MALAYSIAKINI
Harga baru bermula Februari: RON95 RM1.70 seliter, RON97 RM2, Diesel RM1.70
Harga baru itu ekoran penurunan 21 sen daripada harga asal untuk RON95, 23 sen untuk diesel dan 11 sen untuk RON97.
Perkara itu disahkan oleh timbalan menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam tulisan di Twitter.
Katanya, penjimatan daripada penurunan harga bahan api itu akan dapat digunakan untuk perbelanjaan pengguna.
"Wang lebih untuk belanja lain atau tambah pelaburan," katanya.
Harga bahan api itu ditetapkan mengikut sistem pengapungan terkawal sejak Disember tahun lalu.
Sistem apungan itu diperkenal selepas kerajaan memansuhkan sistem subsidi bagi menghadapi trend kejatuhan harga minyak mentah.
Saturday, January 31, 2015
RON95, diesel kini RM1.70 seliter
Mengekalkan Najib dan kabinetnya; mahal rantai dari beruk
Ringgit jatuh lagi dan ringgit
merupakan matawang yang paling lemah di Asia.
Dalam pertengahan hari semalam ringgit pernah jatuh ketahap 3.6378 berbanding
dengan USD. Ini merupakan kejatuhan yang paling teruk dalam enam tahun
kebelakangan ini. Banyak penganalisa pasaran wang antarabangsa memberikan
pendapat yang ringgit akan jatuh lagi sehingga tahap 3.6380 berbanding dengan
dollar Amerika dan ini membawa makna negara kita sedang menyaksikan amaran
jelas yang ekonomi negara kita akan berkecai dan yang terburuk dikalangan
negara-negara di Asia ini.
Ringgit juga jatuh dengan
teruknya berbanding dengan banyak matawang lain seperti dollar Singapura yang
sekarang ini berlegar dalam lengkongan 2.71 bagi setiap dollar Singapura.
Ringgit Malaysia jatuh dengan teruknya berbanding dengan Yuan China dan ini
merupakan ‘signal’ jelas yang negara kita telah gagal dalam membendung
kejatuhan ekonomi negara kita.
Masalah yang kita hadapi begitu
‘compounding’ dengan kejatuhan harga minyak mentah WTI jatuh sehingga bawah dari
paras USD 44 semasa pasaran AS dibuka semalam. Kita belum mendengar apa yang PM
Najib hendak katakan kerana beliau terlalu sibuk dengan kegiatan yang beliau
sukakan iaitu berada di luar negara untuk melakukan kerja yang lain dari
menyelesaikan masalah negara yang beliau ketuai.
Yang selalu mengeluarkan
kenyataan tentang ekonomi negara ialah seorang ‘court jester’ bernama Ahmad
Maslan, Timbalan Menteri Kewangan yang baru sahaja mengeluarkan kenyataan yang
harga minyak tidak akan turun dari USD 40. Lagi kerap ‘budak’ ini bercakap
tentang ekonomi negara lagi cepat kita hancur dan mengalami kemelut ekonomi
yang belum pernah kita lalui dan alami selama ini.
Pemimpin-pemimpin besar negara
tidak ada yang mampu bersuara secara yang meyakinkan. Muhyiddin senyap sunyi
tentang masalah negara. Ahli-ahli kabinet yang lain tidak mempunyai keupayaan
untuk menjadi pelindung kepada kegawatan yang kita sedang hadapi.
Kita hendak juga mendengar
kenyataan pemimpin-pemimpin besar negara. Hishamudin yang sedang menunggu giliran
untuk menjadi Perdana Menteri tidak bercakap tentang masalah negara. Ahmad
Zahid Hamidi sememangnya tidak mempunyai apa-apa kemampuan untuk bercakap
tentang isu yang kita sedang hadapi. Beliau selama ini sibuk dengan perkara
lain dan perkara lain itu diketahui ramai. Tidak usah kita bercakap tentang
seorang lagi Naib Presiden UMNO dari Sabah
itu, tidak lain dan tidak bukan Shafie Apdal.
Najib sudah lah lemah, yang
berada dihiraki kepimpinan seperti nama yang saya sebutkan tadi serupa juga.
Boleh kah mereka ini kita harapkan untuk menjaga rakyat dan generasi yang akan
datang?
1MDB satu lagi ‘biawak hidup’
bagi rakyat. Ini semua ciptaan Najib dan kabinet beliau sekarang. 1MDB
menangguhkan lagi pembayaran hutang kepada tiga bank utama negara sebanyak RM2 billion.
1MDB telah pergi kemerata tempat dan institusi kewangan antarabangsa di seluruh
dunia dan semua yang berada dalam industri kewangan tahu yang tidak ada satu
pun institusi kewangan dan ‘investment banker’ di dunia ini mahu memberikan
pinjaman RM2 billion untuk membayar Maybank. CIMB dan RHB Malaysia.
Kita tahu juga kenyataan yang jika
1MDB tidak membayar hutang RM2 billion ini kepada tiga institusi kewangan ini
sistem kewangan negara akan lebur. Bank Negara Malaysia jelas tidak dapat
bertindak secara ‘professional’ kerana badan eksekutif negara mengambil semua
kuasa termasuk badan legislatif dan judiciary negara.
Sekarang ini, 1MDB menunggu wang
Anandakrishnan sebanyak RM2 billion bagi menyelesaikan jumlah yang dipinjam
dari tiga bank-bank tempatan itu. Kita belum pasti apakah keuntungan Ananda
yang melukah di tempat yang sempit ini. Itu juga akan menjadi perkara yang
sangat ditunggu-tunggu rakyat.
Apakah 1MDB akan menyerahkan
kepada Ananda penguasaan kepada asset tenaga yang akan disenarai kan dalam
beberapa tahun ini dan mengambil keuntungan yang berlipat kali ganda dengan
pinjaman yang diberikan kepada 1MDB yang ‘desperado’ itu. Itu juga perlu
diberitahu kepada rakyat.
Tidak payah lagi kita bercakap dan memberikan komen tentang semua isu dinegara ini, kerana ia sudah ‘conclusive’ negara kita sudah menjadi ‘a failed nation’. Dalam keadaan sekarang ini pun pemimpin utama negara masih berkeliaran diseantero dunia menikmati hidup sebagai pemimpin negara kita seolah-olah dinegara nya tidak ada apa-apa masalah.
Najib sentiasa berada diluar
sedangkan rumahnya sedang terbakar. Dalam keadaan kewangan negara kita sedang
dalam krisis besar sekarang ini, jet mewah kerajaan masih berada diangkasa
membawa Najib dan isterinya terbang keseluruh dunia sehinggakan tidak ada lagi
tempat yang tidak dilawatinya. Najib masih cuba yang negara kita belum sampai
ketahap krisis ekonomi yang membimbangkan.
Bukan sedikit belanja membawa
‘couple’ ini keseluruh dunia. Najib telah dipersepsikan sebagai seorang Perdana
Menteri yang paling mahal untuk diselenggarakan oleh kerajaan dan rakyat.
Mengekalkan Najib sebagai PM ibarat kata perbidalan, ‘mahal rantai dari
beruknya’.
Perlakuan PM ini hanya disaksikan
oleh jemaah menterinya tanpa melakukan apa-apa. Menteri-Menterinya diharapkan
akan memahami hakikat tindakan Najib ini adalah tindakan secara ‘collective’
dengan ahli-ahli jemaah kabinetnya. Maka Menteri-Menteri kabinet sekarang mesti
mengambil ‘accountability’ terhadap segala yang dilakukan oleh Najib itu.
Maka seluruh kabinet negara ini,
tidak patut mengambil masa yang terlalu panjang untuk berundur. “The whole set of
current hopeless cabinet should go as they are huge liability to the nation”
kata seorang rakan, bekas Ahli Parlimen Malaysia yang sama juga seperti
yang lain, tidak mahu namanya disebut dalam tulisan saya.
Kronologi Operasi SAR MH370
RAKYATNEWS
KUALA LUMPUR - Berikut ialah kronologi operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 selepas hampir 11 bulan terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 2.40 pagi, 8 Mac 2014.
Pesawat itu hilang di 120 batu nautika dari timur Kota Kinabalu di Laut China Selatan, dan tiada sebarang isyarat kecemasan diterima daripada pesawat B777-200 itu yang membawa 239 orang.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Penumpang terdiri daripada 38 warganegara Malaysia, China (153), Indonesia (tujuh), Australia (tujuh), Perancis (tiga), Amerika Syarikat (tiga), New Zealand (dua), Ukraine (dua), Kanada (dua), Rusia (seorang), Itali (seorang), Taiwan (seorang), Belanda (seorang), dan Austria (seorang).
Susulan kejadian itu, Malaysia melancarkan operasi SAR antarabangsa dan sehingga hari ini, pencarian pesawat itu masih dijalankan.
Berikut ialah urutan peristiwa operasi SAR MH370 :-
* 8 Mac (Hari 1) - Operasi SAR bagi mencari pesawat MH370 dilancarkan pada 5.30 pagi, yang melibatkan 15 pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk empat Hercules C130, sebuah CN235, empat EC725 dan dua helikopter Augusta, serta sembilan kapal terdiri daripada enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Laut China Selatan.
* 9 Mac (Hari 2) - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan carian diperluaskan dari Laut China Selatan ke Selat Melaka.
- Beberapa negara termasuk Singapura, Vietnam, Indonesia, China dan Amerika Syarikat mengerahkan anggota dan aset mereka untuk membantu carian itu.
- Radar TUDM merekodkan pesawat MH370 (dan disahkan kemudian) menuju ke arah pantai barat Semenanjung Malaysia melalui Selat Melaka sebelum ia hilang 200 batu nautika dari barat laut Pulau Pinang pada 2.15 pagi.
* 10 Mac (Hari 3) - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji bahawa kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi SAR MH370. - APMM menerima keputusan ujian tumpahan minyak yang dikesan di luar pantai Vietnam. Ia menunjukkan keputusan negatif untuk bahan api pesawat. Minyak itu digunakan sebagai bahan api kapal kargo.
* 12 Mac (Hari 5) - Menteri Pengangkutan dan Pemangku Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan beberapa isu: kemungkinan MH370 terbang melepasi Selat Melaka, kerjasama pakar-pakar penerbangan antarabangsa dan manifes Penerbangan MH370.
* 14 Mac (Hari 7) - carian antarabangsa diperluaskan ke arah barat Lautan Hindi. - USS Kid milik Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) tiba di seksyen barat laut Selat Melaka untuk membantu usaha carian.
* 15 Mac (Hari 8) - Perdana Menteri Malaysia berkata komunikasi terakhir pesawat MH370 dengan satelit kemungkinan berlaku di satu daripada dua koridor iaitu koridor utara meliputi kawasan utara Thailand ke sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan atau koridor selatan merangkumi Indonesia ke selatan Lautan Hindi
- Najib berkata pesawat itu diterbangkan selama berjam-jam secara 'perlahan yang konsisten' selepas ia hilang daripada radar utama.
- Najib berkata misi SAR memasuki fasa baharu di koridor utara dan koridor selatan. Australia dan Indonesia menegetuai carian di kawasan masing-masing. Sejumlah 26 negara terlibat dalam operasi carian itu.
- Najib berkata operasi SAR ditamatkan di Laut China Selatan.
* 16 Mac (Hari 9) - Hishammuddin berkata pegawai-pegawai Malaysia saling berhubung dengan 15 negara di sepanjang koridor utara dan koridor selatan untuk mendapatkan bantuan berhubung pesawat MH370.
* 17 Mac (Hari 10) - Hishammuddin berkata operasi multinasional SAR melibatkan 26 negara bermula di koridor utara dan koridor selatan.
* 18 Mac (Hari 11) - Hishammuddin berkata kawasan operasi SAR di koridor utara dan koridor selatan adalah sejumlah 2.24 juta batu nautika persegi.
- Beliau berkata operasi carian memberi tumpuan kepada empat tugasan; mengumpul maklumat daripada pengawasan satelit; analisis data radar pengawasan; meningkatkan aset udara dan darat selain menambah pakar teknikal dan pakar bidang berkaitan.
- Tiga juta orang menyertai satu daripada usaha penyumberan terbesar yang diketuai oleh pengendali satelit, DigitalGlobe, untuk mencari di kawasan SAR MH370 seluas 24,000 kilometer, dengan lebih banyak imej diberikan setiap hari termasuk kawasan di Lautan Hindi.
* 19 Mac (Hari 12) - Hishammuddin menolak laporan yang mendakwa pesawat MH370 dilihat terbang rendah di Maldives.
* 20 Mac (Hari 13) - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Najib pada 10 pagi untuk memberitahu objek yang mungkin berkaitan dengan MH370, dikesan di selatan Lautan Hindi, yang terletak kira-kira 2,500 kilometer dari barat daya Perth.
- Hishammuddin berkata operasi SAR diteruskan walaupun dengan penemuan objek oleh Australia, sehingga pengesahan lanjut dibuat.
* 21 Mac (14 Hari) - Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dilihat di selatan Lautan Hindi pada Khamis berkaitan dengan penerbangan MH370.
* 22 Mac (Hari 15) - Hishammuddin berkata tiada objek dikesan seperti yang dikenal pasti pihak berkuasa Australia di kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.
* 23 Mac (Hari 16) - Hishammuddin berkata Malaysia menyampaikan cerapan imej baharu satelit daripada pihak berkuasa Perancis kepada pusat penyelarasan carian Australia.
* 26 Mac (Hari 19) - Najib berkata Malaysia dan China akan terus bekerjasama rapat dalam carian MH370.
- Hishammuddin berkata imej baharu satelit mengesan 122 objek berpotensi yang mungkin berkaitan dengan pesawat MH370 di kira-kira 2,557 kilometer dari Perth, Australia.
* 27 Mac (Hari 20) - Hishammuddin berkata Malaysia bersedia untuk menghantar pasukan ke Perth, Australia yang merangkumi DCA (Jabatan Penerbangan Awam), MAS, TLDM dan TUDM.
- Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata 11 pesawat dan lima kapal pasukan carian multinasional ditugaskan mencari pesawat Boeing 777-200ER di selatan Lautan Hindi.
- Carian dibahagikan kepada dua kawasan dalam jarak sama meliputi 78,000 kilometer persegi.
* 28 Mac (Hari 21) - AMSA berkata kawasan carian MH370 beralih kepada lokasi 1,100 kilometer ke timur laut berdasarkan nasihat terkini oleh pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia.
- Kawasan carian baharu adalah kira-kira 319,000 kilometer persegi dan sekitar 1,850 kilometer di barat Perth. - Amerika Syarikat menghantar pesawat kedua P-8 Poseidon Patrol dari Armada Ketujuh ke Perth, Australia untuk membantu usaha carian.
* 31 Mac (Hari 24) - Pihak berkuasa mempunyai kira-kira seminggu untuk mencari bukti fizikal terutamanya kotak hitam MH370 kerana isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam bergantung kepada kuasa bateri yang hayatnya berakhir selepas 30 hari.
- Operasi carian multinasional telah mengenal pasti kawasan seluas 254,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, kira-kira 1,850 kilometer di barat Perth, Australia, sebagai kawasan kemungkinan pesawat itu berakhir.
- Hishammuddin berkata 10 termasuk satu pesawat awam dan 10 kapal meninjau kawasan carian untuk mencari serpihan yang mungkin berkaitan dengan MH370.
* 1 April (Hari 25) - AMSA berkata 10 pesawat dan sembilan kapal sedang mencari MH370 dengan kawasan carian meliputi kira-kira 120,000 kilometer persegi.
- Kerajaan Australia melancarkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) untuk menyelaraskan carian MH370.
* 2 April (Hari 26) - AMSA berkata 10 pesawat dan sembilan kapal mencari MH370 di kawasan seluas 221,000 kilometer persegi.
* 3 April (Hari 27) - Najib tiba di Perth, Australia untuk melihat sendiri operasi carian MH370 dan mengadakan pertemuan dengan Abbott.
- JACC berkata kawasan carian meliputi kira-kira 223,000 kilometer persegi iaitu kira-kira 1,680 kilometer barat-utara-barat Perth, Australia dengan melibatkan lapan pesawat dan sembilan kapal.
* 4 April (Hari 28) - JACC berkata carian MH370 memasuki fasa baharu dengan pendekatan operasi dasar laut di selatan Lautan Hindi untuk mengesan 'pinger' kotak hitam.
* 5 April (Hari 29) - JACC berkata pengesan kotak hitam yang digunakan oleh kapal peronda Haixun 01 milik China mengesan dua isyarat detik di selatan Lautan Hindi.

Shabery : Jangan Terlibat Sebotaj Ekonomi Negara
RAKYATNEWS
GUA MUSANG - Rakyat perlu peka dan tidak terlibat dengan pihak yang cuba mensabotaj ekonomi negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, mensabotaj ekonomi boleh berlaku di mana-mana negara, namun yang penting rakyat perlu mempunyai ketahanan untuk tidak merusuh dan mengambil kesempatan terhadap perbuatan berkenaan.
"Mensabotaj ekonomi sesebuah negara, boleh berlaku dari semasa ke semasa. Bagi menguji kekuatan sesebuah negara itu bukan sahaja dari segi ketenteraannya, dari segi bagaimana mereka mempertahankan keselamatan, malah untuk mewujudkan suatu sistem dengan rakyatnya mempunyai ketahanan untuk tidak merusuh, tidak mengambil kesempatan, adalah aspek yang perlu kita beri penekanan," katanya kepada pemberita selepas Program Sentuhan Kasih beliau bersama mangsa banjir di Kampung Bertam Baru di sini, hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan agensi kerajaan yang berkaitan supaya mengambil tindakan terhadap dakwaan mengenai kegiatan individu tertentu mensabotaj ekonomi negara.
Ahmad Shabery berkata, ada sesetengah negara apabila berlaku sedikit sahaja ancaman dari segi ekonominya, rakyat negara itu keluar ke jalan raya dan memburukkan lagi keadaan.
"Tetapi dalam soal ini, kita dilihat lebih bersatu kecuali mereka yang sememangnya mahu merasakan kalau negara kita diserang, mata wang akan jatuh, harga barang akan jadi mahal atau barang tidak mencukupi.
"Ini berlaku di Venezuela, di mana negara itu yang dahulunya sebagai pengeluar minyak. Semua orang nakkan minyak kita murah seperti Venezuela, namun mereka tidak ada simpanan lain.
"Ekonomi mereka tidak dipelbagaikan sehingga bergantung sepenuhnya ke atas minyak dan apabila harga minyak terlalu rendah, mereka tidak boleh menggunakan wang untuk membeli barang dari luar sehingga menyebabkan ekonomi terancam," katanya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu terus berwaspada terhadap pihak yang cuba mensabotaj ekonomi negara memandangkan mata wang negara ini pernah disabotaj sebelum ini.
Sementara itu, Ahmad Shabery berkata bencana banjir yang melanda beberapa negeri bulan lepas menunjukkan tingginya semangat sukarelawan rakyat Malaysia.
Beliau berkata, pelbagai pihak, termasuk individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.
Pada majlis itu, Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman, menyampaikan sumbangan bekalan makanan, selimut dan barangan elektrik, termasuk daripada Parlimen Kemaman, Wanita UMNO Bahagian Kemaman, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), syarikat swasta dan NGO.

Kamalanathan yakin pemimpin tertinggi BN mampu selesai kemelut MIC
THE MALAYSIAN INSIDER
Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC P. Kamalanathan yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu mengatasi kemelut dalaman MIC yang melanda parti itu secepat mungkin.
Beliau yang juga timbalan menteri pendidikan kedua menyatakan rasa gembira dan setuju apabila kedua-dua pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) itu akan mengadakan pertemuan dengan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam usaha menyelesaikan krisis parti itu.
"Saya tidak akan komen apa-apa lagi...sebagai anggota parti saya mengharapkan yang terbaik. Saya pasti selepas pertemuan itu kita dapat menyelesaikan masalah ini sekali gus dapat mengukuhkan semula parti," katanya selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Klebang, Chemor di Ipoh, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan perdana menteri semalam yang akan mencari formula terbaik dalam usaha menyelesaikan kemelut MIC. Perdana menteri yang juga pengerusi BN juga meminta pemimpin parti di semua peringkat termasuk Jawatankuasa Ketua Bahagian, Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC mengadakan moratorium untuk menangani krisis yang berlarutan.
Kemelut MIC bermula pada 5 Disember lepas apabila Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota CWC dalam tempoh 90 hari.
Ia berikutan aduan mengenai penyalahgunaan kuasa dan perbuatan salah laku yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan pada pemilihan Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada November 2013.
RoS turut menasihatkan MIC supaya tidak mengadakan perhimpunan agung tahunan sehingga isu itu diselesaikan. – Bernama,

Selangor rekod kes bangkrap tertinggi tahun lepas
THE MALAYSIAN INSIDER
Selangor merekodkan kes bankrap tertinggi dengan 6,668 kes daripada jumlah 22,305 kes yang direkodkan di seluruh negara, sepanjang tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri (gambar, kanan).
Beliau berkata Kuala Lumpur pula mencatat 3,279 kes diikuti Johor Baharu (2,699 kes), Pulau Pinang (1,579 kes) dan Kedah (1,076 kes).
Berdasarkan data yang dimiliki Jabatan Insolvensi, jumlah kes kebankrapan yang direkodkan sejak 1924 hingga tahun lepas adalah 265,564 kes dengan lebih separuh iaitu sebanyak 144,474 kes direkod sepanjang tahun 2007 hingga 2014, katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Nancy berkata peningkatan kes bankrap dilihat ketara sejak 2007 dengan 13,238 kes direkodkan dan didaftarkan, meningkat kepada 13,855 kes (2008), 16,228 kes (2009), 18,119 (2010), 19,167 (2011), 19,575 kes (2012) dan 21,987 kes (2013). Antara punca bankrap ialah kes sewa beli kenderaan yang meningkat dengan ketara sejak 2007 hingga tahun lepas dengan mencatat 39,082 kes, katanya.
Ini diikuti pinjaman perumahan dan pinjaman peribadi yang masing-masing mencatatkan 25,616 kes dan 24,041 kes untuk tempoh lapan tahun tersebut.
Nancy berkata pekerja sektor swasta merupakan golongan terbanyak yang menghadapi kes kebankrapan dengan sebanyak 47,403 kes direkodkan sepanjang 2007 hingga 2014 diikuti peniaga (17,024 kes), pekerja sendiri (9,837 kes), professional (5,295) dan sektor awam (3,959 kes), katanya. – Bernama

1MDB mungkin gagal bayar satu lagi hutang jangka pendek RM3.6 bilion, kata Rafizi
THE MALAYSIAN INSIDER
1Malaysia Development Bhd (1MDB) dijangka berdepan satu lagi masalah kewangan selepas dilaporkan mengambil hutang AS$1 bilion (bersamaan RM3.6 bilion) dari konsortium 6 bank pada Oktober tahun lalu, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini.
Selepas 1MDB dilaporkan baru-baru ini terpaksa mengambil hutang baru dari hartawan T. Ananda Krishnan untuk membayar hutang RM2 bilion Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd, Rafizi mendedahkan laporan terbaru majalah kewangan antarabangsa International Financing Review (IFR) mengenai syarikat itu.
"Kolumnis (IFR) Jonathan Rogers mengesahkan 1MDB mengambil satu lagi hutang jangka pendek berjumlah AS$1 bilion dari konsortium 6 bank yang diketuai Deutsche Bank yang perlu dibayar balik menjelang September 2015.
"Hutang AS$1 bilion ini dilaporkan diambil 1MDB dalam bulan Oktober 2014 iaitu di tengah-tengah kemelut hutang 1MDB mula mendapat perhatian umum," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan.
Katanya, masalah aliran tunai yang dihadapi syarikat pelaburan negara itu akan menjadi lebih parah tahun ini kerana 1MDB mengambil beberapa hutang jangka pendek bagi memenuhi komitmen bayaran hutang-hutang lain.
"Lebih membimbangkan, hutang AS$1 bilion (yang nilai dalam ringgit akan terus meningkat akibat kejatuhan matawang ringgit) ini diambil dengan syarat ia akan dibayar dalam bulan September 2015 menggunakan dana yang dikumpul dari penyenaraian aset penjana bebas (IPP) 1MDB yang sehingga sekarang terus bermasalah," kata Rafizi.
Naib Presiden PKR itu berkata, proses penyenaraian tersebut kini terus tertangguh dan dijangka akan menghadapi masalah berterusan kerana kelewatan projek IPP Jimah Timur dan kredibiliti kewangan 1MDB yang terus merudum.
"Tanpa projek IPP Jimah Timur dan dengan masalah keberhutangan 1MDB, dijangka sebarang penyenaraian melibatkan 1MDB tidak akan menarik minat pelabur," katanya.
Jika hutang RM2 bilion kepada Maybank dan RHB menyebabkan 1MDB terpaksa menjual aset dan kepentingan kepada Ananda, Rafizi bertanya aset mana pula yang akan dijual 1MDB bagi membayar hutang AS$1 bilion itu kelak.
Beliau mengatakan pendedahan itu juga menimbulkan persoalan, jika benar dana dari Pulau Cayman sudah dibawa pulang ke Malaysia, kenapa 1MDB tidak mempunyai dana untuk membayar hutang-hutang itu.
Dalam satu kenyataan pada 13 Januari, 1MDB mengatakan ia sudah menebus kembali sepenuhnya sejumlah AS$2.318 bilion (RM8.42 bilion) yang dilaburkan di sebuah dana berdaftar di Kepulauan Cayman.
Ananda semalam dilaporkan bersetuju meminjamkan sehingga RM2 bilion kepada 1MDB sebagai bantuan menyelesaikan hutang syarikat itu kepada Maybank dan RHB yang perlu dijelaskan akhir bulan ini.
Ia merupakan pinjaman yang dikatakan bersifat sementara, iaitu lebih kepada membantu 1MDB meleraikan masalah yang dihadapi bagi tempoh jangka pendek sambil kedua-dua Ananda dan 1MDB masih mencari penyelesaian terbaik.
Kedua-dua mereka sebelum ini dalam keadaan buntu hendak menyelesaikan hutang yang dijamin usahawan jutawan itu dan perlu dibayar balik pada November tahun lepas, ketika syarikat pelaburan strategik itu mengambil alih aset tenaga beliau pada Mac 2012.
1MDB sudah 2 kali diberi tempoh lanjutan selama sebulan bagi menyelesaikan hutang itu yang merupakan sebahagian usaha mengemaskini hutangnya berjumlah RM6.17 bilion yang perlu dilangsaikan tahun lalu.
Mengulas isu itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata terdahulu hari ini, Putrajaya patut berasa malu kerana 1MDB terpaksa mengambil langkah 'terdesak' dengan meminjam dari Ananda.
"Berita itu sangat memalukan bagi 1MDB dan kerajaan Malaysia, kerana 'dana kekayaan negara' terpaksa jatuh begitu rendah dan bergantung kepada jasa baik jutawan tempatan bagi menyelesaikan pinjamannya untuk sementara waktu," katanya.
Pelihara dara hingga alam perkahwinan
RAZIATUL HANUM A.RAJAK
Ketua
Pengarah Lembaga Penduduk, Pembangunan Keluarga dan Negara, Datuk Dr
Siti Norlasiah Ismail (tiga, kanan) dan Ketua Pengarah Operasi Kumpulan
Media Karangkraf, Syamil Fahim Mohd Fahim bergambar bersama pelajar
sekolah di Karnival Karangkraf 2015, di sini, hari ini.
SHAH ALAM - [VIDEO] Remaja perempuan dinasihatkan memelihara kesucian mereka sehingga ke jinjang perkahwinan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, masalah melibatkan kesucian diri masih lagi menular dalam masyarajat hingga berlakunya kes pembuangan bayi, anak luar nikah dan masalah hubungan seks bebas.
"Ini semua berkait rapat dengan bagaimana seseorang itu menjaga kesucian diri masing-masing.
"Bagi anak remaja perempuan, saya sebagai seorang ibu ingin berpesan, sayangilah diri anda dan peliharalah dara anda hingga ke jinjang perkahwinan. Saya percaya semua agama pun mendidik anak gadis tentang perkara yang sama," katanya dalam ucapan pelancaran kempen 'Save Your Dara', di Karnival Karangkraf, hari ini.
Teks ucapannya dibacakan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk, Pembangunan Keluarga dan Negara, Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail.
Dalam ucapannya, beliau turut mengingatkan bahawa kesalahan berlakunya gejala sosial ini tidak hanya terletak pada bahu remaja perempuan.
"Saya juga turut ingin mengingatkan bahawa apabila berlaku kehamilan luar nikah berlaku janganlah hanya disalahkan wanita, remaja lelaki turut perlu dipertanggungjawabkan dengan kesalahan yang dilakukan.
"Kedua-duanya perlu ada rasa tanggungjawab terhadap tubuh badan sendiri jangan sewenang-wenangnya dijaja dan dipermainkan," katanya.
Kempen #SaveYourDaraCampaign merupakan salah satu aktiviti khidmat sosial (CSR) yang dilancarkan majalah Dara.com terbitan Kumpulan Media Karangkraf untuk memberi kesedaran kepada muslimah tentang betapa pentingnya menjaga kesucian diri.
Sungguhpun hubungan seks bebas dan berzina itu ternyata salah dari segi hukum agama namun masalah yang melibatkan kesucian diri masih lagi menular dalam masyarakat kini.
Kempen kesedaran yang mensasarkan golongan remaja muslimah ini amat penting agar gejala sosial dapat ditangani pada peringkat awal.

Nik Aziz boleh berdiri setengah jam
Wartawan Sinar Harian
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mampu
berdiri dengan sokongan untuk tempoh setengah jam dalam sesi rawatan
fisioterapi.
Menurut anaknya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, ayahnya dapat menjalani proses tersebut meskipun masih keletihan.
“Alhamdulillah, walaupun masih keletihan, ayahanda telah mampu jalani proses rehabilitasi dengan baik, meningkat dari hari ke hari.
“Semalam ayahanda dibawa ke bilik fisioterapi untuk latihan berdiri. Syukur, ayahanda boleh berdiri dengan sokongan sekitar setengah jam,” katanya menerusi catatan di laman Facebooknya, semalam.
Beliau turut berterima kasih atas kunjung Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Terima kasih atas ziarah Datuk Seri Najib kepada ayahanda semalam. Walau pun sekejap dan ayahanda keletihan, ia bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau turut memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan Nik Aziz sedang membawa surat perutusan doa daripada ulama tersohor, Syeikh Ali Asy Shobuni.
“Ayahanda ditunjukkan surat perutusan khas dan doa daripada ulama tersohor, Syeikh Ali Asy Shobuni untuk kesihatan ayahanda.
“Ayahanda pernah dikunjungi syeikh tahun lepas di Kelantan,” katanya.

Bantuan mangsa banjir orang asli di Kelantan didakwa ‘dirompak’
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Ketika Putrajaya membelanjakan hampir RM800 juta untuk membantu mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara, terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas kesulitan mangsa banjir.
Timbul dakwaan barangan keperluan makanan yang sepatutnya diagihkan kepada mangsa banjir tidak diterima mereka seperti yang sepatutnya apabila sebahagian daripada sumbangan berkenaan "dilarikan" mereka yang tidak bertanggungjawab.
Antara insiden berkenaan termasuklah misi bantuan pasca banjir pertubuhan sivil ke perkampungan Orang Asli suku Temiar di kawasan Gua Musang, Kelantan semalam yang dicemari insiden "rompakan" apabila bantuan beras didakwa dilarikan pihak berkenaan.
Menurut jurucakap kumpulan sukarelawan tersebut, Siti Zabedah Kassim, seorang peguam hak asasi manusia daripada Majlis Peguam, lori dengan muatan 3 tan yang digunakan mengangkat barangan keperluan harian bagi diagihkan di sekitar 20 perkampungan orang asli di pedalaman negeri itu lesap bersama muatan mereka.
Insiden berkenaan dipercayai berlaku ketika salah sebuah daripada 8 lori yang digunakan untuk mengangkut barangan keperluan harian seperti beras, gula, sardin, biskut, dan banyak lagi, bernilai lebih RM50,000, sumbangan daripada syarikat Allianz Malaysia dan individu persendirian, dari Kuala Lumpur ke Gua Musang tidak tiba seperti yang dijadualkan.
Beliau difahamkan oleh penduduk orang asli di Kampung Parek, 7 lori tiba di Gua Musang sekitar jam 12 tengah malam, dan ketika di kawasan perkampungan yang dijadikan pusat pengumpulan sebelum bekalan diagihkan ke kampung berdekatan kira-kira sejam kemudian, sebuah lori bersama muatan beras tiada di lokasi.
"Mereka memaklumkan saya sebuah lori tiada di Kampung Parek, sedangkan kesemua lori itu tiba di Gua Musang," kata Siti kepada The Malaysian Insider, di Kelantan.
Malah, beliau turut mendakwa, pemandu lori yang menghantar barangan makanan kepada penduduk orang asli tersebut turut mengambil sumbangan yang diberikan orang ramai atas alasan masyarakat orang asli berkenaan "sudah mempunyai banyak stok makanan".
"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, penderma semua perlu pastikan barangan yang didermakan mereka sepatutnya tiba ke kawasan mangsa banjir," kata Siti, kepada The Malaysian Insider.
Malah, turut timbul dakwaan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab menyimpan stok bantuan kepada mangsa banjir dan tidak mengagihkan bantuan makanan berkenaan kepada penduduk orang asli yang terjejas banjir.
Banjir yang melanda negara pada penghujung Disember 2014 adalah antara yang terburuk apabila hampir 200,000 orang dilaporkan menjadi mangsa banjir.
Negeri di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang antara kawasan terburuk terjejas akibat banjir apabila terdapat penduduk yang kehilangan kediaman mereka apabila rumah mereka dihanyutkan air deras.
Tinjauan The Malaysian Insider di lokasi perkampungan orang asli di pedalaman Gua Musang semalam juga mendapati kediaman mereka masih lagi terbiar dengan sebahagian daripada mereka kini mula membina pondok di kawasan bukit apabila kediaman mereka tidak lagi boleh digunakan.
Selain menggunakan khemah dan kanvas, mereka yang terjejas juga turut menggunakan buluh untuk membina pondok kediaman sementara menunggu kediaman mereka boleh diduduki semula.
Sukarelawan misi bantuan banjir juga terpaksa menggunakan kenderaan pacuan roda (4WD) dan helikopter untuk memasuki kawasan kampung terpencil kerana kemudahan jalan perhubungan terjejas akibat banjir.
Terdapat sebahagian kawasan perkampungan penduduk orang asli juga tidak mempunyai pilihan lain selain menantikan bantuan dan sumbangan makanan daripada pihak luar apabila sumber makanan dan tanaman mereka musnah dilanda banjir.

Harga baru petrol, diesel mula tengah malam ini
Kabinet putuskan tidak umumkan harga baharu lebih bermula tahun ini.
KUALA LUMPUR: Harga baharu minyak akan diumumkan tengah malam ini sebelum berkuat kuasa pada pukul 12.01 tengah malam, 1 Februari 2015.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kerajaan tidak mengumumkan harga baharu komoditi itu lebih awal kerana keputusan tersebut telah diputuskan oleh Kabinet mulai tahun ini.
Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada hak masing-masing untuk membuat spekulasi tentang harga baharu minyak yang akan diumumkan kerajaan nanti. – UTUSAN ONLINE
Kritikan Tun M terhadap Najib bukan perpecahan
Semua boleh memberi pandangan ataupun buah
fikiran terpulang kepada pihak yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran
negara untuk memberi pertimbangan.
Ketua Wanita Umno Bahagian Paya Besar itu memberitahu, pihak luar dari parti boleh mengemukakan pandangan kepada pihak yang memerintah.
“Saya tidak fikir ada dua kem (puak). Saya ingat itu adalah satu pandangan yang diberi oleh bekas Perdana Menteri dan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran parti dan kerajaan, meneruskan agenda pembangunan seperti yang telah dirangka.
“Jadi, kita sebagai pucuk pimpinan di peringkat yang mendukung pimpinan tertinggi kenalah menyokong kerana itu merupakan asas kepada kestabilan kerajaan dan parti,” katanya, lapor Sinar Harian.
Menurut Dr Siti Zaharah, segala pandangan yang dikemukakan itu terserah kepada pemerintah untuk mempertimbangkannya.
“Kalau di luar daripada parti dan kerajaan, semua boleh memberi pandangan ataupun buah fikiran terpulang kepada pihak yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran negara untuk memberi pertimbangan.
“Kita percaya dan yakin kepada pucuk pimpinan Najib sebagai Perdana Menteri. Beliau akan terus membawa kita ke mercu yang maju dan lebih progresif pembangunannya,” katanya.
Krisis terbaharu itu timbul selepas Tun Mahathir dan beberapa veteran UMNO dilihat berterusan mengkritik pentadbiran Najib.
Dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian pada Disember lalu, Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun (1981-2013) berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah Najib menukar banyak dasar ekonomi yang dilihat tidak memberi manfaat kepada negara serta mempersoalkan keputusan Najib berhubung pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Kenapa Razak Baginda lindungi Najib dalam kes Altantuya, soal peguam
OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Peguam Americk Sidhu mempersoalkan mengapa penganalisis politik Abdul Razak Baginda melindungi Datuk Seri Najib Razak berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu 9 tahun lalu apabila perdana menteri tidak pernah terlibat dalam jenayah itu.
Americk yang menyediakan akuan bersumpah yang pertama (SD1) untuk penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang diupah Razak pada 2006 berkata, Razak terus-terusan mengatakan dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider baru-baru ini yang Najib tidak bersalah dan diperlakukan dengan tidak adil.
Dalam temu bual yang disiarkan pada Khamis, Razak memberitahu The Malaysian Insider semuanya ialah mainan politik dan tiada kaitan antara Najib dan kematian Altantuya.
Americk berkata, Razak bagaimanapun tidak menerangkan kenapa beliau merasakan Najib perlu dilindungi. "Tiada siapa yang tuduh Najib terlibat. Bala dalam SD1 beliau tidak mengatakan Najib mempunyai apa-apa kaitan dengan pembunuhan Altantuya," kata Americk dalam satu kenyataan eksklusif kepada The Malaysian Insider.
Mendiang Bala, seorang bekas anggota polis, berkata dalam SD pertama beliau yang Razak mengambilnya bekerja pada Jun 2006 untuk menghalang Altantuya daripada mendekatinya.
Americk berkata apa yang dinyatakan Bala dalam SD itu ialah Razak memberitahunya mengenai penglibatan Najib dengan Altantuya.
(Bala berkata kedua-dua Razak dan Altantuya memberitahunya, Altantuya pernah menjadi teman wanita Najib. Dakwaan ini terdapat pada perenggan 25 dan 28 dalam SD1.)
Americk berkata Razak masih belum secara khusus menafikan beliau memberitahu Bala perkara ini.
"Bala mengakui sedari awal yang beberapa perkara dalam SD1 beliau merupakan khabar angin. Jadi, apa tujuannya apabila Razak mengatakan SD Bala itu khabar angin?" soal Americk.
Katanya, Razak juga mengelak daripada mengatakan mengapa Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Nazim Razak, peniaga karpet Deepak Jaikishin dan ramai individu lain merasakan Bala dan keluarganya perlu meninggalkan negara ini sebaik SD1 itu dikeluarkan.
"Ini tidak benar-benar memberi sebarang kredibiliti kepada penegasan Razak yang Najib ialah mangsa yang tidak bersalah dalam satu kes tipu helah politik," kata Americk.
Bala merupakan saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, tetapi meninggalkan Malaysia dalam tergesa-gesa selepas menandatangani akuan bersumpah kedua (SD) pada 2008, yang kononnya membersihkan Najib daripada terlibat dalam kes itu.
Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Mac, 2013, beberapa minggu selepas pulang ke negara ini setelah 5 tahun memaksa diri menjadi orang buangan di India.
Americk juga berkata Razak gagal menghargai kesetiaan Bala kepadanya.
Beliau berkata, apabila Bala ditemuramah akhbar di London pada Julai 2010 di Holiday Villas, Bayswater, dia memberitahu pemberita dia merasakan Razak tiada kaitan dengan pembunuhan itu dan dia tidak bersalah.
Americk berkata Bala merasakan Razak naif dalam menyangkakan 2 komando polis itu tidak akan membahayakan Altantuya.
"Adakah semua ini mengarut Encik Razak Baginda?" soal Americk, merujuk kepada wawancara Razak dengan The Malaysian Insider apabila beliau mengatakan SD Bala mengarut.
Americk juga menyebut tentang satu makan malam di sebuah restoran di Brickfields pada 13 Oktober 2006, yang diatur Bala supaya Razak boleh berjumpa seorang yang bernama ASP Suresh yang sepatutnya menguruskan penangkapan Altantuya.
Tetapi Suresh tidak hadir kerana beliau sendiri ditangkap Badan Pencegah Rasuah (namanya ketika itu) pada malam itu juga.
Ketika makan malam itu, Razak secara khusus memberitahu Bala dia mesti pastikan Altantuya tidak disakiti walau apa cara sekali pun, kata Americk.
"Tetapi Razak tidak sedar apa akan terjadi apabila beliau terlibat dengan Musa Safri dan Azilah. Adakah semua ini mengarut?" soalnya lagi, merujuk kepada bekas pegawai khas Najib Timbalan Superintenden Musa Safri dan Ketua Inspektor Azilah Hadri.
Razak ketika wawancara itu tidak membesarkan kes jenayah itu, mengatakan dia tidak tahu motif pembunuhan kekasihnya Altantuya, tetapi menyatakan ramai yang mati dalam tahanan polis tanpa sebarang penjelasan.
Beliau dibebaskan daripada bersubahat dalam pembunuhan tahun 2006 itu tetapi dua bekas komando polis, Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar, didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan selepas rayuan pusingan terakhir bulan ini.
"Hanya 2 anggota polis itu sahaja yang tahu. Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman," penganalisis politik itu memberitahu The Malaysian Insider ketika ditanya pendapatnya mengenai motif pembunuhan itu.
Azilah sedang berhadapan hukuman mati manakala Sirul melarikan diri ke Australia. Pihak berkuasa Malaysia sedang memohon agar dia diekstradisikan.
Keterangan dalam mahkamah mendedahkan wanita Mongolia itu dibunuh sama ada dengan bahan letupan C4 atau dibunuh terlebih dahulu dan mayatnya dihapuskan pada 18 Oktober 2006, di pinggir bandar Shah Alam, berhampiran ibu kota Kuala Lumpur.
Semasa perbicaraan, Razak yang juga rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, mendapatkan pertolongan Musa kerana tidak tahan dengan gangguan daripada Altantuya.
Musa pada masa itu merupakan pembantu peribadi Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri.
Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan kegagalan memanggil Musa adalah punca kekalahan kes pendakwaan itu.

Berita Terkini 1MDB Malaysia : Pinjaman Hutang 1MDB Dijelaskan Ananda Krishnan? Bakal Untung RM6 Bilion?
Staff Berita Semasa
Berita Terkini 1MDB Malaysia; Pinjaman
Hutang 1MDB Dijelaskan Ananda Krishnan? Bakal Untung RM6 Bilion?
1MDB…..daripada banyak duit sampai berhutang tapi tak mampu bayar
pinjaman hutang sendiri? Tepuk dahi Berita
semasa melihatnya…Ibarat cacing yang kepanasan, lembu yang sedang
dikorbankan mengelupur tidak tentu hala. Akhirnya apa yang 1MDb mampu
lakukan sekarang ini?
“Korek lubang, tutup lubang”
1MDB terpaksa meminta talian hayat daripada Ananda Krishnan bagi melangsaikan pinjaman hutang Rm2 bilion dengan Maybank, RHB
Laporan Berita Terkini 1MDB Malaysia oleh The Edge
Jikalau anda semak laporan berita
terkini The Edge berdasarkan pinjaman hutang RM2 bilion yang bakal
diberikan Ananda bagi menjelaskan pinjaman hutang Maybank RHB, Tan Sri
Ananda Krishnan akan diberikan majoriti pegangan dalam Powertake
Investment Holdings Sdn Bhd. Jikalau berdasarkan nilaian hari ini,
Ananda Krishnan sudah untung RM6,000,000,000 di situ sahaja. Hebat
taikun telekomunikasi ini berniaga…
Manakala 1MDB masih lagi terhegeh-hegeh menanggung hutang di sana sini.1MDB bought Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd owned by Ananda Krishnan at RM8.5 billion (with RM6.17bil loan) and renamed to Powertek Energy Sdn Bhd became a subsidiary of Powertek Investment Holdings Sdn Bhd in 2012.
After having acquired Tanjong’s power plants for a total of RM8.5bil, 1MDB also acquired the Genting group’s power generation unit for RM2.38bil.Hutang lagi…..1MDB. Hebat anda berniaga. Akhirnya Ananda Krishnan yang kenyang.
To purchase Genting Sanyen Power, 1MDB took up a bridging loan of RM607mil that is payable on a semi-annual basis over 42 months.
Risiko Pelaburan 1MDB Kepada Ekonomi Malaysia?
Bagi Berita Semasa melihatkan unjuran pertumbuhan ekonomi pada kadar 3%-5% pada tahun 2015 ini, memnang tiada masalah di situ. Masalahnya sekarang ini, “lubang-lubang gomen” seperti 1MDB ini yang telah membawa kepada apa yang dipanggil sebagai “systemic risk”
- Systemic risk: Aka Jangkitan. 1MDB tidak mampu bayar hutang, bank mula sangkut daripada “capital adequacy ratio”.
- Apabila Bank mula sangkut = ia sekaligus akan mengehadkan keupayaan bank untuk memberi kredit, yang memberi kesan kepada perkembangan ekonomi.
- Itu belum masuk lagi “contingent liability” kepada kerajaan Malaysia (yang boleh membawa kesan kepada defisit bajet) bahkan juga kesan rantaian kepada para pemodal melalui pendedahan mereka kepada nota gadai gomen dan 1MDB itu sendiri.
- Di bawah ini Berita semasa sertakan bersama laporan berita pernigaan yang disediakan oleh StarBiz pada 23 April 2014 yang mana menunjukkan liabiliti luar jangka yang dijamin oleh kerajaan Malaysia.
“Ahmad Maslan pandai“.
Ahmad Maslan mengatakan surat sokongan kerajaan untuk 3 bilion dolar
Amerika itu bukan jaminan. Ini sebiji seperti apa yang pernah kerajaan
Malaysia lakukan pada tahun 80an dalam percubaan “corner” pasaran timah
menggunakan Maminco, tetapi akhirnya “kantoi”. Yang mana anda boleh
semak laporan kes Kleinwort Benson Limited v Malaysia Mining Corporation
Berhad [1989] 1 WLR 379 :
Lord Gibson ruled “the comfort letter containing no more than the assumption of moral responsibility by the defendants in respect of the debts of Metals.”
Berbalik kepada soal 1MDB itu, pendek
kata apa yang berlaku sekarang ialah pergerakan pasaran dalam
mensasarkan hasil setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuklah :
- kejatuhan harga minyak dunia
- kadar hutang isi rumah
- kadar hutang kerajaan
- risiko dari 1MDB
Ini yang dipanggil sebagai “The beauty of market forces“. Anda akan dilihat berharga pada nilai yang sepatutnya kerana anda berhak selepas dinilai secara adil.
Nilai ringgit Malaysia mula merudum
dengan dahsyatnya terutama sekali berkala dengan kejatuhan harga minyak.
Dan situasi semakin buruk apabila ia turutn mendadak dalam bulan
disember 2014; sejurus selepas kegagalan 1MDB bayar hutang walaupun
telah berjanji untuk membayar semula sebelum itu.
Nah disebabkan itulah, apabila diperhatikan penanda aras sovereign cds :
- Pada mulanya 4 Disember 2014 kadar CDS untuk Malaysia naik melebihi kadar Filipina atau Thailand
- Ini adalah sesuatu diluar daripada kebiasaan memandangkan kadar CDS Malaysia adalah sentiasa rendah berbanding Thailand atau Filipina
P/S : CDS ini adalah Credit Default swap
rate (yakni insuran tambahan pasaran kenakan ke atas kadar pulangan
nota gadai kerajaan). *dalam dunia kewangan, risiko dinilaikan dengan
kadar pulangan.
PP/S : Baht semakin menguat. Hari ini 100 baht = RM 11.11 … Jatuh teruk ringgit Malaysia sekarang.
Jadual jelajah Anwar ‘Rakyat Hakim Negara: Hari Penentu 10 Feb’
KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR : Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim akan memulakan ‘Siri Jelajah Rakyat Hakim Negara: Hari Penentu 10 Februari’ bermula Ahad ini, 1 Februari (Feb).
Jelajah kali ini adalah menuju keputusan perbicaraan kes Fitnah II ke atasnya yang akan diketahui pada 10 Februari ini di Istana Kehakiman Putrajaya.
Berikut adalah jadual penuh siri jelajah tersebut:
1. Negeri Sembilan (1 Feb, Ahad, 8.30 malam)
Pasti Al-Falah, Padang Awam Taman Desa Rhu Sikamat, Seremban
PIC Pusat – Saifullah
PIC Negeri – YB Amin
2. Kedah (2 Feb, Isnin, 8.30 malam)
Taman Kuchai, Lunas
PIC Pusat – YB Datuk Johari Abdul
PIC Negeri – Dr Azman
3. Terengganu (3 Feb, Selasa, 8.30 malam)
Perkarangan Pejabat
Keadilan Kemaman, Jalan Jakar, Chukai
PIC Pusat – YB Rafizi Ramli
PIC Negeri – YB Azan Ismail
4. Selangor (4 Feb, Rabu, 7 malam)
Tazkirah/ Solat Hajat
Masjid Abu Bakar Ali Bashah,
Apt Kenanga, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung
PIC Pusat – YB Amiruddin Shari
PIC Negeri – Hj Borhan/Nazar Yakin
5. Perak (4 Feb, Rabu, 9 malam)
Dataran Berop, Tanjung Malim
PIC Pusat – Saifullah
PIC Negeri – Dr Manuty
6. Pulau Pinang (7 Feb, Sabtu, 4.00 petang)
(Hi-Tea) 4 Petang – Bayan Baru
PIC Pusat – YB Datuk Johari
PIC Negeri – YB Dr Mansor/YB Malek
7. Penang (7 Feb, Sabtu, 7 malam)
Tazkirah/ Solat Hajat – Masjid Jamek Seberang Jaya
PIC Pusat – YB Datuk Johari
PIC Negeri – YB Afif
8. Penang (7 Feb, Sabtu, 8.30 malam)
Tapak Pasar Awam Sama Gagah, Permatang Pauh
PIC Pusat – YB Datuk Johari
PIC Negeri – YB Dr Mansor/YB Afif
9. Johor (8 Feb, Ahad, 8.30 malam)
Bilik Gerakan Utama Pakatan Rakyat Muar,
Pt Tarom, Jalan Temenggong Ahmad
PIC Pusat –Abd Rahman Yusof
PIC Negeri – Hizwan
10. Melaka (8 Feb, Ahad, 8.30 malam)
Perkarangan Pejabat MPN Melaka,
Jalan BPM1, Taman Bukit Piatu Mutiara, Bukit Piatu, Melaka
PIC Pusat – Abd Rahman Yusof
PIC Negeri – YB Shamsul Iskandar/ Wahab
11. Solat Hajat Perdana/Tazkirah (9 Feb, Isnin, 6.00 petang)
Stadium Tertutup Malawati Shah Alam
PIC Pusat – Rafizi/Fariz Musa/Hq
PIC Negeri – Prof Din/Yahya Sahri/Bahrin
12. Grand Finale (9 Feb, Isnin, 9.00 malam)
Stadium Tertutup Malawati Shah Alam
PIC Pusat – Rafizi/Fariz Musa/ Hq
PIC Negeri – YB Amir/YB Zuraida/Hj Borhan/Yahya Sahri/YB Dr Xavier/ YB Eli/YB Nik
MH370: Perkeso Mulakan Proses Pengurusan Bayaran Faedah
MSTAR ONLINE
Ini termasuk, kepada semua 12 anak kapal beserta sembilan kakitangan Syarikat Freescale Semiconductor Malaysia Sdn Bhd yang dalam perjalanan menghadiri kursus di China, seperti mana tertakluk di bawah Skim Bencana Kerja Perkeso.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata di bawah skim itu, waris layak menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM1,500 dan bayaran berkala maksimum RM2,655 sebulan di bawah Faedah Orang Tanggungan, sama ada kepada balu, duda, anak-anak atau ibu bapa dan adik-beradik.
"Perkeso akan memastikan semua penumpang MH370 yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 mendapat faedah orang tanggungan atau pencen penakat," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.
Riot berkata Perkeso juga sentiasa bersedia membantu waris dan anggota keluarga yang terlibat dalam memastikan kebajikan dan kepentingan mereka terbela di bawah liputan perlindungan skim keselamatan sosial.
Pesawat Boeing 777 itu yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam, 8 Mac, 2014. Ia dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat
MSTAR ONLINE
KUCHING: Jumlah mangsa
banjir di negeri ini meningkat sedikit kepada 58 orang daripada 14
keluarga, setakat 8.30 pagi Sabtu berbanding 48 orang daripada 12
keluarga malam Jumaat.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata dua pusat pemindahan masih beroperasi, iaitu di Dewan Masyarakat Beluru, Bakong, Miri yang menempatkan 30 mangsa daripada enam keluarga dan Balai Raya Sebauh, Bintulu yang menempatkan 28 orang daripada lapan keluarga.
Sementara itu, jurucakap Bilik Operasi Banjir Pejabat Daerah Kecil Beluru Ricky Bayang ketika dihubungi untuk mengesahkan bilangan mangsa yang berada di pusat pemindahan berkata, keadaan banjir di Bakong bertambah baik dengan air Sungai Bakong semakin surut.

Bersih saran pengundi Sarawak kemuka bantahan segera
KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menggesa pengundi di Sarawak mengemukakan bantahan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berikutan tempoh yang diberikan tinggal seminggu sahaja lagi.
Jelas Pengerusinya, Maria Chin Abdullah, ia adalah hak penduduk Sarawak menuntut keadilan agar pilihan raya dilakukan dengan telus dan bersih daripada penipuan kerajaan.
“Kuasa untuk menghentikan pengagihan pengundi secara tidak serata di Sarawak yang dibuat oleh SPR secara berterusan selama ini terletak di tangan pengundi negeri ini,
“BERSIH 2.0 tidak mempunyai ‘locus standi’ (kuasa) untuk mengemukakan apa-apa bantahan terhadap SPR dan SPR juga telah menolak sebarang usaha untuk berbincang dengan kami.
“Pengundi Sarawak hanya mempunyai satu minggu untuk membantah syor persempadanan semula yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang akan memberi kesan kepada keputusan sekurang-kurangnya dua pilihan raya umum yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Katanya lagi, bantahan secara jelas perlu dibuat apabila 13,526 daripada 1,109,134 pengundi dibahagikan kepada 15 daripada 82 DUN yang dilihat terlalu menyeleweng.
Antaranya DUN Pelawan iaitu sebanyak 31,388 jumlah pemilih iaitu 132 peratus lebih besar daripada purata negeri.
Katanya, penyelewengan saiz Bahagian DUN yang terbesar ini menyebabkan nilai undi pengundi di Pelawan paling kecil berbanding dengan pengundi di Bahagian DUN yang lain.
Antara lain, DUN Pending dengan jumlah pengundi 30,881, Bukit Asek sebanyak 28,908 dan Dudong sebanyak 28,569.
Manakala di peringkat parlimen, katanya, Bandar Kuching dengan jumlah pengundi 78,394 adalah 119% lebih besar daripada purata negeri dan merupakan penyelewengan saiz terbesar di negeri itu, selain Miri, Sibu, Stampin, Bintulu, Lanang, Petrajaya dan Mambong.
“BERSIH 2.0 hanya berdaya menunjukkan kelemahan serius dalam syor cadangan persempadanan semula SPR dan menggesa pengundi Sarawak di kawasan yang disenaraikan di sini untuk mengambil tindakan mengikut hak mereka sebagaimana yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Apa yang dilakukan pada minggu ini boleh menentukan masa depan kita untuk 10 tahun yang akan datang,” katanya lagi.
Akaun Facebook ‘Suara Keadilan’ palsu – Pengarang
KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR: Suara Keadilan (SK) hari ini menafikan mereka pemilik kepada akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Suara Keadilan’.(www.facebook.com/suara.keadilan)
Ketua Pengarangnya, Mohd Najib Hashim berkata, kewujudan akaun itu tidak pernah diketahui pihaknya dan SK langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik akaun tersebut.
Jelasnya lagi, akaun rasmi facebook SK ialah www.facebook.com/KeadilanDaily, sebagai medium penyampaian berita selain portal dalam talian iaitu KeadilanDaily.com namun semua akaun tersebut dikendalikan sendiri oleh stafnya tanpa melibatkan campur tangan pihak luar.
Tambahnya lagi, pihaknya menyedari berkenaan kewujudan akaun palsu tersebut apabila beberapa posting yang dimuat naik telah tersebar luas dan melaporkan berita yang berbaur fitnah.
Namun katanya, beliau tidak jelas apakah motif pemilik akaun tersebut menggunakan nama Suara Keadilan namun beberapa maklumat kurang tepat yang dimuat naik pastinya akan menjejaskan nama dan kredibiliti SK serta parti KEADILAN sendiri.
“Kita harap pihak yang terlibat berhenti daripada menggunakan nama Suara Keadilan,” jelasnya lagi.
Justeru, bagi mengelak kekeliruan orang ramai boleh melayari akaun rasmi laman sosial facebook (Keadilan Daily) dan Twitter rasmi Suara Keadilan (@Keadilan_Daily) selain portal atas talian Keadilan Daily.com
MyEG: Enam Kes Khas Perlu Dibuat Di Kaunter Imigresen
Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
Kebenaran itu diberikan kerana majikan yang mempunyai kes tersebut tidak dapat membuat permohonan melalui sistem dalam talian MyEG Service Bhd (MyEG) yang dikuatkuasakan sejak 5 Januari lalu.
Pengarah Bahagian Pekerja Asing Imigresen, Farah Adura Hamidi berkata, kes-kes khas tersebut dikesan dalam tempoh Peringkat Pembuktian Konsep (POC) pelaksanaan baharu untuk menambah baik kecekapan sistem dalam talian itu.
"Terdapat enam kes yang kita kenal pasti iaitu masalah pekerja asing tinggal lebih masa, disenaraihitamkan dan pasport mereka yang perlu diperbaharui kerana tamat tempoh.
Masalah membabitkan Fomema di mana pekerja tidak perlu lagi menjalani saringan kesihatan berkenaan selepas tiga tahun.
Jabatan Imigresen memutuskan untuk membuka semula kaunter berkenaan untuk sementara waktu sehingga tamat tempoh POC pada 28 Februari depan selepas mempertimbang rungutan majikan
mengenai pelaksanaan sistem baharu itu yang mengenakan caj RM38 bagi setiap permohonan selain pengumuman yang dibuat 'secara mengejut', sekali gus membebankan pengguna.
Pada masa sama proses permohonan melalui sistem dalam talian MyEG tetap dibuka kepada majikan.
Farah Adura berkata, sesi POC sehingga 28 Februari depan merupakan tempoh untuk menguji kecekapan sistem berkenaan dan penyedia perkhidmatannya.
Tambahnya, tiada jangkaan dapat dikesan terhadap sistem dalam talian itu sekiranya tidak dilaksanakannya sepenuhnya.
Berikutan itu katanya, tempoh POC dilakukan bagi mengenal pasti apakah masalah atau kelemahan yang berbangkit daripada sistem yang dikuat kuasakan sejak 5 Januari lalu.
"Kita perlu melangkah ke hadapan dengan melaksanakan kaedah ini dengan cara yang berkesan termasuk menggunakan sistem dalam talian, antara lain untuk memudahkan urusan majikan.
"Saya masih berharap mendapat maklum balas daripada majikan bagi membantu memperbaiki sistem tersebut supaya ia dapat digunakan dengan lebih baik pada masa akan datang,” kata Farah Adura.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif MyEG, Datuk Raja Munir Shah Raja Mustapha memberitahu mStar Online, bahawa diakui terdapat permohonan perlu mendapat kelulusan secara manual di kaunter pejabat imigresen.
Bagaimanapun katanya, perkara tersebut dapat ditambah baik selepas menyelesaikan isu-isu berkaitan yang berbangkit seperti caj RM38 yang dikenakan terhadap majikan.
“Kita perlu memikirkan bagaimana hendak memberi penambahbaikan. MyEG dan Jabatan Imigresen boleh berbincang untuk langkah ke hadapan demi menyediakan perkhidmatan yang mudah dan cepat kepada orang ramai,” katanya.
Ketika ditanya adakah penambahbaikan pada masa akan datang mampu menangani enam kes khas tersebut, Raja Munir berkata: “InsyaAllah.. Kita kena melihat perjalanan proses dan mekanismenya.
“Mana yang kita boleh mengautomatikkan secara ‘online’, insyaAllah kita akan buat. Kalau mana yang tak boleh, sebab kita perlu faham ada perkara yang membabitkan pindaan akta, peruntukan undang-undang dan sebagainya.
“Kalau semua perkara ini boleh diatasi, saya tak nampak kenapa ia tidak boleh dilakukan secara ‘online’. Kita akan melihatnya secara mendalam,” katanya sambil menambah sebarang keperluan boleh dipenuhi MyEG sebagai penyedia perkhidmatan meliputi peralatan, kepakaran dan aplikasi yang dibangunkan.
Dalam pada itu, Raja Munir berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan mengenai langkah terbaik untuk memaklumkan kepada pemohon berhubung kes-kes khas yang tidak dapat diproses secara dalam talian.
“Daripada perbincangan itu kita akan lihat macam mana kita boleh maklumkan sebagai makluman seperti pengumuman. Perkara-perkara penting seperti ini boleh dihebahkan di hadapan laman web kita (www.myeg.com.my).
"Tiada masalah untuk kita paparkan di portal MyEG, cuma kita hendak mereka faham apa yang dimaklumkan. Walaupun kita sudah letakkan pemberitahuan di portal, mereka juga boleh menghubungi kita,” katanya yang merujuk kepada pusat khidmat pelanggan MyEG di talian 03-78011688.
Samy Vellu Sedia Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut MIC
MSTAR ONLINE
Beliau berkata sebagai hanya anggota biasa MIC, adalah kurang sesuai untuk dirinya mengulas lanjut mengenai konflik yang melanda parti itu.
"Sebagai bekas presiden kalau saya cakap pasal mereka ia akan menjadi isu besar, jadi berdiam diri lebih baik, biar mereka uruskan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Pengajian Tamil ke-9 oleh Najib di Universiti Malaya pada Jumaat.
Persidangan empat hari bermula semalam itu dirasmikan oleh Najib, telah menghimpunkan sarjana dan pakar bahasa dan sastera Tamil untuk berkongsi pendapat bagi memperkasakan bahasa tersebut.
Samy vellu berkata biarlah Perdana Menteri meneliti masalah MIC.
"Dan jika beliau kata "Samy Vellu panggil (pemimpin) parti dan bincangkan, dengan itu baru saya boleh bincangkan,"
Beliau yang juga berharap dengan campur tangan Perdana Menteri, ia dapat menyelesaikan kemelut parti itu, dan seterusnya menyelamatkan anggota parti yang memperjuangkan nasib kaum India itu daripada berpecah-belah.
Samy Vellu yang menerajui MIC selama 31 tahun sejak 1981 turut menasihatkan barisan kepimpinan parti itu supaya sentiasa memberi keutamaan kepada parti dan komuniti masyarakat India melebihi kepentingan diri sendiri.
Perbezaan pendapat timbul dalam MIC selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan pada 5 Disember lepas mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan Naib Presiden dan 23 kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat dalam tempoh 90 hari.
Arahan itu susulan dakwaan wujud perkara yang melanggar peraturan dalam pemilihan pada mesyuarat agung MIC ke-68 di Melaka pada 30 November 2013.
Menyentuh mengenai persidangan itu, Samy Vellu yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur berkata persidangan tersebut dijangka dapat memberi impak positif terhadap perkembangan bahasa dan sastera Tamil di negara ini dan seluruh dunia.
"Dengan sokongan Perdana Menteri tunjukkan hari ini, saya yakin persidangan ini bakal memberi nafas baharu kepada sekolah-sekolah dan pelajar Tamil di Malaysia," katanya.
Pasca banjir perlukan Saddam
MEMANDANGKAN teruknya kemusnahan gara-gara banjir di seluruh negara terutama Kelantan, tidak dapat dibayangkan bagaimana dan berapa lama ia hendak dibangunkan semula khususnya Manek Urai dan Kuala Krai.
Tidak dapat diagak bila mangsa yang musnah rumah itu boleh beroleh rumah tetap semula dan bilakah jalan-jalan yang binasa itu dapat dipulih dan laluan kenderaan lancar semula?
Betapa adanya pengalaman-pengalaman pemaju dan kontraktor bertukar ganti, menyebabkan banyak juga projek yang terbengkalai, payah hendak difikirkan pemulihan kilat akan terlaksana.
Tetapi dengan darjat prihatin dan tanggungjawab yang tinggi para simpatisan dan sukarelawan mangsa banjir, pembangunan kilat akan tumbuh semula dan segera di mana-mana.
Berapa lama perlu menunggu? Moga-moga dalam tiga/empat bulan ini kebanyakan yang tidak berumah akan dapat kediaman tetap dan kebanyakan kediaman yang separuh rosak akan selesa didiami semula.
Saya teringat rumah kayu separuh usia kepunyaan Arshad di Pasir Panjang Lau, Sitiawan terbakar hangus. Rumah itu masih boleh didiam tetapi tidaklah selesa sangat. Arshad pun bukan orang senang untuk membaik pulih rumah kayunya dulu. Kebetulan saya di kampung semasa rumahnya terbakar.
Mangsa itu tinggal sehelai sepinggang. Orang kampung sekaliannya menghulur bantuan apa yang ada membantu Arshad memiliki rumah semula. Sebulan kemudian saya ke situ lagi. Saya dapati Arshad dapat rumah batu di tapak rumah kayunya yang terbakar itu.
Semuanya atas bantuan orang ramai. Saya singgah jumpa Seca dan isteri Ezon. Saya kata padanya, “Untung juga rumah kamu terbakar.
Jika tidak kamu tak dapat rumah batu.” Keluarga itu gelak dan bersyukur atas musibah yang berhikmat itu. Dalam bencana ada juga rahmatnya.
Sekalipun mereka dapat rumah baru dengan mudah tetapi tetap mereka mengambil masa untuk melengkapkan semula peralatan dan keperluan rumah. Adatlah kalau tiada kerugian langsung atas bencana, maka tiadalah dinamakan bencana.
Tapi ia sebuah rumah saja terbakar. Kelantan yang diserang banjir besar itu semua rumah dan semua orang menjadi mangsa.
Maka banyak dan besarlah tindakan yang perlu dibuat oleh kerajaan dan masyarakat prihatin.
Kita tunggu kerja sepadu muafakat antara kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri bagi membangun dan memulihkan semula kehidupan masyarakat mangsa banjur. Di luar musim banjir pemaju dan kontraktor banyak songeknya. Kerja sebulan jadi dua bulan. Yang setahun jadi dua/ tiga tahun dan ada yang tak siapsiap.
Setahun selepas Perang Teluk yang pertama saya ke Baghdad melalui jalan darat dari Amman, Jordan berbelas belas jam. Semua tahu kota Baghdad itu separuh musnah gara-gara perang itu. Jambatan besar yang menghubungkan dua belah tebing Sungai Furat di tengah Baghdad itu musnah oleh bom Amerika yang tidak bermata.
Tetapi Baghdad yang saya datangi tidak nampak kesan dan bekas kemusnahan perang. Padahal 30 tahun sebelumnya saya ke Jerman. Gara-gara perang dunia kedua 30 tahun sebelum itu negara itu hancur. Saya lihat ada lagi kesan perang Jerman itu. Di Berlin Barat sudah tidak banyak baki kerosakannya, tetapi di Berlin Timur masih penuh dengan keruntuhan.
Di Baghdad tidak banyak lagi, malah tidak berapa ada bangunan runtuh yang belum dibaiki. Seolah- olah tidak ada perang di Iraq setahun lalu. Bagaimana Baghdad begitu cepat menghapuskan kesan perang? Adakah datang jin-jin seperti pada zaman kenabian Nabi Sulaiman a.s. dikerah memulih ba-ngunan runtuh dalan sekelip mata? Selepas ketiadaan Nabi Sulaiman jin-jin tidak dapat dimanfaatkan lagi.
Akan tetapi itulah perkasanya Saddam Hussein yang memerintah Iraq mengikut kehendaknya sendiri. Dia dapat bangunkan semula kota Baghdad dalam masa setahun.
Sebaik saja gencatan senjata dikuatkuasa dan perang ditamatkan, Saddam Hussein dikatakan memanggil para pemaju dan kontraktor yang pernah mendapat faedah pembangunan di Iraq sebelum perang dulu.
Saddam beri kata dua kepada mereka, dia tidak mahu lihat bangunan dan jalan yang runtuh di kota itu. Dengan segala nikmat dan kekayaan yang mereka dapat semasa aman dulu, mereka jangan bertangguh lagi membangunkan semua segala yang runtuh itu sesegera mungkin. Saddam tidak mahu dengar segala kepayahan dan ketiadaan modal bagi memulihkannya.
Dia tahu arahannya mesti siap secepat mungkin. Penduduk lembah Nil telah biasa membina piramid dan lain-lain atas perintah Firaun 5,000 tahun lalu dan di Lembah Furat mereka telah ada pengalaman membina Taman Tergantung di Babylon dan lain-lain, maka mereka tidak memungkiri lagi kemahuan Saddam bagi membersihkan semua kemusnahan di Baghdad.
Jika pada zaman purba yang tiada teknologi moden mereka dapat bangunkan bangunan yang tiada bangsa lain dapat laksanakan, maka tidak payah sangat rakyat Saddam pada zaman penuh teknologi moden membangunkan semula Baghdad.
Saddam tidak menghadapi banyak masalah bagi memulihkan Baghdad. Apakah Perdana Menteri Najib dan Timbalannya Muhyiddin Yasin dapat bangunkan kembali Kelantan dan lain-lain pada zaman pasca banjir ini tanpa bertangguh?
Dapatkah Najib buat apa yang Saddam buat di Baghdad pasca perang teluk dulu? Kita sekarang perlukan pemimpin yang tegas dan berani, bukan yang kejam. Najib tidak perlu contohi kekejaman yang ada pada Saddam, tetapi dia mesti ambil ketegasan dan keberaniannya.
Jangan ambil kesempatan untuk menggunakan peruntukan yang berlebihan bagi membangunkan semua segala yang musnah.
Yang melambat dan memahalkan segala projek selama ini ialah mencari duit yang banyak dari setiap projek yang sepatutnya tidak terlalu mahal. Setiap orang cuba mendapat sebanyak untung.
Jika melambatkan siapa boleh mendatangkan untung tambahan, maka lambatkan siapnya.
Jika yang setahun disiapkan bertahun-tahun, banyaklah masing- masing dapat duit. Sekarang semua orang masih dalam suasana pilu, belas dan insaf atas bencana itu. Semuanya hendak menolong dan membantu mangsa supaya mereka kembali selesa malah lebih baik dari sebelum banjir.
Saudagar Karangkraf telah tambil membuat berbagai rangsangan membantu mangsa dan masyarakat.
Jika orang seperti ini dan yang sesimpati sepertinya diberi kepercayaan membangunkan semula wilayah yang cedera, memanfaatkan peruntukaan yang ada, dengan kepakaran niaga dan usahawan yang ada, kita boleh buat apa yang Saddam buat di Baghdad.
Saudagar seperti itu telah menggunakan kecekapan dan duit yang ada sebaik-baik telah berjaya membangunkan empayar perniagaannya.
Jika dia diberi peluang mengepalai konsortium memulihkan bencana banjir, dipercayai semua ngeri yang jadi mangsa bukan sekadar dapat dipulihkan, bahkan masing-masing boleh dapat nikmat yang lebih baik dari semasa mereka belum jadi mangsa dulu.
Bencana itu ada hikmatnya. Kadang-kadang bagi menyedar yang lalai dan bagi mengubah nasib yang malang. Banjir itu adalah bagi membersihkan semua tentang kelemahan masing-masing.
Semuanya sepatutnya sedar, maka mahu keluar dari kelemahan lama. Jika kerajaan pula dapat menerima ia adalah satu pengajaran kepadanya, maka selepas banjir ini semuanya mahu menebus kelemahan masing-masing.
Bagi yang royalti minyak rakyat Kelantan sejak sekian lama, maka selepas bala itu pulangkanlah duit royalti itu kepada yang hak.
Allah kadang-kadang menurunkan bala bagi yang mencuri royalti. Kerugian dari bencana itu jauh lebih besar dari royalti yang digelapkan. Kerajaan dan pemimpin yang baik ialah mereka yang sedia mencari kesilapan dan kecurangan sendiri. Jangan jadikan bencana itu sebagai peluang untuk meraih sebanyak-banyak untung
Jangan burukkan citra Islam dalam filem, drama
SAYA amat tertarik dengan saranan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohammad al-Bakri agar penguatkuasaan penapisan filem dan drama (radio, televisyen dan pentas) tanah air dimulakan dari skrip.
Beliau memberi cadangan tersebut sebagai rentetan ulasan terhadap insiden peluk dan cium membabitkan artis K-Pop, B1A4 dari Korea Selatan dan gadis Melayu bertudung dalam sebuah konsert di ibu kota, 10 Januari lalu. Katanya, insiden itu jelas membuktikan budaya Melayu dan Islam telah dicerobohi oleh budaya Barat dan Timur.
Menurut Dr Zulkifli, beliau tidak dapat menjangka Lembaga Penapis Filem akan membuat proses penapisan. Tegas beliau, tiada guna jika filem ditapis selepas disiapkan.
Zulkifli mahu filem ditapis dari peringkat pra produksi, iaitu pihak penerbit dan pengarah melalui skrip lagi. Beliau memberi contoh filem Umar Mukhtar: Lion of the Desert, arahan Moustapha Akkad (1981) yang disifatkan mempunyai kandungan baik dan nilai pendidikan yang tinggi.
Katanya, filem yang menampilkan perjuangan rakyat Libya menentang pencerobohan Itali selama 20 tahun itu tidak menimbulkan masalah apabila ditayangkan (cuma anehnya ia diharamkan di Malaysia).
Jadi, isi sesebuah filem perlu menekankan perkara-perkara yang baik dan penting serta perlu ada batasan-batasannya.
Mengenai insiden yang memalukan pada 10 Januari lalu itu, Zulkifli tidak menolak budaya K-Pop menyebabkan golongan remaja hilang kawalan diri serta menjejaskan imej Islam. Masalahnya, kata beliau, kita mengikut mereka sehingga hilang pegangan pada dahan Islam yang kukuh setelah dicerobohi oleh budaya Barat dan Timur.
Tegas Zulkifli, ini bukan budaya Islam. Budaya Melayu yang baik dan salih juga, katanya, telah dicerobohi dari semasa ke semasa.
Namun, tentu lebih menarik jika Zulkifli turut menyentuh soal filem dan drama televisyen Melayu tempatan yang sering memberi gambaran salah terhadap umat Islam yang memakai jubah, serban, berjanggut, berhijab dan berniqab, serta taat pada perintah dan larangan Allah.
Sudah sekian lama watakwatak sedemikian ditampilkan sebagai pelampau agama, suka bertindak liar dan melulu, berfikiran sempit, serta kasar dan ganas. Sangat aneh jika watak yang tidak bertudung serta meninggalkan rukun Islam ditampilkan lebih baik (lemah lembut, sabar, matang dan berfikiran luas) daripada yang menutup aurat, serta mentaati Allah.
Filem dan drama televisyen Melayu tidak hanya ditonton oleh umat Islam. Jika kesongsangan itu yang sering atau berterusan ditampilkan, tanggapan penonton bukan Islam terhadap agama suci kita ini akan serong dan negatif.
Barangkali yang telah ditayangkan tidak dapat diubah lagi. Hanya filem dan drama akan datang yang boleh dibetulkan. Seingat saya, ada enam filem Melayu yang jelas memberi gambaran negatif terhadap watak Islamik, iaitu Fenomena, arahan Aziz M Osman (1990), Selubung (Datin Paduka Shuhaimi Baba/1992), Shakila (Bade Azmi/1992), Perempuan Melayu Terakhir (Erma Fatima/1999), serta Berlari ke Langit (2004) dan Syaitan (2007) yang kedua-duanya arahan Bade.
Saya tidak dapat mengingati dalam drama televisyen kerana terlalu banyak. Bagaimanapun, saranan mufti yang juga pendakwah dan penulis itu boleh dilaksanakan. Tapis setiap skrip filem dan drama sebelum diluluskan, terutama yang berunsur Islam.
Dalam Fenomena, ada adegan sekumpulan lelaki berjubah dan berserban tanpa usul periksa menentang penganjuran konsert mengutip dana untuk pembedahan anak perempuan Azlan (lakonan Dato’ M Nasir).
Sementara watak lelaki berketayap putih dalam Shakila (Dato’ Yusof Haslam) dan Saad dalam Syaitan (Que Haidar) pula garang dan suka memarahi orang lain, serta berasa diri arif semua hal agama Islam.
Perempuan Melayu Terakhir menampilkan adegan Mustika (Vanida Imran) yang “memberi ceramah agama” kepada wanita yang menegurnya menari dalam pakaian mengikut bentuk tubuh.
Dalam Berlari ke Langit pula, Fasha Sandha sebagai Yasmin membidas seorang pemuda yang bertanya mengapa dia berdua-duaan dengan Indra (Dato’ Rosyam Nor) di tepi pantai, sedangkan memang jelas perlakuan tersebut.
Sementara Selubung, Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-10 bersama Bintang Malam memaparkan sekumpulan tabligh yang diketuai oleh Brother (Harith Iskander) yang hanya mementingkan nafsu seks apabila berpoligami.
Subscribe to:
Posts (Atom)