Nama Mukim Kechau, Kuala Lipis menjadi bualan pengguna internet sejak
beberapa hari ini apabila tanah yang berkeluasan 77,000 hektar itu
mempunyai sumber emas mentah yang tertanam di bawahnya.
Untuk pengetahuan semua kawasan Mukim Kechau terletak dalam jajaran
dikenali sebagai Sutera Raub-Bentong. Jajaran ini pula terletak dalam
Jajaran Emas negara yang merentasi beberapa buah negeri di Semenanjung
bermula dari Thailand hingga ke Batang Melaka, Jasin.
Penemuan emas baru-baru ini umpama rezeki ‘durian runt0h’ untuk penduduk setempat. Menurut pihak Kosm0,
ada sebahagian penduduk telah membeli kenderaan baru secara tunai.
Bahkan ada juga penduduk membeli jengkaut untuk memudahkan kerja-kerja
melomb0ng emas di tanah mereka sendiri.
Tetapi kegembiraan penduduk setempat tidak bertahan lama apabila
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengarahkan
keg!atan melomb0ng emas di kawasan Kechau, Lipis dihentikan serta merta.
Menurut beliau, arahan itu dikeluarkan untuk memastikan keg!atan
terbabit dapat dikawal sebelum menjadi lebih ser!us.
“Walaupun kegiatan melomb0ng emas itu dilakukan di atas tanah milik
sendiri, hasil mineral tertakluk kepada peraturan dan hak kerajaan
Pahang.
“Sebab itu saya minta mereka hentikan keg!atan itu untuk mengelak
daripada dikenakan tindakan,” katanya ketika mengulas keg!atan melomb0ng
emas di Kampung Kechau. Katanya, tindakan tegas itu diambil bagi
mengelakkan kerajaan negeri kehilangan hasil pendapatan.
Mengulas status pemilik tanah yang memoh0n lesen pelomb0ng kecil
(LPK), Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri perlu meneliti permoh0nan iu
sebelum kelulusan diberikan. Ini disebabkan kerana ada permoh0nan
membabitkan antara 10 dan 15 individu di kawasan sama. – Sumber & foto dipetik dari The v0cket
SEJAK Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan Rabu lalu,
semua yang telah menerima suntikan dos pertama vaksin Pfizer BioNTech
memberikan respons positif.
Apa yang digembar-gembur golongan antivaksin mengenai gejala kesan sampingan juga tidak dilaporkan.
Misalnya, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini
berkongsi keadaannya yang dalam keadaan sihat walafiat selepas 48 jam
menerima suntikan vaksin COVID-19.
“Berada di pejabat pagi tadi bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Mohd Shafiq Abdullah.
“Alhamdulilah kami berada dalam sihat walafiat selepas 48 jam disuntik vaksin COVID-19.
“Kami dan seluruh warga kerja KKM akan terus berjuang serta
berkhidmat kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menghentikan penularan
COVID-19. Bersama kita mainkan peranan,” katanya menerusi hantaran di
Facebook beliau hari ini.
JAWATANKUASA Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) diarah bersidang bagi membincangkan ruang
penambahbaikan undang-undang syariah yang boleh dilaksanakan khususnya
berkenaan kesalahan jenayah syariah.
Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri susulan keputusan Mahkamah Persekutuan
kelmarin berhubung keabsahan peruntukan seks luar tabii di dalam
Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
Menurut Dr Zulkifli, beliau juga telah mengadakan perbincangan
bersama Penasihat Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
bagi mendapatkan pandangan beliau berkenaan kesan dan implikasi
perundangan yang berbangkit daripada keputusan mahkamah.
Beliau juga pada masa sama menyeru agar umat Islam dan seluruh rakyat
Malaysia menghormati penghakiman tersebut dan tidak mencetuskan
spekulasi.
“Semua pihak diminta bertenang dan tidak memberikan ulasan atau
pandangan yang boleh mencetuskan suasana yang tidak sihat serta boleh
menjejaskan perpaduan dan kehamonian dalam negara yang tercinta ini,”
katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tambah Dr Zulkifli, sebagai menteri yang bertanggungjawab hal ehwal
Islam, beliau akan terus menjunjunjung prinsip Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan menjunjung Islam sebagai
agama bagi Persekutuan menjadikan kedudukan agama Islam lebih istimewa
berbanding agama lain seperti mana diputuskan Mahkamah persekutuan dalam
kes-kes terdahulu.
Tambahnya, beliau mengambil maklum keputusan Mahkamah Persekutuan
kelmarin berhubung keabsahan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor
1995 dan penghakiman tersebut diputuskan berpandukan Perlembagaan dan
undang-undang dalam mencari penyelesaian yang terbaik bagi maslahat
semua sama ada yang Islam atau bukan.
“Penghargaan ditujukan kepada Exco Hal Ehwal Islam, Pengguna dan
Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mewakili kerajaan
Selangor yang akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan
dan meleiti perkara tersebut bagi memperkasan perundangan syariah di
Selangor.
‘Ini satu tindakan proaktif yang wajar diberi pengiktirafan,” katanya.
ISKANDAR
PUTERI: Seramai 40 pengunjung termasuk seorang warganegara Vietnam
ditahan ketika sedang berhibur di pusat hiburan di kawasan Jalan Jati 2,
Taman Nusa Bistari Jaya di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi
Mukhtar, berkata dalam kejadian jam 12.10 malam itu, daripada 40 yang
ditahan 29 adalah wanita manakala 11 lelaki berusia lingkungan 20
hingga 59 tahun.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit mempunyai lesen hiburan karaoke yang sah.
"Penjaga premis yang bekerja sebagai pengurus dan juruwang, turut
ditahan. Penjaga premis itu tiada sebarang rekod jenayah lampau.
"Hasil ujian air kencing dijalankan terhadap kesemua pekerja premis
dan pelanggan, mendapati enam individu dikesan positif dadah jenis
methamphetamin dan disiasat di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah
Berbahaya 1952.
"Semua 40 individu yang berada didalam premis itu dikompaun kerana
ingkar prosedur operasi standard (SOP) iaitu tidak memakai pelitup mulut
dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal.
"Sementara, wanita warga Vietnam turut disiasat di bawah seksyen
15(1)(c)Akta Imigresen 1959/1963," katanya dalam kenyataan di sini, hari
ini.
Turut dirampas perkakasan hiburan seperti satu televisyen, dua
mikrofon, satu video CD, satu pembesar suara, dua kertas disyaki senarai
bilik yang dilanggan dan dua walkie talkie.
JASIN: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyasarkan
Tahap Sara Diri (SSL) bagi bekalan beras dalam negara mencapai 75
peratus dalam tempoh lima tahun.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makan 1, Datuk Seri Ahmad
Hamzah, berkata setakat ini tahap SSL bekalan beras dalam negara dapat
menampung 70 peratus keperluan manakala bakinya diimport membabitkan
beras premium termasuk basmathi serta beras perang.
"Sehubungan itu beberapa langkah dirumus termasuk meningkatkan
teknologi pengeluaran untuk melonjakkan lagi hasil pengeluaran padi di
negara ini," katanya selepas menyampaikan Insentif Teknologi Pelan Jana
Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Jabatan Pertanian negeri, hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk
Wira Ghazale Muhamad; Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan
Industri dan Pengembangan), Eliyas Saad dan Pengarah Pertanian negeri,
Mohd Rasydan Mohd Yusop.
Sementara itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Jasin berkata, seramai
600 penerima terdiri daripada kalangan petani di daerah Jasin menerima
pakej bantuan input pertanian seperti baja, benih dan peralatan bernilai
RM500 setiap seorang manakala maksimum RM50,000 pula bagi setiap
komuniti.
Bagi fasa kedua tahun ini, Jabatan Pertanian memperuntukkan RM21.18
juta yang akan memberi manfaat kepada 27,524 individu dan 1,064
komuniti di seluruh negara.
"Di Melaka saja, seramai 3,151 individu dan 130 komuniti akan menerima insentif PENJANA tahun ini.
"Justeru, saya berharap semua penerima akan segera menggunakan
alatan yang diberi dengan sebaiknya kerana menerusi penanaman sayuran
ini akan dapat membantu mereka berjimat belanja dapur hingga RM110
sebulan," katanya.
KUALA
LUMPUR: Pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat cepat
bertindak menangani setiap krisis, terutama kesan pandemik COVID-19 yang
begitu ketara.
Tindakan itu termasuk memberikan bantuan munasabah dan seimbang
kepada seluruh masyarakat yang terkesan dari segi ekonomi akibat wabak
berkenaan.
Kemuncak kepada usaha itu ialah pada 21 Februari lalu apabila
kelompok pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech dan semalam dengan
ketibaan 200 liter vaksin Sinovac dari China.
Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School (PBS),
Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul
Latiff, berkata sepanjang setahun ini, kerajaan bukan saja mengumumkan
pelbagai inisiatif tetapi proaktif serta terus membuat pemantauan bagi
memastikan bantuan itu sampai kepada golongan sasar.
"Sepanjang hampir setahun menerajui kepemimpinan, kerajaan bukan saja
segera memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi tetapi selari membuat
pemantauan melalui laporan mingguan oleh unit laksana di bawah
Kementerian Kewangan.
"Sebanyak lima pakej rangsangan dilancarkan tahun lalu bernilai RM305
bilion dan tidak termasuk peruntukan terbesar dalam sejarah yang
diumumkan di bawah Belanjawan 2021 iaitu RM322.5 bilion.
"Ini sudah cukup membuktikan kerajaan bersungguh-sungguh membela
nasib rakyat dan perniagaan dan dapat disaksikan apabila Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu, tidak
sampai dua minggu selepas itu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
(PRIHATIN) dilancarkan dan disusuli pakej lain selepasnya.
"Apabila PKP kali kedua dilaksanakan pada 13 Januari lalu, Pakej
Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pula
dilancarkan, tidak sampai seminggu sekatan perjalanan itu bermula,"katanya.
Beliau berkata, dengan pakej rangsangan itu, impak kemelesetan
ekonomi, dapat diminimumkan dan perkembangan keseluruhan 2020, dianggap
memuaskan berikutan ramai menjangkakan keadaan lebih teruk daripada itu.
Kira-kira 4.8 juta pekerja mendapat manfaat daripada Langkah Tambahan
yang diumumkan bagi membantu meringankan beban kewangan perusahaan
kecil dan sederhana (PKS) dalam PERMAI.
Di bawah Pakej PRIHATIN pula, katanya, Program Subsidi Upah (PSU)
kepada majikan diberi enam bulan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi
Negara (PENJANA).
Selain PRIHATIN, PERMAI, PSU, tumpuan membantu golongan B40, Skim
MYFutureJobs, Geran Khas PRIHATIN dan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan
dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Ahmed Razman berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
menyusut negatif 5.6 peratus pada keseluruhan 2020, namun menunjukkan
pemulihan ketara tahun ini.
"Ini sangat memuaskan kerana ramai menjangkakan lebih teruk daripada
itu. Walaupun menyusut sepanjang 2020, namun negatif 4 pada November
tetapi pada Disember ini mencatatkan 1.7 peratus, sekali gus penguncupan
semakin perlahan.
"Angka eksport pula menunjukkan momentum positif lima bulan
berturut-turut, berkembang 6.6 peratus pada Januari lalu kepada RM89.63
bilion (eksport Malaysia)," katanya.
Pengerusi Persatuan Pemandu Teks1M Lembah Klang, Yuzaimi Yusof,
berkata ramai ahlinya mendapat manfaat sekali gus membantu mereka
meneruskan kelangsungan hidup dan sangat berterima kasih kepada
inisiatif itu dilakukan secara berperingkat.
Berdasarkan keadaan semasa, katanya, tempoh setahun pentadbiran PN
disifatkan baik dalam usaha mengawal ekonomi dan kebajikan rakyat.
"Antaranya pemandu teksi yang memohon mendapat bantuan one-off RM500,
GKP RM3,000 dan BPN berikutan ramai termasuk dalam golongan B40.
"Misalnya menerusi GKP itu kami dapat sumber kewangan untuk menampung
perbelanjaan harian, malah ada yang menggunakan untuk menerokai bidang
pekerjaan baharu, sekali gus tidak terasa diketepikan mendapatkan
bantuan sewajarnya," katanya.
Individu cacat fizikal, Muhammad Nazreen Khuzairi Fauzi, 26, yang
bekerja sebagai penghantar makanan, berkata banyak manfaat diperoleh
secara individu menerusi PENJANA, BPN dan faedah caruman Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO) walaupun tiada majikan tetap.
"Saya dilindungi caruman PERKESO iaitu hanya perlu membayar RM60
setahun dan selama itu dilindungi insurans. Sejak dua tahun lalu, saya
bekerja sebagai penghantar makanan," katanya yang turut mendapat bantuan
bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM400.
KEPALA
BATAS: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sentiasa
terbuka terhadap sebarang rungutan atau teguran khususnya daripada
kalangan pesawah berkaitan pengedaran serta penjualan benih padi.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald
Kiandee berkata, langkah penambahbaikan juga akan dibuat dari semasa ke
semasa demi manfaat para pesawah pada ketika ini.
“Sebenarnya, ini adalah pengalaman
baharu buat Nafas (Pertubuhan Peladang Kebangsaan) apabila dilantik
sebagai pengedar tunggal benih padi kepada pesawah.
“Apapun, semua tindakan penambahbaikan yang kita buat ini adalah demi kebaikan pesawah semata-mata,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas
melancarkan dua varieti baharu padi keluaran Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) iaitu MR315 dan MRQ104 di pejabat
MARDI Seberang Perai, di sini hari ini.
Dfahamkan, varieti pertama iaitu
MR315 atau diberi nama Seri Waja itu diperkenalkan untuk memberi
kepelbagaian kepada genetik padi selain menawarkan lebih pilihan kepada
pesawah.
Sementara itu, varieti MRQ 104 atau Kembangsari pula dihasilkan untuk membuka pasaran beras wangi tempatan secara lebih meluas.
Menurut Ronald, kedua-dua varieti itu
dihasilkan selepas satu kajian selama lebih 10 tahun dijalankan bagi
memastikan padi tersebut tahan penyakit selain sesuai dengan tanah dan
iklim tempatan.
“Kita jangkakan dengan adanya varieti baharu ini, tabung makanan negara ketika ini dapat ditingkatkan.
“Pada masa sama, pengenalan varieti
ini juga diharap dapat memberikan hasil yang lebih tinggi juga iaitu
sehingga sembilan metrik tan per hektar untuk tanaman padi,” ujar
beliau. -UTUSAN ONLINE
KUALA
LUMPUR : Dua beradik dan seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki
mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuching dari arah Bulatan
Segambut menghala ke Kepong, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur
Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata pihaknya menerima maklumat
berhubung kejadian itu pada jam 12.30 tengah malam membabitkan kereta
Proton Satria Neo dan pikap jenis Mazda BT 50.
Beliau berkata, mangsa yang maut ialah Lee Pan Nee, 45, dan adik lelakinya, Lee Veeran, 35, serta Muhammad Hafiz MD Isa, 32.
Katanya, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Proton
Satria Neo dipandu Muhammad Hafiz, datang dari arah Kepong menghala ke
Bulatan Segambut hilang kawalan lalu melanggar batu penghadang di tengah
jalan.
"Kereta itu kemudian masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dinaiki Pan Nee, dan adik lelakinya, Veeran.
"Akibat kemalangan itu mereka yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Mayat dibawa ke Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dah bedah
siasat akan dibuat setelah keputusan ujian COVID-19 diperolehi," katanya
dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, ketika kejadian adik-beradik itu yang berniaga ikan dalam perjalanan ke pasar borong untuk membeli ikan.
"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
KOTA
TINGGI: Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) bakal menyambut
sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhannya, tahun depan, iaitu pada 1 Jun
2022.
KEJORA yang ditubuhkan pada 1 Jun 1972 adalah antara Lembaga
Kemajuan Wilayah (LKW) terawal ditubuhkan di Malaysia yang
bertanggungjawab menyelia dan membangunkan Wilayah Johor Tenggara.
Wilayah KEJORA di bahagian Johor Tenggara itu membabitkan kawasan
seluas 151,231 hektar Wilayah semenanjung Pengerang dan 149,919 hektar
Wilayah Johor Tengah.
Penubuhannya adalah satu strategi pembangunan terancang kerajaan
untuk mempercepatkan pembangunan wilayah yang mundur untuk mencapai
keseimbangan pembangunan dan ekonomi antara wilayah.
Bertunjangkan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB)bagi mencapai visi
Luar Bandar Sejahtera, KEJORA terus mengorak langkah untuk menjadi
Peneraju Wilayah Johor Tenggara pada 2030.
Pengerusinya, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh, berkata banyak
perubahan yang dilakukan KEJORA di bahagian Johor Tenggara yang bermula
daripada kawasan yang tidak dikenali serta hutan belukar.
"Hari ini, banyak bangunan, infrastruktur serta kemudahan
fasiliti dibina di Wilayah KEJORA khususnya di Bandar Penawar, di sini.
"Bagi menyemarakkan sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhan KEJORA,
pelbagai acara menjelang sambutan sudah disusun dan akan dilaksanakan
bagi menghargai jasa anggota, selain memaklumkan kepada umum kejayaannya
sejak ditubuhkan.
"Antara acara yang disenaraikan sepanjang tahun ini hingga tahun
depan termasuklah Pertandingan Merekacipta Logo Dan Slogan, Pertandingan
Virtual Run 2021, Pertandingan Kuiz Online 2021, Wawancara Eksklusif,
Executive Talks, Pameran 50 Tahun KEJORA dan Majlis Kemuncak Sambutan
Jubli Emas 50 Tahun KEJORA," katanya pada Majlis Prapelancaran Sambutan
Jubli Emas KEJORA, di sini.
Sementara itu, Timbalan Menteri 1 Kementerian Pembangunan Luar
Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, berkata KEJORA yang bakal
menyambut sambutan Jubli Emas 50 tahun penubuhannya tahun depan,
disifatkan sebagai LKW paling cemerlang prestasi pembangunannya, di
negara ini.
Katanya, sepanjang 49 tahun penubuhannya, KEJORA berjaya membangunkan
masyarakat luar bandar di wilayah Johor Tenggara menerusi pemerkasaan
modal insan, prasarana dan sosioekonomi mampan.
"Sebagai satu daripada LKW yang terawal ditubuhkan di negara ini,
KEJORA menggalas amanah dengan matlamat untuk menangani
ketidakseimbangan wilayah melalui penerokaan tanah, pembukaan kawasan
baharu dan menyediakan infrastruktur asas di kawasan yang tidak dapat
diakses serta mempunyai kepadatan penduduk rendah.
"Penubuhan KEJORA pada 1 Jun 1972 adalah kesinambungan dari
pembentukan LKW pada tahun 1970-an, yang bermatlamat untuk
mempercepatkan pembangunan kawasan kurang maju dan menangani cabaran
sosio ekonomi yang dihadapi oleh negara ini seperti kemiskinan dan
ketidaksamarataan tahap ekonomi.
"Warga KEJORA haruslah berasa bertuah dan bersyukur kerana berjaya
mengharungi pelbagai halangan dan rintangan selama 49 tahun
penubuhannya.
"Kejayaan KEJORA hari ini adalah kejayaan semua warga kerja termasuk
pegawai dan kakitangannya yang berganding bahu demi memastikan
kesejahteraan masyarakat luar bandar terbela," katanya pada majlis
prapelancaran berkenaan.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, pengiktirafan yang diterima
KEJORA lebih daripada empat dekad membuktikan pada usia Jubli Emas,
KEJORA sudah mampu terkehadapan dan mendahului pembangunan di wilayah
diurus LKW.
"Inilah citra yang berjaya dibina bersama hasil jerih-payah
perjuangan perintis KEJORA terdahulu dan ia perlu diuar-uarkan kepada
masyarakat supaya kejayaan KEJORA dapat disebar luas dan menjadi
inspirasi kepada semua," katanya.
2 projek khas ringan beban, tingkat taraf hidup penduduk
Kota Tinggi: Satu daripada misi KEJORA di wilayah pembangunannya
adalah meningkatkan pendapatan penduduk kumpulan sasar daripada miskin
tegar, miskin dan berpendapatan rendah (B40) di luar bandar melalui
pembabitan mereka dalam projek ekonomi yang mampu meningkatkan taraf
hidup mereka.
Ia termasuklah pembayaran wang sumbangan dan dividen menerusi dua
projek khas iaitu Tabung Ladang Berskala Besar (TLBB) dan Projek
Ternakan Burung Walit Berkelompok Kampung Belukar Durian.
Pengurus Besar KEJORA, A Jalil Md Arsad, berkata Kementerian
Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sebanyak RM4.78 juta
kepada KEJORA bagi melaksanakan Projek Tanaman Nanas menerusi Program
Projek Ladang Buah Berskala Besar (EPP7), pada 2014.
Katanya, KEJORA dilantik sebagai agensi pelaksana dan pembayar bagi
pelaksanaan projek berkenaan membabitkan kerja penyediaan infrastruktur
luar bandar yang merangkumi jalan ladang, bekalan air dan elektrik
dengan Tetuan Ergobumi Sdn Bhd dilantik sebagai syarikat peneraju dan
merupakan pemajak tanah pertanian KEJORA seluas 124.542 hektar di
sebahagian Kawasan Pertanian Kampung Tuan Seh, Sedili Besar bagi
pelaksanaan projek berkenaan.
Oleh itu, syarikat berkenaan dikehendaki menjelaskan wang sumbangan
TLBB kepada KEJORA bagi disalurkan kembali kepada penduduk golongan
sasar di wilayah KEJORA khususnya peserta Program Perumahan Rakyat
Termiskin (PPRT) Taman Sinar Sedili bagi tujuan sumbangan sempena
sambutan Aidilfitri, bantuan persekolahan dan juga kecemasan.
"KEJORA memperuntukkan sebanyak RM19,600 iaitu pada kadar bayaran
RM200 bagi setiap ketua isi rumah (KIR) Taman Sinar Sedili membabitkan
98 keluarga.
"Ia bagi meringankan beban kewangan penduduk Taman Sinar Sedili yang
terjejas pendapatannya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dilaksanakan," katanya.
Mengulas lanjut, A Jalil berkata, bagi Projek Ternakan Burung Walit
Berkelompok Kampung Belukar Durian pula pelaksanaannya diluluskan KEJORA
sejak 9 November 2010 dengan peruntukan RM300,000.
Katanya, keuntungan daripada hasil pendapatan projek berkenaan
diagihkan kepada 30 peserta yang disenaraikan e-Kasih di mukim Sedili
Kecil.
"Sehingga 31 Disember 2020, sebanyak RM22,260 bayaran dividen
menerusi projek berkenaan diberikan kepada peserta melalui hasil
keuntungan projek berkenaan.
"Seramai 30 peserta menerima bayaran dividen berkenaan iaitu sebanyak RM300 seorang," katanya.
Sementara itu, penerima pembayaran wang sumbangan dan dividen
menerusi dua projek khas iaitu TLBB dan Projek Ternakan Burung Walit
Berkelompok Kampung Belukar Durian, bersyukur bayaran berkenaan terus
diberikan, sekali gus meredakan bebanan ditanggung.
Bagi ibu tunggal, Munah Rahmat, 70, penerima dividen Projek Ternakan
Burung Walit Berkelompok Kampung Belukar Durian, berkata beliau sudah
menerima bayaran dividen berkenaan sejak lima tahun lalu.
"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana KEJORA tidak melupakan penduduk miskin di wilayah pentadbirannya.
"Manfaat yang diterima ini amat besar maknanya bagi kami penduduk
kurang mampu sekali gus meredakan bebanan ditanggung," katanya.
Mohammad Amin Abu Naim, 52, yang juga penerima sumbangan TLBB pula
berkata, beliau yang bekerja sebagai nelayan sememangnya terbeban dan
terjejas berikutan musim monsun selain pelaksanaan PKP.
"Sumbangan yang diterima ini menambah hasil pendapatan keluarga dan
boleh digunakan bagi membeli barang keperluan kami," katanya.
Ia dipersetujui peniaga burger, Napsiah Abd Manap, 47, yang bersyukur
kerana sumbangan menerusi TLBB itu akan dimanfaatkan sepenuhnya
penerima di kalangan keluarga B40.
"Peserta bukan sahaja disediakan rumah bagi setiap keluarga malah
banyak lagi manfaat termasuk sumbangan TLBB yang sangat membantu kami,"
katanya.
KEPALA BATAS: Kandang kambing di Jalan Permatang Kerai Besar, di sini, terbakar mengakibatkan 25 haiwan itu rentung, semalam.
Kebakaran dipercayai berpunca daripada pembakaran najis kambing yang dilakukan di bawah kandang berkenaan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan pada
jam 10.18 malam.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.
"Ketika tiba di lokasi, didapati kandang berkenaan sudah terbakar
sebanyak 90 peratus dan strukturnya yang diperbuat daripada kayu
menyebabkan api marak dengan cepat.
"Difahamkan oleh pemilik haiwan itu bahawa kejadian dipercayai
berpunca daripada kerja pembakaran najis kambing yang dilakukan pada
petang semalam," katanya ketika dihubungi, di sini.
Api berjaya dikawal pada jam 10.40 malam dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.04 malam.
PADANG BESAR: Dua lelaki ditahan selepas polis merampas 9.82 gram (gm) dadah daripada mereka di Beseri, di sini, kelmarin.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
(JSPT) Perlis, Asisten Superintendan Mohd Rizal Emran, berkata kejadian
berlaku sekitar jam 4 pagi apabila polis dari JSPT Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Perlis sedang melakukan rondaan di sekitar kawasan
Beseri.
"Ketika rondaan dilakukan, pihak kami ternampak sebuah kereta Proton
Wira dalam keadaan mencurigakan sedang berada di sebuah stesen minyak di
Jalan Kaki Bukit, berdekatan pekan Beseri.
"Ketika anggota polis cuba menghampiri kenderaan suspek untuk
diperiksa, pemandu kereta itu bagaimanapun terus memecut laju melarikan
diri menyebabkan polis terpaksa mengejar suspek," katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
"Suspek berjaya ditahan apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas
di Jalan Kampung Darat, Beseri sekitar satu kilometer daripada lokasi
stesen minyak mereka dikesan.
"Pemeriksaan terhadap suspek yang berusia 32 dan 24 tahun itu berjaya
menemui empat paket plastik lutsinar serbuk kristal disyaki dadah jenis
syabu seberat 9.15 gm serta satu paket plastik lutsinar disyaki dadah
jenis heroin berat 0.67 gm," katanya.
Beliau berkata, suspek yang bekerja sendiri itu ditahan dan
dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Padang Besar untuk
tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39(A)(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
TANJUNG
MALIM: Projek Kebun Bandar yang diusahakan oleh penduduk Proton City,
dekat sini, bukan sahaja dapat mengurangkan belanja dapur isi rumah,
namun turut memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk.
Kebun berkenaan diusahakan di pinggir taman perumahan bersebelahan
kaki Banjaran Titiwangsa mempunyai keluasan kira-kira 0.5 hektar.
Pengarah Kebun Bandar, Abd Razak Mat Taib, 49, berkata kebun itu
diwujudkan atas inisiatif penduduk bersama mahasiswa ijazah sarjana dari
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Majlis Daerah Tanjung Malim
(MDTM) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Proton City sekitar tahun 2017.
Katanya, seramai 30 penduduk terbabit dalam mengusahakan tanah yang
dijadikan Kebun Bandar dengan menanam sayur-sayuran dan tumbuhan herba.
"Setiap peserta secara berkelompok akan diberikan kawasan atau tapak bagi bercucuk tanam dengan tanaman masing-masing.
"Biasanya, peserta akan meluangkan masa bersama di Kebun Bandar pada
cuti hujung minggu dan pada hari biasa, mereka akan bergilir-gilir
menyiram tanaman," katanya ketika ditemui, dekat sini.
Menariknya, Kebun Bandar ini juga mempunyai Rumah Pengeringan Solar
yang dibina oleh UKM bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
untuk tujuan pengeringan, terutama bagi tumbuhan herba.
Antara tanaman yang ditanam selain sayuran ialah bahan asas masakan
seperti pokok daun kari, bunga kantan, serai, kesom dan pandan.
Sementara tumbuhan herba pula terdiri daripada pokok mahkota dewa, salam, lamundi, serai wangi dan mata itik.
Abd Razak berkata, kaedah Kebun Bandar yang diwujudkan di taman
perumahan ini banyak memberi manafaat kepada isi rumah kerana mereka
tidak perlu lagi membeli sayuran asas ketika memasak untuk keluarga.
Katanya, penduduk di taman perumahan ini terdiri daripada pelbagai
golongan dan latar belakang yang berbeza dan dengan adanya Kebun Bandar,
ia sekali gus dapat memupuk semangat kejiranan.
Sementara itu, peserta yang juga pensyarah di Jabatan Biologi,
Fakulti Sains dan Matematik UPSI, Dr Nor Nafizah Mohd Noor, berkata
Kebun Bandar menjadi tempat penuntut fakulti terbabit menjalankan kajian
dan penyelidikan tumbuhan herba.
KUALA
LUMPUR: Suntikan fiskal melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan
Rakyat Malaysia (PERMAI) diumumkan kerajaan memberi kesan serta-merta
kepada pergerakan ekonomi.
Sebanyak 44 peratus daripada keseluruhan Pakej PERMAI
bernilai RM15 bilion berbentuk suntikan fiskal, yang antara lain mampu
meminimumkan implikasi negatif susulan sekatan perjalanan menerusi
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru-baru ini.
Ia membabitkan Bantuan Prihatin Nasional Fasa Kedua (BPN 2.0),
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) dan
beberapa bantuan lain.
Pakar Ekonomi dari Universiti Putra Malaysia, Dr Ahmed Razman Abdul
Latif, berkata laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi
Antara Agensi Nasional (LAKSANA) juga membuktikan inisiatif dalam Pakej
PERMAI bersifat mudah untuk dilaksana dan disalurkan kepada orang ramai.
berkata, impak daripada pelaksanaan Pakej PERMAI adalah
ketara dan mampu dinikmati masyarakat pelbagai lapisan, selain
sebahagian besar peruntukan sudah disalurkan penerima.
"Secara prinsipnya, kalau berlaku suntikan wang secara langsung
memang akan beri kesan serta-merta kepada ekonomi, walaupun bantuan di
bawah Pakej PERMAI bersifat jangka pendek.
"Angka dibentang dalam laporan LAKSANA juga signifikan apabila lebih
30 peratus daripada peruntukan BPR sudah sampai kepada 8.45 juta
penerima, sekali gus membolehkan mereka mendapat manfaat daripadanya.
"Peruntukan PSU juga melebihi sasaran dan hampir 70 peratus PSU 2.0
sudah disalurkan. Kini kita berharap PSU 3.0 turut mengikut kecekapan
sama," katanya ketika dihubungi BH.
Pada 18 Januari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,
mengumumkan Pakej PERMAI bagi meringankan beban rakyat yang terkesan
akibat penularan COVID-19.
Pakej bantuan terbaharu itu akan dilaksanakan menerusi 22 inisiatif
dengan tiga matlamat, iaitu memerangi pandemik COVID-19, memelihara
kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.
Teras Pakej PERMAI masih bertunjangkan usaha kerajaan bagi membantu rakyat, perniagaan dan melindungi ekonomi negara.
Ia adalah tambahan kepada empat pakej rangsangan ekonomi yang sudah
dilaksanakan sejak penularan COVID-19 pada awal tahun lalu, membabitkan
nilai keseluruhan RM305 bilion atau lebih 20 peratus daripada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK).
mpat pakej bantuan terdahulu adalah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin
Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kerangka
Inisiatif Tambahan Khas PRIHATIN (KitaPrihatin).
Sementara itu, Ketua Unit Penyelidikan Risiko Ekonomi dan Politik
Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin,
berkata Pakej PERMAI turut membantu aliran tunai perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) dan peniaga mikro.
Selain itu, katanya, perluasan geran khas PRIHATIN juga sangat
membantu usahawan kerana memberi peluang kepada peniaga untuk membuat
perubahan dalam model perniagaan masing-masing apabila berdepan pasca
COVID-19.
"Ekonomi tidak mampu kembali normal begitu mudah dan akan kekal
dengan norma baharu, terutama ekonomi digital, walaupun kesan kesihatan
dapat dilandaikan menerusi Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
"Dari perspektif ekonomi, Pakej PERMAI banyak memberi kesan dalam
suku pertama 2021 yang agak terkesan akibat pelaksanaan PKP. Saya yakin
dengan pakej ini dapat memelihara kebajikan rakyat," katanya.
"Pakej PERMAI akan mewujudkan keadaan yang mana wang akan mengalir
dalam ekonomi, sekali gus akan merancakkan permintaan domestik dan
penggunaan swasta bagi pertumbuhan ekonomi.
"Ia juga meningkatkan momentum ekonomi pada suku pertama. Malah, ia
disokong PICK yang akan memberi keyakinan pelabur terhadap sentimen
pertumbuhan ekonomi, selain Bank Dunia menjangkakan pertumbuhan ekonomi
Malaysia antara 6 hingga 6.5 peratus, tahun ini," katanya.
ULASAN
| Tulisan ini merupakan maklum balas mengenai keputusan Mahkamah
Persekutuan yang mengetepikan undang-undang syariah negeri Selangor yang
menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.
Sisters in Islam
(SIS) menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang
mengisytiharkan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor)
1995 sebagai tidak berperlembagaan dan menetapkan bahawa kuasa untuk
menggubal undang-undang jenayah terletak kepada Parlimen dan bukan
kepada Dewan Undangan Negeri.
Keputusan ini tidak sekali-kali
dilihat sebagai menghina agama Islam atau merendahkan umat Islam ataupun
kedudukan institusi agama ataupun Majlis Raja-raja.
Sebaliknya
keputusan Mahkamah Persekutuan ini menjelaskan tentang proses
penggubalan undang-undang, khususnya undang-undang jenayah syariah yang
dilihat bertentangan dengan semangat federalisme yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama dan tertinggi di
Malaysia.
Keputusan sebulat suara yang dicapai oleh
Mahkamah Persekutuan tersebut juga menyatakan bahawa Dewan Undangan
Negeri tidak boleh menggubal undang-undang yang tidak termasuk di bawah
bidang kuasanya sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Jadual ke-9,
Senarai Negeri.
Mahkamah juga menyatakan frasa ‘the precepts of Islam’ tidak memberi kuasa mutlak kepada Dewan Undangan Negeri untuk menggubal apa-apa sahaja undang-undang Islam tanpa had.
Sebagai
salah satu dari cabang penting kerajaan, mahkamah mempunyai kuasa untuk
menyemak dan membatalkan mana-mana peruntukan undang-undang yang
bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang yang
digubal secara salah oleh badan perundangan (legislatif).
Keputusan
Mahkamah Persekutuan ini merupakan keputusan yang amat penting dan
signifikan memandangkan komuniti LGBTQ di Malaysia masih lagi tidak
diterima oleh orang ramai dan seringkali menjadi mangsa salah guna kuasa
oleh pelbagai pihak seperti penguatkuasa agama dan pihak berkuasa yang
lain.
Isu penganiayaan oleh penguatkuasa agama di bawah
undang-undang jenayah syariah telah menyebabkan diskriminasi,
penghinaan, keganasan dan ketidakadilan seperti serbuan di premis-premis
peribadi (seperti di rumah persendirian, di bilik hotel dan
lain-lain).
Ini dapat dilihat di dalam kes dua orang wanita yang
telah dijatuhi hukuman sebat sebanyak enam kali di hadapan lebih dari
150 orang di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu pada tahun 2018
atas kesalahan percubaan melakukan musahaqah (hubungan seksual antara
perempuan).
Ketidakadilan yang dilakukan
oleh penguatkuasa agama ini juga dapat dilihat apabila tertuduh sukar
untuk mendapat khidmat peguam di mahkamah kerana mereka ditangkap atas
sebab jenayah yang terkait dengan agama.
Disebabkan ini, ramai
yang memilih untuk mengaku salah tanpa perbicaraan bagi mengurangkan
rasa malu dan hina akibat pendakwaan di bawah undang-undang Islam.
Komuniti LGBTQ juga sentiasa menjadi mangsa kenyataan-kenyataan
yang berbaur negatif oleh pihak berkuasa dan lebih banyak lagi
kenyataan yang tidak benar dinyatakan, lebih banyak keganasan yang akan
berlaku terhadap komuniti ini.
Ini akan menyebabkan stigma dan diskriminasi.
Akhir kata, undang-undang Islam yang digubal oleh mana-mana kerajaan di mana-mana negara termasuk Malaysia bukanlah berunsur ‘divine’ atau ilahi.
Undang-undang
Islam yang ada di negeri-negeri di Malaysia adalah dari usaha pemahaman
dan tafsiran manusia tentang Al-Qur’an yang kemudian dijadikan sebagai
undang-undang yang digubal melalui proses penggubalan di dalam Dewan
Undangan Negeri.
Keputusan tak lemahkan umat Islam
Segala
pindaan atau perubahan atau pengkajian semula undang-undang Islam
tersebut tidak bererti bahawa agama Islam diperkotak-katikkan.
Adalah
mustahil bagi keyakinan dan keimanan kita sebagai umat Islam begitu
lemah sekali sehinggakan kita meletakkan sumber kekuatan umat Islam
semata-mata ke atas undang-undang Islam, Mahkamah Syariah dan institusi
Islam yang sedia ada.
Nilai kita sebagai masyarakat dan umat
Islam juga adalah terserlah pada keseluruhan undang-undang yang ada
termasuklah Perlembagaan Persekutuan.
Nilai-nilai keislaman
seperti keadilan, martabat dan kasih sesama manusia masih boleh diangkat
oleh sistem perundangan Islam juga sivil.
Keputusan mahkamah ini
tidak melemahkan Islam di Malaysia, ianya meluruskan sistem perundangan
yang kita ada selari iaitu Islam dan sivil, di mana sebelum ini
terdapat beberapa ketidakpastian.
Penjelasan yang telah diberikan
oleh Mahkamah Persekutuan ini akan membawa kita lebih dekat kepada
keadilan dan rakyat Malaysia adalah lebih saksama di bawah undang-undang
negara.
NGO SISTERS IN ISLAM
memperjuangkan hak-hak wanita Islam di Malaysia di dalam kerangka Islam,
prinsip-prinsip hak asasi manusia, jaminan perlembagaan serta realiti
kehidupan dan pengalaman wanita.
Guru, murid mesti jaga kebersihan, patuhi protokol kesihatan, SOP
BANGI– Semua Tabika Perpaduan akan dibuka secara bersemuka di seluruh negara bermula 1 Mac ini.
Pembukaan ini adalah selari dengan pengumuman Kementerian Pendidikan (KPM) pada 19 Februari lalu.
Sehubungan
itu, Kementerian Perpaduan Negara akan memastikan pengoperasian itu
tertakluk kepada pematuhan yang ketat berdasarkan Garis Panduan
Pembukaan Semula Prasekolah, Garis Panduan Kementerian Kesihatan
Malaysia dan Garis Panduan Majlis Keselamatan Negara.
“YB Datuk
Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara mengingatkan semua
guru agar sentiasa memastikan murid-murid Tabika Perpaduan menjaga
kebersihan diri, memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.
“Ibu bapa
dan penjaga yang menghantar anak-anak mereka ke Tabika Perpaduan juga
perlu mematuhi protokol kesihatan dan SOP yang ditetapkan oleh MKN dan
KKM serta arahan kerajaan negeri yang berkaitan sepanjang tempoh
pengoperasian ini,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini,
KPM secara tiba-tiba menetapkan pembukaan sekolah bermula 1 Mac ini
untuk pelajar sekolah rendah iaitu pra sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2.
Menteri
Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, bagi pelajar Tahun 3
hingga Tahun 6 pula akan bermula 8 Mac, dan sekolah menengah ditetapkan
selepas cuti pertengahan penggal iaitu pada 4 April serta 5 April.
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad
menggesa semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang
mengetepikan undang-undang Syariah Selangor yang menetapkan seks di luar
tabii sebagai jenayah, baru-baru ini.
Pada masa sama, Zulkifli
berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan bagi melihat ruang
penambahbaikan dalam undang-undang Syariah, terutama berkenaan kesalahan
jenayah Syariah.
"Saya menyeru agar semua umat Islam di negara
ini dan seluruh rakyat Malaysia menghormati penghakiman yang diputuskan
dan tidak mencetuskan spekulasi dari penghakiman tersebut.
"Semua
pihak diminta bertenang dan tidak memberikan ulasan atau pandangan yang
boleh mencetuskan suasana yang tidak sihat, serta boleh menjejaskan
perpaduan dan keharmonian dalam negara kita yang tercinta ini," katanya
dalam kenyataan hari ini.
Pada
25 Februari lalu, barisan panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membenarkan cabaran undang-undang
seorang lelaki terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)
1995, yang berhubung kesalahan seks luar tabii.
Penghakiman antara
lain menyebut seksyen tersebut belum secara sah digubal oleh badan
perundangan negeri Selangor, selain perkara yang dibahas dalam seksyen
tersebut hanya boleh digubal melalui Parlimen.
Maimun juga berkata
kuasa membuat undang-undang badan perundangan negeri tertakluk kepada
perkara yang disenaraikan dalam Perkara 1 dari Senarai Negeri
Perlembagaan Persekutuan,dan hal berkaitan dengan seks di luar tabii
adalah sesuatu yang sudah terkandung dalam Senarai Persekutuan.
Zulkifli
berkata dia telah berbincang dengan penasihat undang-undang Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berhubung kesan dan implikasi keputusan
tersebut.
"Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang
Syarak dan Sivil Jakim juga telah diarahkan untuk bersidang dan
berbincang bagi melihat ruang penambahbaikan undang-undang Syariah yang
boleh dilaksanakan, khususnya yang berkenaan dengan kesalahan jenayah
Syariah.
"Jawatankuasa tersebut akan berunding dengan
negeri-negeri dan pihak yang berkepentingan dalam usaha untuk
memperkasakan dan menyeragamkan undang-undang syariah di Malaysia,"
katanya lagi.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata penghakiman
tersebut dibuat berdasarkan "pengetahuan, pengalaman dan kebijaksanaan"
panel hakim berpandukan Perlembagaan Persekutuan.
Pada masa sama,
dia membangkitkan Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan berhubung
kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
"Sebagai seorang
Menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga hal ehwal Islam di peringkat
Persekutuan, prinsip Perlembagaan ini akan terus dijunjung dan
dipertahankan," katanya lagi.
Tindakan bagi kesalahan berulang, cetus penularan wabak sahaja
BANGI – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menjelaskan kompaun
RM10,000 yang berkuat kuasa 11 Mac ini hanya dikenakan terhadap individu
melakukan kesalahan berulang dan kesalahan yang boleh mencetuskan
penularan wabak COVID-19.
Jelasnya, kenaikan kompaun berkenaan bukan dikenakan bagi kesemua kesalahan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Katanya lagi, polis akan mengeluarkan tawaran kompaun berkenaan berdasarkan rekod yang mereka ada.
“Kita akui ramai yang salah faham dan
bimbang dengan jumlah kompaun sehingga RM10,000. Namun ia bukan
dikenakan kepada semua kesalahan termasuk gagal memakai pelitup muka.
“Sebaliknya, untuk kesalahan tertentu
iaitu mereka yang degil dengan melakukan kesalahan berulang serta mereka
yang melanggar SOP termasuk rentas negeri sehingga menyebabkan
berlakunya penularan COVID-19,” katanya seperti dilapor media tempatan,
hari ini.
Bagaimanapun katanya, individu yang
dikenakan kompaun RM10,000 itu boleh membuat rayuan untuk pengurangan
kompaun kepada Kementerian Kesihatan (KKM).
“Mungkin daripada kompaun RM10,000, hanya dikenakan RM200 sahaja selepas rayuan dan alasan yang diberikan,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan individu yang
melanggar peraturan atau SOP ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan
pandemik COVID-19 akan berdepan kompaun sehingga maksimum RM10,000.
Syarikat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan sama pula boleh dikenakan kompaun sehingga maksimum RM50,000.
Ketika ini, individu dan syarikat yang melakukan kesalahan itu hanya dikenakan kompaun maksimum RM1,000.
Kadar kompaun baharu itu akan berkuat
kuasa mulai 11 Mac ini mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan pada
Khamis lalu.
Kadar kompaun terbabit dinaikkan susulan
penggantian Seksyen 25 yang memberi kuasa kepada ketua pengarah
kesihatan atau mana-mana pegawai kesihatan yang diberi kuasa oleh
pendakwa raya.
Tarik balik gelaran Tan Sri, Datuk Seri malukan institusi diraja
BANGI
– Semua agensi penguatkuasaan kerajaan digesa bertindak tegas dan
berintegriti ketika mengekang sindiket pengedaran dadah dalam kalangan
individu bergelar Tan Sri atau Datuk Seri.
Ini susulan
laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti beberapa dalang
utama sindiket itu yang berselindung di sebalik gelaran Tan Sri dan
Datuk Seri.
Ketua Polis
Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, sindiket berkenaan dikesan
mempunyai rangkaian hebat, berselindung di sebalik perniagaan sah serta
hidup mewah, namun sukar untuk mengaitkan mereka dengan kegiatan dadah.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan akan memastikan sindiket berkenaan dibawa ke muka pengadilan.
Kesal dengan
pendedahan itu, Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah (Perkid),
Ustaz Masridzi Sat berkata, sebaiknya gelaran ‘Tan Sri atau Datuk Seri’
individu terbabit ditarik balik.
Ini kerana, tindakan individu berkenaan hanya memalukan institusi diraja yang telah mengurniakan gelaran itu, katanya.
“Isu judi, arak, dadah, ceroboh tanah, premis maksiat dalam lama melibatkan ‘kartel orang-orang besar’.
“Cuma, pihak
berkuasa dan kerajaan beraniah bertindak atau tidak atau lebih teruk
lagi ‘payung’ individu-individu ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kerajaan perlu kaji keberkesanan vaksin sebelum buat sebarang keputusan
KUALA LUMPUR
– Masih terlalu awal untuk menganggap bahawa vaksinasi COVID-19 akan
dijadikan sebagai asas untuk memperoleh ‘pasport imuniti’ supaya
seseorang dapat bergerak dengan bebas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan
Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata kerajaan masih perlu
mengkaji dengan teliti hasil keberkesanan dan keselamatan vaksin
berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.
“Vaksinasi membawa sinar harapan kepada
kita semua, namun ia masih terlalu awal bagi kerajaan untuk membuat
keputusan mengenai sama ada vaksinasi itu akan menjadi ‘pasport imuniti’
dan membolehkan kita mengembara ke sekeliling dunia, misalnya.
“Marilah kita mendapatkan suntikan
vaksinasi dan kemudian lakukan penilaian dari semasa ke semasa,” katanya
dalam ucaptamanya yang disiarkan menerusi webinar Forward Malaysia:
Charting New Paths to the Next Normal, anjuran Newcastle University
Medicine Malaysia di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata demikian ketika
menjawab soalan mengenai ‘pasport imuniti’ yang dikemukakan oleh Pakar
Perunding Perubatan Akut dan Presiden Persatuan Pakar Perubatan Dalaman
Maju dan Akut serta Ultrasound Malaysia Datuk Seri Dr Paras Doshi yang
juga salah seorang penceramah webinar itu.
Dr Noor Hisham berkata, buat permulaan,
kerajaan mungkin akan melonggarkan sekatan COVID-19 misalnya, dalam
aspek kuarantin sekiranya program vaksinasi berjalan dengan baik.
Namun, pada waktu yang sama, katanya
kerajaan perlu memastikan sama ada diperlukan suatu pemangkin atau sama
ada tindak balas imuniti tubuh akan berkesan dan berpanjangan setelah
satu atau dua tahun selepas menerima suntikan vaksin.
“Kita perlu melihat data …
sekurang-kurangnya lapan bulan atau setahun dan mungkin maksimum
sehingga dua tahun untuk melihat keberkesanan dan keselamatan vaksin.
“Saya rasa ada banyak persoalan yang
belum terjawab ketika ini …tetapi kita berharap yang terbaik dan anda
masih perlu mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) walaupun anda
telah menerima suntikan vaksin,” tambah beliau.
Dr Noor Hisham berkata sekiranya
perlindungan dalaman (vaksin) dan luaran (mematuhi SOP) berjalan
seiring, Kementerian Kesihatan mungkin akan mempertimbangkan semula
mengenai ‘pasport imuniti’ ini dengan berbincang dengan rakan sejawatnya
dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Mengenai sama ada kita dapat kembali
kepada kehidupan normal sebelum pandemik COVID-19 itu, ia adalah sesuatu
yang kita harapkan menjadi kenyataan namun kita juga harus melihat
kepada keberhasilan program vaksinasi sama ada ia berupaya memberi kita
‘pasport imuniti’.
“Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan
diri dengan persekitaran baharu … ketika ini diakui kita hidup dalam
situasi yang amat sukar dan mencabar,” katanya.
Namun, katanya perkara yang lebih
penting ialah rakyat perlu bersabar dan dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran baharu sehingga keadaan pulih dan kehidupan kembali menjadi
normal. – Bernama
KUALA LUMPUR: Pengusaha bas sekolah boleh menarik nafas lega
menjelang pembukaan semula sesi persekolahan bersemuka secara
berperingkat mulai 1 Mac ini.
Meskipun hanya melibatkan sekolah rendah pada peringkat permulaan, ia
memberi sedikit sinar kepada mereka untuk bangkit semula sejak dunia
dilanda pandemik Covid-19 awal tahun lalu.
Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali
Munif Rahmat berkata, sektor itu sudah lama menderita sejak perintah
kawalan pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan tahun lalu yang memaksa
sesi persekolahan bersemuka ditangguhkan.
“Hampir 40% pengusaha bas sekolah gulung tikar. Jika dahulu kita ada
dalam 10,000 pengusaha di seluruh negara, namun kini saya berani cakap
tinggal 6,000 saja. Selebihnya sudah gulung tikar, menanggung kerugian
dek tidak mampu menampung kos selenggara bas dan ramai yang beralih ke
sektor ekonomi gig.
“Hutang syarikat kredit dan kos selenggara antara beban kami terpaksa
tanggung, walaupun kali terakhir mendapat bayaran daripada ibu bapa
September tahun lalu. Secara keseluruhan, pada 2020, kami hanya dibayar
sebanyak enam bulan saja, iaitu Januari, Februari, Mac, Julai, Ogos dan
September,” katanya kepada Bernama.
Selain jumlah pemain industri yang semakin menguncup, katanya,
kebanyakan penjaga juga masih risau risiko jangkitan Covid-19 di dalam
bas sekolah sehingga tidak berani membenarkan anak mereka menggunakan
perkhidmatan itu.
“Ramai ibu bapa yang diberi kelonggaran bekerja dari rumah juga
mempengaruhi jumlah pengguna perkhidmatan kami kerana mereka mempunyai
masa untuk menghantar anak-anak ke sekolah sendiri.
“Situasi ini agak membimbangkan kerana graf kami menunjukkan jumlah
penurunan penumpang yang konsisten, malah sejak tahun lalu sehingga ke
hari ini, kita kehilangan lebih 500,000 penumpang atau kira-kira 33%
daripada jumlah pengguna berbanding sebelum pandemik Covid-19 melanda.”
Menteri Pendidikan, Radzi Jidin sebelum ini mengumumkan pembukaan
semula sesi persekolahan berperingkat bermula dengan murid prasekolah,
Tahun 1 dan 2 di sekolah rendah pada 1 Mac, diikuti Tahun 3, 4, 5 dan 6
bermula 8 Mac.
Sekolah menengah pula akan memulakan sesi persekolahan pada 4
April bagi sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala
negeri lain pada 5 April.
JELI: Polis mengenal pasti beberapa dalang utama sindiket
penyeludupan dadah yang berselindung di sebalik status “Tan Sri”, “Datuk
Seri” dan “Datuk”, kata Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador.
Beliau berkata, Jabatan Narkotik di Bukit Aman kini dalam proses
mengambil tindakan terhadap tauke dadah terbabit, yang juga didapati
hidup mewah dengan berselindung di sebalik perniagaan sah menyebabkan
polis sukar mendapatkan maklumat yang boleh mengaitkan mereka dengan
kegiatan pengedaran dadah.
“Tetapi, saya akan pastikan mereka ini akan masuk (penjara), walaupun
saya tahu statusnya tinggi bergelar Datuk, Datuk Seri atau Tan Sri…saya
akan berusaha, perbuatan tidak bertanggungjawab mereka ini akan
terungkai dan mereka akan didakwa.
“Paling tidak pun saya akan ambil tindakan di bawah Poca (Akta
Pencegahan Jenayah 1959),” katanya selepas melawat tapak pembinaan Ibu
Pejabat Polis Daerah Jeli.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed dan Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat.
Hamid berkata, sudah tiba masanya kegiatan golongan itu didedahkan
dan dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan yang merosakkan ribuan
orang akibat terjerumus dalam penyalahgunaan dadah.
“Beribu masyarakat rosak disebabkan perbuatan mereka hendak
mendapatkan keuntungan secara haram ini dan sudah berapa ramai yang
masuk penjara, berapa ramai warga polis dihukum disebabkan menerima
rasuah untuk beri perlindungan menutup kegiatan tauke-tauke dadah ini.
“Jangan ingat mereka boleh berselindung di sebalik ‘title’ yang
mereka itu untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang kononnya sah,
tetapi sebaliknya melakukan kegiatan jenayah seperti pengedaran dadah.”
Beliau turut memberi jaminan polis di setiap peringkat daerah dan
negeri akan menjalankan siasatan secara telus dan terperinci berhubung
sindiket pengedaran serta penyeludupan dadah itu bagi memastikan setiap
rangkaian sindiket dari atas hingga bawah ditumpaskan.
Mengulas laporan berhubung kejadian seorang pegawai dan lima anggota
polis ditahan dalam serbuan parti liar di sebuah pangsapuri di Ipoh
semalam, Hamid berkata: “Saya ingatkan kepada warga PDRM bahawa tiada
maaf lagi untuk kesalahan sebegini kerana perbuatan ini amat tidak
bertanggungjawab.
“Saya sudah arahkan siasatan lanjut dilakukan supaya mereka tidak terlepas dan akan pastikan mereka dihukum.”
PETALING JAYA: Dua doktor perubatan memfailkan saman terhadap sebuah
universiti swasta atas kecuaian, memberi gambaran salah dan pelanggaran
kontrak kerana memberikan ijazah yang tidak membenarkan mereka
mengamalkan perubatan di Malaysia.
Dr Amardas Singh Sandu dan Dr Liew Mee Yew berkata, selepas
menamatkan kursus akhir tahun lalu, mereka mendapati ijazah mereka tidak
diwartakan di bawah Jadual Kedua Akta Perubatan 1971.
Plaintif, yang memfailkan saman melalui Tetuan Arnold Andrew & Co
di Mahkamah Tinggi Shah Alam awal minggu ini, menamakan Prof Dr
Shahjahan Mohamed Yasin, ketua Jeffrey Cheah School of Medicine and
Health Sciences, sebagai defendan pertama.
Defendan kedua adalah Prof Andrew Walker, manakala presiden dan naib
canselor Universiti Monash Malaysia dinamakan sebagai defendan ketiga.
Monash University Malaysia Sdn Bhd dinamakan defendan keempat.
Tanpa mendaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), pelajar juga
tidak dapat memohon menjadi doktor pelatih di hospital kerajaan.
Dalam pernyataan tuntutan mereka yang dilihat FMT, Amardas dan Liew,
pemegang biasiswa kerajaan, berkata mereka menerima tawaran melakukan
program Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) selama
lima tahun di Universiti Monash Malaysia pada 2016.
FMT difahamkan kira-kira 120 pelajar lain yang menerima tawaran
serupa pada tahun itu juga berada dalam situasi sama seperti Amardas dan
Liew.
Kedua-duanya berkata, pada tahun ketiga program itu, mereka
dimaklumkan ijazah baru – Sarjana Muda Sains Perubatan dan Doktor
Perubatan (MD) – yang bernilai lebih tinggi akan diberikan kepada
mereka.
Tetapi, mereka perlu menulis satu kertas penyelidikan tambahan yang dipersetujui plaintif.
Mereka berkata, terdapat pemahaman tersirat iaitu selepas menamatkan
pengajian, mereka layak memohon MMC atau mendapatkan lesen sementara
untuk mengamalkan perubatan.
Sejurus menamatkan ijazah tahun lalu, mereka ke MMC dan mendapat tahu ijazah itu tidak diwartakan.
Mereka memaklumkan Shahjahan, yang turut terkejut, tetapi defendan
memilih menawarkan ijazah serentak – MBBS dan MD untuk menyelesaikan
masalah mereka.
Amardas dan Liew berkata, tindakan defendan adalah kecuaian, memberi gambaran salah dan pelanggaran kontrak.
Mereka menuntut ganti rugi dan kehilangan pendapatan berjumlah RM1
juta serta faedah pada kadar 5% dan relif lain yang dianggap sesuai oleh
mahkamah.
Peguam Kiranjeet Kaur Sidhu, yang mewakili plaintif, berkata kertas kausa sudah dihantar kepada defendan.
Beliau berkata, pengurusan kes ditetapkan pada 25 Mac di depan pendaftar mahkamah.
PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Radzi Jidin meminta ibu bapa menulis
surat kepada pihak sekolah yang akan dibuka semula Isnin ini, jika tidak
dapat menghantar anak ke kelas atas faktor kesihatan.
“Ibu bapa harus menulis surat kepada pihak sekolah berserta dokumen
sokongan untuk rekod, jika tidak dapat menghantar anak ke sekolah atas
sebab tertentu seperti kesihatan,” katanya selepas menerima suntikan
vaksin Covid-19 bersama lima guru di Pejabat Kesihatan Putrajaya di
Presint 11.
Beliau berkata, sesi persekolahan secara bersemuka wajib untuk semua
pelajar dan Kementerian Pendidikan akan memastikan semua sekolah
mematuhi SOP ditetapkan bagi menjamin keselamatan pelajar.
Terdahulu, Radzi mengesahkan lima guru antara 55,539 guru berisiko
tinggi bakal menerima suntikan vaksin dalam fasa pertama Program
Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Beliau turut menggesa semua 500,000 guru di seluruh negara segera
mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan
suntikan vaksin.
“Ketika disuntik (vaksin), tidak rasa apa-apa. Alhamdulillah,
semuanya baik. Semua rakyat Malaysia perlu mengambil ruang ini untuk
mendaftar segera melalui MySejahtera supaya proses vaksinasi dapat
berjalan lancar.”
JELI: Kompaun RM10,000 yang berkuat kuasa pada 11 Mac ini hanya
dikenakan terhadap individu melakukan kesalahan berulang kerana ingkar
perintah kawalan pergerakan (PKP) serta mereka yang boleh mencetuskan
penularan Covid-19, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.
Beliau menjelaskan bahawa keputusan kerajaan menaikkan nilai kompaun
daripada RM1,000 kepada RM10,000 bukan dikenakan bagi kesemua kesalahan
yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).
“Kita akui ramai yang salah faham dan bimbang dengan jumlah kompaun
sehingga RM10,000. Ia bukan dikenakan kepada semua kesalahan termasuk
gagal memakai pelitup muka.
“Sebaliknya, untuk kesalahan tertentu iaitu mereka yang degil dengan
melakukan kesalahan berulang serta mereka yang melanggar SOP termasuk
rentas negeri sehingga menyebabkan berlakunya penularan Covid-19,”
katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat tapak pembinaan Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli yang baharu di sini hari ini.
Pada 25 Feb lepas, dilaporkan individu yang melanggar peraturan atau
SOP yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19 akan
berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac ini.
Perkara itu dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan
Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan
yang dimuat naik dalam Portal rasmi Jabatan Peguam Negara. Ordinan itu
turut menyatakan syarikat atau perbadanan yang melakukan kesalahan
berkaitan SOP boleh didenda sehingga RM50,000.
Abdul Hamid berkata individu yang dikenakan kompaun RM10,000 itu
bagaimanapun boleh membuat rayuan bagi pengurangan kompaun kepada
Kementerian Kesihatan.
“Mungkin daripada kompaun RM10,000, hanya dikenakan RM200 sahaja
selepas rayuan berdasarkan alasan yang diberikan,” katanya, yang
memaklumkan bahawa pihak polis hanya terbabit dalam penguatkuasaan
pematuhan SOP dengan mengeluarkan kompaun dan tidak menerima bayaran
kompaun.
Abdul Hamid berkata Polis akan mengesyorkan kepada KKM supaya
mengenakan kompaun RM10,000 tersebut terhadap premis hiburan yang
beroperasi tanpa lesen.
PETALING JAYA: Polis menahan 432 individu yang mengingkari arahan
perintah kawalan pergerakan (PKP) semalam dengan 108 kes gagal
menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan mendahului kesalahan
lain.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, 414 individu dikompaun dan 18 lagi direman.
Selain gagal menyediakan peralatan merekod butiran
pelanggan, katanya, kesalahan lain termasuk tiada penjarakan fizikal
(106), tidak memakai pelitup muka (96), rentas daerah/negeri tanpa
kebenaran (51), keluar rumah tanpa alasan munasabah (42), aktiviti
perjudian (18), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (10) dan
lain-lain (1).
Beliau berkata, 27 pendatang asing tanpa izin turut ditahan dan dua
bot/kapal serta sebuah kenderaan darat dirampas dalam Operasi Benteng
semalam.
Katanya, seramai 131,455 individu yang pulang ke tanah air sejak 24
Julai 2020 hingga semalam menjalani kuarantin wajib di 77 hotel dan 12
institut latihan awam serta institusi pengajian tinggi swasta.
“Daripada jumlah itu, seramai 7,084 individu dikuarantin dan 123,622
orang dibenarkan pulang, manakala 749 lagi dibawa ke hospital,” katanya
dalam kenyataan.
KUALA LUMPUR: Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan ke Pusat
Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) MAEPS 2.0 dengan membawa 12
pesakit Covid-19 terbabit dalam kemalangan di Plaza Tol UPM, Serdang
petang tadi.
Dalam kejadian pada kira-kira 3 petang, bas yang dalam perjalanan
dari Perak itu dipercayai terbabas dan merempuh pondok plaza tol
terbabit mengakibatkan enam penumpang mengalami cedera ringan.
Bas itu dipercayai membawa pesakit Kluster Changkat Jong,
Perak dan difahamkan enam mangsa yang cedera dibawa terus ke MAEPS,
Serdang untuk rawatan lanjut manakala keadaan pemandu bas belum dapat
dipastikan.
Kejadian itu tular di media sosial hari ini yang menunjukkan sebuah
bas terbabas dan melanggar plaza tol serta beberapa keping gambar
keadaan bas terbabit yang rosak di bahagian hadapan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Azman
Shari’at ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan
masih dijalankan.
JELI: Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador tidak menolak kemungkinan
15 penyerang yang diburu polis Thailand akan cuba memasuki negara ini.
Justeru, beliau berkata, pihaknya bersama Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) akan memperketatkan kawalan di semua sempadan Malaysia-Thailand
bagi menghadapi kebarangkalian itu.
“Berhubung kawalan sempadan, kedua-dua pihak sama ada PDRM dan ATM sentiasa diingatkan supaya memperketatkan kawalan sempadan.
“Dengan kejadian yang berlaku di Thailand, kami tidak menolak
kemungkinan mereka (15 penyerang) akan masuk (Malaysia),” katanya
selepas melawat tapak pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli.
Beliau mengulas laporan dua anggota renjer maut, manakala seorang
lagi rakan mereka parah dalam letupan bom paip serta insiden berbalas
tembakan di sebuah kampung di Ra-ngae, Narathiwat, selatan Thailand pada
Jumaat lepas.
Media melaporkan Ketua Polis Ra-ngae, Piyapak Thongpanlertkun
berkata, dalam kejadian 6.50 pagi (waktu tempatan) itu, 16 anggota
renjer yang sedang berehat di dalam khemah selepas melakukan rondaan
dikejutkan dengan beberapa letupan, kemudian sekumpulan individu mula
melontarkan bom paip buatan sendiri serta melepaskan tembakan ke arah
khemah itu.
PETALING JAYA – Polis menemui plastik lutsinar yang disyaki
dadah heroin seberat 1.7 gram dalam kereta yang ditinggalkan dua
individu selepas melarikan diri daripada ditahan pihak berkuasa itu di
Sierramas, di sini dengan merepuh beberapa kenderaan.
Bagaimanapun polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 35 tahun di
kawasan perumahan Desa Aman, kira-kira satu kilometer dari lokasi
kereta suspek ditinggalkan.
Ketua polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee
Mohd Faisal berkata, pada jam 12.45 tengahari Pusat Kawalan Ibu Pejabat
Polis (IPD) Gombak telah menerima makluman bahawa dua individu yang
menaiki kereta Proton Waja dari Kampung Desa Aman menghala bulatan
Sierramas enggan memberi kerjasama untuk diperiksa.
“Mereka tiba-tiba bertindak merempuh kenderaan lori dan Myvi yang
berada di hadapan, dan beberapa kenderaan termasuk MPV polis yang berada
di belakang bagi meloloskan diri dari pemeriksaan polis.
“Suspek juga cuba merempuh kereta MPV polis sehingga memaksa salah
seorang anggota polis melepaskan tembakan ke kedua-dua tayar hadapan
kereta dinaiki suspek itu.
“Tindakan berani dan ganas suspek yang merempuh kenderaan di hadapan
dan kanannya membolehkan suspek melarikan diri ke arah Jalan Kuala
Selangor-Sungai Buloh dan akhirnya meninggalkan kereta mereka di tepi
jalan kerana kebocoran tayar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Nik Ezanee, hasil maklumat orang awam, anggota dari IPD
Petaling Jaya menahan suspek seorang lelaki berusia 35 tahun di kawasan
perumahan Desa Aman, kira-kira atu kilometer dari tempat kereta suspek
ditinggalkan.
Suspek difahamkan ditahan selepas melarikan diri ke arah kawasan semak berhampiran Stesen MRT Damansara Damai.
“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai lapan rekod kes
dadah lampau dan polis juga telah melancarkan pemburuan seorang lagi
rakan suspek yang masih bebas dikenali dengan gelaran ‘Bob Mah Sing’
berusia 40-an.
“Suspek ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jya
pagi esok (Sabtu) untuk permohonan reman bagi siasatan lanjut,” katanya.
Nik Ezanee berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 307, 427, 188 Kanun
Keseksaan,Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1) Akta
Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.