Monday, October 31, 2016

Cukai lapangan terbang naik

 
 


Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengumumkan kadar baharu Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) atau lebih dikenali sebagai cukai lapangan terbang berkuatkuasa 1 Januari ini.

Ini melibatkan semua lapangan terbang di negara ini termasuk terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.

Dalam kenyataannya, Mavcom mengumumkan caj baharu bagi perlepasan antarabangsa adalah RM73 berbanding RM65 sebelum ini.

Manakala bagi destinasi ASEAN pula, kadarnya ditetapkan pada RM35 bagi perlepasan dari semua lapangan terbang.

Sebelum ini perlepasan ke destinasi ASEAN dikenakan caj pada kadar penerbangan antarabangsa mengikut lapangan terbang iaitu RM65 di KLIA, RM32 di klia2 dan Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu serta RM26 bagi lapangan-lapangan terbang lain.

Bagi penerbangan domestik pula, penumpang perlu membayar PSC sebanyak RM11 berbanding RM9 sekiranya berlepas dari lapangan terbang lain selain klia2 dan Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Ketika ini, penumpang hanya membayar RM6 bagi perlepasan domestik dari dua lapangan terbang berkenaan.

PSC dikutip oleh syarikat penerbangan semasa pembelian tiket kapal terbang dan dibayar kepada pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Bhd. (MAHB) selepas tamatnya penerbangan.

Penumpang yang tidak terbang selepas membeli tiket mereka layak untuk mendapat pulangan penuh PSC masing-masing.

Menurut Mavcom, struktur baharu PSC ini merupakan langkah pertama untuk menyamakan kadar caj di KLIA dan klia2 serta bagi penerbangan-penerbagan antarabangsa.

"Ini sejajar dengan garis panduan antarabangsa termasuk Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang menekankan prinsip tiada diskriminasi dalam meletakkan caj di lapangan-lapangan terbang," katanya. - MalaysiaGazette


Pertanyaan Husni tentang 1MDB di Dewan Rakyat tidak menyalahi peraturan parti

MALAYSIA GAZETTE




Tindakan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah melontarkan pertanyaan demi pertanyaan tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) termasuk mengapa entiti itu perlu ditubuhkan dalam perbahasan Bajet 2017 tidak melanggar peraturan parti.

Malah menurut Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, jika disemak rekod soalan-soalan yang dibangkitkan sebelum ini, sememangnya ada dalam kalangan ahli parlimen dari UMNO dan Barisan Nasional yang menegur kerajaan dalam Dewan Rakyat.

"Dalam sudut parti ahli parlimen kita bebas untuk bersuara, sebelum ini ada juga ahli parlimen kita yang tegur kerajaan jadi dari sudut itu setakat ini, kita tidak nampak ia ada melanggar mana-mana peraturan peringkat parti.

"Tapi kalau ikut undang-undang semasa itu polis perlu siasat dan menentukannya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Husni dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat.

Dalam perbahasan ucapan Bajet 2017 itu, Ahmad Husni meminta kerajaan menyatakan tujuan 1MDB ditubuhkan, selain tindakan yang mungkin dikenakan terhadap pengurusan agensi itu jika didapati bersalah.

Hari ini Husni dipanggil ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman bagi memberi kenyataan berhubung perkara itu. Bagaimanapun proses mengambil keterangan itu ditangguhkan.

Sementara itu, katanya ahli parlimen juga perlu diingatkan bahawa, bukan semua perkara boleh dibahaskan oleh mereka dalam Dewan Rakyat, walaupun mereka mempunyai imuniti.

‎"Ahli parlimen tidak tertakluk sepenuhnya dalam imuniti parlimen...ada yang masih tertakluk undang-undang tertentu iaitu melibatkan Raja Melayu, hasutan, fitnah," katanya lagi

ADUN2 BN SELANGOR HANYA TAHU MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI!!

shahbudindotcom


Untuk menunjuk kononnya mereka sebagai pemimpin yang baik dan menghormati Dewan Negeri Selangor, semua 12 Adun BN mempamerkan plakad bertulis "Tak Keluar! Kami Hormat Dewan dan Mandat Rakyat" selepas Menteri Besar, Azmin Ali selesai membentangkan Bajet Selangor 2017.

Sesiapa pun yang membaca berita tersebut pasti terasa pelik dan kemudian ketawa berdekah-dekah dengan gelagat Adun-Adun BN berkenaan.

Apa sebenarnya yang mereka mahu tunjukkan?

Mempamerkan plakad bagi pemimpin politik ialah tanda sama ada untuk menyokong atau membantah. Jika bersama kerajaan, ia mesti berbentuk sokongan, manakala sebagai pembangkang, ia hendaklah suatu bentuk bantahan.
 
 
 
 
Sebagai Adun pembangkang di Selangor, Adun-Adun BN itu sepatutnya membantah apa yang dilakukan oleh Azmin Ali atau kerajaan negeri, jika terdapat sebarang kesalahan yang dapat dikesan.

Tetapi dengan mempamerkan plakad bertulis "Tak Keluar! Kami Hormat Dewan dan Mandat Rakyat" itu, siapa yang mereka bantah dan siapa yang mereka sokong?

Perbuatan itu sebaliknya hanya menunjukkan mereka  menyokong tindakan sendiri yang tidak berganjak ketika Azmin membentangkan bajet yang dianggap sebagai menghormati Dewan dan mandat rakyat. Ia tidak ubah seperti  badut yang masuk bakul angkat sendiri atau syok sesama sendiri.

Adakah Adun-Adun ini faham peranan dan kedudukan mereka?

Tidakkah dengan mereka duduk diam dalam Dewan dan kemudian mengambil bahagian ketika perbahasan, sudah cukup untuk menunjukkan mereka menghormati Dewan dan mandat rakyat?

Kenapa sampai perlu tergedik-gedik masuk bakul angkat sendiri? Bertambahkah sokongan pengundi dengan kelakuan sedemkian atau ia hanya menambahkan ketawa rakyat semata-mata?

Jika pun mereka menaikkan plakad itu bertujuan untuk menyindir Ahli-Ahli Parlimen  pembangkang yang keluar Dewan Rakyat ketika Najib Razak membentangkan Bajet 2017 baru-baru ini, ia juga  sama sekali tidak kena keadaannya.

Ini kerana Azmin tidak ada isu seperti Najib dan ucapannya juga tidak berbentuk provokasi kepada sesiapa. Maka, tiada keperluan mempamerkan plakad seperti itu.

Malah dengan mempamerkan plakad tersebut, selain menunjukkan "kebodohan"  sendiri, mereka secara tidak langsung menyerlahkan ketidakupayaan untuk menjadi pembangkang yang berwibawa di Selangor, jauh sekali untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan dalam PRU 14 akan datang.


Bicara pertama kes berkaitan 1MDB di Singapura bermula

MALAYSIAKINI

 

Perbicaraan melibatkan bekas pegawai bank BSI Singapura Yeo Jiawei, yang didakwa membantu transaksi haram melibatkan 1MDB, bermula hari ini.

Perbicaraan itu berlangsung dalam keadaan mahkamah padat dan pendakwa berkata mahu memanggil sembilan orang saksi, lapor Straits Times.

“(Ini) kes pengubahan wang haram paling rumit, canggih dan terbesar yang dikendalikan oleh CAD (bahagian hal ehwal komersial polis Singapura),” kata timbalan pendakwa raya (DPP) Tan Kiat Phen.

Tan berkata Yeo diwawancara oleh CAD pada Oktober 2015 dan ditangkap pada 17 Mac 2016.
Dua lagi bekas rakan sekerja Yeo – Yak Yew Chee and Yvonne Seah – juga berdepan pendakwaan jenayah.

Mereka didakwa atas salah laku terlibat dalam pemindahan wang kepada pelanggan-pelanggannya, termasuk hartawan kelahiran Pulau Pinang Low Teak Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

Praperbicaraan untuk mereka berdua dijadual pada 24 November.

Seorang lagi pegawai bank Kelvin Ang, yang dilapor menjadi remisier untuk Maybank Kim Eng Securities, juga didakwa membayar penganalisis kajian untuk menghasilkan laporan penilaian yang memihak dalam sesetengah aset 1MDB.

Prosiding praperbicaraan untuk Ang ditetapkan pada 17 November.



RON95, RON97, diesel naik 15 sen

ANTARAPOS.COM


Post Pic


KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 15 sen seliter mulai tengah malam ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, harga runcit baharu bagi RON95 berkuat kuasa 1 November ialah RM1.95 seliter manakala RON97 (RM2.30 seliter).

"Harga runcit baharu bagi diesel pula RM1.90 seliter," katanya kepada Bernama, malam ini.

Harga runcit petrol sepanjang Oktober bagi RON95 ialah RM1.80 seliter, RON97 (RM2.15) dan diesel (RM1.75)

Kedah julang Piala Malaysia

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kedah menjulang trofi Piala Malaysia 2016 selepas menundukkan Selangor 6-5 menerusi penentuan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam Ahad.
 
Mohd Rizal Ghazali diangkat sebagai wira skuad Helang Merah itu selepas menjaringkan penalti kemenangan susulan sepakan pemain Selangor, Rizal Fahmi terkena palang.
 
Sebelum itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa perlawanan sebenar sekali gus mengheret permainan ke masa tambahan.
 
Namun kedua-dua pasukan masih menemui jalan buntu untuk menambah jaringan sehingga tamat perlawanan di masa tambahan.
 
Terdahulu, Mohd Rizal juga membawa Kedah mendahului Selangor 1-0 pada separuh masa kedua hasil jaringannya pada minit ke-51.
 
Namun pemain Selangor Ahmad Hazwan Bakri berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-60.
 
Ini merupakan kali kelima Kedah berjaya menjulang Piala Malaysia.
 
Kemenangan Kedah itu membantutkan impian Selangor untuk melakar kejayaan ke-33 dalam saingan itu.
 
 

Bajet defisit Selangor terus catat peningkatan

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor hari ini membentangkan bajet defisit bagi tahun 2017 yang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu RM900 juta, dalam tempoh lapan tahun sejak PKR mengambil alih pada tahun 2008.
 
Menteri Besar Mohamed Azmin Ali ketika membentangkan bajet tersebut pada sidang DUN Selangor hari ini memberitahu, peningkatan defisit itu berpunca daripada peningkatan substantif dalam perbelanjaan pembangunan untuk memenuhi keperluan pembangunan mampan yang berkualiti untuk rakyat.
 
Untuk rekod, bajet defisit bagi tahun 2016 mencatat jumlah RM630 juta.
 
Bertemakan 'Membangun Bangsa, Memakmur Negeri', kerajaan negeri mengganggarkan perbelanjaan negeri berjumlah RM3.450 bilion untuk tahun 2017 bagi melaksanakan perancangan dan agenda kerajaan negeri.
 
"Kerajaan Negeri mencadangkan agar anggaran perbelanjaan Tahun 2017 berjumlah RM3.450 bilion bagi melaksanakan semua perancangan dan agenda Kerajaan Negeri.
 
"Daripada jumlah itu, RM1.65 bilion adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan RM1.8 bilion atau 52.2 peratus bagi perbelanjaan pembangunan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2017 negeri itu di sini hari ini.
 
Beliau mendakwa ini adalah perbelanjaan pembangunan yang terbesar diperuntukkan di Selangor.
 
Sementara itu, menurut Azmin lagi, skim air percuma diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM 183.2 juta untuk program berkenaan bagi tahun 2017. 
 
Malah Kerajaan Negeri meletakkan sasaran untuk mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) daripada 35 peratus kepada 29 peratus pada 2019. 
 
"Untuk mencapai matlamat ini, Kerajaan Negeri mencadangkan sejumlah RM324 juta diperuntukkan untuk mengatasi masalah paip pecah dan program penggantian paip-paip lama di 84 kawasan hotspot yang meliputi 422.5 kilometer untuk tempoh tiga tahun mulai tahun 2016," katanya.
 
Kerajaan Negeri juga menurut Azmin akan meningkatkan peruntukan kawalan dan pencegahan denggi dan zika bagi tahun 2017 kepada RM5 juta berbanding hanya RM1.5 juta pada 2016.
 
 

Umno serah kepada Peguam Negara ambil tindakan terhadap tiga bekas menteri

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan ke atas tiga bekas menteri yang didakwa mendedahkan rahsia kerajaan. 
 
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa, berkata tiada siapa yang terkecuali atau terlepas dari undang-undang apabila didakwa mendedahkan rahsia kerajaan kepada umum. 
 
Beliau berkata, saranan ini bukan dibuat atas kepentingan peribadi sebaliknya jika dakwaan itu patut disiasat dan tindakan itu harus diteruskan. 
 
"Saya langsung tidak berdendam terhadap mereka bertiga. Mempertahankan ketua iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah tanggungjawab saya dan ianya normal. 
 
"Oleh itu, saya mengambil langkah untuk berhadapan dengan tohmahan tiga menteri itu secara fakta dan bukannya dengan fitnah yang sekali gus membunuh karakter seseorang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Akar Umbi, di sini.
 
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
 
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah didakwa membocorkan rahsia kerajaan, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat.
 
 

Mahkamah arah Rafizi bayar NFC RM200,000

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli membayar ganti rugi RM200,000 kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, kerana memfitnah. 
 
Ia adalah berhubung kenyataan Mohd Rafizi berkaitan pinjaman pembelian hartanah KL Eco City, Bangsar. 
 
Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan saman NFCorp dan Mohamad Salleh selaku plaintif selepas mendapati kenyataan dikeluarkan Mohd Rafizi, adalah memfitnah. 
 
Azizul Azmi dalam penghakiman beliau berkata, perkataan 'diselewengkan' dikeluarkan Mohd Rafizi adalah serius dan ia membayangkan perlakuan jenayah. 
 
Dalam writ saman dan penyata tuntutan difailkan pada 23 Jun 2013, plaintif menamakan Mohd Rafizi dan pemilik portal Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd selaku defendan pertama dan kedua. 
 
Plaintif mendakwa, Mohd Rafizi pada 7 Mac 2012, mengeluarkan kenyataan fitnah pada satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City dan berita itu disiarkan Malaysiakini pada hari sama. 
 
Plaintif berkata, saman berkenaan difailkan kerana kerugian yang ditanggung susulan pembohongan, penyebaran maklumat mengelirukan serta pendedahan maklumat sulit perbankan dan fitnah oleh defendan. 
 
Mereka menuntut ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah selain memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengelirukan dan menipu orang ramai berhubung isu pinjaman itu.
 
 

MP Segambut sedia digantung

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng sedia digantung daripada sidang Dewan Rakyat kerana didakwa "menghina" Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia minggu lalu.
 
"Ia fakta. Ia bukan subjudis, ia fakta. Sidang media ini sebagai balas kepada sidang media dia (Pandikar). Berani kerana benar," beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita tentang kesediaannya untuk digantung dari sidang Dewan Rakyat.
 
Sebelum ini satu usul dijangka dikemukakan untuk menggantung Lip Eng selama enam bulan, yang dijangka dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
 
Lip Eng mendakwa Pandikar mengarahkan beliau keluar daripada Kamar Khas yang bersidang, sebelum sempat membahaskan ucapannya mengenai belanjawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
 
Beliau mendakwa Pandikar memberi 'syarahan' mengenai isu subjudis saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, sebelum mereka saling menjerkah antara satu sama lain dan Lip Eng diarah keluar daripada sidang itu.
 
Azalina turut berkata, tindakan Lip Eng itu tidak profesional dan beremosi, sekaligus merugikan rakyat Segambut yang memilih beliau sebagai anggota Parlimen kawasan berkenaan.
 
Beliau berkata penghinaan terhadap Speaker yang menjalankan tugas sebagai pengerusi dewan bermaksud penghinaan kepada Dewan Rakyat, yang sekaligus mencemarkan nama baik dan prestij dewan yang mulia.
 
 

Akta 355: PAS tetap optimis, harap sempat dibahas

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PAS masih menaruh harapan agar Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 sempat dibahas pada sesi sidang Dewan Rakyat kali ini.
 
Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman semalam merupakan pendapat peribadi dan tidak mewakili keputusan Parlimen.
 
"Saya masih optimis. Masih menaruh harapan. Itu perkara biasalah.
 
"Itu pendapat dia (Azalina). Bukan mewakili keputusan parlimen (keseluruhan)," katanya.
 
Dalam pada itu, Takiyuddin turut berkata bahawa sekiranya Akta 355 tersebut tidak dapat dibahas pada sesi kali ini, PAS tetap positif dengan keputusan tersebut seterusnya menunggu untuk sesi yang akan datang.
 
"Kalau tidak sempat, kita tunggu sesi akan datang. Kita harap yang terbaik. Kita masih berharap agar dibahas pada sesi kali ini," tambah beliau lagi.
 
Semalam, Azalina berkata, Akta 355 mungkin tidak sempat dibahaskan di Dewan Rakyat pada sesi kali ini.
 
Ujarnya, Dewan hanya mempunyai baki dua hari lagi selepas perbahasan Bajet 2017 selesai dan urusan kerajaan perlu didahulukan.
 
Sidang Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung sehingga 24 November. 
 
Sebanyak 6 hari diperuntukkan untuk rang undang-undang dan urusan kerajaan lain, manakala 23 November hingga 24 November diperuntukkan untuk urusan lain.
 
 

Polis tangguh siasat Ahmad Husni

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pihak polis menangguhkan siasatan terhadap bekas menteri kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sehingga satu tarikh yang dijangka pada minggu hadapan.
 
Ahmad Husni sepatutnya merekodkan keterangannya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 2.30 petang hari ini.
 
Beliau tiba pada pukul 2.15 petang dan meninggalkan Bukit Aman 15 minit kemudian.
 
Memetik laporan Malaysiakini, bekas menteri itu dilihat turut memegang salinan peraturan tetap Dewan Rakyat dan beberapa dokumen lain.
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata, tiga bekas menteri akan dipanggil untuk disoal siasat berhubung dakwaan melanggar sumpah kerahsiaan ketika membahaskan Belanjawan 2017.
 
Sebelum ini, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Husni, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal mungkin telah melanggar sumpah kerahsiaan dengan mendedahkan perbincangan kabinet.
 
Ketiga-tiga mereka menyentuh mengenai 1MDB semasa perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
 
Malah terdapat dua NGO Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab Sahabat Najib (N87) Kuala Lumpur membuat laporan polis terhadap mereka.
 
 

Sunday, October 30, 2016

Polis salah guna kuasa ambil kad pengenalan orang awam, kata Maria Chin

 MALAYSIA DATELINE


Maria Chin dibebas dengan jaminan polis Maria Chin dibebas dengan jaminan polis
Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah yang ditahan ketika mengedar risalah di Langkon, Kota Marudu, Sabah dibebaskan petang ini dengan jaminan polis.

Maria berkata, beliau dipercayai ditahan di bawah Seksyen 11 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana mengedar risalah haram.

"Tapi di risalah yang kami edar ada alamat lengkap pejabat dan di mana ia diterbitkan. Jadi tak ada masalah," katanya selepas disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu.

Maria juga berkata, polis menyalahgunakan kuasa mereka apabila meminta  kad pengenalan orang ramai yang didapati mengambil risalah Bersih.

"Polis menyalahguna kuasa mereka apabila mengambil kad pengenalan orang yang menerima risalah Bersih. Mereka tak ada hak mengambil kad pengenalan orang awam dan kami akan ambil tindakan terhadap perkara ini," katanya yang diiringi Ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Fadiah Nadwa Fikri.

Bermula 1 Oktober lalu, Bersih menjalankan pameran bergerak di seluruh negara untuk mempromosi perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini.

Perhimpunan itu bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan ekoran skandal 1MDB.

Semalam, Maria telah mengemukukan notis kepada pihak polis mengenai perhimpunan tersebut.

Kematian Sukri Saad bawa mesej agar rakyat selamatkan negara

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Dr Mujahid mengingatkan rakyat agar menjadikan kematian Sukri Saad sebagai pengajaran agar menyelamatkan negara Dr Mujahid mengingatkan rakyat agar menjadikan kematian Sukri Saad sebagai pengajaran agar menyelamatkan negara


Allahyarham Sukri Saad, pemuda yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang akibat tekanan hidup yang ditanggungnya merupakan sebahagian daripada mangsa kebinasaan politik dan urus tadbir negara.

Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid berkata, kematian Sukri mengingatkan rakyat agar menyelamatkan negara daripada pemerintahan yang korup.

"Pemimpin kerajaan hari ini belum menjawab skandal 1MDB, 2.6 bilion dan skandal angkara kelompok elitis politik. Rakyat di bawah hidup susah, jurang ketaksamaan semakin meluas.

"Allahyarhan Sukri Saad hanya sebahagian mangsa kefasadan politik dan rasuah yang membengkak. Jangan ada lagi Sukri Saad kedua, cukuplah kita bangun dari mimpi kita yang panjang, biarlah mesej Sukri Saad mengingatkan kita satu perkara, selamatkan negara," katanya.

Mujahid yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata, walaupun kematian Sukri tidak banyak mendapat liputan namun tujuan perbuatannya melalui nota panjang di Facebook merumuskan bahawa dia bahawa dia kecewa dengan sistem yang menindas si miskin dan membiarkan yang kaya terus bermewah-mewah mengunakan harta awam.

"Sukri Saad adalah mangsa sistem, ia bukan cara terbaik untuk melahirkan kekecewaan tetapi ia adalah cara melambangkan sistem yang menghukum rakyat marhaen demi sesuap nasi dan membiarkan yang berkuasa dan kroninya terus merompak.

"Nabi s.a.w pernah bersabda:

" ....sesungguhnya hancur mereka sebelum kamu apabila si bangsawan merompak dilepaskan dari hukuman dan apabila yang miskin mencuri dikenakan ke atasnya hukuman.." katanya.

Beliau juga merujuk kisah Tariq Mohamed Bouazizi yang membakar dirinya di pekan Buaizi Tunisia kerana membantah tindakan penguatkuasa mendenda dan merampas buahan jajaannya di tepi jalan.

"Bouazizi menjadi ikon kepada kebangkitan Arab Spring bermula di Tunisia. Perbuatan bakar diri Bouazizi tenggelam, yang menjadi perbualan ialah kezaliman regim menindas usaha rakyat mencari sesuap nasi dan membiarkan pemimpin menyamun duit rakyat berleluasa. Revolusi rakyat bermula, Bouazizi menjadi wiranya," katanya.

Menurutnya juga, Sami Mahayana Buddhist, Thích Quang Duck membakar dirinya di simpang Saigon, Vietnam kerana menentang kezaliman dan penindasan regim.

"Para pengkaji menamakan bunuh diri ini sebagai self immulation atau korban diri untuk tujuan lebih besar," katanya.

Jasad Sukri, 38, ditemui pada jam 9 pagi tadi, kira-kira satu batu nautika dari tempat dia dipercayai jatuh dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.

Motosikal, selipar dan telefon bimbit Mohd Shukri dijumpai pada pagi Rabu lalu di tepi jambatan dan ini mencetuskan operasi mencari oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dalam status terakhirnya di laman facebook yang menjadi viral di media sosial, Allahyarham sempat memberi peringatan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya tidak tertipu dengan Umno.

“Yang terakhir buat Presiden Pas, janganlah tertipu dengan pimpinan Umno. Depa wayang jer kata dok sokong Rang Undang-undang (355) yang nak dibawa tu agar pembangkang berpecah.

“Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat agar nasib macam aku terbela. Nanti dah jadi kerajaan, media dah di'control' senang nak yakinkan rakyat tentang rang yang nk dibawa tu,” ujar Sukri dalam status Facebooknya.

Bapa kepada dua cahaya mata ini enggan berdepan hukuman penjara empat bulan sekiranya didapati bersalah menjual rokok seludup.

Beliau menyatakan tertekan dengan kerajaan yang zalim dan menganggap hukuman berkenaan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya berbanding kes jenayah berskala besar lain.

“Yang pengarah tibai berjuta (ringgit) boleh lepas pulak dengan duit jaminan. Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Berniaga kedai runcit kampung je bukan untung besar pun, margin cukup nipis dibebani dengan cukai GST lagi.

“Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit. Mulaku pilih untuk dipenjara tapi terkenangkan anak nanti digelar anak banduan.

“Ya Allah ampuni dosaku Ya Allah. Ku tahu Kau memahami dan Maha Mengampun. Ku benarkan status terakhirku ini jadi viral untuk beritahu kita dipimpin pemimpin yang zalim,” kata peniaga itu lagi.

OSA untuk lindungi perasuah?

MALAYSIA DATELINE
 
 
Dr Mujahid Yusof RawaDr Mujahid Yusof Rawa
Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan menjadikan Malaysia negara yang tidak berfungsi jika Umno BN terus berkuasa, kata Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, kerajaan BN menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mengancam mereka yang mendedahkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terbaharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Shafie Apdal bakal berdepan tindakan undang-undang kerana membangkitkan soal 1MDB di Dewan Rakyat.

"Mereka kini membayar harga yang mahal kerana didakwa atas Akta Rahsia Rasmi Kerajaan 'mendedahkan' rahsia keputusan kerajaan. Hal demikian amat dikesali kerana buat sekian kalinya Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri mengguna kuasa untuk ugut dan ancam mereka yang membogelkan 1MDB dan 2.6B dengan soalan-soalan mudah.

"Apakah tujuan ARRK atau OSA untuk melindungi perasuah? Atau adakah akta ini mahu menghalang rakyat dari menangkap perasuah? Nampaknya Najib dan barisan kabinet bisunya menyalahgunakan akta ini untuk selamatkan dirinya dari dipersoalkan dalam satu isu yang menjadi ibu kepada segala skandal negara," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru Mujahid yang juga ahli parlimen Parit Buntar mengajak seluruh rakyat mengutuk sekerasnya-
kerasnya ciri-ciri diktator yang ada pada perdana menteri dan berazam bersama kebangkitan rakyat menolak pemimpin dan parti yang mengugut suara rakyat yang mendesak penjelasan rasuah pemimpin negara.

"Gunakan suara rakyat dalam pilihanraya umum akan datang untuk selamatkan negara," katanya.

Penduduk Kampung Laut tubuh cawangan Amanah, tidak lagi percaya Pas

ZIKRI ABDULLAH
 
 
Zakaria Yussuf menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Ketua Amanah Tumpat Wan Johari.Zakaria Yussuf menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Ketua Amanah Tumpat Wan Johari.


Sekumpulan 20 penduduk Kampung Laut, Tumpat, Kelantan menubuhkan cawangan Parti Amanah Negara (Amanah) selepas tidak lagi yakin dengan pemerintahan Pas di negeri itu.

Penubuhan cawangan itu selepas penduduk kampung itu mengadakan himpunan membantah perpindahan mereka bagi memberi laluan kepada projek Kampung Warisan.

Wakil kumpulan berkenaan, Zakaria Yussuf bagaimanapun menafikan keputusan mereka itu ada hubung kait dengan bantahan di hadapan kompleks pentadbiran negeri dua hari lalu.

"Penubuhan cawangan Amanah ini telah kami rancang lama," katanya.

Dalam pertemuan pagi semalam mereka bersetuju membentuk jawatankuasa penaja Amanah cawangan Kampung Laut yang diketuai Nik Ghazi Nik Abdullah.

Menurut Zakaria, penduduk di situ telah lama memerhati tindak-tanduk Pas yang disifatkan sebagai hilang fokus untuk membantu rakyat setelah ketiadaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Nampak sangat kini keputusan-keputusan berkaitan orang ramai kurang dirunding dan hanya pihak atasan membuat keputusan.

"Kita melihat kerajaan Pas sekarang sudah hilang fokus untuk membantu rakyat. Projek dilihat lebih penting daripada jerit perih rakyat.

"Semasa tok guru dulu, rintihan rakyat selalu diambil berat. Sekarang sudah hilang. Ini yang menyebabkan kita sudah hilang kepercayaan kepada mereka," katanya.

Menurutnya, rasa pelik juga timbul apabila hubungan Pas dengan Umno yang dilihat semakin intim berbanding zaman pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz.

"Rakyat di bawah tidak faham apa hubungan dengan Umno hingga di media pemimpin Pas dan Umno kelihatan sokong-menyokong," katanya.

Zakaria berkata satu majlis ceramah besar-besaran akan diadakan di kampung Laut sebaik permohanan penubuhan cawangan diluluskan.

"Kita Akan jemput pemimpin-pemimpin kanan Amanah peringkat negeri dan nasional," katanya.


Penduduk Kg Laut membuat demo di perkarangan DUN Kelantan 27 Oktober lepas.Penduduk Kg Laut membuat demo di perkarangan DUN Kelantan 27 Oktober lepas.

DEMO BANTAHAN

Berpuluh penduduk Kampung Laut, Tumpat, Kelantan berdemonstrasi di perkarangan kompleks pejabat kerajaan negeri, di Kota Bharu 27 Oktober lepas.

Mereka membantah tindakan kerajaan mengambil tapak rumah dan tanah mereka untuk dijadikan tapak projek Warisan.

"Kami mahu rumah bukan waye kulit," adalah antara sepanduk yang dinaikkan oleh mereka di depan pejabat SUK Kelantan yang turut menempatkan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang kini sedang bersidang.

"Kami oghe Kampung Laut tolak projek Warisan, Jange hambat kami," juga antara sepanduk dan kain rentang yang dinaikkan.

Ketika Dewan berehat tengahari, Adun Salor Datuk Husam Musa telah menemui mereka bagi meredakan kemarahan.

Dr Vida tangguh taja Kelantan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan penaja utama pasukan Kelantan, Vida Beauty Sdn Bhd bersetuju menangguhkan sementara penajaan pada saingan Liga Malaysia musim depan.
 
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu dicapai dalam pertemuan pihaknya dengan pemilik syarikat itu, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang juga dikenali sebagai Dr Vida, baru-baru ini.
 
“Datuk Seri Vida (Hasmiza) yang mahu menangguhkan sementara penajaan tersebut dan bukan membatalkannya,” katanya kepada pemberita semalam.
 
Annuar berkata, sekiranya syarikat itu mahu menyambung kembali tajaannya pada Liga Malaysia 2018, segala perjanjian dalam kontrak penajaan tersebut masih terpakai.
 
“KAFA amat berterima kasih kepada syarikat tersebut di atas tajaan yang diberikan sepanjang tahun ini, walaupun persatuan terpaksa mencari kaedah lain dalam menampung beberapa kos selepas ini,” katanya.
 
Beliau berkata, KAFA sentiasa menjaga hubungan baik dengan pihak penaja dan cuba mengelakkan konflik kerana ia tidak menguntungkan.
 
Katanya, KAFA sedang berunding dengan beberapa penaja untuk menaja pasukan Kelantan pada musim akan datang.
 
Akhbar sebelum ini melaporkan Vida Beauty mempertimbangkan untuk tidak menaja pasukan Kelantan pada Liga Malaysia musim depan.
 
Mengikut perjanjian asal, syarikat itu masih mempunyai kontrak penajaan setahun lagi dengan pasukan berkenaan.
 
 

PAS BAKAL KECEWA LAGI...

shahbudindotcom.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen, Azalina Othman Said dilaporkan berkata, Dewan Rakyat sessi ini mungkin tidak cukup masa untuk pembentangan kali kedua usul persendirian Akta 355 oleh Presiden Pas, Hadi Awang.

Dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar Cina, beliau memberitahu, Dewan Rakyat hanya mempunyai baki dua hari selepas perbahasan mengenai Bajet 2017 dijangka selesai, tetapi urusan berkaitan kerajaan perlu diutamakan terlebih dahulu.
 
 
 
 
Mengikut kalender, terdapat 2 atau 3 usul berkaitan kerajaan sedang menanti untuk diluluskan selepas perbahasan bajet itu. Saya tak tahu sama ada kita masa atau tidak kecuali jika semua sanggup bermalam di Parlimen, kata Azalina lagi.

Beliau juga menyebut antara yang menanti dalam agenda selepas selesai perbahasan Bajet 2017 ialah usul menggantung Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng selama enam bulan.

Dengan kenyataan Azalina ini, hampir pasti Pas akan kecewa lagi. Walaupun Azalina menggunakan perkataan "mungkin", ia sebenarnya sudah boleh dianggap mutlak bahawa memang tidak ada masa sama sekali untuk usul tersebut. Sebagai penjaga hal ehwal Parlimen, bicara Azalina adalah kata-kata Najib Razak.

Selepas Hadi Awang diberi ruang oleh kerajaan untuk membentangkan usul itu bagi bacaan kali pertama pada Jun lalu, malangnya sehingga kini ia seperti mahu dibiarkan tergantung begitu saja.

Pas pula sudah bergebang dan berjaja ke sana ini mengenai usul Akta 355 itu bagi sidang Parlimen kali ini. Mereka benar-benar yakin usul itu akan diberi masa untuk dibentangkan, malah pada 15 Oktober lalu, dua hari sebelum Parlimen bersidang, Pas turut mengadakan Himpunan Munajat dan Pidato Perdana di Melaka.

Dipetik dari laman Twitter Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan, beliau menggambarkan program tersebut sebagai "Himpunan Munajat dan Pidato Perdana Sokong Pinda Akta 355."

Jika pada hari pertama persidangan Parlimen, usul itu diletakkan dalam agenda keempat, di hari kedua menurun kepada agenda ketujuh, kemudian senyap begitu saja sehinggalah Bajet 2017 dibentangkan, jelas sekarang bahawa selepas perbahasan bajet selesai pun, masih lagi tidak terbuka ruang untuknya.

Speaker Parlimen, Pandikar Amin Haji Mulia sebelum ini ada menyebut, sama ada sesuatu usul persendirian itu dapat dibentangkan atau sebaliknya, adalah terserah kepada kerajaan memutuskannya.
 
 
Dalam maksud yang mudah, jika kerajaan mahu, maka terbukalah ruang seluas-luasnya untuk usul Hadi Awang itu. Sebaliknya, kalau kerajaan mahu berdolak-dalik, macam-macam alasan boleh dicipta untuk menidakkannya.

Soalnya, berapa lama Pas sanggup menunggu lagi untuk usul Hadi Awang itu?

Masihkah Pas tidak mahu percaya bahawa selagi MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti di Sabah serta Sarawak membuat bantahan, Najib yang mengetuai UMNO dan kerajaan tidak mungkin berani memberi ruang kepada usul tersebut?

Mungkinkah usul meminda Akta 355 ini bukan saja menjadi usul yang tersangkut untuk bacaan kali pertama saja, bahkan akan terus tergantung untuk selama-lamanya?

Dengan yang demikian, jika Pas masih sayang untuk meminggirkan Najib dan UMNO dalam percaturan politik semasa, walaupun disedari sedang terlibat dalam skandal kewangan terbesar di dunia,  apakah selepas ini parti itu perlu mengadakan lebih banyak program munajat dan solat hajat agar dibukakan pintu hati Najib terhadap usul Akta 355 itu? 
 
 
 

LZS bantu keluarga viral tidur atas lantai simen

OLEH SYASYA SUFIAN


SHAH ALAM- Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu keluarga Mohd Hairolnizam Mohd Yusof, 33 yang menjadi viral setelah dikongsikan Page Brainy Bunch pada 27 Oktober lalu.

Menurut laman rasmi LZS, setelah hasil siasatan dibuat keluarga yang tinggal di PPR Kota Damansara itu dikategorikan sebagai asnaf miskin.

“LZS hadir menziarahi keluarga ini dan menyalurkan bantuan kepada mereka kerana berdasarkan had kifayah penama layak sebagai asnaf miskin.

“Sumbangan segera telah diberikan sebanyak RM500 dan cadangan bantuan bagi keluarga ini adalah pendidikan, kewangan, makanan bulanan dan bantuan-bantuan lain yang dilihat perlu,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, menurut page Brainy Bunch, anak-anak Hairolnizam hanya tidur di lantai kerana panas akibat tiada bekalan elektrik.

Beliau yang bekerja sebagai pengawal keselamatan hanya berpendapatan RM1,100 sebulan dan mempunyai enam orang anak. Tiga orang daripadanya bersekolah rendah dan isterinya tidak bekerja.

Menurut LZS, keprihatinan masyarakat amat dituntut dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.

“Usaha page ini harus dipuji bagi mengumpul dana membantu membiayai tunggakan bekalan elektrik dan sewa rumah keluarga tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, LZS membuat semakan semula Bantuan Asnaf Fakir dan Miskin untuk Bantuan Kewangan Bulanan, Makanan, dan Sewa Rumah bagi Siri ke lapan.

Seramai 74 buah keluarga Asnaf Fakir dan Miskin telah diziarahi yang melibatkan enam orang pegawai.

Semakan itu meliputi kawasan kariah Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Masjid Batu 2 Sepintas, Masjid Pekan Bagan Terap, Masjid Lubuk Pusing dan Masjid Parit 13 Sungai Panjang.EZY

KFA tawar RM25k kepada pemain jika kalahkan Selangor

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Imbuhan wang tunai berjumlah RM25,000 setiap seorang menanti pemain Kedah sekiranya berjaya menewaskan Selangor pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam ini. 
 
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata skuad Lang Merah juga akan menyertai perlawanan persahabatan di luar negara sebagai bonus tambahan sekiranya menjulang trofi Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi pada 2008. 
 
"KFA memutuskan untuk memberi (imbuhan) sebanyak RM20,000 dan kerajaan negeri menambah RM5,000 bagi menaikkan lagi semangat pemain," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan pemain Kedah di sebuah hotel, di Subang Jaya, malam tadi. 
 
Pada masa sama, beliau turut mengumumkan Isnin ini sebagai cuti peristiwa di Kedah sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat negeri berkenaan yang memberikan sokongan padu kepada pasukan berkenaan hingga mara ke final Piala Malaysia.
 
Pengumuman cuti peristiwa itu, kata Ahmad Bashah, selaras dengan Akta Hari Kelepasan Am 1951. 
 
"Sekiranya majikan tidak boleh memberikan cuti pada hari itu, majikan perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda pada hari berkenaan. 
 
"Namun begitu, majikan juga mempunyai pilihan untuk menggantikan hari Isnin tersebut kepada hari lain tetapi masih tertakluk kepada peraturan undang-undang yang berkaitan," tegas Ahmad Bashah.
 
 

Fomca gesa kerajaan peka tahap keselamatan hospital, elak insiden HSA berulang

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa kerajaan untuk lebih peka terhadap tahap keselamatan di bangunan-bangunan kerajaan khususnya hospital, bagi mengelakkan insiden kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) berulang.   
 
Timbalan Presiden Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, insiden yang meragut enam nyawa di HSA sudah cukup untuk menjadi 'penggera' agar tindakan dan langkah keselamatan lebih diperhalusi dan diteliti selepas ini.    
 
"Bangunan-bangunan lama ini wajar perlu menjalani pemeriksaan semula bagi memastikan ianya selamat terutama sekali bila melibatkan sistem pendawaian atau apa jua aspek berkaitan keselamatan.
 
"Termasuk juga perlu adanya pintu keselamatan supaya kalau berlaku kebakaran dan sebagainya, ia boleh mengelakkan lemas asap. 
 
"Mungkin bila berlaku insiden di HSA ini barulah perkara-perkara itu dibangkitkan, maksudnya sebelum ini bila tak ada insiden itu kerajaan terlepas pandang atau anggap ia bukan perkara besar," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam bahawa 48 hospital berusia lebih 50 tahun di seluruh negara akan menjalani proses audit keselamatan.
 
Dalam pada itu tambah Yusof, sekarang bukanlah masa untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya semua pihak perlu mengambil iktibar seterusnya bekerjasama demi memastikan tahap keselamatan di hospital terjamin. 
 
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, enam pesakit maut apabila wad Unit Rawatan Rapi di tingkat dua bangunan lima tingkat HSA terbakar.
 
Manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan. 
 
Tiga kakitangan hospital itu cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail.
 
 

Bas percuma Smart Selangor diperluas ke Puchong & Kinrara

OLEH NORHAYATI UMOR


SUBANG JAYA: Dua laluan baru bagi perkhidmatan bas percuma Smart Selangor diperluaskan ke kawasan Puchong dan Kinrara, bermula Jumaat ini (28 Oktober).

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, laluan baru itu dibuka ekoran sambutan memberangsangkan di sekitar pentadbiran.

Katanya, laluan baru itu dijangka mempunyai bilangan ‘ridership’ yang tinggi kerana menghubungkan antara Puchong dan Subang Jaya yang tidak mempunyai perkhidmatan bas ketika ini.

“Begitu juga dengan laluan Kinrara. Ia diintegrasi dengan baik yang menghubungkan stesen LRT dengan kediaman penduduk yang berkepadatan sederhana dan tinggi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan, di sini.

Nor Hisham berkata sebanyak RM1.25 juta diperuntukan Kerajaan Negeri bagi satu laluan manakala satu laluan lagi di bawah tanggungan MPSJ.

“Empat buah bas disediakan dan jumlah keseluruhan dianggarkan sebanyak RM2.5 juta. ‘Business model’ yang diberikan untuk 12 meter bas adalah RM800 sehari.

“Kaedah perlaksanaan perkhidmatan bas MPSJ dilaksanakan melalui pendekatan kaedah kontrak/perjanjian antara MPSJ dengan Rapid KL dari tempoh pelaksanaan 12 bulan,” katanya.

Laluan 2 akan membabitkan Tesco Puchong-IOI- Mall Sunway Medical Centre-Sunway Piramid-Kompleks 3C-LRT SS18-Kolej Inti-Skypod Residence-Tesco Puchong.

Laluan 3 membabitkan LRT BK5-SMK Bandar Kinrara-Pasar Pagi TK3-SMK Batu 8-SMK Bandar Puchong Jaya-Taman Paik Siong-Kinrara Court-LRTBK5.

Pelaksanaan perkhidmatan itu sebagai galakan kepada penduduk untuk meningkatkan ‘modal share’ iaitu menggalakan penggunaan pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian.EZY

Pantun ‘dedak’ PM terima respon Sasterawan Negara

OLEH NAEEM RAFFI


SHAH ALAM : Pantun dilontarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) ketika pembentangan Belanjawan 2017 di laman twitternya menerima respon daripada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Magisnya, perkataan ‘dedak’ menjadi pilihan Najib memulakan rangkap pertama pantunnya itu.

“Dedak bukan, umpan pun bukan; BR1M yang iklas satu pemberian; Keperluan rakyat kita dahulukan, Jumlah BR1M, kita tambah-tambahkan,” kata Najib.

pantun

Selang beberapa jam hari sama, Pak Samad mengarang pantunnya dilaman sosial sama yang dilihat seakan menjawab pantun Menteri Kewangan itu.

“Masuk ke hutan, muncul di rimba; Selam ditasik, timbul di laut; Bajet umpama simbahan gula; Yang heboh beri, yang senyap kaut,” kata Pak Samad.-nR-

Gagal kawal harga rumah, Putrajaya ‘kambing hitamkan’ Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD


SHAH ALAM : Kerajaan Persekutuan diingatkan untuk tidak mencari ‘kambing hitam’ bagi menutup kegagalan sistem perumahan Pusat yang disifatkan gagal dan ketinggalan berbanding di Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, Putrajaya cuba menyalahkan pentadbiran negeri susulan peningkatan harga rumah di Malaysia.

“Harga rumah di Kuala Lumpur dan Johor adalah tinggi dan menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor di atas kenaikan harga rumah di Malaysia adalah seperti untuk melarikan diri dari tanggungjawab.
iskandar01
“Kerajaan Persekutuan tidak perlulah mencari kambing hitam (scapegoat) setelah gagal menstabilkan harga rumah.

“Hakikatnya rakyat Selangor berpeluang membeli rumah mampu milik atau Rumah Selangorku di antara RM42,000 ribu hingga RM250,000,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata pelaksanaan dasar perumahan Kerajaan Negeri tanpa memberi subsidi menjadi punca peningkatan kadar harga rumah di pasaran.

Noh mendakwa, Kerajaan Negeri hanya melaksanakan dasar dengan menetapkan kepada pemaju bahawa 30 peratus daripada kawasan dimajukan perlu dibina rumah mampu milik.

Membidas dakwaan tersebut Iskandar berkata, pemaju kini memberi tumpuan untuk meneruskan projek pembinaan Rumah Selangorku susulan pendekatan bersistematik yang dilaksanakan diperingkatan negeri.

selangorku rumah

Beliau berkata, ini termasuklah pelbagai insentif diwujudkan pentadbiran Selangor memastikan golongan sasar layak memiliki kediaman sendiri, berbanding harga rumah mampu milik Persekutuan.

“Sebarang dakwaan bahawa program-program kerajaan Persekutuan seperti MyHome dan MyDeposit dapat menurunkan harga rumah belum dapat dibuktikan kerana harga rumah masih pada tahap yang sama selepas pelaksanaan program-program itu.

“Sebaliknya, lebih 70,000 orang mendaftar untuk membeli Rumah Selangorku. Ini bermakna Kerajaan Selangor mendahului Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri menetapkan harga Rumah Selangorku dijual pada kadar RM250,000 jauh lebih rendah berbanding harga maksima dibenarkan Kerajaan Persekutuan untuk rumah mampu milik iaitu RM300,000.-nR-


Belanjawan 2017: Selangor peruntuk RM5 juta pembangunan Kampung Baru

OLEH ERMIZI MUHAMAD


HULU SELANGOR : RM5 juta diperuntukan bagi tujuan pembangunan kampung baru di seluruh negeri dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2017, kata Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram, dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah.

Katanya, jumlah tersebut berbeza dengan Umno Barisan Nasional (Umno BN) apabila hanya memperuntukan RM200,000 untuk tujuan pembangunan ketika memegang tampuk pemerintahan negeri, sebelum 2008.

Hian Wah berkata, peruntukan tersebut sekali gus membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri membantu masyarakat luar bandar menikmati hasil kekayaan negeri secara telus dan adil.

ean-yong

“Ini merupakan berita yang cukup baik buat rakyat Selangor khususnya penduduk di kawasan kampung baru seluruh negeri.

“Untuk tempoh 2017, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan RM5 juta kepada seluruh kampung baru Selangor bagi tujuan naik taraf infrastruktur dan fasiliti,” katanya kepada SelangorKini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan Kerajaan Negeri akan mengumumkan Belanjawan berimbangan dengan memberi tumpuan terhada aspek pembangunan negeri.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri komited memastikan program pembangunan diberikan tumpuan terutama aspek pemilikan kediaman pada pembentangan belanjawan, Isnin ini.

Katanya, tumpuan tersebut turut memofuskan ke arah pembangunan kampung-kampung di Selangor seiring kemajuan pembangunan di bandar besar.-nR-

Andik tidak tertekan

OLEH ERMIZI MUHAMAD


SHAH ALAM: Berbaki kurang 24 jam sebelum aksi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kedah, Kapten Pasukan The Red Giants, Andik Vermansah kini lebih tenang.

Tanpa sebarang tekanan, beliau menganggap perlawanan akhir itu sebagai titik perhitungan terbesar dan tangunggjawab untuk membantu Selangor mengekalkan kejuaraan.

“Saya tiada tekanan,” katanya ketika ditanya pemberita pada sidang media Perlawanan Akhir Piala Malaysia, di Stadium Shah Alam, semalam.

Beliau berkata, selepas pulih daripada kecederaan, dirinya kini lebih bersedia menyarung jersi Merah Kuning, pada aksi perlawanan akhir.

“Tanggungjawab sebagai kapten pasukan memang agak besar, namun perlawanan ini akan menjadi perhitungan terbesar bagi saya dan pasukan kami.

“Berbekalkan pengalaman dan aksi terdahulu, kita mempunyai keyakinan tinggi untuk (menjadi) juara Piala Malaysia kali ini,” katanya.

Sebagai juara tradisi Piala Malaysia kali ke-33, pasukan Selangor diyakini mampu mengekalkan kejuaraan sekali gus merealisasikan kejuaraan Misi 34 Piala Malaysia.

Selangor bakal bertemu Kedah pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, malam ini.-AA-

Pementasan Teater Syahid Dukapura, ‘resap’ kesedaran sosial masyarakat

OLEH ERMIZI MUHAMAD


AMPANG: Pementasan Teater Syahid Dukapura mengangkat kesedaran masyarakat terhadap realiti sebuah kehidupan lebih positif dalam kalangan masyarakat.

Pengarahnya, Fairul Pujangga berkata pementasan drama pentas ini dilaksanakan sebagai tanggungjawab sosial dan galakan agar masyarakat terdidik dengan nilai kemanusiaan sejagat.

“Adalah menjadi tanggungjawab saya memastikan setiap sisi adegan dan artistik divisualkan di pentas berfungsi sebagai perangsang daya fikir audiens yang menonton pementasan ini.

“Berbalik kepada tujuan asal pementasan ini tentunya untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat bagi membangunkan sebuah naskhah yang benar-benar bermakna dan ideal,” katanya.

Syahid Dukapura merupakan sebuah nashkah sastera yang memberi tumpuan terhadap konteks penceritaan yang berkisahkan tentang primitif masyarakat yang terikat dengan kehidupan mistik.

Ia menceritakan bagaimana teraju utama, Arjuna yang terpaksa bergelut dengan konflik kekeluargaan apabila ayahnya, terikat dengan perjanjian dengan kuasa jahat.

Ekoran melanggari pemeteraian perjanjian tersebut, musibah besar melanda seluruh masyarakat di perkampungnya yang memerlukan penyudah segera teraju utama.

Pementasan teater dipentaskan di Auditorium, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan kerjasama Institut Terjemahan Buku Malaysi (ITBM), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kelab Deklamator Malaysia (DEKMAL) dan disokong sepenuhnya Kerajaan Negeri.

Terdahulu, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan, Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari hadir menyaksikan pementasan teater berkenaan, di sini malam tadi.

Hadir sama, Yang Dipertua MPAJ, Abd Hamid Hussain; Presiden DEKMAL, Kol Mohd Radzi Abdul Hamid dan Sasterawan Negara, Zurina Hassan.

Dalam perkembangan itu, Amiruddin turut menyempurnakan upacara perasmian pelancaran Nashkah Kumpulan Drama Pentas, Konklusi.

Beliau dalam ucapan aluannya turut menyambut baik pelaksanaan aktiviti sosial berteraskan prospek kesenian untuk memberikan galakan lebih berkesan kepada masyarakat.

“Sudah tentu apabila kita bercakap soal pembangunan menyeluruh, adalah penting untuk kita tidak melupakan aspek kebudayaan merupakan tonggak penting dalam pembangunan tamadun manusia.

“Semoga acara dianjurkan ini memberikan manfaat besar sekali terhadap golongan muda khususnya pelajar dan mereka yang terlibat dalam pementasan ini,” katanya. EZY

Saturday, October 29, 2016

ALAHAI, KESIANNYA....

shahbudindotcom 

 

Sebagaimana maklumat daripada laman Facebook dan Twitter Najib Razak sendiri, semalam belau dilaporkan menerima kunjungan sekumpulan imam dan pelajar tahfiz di pejabatnya.



Tetapi, plakad bertulisan apa yang mereka pegang itu?

Cuba kita besarkan satu persatu gambar-gambar mereka agar lebih jelas gambaran atau tulisaa yang ada pada plakad tersebut.









Hehehe...mereka menyokong Najib rupanya!! 

Hahaha...yang memuji Bajet 2017 pun ada juga!!

Siapa agaknya yang menyediakan plakad-plakad yang mereka pegang itu?

Para imam dan pelajar tahfiz berkenaan yang menyediakannya atau mereka hanya disuruh memegangnya saja untuk tujuan diambil gambar?

Lihat pula wajah-mereka? Kenapa masam air muka dan macam terpaksa saja?

Alahai, kesiannya...konon inilah bukti Najib masih popular dan disukai.




Tak moleklah serang Ahmad Husni, kata Pemuda Umno

MALAYSIAKINI


Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah meminta semua pihak dalam Umno agar berhenti menyerang bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kerana beliau masih lagi pemimpin Umno.

Armand Azha menambah, tohmahan ke atas anggota Parlimen Tambun itu akhirnya memberi kesan negatif kepada parti.

"Saya rasakan cara serangan terhadap Husni ini tidak baik dan tidak bagus. Husni masih lagi pemimpin Umno dan ahli Parlimen BN. Tidak molek jika Umno serang Ahmad Husni sebegini.

"Ini bukan caranya menyerang kembali pemimpin dalam parti Umno itu sendiri. Saya mohon jasa baik sahabat-sahabat untuk fokus kepada perkukuhkan Umno dengan menceritakan dan memberikan penerangan tentang kekuatan Umno dan lebih ke arah politik khidmat bakti sebagai keutamaan.

"Sebagai pemimpin muda yang dilatih untuk terus menghormati yang lama dan sayangi yang muda rasakan pendekatan kasih sayang lebih baik daripada pendekatan kebencian," ujar beliau, memetik laporan Astro AWANI.

Armand mengulas kenyataan Ahmad Husni berhubung soalannya mengenai 1MDB di Parlimen.

Pada Isnin yang lalu, ketika berucap di Parlimen, Ahmad Husni buat pertama kalinya bersuara secara terbuka terhadap cara kerajaan menangani 1MDB.

"KPI (indeks prestasi utama) saya adalah yang terbaik di kalangan menteri-menteri - sentiasa melebihi 100 peratus.

"(Sebaik sahaja) saya berhenti, anda lihat di media sosial - dua hari selepas saya berhenti, mereka menyerang saya tanpa sebarang sebab.

"Saya tahu siapa 'A', 'B' dan 'C" yang menyerang saya. Mengapa bermain-main? Marilah cintakan rakyat. Kita bekerja untuk rakyat," tambah beliau.

Semasa perbahasan ucapan Bajet 2017, Ahmad Husni meminta kerajaan menyatakan sebab 1MDB ditubuhkan dan sama ada jika sebarang tindakan diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana menyalurkan dana syarikat pelaburan negara itu ke "tempat yang salah".

Antara pemimpin Umno yang dilihat membidas Ahmad Husni sebelum ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyifatkan Ahmad Husni perlu mempunyai sedikit maruah.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan, persoalan yang ditimbulkan Ahmad Husni harus dilihat dari sudut positif dan mendapat perhatian serius kerajaan.

Mengulas lanjut, Armand Azha berkata, semua pemimpin Umno perlu kembali sebagai satu pasukan dan menjadikan kekuatan parti sebagai asas pengukuhan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Apakah Jamal benar-benar mahu 'bermandi darah', tanya DAP

MALAYSIAKINI


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ditanya sama ada beliau akan menahan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung kenyataan 'bermandi darah' atau melepaskannya sekali lagi.

"Saya ingin bertanya kepada Khalid sama ada polis akan menahan Jamal untuk disoal siasat atas kenyataan 'bermandikan darah' yang dibuat beliau.

"Atau apakah Khalid akan mengatakan sekali lagi ia hanya 'perang mulut' oleh Jamal, sama seperti apabila beliau menolak ikrar Jamal sebelum ini mengenai perang menentang BERSIH 5 sebagai tidak lebih daripada 'perang mulut'?," tanya Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dalam kenyataan hari ini.

Pada hari Khamis yang lalu, Jamal semasa sidang media di ibu pejabat Umno Selangor berikrar untuk menyekat perhimpunan BERSIH 5.

"Kita tidak akan teragak-agak untuk berbuat apa sahaja untuk menghentikan perhimpunan BERSIH...Bagi saya, perjuangan kita akan berterusan walaupun jika bermandikan darah," beliau dilaporkan berkata.

Kok menambah, adalah tidak bijak bagi Khalid untuk mengenepikan apa-apa kenyataan Jamal sebagai pergerakan baju merah yang dipimpinnya kerana mempunyai sejarah keganasan.

"Khalid terlepas pandang fakta penting - bahawa kumpulan baju merah telah bertindak ganas terhadap siri jelajah BERSIH.

"Begitu jua, walaupun Jamal telah membuat kenyataan yang sama pada perhimpunan di Kapar Sabtu lalu dan menjelaskan bahawa 'bermandikan darah' itu bermakna baju merah berlumuran dengan darah sendiri dan bukannya orang lain, polis perlu melihat kenyataan itu secara," ujar Kok.

Beliau berharap Khalid akan memulakan siasatan mengenai perkara ini, kata Kok.

Kok juga mengkritik Umno kerana tidak menyekat Jamal.

"Adalah amat mengecewakan dan tidak bertanggungjawab untuk kepimpinan Umno berdiam diri mengenai 'keterlibatan dalam baju merah' oleh Jamal dan kalangan ahli Umno terhadap BERSIH.

Peluru berpandu dilancar ke arah Mekah

ANTARAPOS.COM


Post Pic



RIYADH: Pemberontak Houthi Yemen melancarkan serangan peluru berpandu balistik di Arab Saudi tetapi ia berjaya dipintas dekat kota suci Mekah, menurut tentera bersekutu pimpinan Arab Saudi, Jumaat.

Tentera bersekutu Arab Saudi telah melancarkan operasi mengebom pemberontak Houthi sejak Mei tahun lalu.

Arab Saudi menggunakan peluru berpandu Patriot untuk memusnahkan misil pemberontak tersebut.

Tentera bersekutu berkata, pemberontak Houthi melancarkan sebuah peluru berpandu ke arah kawasan Mekah petang kelmarin dari kubu kuat mereka di wilayah Saada, berhampiran sempadan Arab Saudi-Yemen.

“Sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu itu kira-kira 65 kilometer dari Mekah tanpa sebarang kerosakan" kata kenyataan tersebut.

Houthi mengesahkan pelancaran peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi dalam satu kenyataan kepada agensi berita rasmi mereka pada Jumaat, tetapi menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jedah, lapangan terbang tersibuk negara itu.

Kumpulan itu mengawal sebahagian besar utara Yemen termasuk ibu negara Sanaa bersama sekutunya, yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.

Kota suci Mekah terletak lebih 500 kilometer dari sempadan Arab Saudi-Yemen.

Ini kali kedua pada bulan ini pemberontak Houthi melancarkan peluru berpandu pada jarak sebegitu jauh.

Pada 9 Oktober lalu, pakatan tentera Arab Saudi menyatakan, pihaknya memintas sebuah peluru berpandu dekat Taif, lokasi pangkalan udara Arab Saudi yang terletak sekitar 65 kilometer dari Mekah




'Muslihat' Khairuddin keluar PPBM - Dr Azizuddin

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Walaupun keputusan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) agak 'pelik' namun ia berkemungkinan merupakan satu strategi politik yang tersendiri.
 
Menurut penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, meskipun terdapat desas desus mengatakan sikap berpuak-puak yang wujud dalam PPBM menjadi punca Khairuddin 'angkat kaki', namun ia 'kurang kukuh' memandangkan matlamat setiap ahli begitu konsisten, iaitu untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
 
"Saya nampak ia lebih kepada strategi, mungkin ada satu yang beliau tengah rancang, jadi mungkin beliau rasa sesuai berada di luar berbanding di dalam parti.
 
"Setakat ini saya lihat agak selari (matlamat), kalau ada krisis, mereka akan mengkritik sesama sendiri, tapi setakat ini nampak selari," katanya kepada Antarapos. 
 
Azizuddin berkata, strategi politik adalah sesuatu yang sangat tidak dapat dijangkakan meskipun pada luarannya menampakkan seolah-olah PPBM mempunyai krisis dalaman.
 
Khairuddin yang juga orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar daripada PPBM semalam, selepas sebulan bergelar ahli parti itu. 
 
Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan itu berkata, keputusan menarik diri dari parti berkenaan bagi memberi fokus kepada kes-kes mahkamah yang dihadapinya termasuk kes dalam dan luar negara yang membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.  
 
Dalam kenyataanya semalam, Khairuddin turut berpesan agar ahli parti itu tidak mengamalkan sikap berpuak-puak, sekaligus menimbulkan tanda tanya bersabit tindakannya keluar parti.  
 
Meskipun begitu, pelbagai pihak melihat tindakan tersebut mempunyai kaitan dengan krisis dalaman parti berkenaan.
 
Beberapa portal sebelum ini melaporkan, krisis berpunca daripada sikap beberapa pimpinan berebut jawatan di peringkat negeri dan pusat. 
 
Khairuddin yang dihubungi Antarapos semalam bagaimanapun enggan menafikan atau mengesahkan wujud perpecahan dalam parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

PKR Sabah dianak tiri, punca pemimpin negeri angkat kaki

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang 'dianaktirikan' pimpinan pusat parti itu dikatakan menjadi punca kepada perletakan jawatan beramai-ramai di kalangan pemimpin parti di negeri berkenaan.
 
Seorang bekas ahli PKR Sabah yang enggan dinamakan mendedahkan, pimpinan PKR yang hanya memberi fokus kepada pergerakan parti di peringkat pusat, menyukarkan PKR Sabah untuk menjalankan kerja-kerja parti.
 
Malah, paling malang, menurut sumber tersebut, pemimpin tertinggi parti yang berpusat di semenanjung tidak pernah tampil ke Sabah untuk bertemu dengan ahli-ahli dan penyokong-penyokong parti itu.
 
"PKR hanya memberi fokus kepada pusat. Kami (PKR Sabah) diperlakukan seperti anak tiri, sebab tu kami semua keluar parti.
 
"Dari semua segi. Pimpinan tidak pernah datang tunjuk muka, bantuan kewangan untuk gerak kerja dan sebagainya. Kami bekerja sendiri tanpa bantuan pusat. Tapi hasil kerja keras kami, PKR (pusat) yang dapat nama," menurut sumber berkenaan.
 
Bekas Pengerusi PKR sabah, Datuk Seri Lajim Ukin sebelum ini bersama ADUN Moyog, Terrence Siambun mengisytiharkan keluar parti pada 2 Oktober lepas.
 
Turut mengikut jejak Lajim dan Terrence adalah bekas Setiausaha Agung PKR Sabah, Datuk Maijol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah Johair Matlani.
 
Terrence yang juga bekas Ketua Penerangan PKR Sabah kemudian bertindak menyertai parti baru yang diasaskan oleh Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, iaitu Parti Warisan Sabah (WARISAN).
 
Lajim bagaimanapun sebelum ini mengesahkan tindakannya keluar parti dibuat selepas mengambil kira desakan rakyat Sabah yang mahu parti tempatan menerajui negeri tersebut.
 
Beliau kini menerajui Parti Harapan Rakyat Sabah, yang telah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 25 Oktober lalu. 
 
 

Polis mulakan siasatan terhadap tiga bekas menteri

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Polis akan mengambil kenyataan daripada 3 bekas menteri Kabinet esok atau Isnin berhubung dakwaan mendedahkan maklumat sulit kerajaan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
 
Mereka ialah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri pembangunan wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
 
Mereka membuat kenyataan kritikal mengenai 1MDB di Dewan Rakyat, yang kemudiannya ditegur speaker sebagai berkemungkinan melanggar sumpah kerahsiaan.
 
Laporan polis juga dibuat 2 kumpulan, Jaringan Melayu Malaysia dan Sahabat N87 cawangan Wilayah Persekutuan.
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata: “Kami membuka kertas siasatan dan akan menghubungi mereka untuk disoal secepat mungkin. Mudah-mudahan esok atau lusa,” lapor New Straits Times.
 
Khalid dipetik sebagai berkata: “Saya ingin mengingatkan kakitangan kerajaan, sama ada mereka yang masih bekerja atau meninggalkan perkhidmatan, berhati-hati dan bertanggungjawab apabila membuat kenyataan kerana jika mereka mendedahkan rahsia kerajaan, tindakan akan diambil terhadap mereka).
 
“Apabila ia melibatkan rahsia kerajaan, kita perlu berhati-hati kerana terdapat banyak implikasi kerana apabila rahsia kerajaan dinyatakan, ia boleh mengancam keselamatan negara dan ekonomi.”
 
Muhyiddin dikatakan mendedahkan maklumat sulit mengenai 1MDB, firma pelaburan negara, ketika berucap pada perbahasan Bajet 2017 di Dewan Rakyat.
 
Menurut laporan itu, maklumat itu diperoleh ketika beliau masih memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri.
 
Muhyiddin digugurkan daripada Kabinet pada Julai tahun lalu selepas mengkritik pengendalian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap 1MDB, dan dibuang daripada Umno awal tahun ini.
 
Beliau kini menjadi presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
 
Menurut laporan itu, Shafie juga mempersoalkan beberapa keputusan kerajaan mengenai 1MDB, manakala Husni berkata negara ini masih boleh menghadapi kesan ekonomi jika isu 1MDB tidak dikendalikan dengan betul.