapi kematian 20,000 rakyat Malaysia setiap tahun hanya menjadi
satu perangkaan sahaja. Kita gagal untuk menghapuskan kematian yang
boleh dicegah.
Dalam gaya “Malaysia Boleh”, penyakit
jantung koronari (CHD) direkodkan sebagai pembunuh utama sejak 2007 di
hospital awam. Perangkaan ini amat membimbangkan kerana penyakit
kardiovaskular (terutama sekali CHD dan Strok) merupakan 24.7 peratus
kematian di hospital awam dan swasta pada 2013. Lebih daripada suku (38
peratus) pesakit mengalami Sindrom Koronari Akut (ACS) adalah perokok.
Merokok melangkaui membelanjakan wang
hasil titik peluh untuk tabiat tidak produktif yang amat menagihkan; ia
melibatkan penyedutan lebih daripada 4,000 bahan kimia ke dalam
paru-paru yang kemudiannya diserap ke dalam tubuh, menyebabkan
sebilangan besar masalah kesihatan berkaitan yang serius. Pendedahan
kepada asap rokok yang berupa pencemaran udara yang biasa, boleh juga
menyebabkan penyakit berkaitan merokok termasuk CHD kepada bukan
perokok.
Didapati perokok juga hampir dua kali
cenderung untuk mengalami serangan jantung berbanding bukan perokok.
Salah satu sebab ialah karbon monoksida dalam asap tembakau mengurangkan
oksigen darah dan ini bermakna jantung perlu mengepam dengan lebih kuat
untuk membekalkan tubuh dengan oksigen yang diperlukan.
Tambahan pula, merokok merosakkan
lapisan arteri, mengakibatkan pengumpulan bahan berlemak (atheroma)
dengan itu menyempitkan arteri yang boleh menyebabkan angina, serangan
jantung atau strok.
Nikotina, bahan kimia yang ditemui
secara semula jadi dalam tembakau, menagihkan seperti heroin atau
kokaina dan ia menyumbang kepada merangsang tubuh untuk menghasilkan
adrenalin, menyebabkan kadar jantung berdenyut dengan lebih laju.
Tekanan darah meningkat apabila jantung berdenyut dengan laju, dengan
itu mencetuskan jantung untuk bekerja dengan lebih kuat.
Berhenti merokok merupakan hanya satu
cara untuk mengurangkan risiko penyakit jantung koronari, strok, dan
pelbagai jenis kanser. Perokok hampir dua kali lebih cenderung mengalami
serangan jantung berbanding mereka yang tidak pernah merokok.
Kami berharap Kementerian Kewangan dan
Kesihatan yang baharu akan meneliti untuk memperkenalkan kadar cukai
tembakau yang lebih tinggi, memperkenalkan kotak rokok kosong, dan
menarik balik konsesi bebas cukai untuk semua produk tembakau.
KUALA LUMPUR:
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan Tan Sri Dr Mohd Irwan
Serigar Abdullah, mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan tidak lagi
menyandang lawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya.
Dalam satu kenyataan di sini, TH berkata, Irwan menyandang jawatan
berkenaan sejak 2011 di atas kapasiti sebagai wakil Perbendaharaan.
“Kekosongan Ahli Lembaga Pengarah TH akan diisi oleh wakil
Perbendaharaan yang baharu sebagai mana yang termaktub di bawah Akta
Tabung Haji 1995,” kata TH.
Menurut
Salahuddin, Skim Pelaksanaan Harga akan dilaksanakan bagi mengawal 22
jenis barangan sempena musim perayaan 2018. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Majlis Penasihat
Pertanian mendapat persetujuan daripada barisan kabinet untuk
ditubuhkan, namun nama-nama ahli majlis dibawah Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani (MOA) itu akan diumumkan pada Isnin.
Menterinya, Salahuddin Ayub berkata beberapa nama akan dikemukan olehnya
dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Ismail Bakar.
"Mereka terdiri dari 10 ahli yang terdiri dalam kalangan pakar bidang
pertanian dan nama mereka akan diumumkan Isnin depan,” kata Salahuddin
ketika ditemui di sini hari ini.
Majlis itu berfungsi untuk menjana idea dan meningkatkan produktiviti industri pertanian dalam negara.
Memetik laporan Bernama, majlis itu juga mampu menambah baik fungsi dan perkhidmatan kementerian itu.
Bercakap mengenai isu kenaikan harga barang dan mengesahkan satu
mesyuarat bakal diadakan antara Ketua Setiausaha MOA dengan Ketua
Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK).
“Skim Pelaksanaan Harga musim perayaan
2018 akan dilaksanakan selepas mesyuarat antara kedua-dua kementerian
dan terdapat 22 barang yang akan dikawal,” kata Salahuddin.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan 22 jenis barangan tersebut kerana
masih sulit tetapi akan memaklumkan selepas tamat mesyuarat kelak.
KUALA LUMPUR: Bekas perdana
menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan jangan emosi
dalam membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang
menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.
Menerusi hantaran di Facebooknya, bekas perdana menteri itu turut memperincikan mengapa HSR wajar diteruskan.
"Projek ini bukan diilhamkan berdasar kepada keputusan dibuat satu
negara sahaja. Ia dibuat secara kajian terperinci termasuk manfaat dari
segi kos bagi membuktikan wujud manfaat sosial dan ekonomi bagi
kedua-dua negara,” katanya.
Menurutnya, Malaysia banyak manfaat termasuk melalui jualan tiket kerana majoriti landasan adalah di Malaysia.
"Ia adalah sebahagian daripada agenda transformasi untuk Malaysia
baharu yang akan mewujudkan industri baharu, kaedah baharu untuk
kerjasama antara dua negara, meningkatkan pekerjaan berpendapatan tinggi
serta taraf hidup lebih baik," katanya.
Najib menambah, HSR juga akan mewujudkan pusat pertumbuhan baharu seperti Batu Pahat, Muar, Ayer Keroh, Melaka dan Seremban.
BACA:Pembatalan projek HSR muktamad, kemungkinan penalti RM500 juta
"Saya kecewa dengan keputusan terburu-buru untuk membatalkan projek ini
dan menggesa kerajaan untuk bersikap lebih telus dan mengadakan
rundingan sebelum membuat sebarang keputusan kerana ia akan memberi
kesan kepada masa depan ekonomi, peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan
untuk rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata, kerajaan baharu
mendakwa kos projek ini adalah RM110 bilion sedangkan jawatankuasa
bersama Malaysia–Singapura, sehingga awal tahun ini mengunjurkan kos
bagi projek ini adalah kira-kira RM72 bilion sahaja.
“Ia
termasuk pengambilan tanah dibayar kepada rakyat Malaysia, berasaskan
kepada penilaian antarabangsa yang dilakukan dan dikemukakan sebelum
ini," katanya.
Najib juga mahukan penyelasan bagaimana kerajaan memperoleh angka RM110 bilion.
Adakah angka ini dinaikkan atas dasar politik sebagaimana dilakukan terhadap angka RM1 trilion bagi hutang negara?’
"Saya terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad yang menyatakan Malaysia tidak mendapat pulangan sesen pun
daripada projek HSR.
"Saya mahu bertanya kepada Dr Mahathir
apakah projek Lebuhraya Pan Borneo dan Lebuhraya Central Spine Road yang
tiada tol, projek LRT, MRT dan monorel mendapat pulangan dari hasil
tiket sahaja?," katanya.
Beliau menjelaskan, projek-projek infrastruktur ini mendatangkan pulangan kepada negara dari segi kepesatan ekonomi.
Selain menerima kecaman tapi masih ada juga segelintir netizen yang menyetujui niat murni artis ini. - Gambar fail
NIAT pelakon Fathia Latiff untuk menghadkan video lucah yang tular di media sosial akhirnya dikecam semula oleh netizen.
Menurut pelakon itu, hal ini demi menjaga akhlak anak-anak muda supaya
tidak tercemar dan rosak dengan video tersebut apabila ia dengan
percuma tersebar di media sosial.
"Saya mengharapkan pihak atasan boleh block video-video lucah yang disebarkan secara meluas sekarang ni.
"Takut rosakkan akhlak remaja bawah umur yang menggunakan media sosial
tanpa bimbingan daripada penjaga i.e. ibu bapa," tulisnya sambil tag
Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Fathia yang
menerima tamparan hebat menerusi akaun Twitter miliknya bagaimanapun
tidak cepat melatah dan reda dengan apa yang telah terjadi.
"Saya reda dengan apa yang terjadi pada saya. Saya percaya Tuhan ingin saya menjadi hamba yang lebih baik.
"Bukan sahaja lebih baik di sisi Tuhan tapi di mata masyarakat juga," tulis Fathia lagi.
Selain menerima kecaman tapi masih ada juga segelintir netizen yang menyetujui niat murni artis ini.
Menerusi
entri di Instagram, Afdlin mengumumkan berita itu dan mengucapkan
terima kasih kepada pihak yang sentiasa menyokong perniagaan dijalankan
selama ini.
PELAKON Datuk Afdlin Shauki mengakui
terpaksa menutup restoran miliknya, Comedy Planet kerana tidak mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.
Menerusi entri
di Instagram (IG), Afdlin mengumumkan berita itu dan mengucapkan terima
kasih kepada pihak yang sentiasa menyokong perniagaan dijalankan selama
ini.
"Dengan penuh dukacitanya saya terpaksa memberitahu bulan
May ini adalah bulan terakhir Comedy Planet Kuala Lumpur akan beroperasi
di Great Eastern Mall.
"Oleh kerana sambutan yang kurang menggalakkan, kami terpaksa
menghentikan operasi di sini.
Perancangan kami adalah untuk mencari
lokasi yg lebih sesuai untuk meneruskan restoran yang juga pentas bagi
bakat-bakat komedi dan anak-anak seni di masa akan datang kalau ada
rezeki.
"Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih
kepada yang telah mengunjung dan juga telah memberi sokongan padu kepada
kami! Tapi apakan daya, kami sudah tidak mampu meneruskan operasi di
Great Eastern Mall.
"Terima kasih kepada semua pelawak, pekerja
dan partner saya yang juga telah buat sehabis baik. In Shaa Allah kita
akan bangkit kembali jika diizinkan-Nya," tulisnya.
Rata-rata peminat meluahkan perasaan sedih dengan berita itu dan mereka
mendoakan semoga Afdlin akan sentiasa dimurahkan rezeki serta mendapat
lokasi yang sesuai untuk memulakan semula perniagaannya itu.
Sebelum ini Afdlin membuka cawangan pertamanya di Kilang Bateri, Johor
Bahru dan memilih Great Eastern Mall, Ampang sebagai cawangan keduanya
dalam perniagaan restoran berkonsepkan komedi.
Sektor kesihatan memerlukan inisiatif crowd-funding yang berterusan dengan galakan penderma diberikan perlepasan cukai.
Mereka
yang mendapatkan rawatan di kelas 3 di hospital awam rata-rata terdiri
daripada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.
Di zaman Barisan Nasional, pemotongan bajet di sektor kesihatan
mempunyai kesan yang mendalam terhadap mereka dan juga mewujudkan
cabaran kepada para pegawai perubatan di hospital awam.
Berdasarkan pengalaman penulis di wad rawatan kanser Hospital Kuala
Lumpur tahun lepas, antara perkara utama yang perlu dipulihkan segera
ialah “portion” makanan yang dibekalkan kepada para pesakit kelas 3.
Menurut seorang doktor yang berkhidmat di wad ini, portion makanan
telah dipotong kerana langkah penjimatan. Nasi berkurang, dan lauk
seperti ayam pun lebih kecil.
Kebanyakan pesakit terpaksa duduk di hospital sepanjang rawatan
radioterapi dan kemoterapi kerana tidak mempunyai duit yang cukup untuk
dijadikan tambang ambulan untuk dibawa ulang-alik ke rumah. Sepinggan
nasi yang dibekal hospital awam dikongsi berdua, untuk sarapan, makan
tengah hari dan juga makan malam.
Oleh itu, langkah segera menteri kesihatan untuk mengarahkan agar
portion makanan ini dipulihkan ke portion asal akan banyak membantu para
pesakit di kelas 3.
Insentif juga boleh diberikan kepada para pesakit yang membuat
deklarasi awal untuk membawa bekal sendiri ke hospital dengan memberikan
diskaun ke atas jumlah bayaran yang dikenakan ke atas kemasukan wad.
Ini boleh mengelakkan pembaziran berlaku apabila makanan yang
dihidangkan tidak dimakan oleh pesakit.
Satu tabung khas juga perlu diwujudkan di setiap hospital untuk
meringankan beban pesakit yang terpaksa bergantung kepada ambulan untuk
berulang-alik ke hospital. Para penderma yang menderma kepada tabung ini
boleh diberikan pelepasan cukai atau penaiktarafan rawatan ke kelas 2
dan kelas 3 mengikut bilangan kali derma dan jumlah yang dilakukan.
Pihak hospital awam juga tidak boleh membuat kesimpulan membuta-tuli
bahawa semua pesakit yang dirujuk daripada hospital swasta mampu
membayar untuk rawatan kelas pertama di hospital awam.
Tanggapan bahawa mereka yang dirujuk daripada hospital swasta mampu
membayar hospital swasta, oleh itu mereka mampu bayar hospital awam
kelas pertama, adalah salah. Kebanyakan golongan ini terpaksa
dipindahkan daripada hospital swasta kerana insuran yang diberikan
syarikat telah habis kuota, dan gaji mereka hanyalah di takuk biasa.
Percayalah sekiranya mereka mampu membayar, mereka akan membayar daripada duduk di wad kelas 3.
Satu skim ganjaran harus diwujudkan kepada ahli keluarga pesakit yang
memulangkan ubat-ubatan yang tidak habis digunakan apabila pesakit
sudah sembuh atau meninggal dunia, atau pihak kerajaan boleh membelinya
kembali pada harga yang jauh lebih rendah daripada pasaran.
Mereka yang sudi menderma segala peralatan bantuan pesakit juga harus
diberikan pelepasan cukai yang sewajarnya kerana ini sangat membantu
dalam mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
Sektor kesihatan memerlukan inisiatif crowd-funding yang berterusan dengan galakan penderma diberikan perlepasan cukai.
Bayangkan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memperuntukan RM5,000
sebagai potongan cukai bagi mereka yang menderma kepada sektor
kesihatan, pada kadar cukai individu 28%, kerajaan akan kehilangan
RM1,400 hasil cukai tetapi mendapat RM3,600 sumbangan ke atas sektor
kesihatan yang memberikan kerajaan untung bersih RM2,200, untuk
digunakan di sektor kesihatan.
Dengan ini, sektor kesihatan akan mendapatkan peruntukan lebih
daripada kerajaan seperti yang dihajat menteri kesihatan tanpa
membebankan kewangan negara yang sudah pasti terjejas dengan cukai
perkhidmatan (SST) diganti dengan GST.
Ragunathan Kesavan berkata Putrajaya perlu
mendedahkan maklumat terpinci kos dan asas keputusan mencabar dapatan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Malaysia
sebelum ini memfailkan semakan semula keputusan ICJ mengiktiraf
Singapura sebagai pemilik Pedra Branca, atau Pulau Batu Putih. (Gambar
youtube)
PETALING JAYA: Putrajaya mesti mendedahkan kos ditanggung Jabatan
Peguam Negara dalam memfailkan semakan terhadap dapatan Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kedaulatan Pulau Batu Putih, kata
bekas presiden Majlis Peguam.
Ragunath Kesavan berkata, rakyat berhak tahu tentang kos terlibat
dalam kerja-kerja persiapan kes, pelantikan peguam dan penempatan
pegawai undang-undang Jabatan Peguam Negara di London.
Beliau berkata, Malaysia tidak seharusnya memfailkan semakan terhadap dapatan tersebut kerana ia tidak berbaloi.
“Apakah asas undang-undang permohonan semakan itu,” tanya beliau, dan
menambah perkara itu tidak pernah dimaklumkan kepada orang ramai.
Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata Batuan Tengah yang
merupakan milik Malaysia dan terletak berdekatan dengan Pulau Batu Putih
akan dibangunkan.
“Kita mahu membesarkan Batuan Tengah itu supaya kita boleh membentuk sebuah pulau kecil,” kata Dr Mahathir.
Dalam pada itu, Singapura dalam kenyataan semalam berkata, pada 28
Mei lepas Malaysia memaklumkan kepada ICJ untuk tidak meneruskan
prosiding yang dimulakannya sebelum itu.
Kenyataan itu menyebut, Singapura memaklumkan kepada ICJ keesokan harinya ia bersetuju dengan permohonan Malaysia.
Tahun lepas, Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali berkata Malaysia melantik semula John Dugard sebagai hakim ad-hocnya di ICJ.
Singapura melantik, bekas presiden ICJ, Gilbert Guillaume, sebagai hakim ad-hoc bagi pihak negara itu.
Dalam pertikaian wilayah antara 2 negara berjiran itu pada 2007,
Dugard mewakili Malaysia dalam panel 16 hakim ICJ yang mendengar kes,
sementara Singapura diwakili Pemmaraju Sreenivasa Rao dari India.
Di bawah statut mahkamah, negara yang tidak mempunyai hakim warga
negaranya sendiri dalam panel tersebut boleh melantik orang lain sebagai
hakim ad-hoc mewakilinya.
Pada 12 Februari tahun lepas, Malaysia memfailkan permohonan semakan
ke atas penghakiman ICJ bertarikh 23 Mei 2008 berhubung Pulau Batu
Putih, Batuan Tengah dan Legeh Selatan.
Dalam permohonannya, Malaysia menyebut 3 dokumen yang baru-baru ini
diubah status oleh United Kingdom bagi menyokong permohonan itu.
Apandi berkata, beliau akan mengetuai sepasukan 7 orang, termasuk 3 pakar asing.
Dalam keputusan majoriti 12-4, ICJ, di The Hague, memutuskan
kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih, seluas saiz separuh padang bola
sepak, merupakan milik Singapura.
Ia juga dalam keputusan majoriti 15-1 berkata, kedaulatan ke atas
Batuan Tengah dimiliki oleh Malaysia, sementara kedaulatan ke atas Legeh
Selatan akan ditentukan oleh kedua-dua negara dalam perundingan mereka
berhubungan sempadan perairan masing-masing.
Anniesa
Hasibuan menempa nama di peringkat antarabangsa apabila muncul dengan
rekaan muslimah di New York Fashion Week 2016. (Gambar AFP)
JAKARTA: Seorang pereka fesyen Indonesia yang terkenal di seluruh
dunia dengan koleksi pakaian bertemakan Islam dijatuhi hukuman penjara
18 tahun semalam kerana terlibat dalam penipuan dan pengubahan wang
haram bernilai jutaan dolar.
Mahkamah di Jakarta menjatuhkan hukuman ke atas Anniesa Hasibuan, 31,
dan suaminya kerana menipu jemaah yang menempah pakej umrah ke Mekah
menerusi agensi pelancongan mereka.
Pasangan itu dituduh menipu beribu-ribu pelanggan bernilai
sekurang-kurangnya 848 bilion rupiah (RM242 juta) yang merosakkan
reputasinya sebagai salah seorang rakyat di negara majoriti Islam
terbesar di dunia itu.
Pada 2016, koleksi Anniesa diperagakan di New York Fashion Week di
mana semua modelnya memakai tudung dan rekaannya diilhamkan untuk orang
Islam, yang pertama bagi acara berprestij itu.
Anniesa dan suaminya, Andika Surachman menubuhkan First Travel di
Jakarta pada 2009 untuk mengendalikan pakej umrah ke Arab Saudi. Tetapi
syarikat itu tidak menghantar mana-mana jemaah ke Mekah sejak awal tahun
lepas meskipun menerima bayaran daripada pelanggan, mahkamah
diberitahu.
Mahkamah mendenda Anniesa sebanyak 10 bilion rupiah dan menjatuhi
hukuman 20 tahun penjara ke atas suaminya. Andika juga dikenakan denda
yang sama.
Pendakwa raya menuntut hukuman penjara 20 tahun bagi kedua-duanya.
“(Defendan) terbukti secara sah dan penuh keyakinan bersalah melakukan perbuatan jenayah secara bersama,” kata hakim Sobandi.
Karya Anniesa juga diperagakan di London, Istanbul dan Cannes, tetapi
New York Fashion Week menyerlahnya sebagai bintang yang semakin
bersinar dalam dunia fesyen.
Dia juga terkenal dengan gaya hidup mewah, selalu membuat kiriman
gambarnya dan suami bercuti ke luar negara dan memakai pakaian yang
mahal.
Presiden TI-Malaysia Akhbar Satar berkata Jawi dan majlis agama negeri tidak perlu mencampuri urusan pelantikan AJK masjid.
Presiden TI-Malaysia Akhbar
PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid dicadang mengadakan
sistem pemilihan atau pilihan raya bagi AJK baharu yang bertanggungjawab
mengurus dan mentadbir masjid masing-masing di Wilayah Persekutuan dan
negeri.
Presiden Transparency International Malaysia Datuk Akhbar Satar
berkata, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan majlis agama
negeri tidak perlu mencampuri urusan melantik AJK Masjid, sebaliknya ia
hendaklah dijalankan oleh ahli kariah terbabit.
“Hanya dengan proses pemilihan yang telus boleh mengangkat martabat
masjid ke satu tahap pengurusan lebih tinggi, efektif dan maju demi
kelangsungan penduduk, ahli kariah dan umat Islam secara khususnya.
“Semua pentadbiran masjid di Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri
wajar mengadakan pemilihan dari kalangan ahli kariah itu sendiri,
bukannya secara lantikan terus seperti sebelum ini,” katanya menerusi
kenyataan hari ini.
Akhbar berkata bagi memastikan proses demokrasi tulen dan telus dalam
pemilihan AJK masjid diterjemahkan menerusi penyertaan dan pemilihan
terbuka melibatkan seluruh ahli kariah dan penduduk setempat.
“Hanya dengan pemilihan ahli yang berwibawa dan efektif dapat
membendung institusi masjid tidak lagi dijadikan alat politik dan
menjadi mangsa kepentingan individu atau kumpulan tertentu sahaja.
“Begitu juga dengan kandungan dan teks khutbah Jumaat serta aktiviti
ceramah di masjid, hendakkan terhindar daripada unsur isu politik kerana
ini boleh melebarkan lagi jurang perpecahan ummah,” katanya.
Sebelum ini, Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
menasihati semua pentadbir dan ahli masjid tidak bermain politik bagi
menjaga kesucian dan kemuliaan tempat ibadah.
“Perjalanan masjid harus diatur dengan baik dan bagi masjid baharu,
pilih ahli pentadbir tepat… jangan pilih sekadar hendak menggunakan
masjid sebagai platform atau batu loncatan untuk karier masing-masing,”
katanya.
Tertuduh membenarkan kemasukan wang RM200 dan RM100
ke akaunnya dan mempercayai perkhidmatan yang diberikan itu memanfaatkan
pengganas.
Penceramah bebas itu sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengendalikan harta milik pengganas.
KUALA LUMPUR: Seorang penceramah bebas yang sebelum ini mengaku tidak
bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan mengendalikan harta milik
pengganas berdepan 2 lagi pertuduhan tambahan di mahkamah sama iaitu
memberikan perkhidmatan kewangan bagi manfaat pengganas.
Ahmad Junaidi Omar, 30, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua
pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Azman
Abdullah.
Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa secara tidak
langsung memberikan perkhidmatan kewangan dengan cara membenarkan
kemasukan wang RM200 dan RM100 ke akaun Maybank miliknya dan dia
mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai perkhidmatan yang diberikan
itu akan memanfaatkan pengganas bernama Muhammad Fudhail Omar, 26.
Dia dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di Maybank cawangan
Baling, 63-D, Jalan Badlishah, Baling, Kedah pada 12.20 tengah hari, 8
Jun 2015 dan 4.35 petang, 2 Julai 2015.
Pertuduhan mengikut Seksyen 130O(1)(b) Kanun Keseksaan yang boleh
dihukum mengikut Seksyen 130O(1)(bb) kanun sama memperuntukkan hukuman
penjara maksimum 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit
kesalahan.
Mahkamah menetapkan 16 Julai untuk sebutan semula kes manakala
perbicaraan ditetapkan pada 6 sehingga 8 Ogos. Pendakwaan dikendalikan
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam manakala tertuduh
diwakili peguam Shahredzan Johan.
Pada 26 Januari lepas, tertuduh mengaku tidak bersalah atas
pertuduhan dengan pengetahuan membenarkan kemasukan wang berjumlah
RM6,360 milik Muhammad Fudhail ke dalam akaun bank miliknya.
Polis Selangor akan memohon waran tangkap terhadap Ketua Umno
bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos selepas menghilangkan
diri baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor,
Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata polis sedang menyiasat
sembilan kes membabitkan Jamal, termasuk tiga yang didakwa di sebuah
hospital Jumaat lalu.
"Pihak polis telah memberikan masa yang cukup untuk Datuk Seri Jamal
memberikan kerjasama dalam semua siasatan dan prosedur yang sedang
dijalankan namun beliau masih gagal untuk memberikan respons yang
sepatutnya. Malah sentiasa cuba berdolak dalik dalam kenyataan-kenyataan
viral yang dilakukan beliau.
"Oleh itu waran tangkap ke atas beberapa kes yang melibatkan Datuk
Seri Jamal akan dipohon dan tindakan mengesan akan diperhebatkan,"
jelasnya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Jamal gagal hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kerana bimbang akan ditangkap.
Namun, dia kemudiannya mengeluarkan video dari sebuah ladang kelapa
sawit dengan mendakwa kerajaan cuba menjadikan dirinya sebagai mangsa.
Ketua gerakan Baju Merah itu juga mendakwa dia dilayan seperti seorang penjenayah dan pengganas.
Baca: Rayuan Jamal dari ladang sawit: Jangan zalimi saya, Tan Sri
Jamal juga mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan
polis telah menyerbu rumahnya, rumah ibunya, pejabatnya, serta lokasi
lain yang dikaitkan dengannya, di bawah tekanan daripada kerajaan
Pakatan Harapan.
Jamal menghilangkan diri dari Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur
pada 25 Mei lalu selepas dituduh di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan
ekoran mengetuai bantahan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’
(BBF17) di hadapan pejabat pentadbiran kerajaan negeri Selangor pada 5
Oktober tahun lalu.
Pada keesokan harinya, dia mengeluarkan rakaman audio yang mendakwa berlaku salah faham.Jamal juga disiasat mengikut Seksyen 34, Akta Senjata Api 1960 atas dakwaan mempamerkan senjata api di khalayak ramai.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan bahawa
projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) akan menjadi pemangkin
ekonomi bagi mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.
"Anda mahu membelanjakan RM60 bilion hingga RM100 bilion supaya
100,000 orang boleh bekerja, itu tidak cekap," kata Mahathir ketika
ditemui pemberita di Putrajaya malam ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai HSR.
Najib berkata HSR akan mewujudkan 110,000 pekerjaan pada permulaan
projek itu dan akan berkembang kepada 442,000 peluang pekerjaan
menjelang 2069.
Suami kepada pelakon drama ditahan polis hari ini bagi
membantu siasatan kes penipuan pelaburan forex (GWGFX) dan Bitcoin
Bitkingdom membabitkan kerugian RM13.9 juta.
Sumber polis berkata lelaki itu ditahan ketika hadir untuk
memberi keterangan di Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang
Haram Urus Setia Ketua Polis Negara di Menara 238, Jalan Tun Razak di
Kuala Lumpur kira-kira 12 tengah hari tadi.
“Tempoh tahanan reman terhadap lelaki itu akan dibuat esok,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.
Lelaki yang bergelar Datuk itu merupakan suami kepada
pelakon wanita berusia 23 tahun dan mereka dilaporkan baharu mendirikan
rumahtangga pada 18 Mac lalu.
Sementara itu, Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan
Wang Haram, Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara Bukit Aman, Datuk
Khalil Azlan Chik ketika dihubungi Bernama mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan.
Pada 14 Mei lepas, polis menahan pemilik syarikat produksi
bergelar Datuk berusia 35 tahun bagi membantu siasatan berkaitan kes
yang sama. -Bernama
Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berlagak seperti
peguam ketika disoal berhubung pelaburan syarikat milik negara itu, kata
Anggota Parlimen Bangi, Ong Kian Ming.
Ong, yang juga pegawai khas kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng,
berkata Arul Kanda bergantung kepada "skrip undang-undang" semasa sesi
pada 23 Mei ketika memberi taklimat kepada kementerian itu.
"Saya katakan Arul Kanda sangat berlagak seperti peguam, segala yang dia diperkatakan seolah-olah dia seorang peguam.
"Dia menggunakan terma undang-undang, bergantung kepada skrip dan
tidak memberikan gambaran penuh," kata Ong dalam temu bual dengan stesen
radio BFM.
Misalnya, Ong berkata, Arul bersikap demikian ketika kementeriannya
bertanya mengenai pelaburan unit dana RM9.8 bilion oleh 1MDB.
"Kami tanya mengenainya, tengok, adakah kamu cuba mendapatkan semula
unit-unit ini dan jawapan yang mereka berikan ialah ia sedang disiasat
oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) dan semua fail kami dengan
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
"Mereka cuba mencuci tangan daripada cuba mendapatkan semula wang
ini. Ini wang yang banyak, RM9 bilion boleh digunakan untuk membayar
hutang 1MDB.
"Tetapi ternyata sama ada Arul Kanda atau (bekas) ketua pegawai
kewangan (CFO) tidak berminat untuk mendapatkan wang ini yang dihutang
dengan rakyat Malaysia," kata Ong.
Ong berkata selain Arul Kanda, turut hadir bekas CFO 1MDB, Azmi Tahir dan bekas setiausaha syarikat Ivan Chen.
Selepas taklimat berkenaan, Lim menyifatkan Arul Kanda sebagai "tidak jujur dan tidak boleh dipercayai".
Arul Kanda kemudian menegur Lim dan mengatakan kementerian itu tidak
berlaku adil apabila mengeluarkan kenyataan umum yang didakwanya memberi
gambaran “tidak tepat”.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhamad menafikan
beliau berkata arahan untuk menghalang Naib presiden Parti Amanah Negara
(AMANAH) Husam Musa dan pengerusi AMANAH negeri, Datuk Wan Abdul Rahim
Wan Abdullah daripada memasuki istana dan premis kerajaan negeri datang
dari pihak Istana.
Nazran berkata beliau hanya memaklumkan kepada media tempatan bahawa
beliau telah menerima arahan itu daripada 'pihak atasan', lapor NST.
Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawabnya untuk melaksanakan
tugas yang diberikan oleh `pihak berkuasa atasan' dan juga dari kerajaan
negeri.
"Tidak pernah keluar dari mulut saya bahawa arahan itu berasal dari
Istana dan saya juga beritahu wartawan bahawa saya tidak tahu sebab
kedua-dua mereka dihalang.
"Akhbar yang membuat kesimpulan mereka sendiri," katanya ketika ditemui NST di pejabatnya hari ini.
Sementara itu, akhbar itu memetik Husam sebagai berkata beliau menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.
"Saya tidak akan mengulas lanjut mengenai isu ini. Ramadan adalah
bulan suci bagi umat Islam, oleh itu, lebih baik bagi saya untuk tidak
memberikan sebarang komen, "katanya.
Terdahulu, dilaporkan hari ini bahawa arahan untuk menghalang Husam
yang juga bekas ADUN Salor dan Wan Abdul Rahim memasuki bangunan istana
dan bangunan kerajaan negeri dibuat selepas pekeliling dikeluarkan oleh
Nazran.
Nazran dilaporkan berkata pekeliling itu telah diedarkan kepada lebih 2,000 penjawat awam di negeri itu.
Pemimpin veteran Umno Tan Sri Rais Yatim menggesa Menteri Komunikasi
dan Multimedia, Gobind Singh Deo menjelaskan peruntukan RM40 juta yang
akan dibelanjakan bagi menyiarkan perlawanan Piala Dunia 2018 secara
langsung di RTM.
Menerusi Twitter, bekas menteri penerangan itu turut meminta
penjelasan daripada mana sumber dana itu diperoleh ketika kerajaan
bercadang mengambil langkah berjimat cermat.
"Ura-ura nak guna RM40 juta untuk pesta tayangan bola sepak di RTM mesti dirasionalkan oleh menteri.
"Adakah jumlah itu dari pengiklan atau huluran kerajaan? Kalau
huluran dari kerajaan dasar berjimat cermat tak masuk akal. Pakat dengan
Astro kongsi siaran. Selamatkan duit negara," katanya.
Terdahulu hari ini, Gobind mengumumkan bahawa RTM akan menyiarkan 41
daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018, di mana 27 perlawanan akan
disiarkan secara langsung sementara 14 perlawanan lain akan ditayangkan
melalui siaran tertunda.
Menurutnya, kabinet memperuntukkan sehingga RM40 juta untuk membeli hak penyiaran perlawanan berprestij itu.
Gobind berkata butiran mengenai bagaimana peruntukan dibelanjakan
akan dijelaskan semasa taklimat khas mengenai kewangan negara esok.
Susulan itu, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang menyindir idea
siaran secara langsung itu dan menyifatkannya sebagai "luar biasa".
Tan berkata barangkali itulah sebabnya kerajaan perlu mewujudkan
tabung bagi rakyat Malaysia memberikan sumbangan untuk meringankan
hutang negara.
"Saya ingin bertanya adakah tabung itu berkaitan dengan siaran Piala
Dunia di RTM? Saya ingat kerajaan ingin jimatkan wang?" sindirnya.
Petronas mencatat keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku pertama
berakhir 31 Mac, 2018 dengan menokok 26 peratus kepada RM13 bilion
berbanding tempoh sama tahun lepas, disokong oleh peningkatan perolehan
dan masuk kira bersih daripada susut nilai.
Dalam satu kenyataan semalam, syarikat petroliam nasional itu berkata
keuntungan tahun ke tahun yang lebih tinggi itu turut didorong oleh
tumpuan berterusan kumpulan terhadap inisiatif penambahbaikan perniagaan
secara keseluruhannya serta kecemerlangan operasi dan peningkatan harga
komoditi.
Perolehannya turut menokok RM1.4 bilion kepada RM57.9 bilion bagi
suku tersebut, kebanyakannya disebabkan purata harga yang direalisasikan
lebih tinggi meliputi kesemua produk dan diimbangi oleh kesan
pengukuhan tukaran asing ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)
Aliran masuk tunai operasi pula meningkat 22 peratus kepada RM21.9
bilion berbanding RM18.0 bilion bagi tempoh sama manakala pendapatan
sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) mencatat
pertumbuhan sederhana sebanyak 2.0 peratus kepada RM25.0 bilion
berbanding RM24.6 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.
Nisbah hutang setakat 31 Mac, 2018, adalah 16.2 peratus iaitu meningkat sedikit berbanding 16.1 peratus setakat 31 Dis, 2017.
Sementara itu, pulangan ke atas modal purata yang digunakan meningkat
kepada 10.4 peratus daripada 9.8 peratus sebelum ini dan seiring dengan
keuntungan lebih tinggi yang dicatatkan.
Pelaburan modal kumpulan dalam suku di bawah kajian itu adalah RM12.0
bilion, sebahagian besarnya membabitkan Pembangunan Bersepadu Kilang
Penapisan dan Petrokimia (RAPID) di Johor.
Mengulas perkembangan itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai
Eksekutifnya, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin menyifatkan prestasi
menggalakkan bagi suku pertama tersebut adalah hasil daripada usaha
transformasi yang sedang dilaksanakan kumpulan.
"Walaupun harga minyak menyaksikan aliran yang meningkat, industri
ini sebaliknya perlu terus berhati-hati dalam menginstitusikan disiplin
kecekapan kos dan menerusakan usaha kecekapan yang dilaksanakan sejak
beberapa tahun lepas.
“Ini akan memastikan industri minyak dan gas Malaysia terus mampan dalam landskap global semasa yang kompetitif,” katanya.
Menurut Petronas, prestasi keseluruhan bagi tahun ini dijangka
memuaskan berikutan faktor ketidaktentuan harga minyak dan kadar tukaran
asing.- Bernama
Konsep taawun atau tolong-menolong akan diperhebat dalam agenda politik Pas pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ia termasuk menjalin
kerjasama dengan blok pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
yang lain dalam menambah baik penyampaian kerajaan.
“Kita akan buka kerjasama dengan parti-parti lain yang tidak
menyertai kerajaan atau yang berada di blok pembangkang termasuk NGO.
“Sudah tentu akan berlaku kelemahan-kelemahan (dalam kerajaan) pada
masa hadapan kerana kita (PAS) sedar bahawa mana-mana kerajaan tidak ada
yang sempurna.
“Mesti ada kekurangan. Aspek kekurangan ini yang boleh menjadi ruang
kepada kita untuk menarik pengundi bukan Islam bersama dengan kita,”
katanya dalam temubual eksklusif 100 Hari Malaysia Baharu bersama Nazri
Kahar di Astro AWANI pada Isnin.
Selain itu, beliau menyambut baik tindakan DAP yang tidak lagi
mengeluarkan sebarang kenyataan semberono yang boleh menjejaskan
keharmonian umat Islam.
“Saya respon dengan cara yang positif apabila pemimpin DAP tidak lagi
‘cirit-birit’ (semberono) membuat kenyataan seperti dahulu cirit-birit
membuat kenyataan.
“Dahulu dia (segelintir pemimpin DAP) membuat kenyataan tentang Islam
yang tiada hak bagi dia untuk menyentuh hal-hal orang Islam tetapi
sekarang tiada lagi begitu.
“Saya harap ini diteruskan. Hak orang Islam, biar orang Islam yang
bercakap. Mereka boleh bela hak bagi kaum mereka sendiri dan Islam tak
ganggu hak mereka,” ujarnya.
Ditanya jika veteran DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim
Guan Eng menghulurkan tangan kepadanya, ini jawab beliau: “Ya, kita
terima semua. sebab itu saya memperkenalkan konsep taawun, kerjasama ke
arah yang baik, tidak bekerjasama bagi perkara yang tidak baik.”
Pada 3 Jun 2015, Dewan Ulama PAS Pusat sebulat suara meluluskan usul
tergempar untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP pada Muktamar
Tahunan Dewan Ulama PAS ke-54 yang berlangsung di Gombak, Selangor.