KUALA TERENGGANU - Walaupun didesak PKR untuk menghormati
keputusan Majlis Pimpinan Pakatan baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang tetap tegas dengan pendiriannya, mahu Tan Sri
Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
Beliau tidak mahu memberi kenyataan lebih panjang, sekadar menjelaskan
kenyataan yang dibuatnya kelmarin sudah cukup untuk menggambarkan
pendiriannya itu, iaitu beliau tetap akan menyokong Abdul Khalid terus
menerajui Selangor hingga tamat penggal.
“Cukup dengan kenyataan yang dibuat. Macam (yang kata) semalam,
(pendirian saya) tak ubah. Habis setakat itu. Apa yang saya cakap
semalam (kelmarin), itulah (hakikatnya). Saya tak ubah,” katanya yang
ditemui selepas menunaikan solat Zohor di Masjid Rusila, semalam.
Sebelum ini,Abdul Haditelah menyatakan pendiriannya untuk berada di
belakang Abdul Khalid dan keputusan tersebut dibuat setelah
mengambilkira pendapat dari akar umbi PAS yang majoritinya menyokong
kepimpinan Khalid Ibrahim bagi meneruskan khidmatnya selaku Menteri
Besar.
No comments:
Post a Comment