Miri dan seluruh utara Sarawak seolah-olah tidak mendapat perhatian dari pihak Persekutuan dari segi mempromosikan pelancongan.
MIRI: Hartawan terkemuka Lau Siu Wai, 84, menggesa pihak berkuasa pelancongan Persekutuan untuk memberi perhatian kepada Sarawak, terutamanya kawasan utara, seperti mana ia memberikan perhatian kepada Sabah dari segi promosi di luar negara.
Lau, yang juga pengerusi Kumpulan Perumahan Miri, berkata berdasarkan maklum balas, ia seolah-olah seperti Sabah telah mendapat “majoriti saham” dalam promosi antarabangsa berbanding dengan apa yang diperuntukkan kepada Sarawak.
“Terdapat keperluan untuk memberi perhatian kepada Miri dan seluruh Sarawak dalam ekspo pelancongan antarabangsa,” katanya.
Beliau mengulas sesi perbincangan beliau yang diadakan baru baru ini tentang cara-cara untuk membuat Miri dan kawasan utara di negeri ini lebih terkenal dan berorientasikan pelancongan.
Program tiga jam itu dihadiri oleh pengusaha pelancongan dan pengusaha hotel serta wakil-wakil dari Dewan Perniagaan Cina dan Industri, Pejabat Residen Bahagian Miri, Lembaga Pelancongan Sarawak dan badan-badan pelancongan yang lain.
Tapak Warisan Dunia Mulu di utara negeri ini mempunyai gua terbesar di dunia
“Miri dan seluruh utara Sarawak seolah-olah tidak mendapat perhatian dari pihak Persekutuan dari segi promosi pelancongan,” tegas beliau.
“Risalah di Sarawak tidak diedarkan secara meluas kepada badan-badan pelancongan asing. Tapak Warisan Dunia Mulu di utara negeri ini mempunyai gua yang terbesar di dunia. Miri adalah merupakan pintu masuk ke tapak warisan ini. “
Lau adalah pemaju projek perumahan komersial pertama di utara Sarawak dan juga pemilik Meritz Hotel Miri.
Pada masa ini beliau terlibat dengan pembinaan sebuah taman tema air benilai RM 400 juta berhampiran dengan sempadan Sarawak-Brunei, 35km dari utara Miri.
No comments:
Post a Comment