SHAH ALAM: Ketidakbersamaan Mohamad Sabu di dalam pendirian pemimpin
nombor satu parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kemelut jawatan
Menteri Besar Selangor memperlihatkan sokongan dan pengaruh 'Anwarinas'
terhadap Timbalan Presiden PAS itu.
Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz berkata
seharusnya ahli-ahli parti Islam tersebut menghormati dan akur keputusan
yang dibuat oleh Hadi.
"Inilah kuasa kuku besi yang digunakan Anwar. Tak boleh guna saluran
ini, maka dia akan guna saluran lain. Semua orang, termasuk pimpinan PAS
mengetahu Mat Sabu adalah daripada kumpulan Anwar.
"Jika pandangan peribadi Presiden sekalipun, ia adalah pandangan
beliau, dan jika di bawa ke mesyuarat itu adalah lontaran keputusan,"
katanya ketika dihubungi Antarapos.
'Anwarinas' merujuk kepada golongan pemimpin di dalam PAS yang proksi
kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merubah struktur
kepimpinan parti Islam itu kepada liberal.
Mohamad Sabu semalam menyifatkan kenyataan Hadi mengenai kedudukan Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor adalah pandangan
peribadi dan bukan keputusan rasmi parti itu.
Beliau yang mesra dengan panggilan 'Mat Sabu' sebaliknya berkata
pendirian rasmi PAS mengenai kedudukan Khalid akan diputuskan selepas
sambutan Aidilfitri nanti.
Ia susulan tindakan Hadi yang mempertahankan Khalid kerana tidak pernah mengkhianati amanah yang diberikan rakyat terhadapnya.
Johan ketika mengulas isu yang sama kemudiannya berkata, sikap parti
Islam itu jauh lebih berbeza dengan Umno yang sentiasa mendukung dan
menghormati pendirian pucuk pimpinannya.
"Beliau Presiden, mengapa beliau membuat kenyataan jika beliau tiada jawatan.
"Memang kita punya tradisi walaupun bukan di dalam perlembagaan.
Tradisi kita begitu, apa yang pemimpin kita cakap, kita patuh dan ikut,"
ujarnya.
Sebelum ini, Anwar mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang
bermesyuarat Rabu lalu menerima cadangan PKR untuk menggantikan Abdul
Khalid dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
untuk mengisi jawatan itu.
No comments:
Post a Comment