Friday, September 30, 2011

Peguam Perancis bongkar Scorpene malam ini

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Peguam mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Joseph Breham akan bercakap mengenai kes rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene di London malam ini.

Beliau akan menerangkan mengenai perkembangan kes itu kepada masyarakat antarabangsa, berhubung siasatan terhadap komisen yang dibayar oleh pembuat kapal selam berkenaan, DCN kepada pegawai tertinggi Malaysia.


Breham merupakan anggota kepada Kumpulan Peguam Hak Asasi Antarabangsa (SIHRG) yang dilantik Suaram bagi mewakili aduan yang difailkan terhadap DCN di Paris pada awal 2010.

Beliau dijangka menyentuh mengenai pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta bernilai RM7 bilion ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.

Komisen 114 juta Euro atau RM570 juta dibayar kepada Syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, seorang kenalan rapat kepada Najib Razak.

Transaksi berkenaan mengheret pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibu- perempuan simpanan Razak dan sebelum itu dikatakan turut mempunyai skandal dengan Najib.

Altantuya dibunuh dengan kejam pada Oktober 2006 apabila mayatnya diletupkan dengan bom C4 di Puncak Alam, Shah Alam oleh dua pegawai pengiring kepada Najib yang juga anggota Unit Tindakan Khas.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi pada Julai tahun lalu berkata, tidak ada keperluan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat transaksi itu kerana ia telah diluluskan kementerian kewangan dan pembelian itu dibuat melalui prosedur pemerolehan.

Jawapan itu memaksa Suaram untuk membuat aduan di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, kabel diplomatik Amerika Syarikat mendedahkan kepada WikiLeaks senarai kenalan Najib yang memainkan peranan dalam pembelian Scorpene.

Salah seorangnya ialah proksi kepada Najib iaitu Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Lodin Wok Kamaruddin yang juga Timbalan Pengerusi Bousted Holdings Bhd. Selain LTAT, Bousted Holdings memegang 20 peratus kepentingan dalam Perimekar, melalui KS Ombak Laut Sdn Bhd.

Menurut penyata kewangan Perimekar, Lodin adalah salah seorang dari lima pengarah Perimekar, disamping isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan, Rohanan Abdullah Meili, Abdul Rani Mohd Hussin Abdullah dan Mohd Hussin Tamby, lapor Malaysia-Chronicle.

Pendedahan Guru: Umno perkuda Kementerian Pendidikan untuk ‘cuci otak’

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Regim Umno Barisan Nasional (BN) terbukti memperkudakan Kementerian Pendidikan apabila mengadakan program sesi ‘mencuci otak’ guru dengan memfitnah dan memburuk-burukkan Pakatan Rakyat, menggunakan wang rakyat.

Hal ini terbongkar apabila seorang guru mendedahkan hal itu kepada Keadilan Daily beserta bukti bergambar.

Mengikut guru berkenaan, mereka diarah guru besar ke sebuah hotel di Kuantan, Pahang walaupun mereka sedang sibuk dengan kursus KSSR Tahun 2 dan penandaan kertas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Mengikut gambar yang diemel, sesi ‘cuci otak’ dilakukan atas nama Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia: Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang.

Mengikut buku program, sesi yang berlangsung opada 28 September lalu, dijalankan Timbalan Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkashi.

Antara risalah fitnah yang disebar kepada guru

Kata guru berkenaan, guru besar datang awal sebab ada sesi cuci otak yang dijalankan Senator Mohamad Ezam Mohd Nor pada malam sebelumnya.

“Memang Kementerian Pendidikan ditunggang sepenuhnya oleh balaci (Datuk Seri) Najib (Razak). Sampai hati pergunakan duit rakyat panggil untuk sesi mengukuhkan kuasa,” katanya.

Pakatan sudah mendapat tempat di hati rakyat Selangor

KEADILAN DAILY

SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sudah mendapat tempat di hati rakyat di negeri itu yang akan menolak Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Haniza Talha.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang berkata rakyat Selangor tertekan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dan ‘tidak sabar’ menukar kerajaan negeri sekarang.


“Wanita Keadilan Selangor merasakan ia suatu kenyataan yang cuba menidakkan tahap sokongan yang semakin menjunam dan takabbur (Muhyiddin) yang amat menjengkelkan,” ujar Haniza dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya selama 51 tahun, hak rakyat dinafikan dan dirampas BN, namun selepas tiga tahun mentadbir Selangor, pelbagai perubahan telah dilakukan Pakatan Rakyat bagi menaiktaraf hidup rakyat.

Antaranya, semua rakyat di Selangor tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik menikmati bekalan air percuma 2 meter padu setiap bulan.

“Begitu juga dengan kesihatan wanita. Kerajaan Pakatan Rakyat amat prihatin dengan kesihatan dengan memperkenalkan “Skim Kesihatan Wanita” yang telah memberi manfaat kepada hampir setengah juta wanita yang telahpun menyertai skim itu,” tambah beliau.

Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSEL) dan Mikrodredit Miskin Bandar (MIMBAR) pula membantu peniaga-peniaga kecil memajukan perniagaan dengan memberi pinjaman agar mereka dapat mempertingkatkan pendapatan.


Melalui program Tabung Anak Warisan Selangor, anak-anak kelahiran Selangor memperoleh tabung simpanan sehingga mereka dewasa.

Manakala Warga emas yang telah mendaftar dalam program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diberi baucer RM100.00 setiap orang dan waris mereka menerima saguhati sebanyak RM2,500 jika berlaku kematian.

“Wanita Keadilan Selangor ingin ingatkan bahawa BN telah diberi peluang selama lebih 50 tahun untuk bantu rakyat dan bangunkan negeri Selangor, tetapi dalam tempoh masa itu, BN lupa diri dan angkuh serta abaikan kebajikan rakyat.

“Kini, Rakyat Selangor sudah mampu membuat perbandingan dan mengetahui kelebihan serta kemampuan kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya.

YDP Yadim: Muslim tentang hudud ciptaan parti gilakan kuasa


KUALA LUMPUR — Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Aziz Jamaludin Mhd Tahir berkata, masyarakat Islam hanya membantah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa memerintah, bukannya “menentang hukum hudud yang sebenar.”

“Setiap orang Islam tidak menentang hukum hudud yang sebenar, tetapi yang ditentang sekarang ialah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa untuk memerintah,” kata beliau (gambar) yang merujuk kepada usaha PAS sejak hampir dua dekad lalu.

Dalam menginterpretasikan hukum hudud, katanya, “kita sebenarnya harus memisahkan antara hukum hudud yang digariskan oleh al-Quran dan hadis, dengan hukum hudud yang digubal oleh yang mempunyai kepentingan politik semata-mata.”

Dalam perkembangan terbaru di sebalik isu kontroversi hudud yang muncul minggu lalu, PAS menegaskan, pihak yang menghalang pelaksanaan hukum hudud khususnya di Kelantan adalah Umno bukannya DAP.

PAS yang menerajui kerajaan negeri Kelantan telah menggerakkan usaha melaksanakan hudud pada 1993 - tiga tahun selepas mengambil alih pentadbiran negeri itu.

Dalam kenyataan awal pagi ini, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS mengakui DAP mempunyai pandangan berbeza dalam soal pelaksanaan hudud dan pendirian mereka dalam tidak menyokong sistem perundangan syarak.

“Akan tetapi, ini bukanlah perkara pelik kerana mereka bukan beragama Islam dan tiada tuntutan syarak ke atas mereka,” kata beliau.

“DAP berpendapat ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, di mana kes-kes jenayah mesti berada di bawah bidang kuasa mahkamah sivil, bukan di mahkamah syariah.

“Mereka juga berpendapat enakmen ini memerlukan pindaan Perlembagaan bagi menguatkuasakannya,” katanya.

Oleh itu kata Tuan Ibrahim, jelas yang menghalang ialah Perlembagaan Persekutuan yang dimomok Umno selama 54 tahun dan bukannya DAP.

Pesuruhjaya PAS Pahang ini juga berkata, Umno yang mengaku dirinya Islam dan telah diberi kuasa pemerintahan selama lebih 54 tahun sepatutnya mesti bersedia memikul tanggungjawab ini untuk menyediakan negara ke arah kesediaan untuk melaksanakan hukum Allah.

Kelmarin, Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan, Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata mesyuarat Pakatan Rakyat malam tadi memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, dasar bersama dan Buku Jingga.

Dalam tulisan di Utusan Malaysia keluaran hari ini, Aziz berkata, keadilan hukum hudud yang hendak dibawa PAS juga boleh dipertikaikan jika prosedurnya tidak adil, keterangan yang diberikan bercanggah dan penyiasatan tidak lengkap.

“Undang-undang tetap dianggap tidak adil jika cara melaksanakannya tidak dijalankan seadil-adilnya. Umpamanya dalam menjatuhkan hukuman rejam. Sebelum hukuman dijatuhkan, ia perlu diadili dengan sebaik-baiknya,” kata beliau.

Katanya, “kita menyokong niat baik mereka untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah keislaman, tidak hanya menggunakan undang-undang yang dikatakan Islam sahaja.”

Aziz berkata, untuk mencapai keadilan yang diharapkan bukanlah mudah kerana ia perlu kepada pelaksanaan yang betul. “Prosedur, keterangan-keterangan serta penyiasatan semuanya mesti betul,” katanya lagi sambil menambah, “ia bukanlah sesuatu yang boleh dilihat dengan mudah.”

“Contohnya hukum hudud seperti yang pernah dikemukakan oleh kerajaan PAS Kelantan yang dikatakan tidak dapat memberi keadilan.

“Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan dikatakan tidak mencerminkan hukum syarak yang sebenar,” katanya.

Oleh itu kata beliau, dilema yang ada ialah dari segi perundangannya.

Selain Kanun Jenayah Syariah II 1993, kata beliau, Kelantan juga mempunyai Kanun Jenayah Syariah 1985 yang memperuntukkan beberapa kesalahan sama dalam undang-undang yang lama dan baru.

Keadaan itu menurut beliau, menimbulkan kekeliruan kerana kerajaan Kelantan membenarkan kedua-dua bentuk hukuman jenayah syariah terbabit kerana kedua-duanya kekal sebagai undang-undang.

“Contohnya, adakah orang yang disabitkan dengan kesalahan dalam undang-undang pertama juga boleh dihukum berdasarkan undang-undang kedua?

“Selain itu, jika terdapat undang-undang baru, adakah undang-undang yang lama akan terbatal?” kata beliau lagi.

Dari segi perundangan juga, tambah beliau, undang-undang bagi jenis-jenis kesalahan dan bentuk hududnya sudah terkandung dalam Kanun Keseksaan. “Contohnya, melakukan pembunuhan atau kesalahan dalam melakukan kecederaan. Ia menimbulkan masalah kerana hanya satu kesalahan, tetapi terdapat dua atau tiga undang-undang bagi kesalahan sama,” katanya lagi.

Menurut Aziz, keadaan itu menimbulkan kesulitan kerana mengikut undang-undang negara, mencuri merupakan satu kesalahan.

Katanya, kerajaan Kelantan turut membuat undang-undang sama bagi kesalahan mencuri.

“Kebiasaannya, hanya satu pemakaian undang-undang bagi sesebuah negara. Persoalannya, adakah seseorang yang didakwa berdasarkan hukum hudud boleh terlepas daripada Kanun Keseksaan? Persoalan inilah yang perlu dijelaskan,” katanya lagi.

Aziz menambah, keindahan dan keistimewaan undang-undang Islam akan dapat dinikmati apabila tertib keutamaan maslahah seperti memelihara keperluan asasi, memelihara kepentingan manusia dalam keperluan sampingan dan memelihara keselesaan dan keharmonian hidup, dijadikan ukuran untuk menggubal undang-undang yang bertepatan dengan roh syariah yang menegakkan keadilan.

“Dari segi ruang lingkupnya pula, maslahah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kepentingan awam, kepentingan orang kebanyakandan kepentingan orang perseorangan.

“Keutamaan maslahah ini harus dipelihara mengikut yang sewajarnya dalam pembinaan hukum dari semasa ke semasa,” katanya.

Aziz menambah, undang-undang yang didasarkan kepada kepentingan atau maslahah yang kebelakangan, tetapi bercanggah dengan kepentingan dan maslahah yang lebih utama bukanlah undang-undang islamik kerana tidak dapat mencapai matlamat dikehendaki oleh syariat Islam.

Akta Kerja: Gabungan MTUC dakwa pindaan langgar Perlembagaan, ILO


KUALA LUMPUR — Kerajaan perlu segera menarik balik rancangan pihaknya mahu membawa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 ke Parlimen bulan depan kerana beberapa peruntukan baru bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan konvensyen Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO), tegas kesatuan gabungan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Pendirian ini dikeluarkan sehari sebelum forum khas MTUC mengenai isu itu dan tiga hari menjelang piket yang dirancang untuk diadakan di hadapan Parlimen.

Sesi Parlimen Oktober-Disember bermula Isnin ini.

“Kami mengulangi desakan kami agar kerajaan Malaysia dengan segera menarik balik Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 dan kemudian adakan perbincangan dan perundingan terbuka yang diperlukan dengan pekerja, kesatuan dan pihak-pihak lain yang berkepentingan sebelum membentangkan semula mana-mana pindaan yang disyorkan ke atas undang-undang buruh,” kata Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu, Syed Shahir Syed Mohamud dalam satu kenyataan hari ini.

Antara pindaan yang menjadi kebimbangan dan keprihatinan MTUC sekarang ialah pengenalan peruntukan berkaitan dengan sistem kontraktor tenaga kerja.

Bekas presiden MTUC ini berkata, badan induk kesatuan sekerja itu berpendirian bahawa kesemua pekerja di tempat kerja seharusnya digaji terus oleh pemilik-operator di sesebuah tempat kerja, yang menyediakan pekerjaan dan yang ada kawalan dan penyeliaan penuh ke atas tempat kerja dan pekerja masing-masing serta boleh dengan berkesan berurusan dengan pemilik-operator-majikan.

“Kewujudan tenaga kerja majikan lain yang pelbagai di satu tempat kerja yang sama sudah pasti akan melemahkan kesatuan dan kuasa dalam soal berkaitan dengan perjanjian bersama.

“Sehubungan itu, hari-hari penggajian tetap dengan majikan utama kemungkinan akan berakhir dan kita akan balik kepada era hitam (penggajian pekerja), yang pernah dilalui sebelum kemerdekaan. Justeru, sekuriti pekerjaan adalah sangat penting,” katanya lagi.

Syed Shahir juga berkata, persekitaran menggaji pekerja dari pelbagai majikan kontraktor di satu tempat kerja yang sama juga akan membawa kepada layanan yang berbeza kepada pekerja yang digunakan.

“Ini adalah diskriminasi dan akan bertentangan dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesamarataan,” kata beliau lagi.

Menurut beliau, pendekatan itu juga bertentangan dengan pendirian ILO yang menentang trend semasa beberapa majikan cuba mengelak hubungan langsung antara pekerja dan majikan.

“Malah ILO juga telah tampil dengan garis panduan untuk mengatasi usaha-usaha seperti ini.

“Sesuatu yang menyedihkan kerana Malaysia bertindak bercanggah dengan semangat ini dan sedang cuba untuk menjadikan amalan-amalan ini satu tindakan yang sahih,” katanya lagi.

Tambah beliau, negara ini ada Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 dan oleh itu, bisnes mendapatkan pekerja dan membekalkan mereka seharusnya tertakluk di bawah undang-undang itu.

Susulan perkembangan awal minggu ini, semalam The Malaysian Insider membawa laporan bahawa MTUC, yang telah mengadakan pertemuan khas dua jam dengan Kementerian Sumber Manusia pagi semalam, tetapi kekal dengan pendiriannya mahu mengadakan piket berhubung pindaan Akta Kerja, Isnin ini.

Bagaimanapun sama ada pendirian MTUC akan berubah ataupun sebaliknya akan diketahui esok selepas forum mengenai rang undang-undang kerja itu di Petaling Jaya.

The Malaysian Insider difahamkan susulan pertemuan dua jam dengan kepimpinan MTUC hari ini, Kementerian Sumber Manusia turut memutuskan untuk menghantar satu pasukan ke forum itu bagi menjelaskan pindaan yang hendak dibawa ke Parlimen pada sesi yang bermula minggu depan.

Forum itu akan dihadiri oleh wakil kesatuan sekerja sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.

Empat hari lalu, Kementerian Sumber Manusia mengingatkan MTUC yang bercadang mengadakan tindakan berpiket tidak wajar membangkitkan bantahan mereka di “saat pembentangan di Parlimen.”

“Kementerian ingin menegaskan bahawa sebelum pindaan ini dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan, semua cadangan pindaan ini telah melalui proses konsultasi bersama wakil-wakil pertubuhan majikan dan kesatuan sekerja.

“Sebanyak 18 kali sejak awal 2010. Selain itu, draf cadangan pindaan turut telah dipanjangkan untuk pandangan dan maklum balas daripada wakil majikan dan pekerja. Justeru, pindaan ini tidak dibuat secara tergesa-gesa kerana telah melalui proses konsultasi yang komprehensif bersama pihak-pihak yang berkepentingan,” kata Kementerian Sumber Manusia.

Kelmarin, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata, usaha meminda Akta Kerja tidak harus dipandang serong atau disalah faham kerana ia dilakukan untuk kepentingan bekerja.

Pendirian untuk berpiket diputuskan pada mesyuarat majlis am MTUC Ahad lalu.

Bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 telah ditangguhkan dua kali sebelum ini.

Antara lain Rang Undang-undang Kerja didakwa merugikan kaum pekerja kerana jika diluluskan akan membolehkan sistem kontraktor pekerja, yang pernah digunakan sebelum negara merdeka, diamalkan kembali. MTUC mendakwa ia akan merugikan pekerja dari segi kebajikan mereka dan menjejaskan masa depan pergerakan kesatuan sekerja di negara ini.

Selain peruntukan berkenaan sistem kontraktor sosial, MTUC mahu kerajaan memasukkan cuti bersalin 90 hari dan menaikkan had kerja lebih masa sehingga 130 jam sebulan.

Tee Keat: Soi Lek tidak harus jadi calon BN ekoran skandal seks


KUALA LUMPUR — Bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata penggantinya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bukan seorang “calon yang boleh menang” kerana skandal seks 2007 melibatkan bekas menteri kesihatan itu akan menjadi liabiliti besar bagi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

Dr Chua (gambar), yang menewaskan Ong pada pemilihan ekoran krisis dalam parti 18 bulan yang lalu, tidak mengesahkan sama ada akan bertanding meskipun minggu ini mengumumkan beberapa pemimpin tidak akan diturunkan pada pilihan raya umum kali ini.

Khabar angin tersebar sejak Februari lalu bahawa Ong juga akan digugurkan daripada bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pandan.

Kata Ong, skandal seks Dr Chua akan terus menghantui presiden MCA dan juga BN.

“Adakah beliau calon yang boleh menang? Saya tidak melihat rakyat Malaysia boleh terima beliau.

“Memang beliau mahu bertanding. Beliau berkata lima bahagian mahu beliau bertanding dan ramai termasuk diri beliau akan berkata bahawa salah laku atau tindakan tidak bermoral bukan alasan untuk menafikan beliau hak untuk bertanding,” katanya lagi.

Kata Ong, jika Dr Chua bertanding ia akan menjadi ujian asid berhubung nilai diri seseorang.

MENYUSUL LAGI

Hudud: Pemimpin DAP, PAS keliru dalam soal Perlembagaan, kata pakar




KUALA LUMPUR — Banyak pihak termasuk pemimpin PAS dan DAP sendiri terkeliru bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, kata pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Menurut Aziz (gambar), beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.

Kerajaan negeri Kelantan yang diperintah PAS sejak 1990 masih berusaha untuk melaksanakan hukum hudud itu di negeri itu. PAS mengambil langkah yang sama di Terengganu ketika memerintah antara 1999 hingga 2004.

“Setakat ini saya tidak jelas sebab mengapa perlembagaan perlu dipinda untuk pelaksanaan hudud,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ahli akademi dan pemerhati politik ini menambah, keperluan itu tidak wujud sebab sebahagian hukum hudud sudah pun dilaksanakan dalam bentuk jenayah syariah.

“Contohnya zina dan murtad, cuma hukumannya tidak mengikut Islam,” kata beliau.

Oleh itu kata beliau lagi, “logiknya mereka yang berkata hudud perlu pinda Perlembagaan (Persekutuan), maka apa yang ada itu, yakni jenayah syariah tadi, adalah tidak sah.”

“Ini tidak masuk akal,” kata beliau lagi.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan awal pagi ini, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata “bagi PAS, isu yang dipertikai adalah apakah perundangan syariah itu menepati kehendak Perlembagaan (Pusat) atau berlawanan dengan kehendak Perlembagaan negara, dan ini mestilah ditentukan oleh mereka yang berautoriti.”

Kata Aziz lagi, mereka yang mendakwa hudud tidak boleh dilaksanakan kerana Perlembagaan Persekutuan kononnya bersifat sekular juga tidak betul kerana kandungan rangka utam undang-undang negara itu tidak berkata begitu.

“Samalah dengan demokrasi itu sendiri, Perlembagaan Persekutuan tidak mengatakan bahawa sesuatu undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan kerana ia tidak demokratik atau akan terbatal kerana bertentangan dengan demokrasi,” katanya lagi.

Jelas Aziz, piawaian atau standard atau pun penanda aras yang Perlembagaan Persekutuan gunakan ialah sesuatu yang jelas dan objektif.

“Perlembagaan tidak menggunakan penanda aras atau ukuran yang kabur seperti sekular atau demokrasi. Jelasnya perlembagaan menggunakan piawai yang objektif seperti bidang kuasa siapa dan sebagainya,” tambah beliau.

PRU-13: Pengundi mahu Umno letak muka baru, kata Muhyiddin

TERKINI

SERDANG— Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui bahawa pada umumnya para pengundi mahu Umno menurunkan calon-calon muka baru pada pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Presiden Umno (gambar) ini berkata maklum balas yang diterima menunjukkan sesetengah pihak sudah penat dengan nama-nama lama.

Bagaimanapun katanya, barisan calon yang bakal diturunkan adalah campuran — orang muda dan tidak terlalu muda.

“Calon yang boleh menang, yang paling penting ialah sama ada calon (diturunkan) boleh diterima dan boleh menang, meskipun calon itu sudah lama menjadi ketua bahagian, menang tanpa cabaran dan menjadi ahli Parlimen sebelum ini.

“Tetapi apabila kita tanya orang ramai, mereka berkata ‘ah, orang itu sudah terlalu lama, kami sudah penat. Kami mahukan seseorang yang baru’. Itulah maklum balas yang kami terima,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata akan ada keseimbangan antara calon-calon muda, yang bertenaga, layak dan dikehendaki, selain mereka yang berpengalaman serta berguna kepada parti.

“Meskipun Umno mahukan seseorang calon (tertentu), tetapi orang tidak suka, ia tidak boleh menjadi asas untuk mengekalkan seseorang calon.

“Sama ada seseorang itu memegang jawatan dalam parti, itu tidak semestinya. Apa yang penting ialah sama ada calon boleh menang,” kata beliau.

Beliau mengakui langkah tidak memilih seseorang sebagai calon akan mewujudkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin-pemimpin Umno, tetapi mempertahankan bahawa kepimpinan parti boleh mengawal perkara tersebut.

“Kami akan duduk dan bincang... kadangkala pemimpin Umno merajuk sekejap sahaja, biasalah manusia,” katanya lagi.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Pendirian rasmi PAS mengenai hudud

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Selaras dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mengiktiraf Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu, PAS berpendirian kedua-dua negeri itu berhak memperkanunkan undang-undang tersebut.

Dalam satu kenyataan menyatakan pendirian rasmi parti itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persoalan kini, sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran untuk melaksanakannya.

Menurutnya, perbezaan pandangan dengan DAP khususnya dalam soal penafsiran "bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan" adalah sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya.

"PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan," katanya.

Berikut adalah kenyataan rasmi berhubung pendirian PAS:

1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga.

3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan.

5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka. Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
30 September 2011

Forum Mahasiswa Untuk Negara 4 Okt

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Rentetan daripada Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 3.0 minggu lalu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menganjurkan Forum Mahasiswa Untuk Negara di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), 4 Oktober ini.

Bertajuk Sistem Politik Malaysia: Transformasi vs Reformasi, forum tersebut akan mengupas intipati Deklarasi Mahasiswa Malaysia yang dicapai daripada kongres tersebut khususnya dalam konteks politik iaitu 'Political Reform' yang akan diperjuangkan oleh mahasiswa.

Menurut Sekretariat Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamarudin, forum yang memfokuskan kepada sistem politik negara ini juga akan mengupas beberapa subjek utama ke arah pembinaan negara yang lebih matang pada masa akan datang.

"Diharapkan supaya ia mampu memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia khususnya mahasiswa kepada struktur pembinaan negara yang utuh yang dapat menjamin kepada 'Good Governance' itu sendiri," katanya dalam kenyataan media kepada Harakahdaily, hari ini.

Ianya akan menampilkan tiga ahli panel iaitu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahmad Fahmi Samsuddin dan Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Manakala moderator ialah Koordinator Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Selain SMM, forum ini juga mendapat sokongan daripada Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Student & Youth Democratic Movement (DEMA), Pro Mahasiswa Nasional (Pro M), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), Sister In Movement (SIM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).

Sehubungan itu, orang ramai khususnya golongan muda dijemput menghadairi forum yang bakal memberikan perspektif baru dalam reformasi poltik kepada mereka.

Taib terus berkuasa, kekalkan menteri ‘yes boss’

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Pengumuman kabinet baru Sarawak yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud merupakan senarai kabinet yang telah dijangka.

Ketua Pemuda PAS negeri, Mohammad Arifiriazul Paijo (gambar) berkata, tidak banyak perubahan yang dilakukan di dalam kabinet baru Sarawak kali ini.

Katanya, beberapa perkara yang perlu bagi Pemuda PAS Sarawak ingin tekankan berkenaan barisan kabinet baru Sarawak kali ini.

Menurutnya, hampir semua muka-muka lama masih lagi dikekalkan sebagai menteri penuh kabinet Kerajaan Negeri Sarawak.

Kelmarin, Taib mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan pelantikan hanya seorang Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Jabu Anak Numpang.

Semua menteri dikekalkan portfolio masing-masing kecuali Datuk Fatimah Abdullah dilantik menerajui Kementerian baru, Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga.

Tujuh muka baru dilantik Menteri Muda iaitu Datuk Len Talif Salleh, Julaihi Narawi, Liwan Lagang, Abdul Karim Rahman Hamzah, Dr Jerip Susil, Rosey Yunus dan Robert Lawson Chuat.

Ini, ujar Arifiriazul jelas menunjukkan bahawa Taib ingin mengekalkan penguasaan beliau dalam pengurusan pentadbiran Negeri Sarawak bagi menjaga kepentingan-kepentingannya.

“Hampir semua portfolio masih lagi dipegang oleh muka-muka yang sama seperti kabinet yang lepas dengan hanya satu perubahan portfolio dan satu menteri penuh yang lepas digugurkan menjadi menteri muda,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Ini, kata beliau jelas menunjukkan bahawa Ketua Menteri yang sedia ada tiada banyak pilihan dalam barisan kepimpinannya yang berkemampuan untuk dilantik dalam senarai kabinet negeri.

Ini juga, tambahnya menunjukkan bahawa sekali lagi, Ketua Menteri yang sedia ada jelas ingin mengekalkan penguasaannya dalam kabinet negeri dengan mengekalkan semua menteri-menteri ‘Yes Boss’.

Katanya, kabinet Sarawak kali ini hanya mengemukakan tujuh muka baru sebagai Menteri Muda yang sebenarnya tidak membawa dan menggambarkan perubahan yang besar terhadap dasar pentadbiran kerajaan negeri.

“Pemuda PAS Sarawak cukup kecewa selaku wakil kepada golongon muda dan membawa aspirasi golongan belia di Sarawak apabila tiada golongan muda dilantik di dalam kabinet negeri kali ini,” ujarnya.

Ini, katanya jelas berbeza dengan kenyataan Ketua Menteri beberapa hari yang lepas yang inignkan golongan muda bersama-sama dalam pengurusan negeri dan kerajaan tempatan.

“Dengan pengumuman kabinet baru ini dan mengekalkan muka-muka lama dalam pentadbiran kerajaan negeri jelas sekali menunjukkan bahawa janji Ketua Menteri dan Barisan Nasional untuk membuat peralihan kuasa kepada Ketua Menteri baru adalah retorik politik semata-mata,” katanya lagi.

Justeru, kata beliau Pemuda PAS Sarawak menyeru seluruh rakyat negeri Sarawak untuk memulakan proses perubahan pentadbiran kerajaan negeri yang lebih bertanggungjawab, lebih telus dan lebih kompeten bagi mencapai kemaslahatan umum bagi semua rakyat Sarawak.

Menurutnya, proses perubahan ini jelas tidak akan dapat dilakukan dengan mengekalkan pentabir kerajaan negeri yang sedia ada.

“Perubahan ini hanya dapat dilakukan dengan menyeluruh dari luar dengan memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum negeri Sarawak yang akan datang,” katanya.

Perangsang Selangor sasar 1,500 siswazah berniaga

Muhammad Faizal


SHAH ALAM: Sebagai salah satu agenda dan tanggungjawab sosial korporat (CSR), Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) telah menganjurkan satu program untuk membantu siswazah-siswazah Selangor bagi penyediaan mereka memasuki alam pekerjaan.

(Gambar: Pendaftaran siswazah hari ini.)

Pengerusi Kumpulan Selangor Berhad, Raja Idris Raja Kamarudin menjelaskan pada satu sidang media bersama Menteri Besar Tan Sri Abd Khalid Ibrahim hari ini, pihaknya meletakkan sasaran membantu lebih 1,500 siswazah dari Negeri Selangor untuk mendapatkan pekerjaan atau memulakan perniagaan sendiri.

"Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, nilai diri dan keyakinan siswazah dari negeri ini dalam mendapatkan pekerjaan atau memulakan usaha perniagaan sendiri.

"Dalam pada ia dapat membantu Negeri Selangor mengurangkan kadar siswazah yang masih belum mendapat pekerjaan dan serta sebagai satu usaha untuk mendukung hasrat merakyatkan ekonomi Negeri Selangor," katanya.

Tambah beliau lagi, program ini bermula dengan penyediaan kursus dan latihan jangka pendek releven dengan pasaran kerja sekarang.

"Kita akan menyediakan latihan di tempat kerja (On-Job Training) dan usaha ini untuk membuat rekomendasi kepada majikan-majikan bagi siswazah-siswazah yang telah menamatkan kursus.

"Bagi siswazah yang mengikut kursus usahawan, insentif khas akan diusahakan untuk membantu siswazah tersebut bagi memulakan pekerjaan," tambahnya.

Idris memberitahu program ini disasarkan kepada semua siswazah dari Negeri Selangor yang memegang ijazah dan diploma dalam apa jua bidang yang bersesuaian dengan kursus yang ditawarkan.

"Untuk tahun 2011 semua kursus latihan akan bermula pada bulan Oktober dan November dan kita berharap usaha ini mendapat sambutan dari setiap siswazah," sambungnya lagi.

Sebelum itu Perangsang Selangor mengharapkan semua siswazah yang berminat untuk memohon bagi mengikuti program tersebut dapat menghubungi Unit Pelaksanaan CSR Perangsang Selangor.

Maaf Sultan Johor, tetapi mahu saman media

Harakahdaily

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) memohon maaf kepada Sultan Johor ekoran rasa tersinggung baginda tentang kenyataannya namun beliau akan menyaman media kerana memutarbelitkan kenyataannya.

"Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, patik ingin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, atas rasa tersinggung DYMM Tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat oleh patik.

"Dan juga kepada rakyat jelata Johor di bawah naungan DYMM Tuanku atas perkara yang sama.

"Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun," kata Lim Guan Eng dalam kenyataannya.

Beliau memberikan reaksi ekoran laporan media yang berkata Sultan Johor tersinggung dengan kenyataan beliau yang berkata Johor tidak selamat.

Mula-mula, beliau dikatakan menyatakan perkataan itu di Australia namun kemudiannya dikatakan menyatakannya di Singapura pula.

Sebelum ini Harakahdaily melaporkan, kenapa media tidak bising cacian yang dibuat oleh Ketua Menteri Melaka terhadap negeri Kelantan.

Dalam laporan media, DYMM Sultan Johor juga bertitah bahawa Baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik.

"Patik bersetuju dengan titah DYMM Sultan Johor," kata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Beliau merasakan telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional.

"Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk menentukan kebenaran tentang di mana saya membuat ucapan saya, apa yang sebenarnya yang diperkatakan, bagaimana ia dikatakan dan dalam konteks apa kenyataan itu dibuat," katanya.

Setakat ini, katanya, selain daripada pita rakaman yang disiarkan oleh TV3, tidak ada sebarang laporan media tentang apa yang saya katakan di Singapura atau di Australia.

"Saya mempunyai akses untuk pita rakaman wawancara saya dengan Radio Australia. Saya masih sedang mencari pita rakaman tentang apa yang saya katakan di Singapura yang dibuat secara peribadi dalam satu sesi tertutup.

"Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah, ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama," kata beliau.

Akibat pecah amanah 1,000 perantis DTM terkontang kanting

Harakahdaily

LUMUT: Ekoran kegagalan pembinaan kapal NGPV (New Generation Petrol Vessel) akibat penyelewengan kewangan dan rasuah pada tahun 2006, bukan sahaja duit rakyat yang hangus tetapi menzalimi anggota tentera.

Ini kerana, akibat kegagalan pembinaan 27 buah kapal tentera itu, ia telah menyebabkan lebih 1,000 pelatih TLDM yang dipersiapkan untuk bertugas dengannya sudah teraniaya.

Inilah yang diajukan para lulusan Perantis Diploma Teknologi Marin (DTM) yang kini terus terkontang-kanting dan tidak tentu hala kedudukan mereka.

Semua masalah ini berpunca dari rasuah dan pecah amanah dari skandal pembinaan 27 kapal NGPV ini.

Skim DTM yang dimulakan pada tahun 1996 dijalankan di KD Pelandok yang berpangkalan di Lumut dengan kerjasama pihak UTM Skudai.

Pembelajaran mereka dijalankan di bawah pengawasan Markas Pendidikan dan Latihan TLDM. Penganugerahan diploma pula dibuat di UTM Skudai, Johor.

NGPV

TLDM merancang pembinaan 27 kapal ronda dalam program Kapal Ronda Generasi Baru NGPV (New Generation Patrol Vessel) pada hujung 1990an.

Namun Jawatankuasa Perakaunan Awam mendedahkan kegagalan PSC-ND menyerahkan semua kapalnya yang dianugerahkan dengan kontrak sejumlah RM5.35 billion ringgit kepada media massa.

Dari 27 buah, hanya dua sahaja berjaya disiapkan.

Selepas pasukan pengurusan baru ditubuh, projek ini berjalan semula namun hingga kini hanya empat buah sahaja berjaya diselesaikan.

Dua kapal pertama dalam kelas ini, 171 KD Kedah dan 172 Pahang akhirnya ditauliahkan ke dalam perkhidmatan pada bulan Jun dan Ogos tahun 2006.

Kapal ketiga, KD Perak (gambar atas) dan kapal keempat KD Terengganu baru sahaja diserahkan kepada TLDM baru-baru ini.

Akibat kegagalan pembinaan ini, lebih 1,000 anggota tentera laut yang dilatih untuk berkhidmat dengan kapal-kapal ini dan memiliki DTM ini terkontang kanting.

Mereka tiada tempat untuk diperjawatkan setelah habis kursus DTM dan memakai pangkat Laskar Kanan.

"Maka terjadilah lebihan anggota tetapi perjawatan tiada kerana kapal PV ini gagal disiapkan mengikut jadual," kata satu sumber kepada Harakahdaily.

Kini, mereka mula menghadapi akibat dari penyakit rasuah yang menyelubungi pentadbiran kerajaan Datuk Seri Najib Razak ini.

Antara masalah yang mereka hadapi adalah penyambungan perkhidmatan, pemberhentian sukarela sebelum tarikh tamat perkhidmatan tanpa pembelaan nasib anggota yang sewajarnya selepas berhenti di samping pemberian gaji yang tidak telus, adil dan saksama.

"Untuk pengetahuan tuan, hanya cawangan kami (skim DTM) sahaja yang mengalami masalah yang dinyatakan. Nyatalah kami telah didiskriminasi berbanding cawangan kelasi, bekalan dan teknikal biasa," kata sumber itu.

Mereka juga menghadapi pencabulan perjanjian pangkat cepat yang dijanjikan kepada mereka.

Teraniaya

"Skim kami dijanjikan pangkat cepat selepas lima tahun tamat kursus skim DTM, pakai pangkat Laskar Kanan selama setahun, selepas itu dinaikan ke pangkat Bintara Muda (petty officer).

"Tetapi janji ini telah ditarik balik oleh bekas panglima tentera laut," kata sumber itu.

Skim perantis DTM ini telah dimansuhkan pada tahun 2010 dan dihentikan pengambilan anggota sejak tahun 2009.

Pengambilan terakhir iaitu intake 2001 paling junior sekarang masih dalam on job training untuk melengkapkan kursus DTM mereka.

Mulai tahun lepas, mereka mula ditawarkan pemberhentian awal secara sukarela sebelum tarikh tamat perkhidmatan yang tidak pernah diamalkan dalam tentera laut.

Mereka hanya dibayar pampasan mengikut tahun berkhidmat.

Kini, kira-kira 200 orang dari kesemua 1,000 anggota telah berhenti dari perkhidmatan melalui pendekatan ini.

Yang menyedihkan mereka juga, akibat rasuah dan kegagalan projek ini merekalah yang menjadi mangsa.

Bayangkan selama 5 tahun berkhidmat, gaji mereka masih RM1200.00 sebulan iaitu sama dengan anggota dari cawangan lain yag baru berkhidmat dalam setahun dua sahaja.

Untuk menyelesaikan masalah ini, pelbagai cara telah mereka buat termasuk berbincang secara langsung dengan Panglima Angkatan Tentera tetapi gagal.

Bahkan ada antara mereka telah cuba berbincang secara langsung dengan Perdana Menteri melalui facebooknya, namun pegawai ini telah diambil tindakan tatatertib oleh TLDM.

Bagi mereka, inilah jalan terakhir untuk membela nasib mereka iaitu ke media.

PAS mahu impak 'lebih kuat' di Pulau Pinang



Tidak ramai yang sedar bahawa PAS bermula di Pulau Pinang, - dan kerana itu, parti Islam itu memilih Kepala Batas untuk menyambut ulangtahunnya ke-60, kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa.

Katanya, majlis itu adalah "bersejarah" kerana parti tersebut berhasrat memberi impak lebih besar di negeri tersebut, walaupun ia kini hanya mempunyai dua kerusi - satu kerusi parlimen dan satu kerusi negeri, Permatang Pasir.

Beliau bagaimanapun tidak komited sama ada parti itu akan bertanding lebih banyak kerusi di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang, yang boleh diadakan seawal November atau tahun depan.

Mujahid yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, kongres tersebut akan memberi tumpuan kepada isu dan cabaran yang dihadapi parti itu selama ini ketika ia berdepan dengan usaha "penjenamaan semula" supaya boleh diterima semua rakyat Malaysia.

"Adalah penting rakyat Pulau Pinang tahu sejarah PAS dan bagaimana parti itu bermula di negeri ini," katanya kepada Malaysiakini, ketika ditemui di Seberang Perai, malam tadi.

Sepanjang termpoh tersebut, tambahnya, PAS menjadi lebih kuat, tidak seperti parti-parti politik lain yang akhirnya lenyap, tetapi PAS berjaya berkembang dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.- Malaysia Kini

Perwakilan MCA berkemungkinan sahkan pendirian tiada jawatan dalam kerajaan



KUALA LUMPUR - Anggota perwakilan MCA yang menghadiri perhimpunan agung tahunan parti itu hujung minggu ini berkemungkinan mengesahkan pendirian pucuk pimpinan untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan jika parti itu menerima keputusan lebih buruk dalam pilihan raya umum akan datang, kata Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata pendirian parti itu adalah satu daripada beberapa resolusi Perhimpunan Agung MCA ke-58, yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada 2 Okt.

"CC (Jawatankuasa Pusat) telah pun mengesahkannya. Sekarang, kami hanya mahu keputusan itu turut disahkan anggota perwakilan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Seramai 2,360 anggota perwakilan akan menghadiri perhimpunan agung kali ini.

Sebelum ini, Majlis Presiden MCA dan CC menyokong cadangan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa parti itu akan menyerahkan jawatan dalam kerajaan jika masyarakat Cina tidak memberi mandat kepada calon parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Dr Chua berkata keputusan tersebut diambil selepas pertimbangan yang mendalam parti itu sebagai menghormati pilihan pengundi, terutamanya masyarakat Cina.

Parti itu dilaporkan akan menjadikan keputusan pilihan raya umum 2008 sebagai garis asas untuk memastikan sama ada untuk menolak sebarang jawatan dalam kerajaan yang ditawarkan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Pada pilihan raya umum ke-12, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti itu

Kong berkata perhimpunan itu juga bakal meluluskan resolusi menyokong Pelan Transformasi Kerajaan serta beberapa agenda transformasi dan gagasan IMalaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri.

"Perwakilan juga dijangka membahaskan isu pelaksanaan hukum hudud yang dicadangkan oleh PAS, juga kegagalan pemimpin parti pakatan PKR-DAP-PAS mencapai kata sepakat berhubung pelaksanaan hukum hudud dan arahan tutup mulut kepada pemimpin mereka," katanya.

Selain itu, perwakilan juga dijangka meneruskan desakan meminta kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan usaha-usaha lain dalam pendidikan.

UEC ialah peperiksaan standard yang dilaksanakan di sekolah-sekolah persendirian Cina.

"Kami juga akan menyentuh aspek sosial seperti kejayaan kerajaan mengurangkan jenayah jalanan. Kami berpendapat usaha itu perlu disokong dan terus dilaksanakan.

Selain itu, katanya tumpuan pastinya terhadap ucapan dan nasihat Dr Chua sebagai Presiden bagi parti itu menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Para pemimpin parti dan anggota perwakilan pastinya juga ingin mendengar mesej Perdana Menteri kepada parti komponen kedua terbesar BN memandangkan kedudukan parti ini semakin pulih dan berkedudukan baik untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Kong.- Bernama

Wanita Umno Kedah minta bahagian selesaikan kemelut dalaman



ALOR SETAR - Wanita Umno Kedah hari ini mengingatkan Umno bahagian di negeri itu agar menyelesaikan segera kemelut dalaman yang dikatakan berlaku jika tidak mahu dikecewakan lagi pada pilihan raya umum kelak.

Ketuanya Datuk Maznah Abdul Hamid berkata kemelut yang dihebohkan berlaku di beberapa bahagian, boleh menjadi beban kepada Barisan Nasional (BN) Kedah dalam usaha merampas kembali negeri itu.

"Parti lawan khususnya PAS sememangnya suka perebutan dan pergaduhan ini berlaku dalam Umno supaya mudah bagi mereka mempertahankan Kedah. Segala masalah yang menjadi punca hendaklah diselesaikan dari akar umbi," katanya kepada pemberita, di sini.

Maznah juga berkata semua sayap Wanita dari parti komponen BN tidak menghadapi masalah dan telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Malah katanya, Wanita MCA dan MIC Kedah menunjukkan perkembangan memberangsangkan yang memberi petanda pemulihan sokongan kaum hawa terhadap BN.

"Pengundi wanita melebihi 50 peratus dari jumlah pengundi. Pergerakan Wanita BN akan menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk mendekati mereka khususnya pengundi muda yang pertama kali mendaftar sebagai pemilih.

"Kami juga tidak akan meminta kuota kepada Wanita ditambah. Terserah kepada pucuk pimpinan menentukannya," kata Maznah.

Pada pilihan raya umum 2008, Wanita Umno Kedah hanya diperuntukkan satu kerusi iaitu di Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Tiang yang ditandingi dan dimenangi Bendahari Puteri Umno ketika itu Suraya Yaacob.- Bernama

Tuduh PAS tapi terserlah Umno khianati Melayu



KUALA LUMPUR - Hipokrasi Umno semakin terserlah dan terbukti dengan keghairahan menghapuskan kuota Bumiputera 30 peratus, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Selama ini, tanpa segan silu Umno berlagak sebagai pejuang Melayu, tetapi hakikat sebenarnya semua itu hanyalah untuk memperdayakan orang-orang Melayu supaya menyokong parti yang dinamakan parti perasuah oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) itu," katanya.

Mahfuz mempersoalkan di mana suara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cakap berdegar-degar kononnya beliau "Malay first and Malaysian second"?

Bukan sahaja di peringkat pimpinan yang menunjukkan hipokrasi, katanya, malah ahli-ahli Umno yang selama ini terjerit-jerit seperti kerasukan kononnya membantah penghapusan DEB (Dasar Ekonomi Baru) juga diam menikus.

Dari pemimpin tertinggi Umno sehinggalah ahli yang terjerit-jerit di tepi jalan, kata beliau, semuanya amat jelas hipokrasi tahap tertinggi mereka.

"Mana dia muka-muka yang selama ini menabur fitnah jahat kononnya PAS tidak pedulikan orang-orang Melayu lagi kerana berada dalam Pakatan Rakyat (PR)?

"Ironinya, semakin kuat Umno menjerit menuduh PAS kononnya tidak pedulkan orang-orang Melayu, semakin terdedah perbuatan Umno mengkhianati orang-orang Melayu," katanya.

Mahfuz menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengulangi lagi keinginannya untuk menghapuskan kuota 30 peratus untuk Bumiputera sebagai tindakan tidak tentu arah untuk menutup kegagalan pemerintahan Umno mencapai kuota tersebut.

"Sebagai tukang ikut apa sahaja yang dibuat oleh Dr Mahathir, nampak benar Najib mengulangi taktik Dr Mahathir.

"Di zaman Dr Mahathir, bila matlamat membantu Bumiputera begitu jelas tidak terdaya dicapai oleh pemerintahannya, dia isytiharkan meritokrasi.

"Begitu juga Najib, bila dinasihati bahawa kerajaan Umno tidak ada walau sedikit pun kemampuan untuk mencapai kuota 30 peratus untuk Bumiputera, sejak dari awal lagi berkali-kali beliau mengulangi keinginan untuk menghapuskan kuota itu," katanya.

Menurut Mahfuz, sejak tahun 2008 lagi, iaitu sejak Najib menjdi Timbalan Perdana Menteri, beliau menyatakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti ditamatkan secara beransur-ansur.

Malah, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz pernah mengakui bahawa Model Ekonomi Baru (MEB) yang dilancarkan Najib akan menghapuskan kuota pemilikan termasuk Bumiputera.

Mahfuz bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana menunjukkan wajah sebenar Umno- Harakah Daily

Pengebom sembunyi di Malaysia


KOTA BHARU – Polis sedang giat mengumpul maklumat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan yang menyatakan bahawa dalang yang melakukan siri letupan bom di Sungai Golok, Thailand dipercayai sedang bersembunyi di negara ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis tidak akan berdiam diri jika dakwaan tersebut benar seperti didakwa pihak berkuasa Thailand.

Bagaimanapun, kata beliau, setakat ini pihaknya tidak menemui sebarang bukti yang mengesahkan dakwaan tersebut.

“Polis Kelantan sedang membuat risikan berhubung perkara itu bersama-sama polis Thailand. Kita (polis) akan mendapatkan maklumat lanjut dan kita sama sekali tidak akan berdiam diri dan akan mengatur strategi. Segala maklumat ini penting bagi polis Kelantan.

“Kalau benar mereka berada di negara ini, kita akan tangkap. Setakat ini dalam siasatan kita tidak jumpa mana-mana (individu) yang dimaksudkan itu,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan Pemakaian Pangkat Bagi Anggota di sini, semalam.- Kosmo

Guan Eng "cemburu" atau Umno mahu Johor benci Pakatan?

Melissa Lee, Malaysia Chronicle

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang dituduh "Cemburu" terhadap Johor, telah membuat keputusan untuk bersuara apabila beliau diserang media baru-baru ini. Beliau dikatakan memberi komen buruk terhadap kadar jenayah di Johor.

Walau bagaimanapun, beliau yang sering menjadi sasaran akhbar yang dikawal oleh BN lebih berhati-hati dalam menjawab soalan mengenai kenyataan beliau itu. Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata beliau masih memeriksa rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama di TV3 yang memperdengarkan komen-komen yang kritikal terhadap Johor semasa lawatan ke Singapura baru-baru ini.

"Jika saya telah membuat KENYATAAN itu, mari kita lihat pada konteks di mana ia telah dibuat ... Itu merupakan perbualan peribadi," Guan Eng memberitahu sidang akhbar pada hari Khamis.

Cemburu!

Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi telah sehari yang lalu menuduh Guan Eng tidak senang dengan sokongan Singapura terhadap koridor ekonomi Iskandar dan mungkin cuba untuk menakut-nakutkan pelabur supaya beralih arah ke Pulau Pinang.

"Malah, sebelum penubuhan Iskandar Malaysia, banyak pelabur dari negara jiran datang untuk melabur di kawasan perindustrian Pasir Gudang, Tebrau, Kualijaya dan Senai. Guan Eng bersikap iri hati dan bagi saya ia adalah satu perbuatan sabotaj dan tidak patriotik, tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai bersikap kolektivisme, "kata Puad.

"Sepatutnya, sebagai seorang Ketua Menteri, dia tidak seharusnya bertindak sebagai pembangkang untuk menarik pelabur asing ke negara ini kerana dia dan Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Malaysia. Kerajaan Persekutuan sentiasa jelas dan telus terutama dalam usaha untuk menarik pelabur-pelabur asing tidak seperti negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. "

Pandangan Rakyat Singapura

Walau bagaimanapun, tidak ramai rakyat Malaysia dan Singapura bersetuju dengan Puad, Ahli Parlimen UMNO Batu Pahat. Rakyat Singapura tidak menidakkan kritikan terhadap apa yang mereka panggil "ketiadaan undang-undang" di Johor.

Terdapat beberapa kes di mana orang Singapura yang berkunjung ke pub-pub di Johor, yang akhirnya dibunuh selepas mengalami pertengkaran dengan kaki judi atau kaki dadah di sana.

Pada bulan Disember lepas, seorang lelaki Singapura telah ditembak di luar sebuah pub di Johor tetapi beliau terselamat. Pada bulan Jun, seorang pemandu lori berusia 37 tahun dari Singapura ditemui mati di sebuah kelab malam di Johor Baru. Isteri dan anaknya, ada bersama. Dia telah dipercaya dibunuh atas pergaduhan mengenai dadah. Ini hanya beberapa kes-kes yang dilaporkan dalam media.

"Secara umumnya, sesetengah rakyat Singapura datang ke Johor untuk membeli-belah dan makanan yang murah, tetapi tidak dinafikan mereka merasakan bahawa Johor adalah satu tempat yang sangat berbahaya dan tidak banyak rakyat Singapura kelas menengah akan pergi ke sana. Mereka menganggapnya sebagai kawasan slum," ujar seorang rakyat Singapura yang bekerja di sebuah cawangan makanan francais di Malaysia kepada Malaysia Chronicle.

"Saya tidak fikir adalah adil kepada Guan Eng. Sudah tentu dia boleh bertindak lebih bijaksana, tetapi jika ia adalah perbualan peribadi, siapa yang kata dia tidak boleh bercakap apa yang ada dalam fikirannya? Jalan-jalan di Johor tidak selamat, saya boleh memberi jaminan itu. Ini adalah fakta selama ini walau sebelum Guan Eng membuat apa-apa komen, "kata seorang rakyat Malaysia yang pernah bekerja di Singapura dan kerap ulang- alik ke Johor.

Buli

Mungkin Umno yang mahu menawan semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 sedang cuba sebaik mungkin untuk memalukan pemimpin DAP itu. Walau bagaimanapun, cara mereka seperti burung helang memerhatikan Guan Eng sememangnya melucukan.

"Mereka memainkan rakaman yang sama bankrap dari segi intelektual berkali-kali. Ia mencerminkan kekurangan kebebasan individu di Malaysia dan hipokrasi pentadbiran Najib. Ia juga menunjukkan sikap pembuli Umno. Singapura kini menikmati komedi yang disiarkan oleh Najib dan rakan-rakannya, "naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Sementara itu, Guan Eng sedang memfailkan saman terhadap akhbar Utusan milik Umno berhubung artikel yang mencadangkan beliau mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

"Mereka mahu mengalihkan perhatian saya dan membuat saya lemah. Saya sudah memfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia milik UMNO, dan itu sudah cukup memakan masa. Tetapi saya tidak akan membiarkan mereka begitu sahaja ... jika saya berbuat demikian, mereka akan terus memainkan permainan mereka, "kata pemimpin DAP itu.

Tidak berkesudahan

Guan Eng juga berkata, pengkritik beliau sudah terlalu banyak, "melompat dari satu tempat ke tempat" untuk mengkritik beliau mengenai komen-komen yang beliau buat di luar negara, bermula dengan wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Australia di Melbourne baru-baru ini.

"Mereka bermula dengan Australia, mereka kini akan melompat ke China, Hong Kong dan Surabaya. Kami akan berurusan dengan mereka satu demi satu, bermula dengan agensi berita nasional Bernama. Jika agensi berita tidak memberi maklum balas kepada kami, kami akan mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan yang perlu, "kata Lim.

Pada 23 September lepas, Bernama melaporkan, Lim "didakwa" berkata bahawa Johor adalah sebuah negeri yang tidak selamat; penculikan adalah sesuatu yang biasa, tidak seperti Pulau Pinang.

Laporan itu menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; seorang anak Johor, yang menuduh Guan Eng cuba untuk melemahkan Johor dan menggambarkan negeri itu tidak sesuai sebagai sebuah destinasi pelaburan.

Ini telah mencetuskan tindak balas berantai di kalangan pemimpin-pemimpin Umno dan BN, yang bergegas untuk menggemakan kata-kata TPM. Walaupun, ia tidak berupaya mewujudkan banyak kesan politik di Pulau Pinang bagi Pakatan Rakyat, tetapi masyarakat Melayu di Johor mungkin kecewa jika Umno-BN terus membangkitkan kebencian melalui tuduhan terhadap Guan Eng.

Walau bagaimanapun, ini tidak mungkin dapat menghentikan Guan Eng atau pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain daripada bersuara kerana pentadbir BN-lah yang patut dihukum kerana tidak menguruskan negeri masing-masing dengan lebih baik, dan bukannya mengharapkan orang lain untuk terus memuji dan membuat laporan palsu mengenai keadaan sebenar.

Antara Najib, Jabba the Hut dan Pilihanraya

Ismail Dahlan, Malaysia Chronicle

Antara sebab sebab yang diberikan oleh simpatisan BN tentang video ‘Undilah’ ialah bilamana Jabba the Hut berdiri membelakangi poster Najib Razak. Kami berjaya mendapatkan Si Jabba bagi menjelaskan isu ini:

MC: Kenapa awak berdiri di hentian bas ini di depan poster Najib?

Jabba: Dude, saya hanya menunggu bas.

MC: Awak panggil saya ‘dude’?

Jabba: Kan ke panggilan ‘dude’ itu cool.

MC: Awak tidak cuba melawakkan Najib kan?

Jabba: Dia lebih pandai melakukannya sendiri.

Siapa pemenang pilihanraya yang bebas dan telus?

Berasaskan temuramah ini, jelas tiada unsur perlekehan yang ditujukan kepada Najib di dalam video Undilah itu.

Sebaliknya, apa yang jelas ialah BN mahu menggalakan sebarang usaha untuk memastikan pilihanraya di Malaysia bebas dan telus.

Ketika rakyat Malaysia berhimpun sewaktu perhimpunan Bersih 2.0 bulan Julai lalu, BN memberikan reaksi yang perhimpunan itu sebagai satu penaklukan kuasa asing, menutup semua laluan masuk ke ibu kota, memukul, menendang dan menangkap lebih seribu orang.

Sangat jelas tujuan BN menggunakan tindak kekerasan adalah untuk menakutkan warga yang berhimpun secara aman. Taktik jahat itu bagaimanapun dilihat gagal dan Bersih 2.0 terus mendedahkan BN yang anti-demokratik, takut pada pilihanraya yang bebas dan telus. Kenapa takut? Kalau bukan kerana mereka tahu akan tewas dalam pilihanraya nanti?

Mesej dihantar…

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan pilihanraya bebas dan telus?

Pertama sekali, semua parti yang berhak bertanding harus mempunyai saluran kepada media dan akhbar yang adil. Malangnya kita tidak ada ini di Malaysia, kerana BN tidak memberikan ruang ini kepada pihak pembangkang.

Pihak pembangkang tidak pernah dan tidak mungkin diberikan hak berakhbar. Sebab itu mereka tidak dapat menjelaskan dasar-dasar mereka kepada umum tanpa sekatan. Pihak pembangkang juga dinafikan lesen penyiaran television kerana cara ini boleh mendekatkan umum kepada mereka. Hanya BN sahaja yang boleh menerbitkan akhbar and menyiarkan berita di saluran-saluran TV.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga pula, lesen penerbitan perlu dimohon melalui Menteri Dalam Negeri, yang lumrahnya sangat partisan, penuh dengan suku-sakat dan wakil BN sahaja.

Tuntutan Bersih diperkenankan

Kedua, semua institusi yang mengawal kehakiman perlulah bebas dari cengkaman dan pengaruh kerajaan. Ini bermakna Polis, Jabatan Peguam Negara dan badan kehakiman. Jika tidak, semua institusi ini boleh diperlakukan oleh kerajaan untuk menekan pihak pembangkang, menghukum dan lalu menang mudah di dalam pilihanraya.

Hari ini, BN telah menelan kata-kata diktator Peru Oscar Benavides yang menyatakan, “Untuk para sahabat, semuanya; untuk para musuh, undang-undang (hukuman).”

Bersih telah meletakkan lapan tuntutan yang dikatakan mampu memastikan pilihanraya di Malaysia bebas dan telus. Ini termasuklah penggunaan dakwat kekal, masa berkempen yang panjang, penghapusan beli undi, kesaksamaan pihak Suruhanjaya Pilihanraya, pembaikkan senarai daftar pengundi dan system undi pos dan beberapa lagi.

Kesemua tuntutan ini perlu diwujudkan sekiranya mahu sistem pilihanraya di Malaysia bersih dan telus.

Undilah

BN yang terkejut melihat sambutan rakyat pada perhimpunan Bersih lalu selain kekerasan yang digunakan telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (JPP) untuk mengkaji isu-isu berkenaan pilihanraya bersih dan telus.

Ini sebenarnya bukanlah satu percubaan jujur BN. Ini hanyalah cara untuk mereka melarikan diri dari terus ditekan rakyat umum untuk sebuah pilihanraya bersih dan telus. Ini adalah cara mereka untuk menangguh atau melambatkan proses perubahan di dalam system itu sehingga PRU-13 selesai.

Rakyat jelata jangan sesekali tertipu dengan semua tipu-helah BN. Ketakutan mereka menjadi-jadi hanya kerana lakonan Jabba the Hut itu. Tak lama lagi mungkin saja Mickey Mouse dan Donald Duck juga akan menghantui mereka.

BN tahu mereka akan ditumbangkan sekiranya pilihanraya dilaksanakan secara bersih dan telus. Sekiranya BN tidak kalah, mungkin semua warga Malaysia akan menanggung akibatnya nanti.

Kertas kerja politik kiri "ditolak" selepas "isu Mat Sabu"

MerdekaReview


Kertas kerja berjudul "Gerakan politik kiri di Hulu Langat, 1946-1948", tulisan Dr. Mohamed Salleh Lamry telah "ditolak" daripada dibentangkan dalam satu seminar "Sejarah Daerah Hulu Langat", anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor (PSMCS), selepas berlakunya "isu Mat Sabu".

Seminar tersebut dijadualkan untuk diadakan pada dua tahun yang lalu, tetapi telah ditangguh untuk sekian lama, dan diberitahu akan diadakan pada 15 Oktober 2011. Namun demikian, kertas kerja oleh Mohamed Salleh Lamry telah ditolak daripada dibentangkan, lantaran isu Mat Sabu yang mencungkil kontroversi, baru-baru ini.

Mohamed Salleh Lamry (gambar kiri) adalah Mantan Prof.Madya di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengesahkan khabar ini ketika dihubungi MerdekaReview, malah memberi keizinan kepada MerdekaReview untuk menyiarkan kertas kerja beliau.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, mencungkil kontroversi apabila mengiktiraf sumbangan tokoh bernama Mat Indera dalam perjuangan kemerdekaan, dalam ceramahnya menjelang Hari Merdeka tahun ini. Isu ini dilanjutkan perbincangannya kepada penilaian terhadap perjuangan golongan kiri dan Parti Komunis Malaya menuntut kemerdekaan, dihangatkan apabila sejarahwan Profesor Dr. Zainal Kling tampil dengan kenyataan "Tanah Malaya tidak pernah dijajah British".

MerdekaReview akan menyiarkan kertas kerja Mohamed Salleh Lamry mulai hari ini.

Gerakan politik kiri di Hulu Langat, 1946-1948

Pendahuluan

Mengikut versi sejarah arus perdana atau versi sejarah "rasmi", perjuangan untuk mencapai kemerdekaan di Malaysia biasanya dikatakan bermula dengan penubuhan UMNO dan penentangan terhadap gagasan Malayan Union pada tahun 1946. Setelah berjaya menghapuskan Malayan Union, UMNO bersama-sama dengan MCA dan MIC mengadakan perundingan dengan kerajaan Bristish untuk mendapatkan kemerdekaan, dan kemerdekaan diserahkan kepada UMNO dan rakan-rakannya dalam keadaan aman damai pada tahun 1957. Tersirat dalam versi sejarah arus perdana ini seolah-olah UMNO-lah yang mempelopori perjuangan kemerdekaan.

Versi sejarah arus perdana ini sekurang-kurangnya salah dari dua segi. Pertama, salah dari segi tarikh permulaan perjuangan kemerdekaan. Perjuangan untuk mencapai kemerdekaan bukan bermula pada tahun 1946, tetapi jauh lebih awal daripada itu. Kalau penentangan pembesar Melayu seperti Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman di Pahang dan Tok Janggut di Kelantan tidak kita masukkan dalam perbincangan ini, kita harus mengakui bahawa perjuangan untuk mencapai kemerdekaan sudah pun bermula selewat-lewatnya pada tahun 1938, dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan.

Kedua, salah dari segi parti yang mempelopori atau yang terawal memperjuangkan kemerdekaan. Yang sebenarnya KMM-lah parti yang mempelopori perjuangan kemerdekaan; bukan UMNO dengan rakan-rakannya MCA dan MIC. Perjuangan KMM kemudian disambung oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada akhir tahun 1945. Dengan itu versi sejarah arus perdana ini seolah-olah tidak mengiktiraf peranan KMM dan PKMM, yang biasanya diistilahkan sebagai "gerakan kiri" dalam perjuangan kemerdekaan.

Oleh yang demikian, sebagai koreksi kepada versi sejarah arus perdana ini, sudah sampailah masanya kita memperkenalkan dan membincangkan peranan gerakan kiri pula dalam perjuangan kemerdekaan. Walaupun gerakan kiri bukan gerakan yang berjaya mendapatkan kemerdekaan, tetapi gerakan kiri ialah gerakan yang mempelopori dan ikut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan. Oleh itu peranan gerakan kiri juga wajar diberi pengiktirafan.

Gerakan politik kiri bukan saja wujud pada peringkat nasional atau peringkat negara Malaysia, tetapi juga pada peringkat tempatan (daerah dan kampung). Gerakan politik kiri pada peringkat nasional, sudah banyak dikaji dan dibincangkan (lihat misalnya Ramlah Adam 2004; Mohamed Salleh Lamry 2006). Oleh itu, sudahlah sampai masanya kita memberi tumpuan kepada gerakan politik kiri pada peringkat tempatan (daerah dan kampung) pula.

Sehubungan itu, makalah ini ingin meninjaugerakan politik kiri pada peringkat daerah Hulu Langat dan kampung Jenderam, iaitu daerah dan kampung di mana gerakan politik kiri yang aktif telah wujud antara tahun 1946 hingga 1948 dahulu.

Gerakan Politik Kiri di Hulu Langat

Ahmad Boestamam (1972: 78-79) ada mencatatkan dalam memoirnya, "Memang Ulu (Hulu) Langat punya keistimewaan sepanjang yang berkaitan dengan gerakan kiri dulu. Bukan saja BATAS kuat di sana bahkan API, AWAS dan PKMM juga." Catatan Ahmad Boestamam ini menunjukkan bahawa gerakan politik kiri memang pernah muncul dan berkembang di Hulu Langat.

Berdasarkan pemerhatian, gerakan politik kiri dipercayai mudah muncul dan berkembang di Hulu Langat kerana beberapa faktor, yang antaranya adalah seperti di bawah ini.

Pertama, kedudukan daerah Hulu Langat yang agak hampir dengan Kuala Lumpur, pusat gerakan politik sejak sebelum perang dunia kedua lagi. Ini memudahkan pemimpin pusat gerakan kiri yang tinggal di Kuala Lumpur berkunjung ke Hulu Langat untuk mengembangkan pengaruh gerakan itu. Oleh itu, penduduk Hulu Langat mudah melibatkan diri dengan gerakan kiri sejak permulaannya lagi. Misalnya, pada tahun 1938, apabila KMM ditubuhkan, sudah ada penduduk Hulu Langat yang menyertainya. Salah seorang daripada mereka ialah Bakar Jali yang kemudiannya menjadi ketua PKMM kampung Jenderam (Mohd.Nor Mohd.Amin, 1977/78).

Kedua, penduduk daerah Hulu Langat umumnya terdiri daripada orang-orang keturunan Indonesia, seperti juga pemimpin utama gerakan kiri. Mereka umumnya masih mempunyai hubungan dengan keluarga mereka di Indonesia, dan berminat terhadap gerakan politik radikal seperti yang terdapatdi Indonesia (Mohd.Nor Mohd. Amin 1977/78). Ini memudahkan mereka menyokong gerakan politik kiri, apabila pemimpin dari pusat, yang umumnya terdiri daripada orang-orang ketururan Indonesia datang ke Hulu Langat untuk mengembangkan pengaruh gerakan itu.

Ketiga, bagi sesetengah kampung, seperti kampung Jenderam yang penglibatan politik penduduknya akan dihuraikan di bawah ini, pengaruh Indonesia memang begitu jelas, dan merupakan faktor utama yang memungkinkan gerakan politik kiri berkembang di kampung itu. Kebetulan pengaruh dari Indonesia ini memang ditekankan oleh Stockwell (1979) sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan politik radikal Melayu (gerakan kiri Melayu) di Malaya antara tahun 1945-1948.

Keempat, di daerah Hulu Langat telah muncul beberapa orang pemimpin gerakan kiri yang aktif dan berkebolehan, yang namanya dinyatakan di bawah ini.

Kelima, yang tidak kurang pentingnya ialah Kajang, ibu daerah Hulu Langat, telah dijadikan ibu pejabat PKMM Selangor setelah berlaku perpecahan dalam PKMM antara kumpulan yang menyokong Dato Onn dengan kumpulan yang menyokong Dr.Burhanuddin dalam isu penentangan terhadap Malayan Union. Ibu pejabat PKMM Selangoritu terletak di No. 24, Main Street, Kajang (Mohd.Nor Mohd.Amin, 1977/78: 45)

Selepas itu, Kajang telah dipilih sebagai tempat kongres dan mesyuarat penting gerakan kiri. Misalnya, pada bulan Oktober 1946, kongres pertama AWAS dan BATAS Malaya telah diadakan di panggung wayang Sun, Kajang. Kongres AWAS itu mencatat sejarah, kerana dalam kongres itulah untuk pertama kalinya Kamarulzaman Teh, Ketua API Pahang yang juga seorang tokoh komunis Melayu di negeri itu, menyatakan secara terbuka bahawa ia berucap sebagai wakil PKM (Shamsiah Fakeh, 2004: 46; Mohamed SallehLamry, 2006: 108).

Pada tahun 1947 pula, ketika PKMM mengadakan kongresnya yang ketiga di Singapura, para perwakilan dari Zon Utara (Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang) dan Zon Barat (Perak, Selangor dan Negeri Semblan) telah bertemu di Kajang untuk mengadakan mesyuarat persiapan bagi menghadiri kongres tersebut. Jaafar Husin (1989: 40) perwakilan dari Pahang yang turut sama singgah di Kajang mencatatkan, "Kongres di adakan di tingkat atas sebuah kedai mamak dan barangkalinya menjadi Pejabat Parti Bahagian Kajang".

Peranan Kajang sebagai Ibu Pejabat PKMM Selangor dan tempat kegiatan penting seperti mesyuarat dan kongres ini tentu ada pengaruhnya terhadap perkembangan gerakan politik kiri di daerah Hulu Langat.

Oleh yang demikian, mulai awal tahun 1946 di kampung-kampung yang ramai penduduknya dan mempunyai orang-orang yang berkebolehan untuk memainkan peranan sebagai pemimpin, lahirlah cawangan PKMM, API, AWAS dan BATAS. Walaupun kita tidak memperoleh senarai kampung yang mempunyai cawangan gerakan kiri, tetapi antara kampung yang mempunyai cawangan gerakan kiri yang kuat termasuklah Sungai Long, Bukit Raya, Sungai Serai dan Jenderam (temu ramah dengan Yahya Nasim, 25 Jun 2008).

Kemunculan cawangan PKMM, API, AWAS dan BATAS di daerah Hulu Langat boleh dikatakan seiring dengan kemunculan pemimpin-peinimpin yang aktif, yang menggerakkan organisasi tersebut. Di sini pun kita tidak mempunyai rekod yang lengkap tentang siapa mereka dan ciri-ciri mereka. Namun, kemudiannya ada beberapa orang pemimpin dari daerah Hulu Langat yang menduduki jawatan yang agak tinggi, bukan saja pada peringkat cawangan, tetapi juga pada peringkat kebangsaan dan negeri, dan kerana itu boleh diiktiraf sebagai pemimpin yang lebih penting.

Dari kalangan pemimpin PKMM, salah seorang pemimpin dari daerah Hulu Langat yang menduduki jawatan penting ialah Yahya Nasim. Di samping menjadi Ketua PKMM Hulu Langat, dia juga menjadi Ketua PKMM Selangor dan menjadi Penolong Bendahari PKMM Pusat. Beberapa orang pemimpin PKMM dari Hulu Langat juga memegang jawatan pimpinan pada peringkat negeri Selangor, iaitu Bakar Jali (Ketua 2), Nawawi Haji Abdul Hamid (Setiausaha), Kassim Haji Sirat (Bendahari), Ustaz Yunus Yatimi (Badan Penerangan), Mustafa Yunus (Ahli Jawatankuasa) dan Sulaiman Pandita (Ahli Jawatan kuasa).

Dari kalangan pemimpin API, yang paling terkemuka ialah Khidir Ibrahim. Dia menjadi Ketua API Hulu Langat, di samping menjadi salah seorang pemimpin API Selangor.

Bagi organisasi AWAS pula, salah seorang pemimpinnya yang terpenting ialah Aishah Haji Hussain yang berasal dari Hulu Langat dan pernah menjadi isteri Pak Sako (Ishak Haji Muhamad). Ia menjadi Ketua AWAS daerah Hulu Langat dan negeri Selangor dan Bendahari AWAS Malaya. Sementara itu, beberapa orang pemimpin AWAS dari kampung Jenderam seperti Fatimah Haji Kassim, Rosnah Mein, Mariam Jaafar, Hindon Tahir dan Zaharah Kasim, juga merangkap jawatan AJK AWAS Selangor.

Mengenai BATAS, Ahmad Boestamam (1972: 78) menganggap bahawa daerah Hulu Langat ialah kubu BATAS yang terkuat di Selangor, dan ketuanya ialah Mohamad Sharif yang menjadi orang kanan kepada Musa Ahmad, ketua BATAS Malaya. Mungkin kerana ia berjambang, YahyaNassim (temu ramah 25 Jun 2008) menggelarnya sebagai "Sharif Jambang".

Dalam tempoh kewujudannya yang agak singkat, dari tahun 1946 hingga 1948, mungkin tidak banyak aktiviti yang sempat dilakukan oleh cawangan PKMM, API, AWAS dan BATAS daerah Hulu Langat. Namun, beberapa akivitinya yang penting boleh disenaraikan seperti di bawah ini.

Pertama, menerima kedatangan pemimpin atau tokoh dari luar dan mendengar ceramah yang diberikan oleh pemimpin tersebut. Misalnya, pemimpin pusat seperti Dr.Burhanuddin, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Wahi Anuar, Musa Ahmad, Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dan Zainab Mahmud dikatakan sering berkunjung ke kampung Jenderam, salah sebuah pusat gerakan kiri yang terkuat di daerah Hulu Langat. Kedatangan mereka disambut dengan kemesraan oleh penduduk kampung tersebut (Mohd.Nor Mohd.Amin, 1977/78: 48-49).

Kedua,
mengadakan latihan ketenteraan untuk anggota API dan anggota PKMM serta AWAS yang terpilih. Sebagaimana yang dilaporkan oleh pusat perisikan British (Ramlah Adam, 2004:224) di Hulu Langat terdapat sebuah pusat latihan ketenteraan API, selain daripada sebuah pusat lain di Singapura, dan pusat latihan tetap dan utama di Taboh Naning, Alor Gajah dan Tanjong Bidara, Melaka.

Berdasarkan pengalaman Aishah Haji Khatib, bekas Ketua AWAS Cawangan Bukit Raya yang diceritakannya kepada Aishah Ghani, Aishah Ghani (1992:33) menceritakan dalam memoirnya bahawa orang yang menyertai latihan itu,

"… dibawa ke dalam hutan untuk menjalani latihan menggunakan senjata api dan menghadiri kursus-kursus sulit yang juga diadakan dalam hutan Sungai Long tidak berapa jauh dari Kampung Batu 10… Setelah berlatih selama dua minggu mereka balik semula ke kampung. Latihan-latihan itu berjalan berterusan dari semasa ke semasa."

Ketiga, mengadakan Kongres Tani secara besar-besaran di kampung Jenderam pada 28 Mei 1948, tiga minggu sebelum Undang-Undang Darurat diisytiharkan. Walaupun kongres ini tidak dinamakan kongres nasional, tetapi ia dihadiri oleh pemimpin gerakan kiri yang penting, seperti Dr.Burhanuddin, Abdullah C.D. dan Shamsiah Fakeh. Bersempena dengan kongres itu, satu perarakan BarisanTani yang mengandungi kira-kira 700 orang telah diadakan dari masjid kampung Jenderam selepas sembahyang Jumaat. Bendera "merah putih" dan "bendera rakyat" turut dikibarkan dalam perarakan itu.

Kongres Tani itu dikatakan bermula pada pukul tiga petang dan didahului oleh ucapan oleh beberapa orang wakil badan-badan progresif, termasuk Parti Buruh dan Pembantu Indonesia Merdeka (PIM). Kongres berakhir pada pukul lima petang. Pada sebelah malamnya telah diadakan pertunjukan sandiwara yang bertemakan semangat perjuangan oleh anggota PETA (Ikatan PemudaTanah Air) cawangan Jenderam (Mohd.Nor Mohd.Amin 1977/78: 49).

Apabila Undang-Undang Darurat diisytiharkan pada 20 Jun 1948, dan berikutan dengan itu parti-parti kiri diharamkan oleh kerajaan penjajah Inggeris, beberapa orang pemimpin dan anggota gerakan kiri dari daerah Hulu Langat telah menyertai perang gerila yang diterajui oleh PKM. Antara mereka termasuklah Khidir Ibrahim, Ketua API Hulu Langat yang terkorban di Hulu Selangor (Ahmad Boestamam 1972: 79) dan Aishah Haji Khatib, Ketua AWAS Bukit Raya, Hulu Langat, yang kisah perjuangannya diceritakan dengan panjang lebar oleh Aishah Ghani dalam memoirnya (1992: 32-35).

Bagaimanapun, berbanding dengan penduduk kampung lain, penduduk kampung Jenderamlah yang paling ramai menyertai perang gerila itu. Ini ditegaskan oleh Wikipedia (http: ms.wikipedia.org/wiki/sejarah_komunis-di Selangor) dengan kata-kata seperti berikut:

Kebanyakan pengganas komunis Melayu yang beroperasi di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan datang dari pemuda Melayu Kampung Jenderam. Mereka ada pertalian persaudaraan atau berasal dengan tokoh komunis seperti Tan Malaka dari Sumatera, Indonesia. (Bahagian pertama, bersambung)

Bahagian kedua: Gerakan Politik Kiri di Kampung Jenderam

Bebalis Masyarakat Membangun

Hasmi Hashim


"Bebalisme adalah orang yang authoriarian…"
--Syed Hussein Alatas, dalam Intelektual Masyarakat Membangun

Tujuan kongkongan adalah pembodohan. Begitulah di sesebuah negeri apabila dihambat dengan pelbagai undang-undang draconian, termasuk lembaga penapisan misalnya, ia tidak lain akan berpenghujung kepada pembodohan ke atas masyarakat. Penguasa yang mengongkong, atau disebut Profesor Syed Hussein sebagai "authoritarian" dapat bertahan berkuasa hasil pembodohan terhadap rakyatnya.

Sebab itu, Mahathir Mohamad (gambar kiri) tetap penting kepada perbincangan. Mantan Perdana Menteri keempat itu telah menciptakan apa yang diistilahkan sebagai "Mahathirisme". Antara ciri khas Mahathirisme adalah krisis logik. Begitu banyak dasar-dasar yang diwujudkan di era pemerintahannya yang sekali imbas dilihat munasabah dan masuk akal, namun andai diteliti, ia sama sekali tidak logik.

Dalam satu temubual dengan sebuah stesyen TV, saya selalu ingat, seorang wartawan bertanya tentang rancangan pemerintah untuk membina ampangan hidroeletrik Bakun, di Sarawak. Hasil tenaga eletrik yang bakal dijana akan disalurkan bukan sahaja untuk Sarawak dan Sabah, tetapi juga ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Jawapan Mahathir, projek hidroeletrik itu murah. Jauh lebih murah berbanding penggunaan sumber arang batu. Bakun akan menggunakan air sebagai sumber penjanaan eletrik, dan air adalah percuma turun dari langit. Air adalah pemberian Tuhan yang tak perlu dibayar.

Ya, sekali dengar tentulah jawapannya munasabah. Mahathir tertawa kecil di hujung jawapannya itu. Tak siapa bertanyakan lanjut, bagaimana dengan kos kabel bawah laut merentas Laut China Selatan dari Sarawak ke Semenanjung untuk membekalkan tenaga elektrik akan tetap murah? Bukankah kos berkenaan akhirnya akan jauh lebih mahal?

Memang, sepanjang dia berkuasa, Mahathir telah berkali-kali tanpa rasa segan mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh di dalam, walaupun dilihat cerdik di luar. Hanya ada seorang yang begitu serius menjawab buah fikiran Mahathir. Dengan gigih, Syed Hussein menuliskan tiga buah buku penting untuk mengilas hujah-hujah utama Mahathir. Tentu malang apabila usaha tekun Syed Hussein tak pernah diperdulikan termasuk di kalangan politisi hari ini yang kemaruk mendamba kuasa.

Apabila Mahathir menuliskan "Dilema Melayu", dengan segala tuduhan bahawa orang Melayu malas secara fitrah, Syed Hussein menjawab dengan buku "Mitos Pribumi Malas". Tunggak hujah Syed Hussein ialah pandangan Mahathir tidak lain telah dicedok daripada propaganda penjajah, khususnya Inggeris yang memakai dakyah serupa di wilayah-wilayah yang mahu dijajahi.

Tujuan dakyah seumpama itu adalah untuk membuatkan pribumi merasakan mereka perlu perlindungan dari "juru selamat". Di Jerman, juru selamat itu pernah bernama Hitler, atau di China bernama Mao. Di era kolonial, juru selamat itu adalah Portugis, Belanda mahupun Inggeris. Selepas merdeka, di Malaysia, Mahathir mencuba untuk mengaitkan watak juru selamat kepada dirinya sendiri. Dan mungkin dia berjaya…

Ditegaskan Syed Hussein, kepimpinan harus muncul dengan gagasan yang munasabah dan jernih, yang datang daripada sifat cintakan ilmu dan semangat falsafah yang jelas. Masyarakat membangun memerlukan kepimpinan idea dan bukan sekadar sosok politik selibriti.

Perkara itu tak wujud, atau tak pernah wujud di Malaysia bukan atas sebab lain, tetapi disebabkan ianya tak pernah difikirkan untuk wujud. Barang diingat, bagaimana segak dan popular sekalipun kepimpinan, tanpa gagasan dan buah fikiran yang terbukti sahih, maka lambat-laun pasti sia-sia. Kuasa pemerintahan sedemikian akan tersungkur akhirnya.

Dalam bab ketiga dari buku "Intelektual Masyarakat Membangun", judulnya "Bebalisme" telah membicarakan masalah ini. Saya ulangi berkali-kali. Saya meyakini, renungan lebih 30 tahun lalu semakin dan semakin jelas nyata berlaku hari demi hari… mahupun selepas lebih sedekad Reformasi; selepas Barisan Nasional (BN) tidak lagi memegang dua-pertiga kerusi di dalam Dewan Rakyat di samping gabungan parti-parti oposisi (Pakatan Rakyat) merasai menang di lima negeri.

Apakah yang ditawar dan dilaksana sebagai alternatif berbanding BN itu semakin baik kepada rakyat dan negeri? Dan jangan lupa, apakah makna yang disebut sebagai "reformasi" sebenarnya?

Bermula dengan meminjam watak Oblomov, dari novel seorang pengarang Rusia, Goncharov; watak berkenaan jadi simbol kritikan terhadap golongan sangat kaya di Russia sebelum Revolusi 1917. Agaknya seperti "Mahathirisme", disebut gejala berkenaan sebagai "Ablomovisme". Lantas apa pula itu "Ablomovisme"?

Itulah sifat yang bagi Syed Hussein, bukan hanya wujud di Rusia. Ia adalah sifat sejagat. Boleh ditemukan di mana-mana, perihal manusia yang malas berfikir, keras kepala yang membatu, lamban, acuh tak acuh sebagai ganti dari usaha gigih. Di dalam konteks masyarakat Melayu, sifat itulah yang disebutkan sebagai "bebal". Bebal pula ialah sifat Pak Pandir daripada kisah hikayat orang-orang Melayu.

Antara ciri utama Pandir dikaitkan pula dengan pribahasa "ibarat tikus baiki labu". Reformasi harus diukur melalui perubahan yang menambah baik kualiti, dan bukannya memburuknya lagi. Agenda reformasi dan perubahan apapun, takkan berjaya sekiranya tak disedari akan wujudnya gejala bebalisme itu, dan risikonya ialah pengganti akan lebih buruk ketimbang yang diganti.

Lalu, saya juga ingat ketika Mahathir mula-mula mahu melaksanakan dasar penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. Tujuannya untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia. Dasar berkenaan tercerna bukan sahaja daripada otak yang mengalami krisis logik, tetapi juga bebal. Justeru dapatlah kita fahami bahawa bebalisme adalah petanda kepada apa yang disebutkan awal tadi sebagai authoriarian atau sifat kuku besi. Ia saling kait mengait.

Selepas 13 tahun jejak perjuangan Reformasi 1998, tidakkah kita terfikir mengapa pencapaiannya masih terhad selingkar hal politik kekuasaan sahaja? Lawan kepada bebalisme, ialah pencerahan. Moga-moga nyalaan kesedaran ini sedang mengambil tempatnya.

*Hasmi bin Hashim, seorang aktivis politik, aktif memain peranan sebagai intelektual awam dengan kritikan sosial, politik-kekuasaan dan kebudayaan. Di dalam arena penulisan lirik lagu, beliau antara lain memakai nama pena Buddhi Hekayat. Tulisan ini dipetik dari Jalan Telawi.

Gerakan Politik Kiri di Kampung Jenderam

Dr. Mohamed Salleh Lamry


Gerakan politik kiri di kampung Jenderam menarik untuk dikaji dan difahami, kerana secara perbandingan, kampung Jenderam adalah salah satu pusat atau kubu gerakan politik kiri yang terkuat, bukan saja pada peringkat daerah Hulu Langat, tetapi juga pada peringkat negeri Selangor.

Sebagaimana yang dinyatakan di atas tadi, di samping beberapa faktor yang umum bagi seluruh daerah Hulu Langat, diperkirakan ada faktor khsusus yang mempengaruhi kemunculan dan perkembangan gerakan politik kiri di kampung Jenderam, iaitu pengaruh dari Indonesia. Pengaruh dari Indonesia ini boleh dilihat dalam empat perkara yang berikut:

Pertama, kampung Jenderam dibuka antara tahun 1909-1910 oleh orang-orang keturunan Minangkabau yang berasal dari kampung Beranang, Hulu Langat. Selepas itu orang-orang keturunan Minangkabau dari kampung lain di daerah Hulu Langat dan dari Minangkabau, Sumatera Barat turut berhijrah ke kampung itu, sehingga akhirnya lebih 90% penduduk kampung itu terdiri daripada orang-orang keturunan Minangkabau.

Sehingga Perang Dunia Kedua (1941-1945), penduduk kampung Jenderam masih mempunyai hubungan yang rapat dengan "alam Minangkabau" yang merupakan tempat asal ibu bapa mereka atau tempat asal mereka sendiri. Salah satu cara mereka mengekalkan hubungan itu adalah dengan berkunjung atau pulang ke Minangkabau. Satu cara lagi adalah dengan menghantar anak mereka belajar ke Minangkabau.

Kedua,
pada tahun 1922 Haji Jalaluddin Ismail, seorang guru agama dari Minangkabau telah datang ke kampung Jenderam, lalu mendirikan sebuah sekolah agama yang diberi nama Madrasatul-Ubudiah. Kedatangan beliau diikuti oleh beberapa orang guru agama lain dari Minangkabau. Haji Jalaluddin adalah seorang ulama "kaum Muda" yang dipengaruhi oleh gerakan pembaharuan agama di Timur Tengah. Jadi kedatangannya turut membawa fahaman kaum muda ke kampung itu.

Ketiga, bekas penuntut Madrasatul-Ubudiah ramai yang melanjutkan pelajaran ke sekolah agama terkenal di Minangkabau, seperti Sekolah-sekolah Diniah dan Thawalib. Sebahagian daripada mereka dilantik menjadi guru sekolah itu apabila balik ke kampung Jenderam, dan turut menyebarkan fahaman kaum muda di kalangan murid dan keluarga mereka. Dengan itu, fahaman kaum muda yang berasal dari Minangkabau itu akhirnya menjadi pegangan umum penduduk kampung Jenderam.

Keempat, anak penduduk kampung Jenderam yang belajar di Minangkabau bukan saja terdedah kepada cara pembelajaran yang baru, yang dikendalikan oleh ulama kaum muda, tetapi juga terlibat dengan gerakan politik. Misalnya pelajar yang belajar di Sekolah Thawalib terlibat dengan Parti Sarekat Islam yang berpusat di Jawa. Di samping itu, ada juga yang belajar politik secara khusus. Misalnya, Abu Bakar Jali yang kemudiannya menjadi Ketua PKMM Jenderam pernah mengikuti kursus politik yang dianjurkan oleh PERMI (Persatuan Mahasiswa Islam) yang mengadakan sekolah politik di Bukit Tinggi. Gurunya ialah Muchtar Lutfi, tokoh politik dari Minangkabau yang pernah belajar di Mesir (Mohd. Nor 1977/78:38-39). Oleh itu, mereka telah terdedah kepada idea anti kolonial, mempunyai pandangan dan pemikiran yang dinamis dan progresif, dan mudah menyokong gerakan politik yang berjuang untuk kemerdekaan di samping membawa fahaman kaum muda, apabila mereka kembali ke tanah air.

Oleh yang demikian, beberapa aspek gerakan politik kiri yang muncul di kampung Jenderam boleh dihuraikan dengan ringkas seperti di bawah ini.

Penglibatan dengan KMM

Gerakan politik kiri boleh dianggap bermula di kampung Jenderam tidak lama setelah KMM ditubuhkan pada tahun 1938 dengan penyertaan penduduk kampung Jenderam dalam organisasi itu. Bentuk penyertaan mereka yang utama adalah dengan menjadi ahli KMM. Meskipun jumlah mereka tidak dapat dipastikan, tetapi sebahagian anak penduduk kampung Jenderam yang pernah belajar di Minangkabau adalah antara orang yang menjadi ahli gerakan itu. Salah seorang daripada mereka ialah Bakar Jali yang dianggap sebagai Ketua KMM Kampung Jenderam (Mohd.Nor Md.Amin 1977/78:40).

Penglibatan dengan Pembantu Indonesia Merdeka (PIM) dan Revolusi Indonesia.

Selepas Indonesia mengisytiharkan kemerdekaannya pada 17 Ogos 1945, sebuah organisasi yang dinamakan PIM telah ditubuhkan di Malaya dengan tujuan untuk menyalurkan bantuan material ke Indonesia. Sebagai orang-orang yang bersemangat patriotik dan anti kolonial, penduduk kampung Jenderam tidak mahu ketinggalan daripada memberi sumbangan kepada saudara mara mereka di Indonesia. Oleh itu, sebuah cawangan PIM telah ditubuhkan di kampung Jenderam dengan dipimpin oleh Abu Bakar Jali. Antara aktiviti yang mereka jalankan adalah memungut wang dan pakaian lama untuk dihantar ke Indonesia melalui ibu pejabat PIM di Kuala Lumpur.

Apabila revolusi Indonesia meletus tidak lama selepas itu, kira-kria 10 orang penduduk kampung Jenderam telah pergi ke Sumatera untuk berbakti kepada Indonesia yang masih mereka anggap sebagai "ibu pertiwi" mereka. Kepergian mereka dengan hanya menaiki sampan direstui dan dibiayai bersama oleh seluruh penduduk kampung Jenderam dan dianggap sebagai wakil seluruh penduduk kampung tersebut. Di Indonesia pada mulanya mereka menyertai pasukan tentera rakyat, kemudian diserapkan ke dalam Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang ditubuhkan pada tahun 1946 (Mohd. Nor Mohd.Amin 1977/78: 41-42).

Penubuhan Cawangan PKMM dan Badan Gabungannya

Di samping memberi bantuan kepada saudara mara mereka di Indonesia dan melibatkan diri dengan revolusi Indonesia, penduduk kampung Jenderam tidak mahu mengasingkan diri dari gerakan politik di Malaya sendiri. Oleh itu, apabila PKMM ditubuhkan pada akhir tahun 1945, mereka dengan cepat melibatkan diri dengan gerakan itu. Dengan dipelopori oleh Bakar Jali dan beberapa orang kawannya yang pernah menjadi ahli KMM, sebuah cawangan PKMM telah ditubuhkan di kampung Jenderam pada awal tahun 1946.

Apabila badan gabungan PKMM, iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Malaya (BATAS) ditubuhkan tidak lama selepas itu, penduduk kampung Jenderam juga tidak ketinggalan daripada melibatkan diri dengan semua gerakan itu. Ini bererti pada masa itu hampir seluruh penduduk kampung Jenderam, lelaki dan perempuan, telah melibatkan diri dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.

Bagaimanapun, menarik juga diperhatikan bahawa pada masa itu tidak ada kepimpinan yang berasingan bagi menerajui PKMM, API, dan BATAS kampung Jenderam. Sebaliknya, semua pemimpin PKMM merangkap sebagai pemimpin API dan BATAS. Barisan kepimpinan ketiga-tiga organisasi itu adalah seperti berikut:

Ketua 1: Bakar bin Jali
Setiausaha: Ustaz Haji Hashim
Ahli Jawatankuasa: Osman bin Binu, Jani bin Sudin, Ustaz Talib Nor, Abdul Latif bin Arshad, Mohd.Sharif bin Jamek

Mengenai jawatankuasa AWAS kampung Jenderam pula, nama mereka adalah seperti berikut:

Ketua 1: Fatimah bintiHaji Kassim
Setiausaha: Rosnah binti Mien
Bendahari: Mariam bintiJaafar
Ahli Jawatankuasa: Zaharah binti Hamid, Hindon binti Tahir, Zaharah binti Kassim

Sebagaimana yang dinyatakan di atas, beberapa orang pemimpin dari kampung Jenderam, seperti Bakar Jali dan semua pemimpin AWAS bukan saja menjadi pemimpin pada peringkat kampung itu, tetapi juga pada peringkat negeri Selangor. Ini menunjukkan betapa pentingnya kedudukan dan peranan pemimpin gerakan kiri dari kampung Jenderam dan memang selaras dengan kedudukan kampung Jenderam sebagai salah sebuah kubu gerakan kiri di Selangor.

Penglibatan dalam Perang Gerila

Penglibatan penduduk kampung Jenderam dengan perang gerila yang diterajui oleh Parti Komunis Malaya (PKM) terhadap penjajah Inggeris wajar dihuraikan di sini, kerana ia merupakan satu episod penting dalam sejarah perjuangan penduduk kampung Jenderam, malah itulah satu cara yang terbuka bagi orang-orang nasionalis kiri untuk meneruskan perjuangan mencapai kemerdekaan.

Selepas Undang-Undang Darurat diisytiharkan pada 20 Jun 1948, kampung Jenderam sebagai salah sebuah pusat atau kubu gerakan nasionalis kiri menjadi tumpuan pihak polis yang bertindak menangkap orang-orang yang menjadi pemimpin dan aktivis gerakan itu. Oleh itu, sepanjang tahun 1948 dan awal 1949 ada 16 orang penduduk kampung Jenderam yang telah ditangkap, sama ada kerana tidak sempat melarikan diri atau tidak mahu berbuat demikian. Di samping itu,sekurang-kurangnya ada lima orang yang telah melarikan diri ke Indonesia dan tidak balik semula ke negara ini (Mohd.Nor 1977/78: 58-60).

Namun, mengikut maklumat yang diperolehi oleh Mohd. Nor Mohd.Amin (1977/1978:58-60), sekurang-kurangnya ada 18 orang penduduk kampung Jenderam yang lebih rela masuk ke hutan dan menggabungkan diri dengan tentera PKM daripada membiarkan diri mereka ditangkap dan dijadikan tahanan politik. Mereka ialah:

1. Bakar bin Jali
2. Azman bin Haji Nordin
3. Hamid bin Tahir
4. Yaakob bin Mohd.Ali
5. Alias bin Siu
6. Mohamd Akib bin Kassim
7. Manaf bin Pisah
8. Ismail bin Manan
9. Yunus bin Buyung
10. Ismail bin Mohd.Sharif
11. Mohd.Zainbin Haji Kassim
12. Tajuddin bin Mahat
13. Yunus bin Abu
14. Abdul Malik bin Kabut
15. Sulaiman bin Haji Said
16. Malik bin Haji Bor
17. Manan bin Abdul Latif
Karim bin Sulaiman

Golongan 18 orang ini tidak mahu ditangkap dan dijadikan tahanan politik, dan dengan itu perlu mencari alternatif untuk meneruskan perjuangan mereka. Dari awal lagi mereka sudah melihat bahawa perjuangan bersenjata adalah jalan yang perlu mereka tempuh untuk meneruskan perjuangan mereka. Timbulnya persepsi yang demikian sekurang-kurangnya kerana dua faktor utama. Pertama, semasa melibatkan diri dengan API, mereka telah diorientasikan untuk berjuang secara bersenjata berdasarkan slogan API, "Merdeka dengan Darah." Kedua, sebagai orang-orang yang masih merasa dekat dengan perjuangan kemerdekaan di Indonesia, mereka juga melihat bahawa perjuangan secara revolusi atau perjuangan bersenjata adalah satu cara perjuangan yang boleh dijadikan contoh.

Walau bagaimanapun, pada masa itu mereka sebenarnya dalam keadaan ketiadaan pimpinan dan arahan. API dan PETA telah diharamkan. Ahmad Boestamam, bekas pemimpin API telah ditahan, manakala Wahi Anuar bekas pemimpin PETA telah masuk ke hutan di Temerloh, Pahang. Pemimpin utama PKMM, kecuali penasihatnya Dr.Burhanuddin telah ditahan. Dr.Burhanuddin pula tidak membuat apa-apa hubungan lagi dengan mereka. Oleh itu, pada mulanya mereka hanya bersembunyi dan bergerak secara sulit di sekitar kampung mereka dan belum ada hubungan secara langsung dengan PKM. Aktiviti mereka juga terbatas kepada mengadakan pertemuan dan perbincangan sesama sendiri.

Namun, kira-kira tiga atau empat bulan kemudian, mereka telah dihubungi oleh utusan PKM yang mempelawa mereka supaya menyertai perang gerila yang dilancarkan oleh parti itu. Mereka menerima pelawaan PKM, kerana ketika itu hanya itulah jalan yang boleh mereka pilih jika mereka mahu meneruskan perjuangan mereka... (Bahagian kedua, bersambung)

Bahagian pertama: Kertas kerja politik kiri "ditolak" selepas "isu Mat Sabu"

*Bahagian kedua kertas kerja berjudul "Gerakan politik kiri di Hulu Langat, 1946-1948", tulisan Dr. Mohamed Salleh Lamry (gambar kanan). Kertas kerja ini telah "ditolak" daripada dibentangkan dalam satu seminar "Sejarah Daerah Hulu Langat", anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor (PSMCS), selepas berlakunya "isu Mat Sabu".