Monday, November 30, 2020

Azmin bercita-cita jadi PM – Dr. M

 Oleh HADI AB MANAP 

  \

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bercita-cita menjadi Perdana Menteri, dakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ia sebagai kenyataan balasnya berhubung pendedahan bahawa beliau adalah individu yang merancang penubuhan Perikatan Nasional (PN).

Dr. Mahathir berkata, amat jelas bahawa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu diletak oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘de facto’ Timbalan Perdana Menteri.

“Selain itu, saya pasti Mohamed Azmin telah membuat perancangan membentuk kerajaan PN dan langkah Sheraton agak lama kerana saya percaya tidak mudah untuk dia meyakinkan sembilan ahli parlimen PKR untuk ikut serta.

“Mohamed Azmin tahu bahawa jika sekadar Bersatu menarik diri dari Pakatan Harapan (PH), ia masih tidak cukup untuk menjatuhkan kerajaan PH. Tetapi apabila Azmin ikut serta maka secara langsung kerajaan PH hilang majoriti dan jatuh,” tulisnya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

MOHAMED AZMIN ALI

Ahad lalu, Mohamed Azmin mendakwa, idea penubuhan PN datang daripada Dr. Mahathir untuk kekal sebagai Perdana Menteri dengan sokongan semua ahli parlimen tanpa mengira parti politik.

Katanya lagi, 131 akaun bersumpah (SD) daripada ahli parlimen pelbagai parti telah dipersembahkan ke Istana Negara sebelum Dr. Mahathir meletakkan jawatan secara mengejut pada 23 Februari lalu.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir turut menafikan dakwaan bahawa beliau adalah individu yang merancang penubuhan PN.

Tegasnya, jika benar seperti yang didakwa bekas Timbalan Presiden PKR itu, maka sudah pasti beliau tidak akan menolak gabungan itu dan masih kekal sebagai Perdana Menteri.

“Saya telah berkali-kali terangkan bahawa ini tidak benar sama sekali kerana PN itu dianggotai oleh kleptokrat dan ditunjangi oleh UMNO secara en-bloc.

“Jika saya merancangnya mengapa perlu saya tolak apabila ia menjadi kenyataan dan jika saya terima sudah pasti saya kekal sebagai Perdana Menteri seperti yang diakui sendiri oleh Azmin.

“Keduanya, jika ada sesiapa yang beria-ia merancang menubuh kerajaan PN dan keluar PH sudah pasti ianya Azmin dan juga Muhyiddin yang mendapat hasil paling lumayan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

PEMBERITAHUAN:

   BERITA POLITIK DALAM KEMBAR BLOG ' AR RISALAH '

‘Ah long’ bayar RM300 rekrut individu simbah cat

Oleh NURAINA HANIS ABD. HALIM

KUALA LUMPUR: Sindiket ah long dikesan merekrut orang awam dijadikan penyimbah cat dengan upah sebanyak RM300 di sekitar Gombak.

Difahamkan, tawaran yang diiklankan melalui laman sosial terbongkar tiga lelaki berusia 20 hingga 25 tahun dipercayai melakukan kegiatan itu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, ketiga-tiga lelaki itu ditahan selepas kehadiran mereka disedari orang awam dalam keadaan mencurigakan di Jalan Bukit Permata, Selayang dekat sini pada Isnin lalu.

Katanya, hasil siasatan terhadap tiga suspek itu mendapati mereka ditawarkan upah RM300 untuk menyimbah cat di rumah dan kenderaan yang diarahkan ‘majikan’.

“Suspek mendakwa tidak tahu tujuan mereka menyimbah cat itu. Mereka hanya memberi gambar kepada seorang lelaki dikenali sebagai Kelvin sebaik sahaja selesai kerja dan dibayar upah.

“Kita turut merampas beberapa telefon bimbit, komputer riba dan tong serta botol berisi cat merah dalam dua kenderaan dinaiki tiga suspek terbabit,” katanya di sini hari ini.

Menurut Arifai, semakan mendapati sebanyak enam laporan kejadian simbah cat diterima pihaknya sejak awal tahun ini yang dipercayai dilakukan suspek sama.

Jelasnya, atas maklumat suspek, polis berjaya mengesan dan menahan seorang lelaki dikenali Kelvin di rumah sewanya di Kajang pada hari sama.

“Hasil siasatan awal, Kelvin dipercayai bertindak sebagai orang tengah kepada sindiket along.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Kanak-kanak OKU disyaki lemas

KULIM: Seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) dikhuatiri lemas selepas disyaki terjatuh ke Sungai Merbok, dekat Kampung Bikan Atas, di sini hari ini.

Mangsa, Irdina Aleesya Zamri, 8, dipercayai terjatuh ke sungai berkenaan kira-kira jam 6.15 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 6.30 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Saad Hassan tiba di lokasi jam 7.10 malam.

"Kami dimaklumkan kanak-kanak itu dipercayai terjatuh ke sungai. Anggota turut menemui tuala dan selipar disyaki milik mangsa di tempat kejadian sebelum meneruskan pencarian.

"Kita juga meendapatkan bantuan daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sungai Petani untuk membantu operasi mencari mangsa," katanya.

"Jangan hanya pandai politiking tapi tak hadir sidang dewan"

KUALA LUMPUR: Kegagalan Ahli Parlimen menghadiri persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan kukuh, bukan sahaja mengganggu perjalanan mesyuarat, malah menjejaskan proses kedaulatan undang-undang.

Pensyarah Kanan Pengajian Politik di Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Dr Mazlan Ali, berkata setiap Ahli Parlimen seharusnya meletakkan kehadiran ke sidang terbabit sebagai keutamaan.

"Isu ini bukan baharu, sudah banyak kali berlaku. Dahulu dewan kosong sehingga persidangan terpaksa ditangguhkan seketika, bagi memastikan korum dipenuhi sebelum persidangan boleh dimulakan.

"Hari ini, dilaporkan kira-kira 20 Ahli Parlimen tidak hadir. Banyak sangat politiking. Saya pun hairan sebab sepanjang tempoh persidangan kali ini, amat penting untuk meluluskan Belanjawan 2021 yang amat diharapkan rakyat dan negara," katanya kepada BH, hari ini.

Mazlan berkata, semua Ahli Parlimen seharusnya mengambil peluang sesi perbahasan di peringkat jawatankuasa yang sedang berlangsung, untuk memastikan setiap wang yang diperuntukkan, sampai kepada rakyat dan kumpulan sasaran.

Justeru, beliau berharap semua Ahli Parlimen akan memberi tumpuan kepada perbahasan yang sedang berlangsung supaya matlamat Belanjawan 2021 akan tercapai.

"Di mana sikap yang sepatutnya mereka tunjukkan dalam keadaan kononnya prihatin belanjawan, tetapi apabila tiba masa, mereka tidak hadir pula.

"Jika ketidakhadiran itu kerana sakit, rakyat boleh faham tetapi jika sekadar balik melawat kawasan, itu tidak perlu buat masa ini. Rakyat akan persoal mereka kelak sama ada mereka serius untuk berkhidmat atau sebaliknya," katanya.

Pada sesi undian belah bahagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa hari ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan seramai 20 Ahli Parlimen tidak hadir.

Sisa klinikal 13 tan sehari di Sabah akibat peningkatan kes COVID-19

Oleh Izwan Abdullah
Sisa klinikal di Sabah bertambah susulan penularan COVID-19. FOTO NSTP
Sisa klinikal di Sabah bertambah susulan penularan COVID-19. FOTO NSTP

KOTA KINABALU: Syarikat pengendali sisa klinikal di Sabah, Sedafiat Sdn Bhd (Sedafiat) menerima antara enam hingga 13 tan sisa sehari berikutan peningkatan pesakit COVID-19 di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata jumlah itu termasuk sisa buangan dikumpul dari 45 pusat kuarantin COVID-19 di seluruh Sabah.

"Syarikat berkenaan juga adalah konsesi yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menguruskan pengangkutan, rawatan dan pelupusan sisa klinikal dari fasiliti kesihatan milik KKM di Sabah," katanya pada sidang media perkembangan semasa COVID-19 Sabah, di sini, malam ini.

Beliau mengulas aduan orang ramai yang bimbang mengenai lambakan sisa klinikal di pekarangan dan tepi jalan premis syarikat terbabit di kawasan perindustrian Lok Kawi, dekat sini.

Sedafiat adalah syarikat dilesenkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah untuk merawat dan melupuskan sisa klinikal di seluruh negeri ini.

Masidi berkata, jumlah sisa klinikal yang tinggi itu menyebabkan syarikat berkenaan berdepan kelewatan melupuskan sisa hingga berlaku lambakan di pusat pelupusannya.

Katanya, situasi itu diakui JAS negeri yang memantau operasi syarikat berkenaan sejak penularan pandemik COVID-19 yang bermula Mac lalu.

Masidi berkata, kerajaan negeri turut menggariskan beberapa langkah untuk mengatasi lambakan sisa klinikal berkenaan termasuk memastikan pengurusan sisa klinikal syarikat terbabit adalah mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Selain itu, katanya syarikat terbabit turut diarahkan mematuhi Panduan Pengendalian dan Pengurusan Sisa Klinikal di Malaysia serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

"Kerajaan juga mengarahkan syarikat berkenaan menyegerakan pembinaan insinerator. JAS juga memberi kebenaran kepada syarikat berkenaan yang sisa klinikal di negeri ini untuk dilupuskan di Semenanjung.

"Pihak KKM sudah diminta memaklumkan penghantaran kontena sisa klinikal ini kepada pihak berkuasa pelabuhan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi mempercepatkan penghantaran sisa klinikal untuk diluluskan segera," katanya.

Masidi berkata, Sedafiat juga diarahkan mencari kaedah pembungkusan sisa klinikal lebih efektif menggunakan bekas bersaiz besar bagi mempercepatkan pengisian ke dalam kontena dan mengurangkan longgokan sisa klinikal di luar premis.

MetMalaysia keluar amaran hujan lebat di 5 negeri

 fazleensafina

 

Cuaca buruk di negeri terbabit dijangka berterusan hingga 3 Disember

BANGI – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di lima negeri, termasuk Kelantan dan Terengganu.

Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu berkata, cuaca buruk berkenaan dijangka menjejaskan beberapa kawasan dan berterusan bermula 1 Disember hingga 3 Disember 2020.

Amaran itu membabitkan seluruh negeri Perlis dan 10 daerah di Kedah iaitu Langkawi; Kubang Pasu; Kota Setar; Pokok Sena; Padang Terap; Yan; Pendang; Kuala Muda; Sik dan Baling.

Turut terjejas daerah Hulu Perak di Perak.

Sementara di Kelantan, amaran itu membabitkan Tumpat; Pasir Mas; Kota Bharu; Jeli; Tanah Merah; Bachok; Machang; Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Bagi Terengganu pula, membabitkan daerah Besut; Setiu; Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

COVID-19: Kes pulih lebih tinggi daripada positif baharu hari ini

azrulhakimie

 

2,112 orang dilaporkan sembuh, manakala kes baharu berjumlah 1,212

KUALA LUMPUR – Kes pulih COVID-19 hari ini mengatasi angka kes positif dengan 2,112 kes sembuh dilaporkan, manakala kes baharu berjumlah 1,212 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 54,759 kes, iaitu 83.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Daripada jumlah kes baharu pula, 1,203 kes adalah penularan dalam negara dengan sembilan lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu 402 kes (33.2 peratus), dengan 308 kes (76.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan.

“Ia diikuti dengan Sabah sebanyak 326 kes (26.9 peratus) dan Negeri Sembilan 141 kes (11.6 peratus),” katanya ketika sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata 101 kes (8.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster PTS Sibuga (65 kes), Kluster Tembok (23 kes), Kluster PTS Tawau (lapan kes), Kluster Matambai (tiga kes), dan satu kes masing-masing bagi Kluster Penjara Seberang Perai serta Kluster Penjara Sandakan.

“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 65,697 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,578 kes,” katanya.

Hari ini juga mencatat pertambahan tiga kes kematian akibat COVID-19, kesemuanya lelaki, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 360 kes (0.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

“Lelaki pertama dari Kedah berusia 66 tahun dan mempunyai penyakit bawaan darah dan rendah imuniti, menakala lelaki kedua di Labuan berusia 58 tahun, mempunyai penyakit darah tinggi serta gout, dan lelaki ketiga berusia 22 tahun di Sabah yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi serta buah pinggang kronik,” katanya.

Sehingga kini terdapat 113 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 42 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Bernama

Gardenia naik harga beberapa produk mulai esok

 MALAYSIAKINI

Malaysiakini

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd akan menaikkan harga beberapa produknya bermula esok.

Dalam satu kenyataan hari ini, Gardenia berkata langkah itu demi menampung kenaikan kos bahan dan pengilangan.

Syarikat itu berkata, pihaknya telah menyerap kenaikan kos selama beberapa tahun tetapi kini tiada pilihan lagi selain melaksanakannya.

"Semakan harga ini dibuat ekoran peningkatan harga bahan antaranya minyak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan.

"Tumpuan kami sekarang adalah terus meningkatkan usaha mengoptimumkan pengeluaran dan kecekapan di kilang.

"Bagi Gardenia, peningkatan harga produk adalah pilihan terakhir selepas semua usaha lain telah dibuat untuk memaksimumkan kecekapan operasi," katanya lagi.

Bermula esok, harga untuk ban Gardenia dinaikkan sebanyak lima sen, iaitu daripada RM1.05 kepada RM1.10.

Produk lain yang dinaikkan harga adalah roti Squiggles perisa stawberi dan cokolat serta Gardenia Delicia Soft Roll untuk butter toffee, sambal bilis dan kacang merah.

Sementara itu, harga produk Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin dan Raspberry Milk & Cranberries dinaikkan sebanyak 20 sen, daripada RM4.50 kepada RM4.70.

Harga produk Gardenia lain pula tidak termasuk dalam kenaikan ini.

Tragedi di Bangsar: Persatuan penduduk mohon CCTV sejak 5 tahun dulu

Malaysiakini

Kejadian rompakan di Bukit Bandaraya, Bangsar, sehingga menyebabkan kematian bekas penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Wan Hassan Wan Embong mungkin dapat dielakkan sekiranya kawasan di situ dilengkapi dengan sistem pengawalan keselamatan dan kamera litar tertutup (CCTV), kata persatuan penduduk setempat.

Penasihat Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya (BBRA) M Ali memberitahu Malaysiakini penceroboh memasuki banglo mangsa dari belakang dengan menyelinap melalui longkang di sepanjang jalan di antara Jalan Mambu dan Jalan Tualang.

Banglo mangsa terletak di Jalan Mambu. Wan Hassan, 71 tahun, dibunuh di kediamannya selepas perompak tersebut memecah masuk sekitar jam 3 pagi pada 29 Nov.

Dalam kejadian tersebut isteri Wan Hassan terselamat tetapi mengalami kecederaan di bahagian tangan.

Kedua-dua perompak itu telah melarikan diri dengan beberapa barang peribadi pasangan terbabit sebelum polis berjaya menahan 10 individu, termasuk suspek utama dalam masa kurang dari 48 jam selepas kejadian.

Menurut M Ali, jalan utama di Jalan Mambu dilengkapi dengan ciri kawalan keselamatan tetapi tidak di Jalan Tualang tidak.

Akibatnya, kawasan itu terdedah kepada pecah masuk memandangkan kedua-dua jalan tersebut bersilang di lorong belakang.

Lihat secara positif

Lima tahun lalu, BBRA memohon kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyediakan sistem pengawalan keselamatan di sepanjang Jalan Tualang dan pemasangan CCTV di kawasan tersebut tetapi tidak berhasil.

"Sejak lima tahun yang lalu, persatuan penduduk telah memohon dan meminta DBKL beberapa kali agar adakan sistem pengawalan keselamatan di Jalan Tualang, kerana dengan itu bukan saja Jalan Tualang akan dilindungi, tetapi juga di jalan belakang antara Jalan Tualang dan Jalan Mambu juga sebagai langkah pencegahan.

"Bagaimanapun, usaha kami tidak diendahkan oleh kakitangan DBKL ketika itu bahkan permohonan kami kepada untuk pemasangan CCTV di lokasi-lokasi strategik belum menampakkan hasil yang positif," kata M Ali.

Dia berkata, penduduk di sekitar kawasan tersebut bimbang dan terganggu selepas kes rompakan itu.

M Ali menyuarakan kekecewaannya kepada pihak berkuasa dan menekankan pihak berkuasa tempatan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Dalam Negeri perlu mendengar suara penduduk.

"Mereka harus melihat usaha yang dilakukan oleh penduduk dengan semangat positif dan bukannya melihatnya dengan birokrasi dan kemudian hanya bertindak setelah perkara yang tidak diingini terjadi.

"Kami kehilangan seorang penduduk di kawasan kami. DBKL dan pihak berkuasa yang berkaitan mesti proaktif setiap masa apabila ia melibatkan isu keselamatan,” katanya.

BBRA telah memohon kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Mahadi Ngah untuk mengadakan pertemuan dan memberikan persetujuan yang diperlukan untuk memperkenalkan sistem pengawalan keselamatan di situ.

Malaysiakini telah menghubungi Mahadi dan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa untuk mendapatkan penjelasan.

Sementara itu Presiden Persatuan Penduduk Bangsar Park, Nitesh Malani, berkata anggotanya juga terkejut dengan kejadian yang berlaku berhampiran kawasan kejiranan tersebut.

Dia juga telah meminta DBKL memasang CCTV di kawasan perumahan.

"DBKL mesti menyediakan peruntukan agar CCTV dipasang di kawasan perumahan; meluluskan skim kawalan keselamatan secara berpagar yang bersesuaian; dan kerap berkomunikasi dengan persatuan penduduk," katanya.

M Ali dan Nitesh turut mendesak Kementerian Wilayah Persekutuan memperkenalkan semula program Bandar Selamat yang dianggap berkesan mencegah jenayah sebelum ini.

Kes cerai naik 12%, perkahwinan turun 1.2% tahun lalu

Sebilangan kecil wanita berusia lebih 65 tahun mengahwini lelaki lebih muda dalam 
kumpulan umur 24 tahun dan ke bawah tahun lalu.

PETALING JAYA: Jabatan Perangkaan hari ini mengumumkan jumlah kes perceraian di negara ini meningkat 12% tahun lalu, sementara kadar perkahwinan menurun 1.2%.

Ketua Perangkawan, Mohd Uzir Mahidin berkata, terdapat 56,975 perceraian tahun lalu berbanding 50,862 pada 2018, sementara perkahwinan menurun kepada 203,821 pada 2019 berbanding 206,352 pada tahun sebelumnya.

“Kadar perceraian am bagi lelaki menunjukkan peningkatan daripada 6.5% kepada 7.2% bagi setiap 1,000 penduduk lelaki berumur 18 tahun dan lebih yang berkahwin.

“Trend sama juga direkodkan bagi perempuan, meningkat daripada 7% kepada 7.7% bagi setiap 1,000 penduduk perempuan berumur 16 tahun dan lebih yang berkahwin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kadar perceraian membabitkan orang Islam pula meningkat 13% daripada 40,269 kepada 45,502, sementara yang bukan Islam meningkat 8.3% daripada 10,593 kepada 11,473.

Sementara itu, terdapat penurunan 1.5% dalam perkahwinan orang Islam dan 0.5% bagi bukan Islam, dengan daerah Petaling di Selangor mencatatkan jumlah perkahwinan tertinggi.

Uzir berkata, terdapat 11% perkahwinan antara pasangan pelbagai kumpulan etnik (perkahwinan campur) pada tahun lalu, meningkat daripada 9% pada 2018.

“Sementara itu, 0.3% lelaki berumur 65 tahun dan ke atas mengahwini perempuan lebih muda dalam kumpulan umur 24 tahun dan ke bawah.

“Manakala 0.2% pengantin perempuan berumur 65 tahun dan ke atas berkahwin dengan lelaki dalam kumpulan umur 24 tahun dan ke bawah.”

Katanya, umur penengah bagi pengantin lelaki kekal 28 tahun, sementara pengantin perempuan meningkat daripada 26 kepada 27 tahun.

Beliau berkata, mereka yang berpendidikan tinggi dan berusaha mengukuhkan kestabilan ekonomi individu, terutama yang tinggal di kawasan bandar lebih cenderung berkahwin lewat.

Cukai rokok elektrik rendah – Kajian

Wartawan MalaysiaGazette
MGF03012019_VAPE02
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kadar cukai ke atas industri rokok elektronik (vape) yang dikenakan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2021 adalah rendah berbanding industri tembakau.

Ini merupakan satu kerugian kepada Malaysia kerana kadar yang dikenakan adalah jauh lebih rendah berbanding industri tembakau, sedangkan potensi kerajaan untuk meraih pendapatan adalah besar.

Ini kerana, ramai perokok tembakau dunia termasuk di Malaysia semakin beralih kepada rokok elektronik.

MQ Consultant berkata, walaupun ia kali pertama diperkenalkan tetapi kadar cukai yang lebih tinggi ini kepada rokok elektronik ini penting dalam mengawal selia pertumbuhan industri rokok elektronik di Malaysia yang diunjur sebagai yang kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat).

Berikutan perbezaan ketara antara kedua-duanya (rokok elektronik dan tembakau), satu kajian yang
teliti ke atas struktur cukai perlu dilakukan.

Kerajaan tidak boleh menggunakan satu ukuran atau struktur cukai sesuai untuk semua,” tambah MQ Consultant, sebuah syarikat penyelidikan dan teknologi tempatan yang terlibat dalam melakukan kajian mendalam terhadap industri rokok elektronik di Malaysia.

Dalam Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata mengumumkan duti eksais sebanyak 40 sen untuk setiap mililiter (mL) cecair rokok elektronik akan mula dikuatkuasakan mulai Januari 2021.

MQ Consultant berkata, berdasarkan perkembangan di peringkat dunia, Malaysia boleh dikatakan agak lambat
dalam mengenakan cukai ke atas rokok elektronik namun usaha sedang digerakkan untuk mengawal selia dan memastikan industri berkenaan berkembang pesat dengan cara yang lebih teratur.

Di peringkat Asia, Indonesia, Filipina dan Korea telah pun memperkenalkan cukai ke atas rokok elektronik seawal 2011 dan ketiga-tiga negara itu telah mengenakan tarif cukai yang lebih tinggi berbanding di Malaysia.

Pada masa ini, Malaysia bercadang mengenakan cukai AS$0.10 (40 sen) bagi setiap mililiter (mL) manakala di Filipina, bagi setiap mililiter (mL) cukai yang dikenakan ialah AS$0.76.

Sebagai perbandingan, di Indonesia, cecair rokok elektronik (kecuali yang diisi dalam ‘pod’) dikenakan cukai sehingga 57 peratus, empat (4) kali ganda daripada kadar eksais maksimum ke atas rokok tembakau biasa.

“Isu-isu berkaitan penggunaan rokok elektronik memerlukan kajian rapi dilakukan oleh pihak kerajaan dan cadangan untuk mengenakan cukai yang tinggi boleh dilihat sebagai satu langkah pencegahan yang baik, berbanding mengharamkan penggunaannya.

Meskipun terdapat kes-kes negatif yang terpencil di seluruh dunia, para penyelidik kebanyakannya bersetuju bahawa penggunaan rokok elektronik merupakan pilihan yang lebih baik berbanding dengan rokok tembakau.

MQ Consultant juga menambah, melalui kajian dan maklumat yang sedang giat dikumpul di dalam dan luar negara, Kerajaan Malaysia boleh menggunakan rokok elektronik sebagai alat ke arah mewujudkan masyarakat bebas asap rokok yang diakui memudaratkan perokok dan juga orang ramai.

“Usaha ini bukanlah sekadar satu eksperimental semata-mata kerana Kerajaan New Zealand sendiri telah berbuat demikian dalam usaha mencapai matlamatnya, menjadikan negara pulau itu bebas asap rokok pada tahun 2025,” katanya.

Bancian terkini menunjukkan terdapat tiga juta pengguna rokok elektronik di Malaysia pada masa ini.

Ujarnya, walaupun industri rokok elektronik di Malaysia diunjurkan bernilai berbilion ringgit, ia masih dianggap sebagai ekonomi gelap yang berpotensi mengakibatkan kerugian yang besar kepada negara.

Berikutan meningkatnya pengguna rokok elektronik dan berkurangnya penghisap rokok tembakau, Kerajaan tidak seharusnya terlepas untuk memanfaatkan perubahan tabiat yang berlaku di seluruh dunia.

Dengan mengadakan peraturan percukaian, satu situasi yang menguntungkan semua pihak boleh diwujudkan, ia bukan hanya meningkatkan sumbangan kepada ekonomi negara tetapi juga membantu usaha kerajaan dalam menambah baik kehidupan sosial dan kesihatan rakyat Malaysia dalam tempoh jangka panjang, katanya.- MalaysiaGazette

Beza arak dan rasuah, sama seperti beza bodoh atau gila – Hadi

Manzaidi Mohd Amin
MGF23092020_TEMUBUAL-EKSKLUSIF-PRESIDEN-PAS07Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Kemudaratan minum arak dan perbuatan rasuah adalah sama bahaya, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, perbezaan kedua-dua perkara itu sama seperti perbandingan mana yang lebih berat, antara bodoh dan gila.

Kata beliau, sama ada arak atau rasuah, bodoh atau gila, ia juga sama bahaya antara mencuri dan merompak.

“Timbul persoalan mana lebih berbahaya antara kemudaratan arak dan rasuah. Saya kata, keduanya sama berat antara bodoh dan gila, dan sama bahaya antara mencuri dan merompak.

“Jawapan kepada persoalan ini ialah sama bahaya, hanya terdapat perbezaan pada cara, pendekatan dan lapangan sahaja, tetapi arak dan rasuah diharamkan oleh Islam.

“Jika dilihat secara zahir, gila itu lebih bahaya daripada jahil dan bodoh, tetapi kos untuk mengawal orang gila lebih murah banding mengatasi kebodohan dan kejahilan,” katanya dalam tulisan Minda Presiden Pas yang dimuatnaik menerusi Facebooknya, hari ini.

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), Datuk Mohamed Arshad Raji dilaporkan mempersoalkan langkah yang diambil Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menghentikan lesen penjualan minuman keras mulai Oktober tahun depan.

Beliau turut menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary, kemungkinan kerajaan akan memperluaskan larangan penjual arak di kedai runcit dan serbaneka di seluruh negara, sebagai tidak masuk akal.

Mengulas lanjut dalam tulisannya, Abdul Hadi menyatakan, jenayah mencuri dan merompak tidak boleh dibiarkan tanpa dilaksanakan tindakan pencegahan dan diberikan hukuman yang berbeza.

Bukan hanya salah satu pihak sahaja yang dihukum kerana dianggap lebih berbahaya, sedangkan satu pihak lagi dibebaskan kerana kurang bahaya.

Bahkan, ujarnya, Islam sendiri mengharamkan perbuatan rasuah dan mencuri dengan nas yang nyata dalam al-Quran dan Hadis.

Tetapi, pada masa sama, Islam membenarkan arak bagi penganut agama lain yang menghalalkannya kerana kebebasan individu dan hak bagi diri serta kaumnya sahaja dengan syarat tidak mengganggu masyarakat sekeliling yang lain.

“Adapun rasuah diharamkan oleh semua agama tanpa sebarang pengecualian.

“Hukuman bagi perbuatan meminum arak dan rasuah dalam Islam adalah berbeza. Kesalahan meminum arak termasuk dalam jenayah hudud bagi penganut Islam sahaja, dan hukuman hudud tidak boleh dikenakan ke atas golongan bukan Islam.

“Adapun masalah rasuah termasuk dalam hukuman takzir sama ada dipenjara, sebatan, buang daerah, dirampas harta sehingga dijatuhkan hukuman bunuh kerana berbeza keadaan pelaku dan tahapnya,” katanya.

Beliau menjelaskan, hukuman meminum arak juga berbeza, tetapi keduanya tetap bahaya dalam beberapa aspek, yang mana perbezaan itu tidak boleh dinisbahkan dengan timbangan kilogram atau ukuran meter.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, apabila salah satunya diharamkan secara mutlak, tidak boleh kesalahan lain diberikan lesen untuk berjalan secara mutlak.

Begitu juga apabila berlaku kebocoran tingkah laku dalam kawalan sehingga mengakibatkan kemudaratan kepada umum, boleh dibuat undang-undang tambahan melibatkan juga penganut bukan Islam.

“Contohnya, apabila mereka yang mabuk menyebabkan berlaku perlanggaran undang-undang jalan raya melibatkan kemalangan yang tidak mengira agama dan bangsa, mengganggu masyarakat awam dan mempengaruhi pihak lain dalam masyarakat.

“Keadaan ini akhirnya menghilangkan keharmonian dan keluhuran moral bermasyarakat madani, maka hukum agama dan adat hendaklah dirungkai mengikut Siyasah Syariyyah atau Maqasid Syariyyah,” katanya. – Malaysiagazette

PEMBERITAHUAN:

    BERITA POLITIK DALAM KEMBAR BLOG ' AR RISALAH '

DPPM desak portal berbahasa Inggeris mohon maaf kepada umat Islam

peneranganpas
Nadzir Helmi

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) meminta sebuah portal berbahasa Inggeris yang beribupejabat di ibu kota di sini, memohon maaf dalam tempoh 24 jam kepada orang ramai terutama umat Islam.

Ini berikutan portal berkenaan menyiarkan pelaporan yang salah terhadap Islam berhubung artikel berkaitan kejadian penemuan mayat bayi di depan pintu masjid di Sungai Way, Petaling Jaya seminggu lalu.

Jelas Ketua Penerangannya, Nadzir Helmi, pelaporan artikel itu menggambarkan seolah imam masjid berkenaan sebagai pelaku kepada perbuatan jenayah itu.

Selain itu, portal berkenaan juga meletakkan gambar anak kecil bertelekung sedang bermain ‘masak-masak’ dengan tajuk “Perkahwinan di awal usia di Sabah”.

“Buat kali kedua dalam pemantauan kami, Dewan Pemuda Pas menunjukkan akhbar atau portal berbahasa Inggeris ini sedang cuba menanam sentimen Islamphobia di kalangan rakyat Malaysia.

“Mereka sengaja mempamerkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap ulasan artikelnya dengan pelaporan yang jelas salah terhadap Islam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Nadzir, akhbar dan portal berkenaan wajar menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di Malaysia atas pelaporan yang salah terhadap agama Islam.

Beliau memberi contoh, isu mayat seorang bayi yang diletakkan di depan pintu masjid, media berkenaan menggambarkan pelaku adalah seorang imam, sedangkan laporan tersebut ternyata salah.

“Media ini juga membesarkan artikel perkahwinan di awal usia di Sabah yang memberi gambaran seolah perbuatan itu dilakukan hanya kepada umat Islam.

“Sedangkan mengikut statistik, perbuatan ini lebih banyak berlaku di kalangan bukan Islam, tetapi media ini hanya mengambarkan perbuatan ini adalah ‘tabiat’ umat Islam semata-mata,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Kes Adib: KDN, PDRM digesa beri penjelasan terkini – PEMBELA .

MGF02092020_PC-PEMBELA-ISLAM-PENEROKA-TANAH-HARAM05
Aminuddin Yahaya

KUALA LUMPUR – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan penjelasan berhubung perkembangan terkini kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Kassim.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya menegaskan, pihak berkuasa terbabit tidak sewajarnya membawa cerita baharu yang berlawanan dengan keputusan mahkamah koroner serta fakta-fakta keterangan peguam, Syazlin Mansor.

“PEMBELA memandang serius terhadap kekesalan yang dizahirkan oleh keluarga Allahyarham Adib yang mendakwa bahawa pihak polis tidak berhubung dengan pihak keluarga untuk memberitahu perkembangan terkini walaupun pihak peguam telah meminta polis segerakan siasatan.

“Penjelasan Menteri Dalam Negeri yang menyatakan untuk hanya mendakwa 12 suspek di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan adalah tidak munasabah sama sekali kerana kes ini melibatkan kematian.

“Pembela mempersoal kewajaran untuk diadakan inkues semula yang telah dicadangkan; mengapakah tidak diambil tindakan tuntas setelah selesai dibuat inkues pertama?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Genap dua tahun peristiwa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang hingga mengorbankan seorang anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Subang Jaya.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu, selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya.

PEMBELA juga memohon pejabat Peguam Negara agar tidak melengahkan kes ini lebih-lebih lagi apabila bekas Peguam Negara Tommy Thomas telah melakukan beberapa kesalahan besar ketika mengendalikan kes ini.

“Sekali lagi PEMBELA ingin menuntut agar semua pihak terlibat agar telus dan jujur bagi menyelesaikan kes ini dengan seadil-adilnya untuk menjaga kewibawaan dan integriti pemerintah dan negara.

“PEMBELA akan terus bersama keluarga Allahyarham Adib agar dia mendapat pembelaan yang sewajarnya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Jika pegawai atasan bersih baru PDRM boleh pulih – Musa .

MGF24092020_SIDANG-MEDIA-BERSAMA-ANUAR-HASSAN_09
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

KUALA LUMPUR – Imej dan integriti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hanya boleh dipulihkan sekiranya para pegawai atasannya bersih dan bebas daripada sebarang salah guna kuasa dan penyelewengan.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, sebenarnya PDRM mempunyai peraturan ketat dan pemantauan tegas ke atas setiap pegawai dan anggotanya, apatah lagi mengamalkan gaya hidup mewah.

“Semua penjawat awam mempunyai tata disiplin untuk mencegah dari penyelewengan. Jika pegawai atasan bersih dan tegas akan dapat memulihkan keadaan dan kembalikan kepercayaan masyarakat.

“PDRM mempunyai peraturan disiplin yang ketat termasuk memohon kebenaran untuk membeli harta dan mengistihar harta yang dimiliki.

“Perintah dan kawalan pegawai dan anggota telah sedia ada, perlu diimplementasikan dengan pemantauan yang tegas,” ciapnya dalam hantaran terbaru di Twitter miliknya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya semalam bahawa pihaknya sedang memantau rapi trend gaya hidup mewah segelintir pegawai dan anggotanya untuk mengekang salah laku demi menjaga intergriti PDRM.

Difahamkan, terdapat segelintir pegawai dan anggota polis yang mampu berkereta mewah dan sering ke luar negara untuk bermain golf walaupun tidak setara dengan jawatan dan gaji bulanan yang diperoleh.

Menurut Zamri, pihaknya turut mengesan ada pegawai yang hanya berpangkat Inspektor, namun mampu membeli kereta serta memiliki rumah mewah yang diragukan sumber perolehannya.

Sehubungan itu, katanya anggota dan pegawai yang telah dikenal pasti itu akan diminta memberi penjelasan tentang sumber kewangan diperoleh bagi membiayai cara hidup mewah itu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: Segelintir pegawai polis dikesan amal gaya hidup mewah, lebihi kemampuan – Bukit Aman

Disangka maut, rupanya 'tidur mati'

 Omar Ahmad

ANGGOTA bomba cuba membuka pintu jeriji rumah sebelum mangsa tersedar. FOTO Ihsan Bomba.

Johor Bahru: Disebabkan tidak membuka pintu rumah hampir sejam selepas diketuk, seorang pemuda disangka sudah meninggal dunia oleh ahli keluarganya.

Kejadian berlaku di Pangsapuri Kenari, Bandar Baru Kangkar Pulai di sini, semalam yang menyebabkan keluarga lelaki berusia 21 tahun terbabit menghubungi pasukan bomba dan penyelamat untuk bantuan.

Bagaimanapun, lain yang berlaku ketika operasi dilaksana apabila pemuda yang disangka meninggal dunia, sebaliknya, hanya 'tidur mati'.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mangsa terperangkap dalam rumah pada 10.59 malam.

"Pasukan berkekuatan 10 anggota tiba di kediaman berkenaan dan segera memulakan operasi membuka pintu dengan peralatan khas, namun ketika itu juga mangsa yang didakwa terperangkap tiba-tiba membuka pintu dari dalam.

"Menerusi soal siasat, ibu bapa dan tiga adik mangsa memberitahu keluar ke kuil berhampiran dan apabila pulang, mereka mendakwa hampir sejam mengetuk pintu namun mangsa tidak membukanya.

"Bimbang kejadian buruk dan menyangka mangsa maut, keluarga itu menghubungi talian kecemasan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Riduan berkata, mangsa pula mendakwa terlalu penat menyebabkan dia tidak sedar pintu rumah diketuk.

Susulan itu, pasukan memastikan keadaan selamat sebelum pulang.

Angkara Covid-19, pengusaha tadika jadi peladang

BERNAMA
 
CHAHAYA (kiri) melihat satu daripada 66 sarang madu kelulut yang diusahakan. FOTO BERNAMA

Alor Gajah: Terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu yang menyebabkan banyak sektor perniagaan ditutup selama hampir tiga bulan, lima pengusaha tadika nekad beralih arah dengan menceburi bidang perladangan.

Langkah itu dibuat angkara penularan Covid-19, selepas menilai risiko yang akan dihadapi sekiranya tadika yang diusahakan sejak sekian lama, terpaksa ditutup akibat ketidaktentuan ekonomi serta bagi memastikan kelangsungan hidup.

Malah, kumpulan lima pengusaha ini turut memberi peluang kepada bekas banduan untuk bersama-sama mereka dalam mengusahakan aktiviti pertanian berkenaan di sebuah tapak bekas kebun getah di Brisu, dekat sini.

Pemegang saham syarikat Mokpek Agro Sdn Bhd, Chahaya Abdul Manan, 59, berkata, beliau dan empat lagi rakannya berpakat untuk mengusahakan ladang berkonsepkan eco-pelancongan dan menggabungkan tiga aktiviti iaitu pertanian, penternakan dan perikanan dalam bidang yang baru diceburi mereka itu.

"Apabila tadika ditutup pada Mac lepas akibat penularan Covid-19, kami semua terfikir apa akan jadi jika ia berterusan, dan melihat kepada perkembangan global, hanya aktiviti pertanian yang mampu bertahan dalam ekonomi yang mencabar.

"Justeru, pada Jun lepas, kami mengambil keputusan untuk terlibat dalam bidang perladangan dengan membeli kebun getah seluas 2.02 hektar berharga RM290,000 di Brisu. Pemegang saham masing-masing berasal dari Melaka, Selangor dan Johor," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

CHAHAYA (kanan) di kebunnya. FOTO BERNAMA
CHAHAYA (kanan) di kebunnya. FOTO BERNAMA

Chahaya, yang juga Pengerusi Pertubuhan Penggalak Membaca Malaysia, berkata, antara aktiviti yang dijalankan adalah tanaman pokok kurma Ajwa, vanilla, kunyit hitam, halia Bentong selain penternakan ikan Kelah, Tilapia dan ikan Pelaga serta penternakan Rusa Nani, kambing Kacang (pigmy goat), kuda padi dan penghasilan madu kelulut.

"Hasil daripada aktiviti pertanian dan penternakan ini akan dijual memandangkan beberapa tumbuhan seperti vanilla, kunyit hitam, halia bentong serta madu kelulut mendapat permintaan tinggi daripada pasaran. Ladang ini juga berpotensi untuk dijadikan pusat latihan kepada kanak-kanak dan penduduk kampung yang mahu belajar mengenai pertanian secara integrasi selain sesuai dijadikan kawasan ekopelancongan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya membuat pinjaman daripada Bank SME selain simpanan peribadi bagi merealisasikan hasrat membuka ladang berkenaan.

"Setakat ini, ladang ini telah berjaya menyiapkan 'Kelulut Walk' yang mempunyai 66 sarang kelulut walaupun hanya lima bulan beroperasi manakala aktiviti pertanian dan penternakan sedang dijalankan dari semasa ke semasa. Kami jangka akan dapat menuai hasil dalam beberapa bulan akan datang," katanya.

CHAHAYA Abdul Manan. FOTO BERNAMA
CHAHAYA Abdul Manan. FOTO BERNAMA

Chahaya berkata, ladang itu juga memberi peluang kepada bekas banduan yang insaf dan mahu berubah dengan menawarkan mereka menjadi sebahagian daripada pemegang saham.

Beliau berkata, setakat ini dua bekas banduan, masing-masing berusia 27 dan 49 tahun, diterima menjadi pemegang saham dalam syarikat berkenaan.

Katanya, pihaknya bersepakat untuk memberi peluang kedua kepada mereka untuk berubah menjadi insan yang lebih baik tanpa mengira kisah silam mereka.

"Mereka akan diberi saham dan perlu bersama-sama kami mengusahakan ladang ini kerana mereka tidak diberi gaji, namun keuntungan daripada hasil pertanian akan dibahagikan sama rata," katanya.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada 6 November lalu, dilaporkan berkata kerajaan akan memberi potongan cukai tambahan kepada majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada bekas banduan dan bekas penagih dadah serta mengintegrasikan golongan ini ke dalam masyarakat.

Paras sungai utama di Seberang Perai Utara tinggi

Nur Izzati Mohamad

Gambar hiasan. FOTO Arkib NSTP

Butterworth: Enam sungai utama di Seberang Perai Utara berada pada paras tinggi namun tidak berbahaya, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh.

Menurutnya, laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati paras Sungai Perai; Sungai Kereh; Sungai Lubuk Meriam; Sungai Jarak; Sungai Kulim dan Sungai Tok Tongkat tinggi setakat 10 pagi.

"Pemantauan turut dijalankan di 10 sungai lain iaitu Sungai Lahar Tiang; Sungai Burung Bakau Tua; Sungai Lahar Endin; Sungai Mak Mandin; Sungai Maklom; Sungai Alor Merah; Sungai Lokan; Sungai Pengkalan Machang; Sungai Merbau Kudung dan Sungai Tok Sani.

 "Namun masing-masing berada pada paras sederhana," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Phee berkata, kenaikan paras sungai disumbang aliran air dari Kedah yang masih tinggi, malah kadar surut banjir juga perlahan.

"Namun risiko banjir di kawasan Seberang Perai masih rendah," katanya yang memberitahu masih ada 16 orang daripada lima keluarga menetap di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Jaya di Tasek Gelugor.

Manakala, dua PPS di Seberang Perai Tengah sudah ditutup semalam.

Penyeludup mungkin pilih sempadan di Kelantan

Nor Fazlina Abdul Rahim

Anggota PGA Batalion 7 membuat kawalan rondaan berjalan kaki di Pos Pangkalan Pulau, Tumpat. Foto Arkib BERNAMA.

Kota Bharu: Polis Kelantan tidak menolak kemungkinan penyeludup akan beralih ke laluan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan susulan kawalan diperketatkan di sempadan di utara tanah air.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersiap sedia dalam mengekang sebarang penyeludupan.

"Saya tidak menolak kemungkinan penyeludup akan memilih sempadan di Kelantan disebabkan kawalan ketat di utara, namun kita juga menggandakan kawalan keselamatan di sini.

"Jika perlu, saya akan memohon bantuan dari Bukit Aman untuk menambah kekuatan anggota, dalam usaha mengekang kegiatan ini," katanya ketika ketika ditemui selepas Program Derma Darah Peringkat Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, pihaknya turut memfokus kepada laluan tikus yang dikenal pasti jadi tumpuan dengan agensi keselamatan terbabit akan mengambil tindakan sewajarnya.

Kawalan sempadan negara di utara tanah air semakin diperketatkan susulan insiden berbalas tembakan antara anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan penyeludup yang menyebabkan Sarjan Baharuddin Ramli terkorban, manakala Sarjan Norihan Tari parah.

Insiden itu berlaku pada 3.10 pagi, Selasa lalu dekat pos sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis.

Banjir Termenung: Sudah lima hari Kampung Padang Garam masih digenangi air.

 Bernama

Banjir Termenung: Sudah lima hari Kampung Padang Garam masih digenangi air
Puteri Yasmin berjalan di hadapan rumahnya yang ditenggelami air banjir termenung ketika 
tinjauan di Kampung Padang Garam hari ini. -fotoBERNAMA
 
MARANG: Meskipun cuaca kini telah kembali cerah dan panas sejak kira-kira empat hari lepas, namun penduduk di Kampung Padang Garam di sini masih 'terperangkap' di pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan paras air di kawasan rumah masing-masing masih tidak banyak berubah.
 
Ia merupakan satu fenomena yang dirujuk ramai sebagai 'banjir termenung', apabila air bagaikan bertakung di seluruh kampung, tidak dapat mengalir ke mana-mana.
 
Penduduk kampung Napisah Said, 71, berkata beliau terpaksa tinggal di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang di sini, sejak 24 Nov lepas iaitu hari pertama banjir gelombang kedua melanda Terengganu sehingga ke hari ini, berikutan rumahnya masih dinaiki air hingga ke paras pinggang.
 
"Pada hari pertama banjir, air naik ke rumah hingga paras dada, hari ini air baru surut ke paras pinggang.
 
"Bila makcik tengok orang lain dapat pulang ke rumah makcik pun berasa tidak sabar hendak pulang juga sampaikan makcik telah siap mengemas pagi tadi.
 
"Namun tengah hari tadi penghulu kampung beritahu tidak boleh balik lagi sebab air masih tinggi.
"Kecewa juga makcik kerana bosan tidak dapat berbuat apa-apa di sini (PPS). Selalunya banjir 
'termenung' antara seminggu hingga dua minggu.
 
"Paling lama sebulan. Harapnya kali ini tidak lah sampai sebulan. Jika tidak makcik pun turut 'termenung' sekali," katanya secara berjenaka ketika ditemui Bernama di PPS SMK Merchang, di sini hari ini.
 
Warga emas itu yang tinggal bersendirian berikutan lima anaknya telah berkahwin dan menetap di kawasan lain berkata, banjir 'termenung' merupakan situasi biasa yang dihadapinya sejak tinggal di Kampung Padang Garam kira-kira 40 tahun lepas.
 
Napisah berkata beliau juga tidak pernah membeli sebarang perabot seperti sofa di rumahnya kerana enggan menanggung kerugian akibat rosak setiap kali musim banjir.
 
Sementara itu Puteri Yasmin Abdul Mubi, 29, berkata situasi banjir termenung itu turut menenggelamkan kebun tembikainya seluas kira-kira dua hektar yang terletak di sekeliling rumahnya.
 
"Hujan hanya turun dua hari sahaja tetapi hendak tunggu air betul-betul surut ambil masa lebih seminggu.
 
"Nasib baik rumah saya tidak dimasuki air kerana rumah dibina tinggi tetapi halaman rumah masih dinaiki air hingga ke paras betis.
 
Sementara itu Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pasir yang turut merangkumi Kampung Padang Garam berkata banjir termenung yang menjejaskan kira-kira 16 penduduk dari tujuh buah rumah itu, berlaku disebabkan kedudukan kampung itu yang terlalu rendah.
 
Selain itu ia juga disebabkan aktiviti pembalakan pokok gelam yang terdapat di sekitar Kampung Padang Garam oleh individu tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan sistem perparitan tersumbat, sekali gus mengakibatkan air dari kawasan banjir tidak dapat mengalir ke Sungai Merchang.
 
"Sistem perparitan itu sering dibaiki, tetapi selagi ada aktiviti pembalakan haram, masalah ini (banjir 'termenung') tidak akan selesai.
 
"Mereka yang membalak secara haram ini akan ambil batang-batang pokok gelam yang besar manakala ranting dan daun-daun ditinggalkan begitu sahaja menyebabkan air banjir oleh sisa-sisa pokok itu," katanya.-- BERNAMA

Bukan kuat makan tetapi kos sara hidup di Terengganu tinggi

 Oleh ROSALINDA MD. SAID

ROSHAIZA TAHA

KUALA TERENGGANU: Purata perbelanjaan bulanan bagi makan dan minum rakyat Terengganu yang didapati tertinggi di Malaysia sebanyak RM967 bukan disebabkan oleh tabiat pemakanan sebaliknya dipengaruhi oleh kos sara hidup yang mahal.

Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Roshaiza Taha berkata, isu itu bukan sesuatu yang baharu di negeri ini, bahkan telah bermula sejak penemuan minyak di perairan pantai Terengganu, hampir 40 tahun lalu.

Katanya, pembangunan Paka dan Kertih di Dungun sebagai pusat perindustrian petroleum Terengganu menjadikan kos sara hidup di kedua-dua kawasan itu jauh lebih tinggi berbanding di daerah lain hingga menghimpit penduduk tempatan.

“Masyarakat turut terkena tempias walaupun pendapatan yang diperoleh mereka tidak semewah pekerja industri petroleum yang kebanyakannya merupakan golongan berpendapatan tinggi.

“Bahkan, jangan tidak percaya harga barangan asas seperti ikan yang ditangkap di perairan Terengganu jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan harga ikan di negeri lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang mendapati penduduk Terengganu paling tinggi menghabiskan belanja bulanan bagi tujuan makan dan minum sepanjang tahun lalu.

Rekod sama dipegang oleh Terengganu menerusi kajian dijalankan pada 2016 apabila membelanjakan purata sebanyak RM916 sebulan dan angka untuk dua tahun itu juga adalah jauh di atas paras nasional.

Menurut Roshaiza, keadaan itu dipercayai berlarutan hingga kini kerana kurang persaingan di antara peniaga di samping tiada permainan harga.

“Berbanding negeri lain, Terengganu tidak mempunyai lambakan pasaraya besar yang bersaing dengan sengit untuk mendapatkan pelanggan, oleh itu permainan harga tidak berlaku di sini. 

“Berdasarkan pemerhatian saya, penduduk Terengganu juga agak setia dan lebih selesa untuk membeli di pasar basah walaupun kos barangan di premis itu tinggi,” katanya.

Roshaiza berkata, kenaikan kos sara hidup di Terengganu itu turut dipengaruhi oleh pengiktirafan yang diterima negeri ini sebagai hab pelancongan di samping peningkatan harga rumah misalnya di kawasan sekitar Kuala Nerus yang menjadi pusat tumpuan pendidikan. – UTUSAN

Padah pandu kereta bawa pokok pisang

 Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU : Tindakan seorang lelaki membawa sebatang pokok pisang ketika memandu di Jalan Persiaran Utama, Mutiara Rini, Skudai semalam mengundang padah apabila dia dikenakan saman trafik.

Bukan itu sahaja, pemandu berusia 30 tahun itu turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, bagi menyelesaikan kes-kes saman lampau yang berstatus waran tangkap dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1,200.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang semalam menjadi tular dalam media sosial selepas satu video dimuat naik di Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS sebelum tindakan susulan diambil.

Beliau berkata, dalam video berdurasi 54 saat itu menunjukkan sebuah kereta Toyota Vios yang membawa sebatang pokok pisang dalam keadaan melintang sehingga menghalang pengguna jalan raya yang lain.

Katanya, bertindak atas maklumat, polis menghubungi pemilik kereta yang berada di Singapura itu pada 7.15 malam dan anak pemilik kenderaan berkenaan hadir ke balai polis menaiki kereta tersebut pada pukul 8.30 malam.

“Berdasarkan keterangan lisan anak pemilik kereta itu, kenderaan tersebut dipandu oleh sepupunya yang membawa pokok pisang tersebut untuk tujuan upacara keagamaan di kawasan Mutiara Rini.

“Pada pukul 9.30 pagi tadi, pemandu kereta Toyota Vios itu hadir ke Balai Polis Trafik Iskandar Puteri. Pemandu dikeluarkan saman di bawah Kaedah 20 LN 166/59 atas kesalahan membawa muatan dengan kenderaan yang tidak sesuai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata, hasil pemeriksaan rekod saman lampau, pemandu tersebut memiliki 18 saman trafik termasuk empat waran tangkap dan 10 saman.

Katanya, kereta itu disita di bawah Sekyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta kenderaan dipandu tanpa lesen.

“Kereta itu disita sehingga pemilik sah kenderaan hadir untuk diambil tindakan selanjutnya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Ada pegawai polis berkereta mewah, main golf luar negara - Bukit Aman.

 Bernama

Malaysiakini

Mampu berkereta mewah dan sering keluar negara untuk bermain golf, itu antara gaya hidup berlebihan yang dikesan dalam kalangan segelintir pegawai dan anggota polis, walaupun tidak setara dengan jawatan dan gaji bulanan yang diperoleh.

Cara hidup ‘ala orang kaya’ itu dengan bangganya dikongsikan menerusi laman sosial peribadi masing-masing, sehingga mendatangkan tanda tanya terutama dalam kalangan orang awam, tentang sumber kekayaan yang diperoleh untuk membiayai perkara itu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya sedang memantau rapi trend itu untuk mengekang salah laku dalam kalangan anggota dan pegawainya, demi menjaga intergriti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya diberitahu ada anggota sering bermain golf selain membuat taruhan dalam aktiviti itu. Kalau dilihat bermain di kelab golf bertaraf sederhana sahaja, sekali bermain memerlukan kos RM200… kalau sebulan dah berapa perbelanjaan digunakan?

“Ada juga yang didapati kerap ke luar negeri untuk bermain sukan berkenan sedangkan ia melibatkan pembiayaan tinggi. Apabila diperiksa berdasarkan jawatan atau pendapatan, sebenarnya mereka tidak mampu untuk menampungnya,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Selain itu Zamri berkata pihaknya turut mengesan ada pegawai yang hanya berpangkat Inspektor, namun mampu membeli kereta serta memiliki rumah mewah yang diragukan sumber perolehannya.

Sehubungan itu, katanya anggota dan pegawai yang telah dikenal pasti itu akan diminta memberi penjelasan tentang sumber kewangan diperoleh, bagi membiayai cara hidup mewah itu.

“Jika tidak dapat memberikan justifikasi, mereka akan berdepan tindakan lanjut,” tegasnya.

Jelasnya sebagai seorang penjawat awam dan anggota badan beruniform, mereka perlu mengelakkan sebarang perbuatan salah laku yang boleh menjejaskan imej pasukan polis.

Zamri turut memaklumkan pihaknya turut memberi perhatian terhadap majlis keramaian yang diadakan PDRM.

Menurutnya majlis keramaian di peringkat kontinjen Bukit Aman terikat dengan peruntukan kerajaan dan mempunyai hadnya sendiri untuk digunakan.

Hal itu kadang kala memerlukan peruntukan luar yang diperoleh secara rasmi atau sebaliknya.

“Biasanya peruntukan yang rasmi itu tidak banyak berbanding secara tidak rasmi, menyebabkan ada anggota yang terdedah dengan aktiviti rasuah dan sebagainya.

“Contohnya apabila mereka mendapat peruntukan itu dari pusat hiburan atau kelab malam di luar sana, ia menyebabkan mereka terikat, bahkan tidak dapat mengambil tindakan ke atas pihak yang melakukan kesalahan jenayah, melibatkan premis itu pada masa akan datang,” katanya. Bernama

Lebuhraya CSR, KBKK siap 2025

 Oleh ROSLIZA MOHAMED dan ROHANA MOHD. NAWI

MUSTAPA MOHAMED

KOTA BHARU: Pembinaan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) melibatkan laluan Bentong, Pahang ke Kuala Krai dan Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai (KBKK) dijangka siap sepenuhnya 2025.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sehingga kini, sebanyak 21 peratus daripada keseluruhan jajaran CSR telah siap dan boleh digunakan.

Kata beliau, laluan yang sudah siap tersebut meliputi jalan dari Merapoh hingga ke Kampung Seberang Jelai di Pahang sejauh 62 kilometer.

“Jajaran KBKK yang sudah boleh dilalui pengguna jalan raya adalah dari Pasir Hor ke Ketereh di Kelantan sepanjang 13.85 kilometer iaitu 20 peratus daripada keseluruhan projek ini.

“Apabila siap kelak, CSR dan KBKK dijangka dapat mengatasi masalah kesesakan terutama ketika waktu puncak, hujung minggu dan musim perayaan selain membantu mengurangkan kadar kemalangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bermesyuarat bersama Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hanifa Ahmad serta Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd. Nor.

Mustapa berkata projek CSR dari Bentong, Pahang ke Kuala Krai melibatkan laluan sejauh 295.7 kilometer manakala KBKK pula melibatkan laluan sejauh 67.6 kilometer dengan jumlah kos keseluruhan diluluskan di peringkat dasar RM9.5 bilion.

Bagaimanapun, katanya, kedua-dua projek berkenaan yang dicadangkan dalam Belanjawan 2021 hanya dapat dilaksanakan apabila diluluskan pada peringkat jawatankuasa di persidangan Parlimen.

Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata, projek pembesaran terminal Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), di sini masih dalam proses pemilihan kontraktor dan dijangka mengambil masa sebulan sebelum kerja-kerja pembesaran dapat dimulakan.

Katanya, projek itu bermula awal tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh tiga hingga empat tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak patuh SOP: Dua restoran dikenakan kompaun di Jempol

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA
MOHD Hafiz Muhammad Nor (dua, dari kiri) dan Raja Norazli Raja Nordin (kiri) membuat pemeriksaan pematuhan SOP di premis restoran sekitar Jempol kelmarin.- Gambar Ihsan Polis

JEMPOL: Dua premis restoran di daerah ini dikenakan kompaun dalam Pemeriksaan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol bersama Majlis Perbandaran Jempol, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kedua-dua buah restoran itu dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana kesalahan tidak mempunyai penyukat suhu dan gagal memastikan penjarakan sosial.

“Kedua-dua buah restoran ini masing-masing terletak di Bahau dan Batu Kikir. Kedua-duanya dikenakan kompaun atas kesalah tidak mengambil langkah-langkah bagi mencegah dan mengawal penyakit berjangkit mengikut Seksyen 11(2) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Kompaun RM1,000 itu mesti dijelaskan dalam tempoh 14 hari dan jika tidak dibayar boleh di dakwa di mahkamah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Chang Hook, pemeriksaan tersebut dijalankan bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol,  Deputi Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol, Raja Norazli Raja Nordin.

“Sebanyak 50 buah restoran di sekitar Bahau, Taman Puan Chik, Bahau dan pekan Batu Kikir diperiksa kali ini.

“Pemeriksaan kali ini adalah bagi memastikan setiap premis dan individu yang menjalankan aktiviti perniagaan supaya mematuhi SOP yang telah di tetapkan dalam tempoh PKPB,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Pemuda maut ketika berkonvoi

 Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR

KULAI : Seorang remaja maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggangnya merempuh belakang sebuah kereta dalam kejadian melibatkan 10 kenderaan di Kilometer 35.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Sedenak di sini semalam.

Difahamkan, mangsa Mohd. Khairul Adry, 19, berkonvoi dalam berkumpulan dengan lebih 20 buah motosikal dari Johor Bahru menuju Sedenak.

Dalam kemalangan pada pukul 10 malam itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, mangsa dikatakan gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh bahagian belakang Toyota Camry di kiri laluan dua lorong lebuh raya terbabit.

“Pada masa yang sama, lapan buah motosikal rakannya yang lain tidak sempat mengelak lalu berlanggar sesama sendiri.

“Mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beng Yeow berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim untuk bedah siasat.

Jelasnya, polis sedang mengesan beberapa lagi mangsa yang terlibat dan sebahagiannya dirawat di hospital sama.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Sunday, November 29, 2020

Sungai Golok lepasi paras bahaya, PPS dibuka

HARAKAH DAILY

KOTA BHARU: Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Kelantan berikutan peningkatan paras air Sungai Golok yang melepasi paras bahaya 9.41 meter.

Mengikut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga jam 11.13 pagi tadi, seramai 10 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh dekat sini.

Portal itu memaklumkan mereka dari dua buah keluarga yang terdiri dari tiga lelaki, tiga perempuan, seorang kanak-kanak lelaki, dua perempuan dan seorang bayi lelaki.

Sementara itu portal http://infobanjir.water.gov.my sehingga 1.40 tenghari tadi menunjukkan bacaan air sungai di Sungai Golok Rantau Panjang sudah melebih paras bahaya.

Bacaan terkininya ialah 9.41 meter melepasi paras bahaya iaitu 9.00 meter selain Sungai Kelantan di Kusial Tanah Merah sudah melepas paras waspada 12.00 meter. – HARAKAHDAILY

Orang Asli K'tan bina bangsal jadikan pusat perpindahan banjir

Seramai 500 penduduk Orang Asli Batik di Kampung Pasir Linggi, di sini, mengambil inisiatif membina bangsal sebagai 'pusat perpindahan sementara' mereka, apabila berlakunya banjir.

Komuniti tersebut mula membina sebanyak 50 bangsal sejak empat hari lalu, di kawasan atas bukit kira-kira satu kilometer dari kampung berkenaan.

Tok Batin Kampung Pasir Linggi Mohd Azman Talib berkata, penduduk bersepakat membina bangsal itu apabila berasa bimbang tentang kenaikan air sungai yang sudah melimpahi tebing berulang kali, selain cuaca hujan yang berterusan sejak beberapa hari lepas.

“Persiapan tempat perpindahan atas bukit ini dilakukan pada musim tengkujuh setiap akhir tahun, selain mengambil iktibar peristiwa Bah Kuning pada Disember 2014.

“Selepas kejadian banjir besar itu, penduduk mula mengambil ingatan dengan membina bangsal perpindahan lebih awal untuk selamatkan ahli keluarga,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

Penghulu Kampung Pasir Linggi Nasir Ismail pula berkata, walaupun terdapat satu pusat perpindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Linggi berdekatan kampung berkenaan, namun sukar bagi penduduk kampung untuk berpindah ke PPS itu.

“Sememangnya ada PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Linggi, tetapi kerana ia terletak di tempat rendah maka ia mudah dinaiki air dan penduduk kampung juga terpaksa meredah banjir untuk berpindah ke bangunan sekolah berkenaan.

“Jadi, pilihan yang sesuai dan selamat adalah lebih baik penduduk berusaha sendiri membina bangsal atas bukit dan perjalanan juga tidak jauh daripada kediaman asal mereka,” katanya.- Bernama

Cerita Tentang Memberi Pujian Dan Menyatakan Penghargaan

Alhamdulillah atas segalanya. Izinkan saya melalui hantaran kali ini memuji dan memberi penghargaan kepada YB Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Ust Dr. Khairuddin at-Takiri.

Saya tahu beliau pernah terpalit dengan isu kekhilafan SOP sekembali daripada tugasan ke luar negara beberapa bulan yang sudah. Namun, saya rasa tidak keterlaluan jika saya katakan beliau antara Menteri yang mencapai KPI dan menjalankan tugasan dalam portfolio yang diamanahkan dengan cemerlang.

Jika ingin dibandingkan dengan mantan Menteri YB Teresa Kok bagaikan langit dengan bumi!

Pergilah ke mana sahaja hari ini majoriti pekebun kecil khususnya yang terlibat dengan komoditi sawit sangat gembira dengan harga minyak sawit mentah (CPO) dan buah tandan segar (FFB) yang berada pada harga antara tertinggi sejak 10 tahun. Bahkan pencapaian pensijilan MSPO juga sangat memberansangkan. Senyuman peneroka FELDA, FELCRA, SALCRA dan pekebun-pekebun kecil tentunya kegembiraan kita bersama! Malah semua syarikat perladangan kelapa sawit mencatatkan keuntungan!

Bagi getah, inisiatif bantuan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) sedikit sebanyak membantu pekebun getah mengekalkan pendapatan. Pengumuman Koridor Latex Negara juga satu lagi inisiatif untuk mengembangkan industri getah negara. Bahkan sepanjang pandemik COVID-19, syarikat seperti Top Glove, Hartalega dan syarikat-syarikat yang terlibat dengan industri hiliran getah (pembuatan sarung tangan dll) mengaut keuntungan berlipat kali ganda!

Demikian juga dengan komoditi yang lain iaitu kayu-kayan, koko, lada hitam dan kenaf. Pelbagai inisiatif Kementerian telah dan sedang berjalan. Bagi kayu-kayan contohnya, dalam #Belanjawan2021 terdapat 2 perkara yang memberi berita gembira kepada pemain industri komoditi kayu-kayan iaitu pembukaan kawasan perindustrian perabot di Pagoh dan penyediaan dana pusingan berjumlah RM500 juta bagi program Pinjaman Pembangunan Ladang Hutan.

Tahniah YB Menteri atas pencapaian 9 bulan kini!

Kembali kepada tajuk hantaran kali ini iaitu tentang memuji dan memberi penghargaan. Almarhum Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA) di dalam bukunya berjudul ‘Peribadi’ menukilkan:

“Meskipun dalam ajaran agama disebutkan bahawa kita tidak boleh suka dipuji, namun manusia jarang benar yang tidak suka dipuji! Kalau memuji itu terpandang tidak bagus, bagaimana hal menghargai?

Satu saat kemegahan luar biasa bagi seorang penulis ialah bilamana ada seseorang mengatakan kepadanya bahawa bukunya yang baru telah dibacanya dan amat menarik hatinya. Saya mengaku terus-terang, bahawa itulah salah satu kelemahan kami kaum pengarang. Tegasnya kelemahan saya! Demikian jugalah halnya dalam segala lapangan!”

Sungguh benar buah fikir dan pandangan Prof. Dr. HAMKA dalam hal memuji dan memberi penghargaan. Wallahi, ini adalah realiti kehidupan! Sekiranya beliau merasakannya selaku pengarang, saya selaku CEO dan sebelumnya jurutera juga tidak dapat lari dari ‘penyakit’ dan ‘virus’ ini bila dipuji.

Saya sendiri amat merasai hakikat betapa ‘manusia jarang benar yang tidak suka dipuji’ dalam banyak keadaan. Contohnya apabila kita mendapat kenaikan pangkat atau berjaya menyiapkan projek dan tugasan dengan baik, pastinya pujian, ucapan tahniah dan penghargaan daripada boss dan teman sekerja menjentik naluri si hati kecil sekaligus mencalit rasa bangga, membesarkan hati dan membungakan jiwa sanubari!

Ini pengakuan jujur! Bahkan ucapan tahniah ketika saya dilantik menjadi CEO Malaysian Timber Council - MTC baru-baru ini membuat hati sukacita. Malah sering kita mendengar orang menyebut ‘kembang hidung’ dek kerana responsifnya deria ini bila diri dipuji dan bagi yang berkulit cerah, kadang-kadang pipi turut memerah secara spontan semerah berbunganya hati!!

Anda pastinya juga pernah menerima pujian bukan? Apa perasaan yang menggelora dan menggelojak di dalam hati kecil kala itu? Pastinya kalian juga merasai getaran rasa ‘megah’ seperti yang saya dan Prof. Dr. HAMKA rasakan bukan? Benar bukan? Ya? Terima kasih… Saya dapat merasakan dan yakin anda mengiayakannya!

Bahkan, saya percaya ini merupakan lumrah selagi kita adalah makhluk Tuhan yang bernama manusia! Inilah romantika yang mewarnai kehidupan insan di dunia.

Atas segalanya, ingatlah selalu wahai sekalian insan sama ada sebagai pendakwah, ahli politik, pekerja dalam bidang apa bidang sekalipun serta dalam apa jua kerja yang kita lakukan bahawa Allah SWT itulah matlamat akhir segala aktivisma kita. Semoga kita semua sentiasa bekerja amat ikhlas dan bersungguh-sungguh di dalam menjalankan amanah profesyen dan tanggungjawab kita.

Buku “God is My CEO” karangan Larry Julian amat relevan untuk difikir-renungkan dan dijadikan ‘vision statement’ kepada seluruh pekerja. Meskipun buku itu adalah dari perspektif seorang Non-Muslim, namun sebenarnya ia boleh diadaptasikan di dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim dengan berprinsipkan “Allah SWT Adalah Segala-galanya!”.

Intipatinya ialah supaya kita melihat betapa pentingnya konsep ihsan, ikhlas, telus dan tulus dalam ber’amal semata-mata kerana Allah SWT ya’ni dengan menjadikan Allah SWT sebagai ‘Supreme Boss’ di dalam segala ibadah, kerja, ikhtiar, usaha, amalan, aktiviti dan apa jua agenda.

Dengan ini kita tidak akan lagi ber’amal kerana ingin pujian manusia, to impress the superiors, mahu dikata hebat, atau habuan-habuan keduniaan lain. Buat kerja, biar jadi ibadah! Kita perlu menganjak paradigma dari memikirkan ‘apa orang akan kata’ kepada ‘apa Allah akan kata’ di dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi ini.

Bukankah setiap hari kita berjanji kepada Yang Maha Agung: “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku semata-mata kerana Allah Tuhan Seru Sekalian Alam”? Lalu, mana buktinya? Justeru ayuhlah, marilah kita semua bersama-sama memanifestasikan janji setia kita!

Hiduplah demi Yang
Maha Hidup!
Carilah redha Allah..
Kita tidak akan kecewa.
Carilah redha Allah..
Kelak hati akan tenang, hati akan senang.
Carilah redha Allah..
Itulah kunci kepada segala kejayaan!
Semoga kita semua berjaya dunia dan Akhirat. Allahumma Aamiin.

MENGAPA MESTI KAU ‘UJUB?
(Puisi ini ana tujukan khas buat aku..)

Mengapa mesti kau ‘ujub
Riya’ bangga meraja di jiwa
Merasa gah disanjung manusia
Teruja dengan kebolehan dirimu
Terpana dengan pencapaian duniawi
Seolah-olah kaulah hambaNya yang terhebat!
Mengapa mesti kau ‘ujub
Andai ibadahmu masih kurang sempurna
Andai maksiatmu masih terus kau laksana
Andai keinsafanmu tidak seserius mana
Andai dosamu masih menimbun sama
Dan andai taubatmu hanyalah pura-pura!
Mengapa mesti kau ‘ujub
Sedang wajarnya kau syukuri wujudmu
Disertai doa munajat di dalam sujudmu
Semoga ia bukan istidraj tetapi nikmat
Nikmat Ilahi buatmu atas anugerah taat
Sebuah kejayaan yang beroleh berkat!
Mengapa mesti kau ‘ujub
Bukankah hatimu bencikan neraka?
Bukankah hatimu merindukan syurga?
Kalau benar itu impianmu
Maka ketahuilah olehmu..
‘Ujub tiada di dalam hati perindu!

MUHTAR SUHAILI= Shell iCentre, Rijswijk
5 Februari 2007, 10.15am.

Semoga saya mampu menjadi CEO, jurutera/ muhandis, amilin jamaah, pendakwah dan manusia yang tinggi fikir, banyak zikir!”

Doakan semoga saya dan pasukan mampu menggalas tugasan ini dengan cemerlang. Semoga tanggungjawab dapat ditunaikan dengan sebaiknya dalam mencari bekal khidmat untuk dibawa sampai ke Akhirat. Allahumma Aamiin.

Siiru 'ala barakatillah, teruskan perjuangan! 


Lebai Engineer Turned CEO;
Muhtar Suhaili As-Sarawaki,
(مختار/穆赫塔尔/à®®ுக்தர்)
Yang Ingin Bahagia Dunia & Akhirat!