PETALING JAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kualiti air yang dibekalkan kepada pengguna di seluruh negara.
Malah, menurut Pengarah Komunikasi, Gabungan Persatuan
Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman SPAN akan
segera menghentikan penyaluran bekalan air kepada penguna jika mendapati
ianya tidak selamat.
"Proses bekalan air sekarang ini apabila sampai di peringkat rawatan
kepada pembahagian adalah dibawah bidang kuasa SPAN maksudnya di situ
bidang kerajaan negeri adalah di peringkat air mentah maksudnya bila dia
sampai ke kitaran seterusnya adalah di bawah SPAN.
“Jadi, SPAN lah yang sebenarnya memastikan bekalan air yang akan sampai
kapad pengguna itu adalah selamat dan sekiranya SPAN mendapati air yang
dibekalkan itu tidak selamat untuk pengguna maka mereka perlu
menghentikan penggunaan air tersebut," katanya dalam temubual bersama
Antarapos.
Oleh itu, Yusof berkata penglibatan SPAN amat penting dalam hal ini
sekali gus meminta badan tersebut meneliti perkara tersebut dari segi
kajian kerana perkhidmatan mereka selepas itu demi kepentingan pengguna.
"Sebab itu pengilabatan SPAN ini amat penting kerana katakanlah
mendapati bahawa air lombong itu tidak selamat dan mereka juga perlu
terlibat dari segi kajian kerana perkhidmatan mereka adalah selepas itu.
Kalaulah air mentah itu dah tak selamat maka sudah pasti air yang akan
sampai kepada pengguna itu pun tak selamat," tegasnya.
"Jadi, sebab itu kita minta supaya SPAN dapat melihat dan meneliti perkara ini demi untuk kepentingan pengguna," katanya.
Katanya, ini kerana SPAN merupakan satu agensi yang diamanahkan untuk
memastikan bekalan air yang sampai kepada pengguna adalah secara
berterusan dan selamat.
"Memang timbul kerisauan daripada pengguna bahawa kita bimbang air
lombong yang digunakan mungkin mengandungi bahan berbahaya yang bila
sampai kepada pengguna ia akan menimbulkan kesan-kesan sampingan.
"Jadi, peranan ini yang bagi saya yang perlu dimainkan oleh SPAN agar perkara-perkara ini tak berlaku," tambahnya.
Kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini
dikritik banyak pihak kerana dikatakan sedang dalam perbincangan untuk
menggunakan air lombong bagi menampung permintaan air bersih di negeri
itu.
Bagaimanapun, tiada keputusan muktamad bersabit isu itu, sehingga kini.
No comments:
Post a Comment