Shahbudin Husin
Tidak
ramai yang memperkatakan intipati ucapan Najib di perasmian
Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Semuanya sudah dijangka. Serangannya
kepada pembangkang, kecamannya terhadap Anwar Ibrahim, keyakinannya UMNO
sudah pulih dan keghairahannya mahu mempertahankan Putrajaya dengan
apa cara sekali pun bukanlah sesuatu yang pelik.
Ia sudah banyak kali
diperkatakan Najib sebelum ini. Penegasannya kali ini hanyalah
merupakan ulangan skrip lama yang dikitar semula.
Apa
yang lebih banyak diperkatakan ialah kenapa Najib terlalu banyak
terjerit dan terlolong di atas pentas kali ini. Tidak seperti
sebelumnya, kali ini bermula di awal ucapannya lagi beliau beliau sudah
menjerit-jerit dan meninggikan suaranya seolah-olah sistem pembesar
suara di Bangunan UMNO itu tidak cukup canggih untuk melantunkan
suaranya.
Baik di
dalam Dewan Merdeka mahu pun di persekitaran PWTC, perwakilan dan
pemerhati rata-ratanya kehairanan serta tidak henti-henti memperkatakan
kenapakah Najib terlalu banyak menjerit-jerit kali ini.
Apakah isu
Scorpene dan pengakuan Deepak yang mengaitkannya dengan rasuah telah
menjadikan kepalanya terlalu semak sehingga menjadi mamai dan tidak
sedar atas perlakuannya yang terlihat “over” itu.
Rakyat
yang menonton ucapannya melalui tv juga ramai yang meluahkan kehairanan
yang sama seolah-olah ada hantu dan polong yang telah merasuk
pemikirannya di perhimpunan ini.
Jika ada
sistem pemberian markah dan komen juri seperti Akademi Fantasia, ucapan
Najib kali ini tentunya menerima kritikan paling tajam serta markah
paling kurang.
Sebagai
Perdana Menteri, ramai yang merasakan Najib harus membawa perwatakan
dirinya yang sebenar ketika berada di atas pentas. Dia tidak perlu
meniru gaya Anwar Ibrahim yang hebat aura dan getar suaranya yang
bergema ketika menjerit di atas pentas. Anwar memang semulajadi begitu,
mempunyai kelebihan yang dianugerahkan Tuhan dalam berpidato.
Jika Najib
cuba meniru gaya Anwar dalam berucap meskipun dalam masa yang sama
mengecam dan menghentam Ketua Pembangkang itu, ia adalah suatu
kesilapan besar yang telah dilakukan Najib. Ini kerana sudah pasti
beliau tewas jika ingin berlawan kehebatan berpidato dan menjerit dengan
Anwar.
Anwar jika
menjerit dan meninggikan suara ketika berucap, auranya terserlah dan
intonasi serta getar suaranya penuh meyakinkan. Ia berbeza dengan
Najib, jeritannya sumbang dan tidak sedap didengar. Jeritan suara Najib
tidak menaikkan semangat, sebaliknya ada yang gelihati dan kesian
dengannya.
Najib
seharusnya mencontohi Mahathir, Pak Lah dan Muhyiddin yang tampil
diatas pentas dengan gaya sendiri dan tidak meniru-niru gaya orang lain
ketika berucap. Mahathir dari dulu sampai sekarang kekal dengan gayanya
yang sama ketika berucap. Begitu juga Pak Lah dan Muhyiddin. Ini
menjadikan gaya dan stail mereka itu tidak pernah dipertikai dan
diperkatakan kerana sejak dulu itulah gaya mereka ketika berucap di atas
pentas.
Keghairahan Najib untuk meniru dan berlawan berpidato dengan Anwar bukan saja perbuatan sia-sia tetapi juga menggambarkan ketakutannya yang melampau terhadap Anwar. Najib seolah-olah beranggapan hanya dengan kemampuan menjerit lebih kuat daripada Anwar, Pakatan Rakyat dapat ditewaskan dan hasrat Anwar menggapai Putrajaya dapat digagalkan.
Keghairahan Najib untuk meniru dan berlawan berpidato dengan Anwar bukan saja perbuatan sia-sia tetapi juga menggambarkan ketakutannya yang melampau terhadap Anwar. Najib seolah-olah beranggapan hanya dengan kemampuan menjerit lebih kuat daripada Anwar, Pakatan Rakyat dapat ditewaskan dan hasrat Anwar menggapai Putrajaya dapat digagalkan.
Jika itu tanggapannya, Najib ternyata silap perkiraan sekali lagi.
Kalau pun
beliau ingin berlawan suara siapa yang paling kuat dan jeritan siapa
yang paling bergema, beliau sepatutnya menunjukkan keberanian untuk
menyahut cabaran Anwar untuk berdebat terlebih dahulu.
Sikap
Najib yang terlalu banyak menjerit-jerit juga menyebabkan fokus
perwakilan dan pemerhati terhadap intipati ucapannya tenggelam
sama-sekali. Ramai yang tidak mengambil hirau apa yang diucapkannya.
Sehingga malam ini, lebih banyak yang bercakap tentang gayanya yang menjerit itu berbanding kandungan ucapannya.
Sudahlah nada ucapannya sambil menjerit-jerit itu tidak sedap didengar, penampilannya pula jelas kelihatan sumbang dan tidak meyakinkan. Nampaknya aura Anwar telah menghantui Najib sejak beliau mula mengambil alih jawatan Ketua Pemuda pada tahun 1986 sehinggalah sekarang.
Sudahlah nada ucapannya sambil menjerit-jerit itu tidak sedap didengar, penampilannya pula jelas kelihatan sumbang dan tidak meyakinkan. Nampaknya aura Anwar telah menghantui Najib sejak beliau mula mengambil alih jawatan Ketua Pemuda pada tahun 1986 sehinggalah sekarang.
Sejak
1986, sebaik mengambil alih jawatan Ketua Pemuda daripada Anwar, Najib
sudah mula mahu meniru gaya Anwar berucap tetapi nampaknya sampai
menjadi Perdana Menteri pun usahanya itu tidak pernah menjadi.
Harap
selepas ini Najib kembali kepada jati dirinya yang sebenar dan tidak
menjerit-jerit lagi ketika di atas pentas. Lagi kuat jeritannya, lagi
sumbang jadinya.
Penulis
pernah menjadi wartawan
beberapa akhbar di tahun 80an dan
90an, pernah juga berkhidmat di
MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi
Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan
Usahawan, Pemuda Umno Malaysia
dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda
dan AJK Umno Bahagian Wangsa
Maju. Telah menghasilkan dua buah buku
politik bertajuk Najib PM
Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau
memiliki laman blog di
shahbudindotcom.blogspot.com