Monday, August 31, 2015

BERSIH rampas Dataran Merdeka

MSO


Anak muda Cina berselfie dengan Husam.
Himpunan Bersih 4 yang berakhir menjelang berdetingnya jam menanda 00:00 tengah malam 31 Ogos yang membawa usia kemerdekaan ke-58 tahun, tetap dikenang selamanya oleh rakyat negara ini, khasnya mereka yang menyertainya. Himpunan raksasa rakyat itu berlangsung dua hari bermula Sabtu kelmarin.

Himpunan perdana yang berlatarkan warna kedaulatan rakyat itu (kuning) juga akan ditafsir dengan berbagai tafsiran. Ia akan diterjemahkan dengan seribu makna dan erti tersendiri. Dalam terjemahan itu sudah tentu ia subjektif, pro dan kontra. Tetapi mereka yang hadir, yang melihat dengan mata lendir sendiri dan merasai getar kehangatan dan keharmonian himpunan itu, mempunyai pengertian berbeza di antara yang hadir dengan yang tidak hadir.

Mohamad Sabu mengiman solat Maghrib.
Mereka yang tidak hadir, atau berada di luar himpunan sepertilah orang buta yang mendengar cerita gajah tentang himpunan itu. Mereka akan membuat berbagai tafsiran dan andaian setiap kata-kata mengenai gajah itu mengikut kapasiti minda masing-masing. Apa lagi yang pesimis dengan himpunan itu akan menganggap bahawa "gajah" itu empat segi atau seperti kepala keretapi logomotif.

Giliran Salahuddin pula berselfie.
Demikian khlifanya orang yang enggan melihat dengan panca indera sendiri dan hanya memerhati dari jauh atau mendengar ocehan media-media PB.

Saya mengatakan sejarah, kerana Bersih 4 membawa ciri-ciri dan mengandungi maknawi dan sir tertentu yang khusus. Ada beberapa signifiken daripada himpunan selama 34 jam itu. Ia amat berbeza sekali dengan tiga himpunan Bersih, 1, 2 dan 3 sebelum ini.

Mahathir juga hadir, membalas lambaian kepadanya.
Kandatipun matlamatnya tetap sama untuk menuntut pilihan raya dan demokrasi adil dan bersih ke arah terbentuknya kerajaan yang telus di negara ini. Perlu difahami himpunan itu adalah kesenimbungan kepada Bersih terdahulu. Ia diadakan kerana menuntut terlaksana beberapa tuntutan yang masih tidak terpenuhi oleh pemerintah.

Dan himpunan Bersih 4 bagi saya paling gemilang dan berjaya. Kejayaan simboliknya dengan terampasnya Dataran Merdeka yang dijadikan tapak meraikan sambutan detik 12:00 tengah malam 31 Ogos.

Apabila pihak penganjur acara tahunan itu memindakan sambutan ke Bukit Jalil, atas alasan keselamatan atau apa, ia menunjukkan Dataran Merdeka sudah ditakluki peserta Bersih. Dalam erti kata lain pemerintah mengaku kalah untuk tidak bertewas kekuatan dengan himpunan Bersih itu.

Bersih 4, tidak akan tertitik nokhtah menjelang tengah malam malam tadi. Ia akan tetap bersambung dan muncul apabila diperlukan. Peserta Bersih akan pulang ke kampung halaman, tetapi mereka tetap akan datang kembali bila dikerah dan dipanggil tanpa dipunggah.

Syed Azman, Salahudin bersama Abd Aziz Kadir.
Atau apabila ada sesuatu yang menekan dan membelenggu kehidupan mereka, mereka akan akan berunga-runga untuk berhimpun bagi menempikkan harapan mereka yang belum terpenuhi.

Banner wajah Anwar jadi semangat himpunan.
Perlu difahami himpunan kelmarin dan semalam bukan semata-mata untuk menjatuhkan Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia. Mereka beranggapan begitu adalah mereka yang besar prejudisnya dan satu provokasi murahan dan mereka yang bankrup idea untuk memburukkan Bersih.

Bersih akan menuntut semua penyangak berundur atau digiring ke penjara tanpa mengiranya siapa. Seandainya kerajaan akan datang ditunggaki oleh Pakatan Rakyat dan pemimpinnya mengulangi perbuatan Najib, maka Bersih akan berhimpun mendesak mereka berundur.

Walaupun hujan turun mereka tidak berganjak.
Bersih adalah parlimen rakyat untuk menyampaikan notis usul tergembar mereka dari masa ke semasa.

Berbalik kepada kehebatan dan keistimewaan Bersih 4 tadi, ianya membawa beberapa kesimpulan atau natijah mengejutkan khasnya Najib Razak. Biarlah saya tidak mahu menurunkan angka, jumlah yang hadir disini, tetapi masing-masing boleh membuat ukuran dan congakan sendiri dengan penuh rasional.

Apa yang pasti 10 juta rakyat Malaysia telah mengetahui dan menyaksikan himpunan berkenaan. Mereka yang menyaksi dan menontonnya bukan sahaja, dari dalam negara tetapi diluar negara juga.

Ia disaksi dari dekat oleh rakyat negara ini yang berada di luar apabila aksi-aksi dan acara berhimpuna diadakan dibeberapa lokasi di seluruh dunia. Rakyat dalam negera ini bukan sahaja yang berkeupayaan hadir, tetapi mereka yang OKU penglihatan, pekak dan berkereta roda juga ikut mengambil bahagian. Ini menunjukkan rakyat negara ini tanpa kedudukan, status dan keadaan menyatu diri menguningkan negara demi kebebasan mutlak rakyat.

Bersih telah mengduniai. Apa yang berlaku atau pun hasil Bersih ia memberi keaiban besar kepada Najib. Najib kini tidak boleh lagi berbangga dia sebagai perdana menteri kepada sebuah negara yang aman dan damai serta kaya raya dengan komiditi minyak kerana dia sedang dipersoalkan. Dunia tahu kenapa Bersih 4 bersambung dan mendapat sambutan hangat kerana ulah Najib.

Skandal 1MDB, penyonglapan wang RM2.6 billion ke dalam akaun peribadinya, campur tangannya ke atas badan penyiasatan kerajaan kemudian diikuti dengan tindakan drastik dan dramatik memecat timbalannya Muhyiddin Yassin menjadi dunia memerhati dan membuat tafsrian bahawa Najib PM yang bermasalah. Teruk sudahlah seorang perdana menteri kalau memecat timbalannya. Bahawa kerajaan UBN yang diketuai Najib sedang dalam kekecamukkan.

Di bawah laluan LRT di Masjid Jamek penuh pepak.
Sementara keterpanggilan rakyat untuk berhimpun juga kerana tidak tahanan dengan beban ekonomi negara yang sedang merundum dimana mereka adalah pemikulnya. Dasar dan polisi percuakaian GST mengenakan 6 peratus diperkenalkan adalah punca kemarahan rakyat. Para peniaga yang kini tidak tahan dimaki hamun pengguna telah menyuarakan kemarahan mereka. Mereka sangkutkan keserabutan dan marah pelanggan ke atas bahu Najib.

Dari sudut lain.
Ekoran dan suasana itu sudah tentu di mana sahaja Najib berdiri dan minum tea dia akan di tanya; "macam mana you dan negara you?" Pertanyaan dan singgungan begitulah menjadikan Najib tidak selesa dan berkedut muka. Mungkin ia terbawa ke dalam mimpi menjadikan tidur Najib sering kali "terkaba", terkejut dan mengigau. Najib kini sangat tertekan. Wajah terbaharu beliau semasa mnghadiri pembarisan kemerdekaan tadi menjelaskan segala-galanya. Najib murung dan muram durjna.
Mereka berhimpun awaman dalam semangat tinggi.

Mengenai jumlah kehadiran himpunan itu bermacam-macam angka yang diberikan. Pihak yang pro mengatakan ia mencecah 300 ribu. Manakala pihak yang anti merendah-rendahkan kekuatannya dengan mengatakan sekitar 20 hingga 25 ribu sahaja. Saya mengambil jalan tengah dari ukuran saya sendiri jumlah himpunan Bersih 4, kira-kira 150,000 dimana ia hampir menyamai himpunan Bersih 2. Namun Bersih 4 mempunyai beberapa nilai tambah lain yang cukup menggembirakan penganjur.

Nilai tambah yang pertama ialah dengan kehadiran Dr Mahathir Mohamad. Mahathir bukan hadir sekali tetapi dua kali. Kehadiran bekas PM itu memberi suntikan semangat dan pengikhtirafan perjuangan rakyat melalui Besih, atau demostrasi selama ini.  Sebelum ini Mahathir sangat anti kepada demostrasi tetapi akhirnya dia terpaksa akur juga apabila dia gagal untuk menjatuhkan Najib secara tekanan politik. Kemunculan Mahathir itu sangat dimarahi dan dikesali oleh pimpinan Umno.

Apabila Dr Mahathir datang angka besar atau kecil tidak menjadi signifiken lagi. Kehadiran Mahathir itu akan menambah variasi sejarah kepada Bersih 4. Bukan itu sahaja, kehadiran Mahathir juga boleh dianggap menampung kelompongan yang dikosongkan oleh orang-orang Pas. Penganjur berasa mereka terbela dengan kehadiran Mahathir walaupun Pas memulau himpunan berkenaan.

Apakah boleh di sini saya menyifatkan kehebatan Dr Mahathir sama atau melebihi kehebatan mungkin puluhan ribu tambahan anggota himpunan kalau orang-orang Pas turut hadir? Orang Pas tidak hadi kerana mereka tidak diarah apabila ketua mereka tidak dijemput untuk menjadi kepala perhimpunan.

Seharusnya orang Pas dan presiden Pas itu juga insaf dan sedar kenapa penganjur tidak bersedia melantiknya sebagai ketua, mungkin kerana ulah dan sikap presiden itu yang tidak ada unjak dalam beberapa tindakannya selama ini. Atau pun kerana penganjur sudah maklum yang Pas sudah mengambil borang bernikah dengan Umno?

Hal-hal lain yang menjadikan Bersih 4 mencatat banyak kenangan dan signifiken ialah, jumlah orang-orang Cina yang ramai. Anak muda Cina sudah diajar agar bertindak menunut hak mereka. Inilah bangsa yang cerdik dan berani dalam keadaan apa sekali pun. Tetapi kehadiran itu tidak disenangi. Bahkan dianggap sebagai melampau.

Kelihatan Tian Chua memasuk menuju pentas utama.
Ada tuduhan liar mengatakan Cina menguasai himpunan itu. Benar dan saya yang berada di lapangan lebih 24 jam mengakui realiti itu. Orang Cina memenuhi himpunan itu, lokasi-lokasi himpunan itu seolah-olah kita berada di Beijing, Hong Kong atau Singapura.

Hampir 90 peratus peserta terdiri generasi muda.
Kehadiran begitu ramai anak-anak muda Cina tidak boleh dipersalahkan mereka. Apa lagi kalau mengatakan orang Cina menguasai himpunan itu, satu tanggapan yang kurang adil dan skeptikal. Kenapa keadaan berlaku demikian ialah kerana orang Melayu tidak sesensitif orang Cina. Orang Melayu lambat atau tidak prihati kepada kehidupan dan masa depannya sendiri. Orang Melayu masih leka dan terdodoi dengan lagu retorik yang didendangkan oleh bangsanya sendiri. Orang Melayu terus tertidur sampai melimpah air liur basi apabila diberi BR1M. Inilah kelas bangsa yang tamadunnya tidak masak.

Penguasaan orang Cina dalam himpunan-himpunan sebenarnya boleh diatasi sekiranya orang Melayu sedar dan tahu tanggungjawab. Sekiranya orang Melayu bijak dalam berpolitik dan membina masa depan. Tetapi kerana kedangkalan orang Melayu dalam bertindak membela nasibnya sendiri maka jadilah keadaan yang malang itu.

Seperkara lagi keistimewaan yang boleh saya sebut dalam himpunan Bersih kali ini, ialah ianya aman dari mula hingga ke akhir. Mungkin tidak ada tetesan darah yang tumpah seperti himpunan sebelum ini. Kali ini polis bertindak secara profesional. Atau pun kalau polis menggunakan pendekatan seperti selalunya ia makin memburukkan lagi keadaan. Walaupun ada amaran keras tetapi tidakan keras tidak diambil. Pengerusi Bersih Marina Chin Abdullah baharu ditahan selepas selesai himpunan.

Tentang kebaikan polis ini ada juga orang berseloka ia adalah atas kehendak Zahid Hamidi Menteri KDN. Zahid kononnya sengaja membiarkan himpunan bebas bergerak dan mengasak Najib dengan harapan Najib lekas berundur. Zahid ada keuntungan kalau Najib turun, dia boleh naik ke atas. Ada juga yang lebih nakal mengatakan, Zahid sangat suka kalau seorang lagi bosnya memegang jawatan nombor satu negara. Zahid ingin berjasa kepada semua orang.

Itu semua gurau senda yang jauh dari kebenaran tetapi ia tidak mustahil.

Dan yang ternyata himpunan Bersih itu memberi ransangan dan keyakinan kepada bekas pemimpin Pas yang dibuang dari parti itu. Boleh dikatakan semua bekas pemimpin Pas yang bergabung dalam GHB dialu-alukan oleh peserta Bersih. Setiap peserta tidak kira anak muda Melayu atau Cina akan berebut-rebut untuk bersalaman dan berselfie dengan mereka.

Himpunan Bersih itu memberi nilai tambah mahal kepada mereka. Antara pemimpin yang saya lihat sangat diberi perhatian ialah Salahuddin Ayub, Mohamad Sabu dan Husam Musa. Husam yang dalam keadaan uzur tetapi sangup turun dan menyampaikan ucapan 10 minit mendapat sambutan hangat. Kebetulan pula itulah kemunculan pertama Husam selepas beliau syahid dalam perebutan jawatan.

Bersambung ulasan kedua, kalau rajin dan ada masa

Rampas Semula Selangor - Zahid

MSTAR ONLINE
 
 
Ahmad Zahid melambaikan tangan kepada para perwakilan semasa hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Puchong, di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dekat sini Isnin. -fotoBERNAMA
 
 
 
SERDANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa pemimpin UMNO Selangor agar keluar dari zon selesa dan berkhidmat untuk rakyat, bagi merampas kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata pemimpin Umno Selangor harus melakukan perubahan sikap dan minda bagi memenangi hati dan minda pengundi.

"Kalau kita mahu menjadi kerajaan negeri Selangor semula, kita harus membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) dan Umno adalah lebih baik daripada kerajaan negeri yang sedia ada.

"Pada PRU ke-14, Umno dan BN Selangor akan semakin kukuh, diperkasakan dan memacu sokongan dan dorongan pengundi untuk mengundi semula BN dan Umno," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Puchong di Tapak Expo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini pada Isnin.

Ahmad Zahid berjanji beliau akan turun padang membantu Umno Selangor  menebus kekecewaan, sekali gus merampas kembali Selangor pada PRU ke-14.

"Walaupun saya bukan bapa angkat Umno Selangor, saya sudi turun padang membantu 22 Bahagian Umno di Selangor. Saya akan membantu memperkuatkan jentera di semua bahagian, parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk memastikan UMNO Selangor kukuh," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri mahu sokongan di peringkat akar umbi diperkukuhkan menjelang PRU ke-14, khususnya sokongan dalam kalangan pengundi Cina dan India.

Sambil memberi contoh, beliau berkata sokongan pengundi Cina di Selangor kepada calon BN pada PRU ke-13, menjunam kepada 13.4 peratus berbanding 29.8 peratus pada PRU ke-12.

"Ini disebabkan budaya berbenci-bencian yang ditanamkan pihak pembangkang terhadap Umno dan BN. Ini menyebabkan masyarakat dan pengundi terpengaruh terutamanya pengundi atas pagar.

"Saya menyatakan perkara ini secara serius sebab saya ingin menyeru pemimpin Umno Selangor mengubah sikap dan mengambil peduli pengundi di peringkat akar umbi supaya kita boleh memenangi hati dan minda pengundi.

"Tolong ubah pemikiran pengundi Cina dan India supaya mengundi BN pada pilihan raya akan datang kerana pendekatan kita lebih baik daripada kerajaan Selangor sedia ada," katanya.

Ahmad Zahid turut mengingatkan pemimpin Umno Selangor agar tidak menjadi pemimpin bermusim, sebaliknya mengambil berat ahli di peringkat akar umbi sepanjang masa.

"Jangan hanya mengambil peduli mereka di atas (pemimpin) sebaliknya yang di bawah (ahli di peringkat akar umbi) tidak diambil tahu...kalau tiada sokongan di bawah, tiada yang duduk di atas.

"Kita kena mengambil peduli pemimpin dan ahli akar umbi. Kita jangan jadi pemimpin bermusim yang hanya sibuk ketika pemilihan parti," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata adalah penting melakukan perubahan terhadap pendekatan dalam berkomunikasi dengan pengundi muda bagi meraih sokongan mereka.

"Generasi muda kini berkomunikasi secara dalam talian. Kalau kita mahu mendekatkan diri dengan golongan ini, pendekatan kita perlu diubah khususnya mereka yang bekerja di luar dan kembali mengundi pada pilihan raya," katanya.

Zahid beri amaran tindakan lepas BERSIH 4



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi memberi amaran bahawa polis boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur dan peserta BERSIH selepas perhimpunan itu.

Menegaskan polis tidak akan lepas tangan, timbalan perdana menteri itu berkata pihak berkuasa akan terus memantau termasuk tokoh di sebalik pengajuran dan meneliti ucapan mereka, lapor Utusan Malaysia hari ini.

"Saya tidak mahu lagi memberi amaran. Jangan tuduh pihak berkuasa atau kerajaan kejam kalau tindakan dikenakan terhadap mereka selepas ini.

"Kini tiada lagi amaran, sebaliknya tindakan akan diambil dengan menggunakan apa juga saluran undang-undang sama ada bawah Akta Perhimpunan Aman, Akta Hasutan, Kanun Keseksaan atau Akta Polis dan lain-lain yang boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap mereka," katanya.

Akhbar itu melaporkan Zahid berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat Umno Ipoh Timur semalam.


GHB ambil alih parti tak aktif

Adrian Wong





Gerakan Harapan Baru (GHB) mengumumkan bahawa kumpulan itu akan mengambil alih Parti Pekerja-Pekerja Malaysia dan menamakannya semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).

Ketua GHB Mohamad Sabu berkata, butiran lanjut akan diumumkan pada pelancaran rasmi pada 16 September ini.

Mohamad, ketua protem parti baru, berkata parti baru itu menjangkakan seramai 35,000 ahli menjelang pelancarannya.

Beliau menjelaskan bahawa kesukaran untuk menubuhkan parti baru maka GHB memutuskan untuk mengambil alih parti yang tak aktif.

"Pada tanggal keramat hari ini, kami, Gerakan Harapan Baru (GHB) secara rasminya mengumumkan bahawa kami telah pun memutuskan untuk muncul melalui sebuah parti politik golongan pekerja dengan mengekalkan namanya "Parti Pekerja".

"Ada pun pindaan nama serta perlembagaan parti akan kita dikemukakan kepada ROS (perdaftar pertubuhan) selepas diputuskan bersama," katanya dalam sidang media petang ini.

Parti Pekerja Malaysia ditubuhkan pada 1978 oleh Ganga Nayar, wanita pertama yang mengetuai parti politik di Malaysia. parti itu hanya menyertai satu pilihan raya umum ada 1978.

Mohamad akan mengetuai jawatankuasa penaja parti baru itu dengan bekas naib presiden PAS Salahuddyin Ayub sebagai timbalannya dan bekas anggota Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang sebagai penasihat.[Baca berita asal]

Sementara itu Bernama melaporkan HB merupakan platform bagi golongan profesional PAS yang dikatakan kecewa selepas ditolak anggota parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas.

Mat Sabu berkata, kesemua keanggotaan mereka dalam PAS secara rasminya gugur sejurus HB mengambil alih Parti Pekerja-pekerja Malaysia.

Sebelum ini, gerakan itu berhajat untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam (PPI), sebagai nama rasmi parti politiknya, namun RoS menolak permohonan itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, yang juga menteri dalam negeri, sebelum ini dilaporkan berkata bahawa permohonan itu ditolak kerana Islam adalah hak untuk semua orang yang beragama Islam dan penggunaan nama itu pada parti politik boleh menyebabkan kekeliruan.

Pada sidang media sama, Mat Sabu turut mengumumkan jawatankuasa Amanah, yang diketuai beliau sebagai pengerusinya, Ahmad Awang sebagai penasihat umum, bekas naib presiden PAS Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi, anggota Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai naib pengerusi, anggota Parlimen Kota Raja Dr Mariah Ahmad sebagai ketua wanita, dan Mohd Sany Hamzan sebagai ketua pemuda.

Selain itu, turut dilantik dalam jawatankuasa itu ialah Mohd Anuar Mohd Tahir sebagai setiausaha agung, Asmuwi Ani sebagai bendahari agung dan bekas ketua pemuda PAS Suhaizan Kaiat sebagai setiausaha organisasi.

Sementara itu, antara bekas pemimpin PAS yang tersenarai sebagai anggota jawatankuasa Amanah ialah anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Md Ramli, anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, anggota Parlimen Sepang Mohd Hanifa Maidin, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin, dan Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Kedah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Mat Sabu berkata, pihaknya menjangkakan seramai 35,000 anggota akan didaftarkan menjelang pelancaran rasmi parti itu pada September depan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan menunggu kelulusan RoS sebelum mula membincangkan dengan DAP dan PKR tentang penubuhan Pakatan Rakyat 2.0.

Selain itu, mereka juga akan melihat perkembangan terkini mengenai situasi di Sarawak sebelum memutuskan untuk bertanding atau tidak dalam pilihan raya negeri yang dijangka dalam masa terdekat.

Tambahnya, buat masa ini, Amanah akan mengadakan kerjasama politik dengan kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan yang masing-masing dipimpin DAP, PKR dan PAS.

Penganjur dakwa 500,000 hadiri BERSIH 4

Shakira Buang  





Perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung di Dataran Merdeka selama 34 jam yang berakhir tengah malam tadi mencatatkan kehadiran kira-kira 500,000 orang, dakwa penganjur.

"Keseluruhan peserta yang hadir ke perhimpunan BERSIH 4 selama 34 jam ini dianggarkan seramai 500,000 orang," kata Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara petang ini, Maria berkata pihaknya sedia mempertimbangkan kemungkinan untuk mengadakan BERSIH 5 jika dua mesej utamanya itu tidak akan menjadi realiti.

"Kami akan mempertimbangkan penganjuran Bersih 5," katanya Maria sambil menyifatkan perhimpunan dua hari itu berjaya.

"Hari ini kita ulang lagi tuntutan kita sehingga kita dapat mencapainya. Kita bukan hanya hendak perdana menteri berundur, tapi kita hendak reformasi institusi," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Maria mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk NGO, pemimpin parti politik dan kumpulan BangsArt yang turut menghiburkan peserta dalam perhimpun itu malam tadi.

Dataran Merdeka bertukar menjadi lautan kuning ketika Bersih 4 memasuki jam terakhirnya malam tadi.
Jalan di sekitar dataran bersejarah itu penuh padat apabila ramai peserta tiba pada saat penghujung acara.

Khalayak turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan di pentas utama malah orang ramai turut melaungkan "Bersih, Bersih" dan mencipta suasana meriah dengan bunyi tiupan vuvuzela memenuhi ruang udara.

Pada awal malam, beberapa speaker menyampaikan ucapan di depan peserta di beberapa lokasi, termasuk di Jalan Tun Perak dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.


Belon kuning dilepas dalam acara Najib

Anne Muhammad 





Tujuh belon kuning dilepaskan oleh seorang individu di pusat membeli belah Pavilion sewaktu acara yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor.

Belon yang dilepaskan dari tingkat lima itu menarik perhatian umum apabila ia dilepaskan ketika Najib menonton persembahan tarian ketika pembukaan DiverseCity 2015: Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur, petang ini.

Namun begitu, belon tersebut berlegar-legar di udara sebelum jatuh di belakang pentas utama dan kemudiannya disimpan oleh pasukan keselamatan pusat membeli belah itu.

Sekitar 200 pengunjung terkejut apabila melihat belon itu, ada di antara mereka yang merakamkan kejadian tersebut dan ada juga menuding jari ke tingkat atas.

Belon yang antaranya tertulis perkataan "Democracy", "Justice", "Free Media" itu kemudiannya dipecahkan oleh beberapa pengawal keselamatan yang berada di tingkat bawah.

Manakala seorang polis bantuan lagi pula, terus ke tingkat lima untuk menjejaki individu yang melepaskan belon berkenaan.

Najib dan Rosmah tidak menunjukkan sebarang reaksi kerana tidak menyedari insiden itu berlaku.

Sebelum belon kuning itu dilepaskan, kedua-duanya meluangkan masa meneliti pameran lukisan yang diadakan di ruang legar tingkat bawah pusat membeli belah itu.

Najib yang juga menteri kewangan tidak memberi sebarang ucapan atau mengadakan sidang media.

Najib dan Rosmah meluangkan masa selama satu jam di majlis itu terus meninggalkan pusat membeli belah itu sambil diiringi pegawainya.

Ratusan ribu rakyat menyertai perhimpunan BERSIH 4 yang berlangsung selama 34 jam di Dataran Merdeka pada Sabtu dan Ahad.

Beliau mendesak supaya Najib melepaskan jawatannya ekoran pelbagai masalah yang dihadapi negara bawah pentadirannya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib meluangkan masa selama beberapa minit menyaksikan pameran lukisan oleh Soon Hoe, pelukis kontemporari Malaysia yang berpangkalan di Melbourne.

Terdahulu, pengarah festival berkenaan Datin Sunita Rajakumar dalam ucapan perasmiannya berkata festival itu merupakan program persembahan dan seni visual yang menampilkan kepelbagaian Malaysia yang kompleks.

Sunita berkata festival itu akan menampilkan persembahan seperti tarian, komedi, kesusasteraan serta seni visual dan setiap genre dipilih dan dihasilkan adalah daripada pengamal yang terkemuka.

Najib dan Rosmah serta pengunjung pusat beli-belah itu, kemudian dihiburkan dengan tayangan video, persembahan tarian, deklamasi sajak serta persembahan dikir barat dan gendang.


Sabaruddin Chik pertahan tindakan Dr M

Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
 
 
SHAH ALAM - Veteran Umno, Tan Sri Sabaruddin Chik yakin bahawa tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai perhimpunan Bersih 4.0 bukan kerana menyokongnya.
 
Sebaliknya kata Sabaruddin, tindakan Dr M itu turun padang bersama rakyat adalah kerana tidak tahan dengan sikap Datuk Seri Najib Tun Razak yang enggan berundur dari jawatannya.
 
"Saya yakin dia tak tahan sangat tengok keadaan ini...dia bukan sokong Bersih, dia menyokong supaya itu (Najib letak jawatan).
 
"Saya fikir dia bukan satu orang yang menentang Umno dan Melayu, saya pasti dia menentang keadaan sekarang," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
 
Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu kelihatan berada di sekitar Dataran Merdeka ketika perhimpunan Bersih 4.0 berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu.
 
 
Kehadiran kelibatnya itu menimbulkan pelbagai persoalan khususnya di kalangan pemimpin Umno dan BN, tidak kurang juga yang mengkritik tindakannya itu.
 
Dalam pada itu, Sabaruddin selaku bekas Setiausaha Agung Umno berkata lagi, rakyat kini semakin berani menyatakan pendirian secara terbuka mendesak Najib berundur secara terbuka.
 
"Dulu tak ada macam ini (Bersih 4.0), dulu tak ada (1Malaysia Development Berhad) 1MDB, sekarang ini, mereka tidak suka dengan keadaan sekarang, itu agaknya mengapa maka usaha secara lain telah dibuat, tiada (tindakan).
 
"Saya kira mereka kali ini nampak mereka menyatakan (bantahan) dengan terang meminta PM berundur," katanya lagi.
 
 

Reaksi Najib terhadap Bersih 4 ‘menyedihkan’, kata jurucakap G25




Tindakan perdana menteri terhadap peserta Bersih 4 amat menyedihkan, kata jurucakap kumpulan tokoh Melayu (G25) Datuk Noor Farida Ariffin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Ogos, 2015.Tindakan perdana menteri terhadap peserta Bersih 4 amat menyedihkan, kata jurucakap kumpulan tokoh Melayu (G25) Datuk Noor Farida Ariffin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengetepikan peserta perhimpunan Bersih 4 malam tadi menyedihkan dan menunjukkan beliau dalam keadaan penafian terhadap sejauh mana rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengannya, kata bekas diplomat Datuk Noor Farida Ariffin.

Jurucakap kumpulan tokoh Melayu (G25) itu berkata, rakyat Malaysia berpadu tenaga pada hujung minggu lalu menuntut jawapan daripada kerajaan, dan beliau sepatutnya mendengar suara mereka, bukan sebaliknya melabelkan mereka sebagai "berfikiran cetek".
 
"Ia benar-benar menyedihkan. Jika mereka bijak, mereka akan mendengar kata-kata rakyat.

"Tetapi sebaliknya, mereka berada dalam keadaan penafian dan menuduh kita macam-macam," kata Farida, yang juga menghadiri perhimpunan itu atas kapasiti peribadinya. 
 
 "Beliau membuat ucapan yang begitu bertentangan dengan fakta yang berlaku di peringkat bawahan. Mereka betul-betul menafikan realiti.
 
"Jika saya jadi beliau, saya akan mendengar suara rakyat dan benar-benar melakukan sesuatu untuk menerima dan memulakan perubahan yang dituntut rakyat,” katanya.
 
Dalam perutusan Hari Kebangsaaannya malam tadi, Najib berkata perhimpunan itu sungguh tidak wajar, mempamerkan kecetekan minda dan miskin semangat kebangsaan.
 
Beliau berkata kerajaan menolak sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang mengganggu ketenteraman awam, sambil menambah ia tidak mencerminkan kematangan.
 
Tetapi Farida hari ini berkata, daripada menghina penunjuk perasaan, Najib dan pentadbirannya sepatutnya bersyukur kerana ribuan orang yang berkumpul berhampiran Dataran Merdeka itu dalam keadaan aman.
 
Beliau berkata hari ini, perhimpunan itu membuktikan rakyat Malaysia tidak berminat menggulingkan kerajaan melalui keganasan, tetapi semata-mata menyuarakan pandangan mereka.
 
Farida berkata laporan yang mendakwa peserta Melayu sangat sedikit yang menyertainya adalah tidak benar, walaupun mengakui golongan Cina menjadi peserta majoriti perhimpunan.
 
"Terdapat lebih ramai Cina berbanding Melayu, ya, tetapi tidak benar yang tiada langsung orang Melayu.
 
"Mereka datang beramai-ramai. Ada makcik, pakcik, anak muda. Saya ambil gambar dengan gadis Melayu bertudung," katanya.
 
Beliau berkata, ketiadaan Melayu luar bandar tidak boleh ditafsirkan sebagai tanda kumpulan etnik terbesar di negara ini menyokong Najib.
 
"Melayu luar bandar tidak dapat hadir kerana mereka tidak mampu. Semasa perhimpunan sebelum ini, PAS terlibat, bas disediakan untuk membawa mereka ke bandar.
 
"Mereka tidak mampu menanggung kos perjalanan ke Kuala Lumpur, penginapan. Ia tidak bermakna mereka bersikap tidak apati atau tidak peduli," kata Farida.
 
Katanya, beliau gembira dengan perhimpunan itu dan kawalan pihak polis, dan menganggapnya satu kejayaan.
 
"Apa yang begitu menakjubkan ialah orang ramai berkelakuan baik dan dalam mood baik. Kehadiran polis sangat sedikit.
 
"Walaupun matahari panas membakar, orang tidak hilang sabar. Mereka bersorak, suasananya seperti berpesta – ia lebih seperti karnival.
 
"Ramai daripada kita tidak dapat mendengar apa yang diucapkan, tetapi tetap bersorak," kata Farida sambil ketawa.
 
Ditanya sama ada kehadiran beliau pada perhimpunan tersebut bermakna G25 juga mahu Najib meletakkan jawatan, Farida berkata beliau dan beberapa ahli kumpulan pergi ke sana atas kapasiti peribadi.
 
Katanya, beliau berada di sana untuk menuntut jawapan daripada kerajaan berhubung keadaan negara dan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
 
"Kita mahu jawapan. Kami tidak berpuas hati dengan rasuah endemik pesat, yang didakwa pemimpin kita.
 
"Kami sudah bosan dengan kehilangan keyakinan terhadap ringgit, apa yang berlaku dengan ekonomi, kita bimbang tentang 1MDB,” katanya.
 
Perhimpunan selama 2 hari yang berakhir malam tadi bukan saja menuntut Najib berundur tetapi juga untuk reformasi institusi.


Selepas Bersih 4, Dr Mahathir tidak kelihatan pada sambutan Merdeka



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kanan), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (ke-2 dari kanan), Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak (ke-3 dari kanan) dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (ke-2 dari kiri) pada majlis sambutan Hari Kebangsaan ke-58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini. Kelibat Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kelihatan walaupun menerima jemputan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Ogos, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kanan), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (ke-2 dari kanan), Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak (ke-3 dari kanan) dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (ke-2 dari kiri) pada majlis sambutan Hari Kebangsaan ke-58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini. Kelibat Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kelihatan walaupun menerima jemputan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim.
 
 
Dalam kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka yang dihadiri ribuan rakyat hari ini, kelibat mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kelihatan bersama barisan tetamu kehormat di pentas utama.

Selain anggota Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Yang Dipertuan Agong, hanya bekas perdana menteri keempat Tun Abdullah Ahmad Badawi dilihat berkongsi pentas bersama mereka.
 
"Ya, beliau tidak hadir," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak kepada The Malaysian Insider apabila diminta mengesahkan perkara itu.

Katanya, Dr Mahathir dijemput sebelum ini tetapi memberi jawapan tidak dapat hadir ke sambutan Hari Kemerdekaan itu,
 
Antara menteri yang hadir adalah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Datuk Seri S Subramaniam dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada hujung minggu yang baru berlalu, Dr Mahathir hadir 2 kali pada perhimpunan 34 jam Bersih 4 yang diadakan di sekitar kawasan Dataran Merdeka – sekitar 20 minit pada Sabtu dan lebih lama semalam.
 
Salleh yang semalam melahirkan kekecewaan terhadap tindakan bekas perdana menteri itu, hari ini berkata, Umno perlu mengambil tindakan sewajarnya di atas kehadiran Dr Mahathir buat kali ke-2 ke perhimpunan Bersih 4 semalam.
 
"(Kehadiran Dr Mahathir) satu perubahan yang besar, kerana beliau satu ketika dahulu tidak menyokong demonstrasi.
 
"Umno perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap beliau," katanya yang semalam berkata beliau menyerahkan kepada kepimpinan Umno sekiranya mahu mengambil tindakan tatatertib terhadap Dr Mahathir.
 
Pada Ahad, beliau mengadakan sidang media, mengatakan beliau menyertai perhimpunan itu kerana demonstrasi satu-satunya cara untuk menurunkan Najib.
 
Mengulas perkara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Dr Mahathir bertindak di luar batasan apabila menghadirkan diri pada himpunan Bersih itu.

Bercakap kepada wartawan selepas berakhirnya sambutan Hari Kebangsaan, Salleh melahirkan kesyukuran majlis hari ini berjalan lancar seperti dirancang.

"Nampaknya para peserta dan hadirin begitu semangat sekali sama-sama meraikan hari yang bahagia ini. Walaupun ada perhimpunan Bersih (semalam), Alhamdulillah tiada kekecohan berlaku," katanya.

Seawal 7 pagi, ribuan rakyat termasuk pelancong asing membanjiri Dataran Merdeka.

Acara sambutan dimulakan dengan acara “Derap Seragam”, iaitu persembahan terbaharu oleh 900 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disusuli persembahan serentak bersama-sama pelajar dengan melakukan kawad berirama.

Pengunjung turut disajikan dengan perbarisan kontinjen pembawa Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri oleh para pelatih Institut Kemahiran Belia Negara, disusuli kontinjen Eksplorasi Sehati Sejiwa.

Kontinjen eksplorasi dipelopori Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan gabungan sektor kerajaan, badan bukan kerajaan dan sektor korporat menjelajah ke seluruh negara dengan membawa gelombang semangat patriotisme 'Sehati Sejiwa' untuk rakyat.
 
Selain itu, pelbagai maskot daripada animasi terbitan syarikat-syarikat animasi tempatan antaranya Upin dan Ipin dan BoboiBoy yang menyertai kontinjen animasi, diikuti beberapa kontinjen lain.
 
Turut menjadi perhatian perarakan aset daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang digunakan untuk mengawal lalu lintas, kenderaan pengiring orang kenamaan dan rondaan.


Bersih 4 berjaya tetapi sukar lobi ahli Parlimen BN, kata Maria



Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Ogos, 2015.Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Penganjur demonstrasi Bersih 4 berkata sukar untuk mereka melobi ahli Parlimen melaksanakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila Parlimen bersidang Oktober depan meskipun demonstrasi yang berakhir malam tadi berjaya dilaksanakan.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya menganggarkan sekitar 500,000 peserta menyertai demonstrasi tersebut dan sasaran seterusnya adalah untuk pilihan raya umum dilaksanakan antara tempoh 12 hingga 18 bulan lagi.
 
"Kami perlu bekerja keras untuk melobi ahli Parlimen," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga bersedia ditangkap dan kini sedang "menantikan" tindakan pihak berkuasa. "Pasukan guaman kami bersedia," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
 
Maria berkata, Bersih 4 sudah berjaya menerima kutipan derma daripada orang ramai sebanyak RM2.45 juta.


Najib lebih berbahaya daripada DAP-Zam

 
Zam mendakwa Dr Mahathir tidak bimbangkan kebangkitan parti DAP tetapi khuatir kerana Najib lebih berbahaya dari parti itu


Zainuddin-Maidin_mahathir_bersih_600


PETALING JAYA: Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke demonstrasi Bersih 4.0 menunjukkan beliau tidak memilih bangsa untuk bersama rakyat yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurut bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas Perdana Menteri telah bertindak berani untuk bersama penunjuk perasaan yang kebanyakannya bukan Melayu.

“Apa ruginya Tun di himpunan BERSIH kecuali yang fikir akan bangsatkan diri sendiri. Beranikah Kit
Siang di tengah Melayu yang marah,” tulisnya bagi menjawab kutukan pihak tertentu terhadap Dr Mahathir.

Tulisnya lagi, kehadiran itu membuktikan bahawa Dr Mahathir tidak bimbangkan kebangkitan parti DAP tetapi khuatir dengan Najib yang dianggapnya lebih berbahaya daripada parti itu.

“Kepada ribuan peserta BERSIH Tun tegaskan dia mahu BN kekal tapi hanya mahu Najib undur. Dia tidak sokong Bersih.

“Kenapa Tun hadir di himpunan Bersih Cina? Kerana Tun fikir Najib lebih bahaya dr Dap. Tidakkah ini juga yg difikiran oleh orang Melayu?

“Jelas tujuan Tun in whatever cause Najib must go. Itu sebab utama dia hadir di BERSIH. Dia mahu Najib pergi kerana dia sayangkan Umno,” katanya.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu itu turut kesal dengan akhbar milikan UMNO, Utusan Malaysia yang menyatakan Mahathir hadir ke demonstrasi Bersih 4.0 adalah kerana menyokong tindakan rakyat.

Namun, akhbar itu tidak menjelaskan tujuan utama Mahathir datang ke acara tersebut adalah untuk menyokong rakyat yang mahu Najib segera berundur.

Bantahan Bersih 4.0 kerja bodoh-anak Zahid Hamidi

Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Nurulhidayah Ahmad Zahid turut menggunakan bahasa kasar untuk meluahkan pandangannya


Nurulhidayah-Ahmad-Zahid_cmmt_600_1


PETALING JAYA: Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan peserta yang menyertai demonstrasi Bersih 4.0 sebagai kerja bodoh.

Bukan setakat itu, dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Nurulhidayah Ahmad Zahid turut menggunakan bahasa kasar untuk meluahkan pandangannya.

“Nak sangat pertahankan NEGARA konon? Pergi masuk Askar la. Jaga sempadan. Pegi Ops Pasir.. segala mak bapak Ops korang bole rasa,” katanya di Facebook.

Dalam status yang dikongsinya, Nurulhidayah mendakwa satu ketika dahulu dia pernah melakukan tindakan serupa.

“Time tu aku suruh Tun Mahathir turun. Aku percaya ramai yang mcm tu dulu. Tapi zaman sekarang dah tak releven babe kat atas jalan ni! Negara luar tu dok perhati jer nak Malaysia ni huru hara,” jelasnya lagi

Selepas tamatnya Bersih 4, apa pula sekarang?



Oleh Mike Tan

 
BERSIH 4: Selepas dua hari yang sibuk dan padat, Bersih 4 akhirnya tamat. Secara kebetulan, hari ini adalah ulangtahun kemerdekaan, dan perarakan rasmi sedang berjalan.

Namun ramai rakyat Malaysia mengadakan sambutan mereka sendiri semalam dengan menyertai Bersih 4. Pemandangan kuning tersebar di sepanjang Jalan Tun Perak dan kawasan sekitar Dataran Merdeka.

Ada ucapan berapi, sesi debat dan diskusi, dan malah konsert jalanan spontan. Tetapi yang paling penting, rakyat biasa hadir beramai-ramai dan bergaul sesama mereka, saling menyuarakan pandangan dan pendapat.

Dan mereka beramai-ramai menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita.

Merentasi Laut China Selatan, warga Sarawak dan Sabah juga bersama-sama dan menganjurkan perhimpunan sebagai sebahagian daripada inisiatif Bersih 4. Warga Sarawak berhimpung di ibu negeri mereka, Kuching dan ia berjalan lancar tanpa masalah. Mereka melakukannya dengan begitu baik sehigga membuat keputusan menamatkannya sehari lebih awal!

Malangnya di Sabah, perhimpunan di Kota Kinabalu untuk hari kedua terpaksa dibatalkan selepas polis menyekat laluan masuk ke tempat perhimpunan. Selepas berbincang dengan polis, pengerusi Bersih Sabah Jannie Lasimbang menamatkan program Bersih 4 KK.

Di Seluruh dunia, rakyat Malaysia turut mengadakan perhimpunan di pelbagai kota, dan berkongsi gambar dan kisahnya.



Dan kini selepas ia berakhir, masanya untuk membuat penilaian.

Jadi apakah langkah kita selepas ini?

Tidak dapat dinafikan, penganjur Bersih 4 dan kumpulan yang berkaitan akan bertemu untuk membuat strategi dan merangka langkah seterusnya. Boleh jadi ada Bersih 5 pada masa hadapan.

Namun bagi rakyat biasa yang menyertai Bersih 4 – terutama mereka yang kali pertama – pengalaman dan pendedahan yang mereka dapat pasti akan membuka mata dan minda dengan idea dan pemikiran baru.

Sepanjang Bersih 4 berlangsung, mereka yang ditemui pasukan Semut Harian menyuarakan rasa bimbang terhadap negara dan keperluan untuk bertindak. Itulah sebabnya mereka memutuskan untuk bangun dan didengar.

Mereka tidak lagi merasa cukup untuk sekadar duduk di tepi, atau kekal tidak endah tentang cabaran yang dihadapi negara.

Mereka bersedia untuk mengambil tanggungjawab selaku warga Malaysia dan melakukan apa yang boleh untuk memastikan negara ini diangkat ke tahap yang baru. Mereka ada idea tentang Malaysia yang mereka mahukan – sebuah negara yang adil dan saksama, dipimpin kerajaan yang cekap dan tidak rasuah.

Apa yang belum diketahui adalah sama ada pihak berkuasa bersedia untuk melibatkan rakyat dan berganding tangan untuk mencapai ideal-ideal ini-  http://bm.theantdaily.com/

Merdeka ini milik siapa?



Oleh Arif Atan

Pagi 31 Ogos ini sekelip mata Dataran Merdeka berubah. Tiada lagi warna kuning menguasai tetapi warna-warni jadi pengganti.Bezanya 29 & 30 Ogos, masyarakat Tionghoa memenuhi, pagi ni masyarakat Melayu pula mendominasi.

Sampai bila rakyat akan menonton kartun penyelewengan dana berbilion ringgit?Sampai bila penguasa dibiar memainkan pancaragam pembodohan?

Sampai bila kita didendangkan lagu keangkuhan rejim bertopengkan patriotik?

Sampai bila makna kemerdekaan hanya dimiliki penguasa dan orang maha kaya?

Sampai bila rakyat akan terus disumbat dengan lagu propaganda bertemakan perpaduan ketika benih perkauman disemai menjadi senjata berharga penguasa?

Sampai bila rakyat membenarkan diri mereka dibohongi dengn kekuatan lembaga keselamatan yang berarak ketika segala jabatan kerajaan dipasung?

Rakyat bersorak merdeka tapi sebenarnya mengejek diri mereka yang diperhamba.

Selamat Rejim di Tampuk Kekuasaan 2015.

Pas kesal peserta Bersih pijak gambar Hadi

SINAR HARIAN


Mohd Amar Abdullah
BACHOK - Pas hari ini melahirkan rasa kesal terhadap tindakan peserta perhimpunan haram Bersih 4 yang didakwa memijak gambar Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata perkara berkenaan tidak seharusnya berlaku kerana tindakan itu dilihat telah menghina Abdul Hadi.
"Kalau betul benda itu berlaku, bukan edit (disunting) maka memang tak sepatutnya berlaku. Gambar siapa-siapapun, terlebih lagi pemimpin tak sepatutnya kita hina, itu pendirian kitalah.
"Bukan setakat pemimpin Pas, mana-mana pemimpin pun. Kita sendiri pun tak pernah pijak gambar pemimpin (lain) walaupun kita berlawan dengan Umno atau siapa (pemimpin parti) pun," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) Bachok di sini.
Mohd Amar mengulas tindakan peserta Bersih 4 yang menjadi viral di media sosial selepas didakwa memijak gambar Abdul Hadi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sementara itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata penyertaan peserta Melayu dalam perhimpunan Bersih kali ini berkurangan apabila Pas tidak terlibat secara aktif berbanding beberapa siri perhimpunan itu sebelum ini.
"Tapi pendirian Pas, kita tak arah dan tidak larang (anggota parti untuk sertai Bersih 4). Mereka (ahli parti) yang pergi atas (kapasiti) individu, bukan atas (arahan) parti," katanya.
Pas menarik diri daripada menyertai perhimpunan berkenaan selepas memutuskan hubungan dengan rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP, pada muktamar tahunan parti itu baru-baru ini. - Bernama

Harapan Baru kini parti politik ‎


Harapan Baru kini parti politik ‎
Barisan kepimpinan Parti Amanah Negara. 
KUALA LUMPUR - Gerakan Harapan Baru kini sah bergelar sebuah parti politik dengan mengambil alih Parti Pekerja.
Pengerusinya, Mohamad Sabu berkata, bagaimanapun pindaan nama dan perlembagaan parti akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum pelancaran rasminya 16 September ini.
Menurut Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, nama baru parti itu yang akan dicadangkan kepada ROS ialah Parti Amanah Negara atau Amanah.

GHB umum parti baharu hari ini



Timbalan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Salahuddin Ayub berkata, mereka masih tidak dapat memastikan nama yang akan digunakan parti baharu kerana ia hanya akan diputuskan dalam mesyuarat GHB yang berlangsung pagi ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Ogos, 2015.Timbalan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Salahuddin Ayub berkata, mereka masih tidak dapat memastikan nama yang akan digunakan parti baharu kerana ia hanya akan diputuskan dalam mesyuarat GHB yang berlangsung pagi ini. – Gambar fail The Malaysian Insider,
 
 
 
Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mengumumkan parti baharu pukul 3 petang hari ini sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada 16 September ini sempena Hari Malaysia. 
 
 "Walaupun namanya bukan parti Islam selepas permohonan itu ditolak oleh kerajaan, kami akan umumkan hari ini parti baharu kami," kata Timbalan Pengerusi GHB Salahuddin Ayub kepada The Malaysian Insider.
 
Sehingga kini, tidak dapat dipastikan apakah nama yang akan digunakan parti baharu ini kerana ia hanya akan diputuskan dalam mesyuarat GHB yang berlangsung pagi ini.

Sebelum ini, GHB memutuskan namanya adalah Parti Amanah Rakyat atau singkatannya Amanah. Mereka akan mengambil alih sebuah parti politik sedia ada namun ia bukan parti Kita setelah pemegang jawatan parti berkenaan menolaknya dengan membuat laporan polis.
 
Dua hari lepas, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penolakan permohonan untuk mendaftarkan Parti Progresif Islam.
 
Zahid berkata, ini kerana nama agama termasuk Islam tidak dibenarkan lagi digunakan kepada mana-mana parti politik kerana Islam untuk semua bukan untuk parti tertentu sahaja.
 
Berbeza dengan penubuhan parti serpihan PAS sebelum ini, Hamim dan Berjasa, parti baharu yang dirancang oleh GHB ini akan bersama pembangkang bukannya kerajaan yang memerintah negara.
 
Proses penubuhan parti baharu ini juga dilihat lebih tersusun kerana membentuk jawatankuasa melalui GHB di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak terlebih dahulu sebelum penubuhan parti.
 
GHB kini mempunyai penyelaras di semua peringkat negeri mahupun kawasan Parlimen di seluruh negara. 
 
Ia terdiri daripada pemimpin PAS sebelum ini yang sudah meletakkan jawatan.


Mengapa Bersih 4 lebih bererti di Malaysia Timur berbanding KL



Perarakan peserta Bersih 4 dari Taman Teluk Likas di Kota Kinabalu, Sabah. Penganalisis berkata, jumlah peserta yang hadir penting kerana rakyat yang paling menderita akibat ketempangan pilihan raya akhirnya bangkit mendesak perubahan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 31 Ogos, 2015.Perarakan peserta Bersih 4 dari Taman Teluk Likas di Kota Kinabalu, Sabah. Penganalisis berkata, jumlah peserta yang hadir penting kerana rakyat yang paling menderita akibat ketempangan pilihan raya akhirnya bangkit mendesak perubahan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain,
 
 
Di Malaysia Timur di mana penipuan dan salah laku pilihan raya adalah "biasa", jumlah peserta himpunan Bersih dititik beratkan walaupun jumlah mereka yang hadir di Sabah dan Sarawak adalah kecil berbanding apa disaksikan di Kuala Lumpur, kata penganjur dan penganalisis.

Jumlah mereka yang hadir penting menurut penganalisis, kerana rakyat yang paling menderita akibat ketempangan pilihan raya akhirnya bangkit mendesak perubahan.
 
5,000 peserta di Kuching atau 3,000 di Kota Kinabalu bukanlah jumlah kecil jika dibandingkan bagaimana ahli politik Barisan Nasional (BN) melayan mereka.

Menyokong perarakan yang bukan dianjurkan BN seperti Bersih 4 akan menyebabkan pengundi lebih memerlukan bantuan dan infrastruktur dari wakil rakyat BN. Malaysia Timur juga tidak pasti apakah hak asasi mereka.
 
Di Kota Kinabalu, penganjur Bersih 4 tidak mensasarkan jumlah peserta kerana mereka bimbang polis dan pihak kerajaan tempatan akan gelisah dengan populasi yang ditunjukkan.


Khairuddin minta HK siasat syarikat berkaitan Najib

 
Beliau mendakwa Najib menjadi 'signatory' terhadap empat buah syarikat serta syarikat yang dimilikki oleh Jho Low serta keluarganya 


Jho-Low,-najib,-Khairuddin-Abu-Hassan


PETALING JAYA: Satu laporan polis telah dibuat di ibu pejabat polis Hong Kong terhadap empat buah syarikat yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam laporannya, Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan meminta pihak berkuasa wilayah itu melakukan siasatan rapi terhadap syarikat yang disenaraikannya iaitu:

1) Alliance Assets International Limited
2) Cityfield Enterprises Limited
3) Bartingale International Limited
4) Wonder Quest Investments Limited

Laporan itu dibubat pada 30 Ogos 2015, jam 2 petang waktu tempatan.

Beliau mendakwa Najib menjadi ‘signatory’ terhadap empat buah syarikat berkenaan serta syarikat-syarikat yang dimilikki oleh Jho Low serta keluarganya.

“Syarikat-syarikat ini amat meragukan kerana difahamkan bahawa najib tun razak adalah ‘signatory’ nya dan di dalam akaun-akaun syarikat ini pernah mempunyai rekod simpanan sejumlah RM1.125 billion yang disimpan melalui bank CREDIT SUISSE HONG KONG BRANCH,” kata Khairuddin dalam kenyataan yang dipetik daripada Facebooknya.

Berikutan itu beliau memohon pihak pihak berkuasa Hong Kong untuk buat penyiasatan secara terperinci dan komprehensif mengenai sumber kewangan syarikat ini dan transaksi dananya.

Pada masa yang sama, Khairuddin turut membuat laporan polis ke atas syarikat-syarikat yang dimilikki oleh jho low dan ahli keluarganya iaitu:

1) Jynwell Capital (HK)
2) Jynwell Charitable Foundation
3) Strategic Resources Global (Global Limited)

Katanya lagi, satu siasatan yang teliti akan dilaksanakan pihak berkuasa Hong Kong bagi menyiasat sama ada syarikat-syarikat milik kepentingan Jo Low serta keluarganya pernah berusurusan ataupun tidak dengan syarikat 1MDB yang mencecah hutang piutang sejumlah RM42 billion setakat bulan mac 2014.

Tanpa PAS, Melayu ‘hilang’ dalam Bersih 4

QURNISHA HAMKA

 

IMG_7118
Azizuddin berpendapat, orang Melayu berbelah bahagi untuk menyertai perhimpunan itu, disebabkan ketiadaan parti Islam, PAS. - Foto TRP/ Mokhsin Zamani


KUALA LUMPUR, Ketiadaan PAS dalam perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung sejak semalam, menyaksikan lautan manusia yang membanjiri kawasan sekitar Dataran Merdeka didominasi masyarakat bukan Melayu.


Perhimpunan selama 34 jam itu kurang mendapat sambutan masyarakat Melayu, apabila majoriti peserta dilihat terdiri daripada orang Cina yang turut bermalam di sekitar Dataran Merdeka.

Menurut penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Azizuddin Mohd Sani, orang Melayu berbelah bahagi untuk menyertai perhimpunan itu, disebabkan ketiadaan parti Islam, PAS.

Beliau ketika dihubungi The Rakyat Post menjelaskan, ia dapat dilihat berdasarkan kehadiran peserta bukan Melayu yang mencatat jumlah agak ramai pada perhimpunan kali ini.

“Sebelum ini, memang kita tengok jelas bahawa PAS adalah antara mereka yang berada di barisan hadapan, dengan kewujudan unit amal mereka dan sebagainya.

“Kalau dulu, mereka selalu hantar wakil macam Dr Idris Ahmad ke, jadi bila PAS tak ada, ahli PAS juga tak ada yang turut serta, maka bukan Melayu yang ramai hadir.

“PAS walaupun telah ada yang berpecah, dan GHB (Gerakan Harapan Baru) ada datang, tapi tak ramai Melayu yang hadir. Jadi, Melayu dilihat berbelah bagi untuk sokong Bersih,” katanya sebagai mengulas keadaan di himpunan Bersih 4 kali ini.

Jelasnya lagi, kerajaan khususnya Umno perlu mula bimbang, kerana sambutan rakyat terhadap himpunan itu.

Ini jelas menunjukkan satu perubahan besar dituntut rakyat dan antara perkara lain yang perlu dirisaukan adalah mengenai sokongan bukan Melayu kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Ini satu perkara yang wajar menjadi kebimbangan Umno dan juga BN, sebab ramai bukan Melayu yang hadir sokong Bersih 4.

“BN juga harus lebih bimbang, sebab himpunan kali ini, Bersih berjaya melakukannya dengan lebih sistematik dan berkesan, bermakna mereka boleh menganjurkan program sama menggunakan kaedah sama,” katanya lagi.

Keadaan itu, tambahnya, akan memberi kesan buat Umno dan BN, memandangkan Bersih sendiri dalam himpunannya kali ini, menuntut sebuah kerajaan lebih bersih, di samping mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur.

Malah, jelas Azizuddin lagi, kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali turut memberi impak kepada kepimpinan kerajaan BN sekarang.

“Tun Mahathir datang ke Bersih, jadi ini mampu memberikan satu sokongan simpati kepada Tun oleh penyokong Bersih. Sudah pasti ini bahaya buat Umno,” ujarnya.

Himpunan kali ini dilihat memberi satu dimensi baru kepada demonstrasi aman, apabila hampir semua peserta masih belum bersurai selepas lebih lima jam berhimpun.

Kebiasaannya, peserta demonstrasi akan bertahan tidak lebih lima jam dan tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa himpunan kali ini merupakan satu kejayaan buat Bersih.

Salah seorang peserta himpunan Bersih 4, Azizan Baharom, 58, berkata rakyat adalah yang paling berkuasa untuk menentukan kedudukan sesebuah kerajaan itu.

Justeru, salah satu usaha yang dapat diterjemahkan ialah kesanggupan peserta untuk tidur di jalanan, bagi menyuarakan sokongan mereka terhadap Bersih.

“Kami tiada cara untuk menyuarakan pendapat dan diterima, kami tiada akses kepada televisyen dan sebagainya, ini saja cara kami.

“Kalau kerajaan tak mahu dengar juga suara rakyat, suara keramat, kita masih ada pilihan raya umum, PRU14 mereka (BN) akan jatuh,” katanya ketika ditemui di kawasan himpunan peserta demonstrasi Bersih 4, dekat Dataran Merdeka.

Bagi Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Langat, Thilagavathy Salvanathan, Bersih 4 kali ini merupakan satu kejayaan besar buat rakyat, kerana mereka terus kekal bersama Bersih sehingga saat-saat akhir himpunan.

Menurutnya, ini adalah respons rakyat terhadap kerajaan yang dakwanya, bertindak zalim dan menindas rakyat.

“Bersih 3 berbanding Bersih 4, ramai lagi yang hadir, sebab kezaliman dan penindasan, ramai bangkit dan rela datang untuk tunjukkan kemarahan kepada kerajaan.

“Kali ini, saya rasa dua hari datang sanggup korban tinggalkan keluarga dan tidur di sini.

“Selagi kerajaan tak ubah, memang lagi banyak dapat sambutan, sebab rakyat kecewa dengan kerajaan kini,” katanya

Malim gunung curi tumpuan Hari Kebangsaan 2015

SARAH M.KHIR
 
 
wira
Perbarisan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut mewarnai sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang berlangsung di Dataran Merdeka, hari ini. Foto FB Mindef 


KUALA LUMPUR, Seramai 40 malim gunung yang menyertai perarakan Hari Kebangsaan 2015 disambut dengan teriakan gemuruh oleh penonton di Dataran Merdeka, hari ini.


Pasukan penyelamat yang digelar ‘wira tak didendang’ bagi sumbangannya terhadap bencana gempa bumi di Sabah muncul selepas Jalur Gemilang diarak masuk.

Perarakan kontinjen bermula tepat jam 8.50 pagi dengan diketuai pasukan pembawa Jalur Gemilang dan pembawa Jalur Gemilang negeri-negeri bermotokan “Satu Suara Satu Belia, Demi Mu Oh Malaysia! Belia Terus Mara Kehadapan.

Hari Kebangsaan 2015 juga menyaksikan penyertaan kontinjen terbesar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melibatkan 60 pegawai dan 1,532 anggota.

Ia termasuk perarakan pancaragam Pusat Kor Armor Diraja, veteran ATM, pancaragam Pusat Tentera 
Udara Diraja Malaysia serta unit berkuda, Skuadron Istiadat Berkuda.

Perarakan juga turut dihiasi dengan persembahan beberapa pesawat milik Angkatan Tentera Udara Malaysia.

Antaranya adalah pesawat Agusta 109, A 400 M, C-130, F/A 18d dan 10 buah pesawat tempur Su 30 Mkn yang digerakkan secara formasi diketuai Mejar Mohd Norazan Othman.

Kontinjen penghibur dan animasi pula diwakili oleh Les Copaque dan Finas dengan membawa maskot animasi popular, Upin dan Ipin.

Kemuncak perarakan diserikan dengan persembahan Kontinjen Komponen Rakyat Bersepadu daripada pelbagai bangsa oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Permata seni tari kanak-kanak, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan lain-lain.

Majlis diumumkan tamat selepas 9,492 peserta berarak sebelum Keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tuanku Sultanah Haminah tepat jam 10.10 pagi.

Turut berangkat meninggalkan majlis adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansur serta Timbalan Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri.

Antara pemimpin kehormat lain yang turut kelihatan adalah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hari Kebangsaan 2015 yang bertemakan ‘Malaysia Sehati Sejiwa’ sebelum ini diumumkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia selaku sekretariat sambutan berkenaan.

Buat julung kalinya sambutan tahun ini tidak lagi disebut ulang tahun kali ke berapa sebaliknya hanya dikenali sebagai sambutan Hari Kebangsaan 2015.

GHB perlu teroka identiti sendiri, kata penganalisis politik

IKHWAN HAZWAN

 

youtube
Dr Maszlee Malik berkata, bagi memastikan apa yang ingin ditawarkan kepada rakyat itu bersesuaian dengan namanya iaitu Harapan Baru. Foto Youtube. 


KUALA LUMPUR, Harapan Baru (GHB) perlu meneroka identiti tersendiri dan juga tidak boleh membawa DNA Pas sekiranya benar-benar ingin menonjolkan wadah politik baru kepada rakyat.


Penganalisis politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, bagi memastikan apa yang ingin ditawarkan kepada rakyat itu bersesuaian dengan namanya iaitu Harapan Baru maka apa yang paling penting untuk dilakukan ialah menonjolkan muka dan barisan hadapan yang baru.

Menurutnya, sekiranya parti berkenaan masih mengekalkan muka atau tokoh-tokoh yang sedia ada maka tidak ada apa yang baru mengenainya melainkan sebuah parti politik serpihan daripada Pas.

“Mereka perlu melihat kepada aspek yang lebih besar serta melibatkan aktivis, ahli akademik, ahli sukan, artis, anak-anak muda dan golongan terpinggir yang ingin bersama gagasan Islam yang lebih inklusif yang mereka bawa.

“Kalau benar mereka boleh ke arah berkenaan maka benarlah parti berkenaan boleh membawa harapan baru tetapi kalau asyik nak bawa bekas pemimpin dan penyokong Pas, ia masih lagi wajah politik lama dan tidak apa yang baru mengenainya,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post, baru-baru ini.

Tambah Maszlee, GHB juga perlu belajar dan mengambil pengajaran corak tertentu dalam sejarah negara yang dilihat tidak berubah sekalipun masa kian berlalu.

Jelasnya, adalah penting bagi GHB tidak mengulangi trend dan corak yang dilakukan oleh parti serpihan Pas yang terdahulu iaitu Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dan Islah

Katanya, formula GHB perlulah lebih segar dan perlu membina kekuatan dan corak politik tersendiri bagi memastikan ia akan mendapat sokongan rakyat.

“Sebaliknya kalau dia mengulangi formula yang sama dilakukan oleh keempat-empat parti serpihan berkenaan maka sejarah yang sama akan menimpa GHB.

“Oleh itu tokoh-tokoh GHB perlu menelaah apakah yang corak dan formula yang menyebabkan keempat-empat parti terdahulu tenggelam dan akhirnya berkubur begitu sahaha.

“Sekiranya gagal maka GHB akan melengkapkan dan menambahkan lagi bilangan parti serpihan Pas yang kecundang dalam arena politik tanah air,” ujarnya.

Peserta Bersih 4.0 positif mesej sampai kepada PM

Peserta Bersih 4.0 positif mesej sampai kepada PM
Hamdan bersama isterinya, Nurhanim Mohd Taib ketika menyertai Bersih 4.0 di Dataran Merdeka, semalam.
 
 
KUALA LUMPUR - Rata-rata peserta himpunan Bersih 4.0 mengambil sikap positif bahawa segala mesej yang cuba diluahkan berjaya sampai kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Namun menurut mereka, meskipun mesejnya sampai, namun mereka tidak menolak kemungkinan himpunan Bersih 4.0 itu gagal memberi kesan kepada pemimpin nombor satu negara itu.
 
Menurut salah seorang peserta yang merupakan pesara, Hamdan Abu Hassan berkata, beliau menanti kesannya selepas himpunan itu tamat tengah malam ini.
 
"Jika melihat kedegilan Najib ini, saya rasa masih tiada kesan apa-apa. Tapi dengan 34 jam ini, mungkin akan beri kesan kepada pemerintahan Najib. Jadi, kita lihatlah selepas ini.
 
"Saya turun menyertai himpunan ini kerana sebagai rakyat, saya perlu mengambil tindakan. Jika tidak, nak harapan siapa lagi?," katanya.
 
Sementara itu, seorang mahasiswa, Mitty Yee, 20 berharap tuntutan Bersih 4.0 itu dapat dicapai.
 
"Sebab kita lihat ramai yang turun. Ia juga ke peringkat global. Dunia melihat.
 
"Jika Najib masih berdegil, jadi kita akan ada Bersih 5.0," katanya.
 
Malah beliau menegaskan penglibatannya dengan Bersih 4.0 kali ini adalah demi masa depannya sendiri. 
 
"Kerana saya mahasiswa sekarang, jika saya tidak membantah hari ini, masa depan nanti saya merana," katanya.
 
Dalam pada itu, seorang lagi peserta, John Lim, 52, juga akui agak sukar untuk tuntutan Bersih 4.0 itu dicapai.
 
"Susah sedikit tapi saya fikir ada lah peluang agar tuntutan kami itu didengar," katanya.
 
Menyentuh soal penglibatan besar kaum Cina, berbanding kaum lain, beliau melahirkan kekecewaan. 
 
"Hari ini (semalam) ada yang kata 70 hingga 80 peratus peserta adalah bangsa Cina. Betul..lebih Cina daripada Melayu. Di mana saya agak kecewa sebab Bersih sebelum ini lebih Melayu dari Cina.
 
"Kita sebagai satu negara, Melayu, Cina, India tidak boleh lakukannya tanpa antara satu sama lain. Saya harap selepas kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad, ada perubahan sedikit nanti (hari ini)," katanya yang menyertai Bersih untuk kali ketiga.
 
Manakala seorang lagi peserta, Alex Muniandy, 50 akui sedih dengan suasana merdeka tahun ini dengan pelbagai isu melanda negara.
 
"Terus terang saya sedih sebab apa yang berlaku sekarang. Saya rasa amat sukar untuk mencari makan di negara ini sekarang.
 
"Nak letak nasi atas meja untuk anak-anak kita pun sukar," katanya.
 
Tambahnya, "apa yang paling mustahak adalah buat reformasi Parlimen. Jika tidak, perkara yang sama akan berulang seperti sebelumnya."