Wednesday, September 30, 2015

Ambiga anggap derma RM2.6 bilion pengakuan campur tangan kerajaan asing




Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan bercakap pada forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 30 September, 2015.Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan bercakap pada forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan menganggap kenyataan kerajaan berkenaan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri sebagai satu pembohongan yang menjerumuskan kerajaan ke dalam masalah lebih besar.

Penafian kerajaan yang ia bukan satu rasuah sebaliknya merupakan derma dari Timur Tengah ibarat satu pengakuan ia satu campur tangan dalam sistem pilihan raya Malaysia, kata presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) itu.

"Adakah mereka tahu apa yang mereka lakukan?

"Mereka sebenarnya menyatakan yang mereka membenarkan kerajaan asing dalam pilihan raya kita. 
 
"Bukankah ini tidak masuk akal? Mereka tidak sedar pembohongan itu tidak mengeluarkan mereka daripada masalah tetapi ia menjerumuskan mereka ke dalam lebih banyak masalah," katanya pada forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi.

Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata, jemaah menteri yang lain sepatutnya menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengosongkan jawatan menteri kewangan sehingga kontroversi wang dalam akaun peribadinya itu dijelaskan dengan sempurna.

"Sekurang-kurangnya saya mengharapkan Kabinet yang bertanggungjawab akan menggesa beliau mengosongkan jawatannya buat sementara waktu," katanya.

Najib sebelum ini mengancam menyaman akhbar The Wall Street Journal yang mendedahkan kemasukan wang sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi beliau pada Mac 2013.

Beliau bagaimanapun tidak meneruskan hasrat itu selepas mendakwa wang itu merupakan "derma" pilihan raya dari Timur Tengah.
Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan turut hadir pada forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 30 September, 2015.Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan turut hadir pada forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim.
Seorang lagi ahli panel forum, Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan berkata pendanaan politik bagi membiayai pilihan raya sebagai punca utama kepada masalah rasuah dalam pentadbiran negara. 
 
"Pembiayaan politik adalah ibu kepada semua rasuah. Hakikat yang parti politik perlu meraih sebegitu banyak wang bagi memenangi pilihan raya dan kekal berkuasa punca segala rasuah.

"Kita tidak akan mampu menangani masalah rasuah yang membelenggu kita hari ini selagi kita tidak menyelesaikan masalah pembiayaan politik ini," katanya.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua turut menjadi ahli panel dalam forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 30 September, 2015.Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua turut menjadi ahli panel dalam forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim.
Sementara itu, pemimpin DAP Tony Pua yang turut menjadi ahli panel, membidas kenyataan Najib yang dakwanya sentiasa meminta masa selama 6 bulan bagi menyelesaikan masalah membelenggu dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
 
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, masalah berkenaan tidak akan mampu diselesaikan dalam jangka masa terdekat kerana 'lubang' hutang 1MDB sudah terlalu besar untuk ditutup.

"Dia minta tempoh 6 bulan pada Januari, dan memintanya semula pada Mac, Jun dan sekali lagi minta tempoh 6 bulan pada September.

"Dia akan terus minta 6 bulan kerana lubang (hutang) kini terlalu besar untuk dikambus," katanya. 

Forum malam tadi dikendalikan bekas ahli Parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah dan turut menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider Jahabar Sadiq dan profesor ekonomi Universiti Malaya Terence Gomez sebagai ahli panel.



Khairuddin bantah permohonan sebulan dengar perbicaraan Sosma





Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) bantah permintaan kerajaan supaya mahkamah mendengar permohonan habeas corpus beliau selepas tamat tempoh penahanan 28 hari. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015.Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) bantah permintaan kerajaan supaya mahkamah mendengar permohonan habeas corpus beliau selepas tamat tempoh penahanan 28 hari. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) hari ini membantah permintaan kerajaan supaya mahkamah mendengar permohonan habeas corpus beliau selepas tamat tempoh penahanan 28 hari.

Peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla berkata, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamed Hanafiah Zakaria meminta tempoh masa sebulan bagi Jabatan Peguam Negara memfailkan afidavit yang sangat besar itu.

"Kami membantah permintaan itu kerana permohonan itu akan menjadi akademik," katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noor Aini Yusof.

Hanif berkata Noor Aini menetapkan kes itu didengar pada Jumaat ini di hadapan Hakim Kamardin Hashim. "Kami berharap hakim akan menetapkan tarikh tidak lama lagi untuk mendengar permohonan habeas corpus itu," kata Hanif.


Lelaki tampar imam diperintah ke hospital sakit jiwa

THE MALAYSIAN INSIDER



Warga India yang menampar imam Masjid Negara ditampar pada 18 September lalu diarahkan mahkamah membuat pemeriksaan mental di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015.Warga India yang menampar imam Masjid Negara ditampar pada 18 September lalu diarahkan mahkamah membuat pemeriksaan mental di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini memerintahkan lelaki warganegara India yang menampar imam Masjid Negara ketika solat Jumaat pada 18 September lalu dihantar ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, Perak, untuk pemeriksaan mental.

Lelaki tersebut bertindak menampar imam Mohd Zuhairee Mohd Yatim ketika solat Jumaat kerana mendakwa ada suara ghaib mahukan dia mengimamkan solat itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah dilaporkan berkata sebelum ini.

Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira 1.30 tengah hari semasa rakaat pertama solat, ketika imam sedang membaca surah Al-Fatihah.

Difahamkan warga India berusia 31 tahun itu cuba merampas mikrofon yang berada pada jubah dipakai Zuhairee namun gagal, menyebabkannya berang lalu mengambil tindakan menampar imam itu secara tiba-tiba. 
 
Pihak pengurusan masjid kemudiannya serta merta membawa lelaki berkenaan keluar dan menyerahkannya kepada pihak polis yang menahan dan menyiasatnya di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.



Lelaki tampar imam diperintah ke hospital sakit jiwa


Warga India yang menampar imam Masjid Negara ditampar pada 18 September lalu diarahkan mahkamah membuat pemeriksaan mental di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015.Warga India yang menampar imam Masjid Negara ditampar pada 18 September lalu diarahkan mahkamah membuat pemeriksaan mental di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015.Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini memerintahkan lelaki warganegara India yang menampar imam Masjid Negara ketika solat Jumaat pada 18 September lalu dihantar ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, Perak, untuk pemeriksaan mental.
Lelaki tersebut bertindak menampar imam Mohd Zuhairee Mohd Yatim ketika solat Jumaat kerana mendakwa ada suara ghaib mahukan dia mengimamkan solat itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah dilaporkan berkata sebelum ini.
Katanya, kejadian itu berlaku kira-kira 1.30 tengah hari semasa rakaat pertama solat, ketika imam sedang membaca surah Al-Fatihah.

Difahamkan warga India berusia 31 tahun itu cuba merampas mikrofon yang berada pada jubah dipakai Zuhairee namun gagal, menyebabkannya berang lalu mengambil tindakan menampar imam itu secara tiba-tiba. Pihak pengurusan masjid kemudiannya serta merta membawa lelaki berkenaan keluar dan menyerahkannya kepada pihak polis yang menahan dan menyiasatnya di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lelaki-tampar-imam-diperintah-ke-hospital-sakit-jiwa#sthash.gqTNF0RO.dpuf

Putrajaya bertindak berlebihan panggil duta China, kata Dr Mahathir



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Putrajaya bertindak berlebihan berkenaan komen berkaitan perkauman oleh Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 September, 2015.Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Putrajaya bertindak berlebihan berkenaan komen berkaitan perkauman oleh Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Putrajaya bertindak berlebihan apabila memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang, berhubung kenyataan yang dibuat beliau mengenai perkauman di Jalan Petaling, Jumaat lalu, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, Huang cuma mengulas soalan yang diajukan kepadanya mengenai "perhimpunan baju merah" yang dirancang diadakan di kawasan yang juga dikenali sebagai Chinatown itu pada Sabtu lalu tetapi kemudiannya dibatalkan.

"Saya rasa kerajaan bertindak berlebihan dalam perkara ini. Beliau pergi ke sana dan sudah tentu ada orang yang mungkin akan bertanya kepadanya, jadi beliau terpaksa jawab.

"Saya fikir hubungan antara China dan Malaysia adalah jauh lebih besar daripada sekadar kata-kata duta itu yang prihatin tentang isu perkauman yang sebenarnya digalakkan oleh kerajaan," kata Dr Mahathir kepada media selepas melancarkan Projek Pembelajaran Online Human Life Advancement Foundation (HLAF) di Kuala Lumpur, hari ini. 
 
Huang mencetuskan kontroversi apabila melawat Chinatown, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas, di mana beliau dilaporkan berkata, Beijing menentang keganasan, pelampau dan sebarang bentuk diskriminasi berasaskan kaum.


Bung Mokhtar nasihat menteri kabinet jangan campur urusan kementerian lain

 
Nasihat itu bagi mengelak salah faham dan percanggahan tugas.


bung


PETALING JAYA: Menteri-menteri Kabinet di negara ini dinasihatkan supaya tidak mencampuri urusan kementerian lain.

Sebaliknya, setiap menteri sepatutnya menjaga kementerian yang telah diberi tanggungjawab oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nasihat itu diberikan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden apabila isu percanggahan antara menteri berhubung isu jemputan Duta China ke Wisma Putra.

“Saya berpendapat menteri di Malaysia ini masing-masing ada kementerian yang perlu dijaga tanpa perlu masuk campur urusan kementerian lain,” katanya kepada Free Malaysia Today.

Bung Mokhtar berkata, sekiranya isu campur tangan kementerian lain terus berlaku ia akan menimbulkan salah faham dan percanggahan tugas.

“Kalau ada cubaan campur tangan ia akan menimbulkan salah faham dan pengurusan bercanggah,” katanya.

Kontroversi timbul apabila Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memanggil Duta China, Dr Huang Huikang ke Wisma Putra untuk mendapatkan penjelasan berhubung kenyataannya mengenai perhimpunan di Petaling Street.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaam, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendakwa Reezal melanggar protokol kerana hanya menteri layak memanggil duta.

Pemangku Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin akhirnya membatalkan arahan memanggil Dr Huang oleh Wisma Putra.

Bagaimanapun, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menjelaskan beliau tidak pernah mengeluarkan arahan supaya Wisma Putra membatalkan perkara itu.

Beliau juga kecewa kerana campur tangan menteri lain dalam isu berkenaan.

Nazri kemudian meminta maaf kerana tersilap dan menegaskan beliau tiada niat mencampuri urusan kementerian luar.

Undi tidak percaya terhadap Najib tindakan demokratik – Tun M

 
Usul undi tidak percaya tidak pernah berlaku terhadap mana-mana Perdana Menteri sebelum ini tetapi perlu dilakukan kerana Najib Tun Razak tidak lagi mendapat sokongan ahli parlimen.



najib-mahathir


PETALING JAYA: Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan seseorang Perdana Menteri perlu meletakkan jawatannya jika beliau tidak lagi mendapat sokongan ahli parlimen.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, tindakan untuk mengadakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak sememangnya satu tindakan yang demokratik.

Dr. Mahathir berkata demikian bagi membidas kenyataan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menyatakan Aturan Mesyuarat Parlimen tidak membenarkan langkah sedemikian diambil sekaligus tidak akan membenarkan usul undi tidak percaya dibentangkan di Parlimen.

“Jadi, adakah Speaker cuba untuk mengetepikan Perlembagaan?” soal Dr Mahathir.

Menulis di blognya, Dr Mahathir turut mengakui bahawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri tidak pernah berlaku terhadap mana-mana Perdana Menteri di Malaysia sebelum ini.

Keadaan itu sama juga apabila tiada seorang pun Perdana Menteri di negara ini pernah menerima wang derma sebanyak RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi selain terlibat dalam skandal kewangan dan dakwaan pembunuhan.

“Tetapi Najib terlibat dalam semua ini,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, Malaysia kini dalam pemerhatian pihak antarabangsa, yang mana media asing dan warga luar sering bertanya mengenai apa yang sedang berlaku kepada negara ini.

“Kita rasa malu tetapi kita tak mampu berbuat apa-apa mengenainya. Orang yang mampu berbuat sesuatu langsung tidak ada rasa malu. Mereka secara terbuka mengaku menerima wang berjuta-juta daripada Perdana Menteri. Ini rasuah yang paling teruk.

“Mereka menyokong Perdana Menteri kerana beliau memberi mereka wang, wang yang beliau tidak dapat jelaskan dengan sebarang kredibiliti yang ia diperoleh secara sah,” jelasnya

Nazri akui kesilapan

Beliau akui tidak tahu Menteri Luar telah mengarahkan Timbalan Menteri Luar memanggil Duta China ke Wisma Putra.


nazri-reezal


PETALING JAYA: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengakui kesilapannya apabila mencampuri urusan Kementerian Luar yang melibatkan isu memanggil Duta China ke Wisma Putra.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu bagaimanapun menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk campur tangan dalam urusan kementerian itu.

“Saya tahu telah melakukan kesilapan dalam hal ini kerana tidak jelas dengan arahan Menteri Luar yang sebenarnya telah mengarahkan Timbalannya untuk berbuat demikian.

“Saya tidak mempunyai apa-apa niat lain dalam perkara itu,” Katanya yang dipetik dari Sin Chew Daily.

Mengulas lanjut mengenai tegurannya terhadap Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang didakwanya tidak ikut protokol, Nazri berkata, sejak 16 tahun berada dalam Kabinet, beliau tidak pernah mengetahui bahawa seorang Timbalan Menteri Luar boleh memanggil duta dari negara lain.

Katanya, apa yang diketahui adalah hanya Menteri Luar sahaja yang boleh memanggil duta.

“Biasanya apabila seorang menteri kabinet berada di luar negara, tugas akan dipangku oleh seorang lagi menteri kabinet dan bukan timbalannya.

“Kesimpulannya hanya menteri Kabinet boleh mengambil alih tugas-tugas Menteri Luar.

“Oleh itu, saya fikir Menteri Luar tidak membuat keputusan memanggil duta kerana dia berada di New York pada masa itu. Saya tidak tahu bahawa menteri telah membuat keputusan itu kerana ia bukan satu amalan biasa bagi seorang timbalan menteri untuk memanggil duta.” katanya.

Dalam pada itu Nazri masihatkan Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang supaya tidak bimbang untuk datang ke Wisma Putra bagi memberi penjelasan kepada kerajaan Malaysia berhubung kenyataannya.

Kamalanathan bantah kementerian tangguh ambil guru bahasa ibunda

 
Beliau menegaskan banyak lagi kaedah lain yang boleh diambil kementerian untuk menjimatkan perbelanjaan.


P.-Kamalanathan,pengambilan-guru-guru-bahasa-Ibunda


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pendidikan ll, P. Kamalanathan membantah cadangan Kementerian Pendidikan untuk menangguhkan pengambilan guru-guru bahasa Ibunda (Pupils’ Own Language- POL) atas alasan untuk mengurangkan kos.

Menyifatkan langkah itu sebagai tidak bijak, Kamalanathan berkata, banyak lagi perbelanjaan lain yang boleh dijimatkan.

“Pengambilan guru-guru POL perlu diteruskan dan kerajaan tidak boleh menghentikan atau menangguhkannya kerana ia melibatkan kepentingan pendidikan di Malaysia.

“Amat penting untuk anak-anak menguasai bahasa ibunda masing-masing dalam peringkat pendidikan awal.

“Ia juga akan memudahkan proses pembelajaran anak-anak di sekolah,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Seminar Program Susu 1Malaysia di Hotel Hilton pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau akan menghantar permohonan untuk meminta kementerian membatalkan cadangan itu.

Kamalanathan turut memetik saranan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa bahasa ibunda harus dijadikan bahasa utama dalam pembelajaran.

“Sekiranya kerajaan mahu mengurangkan atau memotong kos bil utiliti atau kos-kos lain, tidak mengapa. Tetapi jangan melibatkan kesan kepada pembelajaran anak-anak di sekolah,” katanya.

Kementerian Pendidikan dilaporkan telah memperkenalkan enam langkah untuk mengurangkan perbelanjaan bagi menjimatkan kos.

Antaranya, menangguhkan pengambilan guru-guru POL, menyekat pelajar untuk mengambil bahagian di pertandingan antarabangsa, memantau bil utiliti dan memotong pembaziran elektrik, air, telekomunikasi.

Raja Muda Selangor tidak murtad

Oleh: Hanafisah binti Jais – Setiausaha Dewan di­Raja Selangor


Kenyataan Abdul Rahim Thamby Chik berbaur hasutan dan mempunyai unsur-unsur fitnah yang boleh membangkitkan perasaan benci umat Islam kepada Raja Muda dan Sultan Selangor.

Raja-Muda-Selangor
  
Dewan di­Raja Selangor merasa amat dukacita di atas kenyataan tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik di dalam akaun facebook beliau yang diterima pada 25 September 2015, memberi komen tentang pertukaran agama oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Dewan di­Raja Selangor dengan ini menafikan sekeras­kerasnya segala tohmahan dan fitnah berkaitan kenyataan ini yang merupakan satu pembohongan dan fitnah semata­mata.

Berikut dipetik kenyataan beliau:

“Berita pertukaran agama oleh putera Sultan Selangor, Tengku Amer Shah, ke Katholikisme amat menyedihkan umat Islam di seluruh Negara dan dunia.

“Kesedihan ini ditambah dengan 2 tragedi timpa umat Islam di Mekah dan Arafah. Moga hasrat Sultan Selangor bertemu Pope di Vatican City akan berhasil.”

Setelah membaca kandungan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik tersebut, Dewan di­Raja Selangor berpendapat dan merumuskan bahawa kenyataan tersebut berbaur hasutan dan mempunyai unsur-­unsur fitnah yang boleh membangkitkan perasaan benci umat Islam kepada Raja Muda dan Sultan Selangor.

Dewan di­Raja melahirkan kekesalan kerana Tan Sri Rahim Thamby Chik tiada langsung mengambil sebarang langkah untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan sebarang posting yang dibuat oleh portal-portal luar sebelum memberi pendapat dan komen beliau.

Adalah amat mudah bagi beliau untuk membuat semakan bagi menentukan kebenaran berita berkenaan sekiranya beliau mempunyai sifat tanggungjawab.

Tambahan pula posting tersebut telah diviralkan pada tahun lepas dan penafian telah dibuat oleh Ketua Polis Negara di akhbar­akhbar berikutan dengan satu laporan polis yang dibuat oleh pihak istana.

Tindakan Rahim Thamby Chik memberi komen terhadap berita palsu ini dirasakan sengaja dilakukan dengan niat jahat (dishonest intention) bagi mencemar dan mempersoalkan akidah Raja Muda Selangor sebagai seorang Islam dan secara langsung menyatakan Raja Muda Selangor telah murtad.

Akibat dari komen beliau ini terdapat banyak respon dan komen yang dibuat oleh orang ramai terutama umat Islam yang menunjukkan kemarahan, kebencian, cacian mereka terhadap Raja Muda Selangor dan Sultan Selangor.

Di samping itu, kenyataan beliau yang menyatakan Sultan Selangor akan bertemu Pope di Vatican City juga jelas merupakan satu pembohongan dan fitnah dan tidak seharusnya dikeluarkan oleh beliau yang merupakan bekas Ketua Menteri dan Timbalan Menteri.

Kenyataan beliau ini juga perlu dibenteras bagi mengelakkan umat Islam dari terus mempercayai dan menyebarkan pembohongan dan fitnah ini yang boleh mengakibatkan mereka tergelincir menjadi golongan fasik.

Di dalam masa yang sama Dewan di­Raja Selangor ingin memaklumkan bahawa Raja Muda ketika ini sedang menjalani latihan pegawai kadet di Akademi Tentera di­Raja Sandhurst, United Kingdom.

Sekembalinya Baginda ke Negara, Baginda akan ditauliahkan di dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Dewan di­Raja Selangor menyeru agar Rahim Thamby Chik memberhentikan dengan serta­merta segala tindak ­tanduknya menyebarkan berita palsu dan pembohongan ini.


(*)  Penulis adalah Setiausaha Dewan di­Raja Selangor

'Hutang 1MDB mampu biayai hutang 1.7 juta peminjam PTPTN'

MALAYSIAKINI


 


Pendidikan percuma dan pemansuhan pinjaman Pendidian Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh dilaksanakan sekiranya sumber kewangan negara tidak dialihkan kepada firma pelaburan 1MDB, kata PKR.

Menganggarkan sebanyak RM50 bilion hutang semasa firma itu yang mungkin ditanggung kerajaan, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata jumlah itu "lebih daripada cukup" untuk melaksanakan dasar pendidikan percuma dan memansuhkan hutang pinjaman itu.

Rafizi berkata jumlah itu boleh membayar hutang tertunggak seramai 1,716,475 peminjam PTPTN sebanyak RM13.3 bilion.

Menurutnya lagi, ia juga boleh memansuhkan terus hutang PTPTN berjumlah RM2 bilion setiap tahun - jumlah yang hampir sama untuk perbelanjaan tahunan kewangan 1MDB.

"Jumlah RM13.3 bilion hanyalah sebahagian kecil dari sumber kewangan berjumlah RM50 bilion yang telah dialihkan kepada 1MDB," kata Rafizi yang juga setiausaha agung PKR dalam kenyataanya.

"Belanja kewangan 1MDB yang mencecah RM5.8 bilion dalam tempoh 3 tahun (seperti dilaporkan oleh 1MDB dalam jawapannya mengenai ke mana wang telah dibelanjakan) adalah hampir kepada jumlah RM2 bilion setiap tahun; iaitu jumlah yang diperlukan untuk memansuhkan terus hutang PTPTN," katanya lagi.

Sehubungan itu, Rafizi berkata skandal 1MDB yang terbongkar setakat ini memberi gambaran jelas bahawa kerajaan sebenarnya mampu melaksanakan dasar pendidikan percuma dan memansuhkan hutang PTPTN.

Katanya, dasar itu boleh dilakukan jika kekayaan negara disalurkan bagi membina sistem pendidikan yang terbaik, bukannya dibazirkan dalam projek yang berakhir menjadi skandal seperti 1MDB.

Rafizi mengulas laporan dialog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pelajar Malaysia di Amerika Syarikat semalam bahawa dasar tersebut dapat dilakukan sekiranya rakyat sanggup membayar cukai pendapatan yang lebih tinggi.

M’sia, China, Australia komited kesan lokasi MH370

SINAR HARIAN



Azharuddin Abdul Rahman
Azharuddin sewaktu mengadakan sidang media mengenai kehilangan pesawat MH370, Mac lalu.


BEIJING - CHINA. Malaysia, China dan Australia masih komited untuk mengesan lokasi MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi tahun lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
  
Beliau berkata ketiga-tiga negara mengadakan mesyuarat di China hari ini untuk membincangkan operasi pencarian yang sedang giat dijalankan bagi mengesan pesawat Boeing 777 itu, sebagai susulan kepada mesyuarat di Canberra awal bulan ini.
  
Mesyuarat itu bermula seawal 8.30 pagi dan selesai pada 6 petang, dihadiri pegawai daripada Kementerian Pengangkutan dan Hal Ehwal Luar China, pegawai daripada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) serta wakil Kementerian Pengangkutan Malaysia, DCA dan jawatankuasa waris (NOK) penumpang dan anak kapal MH370.
 
 "Saya berbesar hati untuk melaporkan bahawa ketiga-tiga negara masih amat komited dalam usaha pencarian ini. Seperti yang anda tahu, kepingan flaperon ditemukan pada 29 Julai (di Reunion Island dalam kawasan Perancis) telah disahkan adalah daripada pesawat MH370.
  
"Ini mengesahkan lakaran hanyut oleh pakar bahawa kami mencari di tempat yang betul," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Selain itu, Azharuddin berkata ujian sedang dijalankan untuk menentukan sama ada ia dapat menghasilkan maklumat lain berhubung apa yang berlaku terhadap pesawat itu.
  
"Malah teritip (terdapat pada flaperon) juga sedang diperiksa oleh pakar biologi marin untuk mendapatkan petunjuk," katanya.
  
Azharuddin berkata berdasarkan nasihat daripada pakar, apa juga opsyen akan terus diterokai dalam usaha pencarian itu, dengan mengambil kira sumber yang ada termasuk dana, peralatan dan kapal.
  
"Seperti biasa, kami berharap misteri MH370 akan dapat dirungkai dan keluarga akan dapat mengakhiri penantian mereka," katanya.
 
 Pada 8 Mac tahun lepas, penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada radar. - Bernama


Saya bukan ke Atlanta untuk tandatangan TPP'


SINAR HARIAN



Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed


KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan menyertai Mesyuarat Menteri­-Menteri Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) selama dua hari mulai esok di Atlanta, Amerika Syarikat (AS).
  
Dalam satu kenyataan hari ini, Mustapa bagaimanapun menegaskan kehadirannya bukan untuk menandatangani perjanjian tersebut kerana sebarang keputusan akhir akan ditentukan Parlimen.
  
"Saya bukannya ke Atlanta untuk menandatangani perjanjian itu, sebaliknya bagi memastikan kepentingan negara terpelihara dalam rundingan ini.
  
"Ia akan hanya ditandatangani sekiranya rakyat dan Parlimen berpuas hati bahawa TPP secara keseluruhannya memberi manfaat kepada Malaysia," katanya.
  
Mustapa turut menegaskan pendirian Malaysia mengenai TPP adalah berdasarkan Perlembagaan negara, dasar- dasar penting membabitkan bumiputera, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta hak dan kepentingan kerajaan-kerajaan negeri.
  
Sekiranya perbincangan di Atlanta mencapai kemajuan dan kepentingan Malaysia terpelihara, teks perjanjian akan dihebahkan kepada umum kira-­kira sebulan selepas itu, katanya.
  
"Kerajaan sedar bahawa TPP mempunyai kos dan faedah. Inilah sebabnya kenapa aspek analisis kos dan faedahnya dilakukan serta akan turut dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan," katanya.
  
Mustapa turut menggesa rakyat agar bersikap terbuka berhubung perkara itu.
  
Kajian analisis kos faedah oleh Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan firma PricewaterhouseCoopers (PwC) juga akan dikemaskini berdasarkan persetujuan yang telah dicapai.
  
"Hasil kajian ini akan didedahkan kepada umum. Pada masa ini kajian berkenaan belum siap kerana rundingan ini masih berjalan," katanya.
  
Malah, kata Mustapa, draf perjanjian TPP serta hasil kajian itu akan diumumkan kepada rakyat serta dibahaskan di Parlimen, kelak.
  
"Parlimen akan membuat keputusan sama ada akan menandatangani perjanjian ini atau tidak," katanya.
  
Mesyuarat di Atlanta tersebut adalah yang kedua tahun ini dan melibatkan menteri-menteri negara-negara berkaitan.
  
Rundingan TPP diadakan sejak lebih lima tahun dan mesyuarat di Atlanta bagi meneruskan rundingan berkaitan isu­-isu tertunggak.
  
Menurut kenyataan itu, TPP adalah satu perjanjian perdagangan merangkumi  12 buah negara dan penglibatan Malaysia atas dasar kepentingan perdagangan dan pelaburan terhadap ekonomi negara. - Bernama


Pembangkang jangan penting diri sendiri

Kow Swe Yong 





ULASAN Parti Rakyat Malaysia(PRM) yakin bahawa lebih ramai rakyat Malaysia menolak BN yang dipimpin Umno, maka parti politik pembangkang harus bersatu untuk menentang parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Setiap parti politik mempunyai pendirian dan ideologi berlainan mengenai beberapa isu yang menjejaskan negara, tetapi PRM percaya bahawa semua parti politik pasti sanggup berkerjasama dengan niat sama untuk mengalahkan BN.

Tidak boleh dinafikan bahawa kerajaan BN dahulu ada melakukan perkara yang baik, tetapi kini parti itu tidak sunyi dari tuduhan penyalahgunaan kuasa, rasuah, sikap boros dan pelaksanaan polisi dan dasar yang tidak mengutamakan rakyat.

Parti itu sebaliknya dilihat hanya menjaga kepentingan beberapa orang dan perniagaan korporat dan kroni.

Justeru, demi kepentingan rakyat dan negara, zaman pemerintahan BN harus diakhiri secepat mungkin dan digantikan dengan kerajaan alternatif yang benar – bukan sekadar penukaran orang dan parti yang memerintah.

Inisiatif Pakatan Rakyat melibatkan PAS, DAP dan PKR yang dimulakan pada 2008 kini nampaknya sudah berakhir.

Kegagalan ini berpunca dari beberapa sebab:

1. Pakatan lemah kerana enggan melibatkan parti politik pembangkang lain termasuk PRM. Pendirian ini membuntukan perkembangan Pakatan.

2. Pakatan yang mahu menjadi lebih daripada satu gabungan untuk menghadapi pilihan raya gagal mendaftarkan diri sebagai satu gabungan parti politik seperti BN.

3.Pakatan gagal sampai pendirian dan dasar berkenaan cara pentadbiran dan isu-isu asas. Perbedaan ini nyata dari cara pentadbiran kerajaan negeri yang kini diperintah parti PAS-DAP-PKR.

Hala tuju dan dasar setiap kerajaan negeri tersebut berkenaan nampaknya ditetapkan oleh Menteri Besar atau parti Menteri Besar berkenaan, dan bukan secara bersama.

Kehilangan Kedah dan kegagalan merampas kembali Perak dalam Pilihanraya Umum (PRU) lepas adalah kesan amalan sebegini.

Keempat, walaupun Pakatan berjaya membentuk pentadbiran di beberapa negeri, cara pentadbiran dan dasar nampaknya tidak banyak berubah daripada cara Umno-BN.

Apa yang berbeza, mungkin kerajaan negeri kini lebih bersih, cekap dan amanah. Ini tidak memadai, kerana ia perlu melibatkan perubahan besar dari segi dasar.

Antara lain, perubahan ini perlu melibatkan promosi dan jaminan hak pekerja, golongan tani, nelayan, sistem pendidikan, Orang Asli, isu alam sekitar, kesihatan dan kebajikan rakyat. Parti pembangkang ini perlu membuktikan alternatif yang lebih baik dan adil.

Rakyat biasa di peringkat akar umbi sehingga kini tidak dapat melihat apa-apa perbezaan nyata berbanding dengan zaman Umno-BN yang memerintah negeri yang kini ditadbir parti Pakatan.

Mungkin pentadbiran di Kelantan di bawah pimpinan allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng ada perbezaan. Ini juga boleh dilihat daripada kekurangan kerusi parlimen yang dimenangi oleh PAS dan PKR dalam PRU 13.

Kerajaan BN pula perlu menghadapi isu berikut:

1. Skandal wang RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi perdana menteri
2. Isu berkaitan 1MDB, terutama apabila penyiasatan tidak berjalan dengan lancar
3. Pelaksanaan GST, inflasi dan peningkatan kos sara diri
4. Isu pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)

Harus juga diingati bahawa perkembangan di negeri yang ditadbir oleh gabungan kerajaan PAS-DAP-PKR juga akan diambil kira pengundi.

Jika tidak ada perubahan nyata dilihat, ini boleh juga menjejaskan keputusan akan datang, lebih-lebih lagi jika Umno menggantikan perdana menteri sebelum pilihan raya umum akan datang.

Undi yang diperolehi untuk sesuatu kerusi bukanlah sokongan kepada parti tertentu tetapi adalah sokongan kepada semua parti pembangkang.

Secara alternative, undi memihak pembangkang adalah sseruan rakyat yang mahukan alternatif kepada BN.

Parti pembangkang tidak boleh terus kekal di kerusi yang dimenangi oleh calonnya dalam pilihan raya umum ke-13. Ini adalah sikap mementingkan diri sendiri.

Bagi PRM, kerusi yang bakal dipertandingkan harus diagihkan untuk meletakkan calon yang terbaik, yang berprinsip dan berkebolehan untuk rakyat dan kawasan berkenaan tanpa kira parti.

Meletakkan calon yang salah bakal merugikan rakyat setempat dan rakyat Malaysia.

Kini terdapat ramai wakil rakyat dan ADUN pembangkang ponteng Parlimen, tidak berhujah mahupun bertanya soalan. Ada juga yang tidak tampil menunjukkan sokongan dalam isu rakyat, dan ada yang tidak berkomunikasi secara terus dengan rakyat.

PRM mahu rakyat diberikan semula hak untuk memilih wakil dalam kerajaan tempatan dan di peringkat kampung.

PRM mahukan kerajaan alternatif yang bukan bermaksud hanya penukaran orang yang memerintah tetapi juga perubahan dari segi polisi dan arah tuju pentadbiran.

PRM berpegang kepada keadilan dan kebajikan rakyat. Penekanan harus diberikan kepada yang miskin dan terpinggir di mana programnya bukan sekadar bantuan kewangan seperti BR1M.

Sebaliknya, program ini sepatutnya membina masyarakat dan rakyat yang dapat berdikari, dengan pendapatan berkekalan buat sekarang dan untuk hari tua.

PRM berharap semua parti sedia bekerjasama dan tidak sekadar menjamin jawatan wakil rakyat untuk parti masing-masing. Strategi satu lawan satu masih lagi strategi terbaik untuk mengakhiri pemerintahan Umno-BN.

PRM sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik dan NGO, asalkan bukan Umno-BN, demi masa depan rakyat Malaysia.


KOW SWE YONG setiausaha agung PRM.

Cawangan Umno anjur program bersama Dr M

Zulaikha Zulkifli

 


Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka menjadi cawangan pertama yang menganjurkan program bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan tentang isu-isu semasa.

Cawangan di bawah Umno bahagian Pandan itu juga merupakan cawangan pertama yang memberi ruang kepada bekas perdana menteri itu untuk menjelaskan tentang kritikannya terhadap Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Ketua cawangan itu, Syed Saifuddin Syed Harman berkata, keputusan untuk mengadakan program itu dibuat bersama ahli jawatankuasanya berikutan iklim politik semasa yang dilihat semakin membimbangkan.

Ekoran itu, beliau selaku ketua cawangan mengambil inisatif untuk mengadakan program dan menjemput Dr Mahathir untuk bercakap mengenai masalah politik negara dan juga Umno.

"Tiada lagi cawangan ketika dalam keadaan krisis masalah politik, kepimpinan dan sebagainya yang betul-betul berani ke depan.

Saya ambil inisiatif ini dengan menjadi cawangan pertama untuk adakan program seperti ini dan beri peluang kepada tokoh negarawan seperti Tun (Mahathir) untuk beri penjelasan kepada rakyat. Beliau adalah ikon kepada Umno.

"Suka atau tidak, populariti Tun masih lagi hebat di kalangan anak muda dan pemimpin akar umbi," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Umno cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka akan menganjurkan program minum petang bersama Dr Mahathir dengan tema 'Kembalikan maruah perjuangan bangsa' bertempat di hotel De Palma Ampang Sabtu ini.

Program minum petang itu terbuka kepada orang ramai dan pembelian tiket boleh dibuat secara individu atau berkumpulan. Harga tiket bagi pembelian secara individu berharga RM80 manakala berkumpulan - satu meja untuk 10 orang berharga RM800.

Menurut Syed Saifuddin, pembelian tiket minum petang bersama Dr Mahathir itu laris dan sehingga semalam hanya tinggal kira-kira lebih 100 tiket sahaja lagi.

"Program ini akan bermula jam 3 petang. Kapasiti dewan boleh muat sehingga 600 orang. Sekarang dah lebih 400 orang beli tiket, cuma tinggal seratus lebih tiket sahaja. Kalau ada yang mahu, kena cepat. Kalau dah maksimum, kita tak terima dah.


"Kita juga akan memberi hadiah istimewa kepada hadirin yang bertuah apabila mereka akan menerima sebuah buku yang ditandatangani oleh Tun dan bergambar dengan Tun," katanya sambil menambah, penyanyi Radhi OAG akan turut membuat persembahan dengan menyanyikan sebuah lagu yang dicipta khas untuk negarawan itu.

Selain itu, ketika ditanya tentang penerimaan Umno bahagian Pandan berhubung program tersebut, Syed Saifuddin, 57, berkata beliau tidak merasakan bahawa majlis minum petang anjuran cawangannya itu melanggar mana-mana peraturan parti.

Malah, menurutnya, ketua Umno bahagian Pandan Datuk Mohd Haniff Koslan juga mengetahui tentang program anjuran cawangannya itu dan tidak membantah.

"Apa jua aktiviti di peringkat cawangan tak jadi masalah asalkan ia tidak bertentangan dengan peraturan, perlembagaan parti.

Kalau anjurkan program bersama Tun yang merupakan mantan perdana menteri, mantan presiden Umno dan masih lagi dalam Umno, saya rasa tidak ada permasalahan daripada peraturan dan perlembagaan parti.

"Asalkan ia tidak melanggar batas-batas yang boleh jejaskan parti," kata Syed Saifuddin yang telah menjadi ketua cawangan sejak 1990.

Ditanya lagi sama ada beliau bimbang sekiranya menerima sebarang surat tunjuk sebab dari parti, ahli Umno sejak 1988 itu berkata, apa yang dilakukannya tidak melanggar perlembagaan parti dan bukan bertujuan untuk menjatuhkan Umno.

"Saya tak ada sebab (nak takut). Adakah saya lakukan kesalahan terhadap Umno atau masalah disiplin? Saya tak langgar peraturan, tak langgar perlembagaan. Saya bukan jemput pembangkang.

"Ini adalah anjuran Umno, dalam program ini kita nyanyikan lagu Umno, war-warkan kebesaran Umno. Apa yang kita nak bincangkan ialah tentang kemungkinan ada kepincangan dalam kepimpinan Umno yang kita perlu betulkan," katanya lagi.

Sehubungan itu, bekas ketua penerangan Umno bahagian Pandan itu berkata, matlamat program itu bertujuan untuk Dr Mahathir memberi penjelasan kepada akar umbi parti memandangkan sebelum ini pelbagai penerangan telah diberi oleh kepimpinan parti itu.

Katanya, dengan adanya program seperti itu, ia dapat memberi peluang kepada ahli untuk membuat penilaian terhadap masalah yang melanda kepimpinan Umno pada masa ini.

"Banyak program yang beri penjelasan dan penerangan datang dari pihak kerajaan dan NGO. Jadi kita ambil kesempatan ini untuk jemput Tun Mahathir. Tun adalah seorang yang amat sayangkan Umno.

"Kita dah dengar penjelasan daripada perdana menteri, dah dengar daripada menteri kabinet dan Umno di peringkat atasan. Jadi kita bagi ahli kita yang tinggal di Ampang dan Pandan untuk hadir bertemu beliau dan dengar penjelasan dan berdialog dengan beliau.

"Bukan dengan apa yang dia cakap itu kita seratus peratus terima, tetapi kita buat penilaian dengan apa dia cakap dan dengan apa kepimpinan Umno cakap. Sebagai rakyat dan ahli kita buat penilaian dan dapatkan jawapan yang efektif dan berkesan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Umno," katanya.

Syed Saifuddin turut menjelaskan penganjuran program itu juga bukan bertujuan untuk memburukkan atau mewujudkan konspirasi menukar kerajaan. Sebaliknya ia dibuat kerana beliau sayangkan parti dan mahu BN terus menerajui negara.

Beliau juga berpendapat bahawa pelbagai masalah yang ada di dalam parti juga perlu diselesaikan segera oleh kepimpinan di peringkat tertinggi.

"Kalau kepimpinan negara ada masalah, cari solusi masalah itu dan Tun sebagai mantan perdana menteri banyak idea dan pengalaman.

"Kita tak ada matlamat buruk daripada cawangan untuk memburukkan lagi kerajaan. Itu bukan matlamat kita dan kita bukan nak menghentam Umno atau nak tukar kerajaan atau ada konspirasi nak tukar kerajaan. Tidak.

"Kami sayangkan kerajaan dan BN. Kita mahu berjuang untuk BN supaya kekal sehingga pilihan raya akan datang dan seterusnya. Kita mahu BN kekal. Masalah yang ada kini ialah masalah kepimpinan negara. Itu kita kena perbetulkan. Kita perlu perbetulkan demi masa depan Umno itu sendiri," katanya lagi.


P Pinang terima 40,000 vaksin anti anjing gila

SINAR HARIAN



penyakit anjing gila
Gambar hiasan
GEORGETOWN - Perkhidmatan Veterinari Sedunia (WVS),‎ sebuah pertubuhan kebajikan berdaftar di United Kingdom, akan membekalkan 40,000 stok vaksin mencegah penyakit anjing gila kepada Pulau Pinang bagi menangani wabak penyakit itu.
Ketua Eksekutifnya, Luke Gamble berkata, vaksin itu perlu melalui pelbagai‎ proses tetapi ia dijangka tiba di Malaysia dalam tempoh dua bulan akan datang.  
Beliau berkata program utama itu akan dijalankan oleh sepasukan daripada‎ WVS, dan vaksin tersebut akan ditaja sepenuhnya.
"Kami bercadang memberi suntikan vaksin kepada kira-kira 70 peratus daripada jumlah anjing di Pulau Pinang dalam tempoh enam bulan dengan bantuan pasukan kami," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini semalam.
Beliau berkata vaksin itu perlu melalui pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan‎ Veterinar (DVS) di Malaysia, sebelum ia boleh digunakan di jalanan.
Gamble berkata jumlah anjing di Pulau Pinang ialah kira-kira 50,000 ekor dan sasarannya ialah untuk memastikan 70 peratus anjing diberikan suntikan.
Sementara itu, Ketua Penolong Kanan Pengarah Bahagian Pengurusan Biosekuriti dan Sanatary Phytho Sanitary, Dr Rozanah Asmah Abd Samad berkata menurut prosedur operasi standard, semua vaksin baharu perlu diperiksa oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebelum ia dibenar untuk digunakan.
"Memandangkan situasi kecemasan masa kini, kami mungkin mengambil masa selama sebulan untuk menilai vaksin yang dibekalkan oleh WVS sebelum meluluskannya untuk digunakan," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata kira-kira 750 dos vaksin yang dibekalkan oleh kerajaan persekutuan akan tiba di Pulau Pinang Jumaat ini.
Beliau berkata jabatan itu telah mengagihkan semua vaksin kepada beberapa negeri untuk menangani wabak penyakit anjing gila dan Pulau Pinang akan menerimanya menjelang Jumaat ini.
"Kerajaan Pulau Pinang juga memesan 5,000 lagi stok vaksin tetapi kami belum dapat memastikan bila tarikh vaksin itu akan tiba," katanya.  
Menurut data oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 90 kes gigitan anjing dilaporkan sejak 16 Sept di Pulau Pinang, dan 883 ekor anjing liar telah ditangkap atau dihapuskan.
Ia juga melaporkan bahawa 12 ekor anjing telah dikuarantin, manakala 443 ekor anjing telah diberi suntikan. - Bernama

Pemuda MCA Pasir Gudang perlu keluar BN

Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani


SHAH ALAM – Penganalisis politik berpendapat Pemuda MCA Pasir Gudang perlu keluar dari parti itu setelah memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang itu melanggar keputusan MCA pusat yang tetap menyokong kepimpinan Perdana Menteri itu.

‎“Jika mereka memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri, kenalah keluar parti kerana keputusan mereka itu melanggar keputusan penuh pimpinan MCA yang terus menyokong.

‎“Jika Pemuda MCA (Pasir Gudang) ini tidak setuju (dengan Najib), (mereka ) tak boleh duduk dalam parti lagi,” katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, media melaporkan, Pemuda MCA Pasir Gudang melalui ketuanya, Chia Chow Hui memutuskan hubungan dengan Pengerusi BN susulan sokongan perdana menteri itu terhadap himpunan baju merah yang berlangsung pada 16 September lalu.‎

Malah Chow Hui menegaskan bahagian itu tidak akan menghadiri majlis Najib atau menyokongnya dalam apa cara sekalipun.

‎Menurutnya, himpunan baju merah yang berlangsung di ibu kota itu merosakkan keharmonian kaum dan beliau tidak bersetuju dengan Najib yang menyifatkannya sebagai perhimpunan aman.

Dalam pada itu, Mohd Azizuddin berkata, kesan tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang itu kepada parti sangat minima kerana ia hanya melibatkan satu bahagian.

“(Kesannya) sangat minimum sebab melibatkan sebahagian kecil dari MCA sahaja dan yang ikut mereka (Pemuda MCA Pasir Gudang) pun tidak ramai.

“Melainkan jika ada pimpinan tertinggi MCA yang membuat pengumuman seperti itu, mungkin ia akan beri kesan lebih besar kepada BN,” katanya.


Al Fatihah, Dalili dah tak ada...

Al Fatihah, Dalili dah tak ada...
Salinan perbualan Mohd Razali menerusi aplikasi WhatsApp dengan Sinar Harian.


SHAH ALAM - Adik Nur Syafiqah Dalili, 2, yang menghidap biliary atresia (kegagalan fungsi hati) yang menjalani pembedahan pemindahan hati di China Ahad lalu disahkan telah meninggal dunia awal pagi tadi.

Perkara berkenaan disahkan ayahnya, Mohd Razali Shamsuddin, 39, menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

"Berita mengatakan Dalili dah tak ada tu memang benar. Dia menghembukan nafas terakhir kira-kira jam 2.06 pagi tadi (waktu tempatan).

"Dua hari pertama pembedahan semuanya berjalan lancar...tetapi hari ketiga dia mula demam. Hari keempat, hanya ALLAH yang maha mengetahui, " katanya kepada Sinar Harian.

Dalili telah selamat menjalani pembedahan pemindahan hati bersama bapanya merupakan penderma.

Mereka sekeluarga berlepas ke Hospital Renji 3 September lalu.

Tambahnya, mereka perlu menyelesaikan beberapa urusan hospital terlebih dahulu sebelum dapat membawa pulang jenazah Dalili.

"Bila urusan dekat sini selesai, baru boleh dibawa balik," katanya.


Lebih banyak kawasan catat IPU tidak sihat

SINAR HARIAN



Jerebu
Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat berikutan keadaan jerebu meningkat kepada 18 setakat 9 pagi ini berbanding 11 kawasan pada 7 malam tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatatkan bacaan IPU paling tinggi adalah di Bukit Rambai, Melaka iaitu 150, diikuti Port Dickson di Negeri Sembilan (142).

Beberapa kawasan di Johor yang mencatatkan tahap IPU tidak sihat adalah Kota Tinggi dengan bacaan 106, Larkin Lama (120), Muar (119) dan Pasir Gudang (131).

Bandaraya Melaka pula mencatat bacaan 141, manakala dua lagi kawasan di Negeri Sembilan turut mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Nilai (115) dan Seremban (117).

Di Pahang, bacaan IPU di kawasan Indera Mahkota dan Balok Baru, Kuantan pula masing-masing 105 dan 135, manakala di Jerantut (102).

Di Selangor, kawasan Banting mencatatkan bacaan 125, Pelabuhan Klang (102) dan Shah Alam (105), manakala di Terengganu, kawasan Kemaman dan Paka masing-masing mencatatkan bacaan 126 dan 112.

Sementara itu, Putrajaya turut mencatatkan tahap IPU tidak sihat dengan bacaan 111.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
  
Orang ramai boleh merujuk portal  http://apims.doe.gov.my/v2/ untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama


Tuesday, September 29, 2015

Berita Terkini MARA : Permohonan Pinjaman Loan Mara Untuk IPTS Masih Belum Buka? Mengapa?

BERITA SEMASA

Berita Terkini MARA : Permohonan Pinjaman Loan Mara Untuk IPTS Masih Belum Buka? Mengapa?

Ada menteri mengatakan kejatuhan memberikan rahmat kepada Malaysia. Rahmat kata mereka. Tetapi tahukah mereka anak bangsa kita sedang menghadapi masalah dan derita di luar negara dek kerana nilai ringgit Malaysia terus jatuh dan jatuh daripada hari ke sehari sehingga berlaku lambakan duit ringgit Malaysia kita di pasaran sekarang ini.

Tan sri Zeti kata jikalau mahu nilai ringgit Malaysia naik semula, antaranya selesaikan segera isu 1MDB, dan masalah ketidaktentuan politik di Malaysia.

Natijahnya, pelajar-pelajar kita yang belajar di luar negara perlu ikat perut untuk meneruskan usaha menampung kos perbelanjaan mereka di negara luar terutamanya yang bergantung harap dengan bantuan MARA apatah lagi yang menggunapakai 100% duit keluarga dan ibu bapa lagilah teruk.

berita terkini mara

Masalah tersebut tidak berlegar kepada pelajar luar negara sahaja. Tetapi sudah mula berjangkit kepada pelajar yang menimba ilmu IPTS di Malaysia. Berita Semasa dimaklumkan kewangan MARA dalam keadaan sesak atas sebab-sebab tertentu termasuk perlu menampung kos tambahan yang tinggi terutamatanya pelajar tajaan mereka di luar negara disebalik kejatuhan nilai ringgit Malaysia pada ketika ini.

Sebelum ini, Majlis Amanah Rakyat Malaysia telah melancarkan apa yang dipanggil dan dikenali sebagai Skim Bank Mara yang meliputi bantuan pinjaman pelajaran terbuka kepada mana-mana pelajar yang sambung pengajian bagi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda Degree, Sarjana Master, Doktor Falsafah PHD hasil kerjasama dnegan pihak bank. Butiran ada Berita Semasa kongsikan melalui LINK di bawah ini :

KLIK SINI : Butiran Lengkap Skim Bank MARA Untuk Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Master, PHD?

Tetapi ianya telah ditutup sementara waktu. Apabila Berita Semasa dimaklumkan butian lengkap mengenai pinjaman MARA yang terbaru dan terkini akan dibuka semula sekitar bulan November atau Disember 2015. Mungkin. Mungkin, itu kata kakitangan MARA.

Kata kakitangan MARA memaklumkan :
  • Kewangan Majlis Amanah Rakyat Malaysia MARA agak sesak
  • Sudah ada kalangan IPTS yang sudah sedia maklum dengan perancangan perkembangan terkini sekarang, telah mula menjalinkan usahasama dengan bank-bank komersil untuk dijadikan menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelajar mereka kelak
  • Ada kemungkinan besar pelajar IPTS dikenakan kadar faedah untuk pinjaman MARA yang diberikan kepada pelajar. Walaubagaimanapun, butiran lengkap belum dipastikan lagi. Nantikan pengumuman rasmi dan berita terkini MARA kelak.
  • Apa maknanya apabila sudah ada kerjasama dengan pihak Bank? Komitmen dengan Bank. Ya…Komitmen.
Persoalannya sekarang ini, adakah dengan pinjaman MARA yang terbaru ini kelak akan menyebabkan :
  • Nama peminjam pendidikan MARA yang baru ini secara automatiknya tersenarai dalam rekod CCRIS? Sama seperti peminjam yang lain yang buat pinjaman peribadi?
  • Adakah mereka akan dikejar pembayaran semula sama seperti peminjam-peminjam pinjaman peribadi yang lain?

 

Berita Terkini MARA : Pinjaman Loan Mara Untuk IPTS. Tunggu Berapa Lama Lagi?

Dan akhir sekali, Berita Semasa berharap sangatlah kepada pihak Majlis Amanah Rakyat MARA jangan terlalu lama biarkan anak-anak bangsa kita terkapai-kapai di Institut Pengajian Tinggi Swasta IPTS tanpa sebarang kenyataan rasmi daripada anda. Berikanlah kenyataan tentang perkembangan terkini mengenai skim pinjaman MARA ini. Janganlah diam begitu sahaja. Hakikatnya :
  • Ada pelajar yang terpaksa keluar daripada IPTS dek kerana menunggu terlalu lama permohonan pinjaman MARA yang masih lagi tidak dibuka sedangkan bayaran yuran yang cukup tinggi terpaksa ditanggung mereka
  • Pelajar dalam keadaan sesak dalam meneruskan pengajian dan kehidupan seharian dek kerana kewangan yang tidak mencukupi
  • Bagi Berita Semasa, masa bagi kalangan pelajar adalah cukup emas dan kritikal untuk mereka mencari alternatif dengan sesegera mungkin bagi meneruskan survival mereka menimba ilmu di peringkat yang lebih tinggi
  • Jangan biarkan anak-anak bansga kita tertunggu
Di bawah ini, Berita Semasa kongsikan gambar-gambar sebahagian rintihan kalangan para pelajar IPTS yang masih tertunggu berita terkini MARA mengenai perkembangan pinjaman loan MARA mereka…

pinjaman mara loan mara

'Jika tidak korup, kenapa saya didapati bersalah?'

Khir Toyo


 


ULASAN Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.

Saya mohon maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.

Saya tahu sebahagian orang di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan mereka.

Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin Umno mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana.

Hakikatnya, rumah saya bukanlah antara yang terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.

Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan, pendakwa raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah. Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin (Haryoni, pengarah Ditamas Sdn Bhd).

Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya.

Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.

Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum dua tahun penjara.

Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

Demikianlah kesungguhan peguam negara terdahulu yang mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.

Adilkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.
Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk perdana menteri, setiausaha kerajaan negeri dan pihak SPRM sendiri.

Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup? (Baca: Fakta dan angka tidak boleh menipu).

Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.

Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.

Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya. [Lihat: Putus sudah harapan?]

Dilanyak akhbar The Sun

Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.

The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor diisytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.

Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.

Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

Saya tidak fikir ia sekadar soal “good governance”, kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada menteri besar selepas saya.

Malah ada ketika mereka mempertahankan menteri besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.

Kes roboh kuil

Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi.

Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM40 ribu dan juga diberi tapak baru.

Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan disitu hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.

Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.

Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai menteri besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar.

Di bawah pentadbiran saya juga kerajaan negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Isu anugerah penyapu

Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri “Anugerah Penyapu” kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor. [Untuk huraian panjang sila lihat artikel lama: Padah penyapu atau padah sikap kita?]

Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.

Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan Tukiman Nail, bekas presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.

Masalah setinggan

Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan.

Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan:

(i) Memberi penempatan yang lebih baik
(ii) Menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan
(iii) Memberi subsidi RM7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.

Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor. Jika ada hayat dikandung badan, insha-Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti. Wassalam.

Khir Toyo bekas MB Selangor. Tulisan ini diterbit dalam blog beliau, drkhir.com. Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman setahun penjara ke atasnya selepas menolak rayuannya berhubung sabitan kes rasuah ditolak pada minggu lalu.


Nazri akui kesilapan berurusan hal diplomatik

Kow Gah Chie


 


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui beliau membuat kesilapan sewaktu berurusan hal diplomatik di mana Duta China Huang Huikang dipanggil berhubung kenyataan yang dibuatnya di Jalan Petaling pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Nazri yang juga MP Padang Rengas menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk campur tangan dalam hal ehwal Kementerian Luar Negeri.

"Tidak ada niat untuk campur tangan," katanya dalam satu kiriman SMS sebagai maklum balas kepada pertanyaan Malaysiakini.

Menteri Umno itu berkata demikian ketika diminta mengulas rakan sejawatnya Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang meluahkan rasa kecewa bahawa beberapa menteri telah mencampuri perkara tersebut tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.

Huang telah dipanggil untuk bertemu dengan bekas timbalan Anifah, dan kini Pemangku Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin semalam.

Bagaimanapun terdapat banyak kekeliruan mengenai mesyuarat itu, kerana ia pada mulanya dilaporkan bahawa ia telah dibatalkan.

Nazri berkata pertemuan itu dibatalkan kerana timbalan menteri luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merica melanggar protokol dengan memanggil Huang.

Nazri berkata hanya pemangku menteri luar yang boleh berbuat demikian sewaktu ketiadaan menteri luar.

Bagaimanapun Reezal menafikan dakwaan tersebit dan menyatakan tindakan memanggil Huang direstui Anifah.

Kes Bunuh Morais: Empat Tertuduh Berasal Dari Kulim


Oleh: FIRDAOUS FADZIL

KUALA LUMPUR: Empat daripada lapan tertuduh yang didakwa menculik dan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais berasal dari daerah sama iaitu Kulim di Kedah.

Enam tertuduh didakwa membunuh manakala dua lagi bersubahat melakukan kesalahan tersebut.

Kesemua tertuduh menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kelihatan dalam keadaan tidak terurus, Pakar Patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 52, didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana bersubahat melakukan kesalahan tersebut.

Pelajar kolej, S. Nimalan, 22, S. Ravi Chandaran, 44, G. Gunasekaran, 47, R. Dinishwaran, 23, M. Vishwanath, 25 dan A. Thinesh Kumar, 22, didakwa di atas pertuduhan membunuh di mahkamah yang sama.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 7 pagi dan 9 malam dari Jalan Dutamas Raya, Sentul ke No 1, Jalan USJ1/6D, Subang Jaya pada 4 September lalu.

Di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, seorang lagi tertuduh Murugan Arujalan, 44, yang bekerja sebagai mekanik turut didakwa atas pertuduhan bersubahat melakukan kesalahan yang sama.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di No 20, Desa Mentari dekat sini antara 9.30 pagi dan 8 malam pada hari yang sama.

Berdasarkan kertas pertuduhan, alamat terakhir pengawal keselamatan, Viswanath adala di Taman Desa Karangan, Sungai Karangan dekat Kulim manakala Dinishwaran pula di Batu Pekaka Estate dekat Kuala Ketil tidak jauh dari Kulim manakala Nimalan dan Thinesh juga berasal dari Kulim.

Sumber polis berkata walaupun keempat-empat tertutup bukan dari satu kumpulan tetapi mereka dari daerah yang sama.

Kesemua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Tiada pengakuan direkodkan.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak, Manoj Kurup dan Mohd Dusuki Mokhtar memohon kes tersebut disebut semula pada November selepas mempertimbangkan sedikit masa diperlukan untuk menyediakan laporan kimia dan hasil bedah siasat.
Hakim Siti Radziah Kamarudin menetapkan 30 November depan untuk sebutan kes.

Datuk N. Sivananthan dan Datuk Geethan Ram Vincent mewakili Dr Kunaseegaran manakala M. Manoharan mewakili Dinishwaran.
Tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Morais dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Mayat Morais, 55, ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini, pada 16 September lepas.

Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dikeluarkan mengesahkan mayat yang ditemukan di dalam tong dram bersimen itu adalah mendiang Morais.

LIHAT VIDEO DI SINI



Isu Murtad: Rahim Thamby Chik Mohon Maaf Kepada Istana Selangor





Paparan skrin permohonan maaf Rahim Thamby Chik dalam laman Facebooknya.

PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Selangor (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik memohon maaf kepada Istana Selangor berhubung status yang mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menganut agama Kristian (Katolik) dimuat naik menerusi laman Twitter dan Facebook miliknya.

Malah, beliau turut mengakui berita tersebut diambil daripada sebuah laman web tidak berasas.

"Merujuk kepada status saya di Twitter dan Facebook mengenai dakwaan Raja Muda Selangor memeluk agama Katolik, saya mengakui ia dari sebuah laman web tidak berasas.

"Saya memohon maaf di atas ketidakselesaan Raja Muda Selangor dan Istana Selangor disebabkan status tersebut," katanya menerusi laman Facebooknya, Rahim TambyChik.

Dakwaan tersebut bagaimanapun dinafikan Istana Selangor dan disifatkan sebagai tidak berasas, tidak benar dan berunsur fitnah.

Malah, pihak Istana turut membuat dua laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 di Shah Alam berhubung berita palsu tersebut.

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dan setiausaha sulit putera Sultan Selangor, Hanafisah Jais pada pukul 4 petang Isnin.

Menurut dua laporan berkenaan, kedua-dua pengadu berkata, mereka menjumpai status yang dikeluarkan oleh seorang pengguna menggunakan nama samaran "Rahim Tambychik", semasa menggunakan laman sosial itu Istana Mestika di Seksyen 7, Shah Alam pada kira-kira pukul 8 pagi Jumaat lalu.

AMK, Wanita PKR Desak Wakil PAS Letak Jawatan YDP MAIPP

MSTAR ONLINE




BUTTERWORTH: Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan Pulau Pinang pada Selasa mendesak Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mohd Salleh Man mengosongkan jawatan Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang disandangnya.

Ketua AMK Pulau Pinang Asrol Sani Abdul Razak berkata desakan itu wajar kerana PAS tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata pengumuman ketua menteri itu jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak mengiktiraf PAS dalam pentadbiran negeri dan Salleh yang merupakan wakil rakyat PAS harus mengosongkan jawatan YDP MAIPP.

"Kami mohon supaya kerajaan negeri mencadangkan wakil PKR untuk jawatan YDP MAIPP itu bagi mengantikan wakil PAS apabila penggalnya tamat akhir tahun ini," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata pelantikan setiap YDP MAIPP adalah untuk tempoh dua tahun dan tempoh untuk Salleh dijangka tamat akhir tahun ini.

Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan negeri Nur Zarina Zakaria berkata jawatan YDP MAIPP wajar diberikan kepada PKR kerana parti itu adalah kedua terbesar di Pulau Pinang dengan 10 Anggota Dewan Undangan Negeri.

Pelantikan YDP MAIPP untuk tempoh dua tahun setiap penggal ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas cadangan calon dikemukakan kerajaan negeri.

Salleh sindir Kit Siang tidak tahu kelajuan internet di Malaysia

 
Majoriti pelanggan memilih pakej internet murah yang perlahan walaupun penyedia menyediakan perkhidmatan internet yang kelajuan tinggi. 


salleh-keruak_lim-kit-sing_600


PETALING JAYA: Pemimpin pembangkang veteran, Lim Kit Siang mungkin tidak sedar tentang pelbagai kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat Malaysia apabila beliau merungut tentang internet yang perlahan di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, pengguna di negara ini boleh memilih kadar 20 megabit sesaat (Mbps) jika mereka mahukan perkhidmatan Internet kelajuan lebih tinggi.

Beliau membuat penjelasan itu bagi menyangkal dakwaan Anggota Parlimen Gelang daripada DAP itu bahawa Salleh sebagai Menteri tidak prihatin dengan kelajuan Internet di Malaysia yang lemah.

“Sebenarnya terdapat pelbagai kadar kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat Malaysia namun begitu kira-kira 71 peratus daripada pengguna Internet Malaysia lebih menyukai pakej jalur lebar Streamyx yang lebih perlahan dengan menawarkan kelajuan antara 384 Kbps sehingga 1 Mbps,” katanya dalam posting terkini di blog beliau, sskeruak.blogspot.my..

Bagaimanapun, Salleh berkata, meskipun kelajuan jalur lebar yang lebih tinggi boleh didapati, namun, majoriti pelanggan akan melanggan pakej lebih murah, justeru lebih perlahan.

Mengambil maklum bahawa beberapa negara termasuk Singapura dan Thailand mempunyai pelbagai kelajuan Internet sehingga 5Mbps, Salleh berkata, Malaysia juga boleh meningkatkan kelajuan internet ke tahap yang sama, sekali gus menjadikan rakyat Malaysia membeli pakej kelajuan lebih tinggi.

“Tetapi itu bermakna kos akan turut menjadi lebih tinggi dan penggunaan internet akan dinikmati hanya oleh mereka yang mampu membayarnya.

“Jadi kesudahannya ia berbalik kepada soal kemampuan dan Malaysia menawarkan Internet yang mampu dibayar oleh mereka yang mahu memanfaatkannya manakala, internet berkelajuan lebih tinggi pula kepada golongan yang pada mereka wang bukanlah satu masalah,” katanya.

Sambil membidas Kit Siang kerana hanya bercakap tentang kelajuan, Salleh berkata tumpuan Malaysia adalah kelajuan, liputan dan kemampuan.

“Kami mahu memastikan bahawa pada tahun 2020 sekurang-kurangnya 95 peratus daripada rakyat Malaysia akan mempunyai akses kepada Internet. Kami juga mahu memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan bandar dan 20 peratus daripada kawasan luar bandar mempunyai kelajuan jalur lebar 100 Mbps,” katanya.

Kit Siang dilaporkan menyindir Salleh dan kecenderungan beliau menulis dalam blog untuk mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukan memberi tumpuan kepada infrastruktur Internet Malaysia.