Tuesday, March 31, 2015

Aduhai kicap lemak manis, mi segera pun naik harga



 GST


BELEK punya belek resit, hati mula panas... ish kenapa mahal sangat ni? Bila tengok, barang yang dibeli tak sampai separuh troli pun! Tapi itu bukan fenomena baharu.

Harga barangan keperluan di pasaran, jika tidak pandai pilih memang 'menjerut' leher pengguna...

Bermula esok, apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ramai yang kata hampir kesemua barangan keperluan asas akan naik harga.

Jom teliti buku 'Panduan Harga Pengguna' yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum beli.

Jangan tidak tahu, jika anda teliti buku ini, barangan yang anda fikir mungkin dinaikkan harga tetapi bila semak, rupa-rupanya jangkaan itu meleset.

Sama juga halnya dengan barangan yang anda fikirkan, ia tidak mungkin dikenakan GST tetapi barang itulah rupanya yang dikenakan cukai. Jadi hati-hati dan semak dahulu sebelum beli. Jadilah pengguna yang bijak.

Di sini kami senaraikan antara barangan yang turun, naik dan tiada penurunan harga untuk panduan kita bersama kita membeli barangan keperluan.

TURUN HARGA

- BERAS SUPER (TEMPATAN) (ST15%) 10KG RM19.65 - RM19.61
- BERAS CAP RAMBUTAN (SST15%) 10KG RM25.90 - RM25.85
- BAWANG BESAR KUNING (HOLLAND) 1KG RM3.30 - RM3.29
- ROTI SANDWIC GARDENIA 400G RM2.40 - RM2.39
- ROTI SANDWIC HIGH 5 400G RM2.40 - RM2.39
- NESCAFE CLASSIC 200G RM17.00 - RM16.38
- YOGURT NESTLE (TANPA LEMAK) 135G RM1.90 - RM1.88
- AYAM BERSIH - STANDARD 1KG RM7.10 - RM7.08
- AYAM BERSIH - SUPER 1KG RM8.50 - RM8.47
- MINYAK ANGIN CAP KAPAK 10ML RM4.95 - RM4.94


NAIK HARGA

- MI SEGERA MAGGI 2 MINIT PERISA KARI 5x79G RM4.50 - RM4.59
- SARDIN CAP KING CUP 9SOS TOMATO) 155G RM3.10 - RM3.28
- KICAP LEMAK MANIS CAP KIPAS UDANG 345ML RM5.40 - RM5.71
- BISKUT CREAM CRACKER CAP HUP SENG 428G RM3.95 - RM4.03
- SOS CILI MAGGI 500G RM3.85 - RM3.93
- TEPUNG JAGUNG (BERBUNGKUS) 400G RM1.80 - RM1.90
- MILO (PAKET) 400G RM8.20 - RM8.66
- SUSU ISIAN PEKAT MANIS CAP TEAPOT RM3.40 - RM3.60
- BURGER AYAM RAMLY ORIGINAL 6 KEPING RM5.50 - RM5.61
- AIR MINERAL SPRITZER 600ML  RM1.50 - RM1.58


TIADA PERUBAHAN HARGA

- TELUR AYAM GRED A 10 BIJI RM4.40
- TELUR AYAM GRED B 10 BIJI RM4.15
- TELUR AYAM GRED C 10 BIJI RM4.10
- MI KUNING BASAH 500G RM1.20
- REMPAH SUP BUNJUT ADABI 8G RM1.10
- CILI KERING KERINTING - BERTANGKAI RM1.30
- GARAM HALUS BIASA 350G RM0.80
- ASAM JAWA (BERBIJI) 200 G RM1.30
- KEPAK AYAM 100G RM1.30
- DADA AYAM 100G RM1.20

Sumber maklumat: Buku Panduan Harga Pengguna (Zon Tengah)

Buku ini menyenaraikan 500 barangan keperluan asas terpilih yang membandingkan harga sebelum dan selepas GST dilaksanakan bermula esok.


Harga minyak kekal untuk April

MALAYSIAKINI


 


Harga runcit RON95, RON97 dan diesel bagi April 2015 kekal pada harga bulan Mac, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini.

Sehubungan itu, harga RON95 tidak berubah pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter, dan diesel pada RM1.95 seliter.

Ia akan berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 April, kata jurucakap kementerian itu ketika dihubungi Bernama.

Namun begitu, menurut jurucakap itu, RON97 tidak dikecualikan daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) sebanyak 6.0 peratus.

CBP akan dilaksanakan mulai esok. - Bernama


 

GST: Tiket wayang pun terkena GST?


GST
 
 
 
SHAH ALAM - Buat kaki wayang, anda bakal dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas setiap pembelian tiket wayang.

Mengesahkan perkara tersebut, sebuah syarikat panggung wayang ketika dihubungi Sinar Online berkata, kadar 6 peratus GST akan dikuatkuasakan mulai esok (1 April) dan ia akan dilaksanakan di setiap panggung wayang di bawah naungannya di seluruh negara.

“Kami telah mendaftar GST dan kadar cukai tersebut akan dikenakan kepada semua pelanggan kami mulai esok.

“Pengguna akan membayar kadar tersebut bersama setiap tiket yang dibeli. Misalnya, jika harga tiket tersebut RM 10, pelanggan akan membayar pada kadar RM10.60 termasuk caj GST,” katanya.

Tambah syarikat itu lagi, pihaknya hanya akan mengenakan sebanyak 60 sen untuk setiap pembelian tiket dan ia dibawah kadar 6 peratus GST.

Manakala sebuah lagi syarikat panggung wayang ketika dihubungi Sinar Online turut mengakui akan melaksanakan caj GST menjelang esok.

 Wakil syarikat tersebut berkata, pihaknya telah menetapkan tambahan 6 peratus GST mengikut harga semasa tiket wayang.

“Semua panggung wayang syarikat kami di seluruh negara akan dikenakan caj ini. Tambahan caj GST yang dikenakan adalah sebanyak 6 peratus dari harga tiket tersebut.

“Pelaksanaan ini tidak ada pengecualian. Dan semua jenis panggung turut dikenakan kadar seperti ini,” katanya.


Putrajaya mahu tanah Selangor kerana ekonomi hampir bankrap, kata Azmin

OLEH JAMILAH KAMARUDIN


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata Putrajaya menginginkan tanah Selangor kerana ekonomi kerajaan pusat hampir bankrap. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Mac, 2015.Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata Putrajaya menginginkan tanah Selangor kerana ekonomi kerajaan pusat hampir bankrap. – Gambar fail The Malaysian Insider.



























Tindakan Putrajaya yang menginginkan aset Selangor termasuk tanah, melalui perjanjian penstrukturan semula industri air negeri dengan kerajaan persekutuan, disebabkan faktor ekonomi kerajaan pusat yang hampir bankrap, kata Mohamed Azmin Ali.

Salah satunya puncanya, kata Menteri Besar Selangor itu, disebabkan hutang yang ditanggung syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau mendakwa, disebabkan terpaksa menanggung hutang 1MDB, Putrajaya tidak ada wang untuk menyelesaikan perjanjian dan mahu aset tanah Selangor dijadikan sumber kewangan mereka.


"Saya tidak pasti sebab apa kerajaan pusat ingin berbuat demikian, kerana saya bukan dalam kalangan kelompok kerajaan Barisan Nasional (BN). "Ada kemungkinan faktor ekonomi, kerajaan pusat hampir bankrap dan tiada wang untuk selsesaikan perjanjian.

"Selain itu, kerajaan juga tiada wang disebabkan hutang 1MDB yang mencecah RM45 bilion," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13 di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Adun DAP-Sekinchan, Ng Suee Lim tentang hasrat Putrajaya sebelum ini yang mahu memiliki semua aset termasuk tanah Selangor melalui perjanjian penstrukturan industri air negeri.

Namun dakwaan itu dipersoalkan Adun BN-Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias yang mahu Azmin mengemukakan bukti wujudnya kaitan isu tanah dengan hutang 1MDB yang menyebabkan kerajaan pusat hampir muflis.

Azmin berkata, perkara itu dinyatakan sendiri mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik cara Putrajaya menguruskan hutang 1MDB.

"Dalam taklimat Dr Mahathir ada fakta yang sahih. Bagaimana kerajaan korup boleh dibenarkan ada kaitan langsung dengan pemimpin tertinggi, boleh berhutang sehingga RM45 bilion? Ini memberi kesan kepada ekonomi negara," katanya.

AG cuba ketepi saman RM24 juta esok

MALAYSIAKINI


 


Rosli Dahlan, yang mewakili pengurus stor Borders Nik Raina Nik Abdul Aziz dam sarjana Kassim Ahmad, akan menghadapi tugas mencabar esok.

Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail akan memfailkan rayuan untuk mengetepikan saman RM24 jutanya kerana pertuduhan berniat jahat.

Dengan tarikh 1 April esok, Rosli mungkin tertanya-tanya sama ada perkara itu sebuah jenaka Hari April Fool untuknya dalam kes saman berprofil tinggi di Mahkamah Rayuan esok.

Dalam kes itu, bekas ketua polis negara Tan Sri Muhasa Hasan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dinamakan sebagai defendan atas kapasiti peribadi.

Kes itu berkaitan apa yang dikenali sebagai “skandal Copgate “ yang difailkan Rosli di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2013.

April lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera menolak permohonan Gani untuk mengetepikan saman itu atas alasan AG “tidak kebal terhadap tindakan undang-undang”.


Polis gagal reman, tiga editor bakal bebas

MALAYSIAKINI


 


Polis gagal memperolehi perintah reman untuk menahan tiga editor The Malaysian Insider (TMI) selepas menahan mereka semalam.

Peguam Syahredzan Johan berkata editor urusan Lionel Morais, editor rencana Zulkifli Sulong dan editor berita Amin Shah Iskandar akan dibebaskan jam 7 petang ini.

Dalam akaun Twitternya, pengamal undang-undang itu menulis permohonan reman untuk Morais, Zulkifli dan Amin dinafikan oleh majistret Tuan Nazri Omran.

Permohonan reman didengar di ibu pejabat polis Dang Wangi pagi ini.

Polis bagaimanapun masih menahan pemimpin syarikat induknya Ho Kay Tat dan ketua pegawai eksekutif portal tersebut, Jahabar Sadiq.


'Husni mesti betulkan jawapan silap isu 1MDB'

MALAYSIAKINI


 


Pemimpin pembangkang menggesa Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memperbetulkan kenyataan berhubung kemungkinan penjualan aset tenaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Edra Global Energy Berhad.

Husni di tahun lepas memberitahu Dewan Rakyat bahawa CIMB Group dilantik oleh 1MDB untuk membuat penilaian pihak ketiga berhubung asetnya untuk tawaran awam awal (IPO).

Bagaimanapun, CIMB pada hari berikutnya mengeluarkan kenyataan bahawa mereka ditugaskan untuk “mencari pelabur strategik untuk kemungkinan penjualan Edra Global Energy Berhad”.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (kanan) berkata Husni salah dengan mengelirukan Dewan Rakyat semasa ucapan penggulungannya.

“CIMB jelaskan bahawa peranan mereka untuk mencari pelabur untuk Edra. Ia tiada kena mengena dengan IPO.

“CIMB tidak berminat dengan IPO lagi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pua berkata Husni masih mempunyai dua hari lagi untuk membetulkan kesilapan itu.

“Beliau patut datang ke Parlimen untuk menjelaskan kenyataannya secara langsung atau melalui jawatan kementerian.

“Jika tidak kami akan usulkan untuk merujuknya ke jawatankuasa hak dan kebebasan,” katanya.


Selenggara jet baru PM 15 tahun RM690 juta'

MALAYSIAKINI



PKR mendakwa kos penyenggaraan, operasi dan pengurusan (OMM) jet baru perdana menteri ACJ320 akan menelan belanja RM690 juta untuk tempoh 15 tahun.

Naib Presidennya Rafizi Ramli mendakwa kiraan itu berdasarkan penetapan kontrak RM46 juta setahun untuk urusan itu.

“Jika ditambah dengan kos OMM bagi jet sedia ada ACJ319 bagi tempoh tujuh tahun akan datang, jumlah OMM bagi dua buah jet peribadi perdana menteri adalah RM1.098 bilion,” dakwanya,

Rafizi mendakwa, pecahan pembayaran itu seperti berikut:

  • Tahun 2007 hingga 2010: RM110 juta
  • Tahun 2011 hingga 2015: RM194 juta
  • Khidmat disambung 2016 hingga 2022: RM408 juta

Setakat ini, Putrajaya masih belum menolak angka dikemukakan Rafizi itu.

Bagaimanapun, seorang anggota Parlimen penyokong kerajaan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mempertahankan tindakan membeli jet itu.

Menurutnya, tindakan itu dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan memastikan keselamatan pemimpin negara dalam perjalanan.

Pembelian itu dikritik hebat susulan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) esok, yang didakwa aktivis dan pembangkang akan membebankan rakyat terbanyak. 
 

Penerbit The Edge, Ketua Eksekutif TMI ditahan

 
Mereka ditahan ketika hadir ke balai polis untuk beri keterangan.


ho-kay-tat--jahabar



KUALA LUMPUR: Polis menahan Penerbit The Edge, Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutif The Malaysian Insider (TMI), Jahabar Sadiq pagi tadi kerana didakwa menghasut berhubung laporan di portal berita itu berkenaan Hudud.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, lapor BH Online.

Kedua-dua mereka ditahan di balai polis Dang Wangi ketika hadir untuk memberi keterangan.

Petang semalam, polis menahan tiga editor kanan TMI, iaitu Pengarang Urusan Lionel Morais, Pengarang Berita Bahasa, Amin Shah Iskandar dan Pengarang Analisis dan Rencana, Zulkifli Sulong di pejabat mereka di Petaling Jaya.

Teksi langgar Myvi: Video pergaduhan jadi viral

Pemandu teksi dikatakan telah melanggar kereta salah seorang gadis tersebut sehingga berlaku kekecohan dan terpaksa ditenangkan oleh orang ramai. 


video viral



PETALING JAYA: Selepas video kes buli jalanan melibatkan gadis bernama Kiki Kamaruddin (CDM) yang didakwa memukul lelaki yang berumur sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai kini kes yang hampir sama berlaku melibatkan sekumpulan gadis.

Video yang berdurasi 1:02 minit itu menjadi viral di media sosial apabila ia memaparkan ‘adegan’ beberapa gadis bergaduh dengan pemandu teksi selepas kereta yang dipandu mereka dilanggar teksi terbabit.

Kejadian dipercayai berlaku di Shah Alam tengah hari tadi.

LIHAT VIDEO DI SINI

gadis-myvi

Pemandu teksi dikatakan telah melanggar kereta salah seorang gadis tersebut sehingga berlaku kekecohan dan terpaksa ditenangkan oleh orang ramai.

Walaupun cuba ditenangkan, tetapi video itu ternyata membuktikan gadis-gadis itu terus bertindak aggresif dengan memaki hamun pemandu teksi.

Keadaan dipercayai bertambah tegang apabila pemandu teksi tersebut bertindak melepaskan geram dengan memukul salah seorang gadis.

Antara kata-kata yang terdapat dalam ramakan tersebut:

‘Kumpulan gadis: Hoi ambil la gambar ko, p*** ko.’
‘Pemandu teksi: Mulut tak ada agama langsung.’
‘Kumpulan wanita: Kau tu ada agama?’
‘Pemandu teksi: hati kau tu, telefon aku mahal oi.’

Insiden itu akhirnya dilaporkan di balai polis berdekatan.

Bapa kepada salah seorang gadis tersebut juga dilapor bertindak memukul pemandu teksi sehingga mukanya berdarah selepas mendapat tahu anaknya dicederakan.

Ramai pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu teksi dengan menyifatkan kebanyakkan mereka berkelakuan kurang ajar terutama sekali apabila berhadapan dengan pemandu wanita.

( LIHAT PENJELASAN.... )


PKR, DAP Sabah putus hubungan dengan PAS, itu pandangan berbeza – Azmin

 
Buktinya Pakatan Rakyat (PR) di Selangor dan negeri lain kukuh dan kuat


azminn



SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menegaskan pendiriannya bahawa partinya dan DAP Sabah yang memutuskan hubungan politik dengan PAS semalam adalah satu pandangan yang berbeza.

Katanya, pandangan di peringkat negeri tidak sama dengan pandangan di peringkat Pusat.

“Apa-apa masalah diperingkat negeri akan dibincangkan dan diselesaikan oleh kerajaan Pusat PR,” katanya kepada pemberita di Lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Mengulas pendirian PKR dan DAP Sabah memutuskan hubungan dengan PAS yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum Hudud, beliau berkata PR di peringkat Pusat akan mendengar dahulu pandangan mereka.

“Di bahagian biro politik PKR Pusat adalah mahu PR terus dipertahankan dan diperkukuhkan.

“Kita mengaku ada masalah sedikit dalam beberapa isu. Tetapi berdasarkan pengalaman kita sebelum ini, kita dapat menyelesaikan isu-isu besar PR dengan muafakat,” jelasnya.

Azmin juga mengingatkan pimpinan-pimpinan PR supaya tidak bertelagah di dalam media kerana mengakui setiap media ada agenda tersendiri.

“Seharusnya pimpinan PR duduk dan berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

“Di Selangor dan negeri-negeri lain, PR kukuh dan kuat. Kita mementingkan soal pembangunan negeri,” ujarnya.

Semalam, Ketua PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin dalam satu sidang media mengumum memutuskan hubungan dengan PAS.

Kata Lajim Ukin, walaupun sebagai orang Islam, beliau menerima hukum Hudud tetapi belum ada keperluan melaksanakan undang-undang itu di negara ini.

Penahanan di bawah Akta Hasutan satu kesilapan

 
Penahanan itu juga akan memberi persepsi yang buruk kepada kerajaan kerana kesalahan yang dilakukan itu bukannya tertakluk di bawah Akta Hasutan.


jazlan



KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen BN-Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berpendapat penahanan lima orang pengarang portal The Malaysian Insider (TMI) dan The Edge di bawah Akta Hasutan berhubung laporan mengenai hudud baru-baru ini adalah satu kesilapan.

Katanya, penahanan itu juga akan memberi persepsi yang buruk terhadap kerajaan kerana kesalahan yang dilakukan itu bukannya tertakluk di bawah Akta Hasutan.

“Pada pandangan saya, kesalahan yang dilakukan bukannya di bawah Akta Hasutan. Jika penulisan itu menghasut orang buat sesuatu perkara yang salah, maka baru diletakkan di bawah Akta Hasutan. Bagi pandangan saya, ia hanya kesalahan biasa.

“Kesalahan yang dilakukan Malaysian Insider ini boleh dikenakan saman oleh Majlis Raja-Raja. Polis juga boleh sekadar menelefon mendapatkan kepastian mengenai laporan yang dibuat oleh TMI,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau turut mempersoalkan jikalau pengarang TMI itu salah dan sekiranya ya, kerajaan wajar mengambil tindakan.

“Jika tidak, ia akan memberikan imej yang negatif kepada kerajaan Tangkap semata-mata kerana kesalahan penulisan tidak sepatutunya berlaku,” katanya.

Hari ini polis menahan Penerbit The Edge, Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutif The Malaysian Insider (TMI), Jahabar Sadiq kerana didakwa menghasut berhubung laporan di portal berita itu berkenaan Hudud.

Petang semalam, polis menahan tiga editor kanan TMI, iaitu Pengarang Urusan Lionel Morais, Pengarang Berita Bahasa, Amin Shah Iskandar dan Pengarang Analisis dan Rencana, Zulkifli Sulong di pejabat mereka di Petaling Jaya.

Tahap Inggeris Malaysia lebih hebat daripada Singapura?

image 3

OLEH: DR. ONG KIAN MING 


Terkejut saya membaca berita dua hari lalu. Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan dilaporkan mendakwa bahawa tahap penguasaan bahasa Inggeris di Malaysia lebih hebat daripada Singapura. Beliau membuat dakwaan itu berasaskan satu laporan yang dibuat oleh EF Education First, sebuah syarikat berpangkalan di Sweden.

Saya ingin menarik perhatian Timbalan Menteri kepada beberapa bukti yang sepatutnya mengingatkan kita bahawa tahap penguasaan bahasa Inggeris di Malaysia adalah amat lemah.

Bukti pertama didapati dari gambar-gambar Pejabat Perdana Menteri sendiri ketika Najib dan isterinya mengunjungi jenazah mendiang Lee Kuan Yew di parlimen Singapura untuk memberikan penghormatan terakhir. Gambar-gambar kunjungan beliau disiarkan dengan teks berikut:

“Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor present to pay their last respects to the late first Prime Minister of Singapore, Lee Kuan Yew, who had died in Parliament today. Also seen the Prime Minister of Singapore Lee Hsien Loong (right). Funeral service will be held at 2pm, Sunday, at the University Cultural Center, National University of Singapore, followed by cremation a Mandal Crematorium closed.”  

[Terjemahan: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor hadir untuk memberikan penghormatan kepada mendiang Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew yang telah mati di Parlimen hari ini. Turut kelihatan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong. Upacara pengkebumian akan diadakan pada jam 2 petang, Ahad, di University Cultural Center, National University of Singapore, diikuti dengan pembakaran jenazah di Mandal Crematorium yang telah ditutup.] 
 
Itu adalah teks asal. Ia telah disunting setelah banyak aduan dibuat oleh para pengguna internet. Bagaimanapun masih ada beberapa kesilapan setelah suntingan dibuat.

Bukti 1: 

image

Bukti 2 juga didapati daripada Galeri Gambar Pejabat Perdana Menteri yang menjelaskan gambar PM sedang menandatangani buku ucapan takziah kepada Lee Kuan Yew di Kedutaan Tinggi Singapura di Kuala Lumpur. Berikut teksnya:

“Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak signed a book of condolences for the death of the Prime Minister of Singapore Lee Kuan Yew, at the Singapore Embassy, today. Also seen is the Singapore High Commissioner to Malaysia, Vanu Gopala Menon. Kuan Yew died at 3:18am yesterday at the Singapore General Hospital after being detained in hospital since February 5 for pneumonia severe. He was 91 years old”[3]

[Terjemahan: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani sebuah buku ucapan takziah untuk kematian Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, di Kedutaan Singapura, hari ini. 
 
Turut kelihatan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon. Kuan Yew telah meninggal dunia pada 3:18 pagi kelmarin di Singapore General Hospital setelah ditahan (perkataan yang dipakai “detained”, biasanya untuk tahanan polis/lokap) di hospital sejak 5 Februari kerana teruk pneumonia. Umur beliau 91 tahun.)
 
 Kiriman di atas belum disunting. Saya serahkan kepada Timbalan Menteri Pendidikan untuk mengenalpasti kesilapan tatabahasa dalam ayat berkenaan.

Bukti 2:

image 2

Bukti ketiga diambil daripada acara MCA yang menampilkan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Ayat Inggeris dalam sepanduk itu berbunyi:
“For our secular democratic constitution, we strongly defends”

Sekali lagi, saya serahkan kepada Timbalan Menteri Pendidikan untuk mengenalpasti kesilapan tatabahasa dalam ayat di atas.

Bukti 3:

image 3

Bukti Empat pula telah tersebar luas sejak awal Mac tahun ini. Dalam surat cuti berkenaan, doktor mendiagnos kanak-kanak yang menjadi pesakitnya dengan “Chicken Chop”. Mungkin yang dimaksudkan ialah “Chicken Pox” atau mungkin juga kanak-kanak itu tidak sengaja telah tertelan seketul besar chicken chop dan terpaksa berehat di rumah.

Bukti 4:

image 4

Saya tidak merasa contoh-contoh di atas adalah kes terpencil. Dua contoh pertama dikemukakan bukan dari sembarangan tempat, tetapi dari pejabat Perdana Menteri sendiri dan ia terpamer untuk dilihat seluruh negara dan dunia. Gambar ketiga pula diambil dari sebuah majlis yang dihadiri oleh presiden MCA sendiri. Manakala contoh keempat ditandatangani oleh seorang doktor. Jika ktiga-tiga pihak yang dianggap terpelajar ini gagal menunjukkan penguasaan bahasa Inggeris yang baik, bagaimana pula dengan penduduk Malaysia secara umum?

Saya ingin menasihatkan Timbalan Perdana Menteri untuk memberi tumpuan terhadap tugasnya yang sedia ada, iaitu meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan para guru matapelajaran bahasa Inggeris, selain perlahan-lahan mutu ujian bahasa Inggeris dan berhenti membuat kenyataan tidak tepat berkenaan masalah yang sedang kita hadapi.


Orang ramai diseru derma, bantu 13 keluarga OKZ Perak

engage_okz12

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Friend of Perak 13 Fund hari ini memohon warga Malaysia menghulurkan sumbangan bagi membantu keluarga orang kena zalim (OKZ) yang dihukum penjara berikutan protes rampasan kuasa di Perak beberapa tahun lalu.

Pengerusi Engage Thomas Fann berkata, sumbangan tersebut untuk memberikan pertolongan kewangan kepada mereka sekaligus meringankan beban yang terpaksa ditanggung.

“Kami berharap rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dapat menghulurkan bantuan sekurang-kurangnya RM50 setiap bulan.

“Sasaran kami untuk mengutip RM260,000 dan diberikan kepada 13 keluarga sebanyak RM2,000 setiap bulan.

“Untuk mencapai sasaran ini, kami memerlukan 520 orang rakyat dan akan mula menyerahkan kepada setiap keluarga bermula bulan ini sehingga Januari tahun depan,” kata Thomas dalam sidang media di Petaling Jaya bersama tiga isteri kepada sebahagian mangsa.

Tambahnya, demi memastikan integriti dan ketelusan, pihaknya telah menubuhkan badan pemerhati yang terdiri dianggotai oleh Datuk Ambiga Sreenevasan, Maria Chin Abdullah, Datuk Toh Kin Woon dan Profesor Azmi Sharom.

“Setakat ini kami telah mendapat respon yang pantas dari rakyat dan kini berjaya mengumpul RM79,965.92.

“Namun, kita masih belum dapat mencapat sasaran yang ditetapkan dan hanya mampu memberikan sebanyak RM615 setiap bulan kepada mereka,” ujarnya.

Azmi yang juga Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM) turut memohon agar sumbangan dapat diberikan segera kepada 13 keluarga.

“Saya percaya semua rakyat di Malaysia adalah pemurah, ini dapat dilihat dari sumbangan yang mereka berikan kepada mangsa bencana alam.

“Pada saya inilah masanya untuk sumbangan turut diberikan kepada 13 keluarga kerana isu ini juga merupakan satu bencana, bencana terhadap demokrasi.

“Kita harus ingat, hukuman 10 bulan itu terlalu ekstrem,” ujarnya. – Roketkini.com

Polis galak tahan pembangkang, pemimpin UMNO-BN hasut perkauman terlepas

Lim_Guan_Eng

Roketkini.com



GEORGE TOWN: Polis lebih galak menangkap pemimpin pembangkang, aktivis dan wartawan, sementara pemimpin UMNO-BN yang terang-terangan mengapi-apikan perkauman dilepaskan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mempersoalkan tindakan Ketua Polis Negara Tan Seri Khalid Abu Bakar dan pasukannya yang sehingga kini telah menangkap 159 orang semenjak Februari lalu.

Terbaru pimpinan editorial The Malaysian Insider termasuk Pengarang Urusan Lionel Morais, Pengarang Berita Bahasa Amin Shah Iskandar, Pengarang Analisis dan Rencana Zulkifli Sulong, penerbit The Edge Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutif Jahabar Sadiq di bawah Akta Hasutan.

“Polis tangkap pimpinan pembangkang kerana pelbagai kesalahan. Namun, tidak ada tindakan yang diambil KPN terhadap Menteri Asas Tani Ismail Sabri yang menyeru orang Melayu boikot peniaga Cina.

“Sebelum Ismail, pembohongan dilakukan Timbalan Menteri UMNO Dr Mashitah Ibrahim dalam perhimpunan agung tahun lalu bahawa masyarakat Cina Kedah membakar Al-Quran untuk upacara ritual Cina, sedangkan ia sebenarnya dilakukan lelaki Melayu yang gila.

“Dalam perhimpunan yang sama Pengerusi UMNO Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Said buat tuduhan palsu mengaitkan kekuatan politik dan ekonomi orang Cina Pulau Pinang dari aktiviti perjudian haram, pelacuran dan hiburan.

“Kesemua mereka tidak pernah tarik balik atau memohon maaf atas tuduhan tak berasas itu,” tegas Guan Eng.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyeru polis membebaskan kesemua wartawan The Malaysian Insider yang ditahan.

“Saya seru polis bebaskan kesemua mereka yang ditahan, termasuklah wartawan yang hanya melaporkan berita.

“Jika laporan tersebut salah, mereka boleh disaman kerana fitnah atau dihukum dengan denda.

“Untuk menangkap mereka di bawah tahanan reman adalah satu penganiayaan berlebihan.

“Di mana kebebasan akhbar apabila orang yang tulis berita negatif atau salah mengenai kerajaan BN diberi hukuman tak munasabah dan tidak perlu?” soal Guan Eng. – Roketkini.com


Tindakan Tegas Polis, Arahan Siapa Sebenarnya?

shahbudindotcom.


Sejak dua tiga hari lalu berita penahanan beberapa pemimpin pembangkang telah menjadi tajuk perbualan ramai di merata tempat. Ini berikutan kali ini mereka yang ditahan agak ramai berbanding sebelumnya, di samping cara penahanan dan layanan yang diterima turut menjadi perdebatan.

Selain Rafizi, Tian Chua, Hishammudin Rais dan Fariz Musa daripada PKR yang ditahan. Mohamad Sabu dan Khalid Samad daripada Pas juga turut ditangkap.

Mohamad Sabu ditahan di Pulau Pinang menjelang demonstasi Kita Lawan Sabtu lalu dan dilepaskan kira-kira 23 jam kemudian dan dilaporkan tiada soal siasat atau keterangan diambil daripadanya. Beliau barangkali cuma mahu "direhatkan" di balai polis daripada menyertai demontasi itu.

Khalid Samad ditahan setelah pihak polis berkunjung ke rumahnya pada jam 3.20 pagi selepas demonstrasi Kita Lawan berakhir. Tetapi perintah reman yang dipohon pihak polis terhadapnya telah ditolak oleh mahkamah.

Rafizi yang ditahan kerana menghasut berkaitan demontrasi dan seruan untuk membebaskan Anwar Ibrahim yang ditafsirkan pihak polis sebagai ancaman, selain digari tangannya bahkan juga dibawa ke pejabat PKR untuk diambil beberapa fail dan komputer untuk membantu siasatan. Begitu juga dengan yang lain-lain daripada PKR.

Dalam kes penangkapan paling ramai melibatkan pemimpin pembangkang sejak Anwar dipenjarakan, mereka ditahan sama ada di bawah Akta Hasutan atau pun perhimpunan haram.

Tetapi penahanan dan penangkapan yang agak ramai dan sedikit luar biasa kaedahnya ini menimbulkan banyak persoalan kepada rakyat. Dalam kes Khalid Samad misalnya, agak janggal pihak polis datang dengan jumlah yang ramai di awal pagi ke rumahnya sedangkan atas kedudukannya sebagai Ahli Parlimen, lebih mudah dan molek jika pihak sekadar menghubungi dan memintanya datang ke balai polis saja.

Ramai yang bertanya, apakah semua ini hanya merupakan pendirian tegas pihak polis yang kini diketuai oleh KPN, Khalid Abu Bakar saja? Jika itu benar, mereka turut bertanya, kenapa hanya sekarang tiba-tiba mahu bertegas sedangkan sebelum ini tidak demikian?

Ada juga yang mengaitkan tindakan pihak polis ini adalah atas arahan Perdana Menteri yang dikatakan mahu menunjukkan ketegasannya serta tidak mahu berlembut lagi sepertimana yang dilakukannya sebelum ini?

Dikatakan bahawa bermula dengan pemenjaraan Anwar dan kini penahanan sekian ramai pemimpin pembangkang, ia adalah isyarat Najib tidak mahu bertolak ansur lagi terhadap pembangkang selepas ini.

Sebahagian yang lain pula mengatakan tindakan pihak polis ini adalah  atas arahan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi untuk menunjukkan ketegasan dan tiada simpatinya terhadap Anwar Ibrahim dan para penyokongnya.

Beliau dipercayai oleh banyak pihak terpaksa berbuat demikian untuk mematikan segala sesok-sosek dalam UMNO yang masih berterusan mengaitkannya mempunyai perasaan yang sukar dilupakan terhadap Ketua Pembangkang itu.

Zahid didakwa melakukannya semata-mata kerana survival dan untuk memastikan laluan kerjaya politiknya lebih cerah di masa depan.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar juga dilaporkan bersungut kepada seorang bekas Ahli Parlimen yang mengunjunginya di Sungai Buloh baru-baru ini bahawa Zahid Hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri turut bersikap lebih tegas mengenai layanan dan kemudahan yang diterimanya di penjara itu.

Anwar menyebut bahawa berbanding ketika beliau di penjara sebelum ini iaitu ketika Tun Mahathir menjadi Menteri Dalam Negeri dan beliau lebih dianggap "musuh utama" kepada bekas Perdana Menteri itu, apa yang dilaluinya di penjara sekarang jauh lebih sukar lagi.

Tetapi ramai juga yang beranggapan pemimpin pembangkang sengaja membuat provokasi atau tindakan yang membolehkan mereka ditahan bagi menimbulkan kemarahan rakyat dan seterusnya melimpahkan simpati kepada perjuangan PR.

Dalam hal ini  selain dikatakan pihak polis termakan dengan strategi mereka, ia juga selari dengan apa yang Anwar pernah ucapkan sebelum ini bahawa pemenjaraannya akan menyebabkan sokongan rakyat kepada PR meningkat daripada 52 kepada 60 peratus.

Namun yang agak nakal lantas berkata, ini tandanya pihak polis turut menyokong PR.
 
 

[VIDEO] POTA - "ISA" Yang Diwujudkan Semula

KELAB GREENBOC





Akta anti-keganasan baharu ‘jelmaan semula ISA’, kata Pakatan

Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015, yang dibentangkan di Parlimen hari ini umpama "jelmaan" Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dan jaminan yang diberikan terhadap pemimpin politik tidak bermakna, kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Putrajaya hari ini membentangkan dua rang undang-undang baharu, termasuk Pota dan Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015, serta lima pindaan terhadap akta sedia ada bagi mengekang kegiatan dan ancaman pengganas di dalam negara.

"Semasa ISA dahulu, sewaktu zaman Tun Abdul Razak, beliau beri jaminan ISA tidak digunakan kepada orang politik, tetapi adakah ianya memberi apa-apa makna?" soal Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad ketika ditemui The Malaysian Insider di Parlimen hari ini.

"Sejak dahulu, ketika ISA diluluskan, jaminan yang diberikan tidak akan berlaku salah guna kuasa terhadap orang politik diberikan oleh perdana menteri, bukan menteri biasa," katanya.

Pemimpin PAS itu berkata, meskipun terdapat peruntukan khas berhubung jaminan kepada orang politik, pendakwaan terpilih tetap akan berlaku.

"Jaminan untuk ahli politik tiada, sekarang sudah ada Akta Hasutan tapi hanya digunakan untuk pembangkang sahaja.

"Sebenarnya bukan undang-undang sekarang tidak cukup, tetapi salah guna dan digunakan secara terpilih,"
katanya.

"Jaminan seperti ini sudah banyak kali diberikan dahulu, ISA lagi lama, bukan sekali salah guna, puluh ratus kali salah guna."

Sementara itu, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata, akta baharu itu tiada sebarang perbezaan daripada ISA dan bakal menjadi ancaman terhadap kebebasan hak asasi manusia.

"Selepas semakan, saya mendapati tiada beza antara ISA dan Pota, ini ancaman kebebasan hak asasi.

"Seperti 'like old wine in new bottle'," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Beliau turut berkata, pasukan guaman yang terdiri pemimpin PR akan menjalankan semakan terhadap akta berkenaan dan mengadakan sidang media setiap hari.

"Kami akan mengkaji rang undang-undang ini dan pasukan guaman kami akan memberikan sidang media setiap hari," katanya.

Antara kandungan Pota termasuklah sebuah Lembaga Pencegahan Keganasan terdiri daripada antara tiga dan enam ahli dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, boleh mengeluarkan perintah menahan suspek pengganas tidak melebihi tempoh dua tahun jika didapati perlu demi keselamatan negara. Tempoh penahanan juga boleh diperbaharui tidak melebihi dua tahun.

Sementara pindaan yang dibawa oleh Akta Pencegahan Jenayah 1959 turut menyatakan: "Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah Seksyen 4 semata-mmata kerana kepercayaan politik atau aktiviti politiknya."

Antara akta yang turut dicadangkan dipinda adalah Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015, dan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015.

Kesemua rang undang-undang berkenaan sudah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini, dan bakal dibahaskan pada sidang Parlimen minggu hadapan. -TMI 


LIHAT VIDEO DI SINI




Gerhana Bulan Dapat Lihat di Malaysia 4 April ini

RAKYATNEWS
 
 
 


KUALA LUMPUR- Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada 4 April ini, satu-satunya gerhana bulan yang dapat dilihat di Malaysia pada tahun ini.

Mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) di sini hari ini, fasa fenomena tersebut bermula pada 5.01 petang, iaitu bulan memasuki bayang-bayang penumbra.

Kemuncak gerhana berlaku pada 8 malam dan fenomena itu berakhir pada 10.59 malam, iaitu bulan keluar dari bayang-bayang penumbra.

Menurut kenyataan itu, di Sabah, bulan akan terbit lebih awal berbanding di semenanjung iaitu sekitar 6 petang dan untuk itu penduduk di Sabah dapat menyaksikan fenomena tersebut bermula dari fasa separa sehingga tamat keseluruhan gerhana.

"Di semenanjung pula, bulan hanya akan terbit sekitar 7.20 malam dan ini bermakna fasa gerhana bulan penuh bermula sejurus selepas bulan terbit," menurut kenyataan berkenaan.

Lokasi terbaik untuk melihat fenomena tersebut adalah di kawasan yang paling timur dengan ufuk yang tidak terlindung.

Sehubungan itu, Angkasa dan Jabatan Mufti Selangor akan mengadakan program pencerapan bulan dan planet Musytari, melihat bintang Sirus dan buruj Belantik (Orion) di perkarangan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor.

Selain itu, Angkasa juga akan membawa Mini Planetarium bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menonton tayangan filem pendek astronomi secara percuma.

Untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang fenomena tersebut, orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter: Agensi Angkasa Negara (Angkasa) atau hubungi talian 03-22734403/5484.
 

Ibrahim Ali Ramal PR Tawan Putrajaya pada PRU14

RAKYATNEWS


 



KUALA LUMPUR  - Pakatan Rakyat (PR) mungkin bakal menawan Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal mengawal kenaikan harga barang sujurus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April nanti.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Kerajaan Pusat perlu mengawal orang tengah seperti pemborong dan pengilang yang mungkin mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang selepas GST.

“Kita tahu cabaran kerajaan adalah sama ada mampu atau tidak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani kesempatan orang tengah ini.

“Kalau kita lihat semasa kenaikan harga minyak, tidak mudah untuk KPDNKK mengawal kenaikan harga barang ketika itu. Sebab kakitangan KPDNKK ini bukan ramai pun,” ujar beliau dalam satu sidang media semalam di Pejabat Perkasa, di sini.

Beliau menjelaskan, rakyat Malaysia dilihat masih terkeliru dengan perlaksanaan GST menyebabkan mereka mudah beremosi apabila mendapat maklumat yang kurang tepat.

“Masyarakat akan membuat perbandingan yang mana lebih baik, sama ada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) atau GST. Namun, apa-pun yang terjadi selepas perlaksanaan GST ini, rakyat harus mendapat hasilnya.”

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut berkata, kerajaan harus membuat pertimbangan dengan kadar segera untuk meningkatkan gaji pekerja melalui skim gaji minima bagi mengatasi risiko kos sara hidup tinggi rakyat.

Katanya, kerajaan perlu meneliti semula tahap pendapatan gaji di Malaysia yang secara puratanya masih pada paras terendah.

"Daripada data Jabatan Perangkaan Malaysia, bahagian gaji dari ekonomi di Malaysia hanya satu per tiga atau lebih kurang 30 peratus. 70 peratus yang lain adalah keuntungan atau pendapatan modal.

"Di negara-negara maju pembahagian antara gaji dan keuntungan adalah terbalik iaitu 70 peratus gaji dan 30 peratus keuntungan peniagaan.

"Jelas daripada data ini menunjukkan bahawa ada ketidakadilan dan keseimbangan berlaku dalam negara kita.

Beliau juga berkata, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) hanya mampu menampung perbelanjaan kira-kira RM50 sebulan dan dasar jumlah pendapatan rakyat perlu seiring dengan kos sara hidup yang sedia ada.

"Untuk mengatasi gejala kos sara hidup yang tinggi dengan gaji rendah, PERKASA mendesak kerajaan dengan segera mengkaji semula dan melaksanakan sepenuhnya dasar gaji minima supaya dinaikkan serta-merta pada tahun ini kepada RM1,200 dari tahap sedia ada RM900 sebulan dan seterusnya kepada paras anggaran RM1,700-RM1,800 pada tahun 2020.

"Hanya melalui cara ini apa yang dijanjikan kerajaan dalam Bajet 2015 untuk menaikan tahap nisbah gaji dan GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) pada 40% dapat dicapai. Kalau tidak, ianya hanya sekadar retorik," tegasnya.

Mahkamah Jitra gempar bom palsu

MALAYSIAKINI


Mahkamah Jitra gempar buat seketika selepas kakitangannya menerima panggilan bom palsu daripada seorang lelaki tidak dikenali awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah berkata seorang kerani mahkamah telah memaklumkan kepada pihak polis kira-kira 9.30 pagi tadi tentang panggilan berkenaan daripada seorang lelaki.

Katanya, kerani itu mengatakan pemanggil dipercayai berbangsa India berdasarkan telor percakapannya.

Orang itu mendakwa bom akan meletup dalam tempoh tiga minit, kata Abd Rahim.

Beliau berkata pemeriksaan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Kedah dan dibantu oleh anggota Polis Kubang Pasu tidak menemui sebarang objek mencurigakan.

Polis kemudian mengisytiharkan kawasan persekitaran mahkamah itu selamat dan mahkamah dibenarkan menyambung semula prosidingnya. - Bernama



 

Berhenti 6,000 pekerja MAS tak dapat dielak

MALAYSIAKINI



 
 
 
Malaysia Airlines (MAS) berdepan situasi sukar dan rancangannya untuk mengurangkan 6,000 kakitangan itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielak dan sebaliknya perlu diteruskan, kata bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat hari ini.

Khazanah Nasional Bhd, yang memiliki MAS, telah melakukan penilaian menyeluruh secara teliti mengikut Pelan Pemulihan bernilai RM6 bilion bagi syarikat penerbangan negara itu dan keperluan mengecilkan tenaga kerjanya adalah sangat kritikal bagi pelan tersebut, katanya.

Ong berkata demikian bagi mengulas bantahan yang disuarakan dalam kalangan kesatuan sekerja MAS yang telah merayu kepada Khazanah dan kerajaan supaya mengabaikan tindakan pemberhentian pekerja besar-besaran yang melibatkan satu pertiga daripada tenaga kerjanya.

"Kita tidak mampu untuk berada dalam zon selesa selama-lamanya. Jika kita katakan yang kita telah melakukan ini sejak beberapa tahun, jadi kenapa kita tidak boleh teruskannya. Jadi apakah pelan pemulihan atau perubahan yang kita bincangkan?," katanya.

"Adakah kita mahu terjerumus dalam perangkap lama yang sama, iaitu berbentuk bantuan kewangan, kita mahu dijamin keluar oleh kerajaan dan adakah itu sahaja. Justeru, sekarang kita perlu membuat pilihan, apakah ia sekadar dijamin keluar semata-mata atau pemulihan yang tulen dan sangat bermakna bagi kelangsungan syarikat penerbangan negara.

"Saya rasa ini adalah dua perkara utama yang kita perlu putuskan secara muktamad dan tegas demi kepentingan negara," katanya kepada Bernama.

Ong menekankan sejak awal lagi, semua maklum isu pemberhentian kerja sementara tidak dapat dielak dan pertemuan yang mencukupi telah dibuat dengan pelbagai kesatuan pekerja dan langkah pemberhentian kerja bukan menjadi satu isu sekarang.

"Langkah berikutnya selepas ini kemungkinan pemilihan pekerja yang sesuai, dan saya yakin keperluan mendapatkan bilangan pekerja yang sewajarnya bagi menepati bilangan tenaga kerja yang optimum dibincangkan. Ini adalah perkara yang tidak dapat dielak syarikat penerbangan itu.

"Ini bermakna bukan Khazanah mahu sedaya upaya untuk pemberhentian kerja sementara atau pembuangan mana-mana kakitangan, tetapi demi kelangsungan MAS, sama ada kita mahu syarikat baharu iaitu MAS yang baharu terus wujud, terus beroperasi atau sebaliknya," tambahnya.

Antara tujuan pelan penstrukturan semula bernilai RM6 bilion itu adalah supaya syarikat penerbangan tersebut meraih keuntungan dalam tempoh tiga tahun, Khazanah telah menjadikan MAS sebagai syarikat persendirian tahun lepas.

Penstrukturan semula MAS turut melibatkan langkah pengecilan tenaga  kerjanya.

Langkah penilaian pekerja yang menyeluruh telah diselesaikan pada awal Februari, melibatkan kira-kira 20,000 kaitangan dengan mengambil kira rekod prestasi, pengalaman, kelayakan, sifat tingkah laku, rekod disiplin, kecekapan, serta aspirasi untuk menyertai MAS NewCo.

Penilaian tersebut juga menyaksikan 500 eksekutif kanan MAS menjalani perbincangan selama tiga jam dengan perunding bebas.

Pusat Pembangunan Korporat yang dijangka memulakan operasi pada 1 April, 2015 akan menyediakan landasan dan peluang bagi penempatan luar serta latihan semula kakitangan MAS yang terlibat.

Pusat tersebut akan menyediakan pekerja yang diberhentikan dengan akses kepada perkhidmatan yang pelbagai, termasuk pemprofilan tenaga kerja, kaunseling kerjaya, latihan asas dan terperinci, kemahiran mencari kerja, keusahawanan, penempatan dan rancangan persaraan.

Langkah terbaru dalam penstrukturan semula syarikat itu adalah pelantikan Christoph Mueller sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang diawalkan daripada Julai kepada 1 Mei.

Hasrat itu membenarkan Mueller mengetuai usaha penstrukturan semula syarikat dan membolehkan masa yang tepat untuk peralihan kepada MAS NewCo, Malaysia Airlines Bhd.

Mengulas mengenai kenyataan kesatuan bahawa aset teras kepada syarikat penerbangan itu adalah "kemahiran, pengalaman dan kesanggupan kakitangan" dan tenaga kerja sewajarnya tidak dianggap sebagai komoditi, Ong mengulangi adalah sia-sia untuk bercakap mengenai sentimen pada masa ini kerana kegagalan bukan lagi satu pilihan dan pelan pemulihan yang sedang dilaksanakan sewajarnya menjadi yang terakhir kepada MAS.

"Ini adalah soal hidup atau mati untuk syarikat itu. Anda mungkin memiliki kepakaran, bakat dan kesemuanya namun, jika tenaga kerja dianggap terlalu berlebihan, anda perlu kurangkannya demi kelangsungan dan ini adalah keputusan sukar yang perlu dibuat.

"Dalam hal ini, kita memberi jaminan 6,000 pekerja itu akan diberi kemahiran, dilatih dan ditugaskan semula. Ini bermakna mereka akan mendapat pekerjaan, kecuali mereka memilih untuk tidak menyesuaikan diri dengan perubahan itu.

"Selain itu, kerajaan sewajarnya sedar mengenai beberapa faktor utama atas kegagalan kita menguruskan MAS.

"Kita bercakap dari masa ke semasa, perbelanjaan yang membazir, atau kontrak yang akan dianggap tidak kondusif kepada MAS, semua ini perlu dikaji semula. Semua ini telah diperkatakan.

"Sudah tentu tidak adil untuk menyatakan hanya 6,000 orang dijadikan alasan bagi kegagalan MAS," katanya. - Bernama
 
 
 

PKR, DAP putus kerjasama dengan PAS Sabah

MALAYSIAKINI


 


PKR dan DAP Sabah memutuskan hubungannya dengan PAS di negeri ini susulan ketegasan parti Islam meneruskan pelaksanaan hudud di negara ini.

Dalam kenyataan bersama, dua parti ini berkata mereka akan meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat tanpa parti Islam.

Kenyataan itu juga menegaskan pemimpin-pemimpin Islam dalam PKR tidak menolak tuntutan hudud dalam al-Quran tetapi hanya menolak pelaksanaan enakmen hudud di Malaysia.

Kenyataan mengejutkan itu ditandatangani oleh pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin dan pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong.

Ia merupakan susulan daripada keputusan DAP Sarawak minggu lalu menarik diri daripada gabungan parti pembangkang itu.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan faktor keadaan semasa.

"Bagaimanapun kami tetap komited untuk perjuangan dalam Pakatan antara PKR dan DAP.

"Kami berharap PAS tidak meneruskan matlamat untuk melaksanakan hudud tetapi dengan jelas menunjukkan mereka serius untuk melaksanakannya," tegas mereka.

Menurut pemimpin berkenaan, mereka tidak lagi dapat meneruskan kerjasama apabila PAS masih bertegas untuk melaksanakan hudud.

"Jadi, dengan hati yang berat kami memutuskan untuk memutuskan kerjasama politik dengan PAS," kenyataan itu dipetik.

Awal hari ini, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya menjawab "tidak tahu" apabila diminta mengulas masa depan Pakatan.

Di peringkat kebangsaan, DAP telah memutuskan hubungan kerjasamanya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilihat sebagai penggerak utama terhadap agenda pelaksanaan hudud. 


CIJ tuntut editor TMI dibebaskan

MALAYSIAKINI


 


NGO Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) menyifatkan serbuan polis ke atas pejabat portal berita The Malaysian Insider (TMI) semalam sebagai tindakan memalukan dan menuntut agar tiga orang editor portal itu dibebaskan.

Tiga editor tersebut, Lionel Morais, Zulkifli Sulong dan Amin Shah Iskandar ditahan dan telefon bimbit serta komputer mereka juga dirampas.

Operasi itu dijalankan susulan penerbitan satu berita berhubung Majlis Raja-Raa yang didakwa tidak betul.

Ia menjadikan jumlah anggota masyarakat sivil yang ditahan pada bulan ini seramai 100 orang.

“Serbuan dan penahanan ini sebahagian daripada trend kemerosotan tahap kebebasan berekspresi di Malaysia yang membimbangkan.

“Sangat memalukan dan mengejutkan bila undang-undang digunakan dalam cara ini, yang merupakan serangan ke atas kedaulatan undang-undang,” kenyataan CI dipetik.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh para pengarahnya, Sonia Randhawa dan Jac Kee.


'Tangguh dulu GST, ini masa dahulukan rakyat PM'


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
 
 
 
MELIHAT rakyat marhaen berpusu-pusu memasuki pasaraya membeli pelbagai barangan keperluan dengan kuantiti yang banyak pada hujung minggu yang lalu menggambarkan kerisauan yang mendalam di kalangan rakyat terhadap GST.
 
Situasi tersebut adalah sama seperti yang disaksikan di stesen minyak pada malam terakhir sebelum harga minyak diumumkan naik pada hari keesokkannya.
 
Fenomena ini menunjukkan rata-rata pembeli merasakan harga barangan akan meningkat selepas 1 April ini.
 
Majoriti negara di dunia ini melaksanakan GST sebagai sumber pendapatan.
 
GST tidak pernah diperlukan selama ini di negara kita kerana negara Malaysia sebenarnya kaya dengan sumber asli.
 
Sejak zaman Pak Lah sehinggalah sekarang, kita mula kedengaran hutang negara menjadi semakin meningkat menghampiri 55 peratus GDP.
 
Kita mula mendengar penyelewengan dan salahguna dana awam yang semakin meruncing setiap tahun di dalam laporan audit tahunan.
 
Selepas itulah, baru kita terdengar negara Malaysia tiba-tiba memerlukan GST untuk memperbetulkan defisit kewangannya.
 
Ketika rakyat masih samar-samar mencari jawapan, tanpa sedar, GST bakal menemui rakyat Malaysia dalam 2 hari lagi.
 
Persoalannya, apakah negara sudah bersedia dengan GST?
 
Apakah kerajaan sudah melakukan persiapan yang cukup dan melakukan simulasi terhadap apa yang akan berlaku bilamana GST terlaksana?
 
Jika ya, apakah impak kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana (RM5000 ke bawah)? Apakah kesannya kepada hutang seisi rumah? Tanpa GST, rata-rata rakyat marhaen sudah hidup dalam keadaan hutang sekeliling - bagaimana pula selepas GST?
 
Bagaimana pula dengan golongan pencen dan tua? Apakah kerajaan sudah membuat simulasi kesan GST terhadap mereka? Apakah semua ini sudah dikaji, dan daripadanya terhasil satu tindakan susulan untuk membantu mereka selepas GST terlaksana?
 
Selain itu, apakah kerajaan sudah membuat simulasi kadar inflasi untuk 3, 6 dan 12 bulan seterusnya sejurus GST dilaksanakan? Jika ya, sekadar pertanyaan, apakah kerajaan sudah ada satu pelan tindakan sekiranya kadar inflasi melebihi kadar yang dijangkau kerajaan untuk mengelakkan rakyat tertekan dan terbeban?
 
Bukan itu sahaja, apakah GST akan menyebabkan peningkatan kadar  penggangguran kerana mungkin ada perniagaan-perniagaan bermodal sederhana yang terpaksa mengurangkan kakitangan untuk menampung kos perniagaan yang meningkat kerana GST?

Apakah kerajan sudah melakukan simulasi terhadap situasi ini? Jika ya, apakah hasilnya?
 
Ada juga yang tertanya-tanya mengenai kesan GST pada yuran di universiti awam? Apakah pelajar yang sedang mengaji perlu membayar 6 peratus tambahan kepada pemprosesan yuran universiti dan apa-apa kos pentadbiran universiti yang lain termasuk bayaran peperiksaan dan juga graduasi?
 
Bagaimana pula dengan pihak PTPTN, apakah kerajaan sudah mengkaji apakah wajar pelajar diberikan pinjaman tambahan untuk menampung kos kehidupan mereka selepas GST terlaksana?
 
Apakah saluran sudah disediakan untuk para konsumer yang menjadi mangsa untuk mendapatkan pampasan sekiranya mereka terbayar GST kepada barangan yang sepatutnya dikecualikan GST? 
 
Bagaimanakah para konsumer boleh mengetahui samada mana-mana satu kedai boleh mengenakan GST mahupun tidak? Bagaimana pihak kastam dapat memantau kutipan GST haram daripada mereka yang tidak layak mengenakan GST?
 
Pokoknya, apakah kita sebagai satu negara sudah bersedia dengan GST?

Maaf. Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa tidak lagi bersedia. Dan saya yakin ramai lagi yang bersetuju dengan saya.
 
Saya percaya ramai rakyat biasa hanya sekadar bersedia dan tahu mereka terpaksa berbelanja lebih apabila GST terlaksana tanpa mengetahui apa-apa yang lain dan kesannya.
 
Kerajaan pula dilihat hanya menyibukkan diri untuk menyakinkan rakyat bahawa GST tidak akan menyebabkan peningkatkan kos sara hidup daripada tugas untuk memastikan perlaksanaan GST tidak bermasalah.
 
Melihat bagaimana kerajaan tiba-tiba tidak mengenakan GST pada buku pada saat-saat akhir sebelum melaksanakan GST menyakinkan saya lagi bahawa kerajaan masih tidak bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan GST.
 
Saya merasa perlunya untuk kerajaan melaksanakan tempoh percubaan GST selama tiga bulan, contohnya di Langkawi, untuk menilai keberkesanan sistem GST yang ada sebelum ia dilaksanakan di seluruh negara.
 
Kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, inilah masanya untuk mendahulukan rakyat. Jangan perjudikan nasib rakyat dengan perlaksanaan GST yang masih tidak menentu dan stabil.
 
Oleh itu, saya memohon agar kerajaan menangguhkan perlaksanaan GST sekurang-kurangnya untuk 6 bulan untuk memastikan segala impak pada negara dan rakyat dapat diminimakan. 
 
Lebih baik jika kerajaan dapat memansuhkannya sahaja dan fokus kepada usaha menangani rasuah dan ketirisan dengan cara lebih efektif.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden Pas
 
 

Latih pelajar tulis al-Quran‎


Latih pelajar tulis al-Quran‎ Ridzwan (kanan) menunjukkan buku al-Quran yang ditulis tangan oleh pelajar kepada Husamuddin (tengah).
 
 
 
KOTA BHARU - Madrasah Tahfiz AlHuda, Kubang Kerian mencipta keunikan tersendiri apabila mendidik pelajarnya bukan sahaja membaca dan menghafal, sebaliknya mereka turut dilatih menulis al-Quran.

Pengetuanya, Rizdwan Abd Ghani berkata, usaha berkenaan dilakukan sejak setahun lalu dalam usaha membolehkan pelajar mudah menghafal, sekali gus menghargai setiap patah perkataan yang terkandung dalam al-Quran.

“Saya ada mendengar ceramah sebelum ini yang menyarankan penulisan al-Quran secara manual (tulis tangan) dilakukan dalam usaha mengenali al-Quran dan kami sudah melakukannya sejak tahun lalu.

“Setakat ini, 20 pelajar sudah mempunyai buku berkulit tebal dan diwajibkan menulis al-Quran dan selepas digunakan, ia disimpan di dalam rak untuk kemudahan koleksi kami,” katanya kepada Sinar Harian semasa menerima kunjungan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), Datuk Hussamuddin Yaacub  di Madrasah Tahfiz AlHuda, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Pentadbiran Madrasah Tahfiz AlHuda, Mat Ludin Muhammad.

Bagaimanapun beliau berkata, usaha menulis al-Quran tersebut terpaksa dihentikan sejak beberapa bulan lalu memandangkan kekangan kewangan.

“Harga buku kulit tebal itu RM40 sebuah dan sebelum ini kami hanya mampu menyediakan 20 buku sahaja,” katanya.
 
 

BN dilihat ikhlas jika PM sokong hudud


Hudud
 
 
 
KUALA TERENGGANU – Persepsi buruk terhadap BN akan berubah sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN memberi respons positif terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki berkata, pendirian Najib berhubung pelaksanaan perundangan syariah di Kelantan itu sudah tentu dinanti-nantikan semua pihak dan tidak menolak bahawa pandangan serong akan lenyap jika ia memihak kepada Pas.

Menurutnya, ia juga merupakan satu peluang kepada Umno untuk membuka laluan perpaduan dengan Pas dan menunjukkan keikhlasan terhadap usaha-usaha untuk memupuk perpaduan dengan parti lawan, di samping menutup pandangan bukan-bukan terhadap Umno yang dilabel tidak islamik.

“Yang Pas gembar-gembur kata kerajaan tidak islamik, kerajaan ini kerajaan sekular dan sebagainya, menuduh Umno tidak meletakkan Islam, tidak mendokong Islam dan sebagainya, kalau keputusannya positif ini satu tamparan kepada Pas.

“Sudah tentu keputusan dibuat itu rupanya tidak sebagaimana yang mereka (Pas) andaikan sebelum ini dan mungkin Pas akan melihat BN ikhlas memperjuangkan Islam. Saya rasa ini satu peluanglah (bentuk kerjasama dengan Pas) tetapi ini kalau keputusannya menyokong,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan bahawa BN akan mengumumkan pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan selewat-lewatnya pada Selasa lepas, namun sehingga kini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pucuk pimpinan parti itu.

Dalam laporan Sinar Harian 29 Mac lalu, Pas turut meminta Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak segera menyatakan pendiriannya berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia kerana rakyat ternanti-nanti kenyataan dari pemimpin nombor satu negara itu.

Sitanya sama ada Umno dan BN bijak mengambil peluang terhadap keretakan yang berlaku kepada PR dalam isu hudud, beliau menjelaskan bahawa keadaan itu mungkin sukar terutama peluang bekerjasama dengan PR kerana wujud pendapat tidak seiring di pihak BN sendiri apatah lagi Gerakan dan MIC secara terbuka menyatakan penolakan.
 
Bagaimanapun katanya, Umno sudah melakukan yang terbaik, antaranya mewujudkan keharmonian kaum termasuk dalam kalangan orang Islam dan bukan Islam dalam negara sambil menyifatkan ia pendekatan berhemah dilakukan pimpinan Umno sehingga kini.
 
 

Monday, March 30, 2015

Bung: Nasib baik polis tak acu pistol ke kepala

MALAYSIAKINI


 


Perbahasan panas berlangsung di Parlimen berhubung perhimpunan Kita Lawan.

Anggota Parlimen Umno Bung Mohtar Radin berkata di sesetengah negara, polis sudah pun mengacukan senjata masing-masing.

Wakil rakyat Kinabatangan itu mengeluarkan kenyataan itu ketika bertegang urat dengan wakil PKR daripada Kapar G Manivanan.

Bung membidas pembangkang susulan kritikan terhadap polis berhubung siasatan dan tangkapan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis.

Katanya pembangkang bernasib baik kerana Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menggunakan senjata untuk menyuraikan perhimpunan.

Bung berhujah, pembangkang sering membuat masalah dengan perhimpunan mereka tetapi apabila polis bertindak, mereka mendakwa polis kejam dan menyalah guna kuasa.

Katanya, di negara lain, sewaktu penguatkuasaan polis kadang kala mengacukan pistol ke kepala.

Berang dengan kenyataan itu, Manivannan meminta Timbalan Speaker Datuk Roland Kiandee menegur Bung.




Berita Astro Awani Dikritik Kerana Laporan Berita Terkini Lee Kuan Yew Mati Secara Langsung (LIVE). Apa Respon Anda?

 

 
SEMAK KOLEKSI GAMBAR 1 DARIPADA 4 GAMBAR
astro awani



Berita Astro Awani Dikritik Kerana Laporan Berita Terkini Lee Kuan Yew Mati Secara Langsung (LIVE). Apa Respon Anda? : Servis langganan Astro yang teruk, harga yang membebankan. Itulah antara bait-bait yang keluar daripada kalangan pelanggan Astro Malaysia yang mana Berita semasa sendiri bersetuju dengan aduan demi aduan yang diberikan kepada servis dan perkhidmatan Astro yang mengecewakan. Tetapi….

Tetapi tidak untuk laporan berita dan perkongsian perbincangan serta ilmu yang dilaporkan oleh saluran berita Astro Awani sendiri jauh lebih baik daripada laporan berita media arus perdana yang lain termasuklah daripada Buletin Utama TV3, Bernama TV dan Berita perdana TV1.

BACA SINI : Negara Terkaya di Dunia 2014 : Negara Jiran Malaysia, 
(Singapura RM203,527 & Brunei RM180,171 Tersenarai)

Berita Semasa sendiri menyukai laporan berita Astro Awani berbanding saluran berita yang lain. 

Tetapi tindakan berita Astro Awani menyiaran live streaming dan siaran langsung pengebumian pengasas Singapura moden, Mr Lee Kuan Yew mendapat reaksi negatif dan kemarahan dikalangan segelintir rakyat Malaysia termasuklah saudara yang bernama Fairus Salleh, Mohd Azril Abdul Aziz dan juga Shahrul Azyzy Suria Ahmad yang melepaskan amarahnya di laman sosial Facebook :

 

Berita Astro Awani :  Berita Terkini Lee Kuan Yew Mati Secara Langsung (LIVE) Ditemplak Oleh…

“Come one, Awani, why do this coverage? Is he that important. What did he do for this country?
“Might as well provide news coverage of problems affecting the people,” Fairus said
“Why is Astro Awani being pro-Singapore, don’t have to do a live telecast of a dead Chinese. If it was the passing of a Malay ruler it is fine… Astro Astro, we are Malaysians in Asean why the need to do this to pay respects… Chinese will be Chinese,” Mohd Azril said.
“I paid so much not for you people (Astro) to do a live coverage of this apek. If it is a Quranic recital or Ustad Azhar Idrus, I don’t mind but this? Might as well cancel my Astro subscription,” said one Facebook user who went by the moniker Paksu Yg Punyerr
“ASTRO P***MAK, WANT TO LIFT EVEN THIS SINGAPORE COMMUNIST STOOGE,,, WHAT IS HIS CONTRIBUTION TO ISLAM IN SINGAPORE AND MALAYSIA?” Shahrul Azyzy Suria Ahmad said.
Bagi Berita Semasa, Lee Kuan Yew adalah sebahagian daripada sejarah Malaysia. Jikalau “benar-benar tidak suka Lee Kuan Yew” sekalipun, hormatilah dia sebagai sebahagian daripada sejarah Malaysia yang ramai ingin mengetahui melalui perkongsian laporan Berita Astro Awani. Lee Kuan Yew sudah pun mati. Belajar hormati orang lain walaupun tidak sebangsa dan seagama dengan kita.

Lagipun kita, Malaysia ada “political interest“…. kita jiran yang paling hampir…. ini masuk bab diplomasi antarabangsa. Jadi Berita Semasa tidak nampak apa yang masalah besarnya tindakan Berita Astro Awani melaporkan kematian Lee Kuan Yew ini.

Banyakkan membaca. Di Singapura, ketika di awal era kemerdekaan penubuhan kerajaan Singapura, Cina Lee Kuan Yew ini yang bergaduh dan bertelagah dengan Cina Komunis gaduh cina komunis sekaligus menghapuskan komunis di kota Singapura pada masa itu.
  • Semasa Mandela mati dahulu, tiada pula yang mengadu?
  • Semasa Puteri Diana mati juga dahulu, tiada pula yang mengamuk?
  • Semasa siaran langsung perkahwinan Kate Middleton dan Putera Williams, tiada pula kedengaran suara bantahan?
  • Tetapi jangan sesekali memberi liputan kepada Cina Singapore?
  • Erm……
P/S : Ketika negara Malaysia sedang menuju negara maju, bukan sahaja ekonomi Malaysia perlu dipertingkatkan, tetapi modal insan dan juga tahap pemikiran dikalangan rakyat juga harus berubah selari dengan rakyat di negara Maju yang lain tanpa hilangnya batas ketimuran dan ciri Malaysia sebagai negara Islam.

PP/S : Satu yang Berita Semasa hormati usaha keras Lee Kuan Yew, bagaimana beliau bersama pasukannya boleh tranformasi Singapura daripada “nothing into something“.

PPP/S : Hakikatnya jasa Malaysia terhadap disebalik perjalanan dan proses kemerdekaan Singapura, antara yang paling mudah dalam dunia. Susah lagi cubaan Hong Kong mendapatkan merdeka dari British. Kepada berita astro Awani teruskan dengan corak laporan berita terkini anda.


Bersetuju untuk tidak bersetuju' rosakkan Pakatan Rakyat - PasMa

Oleh Shuhaniza Said

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Pertelingkahan antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak akan berkesudahan selagi wujud terma 'bersetuju untuk tidak bersetuju (agree to disagree)', demikian menurut Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Zawawi. 
 
Kata Phahrolrazi, terma atau konsep itulah sebenarnya yang merosakkan kerjasama antara PKR, DAP dan PAS.
 
"Bersetuju untuk tidak bersetuju (agree to disagree) inilah yang merosakkan Pakatan, sebab boleh buat begitu bila belum menjadi kerajaan.
 
"Tapi kalau sudah menjadi kerajaan, adakah boleh begitu?," katanya kepada Antarapos.
 
PAS dan DAP pada ketika ini dilihat agak 'dingin' berikutan pengumuman Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi masih komited dengan PAS.
 
Keputusan itu dibuat ekoran PAS  bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan, sedangkan dakwa DAP, hudud tidak terkandung dalam agenda bersama Pakatan Rakyat. 
 
Ini ditambah dengan tindakan Hadi yang menghantar notis usul Rang Undang-undang Persendirian itu kepada Dewan Rakyat, dan tindakan itu disifatkan DAP sebagai tidak jujur dan tidak bermaruah.
 
PAS pula mempertahankan pelaksanaan hudud kerana ia adalah agenda partinya dan pendirian itu berdasarkan konsep 'bersetuju untuk tidak bersetuju'.
 
Justeru Pahrolrazi yang juga ADUN Pengkalan Kubor itu mencadangkan agar setiap parti komponen PR mempunyai satu prosedur operasi standard (SOP) bagi menguruskan ketidaksamaan agenda perjuangan parti masing-masing. 
 
"Dari segi pendekatan, bila dah wujud Pakatan, apa-apa perkara yang nak dibuat oleh mana-mana parti komponen patut ada satu SOP. Masing-masing ada pegangan (agenda), jadi bagaimana nak diurus. 
 
"Parti dalam Pakatan tak ada SOP itu, iaitu satu kaedah untuk mengurus. Kalau nak diteruskan isu ini, mereka mesti menyelesaikan soal prinsip iaitu kalau ada perkara yang berbeza yang parti masing-masing nak bawa, bagaimana satu pendekatan perlu dibuat supaya PR terus kekal," katanya.
 
Menyentuh mengenai peranan PasMa, ujar Phahrolrazi, pihaknya tidak menolak hasrat untuk menjadi 'orang tengah' dalam mengatasi kemelut hubungan dingin kedua-dua parti itu, namun semuanya bergantung kepada kepimpinan tertinggi PR. 
 
Cuma pada ketika ini kata beliau, PasMa berusaha menyampaikan mesej kepada kepimpinan untuk membincangkan dan memikirkan kembali objektif penubuhan PR.  
 
"Mesej itu yang kita nak sampaikan sekarang kepada pimpinan. Mereka nak pertegaskan pendirian masing-masing yang berbeza, mereka akan hilang sokongan rakyat, (atau) peluang mereka. 
     
"Kalau sekiranya mereka bersendirian dalam Pilihan Raya Umum (PRU), harapan untuk menang ini terlalu nipis. Adakah mereka beri keutamaan masuk PRU nak menang, atau nak pegang prinsip masing-masing. Itu soalan yang perlu mereka jawab," ujarnya. 
 
 

Konsep 'bersetuju untuk tidak bersetuju' tidak ada masalah

 Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar

 
Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Konsep 'bersetuju untuk tidak bersetuju' akan tetap dipertahankan meskipun Pakatan Rakyat (PR) kini dilihat sering bertelagah, tegas Datuk Iskandar Abdul Samad.
 
Pesuruhjaya PAS Selangor itu kemudiannya berpendapat tidak ada keperluan untuk mengubah konsep itu memandangkan kerjasama di antara PAS-PKR-DAP masih berjalan lancar, terutamanya di Selangor.
 
"Walaupun ada masalah tetapi kita masih boleh selesaikannya. Kita masih lagi dapat bekerjasama dan bersahabat dengan meneruskan agenda-agenda kita bersama.
 
"Di sini (Selangor) kita di dalam DUN ini terdiri daripada semua parti yang ada. Kita dapat mentadbir kerajaan dengan baik dan hari ini pun kita mendapat pujian daripada Tuanku Sultan," katanya yang ditemui pemberita di Lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, pagi tadi.
 
Iskandar yang juga ADUN Chempaka terlebih dahulu diminta mengulas kenyataan Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Zawawi bahawa pertelingkahan antara parti-parti komponen PR tidak akan berkesudahan selagi wujud terma 'bersetuju untuk tidak bersetuju'.
 
Menurutnya, konsep itulah yang sebenarnya merosakkan kerjasama PAS-PKR-DAP dalam beberapa hal.
 
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pula berpendapat konsep 'bersetuju untuk tidak bersetuju' tidak membawa masalah kepada gabungan berkenaan memandangkan sebarang keputusan yang akan dibuat turut mengambil kira pandangan ketiga-tiga parti itu.
 
"Tidak bermasalah. Di dalam Islam sendiri, kita dibenarkan untuk bersetuju untuk tidak bersetuju kerana perbezaan pendapat akan mengukuhkan sesuatu keputusan yang dibuat. Kita tidak boleh ambil sikap diktator, enggan dengar pandangan dan maklum balas daripada pihak lain. 
 
"sebagai sebuah parti yang mengamalkan prinsip demokrasi dan hak memberikan pandangan, sudah tentu kita meraikan pandangan ini. Namun akhirnya kekuatan PR adalah bertindak dan membuat keputusan atas semangat konsensus dan muafakat. 
 
"Banyak isu besar mendepani PR telah berjaya diselesaikan kerana ada permuafakatan dan konsensus di dalam kepimpinan. Dan ia mesti dipertahankan oleh semua pihak," katanya lanjut.
 
PAS dan DAP pada ketika ini dilihat agak 'dingin' berikutan pengumuman Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi masih komited dengan PAS.
 
Keputusan itu dibuat ekoran PAS  bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan, sedangkan dakwa DAP, hudud tidak terkandung dalam agenda bersama Pakatan Rakyat. 
 
Ini ditambah dengan tindakan Hadi yang menghantar notis usul Rang Undang-undang Persendirian (RUU) bagi melaksanakan hudud di Kelantan kepada Dewan Rakyat, dan tindakan itu disifatkan DAP sebagai tidak jujur dan tidak bermaruah.
 
PAS pula mempertahankan pelaksanaan hudud kerana ia adalah hak demokrasi parti itu selain pendirian itu berdasarkan konsep 'bersetuju untuk tidak bersetuju' terhadap hukum tersebut.