Saturday, March 31, 2012

PM bayangkan akan kawal media dalam talian


MALAYSIA KINI
Pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 akan dibentangkan di Parlimen pada sesi yang sedang berlangsung bersama dengan undang-undang yang akan menggantikan Akta Keselamatan dalam Negeri 1960, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata selain daripada memansuhkan keperluan pembaharuan lesen secara tahunan, kerajaan juga mengambil keputusan untuk mengkaji secara komprehensif terhadap keperluan kewujudan akta sedia ada dengan mengambil kira kemajuan sektor teknologi komunikasi maklumat (ICT) hari ini.

"Kerajaan tidak boleh dilihat sebagai mempunyai 'double standard' (memberi layanan berbeza) dalam peraturannya terhadap media cetak dan media digital," katanya ketika berucap pada majlis Malam Kewartawanan Malaysia dan penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2011 di
Kuala Lumpur Jumaat malam.

Turut hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Chamil Wariya.

Najib berkata langkah-langkah yang kerajaan laksanakan barang kali digemari pihak antarabangsa sehingga menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia pada 2011 bertambah baik berbanding tahun sebelumnya.

Di kalangan 178 negara yang dipantau organisasi Wartawan Tanpa Sempadan, Malaysia kini berada pada tangga 122 berbanding 141 pada 2010, naik 19 anak tangga, katanya.

"Di kalangan negara-negara Asia Tenggara, kita berada di tangga pertama menewaskan jiran kita Indonesia yang tidak memerlukan permit untuk menerbitkan akhbar.

"Tetapi sebelum dibuai oleh penilaian itu, ingin saya tegaskan kita tidaklah terlalu taksub dengan 'rating' (penarafan) yang diberi oleh pihak luar itu atau menjadikan penarafan itu satu 'gold standard' (piawaian emas) dalam mengukur kebebasan media kita. Kita mempunyai nilai dan kepentingan tersendiri yang perlu dijaga," katanya.

Beliau berkata kerajaan amat menyedari keperluan dan peranan media yang bebas, adil dan bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perkembangan sesebuah negara.

"Kita perlu bersyukur kerana Malaysia semenjak merdeka telah memiliki tradisi serta budaya media seumpama ini. Hakikatnya dalam komuniti hampir 200 negara-negara bangsa di dunia, kenapakah ada negara yang berjaya dan kenapa pula ada negara yang dikategorikan sebagai gagal.

"Apakah faktor-faktor yang menentukan jaya atau gagal sesebuah negara? Adakah ia faktor sumber asli, kepimpinan, institusi, corak demografi, geografi, sistem nilai atau kombinasi faktor-faktor tersebut serta faktor-faktor lain yang tidak disebut?" soal beliau.

Najib berkata dalam lipatan sejarah, ada negara yang mempunyai sumber alam yang melata dan modal insan yang produktif namun menjadi negara yang gagal.

Ada juga negara yang berjaya sebahagian daripada perjalanan tetapi kemudian mula terbantut proses pembangunannya manakala ada juga kategori yang walaupun tandus sumber alam tetapi berjaya kerana gabung jalin faktor-faktor lain yang dimiliki, katanya.

"Jawapan kepada persoalan ini bukan mudah tetapi saya yakin dan percaya peranan dan kepentingan pihak media tidak dapat dinafikan.

"Jika media sesebuah negara tidak memainkan peranan yang sepatutnya sebagai cerminan nurani, aspirasi, denyut nadi dan keluh kesah rakyat dengan menyebar maklumat, mendidik, advokasi dan mencetuskan debat terhadap isu semasa, dasar awam dan kepentingan umum secara adil dan bertanggungjawab maka media sebenarnya 'are not doing a service' (tidak memberi khidmat) kepada negara, rakyat dan kerajaan," katanya.

Beliau bekata kerajaan menghormati kedudukan media sebagai sebuah entiti bebas yang melaksanakan peranan untuk memantau dan menegur pentadbiran kerajaan.

"Seperti yang selalu saya sebut era kerajaan mengetahui segala-galanya, era kerajaan mempunyai monopoli terhadap kebijaksanaan sudah berakhir," katanya.

Kerajaan turut menyambut baik usaha para peneraju pengarang media cetak untuk menubuhkan sebuah Majlis Akhbar Malaysia yang bertindak sebagai badan pengawas untuk mengukuhkan tahap profesionalisme industri berita di negara ini, katanya.

Beliau berkata di bawah persepakatan itu, para editor bersetuju untuk menyediakan satu kod etika yang memperincikan prinsip-prinsip kewartawanan untuk dijadikan prinsip panduan dalam tugas-tugas pengumpulan dan penerbitan maklumat bagi dijadikan hasil kewartawanan.

"Saya menyerahkan kepada sebuah jawatankuasa khas yang telah dibentuk oleh pengarang-pengarang itu untuk menghasilkan kod etika yang boleh digunakan dan dilaksanakan sepenuhnya.

"Kerajaan tidak akan campur tangan dan terpulanglah kepada industri untuk mengawal selia diri mereka berkaitan dengan profesionalisme kewartawanan ini. Kerajaan akan menerima apa juga cadangan yang dikemukakan dengan hati dan fikiran yang terbuka," katanya.

Najib berkata beliau setuju dengan pandangan rakan-rakan wartawan bahawa peraturan-peraturan sedia ada berhubung media tidak boleh kekal statik.

"Peraturan-peraturan itu bukannya dibancuh dalam acuan simen yang tidak boleh dipecahkan. Kita sekarang berada pada era digital yang memberikan kita semua akses kepada maklumat tanpa batas.

"Dasar kerajaan sendiri adalah untuk mewujudkan negara tanpa wayar sepenuhnya kerana kita tidak mahu warga Malaysia menjadi seperti katak di bawah tempurung dalam era dunia tanpa sempadan sekarang.

"Komitmen saya adalah untuk melahirkan warga Malaysia yang berfikiran global dengan akarnya kukuh pada peringkat lokal atau glokal," katanya. Bernama

'PKR bukan parti terlemah dalam Pakatan'


MALAYSIA KINI
PKR bukan parti terlemah dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya yang terkuat antara semua sehingga ia menjadi tumpuan serangan BN di media arus perdana, kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Azmin Ali dinnerKatanya, perkara itu dapat dilihat apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir setiap hari menjadi berita utama di kaca televisyen seperti RTM dan TV3.

Bercakap dalam majlis makan malam di Kota Kinabalu, Azmin juga berkata, sokongan Sabah pada pembangkang berkembang pesat selepas mereka mengumumkan Buku Jingga versi Sabah yang memasukkan 19 isu-isu penting negeri.

Turut hadir dalam majls itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman, timbalan speaker Selangor Haniza Talha dan ramai lagi wakil rakyat daripada semenanjung.

Menteri agama beri 14 hari atau saman Pemuda PKR

MALAYSIA KINI

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini meminta Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan Jamil Khir menahan permohonan qazaf berkaitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dibawa ke Mahkamah Syariah.

NONEJamil Khir berkata sekiranya dalam tempoh 14 hari, beliau tidak menerima sebarang maklum balas daripada Shamsul seperti yang diminta itu, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Katanya, kenyataan oleh Shamsul itu dikeluarkan secara terbuka menerusi program siaran langsung Bicara Rakyat di TV1 semalam dan ia merupakan fitnah kepadanya di samping membohongi seluruh rakyat Malaysia.

"Ia merupakan satu pembohongan yang amat tidak wajar kepada saya dan bukan sekadar itu...difitnah dan juga dimalukan dengan kenyataan yang telah beliau (Shamsul) keluarkan dan bukan hanya soal saya tetapi pembohongan ini dibuat di dalam TV yang disiarkan secara langsung di seluruh Malaysia," katanya.

Jamil Khir bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ketujuh Pertubuhan Pergendangan Silat Daerah Yan di Gelanggang Silat Gayung Rumah Shaari Man di Simpang 3 Sungai Daun dekat Yan. Bernama

'Sokongan Orang Asli Johor pada BN akan susut'

BN Johor bakal berdepan risiko susutan sokongan masyarakat Orang Asli Seletar pada pilihan raya umum akan datang jika masalah berkaitan tanah mereka tidak diselesaikan dengan segera.

Jurucakap Jaringan Masyarakat Orang Asli Seletar Johor, Eddy Salim menegaskan pihaknya tidak akan keluar mengundi, sekalipun menyokong BN dalam pilihan raya sejak lima penggal lalu.

NONE"Kita tidak akan keluar mengundi. Kita biar sahaja. Sebelum ini kita pergi undi, (BN) menang. Kalau kalah, jangan salahkan kita. Saya tidak menghasut.

"Ia sebagai satu tanda protes kepada kerajaan supaya menyelesaikan masalah kami," katanya sambil menambah masalahnya termasuk dakwaan pencerobohan tanah perkuburan dan pembangunan di perkampungan mereka.

Eddy juga menegaskan beliau tidak bermaksud memberi "ugutan" kepada kerajaan negeri berhubung perkara itu, sebaliknya meminta masalah itu diselesaikan sebelum menjelang pilihan raya umum akan datang.

Kemarahan Orang Asli Seletar itu ekoran desakan mereka supaya kerajaan negeri mewartakan sebidang tanah perkuburan di Kampung Bakar Batu dekat Johor Bahru, sebagai kawasan rizab Orang Asli belum mendapat sebarang reaksi.

Dalam masa yang sama, sebahagian daripada tanah perkuburan itu sudah diratakan dengan jentolak untuk tujuan pembangunan Wilayah Iskandar.

NONEEddy yang ditemui Malaysiakini di premis perniagaannya di Kampung Sungai Temon berkata pihaknya juga tidak menyokong parti pembangkang yang didakwa belum tentu akan menolong mereka.

"Kita bukan pandai main politik... Kita berada di tengah-tengah. Kalau selesai (masalah kami) sebelum pilihan raya, 80 peratus akan menyokong BN," katanya sambil menambah Orang Asli sudah matang untuk membuat penilaian.

Eddy: Jangan salahkan Orang Asli garang

Sebahagian perkampungan mereka berada dalam kawasan parlimen Pulai yang sebelum ini dimenangi oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed daripada BN.

Bagaimanapun, peratusan pengundi Orang Asli, yang digolongkan dalam kategori sebagai "lain-lain", amat sedikit di kawasan itu dengan 0.23 peratus daripada 79,622 pemilih berdaftar.

Eddy berkata, sebanyak 2,000 hingga 3,000 masyarakat Orang Asli di sembilan perkampungan boleh mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

NONEAntara perkampungan yang terlibat Kampung Sungai Temon, Kampung Simpang Arang, Kampung Telok Jawa, Kampung Pasir Putih, Kampung Bakar Batu dan Kampung Sungai Tiram.

Perkampungan Orang Asli di Sungai Temon dan Bakar Batu termasuk kawasan hutan bakau yang berdekatannya termasuk dalam kawasan pembangunan Wilayah Iskandar.

Sehubungan itu, Eddy mendesak supaya kerajaan negeri memberikan layanan yang adil kepada mereka termasuk menimbang mewartakan kawasan perkuburan di Kampung Bakar Bata, dalam parlimen Pulai, sebagai tanah rizab mereka.

"Jangan salahkan Orang Asli (Seletar), jika Orang Asli garang," katanya sambil menegaskan setiap keputusan juga perlu melibatkan wakil mereka.

Peguam dapat akses pada kertas mahkamah Perancis

Saman sivil NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) terhadap gergasi pertahanan tentera laut Perancis DCNS kerana didakwa membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia mula menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

NONEPada Khamis, peguam Suaram di Perancis memberitahu NGO itu, mereka sudah mendapat akses kepada kertas mahkamah berkaitan kes melibatkan pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM77.3 bilion.

Pengarah Suaram Cynthia Gabriel berkata, barisan peguam mereka kini boleh mengkaji dokumen dan menasihat tindakan selanjutnya.

"Kami bagaimanapun tidak dapat mempamerkan dokumen itu. Kami hanya boleh akses, mengkaji dan membuat rujukan terhadapnya, tetapi tidak boleh diumumkan menurut undang-undang Perancis," katanya kepada Malaysiakini.

"Ini memang cabaran besar kepada tetapi kami berbesar hati kerana kes itu bergerak ke arah yang betul dan memberi momentum," tambahnya.

altantuya and son 050309Dua kapal selam itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertugas sebagai menteri pertahanan.

Perimekar, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda - orang kepercayaan Najib - dibayar 114 juta euro atau RM570 juta, untuk bertindak sebagai ‘orang tengah' dalam urus niaga penuh kontroversi itu.

Kerajaan bagaimanapun berkata, pembayaran besar kepada Perimekar untuk perkhidmatan "koordinasi dan sokongan'.

Abdul Razak dan dua pengawal peribadi Najib didakwa membunuh Altantuya Sharibuu pada tahun 2006, tetapi selepas dibicarakan beliau kemudiannya dibebaskan, manakala dua yang lain didapati bersalah dan dihukum mati.

Salahuddin Ayub sahkan tanding di Johor


MALAYSIA KINI

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub akhirnya mengesahkan hasrat mahu bertanding di Johor, kampung halamannya, dalam pilihan raya umum yang akan datang.

NONEWalaupun belum menetapkan mana-mana kerusi, beliau berkata kerusi seperti Pulai, Tanjung Piai dan Batu Pahat "dilihat menarik" untuknya pada masa ini.

"Saya tiada masalah jika pucuk kepimpinan parti sedia beri laluan di kerusi-kerusi yang saya sebutkan tadi," katanya kini yang bertugas sebagai anggota parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

Beliau mengumumkan perkara itu hari ini dalam pertemuan dengan beberapa media terpilih dan penulis blog di sebuah hotel di Skudai.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed, ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat dan anggota jawatankuasa pusat PAS Mazlan Aliman.

Sementara itu, ditanya tentang khabar angin bahawa beliau berniat untuk menjadi menteri besar Johor jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Johor, Salahuddin sambil tersenyum berkata:

"Soal siapa nak jadi menteri besar, itu mesti diputuskan oleh majlis pimpinan Pakatan Rakyat dan perkara itu tidak berbangkit langsung buat masa ini."

Sapina Anwar di Parlimen tidak wajar, kata PKR

MALAYSIA KINI
PKR menyelar peguam yang didakwa mensensasikan isu Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menerima sapina yang cuma diserahkan di Parlimen dengan berkata ia bukan etika yang betul menyerahkan writ.

Pengarah biro undang-undang parti Latheefa Koya sekali gus berkata, laporan menuduh Anwar menolak menerima sapina pada 28 Mac dalam kes saman terhadap Hong Leong Finance Berhad tidak benar sama sekali.

D Paralingam, peguam kepada defendan dalam kes Hong Leong lawan Low Thiam Hoe difailkan pada 1998 dilaporkan membuat dakwaan itu.

NONE"Kami terkejut dengan kejahilan ditunjukkan peguam berhubung keistimewaan dan undang-undang asas Parlimen, contohnya tiada sama ada proses mahkamah boleh memberi kesan terhadap mana-mana anggotanya di premis Parlimen.

"Tindakan peguam untuk menyerahkan sapina di premis Parlimen salah sama sekali dan boleh mengundang prosiding menghina Parlimen," kata Latheefa dalam kenyataannya hari ini.

Anwar sebelum ini dilaporkan enggan menerima sapina yang terhadapnya supaya hadir ke Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur sebagai saksi perbicaraan kes saman berhubung perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket berjumlah RM445 juta, kira-kira 14 tahun lalu.

Paramalingam juga berkata akan cuba sekali lagi menyempurnakan serahan sapina itu kepada anggota Parlimen Permatang Pauh dan jika masih tidak berjaya, beliau akan memohon perintah mahkamah untuk memaksa Anwar hadir perbicaraan kes itu.

Firma kewangan itu pada 19 Ogos 1998 menyaman Thiam Hoe yang dinamakan sebagai defendan, berhubung perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket membabitkan urusan pengambilalihan institusi kewangan, Kewangan Bersatu Bhd (KBB) oleh Hong Leong Finance, tetapi usaha itu gagal dilaksanakan.

Saman itu didengar bersama kes saman balas oleh Thiam Hoe terhadap Hong Leong Finance dan Mekuritek Sdn Bhd bersama dua lagi penjamin, Hussin Abdul Karim dan Agus Salim Mohd.Dom serta Abdullah Abd Karim Bajerai.

Tiong Lai: 1CARE hanya nama

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini menjelaskan, skim 1CARE yang mahu diperkenalkan bukan semata-mata insuran kesihatan tetapi mempunyai pelbagai fungsi lain.

NONE"1CARE hanyalah nama. Dia boleh jadi pelbagai nama sama ada 'health care transformation' (tranformasi penjagaan kesihatan) pun boleh.

"Sekarang kita masih mengadakan siri bagi meningkatkan taraf kesihatan negara. Yang penting ialah, 1CARE bukan semata-mata insurans kesihatan sosial. Itu tidak benar.

"1CARE lebih daripada itu. Ia akan didatangkan dengan pelbagai pilihan," katanya.

Menurut Liow lagi, pelbagai pihak cuba menakutkan masyarakat dengan mengatakan skim itu sebuah skim yang akan membebankan hingga menimbulkan kekeliruan.

Jelas Liow, pihaknya akan menyediakan pelan bagi skim 1CARE dengan mengambil kira pandangan daripada masyarakat sebelum dilaksanakan.

"Kita harap masyarakat akan memberi pendapat dan pandangan mereka. Kita sangat telus dan terbuka. Sebab itu 'public engagement' ini diadakan," katanya selepas mengadakan program dialog dengan kumpulan doktor di Kuala Lumpur hari ini.

Liow pada 15 Mac lalu berkata, skim kesihatan 1CARE akan menyediakan pelan tindakan dalam masa dua tahun dan akan mengkajinya secara mendalam sebelum ia dilaksanakan.

SKANDAL ADUN KASANOVA SABAH

Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET


WALAUPUN sudah menunaikan fardu haji, namun ADUN Sabah yang berpangkat Datuk ini tidak dapat meninggalkan sikap kasanovanya dan terus menunjukkan hidung belang mengheret gadis dan wanita ke ranjang.

ADUN yang berpangkat 'Datuk' dan Pengerusi sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Sabah ini sudah mempunyai tiga isteri, namun kini sedang ligat mengusung 'dua gadis' berlainan masa dan menjadikan Hyyat Kinabalu sebagai 'Istana Hinggap' yang bilnya dibayar oleh Badan Berkanun berkenaan.

Siasatan Paparazzi mendapati Datuk 'S' (Bukan nama sebenar) ini telah bernikah dengan isteri kedua bernama 'SOFEA' (Bukan nama sebenar) yang dikenalpasti sebagai pemegang 'IC Projek' yang juga anak saudara kepada seorang pembesar negeri.

Sofea mempunyai salon rambut di Tingkat Dua Centre Point, Kota Kinabalu dan perkahwinan ini diketahui isteri pertama 'Datuk S' yang juga seorang pegawai kerajaan.

Kakitangan 'Istana Hinggap' memberitahu Paparazzi bahawa beliau sering melihat Sofea bermalam dengan Datuk S di 'Istana Hinggap' sejak lebih setahun lalu dan sering melihat kereta Sofea diletakkan di tempat letak kereta Hyyat.

Paparazzi berjaya mengekori Sofea yang tinggal di rumahnya di Ujana King Fisher yang dibeli Datuk S beberapa tahun lalu dan pernah melihat kereta Datuk S diletakkan di hadapan rumah Sofea.

Namun Sofea dan 'Datin J' (isteri pertama Datuk S) tidak mengetahui Datuk S bernikah dengan bekas isteri kedua seorang tokoh politik, 'Datuk Y' di Thailand yang bernama 'Datin N' (Bukan nama sebenar).

Datin N mengusahakan sebuah kedai cenderahati di sebuah komplek membeli belah di Kuala Lumpur dan tinggal di sebuah pangsapuri mewah di tengah ibu kota.

Kedua-dua pernikahan ini tanpa kebenaran Mahkamah (Poligami) dan kini Datuk S sedang memilih sama ada untuk menjadikan 'Z' atau 'M' sebagai isteri keempat atau terus menyimpan mereka sebagai 'Gundik'.

Untuk mengetahui siapakah Datuk S dan lanjutan Skandalnya, sila ikuti di siri yang akan datang kerana jika mendapat izin peguam, akan memaparkan gambar Datuk S dan segala aktiviti 'HARAM' Datuk S sebagai Pengerusi Badan Berkanun berkenaan sehingga berjaya mengumpul harta yang banyak.

Mustafa Ali Sahkan PAS Akan Tukarkan Anwar Ibrahim Selaku Ketua Pembangkang

KELAB GREENBOC

Kita memang cadang nak tukar Ketua Pembangkang - Mustafa


KUALA TERENGGANU: Menjawab soalan sama ada Pakatan Rakyat (PR) bersedia menukar Ketua Pembangkang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, ya.

“Selepas pilihan raya ke-13, kita memang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim digantikan oleh Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Mustafa berkata petang tadi, beliau ditanya wartawan daripada media perdana mengenai tindakan seterusnya yang akan dilakukan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar berjaya dilucutkan jawatan di parlimen oleh impeachment yang cuba dibawa Datuk S Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dalam permainan politik kuning Umno terbaru terhadap Anwar dalam isu biseksual.

Apabila wartawan tersebut bertanya samada PR bersedia menukar Ketua Pembangkang sekiranya berlaku, Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa memilih untuk menjawab secara sinis soalan nakal beliau dengan menyatakan setuju bahawa Anwar digantikan dengan Najib dan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13.

Terdahulunya, Shafee berkata usul yang dikemukakan Nalla akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.

Membalas tindakan Nalla dan Shafee, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata pengusulan pelucutan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang menandakan kedua-dua mereka jahil undang-undang.

“Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk. Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.

“Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan Anwar atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan.

“Tiada mekanisme untuk itu. Dalam standing orders, pun tak ada,” kata beliau di lobi parlimen. -HD

Kes Imam Hoslan Islamkan Banduan: Sesiapa Pun Boleh Islamkan Orang Lain

KELAN GREENBOC




J
abatan Penjara nafi Hoslan islamkan banduan

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan sebuah media online berhubung bekas imam yang dipenjarakan atas kesalahan menghina mahkamah selepas membaling selipar ke arah hakim, Hoslan Husin yang didakwa mengislamkan dua banduan dan menjadi imam di penjara Kajang.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara Supri Hashim dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah menghantar pegawai untuk menyiasat perkara tersebut dan hasil siasatan mendapati laporan itu tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai.

"Ibu Pejabat Penjara telah menghantar pegawai untuk menyiasat laporan media berkenaan kerana mendapati ia bertentangan dengan tatacara dan prosedur jabatan," katanya.

Pada Khamis, akhbar Harakah Daily melaporkan dan memetik kata-kata isteri Hoslan, Noorliza Mohd Isa yang memberitahu suaminya telah mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain serta menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

Hoslan merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan dipenjarakan selama setahun sejak 8 Mac lepas atas kesalahan menghina mahkamah selepas dia membaling selipar ke arah tiga panel hakim ketika mahkamah bersidang di Mahkamah Persekutuan, pada 22 Feb lepas.

Supri berkata, berasaskan prosedur yang diguna pakai oleh Jabatan Penjara, urusan pengislaman seseorang banduan dilaksanakan secara teratur dan melalui Jabatan Agama Islam dan bukannya banduan lain.

Sebaik sahaja seseorang banduan menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam proses pengislaman akan dilaksanakan dengan kehadiran pegawai dari Jabatan Agama Islam, pegawai agama Jabatan Penjara serta saksi-saksi yang diperlukan bagi memastikan pengislaman dilaksanakan secara teratur.

Katanya salah seorang banduan yang dilaporkan diislamkan oleh Hoslan sebenarnya telah memeluk agama Islam pada 2009 iaitu sebelum dipenjarakan.

Manakala seorang lagi dalam proses memeluk agama Islam yang mana akan diuruskan oleh Jabatan Agama Islam dalam masa terdekat.

Beliau juga berkata pegawai agama atau pembantu pegawai agama akan menjadi imam kepada banduan di surau-surau penjara dan bukannya banduan seperti yang dilaporkan oleh media tersebut.

Semua program keagamaan Jabatan Penjara akan dikendalikan oleh penceramah bertauliah atau pegawai agama penjara, katanya.

"Kemungkinan Hoslan hanya menjadi imam di sel bersama beberapa banduan lain yang ditempatkan bersama semasa mengerjakan sembahyang pada malam hari.

"Bagi tujuan keselamatan banduan tidak akan dikeluarkan dari sel mereka pada waktu malam. Oleh itu pada kebiasaannya semasa mengerjakan sembahyang berjemaah di dalam sel pada waktu tersebut banduan akan bergilir-gilir menjadi imam sesama mereka," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Mengajar Islam (berdakwah) dan mengislamkan orang lain adalah tugas mulia didalam Islam.

Sesiapa pun dari kalangan umat Islam boleh malah digalakkan melakukan kerja mengislamkan orang lain. Terlebih patut lagi kepada mereka yang mempunyai ilmu Islam kerana mereka akan ditanya kelak oleh Allah apakah mereka menyebarkan ilmu yang dikurniakanNya itu untuk menegakkan kalimah Allah.

Di dalam negara kita ini, ada kerja tambahan selepas mengislamkan seseorang iaitu mendaftarkan dengan jabatan agama Islam (dengan beberapa syarat seperti membawa saksi). Itu sekadar memenuhi formaliti untuk pengesahan dan untuk mendapatkan Kad Akuan Masuk Islam dan kemudian meminta muallaf berkenaan menghadiri kursus ilmu Islam terutama Kursus Intensif Fardhu ‘Ain atau Kelas Asas Fardhu ‘Ain anjuran mana-mana Jabatan Agama Islam / Cawangan Saudara Muslim di NGO-NGO Islam seperti PERKIM dan lain-lain.

Itulah pengalaman yang pernah GB lalui sewaktu mendaftarkan seorang muallaf satu ketika dulu.

Hakikatnya, seseorang itu telah Islam apabila dia mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan seorang Islam yang lain. Cuma syariatnya sahaja perlu memenuhi formaliti yang dinyatakan tadi untuk disahkan sebagai muslim di atas dunia ini.

Apa yang perlu diketahui juga, seseorang muallaf lebih selesa untuk belajar Islam dari orang yang disenanginya daripada mengahadiri kuliah secara paksa yang kadang kala lebih menambahkan kebingungan mereka terhadap Islam.

Sepatutnya Jabatan Penjara gembira dan berterima kasih kepada Imam Hoslan kerana turut membantu melaksanakan kerja dakwah di dalam penjara. Tetapi apa yang berlaku kerana politik, maka peranan imam berkenaan ditutup.

Justeru itu penafian jabatan Penjara di dalam hal ini sebenarnya amat tidak relevan samasekali.

Sepatutnya di dalam usaha dakwah kita berpegang kepada hadith Rasulullah yang mengingatkan kita supaya "sampaikan dariku sepotong ayat" (Hadith riwayat Bukhari) dan anjuran supaya kita "memudahkan dan bukan menyusahkan."

"Yassiru wala Tu'assiru, Bashshiru wala Tunaffiru",
yang bermaksud "pemudahkan jangan menyusahkan, beri khabar gembira bukan menakutkan" Hadith Riwayat Imam Ahmad.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca


Pagar Parlimen Indonesia Diroboh Dalam Demonstrasi Pagar



Beginilah keadaan pagar Parlimen Indonesia yang musnah akibat perbuatan penunjuk perasaan.

JAKARTA: Penunjuk perasaan yang melakukan demonstrasi di luar kawasan Parlimen Indonesia bagi membantah rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak bersubsidi telah bertindak merobohkan sebahagian pagar kawasan itu petang Jumaat.

Mereka merobohkan pagar sebelah kiri dan kanan pintu gerbang utama Parlimen Indonesia, ketika para wakil rakyat sedang bersidang untuk membuat keputusansama ada meluluskan atau menolak rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak bersubsidi sebanyak Rp1,500 (55 sen) mulai bulan depan.

Kejadian itu memaksa anggota pasukan keselamatan membentuk sekatan bagi menghalang penunjuk perasaan daripada menyerbu masuk ke bangunan Parlimen.

Beberapa kumpulan penunjuk perasaan telah mengadakan demonstrasi di luar bangunan Parlimen sejak pagi ini, dalam tindakan demonstrasi secara besar-besaran hari ini bagi membantah rancangan kenaikan harga minyak itu.

Polis menyediakan 22,000 anggota pasukan keselamatan termasuk 8,000 anggota tentera bagi mengawal keselamatan dan memelihara ketenteraman awam di ibu negara serta bandar-bandar di sekitar Jakarta. Pasukan keselamatan telah membuat persediaan untuk mengawal keadaan terhadap demonstrasi besar-besaran yang mereka jangka akan disertai 81,000 orang di seluruh negara pada Jumaat.

Di Jakarta, penunjuk perasaan menumpukan demonstrasi di tiga tempat iaitu di luar Parlimen, di Bulatan Hotel Indonesia dan di luar Istana Merdeka, iaitupejabat Presiden Indonesia.

Demonstrasi sama turut diadakan di sejumlah bandar di seluruh negara. Sehingga berita ini ditulis malam Jumaat, persidangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) belum membuat keputusan mengenai cadangan kerajaan itu kerana dua parti gabungan dalam kerajaan mengambil pendirian untuk tidak menyokong rancangan tersebut.

Parti-parti pembangkang telah sejak awal menolaknya.

Ketua DPR Marzuki Alie menangguhkan sementara persidangan pada petang ini bagi sesi melobi sokongan untuk undian.

"Kerana masih ada perbezaan pandangan di antara parti-parti, kita harus mencari formula dalam forum lobi, tidak mungkin dalam persidangan," kata Marzuki. Antara kumpulan yang berdemonstrasi di Jakarta ialah 1,000 penunjuk perasaan yang mewakili beberapa pertubuhan Islam dan mereka telah berarak dari Bulatan Hotel Indonesia menuju Istana Merdeka.

Mereka membawa sepanduk bertulis bantahan terhadap kenaikan harga minyakyang mereka sifatkan sebagai satu bentuk kemaksiatan.

Pertubuhan-pertubuhan yang bergabung dalam sebuah badan bernama Forum Umat Islam itu termasuklah Nahdlatul Ulama, Front Pembela Islam (FPI) dan Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII).

Sementara itu, akibat tindakan sekumpulan mahasiswa yang berdemonstrasimenyekat laluan kereta api Purwokerto-Yogyakarta di beberapa lintasan kereta apitengah hari ini, jadual dua perkhidmatan kereta api tergendala. - BERNAMA

Kerajaan Selangor Teliti Semula Plan Pembangunan Tanggani Banjir

MSTAR ONLINE

KLANG: Kerajaan Selangor akan meneliti semula semua pelan pembangunan di Klang berdasarkan kejadian dataran banjir 50 tahun.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ini bagi membantu kerajaan negeri mejangkakan senario banjir paling buruk dalam tempoh 50 tahun akibat hujan lebat dan air pasang.

"Sebagai permulaan kita akan meneliti pelan pembangunan di Klang yang mesti lulus ujian kejadian dataran banjir 50 tahun.

"Langkah ini perlu susulan beberapa kejadian banjir kilat yang melanda Klang hari ini (Jumaat) iaitu di Kampung Delek, Teluk Gadong, sebahagian Pandamaran, Kota ShahAlam, Selat Kelang dan Taman Seri Andalas," katanya pada sidang media selepas taklimat keadaan banjir di Kampung Delek, dekat sini.

Dataran banjir adalah kawasan bersebelahan sungai dan anak sungai yang kerap dilanda banjir, manakala dataran banjir 50 tahun merujuk kepada kejadian banjir yang berulang selang 50 tahun. Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata beliau telah mengarahkan agensi berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya serta Majlis Perbandaran Klang menyediakan kajian terperinci mengenai perkara itu.

Katanya kajian itu akan dijadikan panduan dalam pembangunan tanah di mana kerajaan negeri akan menasihatkan pihak berkenaan tidak membangunkan sesebuah kawasan jika kawasan itu berdepan kemungkinan banjir.

Beliau berkata kerajaan negeri juga tidak akan memberi pampasan kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir hari ini kerana mereka tidak dilindungi insurans berkaitan.

Sementara itu, Pegawai Daerah Klang Datuk Bakhtiar Hussin yang turut hadir pada taklimat tersebut, berkata mereka telah memperuntukkan sepuluh pusat bantuan bagi menempatkan mangsa jika keadaan banjir semakin buruk pada masa hadapan.

Pemangku Presiden Majlis Perbandaran Klang Ehsan Mukri pula menyangkal banjir hari ini berpunca daripada sampah yang tidak dikutip.

"Punca utama ialah hujan lebat. Itu sahaja. Tidak ada kaitan dengan kutipan sampah," katanya. - BERNAMA

Azab dicucuh api

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Asmah Rusman

PERJELAS...nenek mangsa dera menceritakan bagaimana cucunya diberi layanan buruk oleh suspek.

PERJELAS...nenek mangsa dera menceritakan bagaimana cucunya diberi layanan buruk oleh suspek.

KESAN LUKA...belakang badan mangsa dera.

KESAN LUKA...belakang badan mangsa dera.


KAJANG: Penderitaan yang ditanggung seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terbongkar apabila guru kelasnya hairan dengan kehadirannya ke sekolah hanya tiga hingga empat hari sebulan.

Guru itu juga mengesan beberapa kesan terbakar pada tangan dan kaki apabila kanak-kanak berkenaan dipanggil ke bilik guru.

Sebaik mengesyaki anak muridnya didera, guru berkenaan segera menghubungi ibu saudara dan neneknya untuk dibawa pulang sebelum kanak-kanak malang itu ditahan di hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Kejadian menimpa kanak-kanak itu didedahkan neneknya yang mendakwa kekasih gelap ibu mangsa disyaki melakukan perbuatan berkenaan.

Menceritakan kembali kejadian malang yang menimpa cucunya, warga emas itu berkata, dia mengetahui penderitaan yang ditanggung anak kecil itu dan pernah berulang kali menasihati lelaki berkenaan, namun tindakannya itu mengundang padah apabila dia dibelasah.

MMS pelacur Timur Tengah

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

BUKTI...Danny menunjukkan antara MMS yang dihantar  sindiket pelacur Timur Tengah.

BUKTI...Danny menunjukkan antara MMS yang dihantar sindiket pelacur Timur Tengah.

IPOH: Rupa paras persis artis Barat, bulu mata lentik dan bertubuh langsing menjadi modal kepada sindiket pelacuran untuk menawarkan wanita Timur Tengah kepada pelanggan di negara ini menggunakan SMS dan MMS.

Kumpulan wanita Timur Tengah dari pelbagai negara ini, termasuk Syria, Iran, Yaman dan Maghribi bergerak dari bandar ke bandar bergantung kepada tempahan pelanggan.

Rata-rata wanita yang diletakkan pada gred 1 itu yang masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial menawarkan khidmat seks kepada lelaki tempatan yang sanggup membayar harga tinggi sehingga RM1,000 bagi sekali perkhidmatan.

Perkara ini didedahkan beberapa lelaki tempatan yang pernah mendapatkan khidmat mereka yang disifatkan unik walaupun perlu mengeluarkan modal besar.

Seorang eksekutif bank yang mahu dikenali sebagai Danny, 30, mendakwa menerima kiriman MMS dipercayai dihantar ke telefon bimbitnya oleh sindiket pelacuran tempatan yang menguruskan pelacur Timur Tengah.

5,000 pengunjung KLCC panik

HIDAYAH HAIROM

Pengunjung keluar bangunan KLCC selepas mendapat arahan pengosongan.

KUALA LUMPUR - Kira-kira 5,000 pengunjung di Pusat Membeli-belah Suria KLCC di sini, panik menerima arahan pengosongan bangunan apabila berlaku kebakaran di bahagian dapur sebuah restoran tingkat satu bangunan tersebut, petang semalam.

Arahan pengosongan tersebut dikeluarkan sebagai langkah keselamatan sebelum keadaan kembali seperti biasa kira-kira sejam kemudian.

Dalam tempoh pengosongan tersebut, tiada sesiapa yang dibenarkan memasuki kawasan parkir dan menggunakan perkhidmatan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) membuatkan keadaan mula sesak.

Penolong Pengarah Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.28 petang sebelum empat jentera bersama 30 anggota dari Balai Bomba Pudu, Jelatek, dan Hang Tuah diarahkan ke lokasi.

Menurutnya, ketika pasukan bomba tiba api serta asap kelihatan keluar dari corong asap di atas bumbung bangunan tersebut.

“Pasukan bomba bertindak mengawal api dan asap di bahagian tersebut sementara pekerja restoran dan pihak pasukan bertindak pusat membeli belah ini mengambil tindakan awal memadamkan kebakaran di bahagian dapur menggunakan cecair kimia.

“Alat pemadam api juga berfungsi dengan sempurna membantu daripada api terus merebak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati kebakaran di restoran tersebut bermula dari corong penyedut asap.

Katanya, tiada sebarang letupan dilaporkan berlaku dan pihaknya akan membuat siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Jumlah kerugian belum dikenal pasti,” katanya kepada Sinar Harian.

Lelaki simbah asid diberkas, seorang lagi diburu

nurul riduan nor ashaha

SHAH ALAM - Seorang lelakiyang disyaki menyimbah asid keatas dua wanita di sebuah hentian bas di Rawang diberkas malam tadi.

Suspek berusia 30 tahun ditahan dirumahnya dalam serbuan di Taman Rasa Utama, Rasa, Kuala Kubu Bahru, kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, seorang lagi lelaki yang terlibat dalam kejadian ragut dan simbah asid itu masih diburu.

Dalam kejadian Selasa lalu, S Rani, 46, melecur teruk dibeberapa bahagian badan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.

Seorang lagi mangsa, Nuraqilah Osman, pelajar tingkatan dua, melecur di bahagian belakang badan.

Laman web FAM digodam susulan isu Annuar

NORASHIKIN LEMAN

fam godam
fam godam

SHAH ALAM - Laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam hari ini, dipercayai tengah hari tadi - sehari selepas Presidennya Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa timbalan baginda, Tan Sri Annuar Musa telah melakukan "kesalahan besar" dan akan berhadapan dengan hukuman berat bulan depan.

Penggodam yang hanya menggelar mereka "Mesej dari rakyat_marhein" antara lain meninggalkan beberapa foto dan karikatur yang menggambarkan seolah-olah FAM mengawal dan cuba menutup mulut pegawai-pegawai kanannya daripada membuat kenyataan media.

Selain itu, penggodam juga mesej meminta FAM dirombak semula dan mahu presidennya meletakkan jawatan.

Serangan penggodam ini bukan kali pertama ke atas laman web FAM. Ia pernah digodam beberapa kali ketika FAM dan sukan bola sepak negara berhadapan dengan kontroversi.

Antaranya, FAM telah digodam Oktober lalu berikutan isu kenaikan harga tiket perlawanan Piala Malaysia.

Semalam, Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa Annuar telah melakukan satu kesalahan besar dan akan berdepan dengan Jawatankuasa Tatatertib FAM pada 4 April ini untuk mengetahui keputusan mengenai kesnya itu.

“Dia (Annuar) perlu berdepan dengan Jawatankuasa Disiplin kerana apa yang dilakukan itu kesalahan besar. Bila sudah buat satu tindakan tidak bijak yang menyalahi undang-undang, dia kena berhadapan dengan tindakan itu,” titah baginda.

Dalam pada itu baginda bertitah, tindakan Annuar itu merupakan sesuatu langkah tidak wajar dan akhirnya memakan diri sendiri.

Baru-baru ini Annuar, bekas menteri Kabinet Persekutuan, melahirkan keraguan terhadap kemampuan Malaysia mempertahankan Piala Suzuki AFF November ini ekoran aksi goyah sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun pada satu majlis di Shah Alam baru-baru ini, Annuar berkata, kenyataan beliau disalah tafsir pihak media kerana beliau hanya mengkritik pasukan kebangsaan, tidak merujuk kepada mana-mana individu termasuk Datuk K Rajagobal.

Antara pertuduhan ke atas Annuar ialah melanggar Statut FAM dengan membuat kenya­taan akhbar, di mana hanya Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pe-ngurusan Pasukan Kebangsaan FAM saja boleh beri komen mengenai skuad kebangsaan.

Dalam pada itu, sekitar jam 5 petang tadi, foto dan karikatur telah dikeluarkan, sebaliknya hanya tinggal susulan indeks segmen-segmen laman web.

PM: Pindaan Akta Mesin Cetak ke Parlimen sesi semasa

SINAR HARIAN


mpi

KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 akan dibentangkan di Parlimen pada sesi yang sedang berlangsung bersama dengan undang-undang yang akan menggantikan Akta Keselamatan dalam Negeri 1960, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, selain daripada memansuhkan keperluan pembaharuan lesen secara tahunan, kerajaan juga mengambil keputusan untuk mengkaji secara komprehensif terhadap keperluan kewujudan akta sedia ada dengan mengambil kira kemajuan sektor teknologi komunikasi maklumat (ICT) hari ini.

"Kerajaan tidak boleh dilihat sebagai mempunyai 'double standard' (memberi layanan berbeza) dalam peraturannya terhadap media cetak dan media digital," katanya ketika berucap pada majlis Malam Kewartawanan Malaysia dan penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2011 di sini malam ini.

Najib berkata, langkah-langkah yang kerajaan laksanakan barang kali digemari pihak antarabangsa sehingga menyebabkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia pada 2011 bertambah baik berbanding tahun sebelumnya.

Di kalangan 178 negara yang dipantau organisasi Wartawan Tanpa Sempadan, Malaysia kini berada pada tangga 122 berbanding 141 pada 2010, naik 19 anak tangga, katanya.

"Di kalangan negara-negara Asia Tenggara, kita berada di tangga pertama menewaskan jiran kita Indonesia yang tidak memerlukan permit untuk menerbitkan akhbar.

"Tetapi sebelum dibuai oleh penilaian itu, ingin saya tegaskan kita tidaklah terlalu taksub dengan 'rating' (penarafan) yang diberi oleh pihak luar itu atau menjadikan penarafan itu satu 'gold standard' (piawaian emas) dalam mengukur kebebasan media kita. Kita mempunyai nilai dan kepentingan tersendiri yang perlu dijaga," katanya.

Beliau berkata kerajaan amat menyedari keperluan dan peranan media yang bebas, adil dan bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perkembangan sesebuah negara.

"Kita perlu bersyukur kerana Malaysia semenjak merdeka telah memiliki tradisi serta budaya media seumpama ini. Hakikatnya dalam komuniti hampir 200 negara-negara bangsa di dunia, kenapakah ada negara yang berjaya dan kenapa pula ada negara yang dikategorikan sebagai gagal.

"Apakah faktor-faktor yang menentukan jaya atau gagal sesebuah negara? Adakah ia faktor sumber asli, kepimpinan, institusi, corak demografi, geografi, sistem nilai atau kombinasi faktor-faktor tersebut serta faktor-faktor lain yang tidak disebut?" soal beliau.

Najib berkata dalam lipatan sejarah, ada negara yang mempunyai sumber alam yang melata dan modal insan yang produktif namun menjadi negara yang gagal.

Ada juga negara yang berjaya sebahagian daripada perjalanan tetapi kemudian mula terbantut proses pembangunannya manakala ada juga kategori yang walaupun tandus sumber alam tetapi berjaya kerana gabung jalin faktor-faktor lain yang dimiliki, katanya.

"Jawapan kepada persoalan ini bukan mudah tetapi saya yakin dan percaya peranan dan kepentingan pihak media tidak dapat dinafikan.

"Jika media sesebuah negara tidak memainkan peranan yang sepatutnya sebagai cerminan nurani, aspirasi, denyut nadi dan keluh kesah rakyat dengan menyebar maklumat, mendidik, advokasi dan mencetuskan debat terhadap isu semasa, dasar awam dan kepentingan umum secara adil dan bertanggungjawab maka media sebenarnya 'are not doing a service' (tidak memberi khidmat) kepada negara, rakyat dan kerajaan," katanya dipetik Bernama.

Friday, March 30, 2012

21 Pemuda Umno Jelutong sertai PAS


Harakahdaily,


JELUTONG:
Ketika riuh rendah Umno menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang, seramai 21 orang dari Pemuda Umno Kampong Dodoi Pulau Pinang menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS.

(Mujahid menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari wakil 21 Pemuda Umno)

Mereka berbuat demikian dalam satu majlis yang diadakan di perkarangan Pasti cawangan Kampong Dodoi malam ini.

Berucap dalam majlis penyerahan borang ialah Ustaz Taqiyudin Hamzah YDP PAS Jelutong dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari mereka.

Beliau turut memberi ucapan dan mengalu-alukan penyertaan Pemuda Umno yang membuat pilihan yang tepat dalam keputusan mereka.

"Ini satu kehebatan kerana di sebalik serangan bertubi-tubi Umno terhadap PR di Pulau Pinang dan PAS, mereka tetap bertegas untuk bersama PAS," kata Mujahid dalam ucapan itu.

Dr Mujahid juga menyatakan bahawa PAS adalah parti pilihan terbaik untuk orang Melayu Pulau Pinang memandangkan kerajaan yang memerinah hari ini adalah dari Pakatan Rakyat.

Dengan memberikan sokongan kepada PAS, suara orang Melayu akan dapat diperjuangkan dengan lebih berkesan, jikalau tidak Umno akan menjadikan orang Melayu sebagai umpan politik mereka dan akhirnya merugikan orang Melayu di Pulau Pinang.

Turut hadir ialah Ketua AMK Jelutong sdr Khairil Anuar Kamarudin.

Menurut Pemuda Umno yang berhijrah ke PAS, mereka sudah muak dengan sikap Umno yang hanya menggunakan mereka bila diperlukan tetapi dalam banyak keadaan meminggirkan sumbangan mereka.

Cari pemenang PRU-13 melalui debat Anwar-Najib

Yaakub Dasan,


RANTAU PANJANG: Sudah sampai masanya debat terbuka di antara pemimpin utama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) diadakan bagi membolehkan rakyat menilai ketokohan peneraju negara selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Lagi pun semalam Tun Dr Mahathir Mohamad secara berterus terang memberitahu sukar meramalkan keputusan PRU ke-13 disebabkan banyak analisis yang dibuat mengambarkan pelbagai pandangan.

Kata bekas perdana menteri itu ada pihak menyebut prestasi BN meningkat, namun ada pihak lain mengambarkan keadaan sebaliknya.

Timbalan Exco Kerajaan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, hanya melalui perdebatan terbuka seperti yang diamalkan di banyak negara maju membolehkan rakyat membuat penilaian secara lebih adil dan saksama.

“Lagi pun sebelum ini sudah ada pihak yang sedia menganjurkan perdebatan antara Dato’ Seri Najib Razak, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin.

“Perdana Menteri perlu membuat keputusan secepat mungkin bagi membolehkan perkara itu berjalan dengan teratur dan bukannya membuat pelbagai alasan bagi mengelakkan debat diadakan,” katanya di sini.

Baru-baru ini pengasas Wikileaks, Julian Assange sedia menganjurkan debat tersebut. Bagaimanapun media pro Umno memberi gambaran sebaliknya dengan mendakwa Anwar enggan berdebat dengan Raja Petra.

Sedangkan pada 22 Mac lalu Anwar yang juga Ketua Pembangkang menyatakan persetujuan berdebat dengan Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri serta telah memberi jawapan melalui Twitter kepada Assange.

Abdul Fatah yang juga Adun Bukit Tuku berkata, sekarang orang ramai tertunggu-tunggu untuk mengikuti debat tersebut dan ia sudah menjadi topik paling hangat di kedai-kedai kopi di merata tempat.

Perarakan ke pejabat PM bantah penyenaraian Felda

Kira-kira 200 orang berarak dari Masjid Putrajaya ke depan Pejabat Perdana Menteri tidak jauh dari situ bagi membantah penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

NONEPerhimpunan yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman (kiri) itu turut disertai, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Ketua Biro Felda PKR Suhaimi Said.

Orang ramai yang menyertai perarakan itu turut membawa sepanduk yang bertulis "kami tolak FGHV", "Selamatkan Felda" kain panjang yang ditandatangan orang ramai bagi menolak penyenaraian.

Mereka juga melaungkan melaungkan "Reformasi" dan slogan anti-Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berbunyi "Turun Isa Samad" dan "Isa Samad tipu peneroka".

NONEBagaimanapun, ketika hendak menyerahkan memorandum, hanya lima wakil sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam pejabat perdana menteri, termasuk A Samad, Mazlan, Suhaimi dan Pengerusi JINGGA 13 Fariz Musa.

"Kita dah beri penerangan pada (wakil pejabat Najib) S Azhar. Kita juga minta perdana menteri meluangkan masa untuk bertemu dan bersemuka dengan kita untuk nyatakan tuntutan daripada peneroka," katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum di Putrajaya hari ini.

Selain itu, Mazlan sekali lagi mengulangi desakannya supaya perdana menteri agar membatalkan penyenaraian Felda kerana ia merupakan kepentingan orang Melayu.

NONE"Bagaimana nasib orang Melayu nanti jika tanah orang Melayu nanti lenyap. Hampir 97 peratus Felda ini orang Melayu.

"Felda kini dalam krisis dan pergolakan yang mana ia tak pernah berlaku sebelum ini. Saya harap jangan sebab nak pertahankan Isa Samad, (seramai) 1.6 juta warga Felda hancur," katanya.

Perarakan itu juga kelihatan penuh warna warni apabila terdapat peniaga mengambil kesempatan baju-T kempen membantah penyenaraian FGVH.

Bendera PAS dibakar dua malam berturut-turut


Harakahdaily,


PULAU PINANG:
PAS Nibong Tebal merakamkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang membakar bendera PAS dua malam berturut-turut melibatkan sembilan bendera.

(Mujahid melihat gambar bendera PAS yang dibakar)

Peristiwa khianat itu berlaku di markas PAS, Tanjong Berembang di Dun Sungai Acheh.

Tuan rumah memaklumkan beliau sedar dengan kejadian apabila bangun Subuh dan melihat bendera telah terbakar.

Laporan polis telah dibuat dan polis diharapkan dapat menjalankan siasatan segera.

Pagi ini , AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof sempat melawat tempat kejadian sambil meminta pihak yang terdesak supaya jangan bermain api.

PAS adalah parti yang dihormati dan menghormati demokrasi, pihak polis diminta menjalankan rondaan di kawasan tersebut kerana ia berlaku dua malam berturut-turut.

PAS tidak akan terkesan dengan tindakan tidak bertamadun ini malah berazam terus untuk memastikan kemenangan bersama rakan dalam pakatan di Dun Sungai Acheh, ujar beliau.

Turut hadir ke tempat kejadian ialah Ketua Penerangan PAS Kawasan Nibong Tebal dan AJK PAS cawangan Simpang Tiga yang baru ditubuhkan.

Beberapa hari sebelum ini satu ceramah besar-besaran berhampiran dihadiri oleh Datuk Deri Anwar Ibrahim dan Dr Mujahid menyaksikan kehadiran yang luar biasa oleh penduduk setempat.

Tidak selesai, kita jumpa di Rio - anti Lynas

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Sebuah NGO yang memperjuangkan penutupan kilang Lynas di Gebeng bercadang untuk berdepan dengan Perdana Menteri di sidang Earth Summit 2012 di Rio de Janeiro jika ia tidak diselesaikan.

"Kami akan berdepan dengan Najib di Rio de Janeiro) jika ia tidak diselesaikan menjelang 20 Jun ini," kata Zulkefly Mohamad Omar (gambar), Pengerusi Green Clean World yang memperjuangkan penutupan kilang Lynas di Gebeng.

Earth Summit 2012 akan diadakan di Rio De Janeiro, Brazil 20 - 22 Jun 2012 ini.

Menjadi amalan biasa, NGO dari seluruh dunia yang memperjuangkan alam sekitar akan berhimpun menjelang perhimpunan di kalangan ketua-ketua kerajaan.

Bruno Masel pernah berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika beliau menjadi Perdana Menteri bagi memperjuangkan hak orang Penan ketika Earth Summit sebelum ini.

Zulkefly berkata, jika pilihan raya umum diadakan sebelum 20 Jun dan Pakatan Rakyat menang, kilang Lynas akan dibatalkan sebagaimana dijanjikan Pakatan.

"Namun jika pilihan raya belum berjalan menjelang 20 Jun, dan Lynas tidak ditutup, kita akan ke Rio untuk bertemu PM di sana," kata beliau yang jga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS.


Solidariti Hijau 13 April


Sementara itu, Zulkefly memaklumkan, Himpunan Solidariti Hijau Semalaysia akan diadakan di Shah Alam 13 April ini.

Ia bertujuan untuk meneruskan tekanan agar kerajaan membatalkan kilang Lynas yang akan dibuka di Gebeng, Kuantan.

"Kita akan berhimpunan dari Masjid Negeri selepas solat Jumaat dan berarak ke Dataran Shah Alam...kita harap orang ramai menyertai bantahan ini," katanya.

Beliau juga memaklumkan, selain perhimpunan di Shah Alam, mereka juga akan mengadakan perhimpunan serupa di seluruh negara.

"Maklumat terperinci akan dimaklumkan 4 April ini diperkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta," kata Zulkefly.

4 April ini, Mahkamah Tinggi akan bersidang secara terbuka bagi mendengar afidavit dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) yang telah disaman oleh 10 penduduk Kuantan ekoran kelulusan TOL kepada Lynas.

PTPTN: Mahasiswa Pantai Timur juga akan turun demo

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR:
Himpunan mansuh PTPTN anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang bakal diadakan di Dataran Merdeka pada 14 April ini mula mendapat sokongan mahasiswa.

Terbaru, kumpulan Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) turut menyatakan kesediaan untuk turun ke Kuala Lumpur menyertai himpunan itu nanti.

"Gempur bersolidariti dengan demonstrasi anti PTPTN pada 14 April ni.

"Saya wakil daripada Gempur akan bersama-sama dengan SMM dan beberapa kumpulan gabungan mahasiswa dalam demostrasi ni," kata presidennya Syahmi Hazim.

SMM sebelum ini mengumumkan akan mengadakan perhimpunan menuntut PTPTN dimansuhkan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.

Mereka juga mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman PTPTN turun menyertai himpunan itu.

"Gempur berpendirian, bahawa, PTPTN harus dimansuhkan dan sasaran demo ni bukan sahaja kepada pelajar, tetapi juga kepada seluruh rakyat.

"Ianya termasuk pekerja yang terbeban dengan hutang ni, mahupun ibu bapa yang menjadi penjamin kepada mereka, yang menerima beban kepada kepincangan sistem pendidikan di Malaysia ni," katanya.

Umno utamakan calon boleh menang, disukai ramai - Tajuddin

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR: Umno tidak pernah meminggirkan golongan cerdik pandai untuk menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pilihan raya umum, kata Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Sebaliknya menurut beliau, golongan ini sentiasa dialu-alukan, namun faktor yang lebih penting ialah, mereka bukan hanya perlu bijak tetapi haruslah diterima oleh masyarakat secara keseluruhannya.

" Kalau calon tersebut daripada kalangan cerdik pandai dan diterima rakyat, kita tiada masalah untuk beri peluang. Kita mahukan calon yang boleh menang dan disukai rakyat.

" Umno parti yang amalkan demokratik. Yang bagi peluang sebenarnya ialah ahli Umno. Kalau ahli tersebut mahu pegang sebarang jawatan, bertandinglah. Cuma kalau bertanding, ia tidak diukur berdasarkan kelulusan semata-mata. Semuanya berdasarkan sokongan dan penerimaan ahli. Penerimaan mereka pula didasari dengan keyakinan yang tokoh atau calon yang dipilih itu mampu memberi perkhidmatan kepada ahli dan juga rakyat," katanya.

Tajuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang meminta kepimpinan Umno di peringkat bahagian dan cawangan membuka seluas-luasnya peluang kepada golongan profesioanal dan cerdik pandai menyertai Umno.

Mahathir berpendapat, parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk Pas.

"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di sini, Rabu lalu.

Mengulas isu sama, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui AntaraPos.com berkata, pemilihan calon dalam Umno adalah berdasarkan sistem demokrasi yang mengutamakan pendapat ahli majoriti.

"Ini masalah demokrasi, bukan masalah siapa-siapa. Kalau kita lihat, demokrasi bukanlah pemilihan berdasarkan yang terbaik sahaja. Demokrasi ini adalah pemilihan berdasarkan yang paling popular (majoriti), yang dipilih rakyat, dan bukan berdasarkan merit. Ia adalah persepsi masyarakat, yang diterima masyarakat," jelas beliau.

"Orang cerdik pandai pula tidak semestinya pilihan yang baik, berkemungkinan dia tidak bagus dalam pengucapan awam, lantang bersuara dan sebagainya," katanya lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menekankan bahawa beliau hanya mahukan calon boleh menang untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ini merupakan satu prinsip yang sangat penting sebab kalau kita meletak calon, itu bererti calon itu mewakili BN dan kita perlu calon itu menang sebab kita nak membentuk kerajaan.

"Tolong beri saya calon-calon yang boleh menang, saya tidak peduli sama ada mereka tua, baru atau pertengahan umur asalkan mereka boleh menang,"ujar Najib.

Lebih 100 berdemonstrasi bantah Anwar sokong Israel

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR: Kemarahan beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam terhadap sokongan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyokong Israel dan rejim Zionis terus memuncak.

Hari ini, lebih 100 wakil NGO itu mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur.

Ini kerana parti Islam itu yang berkeras mengatakan bahawa adalah haram mengadakan sebarang hubungan dengan Israel, lebih-lebih lagi jika mereka menyokong agenda Zionis tetapi gagal membidas ketua pembangkang itu.

Dalam demonstrasi selama sejam bermula pukul 11 pagi itu, mereka turut menyerahkan memorandum kepada wakil PAS.

Walaupun Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik pada 14 Februari lalu mahu Anwar menarik balik kenyataannya yang didakwa menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) atau menyaman media itu jika laporannya tidak benar, namun ketua umum PKR itu tidak berbuat demikian.

Anwar sekadar berkata, beliau memahami perbezaan pendirian antara PKR dan PAS dalam isu itu tetapi menegaskan mereka berkongsi hasrat melihat tertegaknya Palestin yang merdeka.

Malah, katanya, kenyataannya kepada WSJ yang juga menyatakan "pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin" tidak disiarkan sepenuhnya.

'Saya akan dedahkan komplot Kristianisasi Isnin ini' - Hasan Ali

Post Pic



Selaku Presiden JATI saya terpanggil untuk memberi ulasan terhadap program Tafaqquh Ilmi yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor yang bertajuk, “Pemantapan Aqidah: Bahaya Liberalisme dan Pluralisme dan Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam – Apa Peranan Guru ?”

Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan tersebut, JATI memandang tinggi langkah pro-aktif yang diambil oleh kedua-dua jabatan di atas. Saya berpendapat masa dan ketikanya sangat bertepatan bagi mana-mana pihak menganjurkan program sedemikan.
Pada masa yang sama saya memandang berat tindakan setengah pihak yang mempertikaikan program tersebut kononnya program sedemikian akan menimbulkan ketegangan agama dan kaum.

Lebih parah daripada itu mereka menuduh langkah ini adalah sebahagian daripada agenda pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan politik.

Saya hairan bagaimana pihak-pihak tersebut mengenepikan usaha murni sebegini dan cuba menggambarkan bahawa ancaman aqidah bukan merupakan suatu isu besar yang perlu ditangani secara bersungguh-sungguh.
Saya juga hairan bagaimana seorang bekas pimpinan gerakan Islam memandang remeh program yang dianjurkan sedangkan pandangan-pandangan mengenai isu ini yang biasa diutarakan mengatakan bahawa isu murtad sudah sampai ke tahap yang begitu serius.
Saya menjadi bertambah hairan apabila pimpinan PAS sendiri melalui Naib Presidennya melihat isu ini sebagai satu mainan politik.

Saya sedih dengan tindakan yang terpaksa diambil oleh penganjur menggugur perkataan Kristianisasi daripada tajuk asal program atas desakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang lebih suka supaya masyarakat mengambil sikap lepas tangan. Bagi saya ancaman Kristianisasi merupakan ancaman yang nyata yang tidak perlu diselindungkan.

Saya sendiri mempunyai pengalaman peribadi dalam hal ini. Ancaman Kristianisasi di Selangor seperti yang berlaku dalam kes di DUMC sesungguhnya sangat membimbangkan. Salah satu daripada bukti wujudnya usaha mengkristiankan orang- orang Islam akan saya bentangkan di dalam sidang media hari Isnin ini.

Suka saya ingatkan bahawa ancaman Kristianisasi bukanlah merupakan propaganda mana-mana pihak seperti yang dituduh sebaliknya ia adalah peringatan Allah SWT sendiri melalui Firman-Nya di dalam Kitab Suci Al-Quran (Al-Baqarah: 120)

"Orang-orang Yahudi (Jews) dan Nasrani (Christians) tidak sekali-kali akan redha atau suka kepadamu sehinggalah engkau menurut agama mereka". ANTARA POS.COM

Mansuh PTPTN antara manifesto PRU 13

Oleh: Mohd Martin Kahar



KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat dijangka melancarkan manifesto pilihanraya umum ke-13 pada 29 April ini di Melaka.

Ketua Angakatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar) berkata salah satu perkara yang menjadi keutamaan dalam menifesto itu adalah pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasaional (PTPTN).

“Ya mansuh PTPTN adalah menjadi keutamaan kepada kita. Kita mahu mewujudkan sistem pendidkan percuma kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui Keadilan Daily di Bangunan Parlimen hari ini.

Sebelum itu, Shamsul mempengerusikan mesyuarat Pemuda Pakatan Rakyat yang turut disertai Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke.

Shamsul berkata, selain PTPTN, manifesto itu juga turut mengandungi hasrat Pakatan Rakyat memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang selama ini mengongkong mahasiswa.

“Kita juga akan mengumumkan beberapa insentif kepada golongan muda dan keluarga muda,” katanya.

Minggu lalu isu pemansuhan PTPTN menjadi topik hangat apabila Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu berjanji memansuhkan PTPTN apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Pembatalan itu kata Anwar selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.

Zunar ketuai program kartunis bantah Lynas

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR: Kartunis politik tanahair, Zunar mengetuai sekumpulan kartunis mengadakan program kesedaran bahaya sisa nadir bumi (rare earth) kepada penduduk Kuantan pada 31 Mac ini.

Ia adalah program anjuran bersama kumpulan kartunis itu dan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) serta Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar).

Menurut Zunar (gambar) atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque, program itu akan disertai angkatan kartunis tanah air seperti Johnny Ong, Nor Azlin Ngah (Jonos), Azman Md Noh, Azmie Taha dan Abdullah Jones.

Antara program yang akan diadakan pada hari itu pula ialah peraduan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak, acara melukis karikatur, melukis ‘banner’ secara terbuka dan demonstrasi melukis kartun, kata Zunar.

“Program amal ini adalah sebagai melaksanakan tanggungjawab kami sebagai kartunis kepada masyarakat.

“Kami berharap kaedah penerangan menerusi program santai begini akan memberi lebih kesedaran kepada masyarakat setempat dan generasi akan datang tentang bahaya sisa nadir,” kata Zunar.

Menurut Zunar lagi, program itu dipecahkan kepada dua sesi berasingan.

“Di Balok, program bermula jam 3 hingga 5 petang bertempat di Dewan Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad manakala program di Teluk Cempedak bermula jam 8 malam.

“Peraduan mewarna dikhususkan kepada kanak-kanak dan remaja. Hadiah-hadiah menarik disediakan dan pendaftaran boleh dibuat di tempat pertandingan pada hari tersebut. Manakala orang dewasa boleh mengambil bahagian dalam acara melukis kain rentang serta karikatur,” katanya.

25 Mac lalu, Zunar baru sahaja melancarkan buku terbarunya berjudul ’1Moolaysia’ di Petaling Jaya.

Selain mengusik isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, buku terbaru itu juga menyentuh pelbagai isu semasa antaranya tindakan imam kontroversi, Hoslan Hussein membaling kasut kepada hakim di mahkamah.

Sebelum ini pada Julai 2010, kerajaan mengharamkan tujuh buku kartun Zunar dengan alasan kandungannya menjejas ketenteraman awam.

Kilang pencetak diugut agar tidak mencetak buku Zunar atau menghadapi risiko kehilangan lesen manakala kedai di seluruh negara diberi amaran supaya tidak menjual bukunya.

Pada September 2010, Zunar ditangkap dan dimasukkan ke lokap di bawah Akta Hasutan sebelum dibebas atas arahan mahkamah.

Beliau turut menerima pengiktirafan antarabangsa apabila dianugerahkan “Anugerah Keberanian menentang Penapisan” di Festival Menentang Penapisan VI pada 10 November 2011.

Lanjutan daripada anugerah itu beliau dijemput menjadi karyawan tamu Artists-in-Residence 2011 selama tiga bulan oleh BilbaoArte/Fundacion BBK, sebuah yayasan kesenian di Bilbao, Sepanyol.

Sebelum itu beliau juga dianugerahkan “2011 Award in Editorial Cartooning” oleh Cartoonist Rights Network International (CRNI) St Petersburg, Florida, pada 7 Julai 2011.

Nama hilang daftar pemilih, SPR maklum Ivan Ho sudah ‘mati’

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Seorang pengundi terkejut apabila mendapati beliau sudah mati mengikut daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia terbongkar apabila Ivan Ho Heng Thong, 54, melalui Setiausaha Ranting KEADILAN Taman Pekan Baru, Delren Douglas membuat semakan ke atas punca kehilangan nama Ivan dari daftar pemilih sebelum ini.

Kata Delren, Ivan cuba mendaftar namanya sebagai pemilih di pejabat pos Pudu pagi tadi tetapi tidak boleh kerana pernah mendaftar sebelum ini manakala laman web SPR juga tiada rekod.

“Saya kemudian ke pejabat SPR Putrajaya. Mengikut mereka, Ivan dikeluarkan daripada senarai pengundi kerana beliau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengisytihar mati oleh JPN,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.

Keratan akhbar Suara Keadilan edisi 58.

Berita kehilangan nama Ivan Ho disiar Suara Keadilan edisi 58 sekitar dua minggu lalu. Beliau membuat laporan di balai polis Kota Damansara 10 Maclalu selepas menyedari namanya hilang dalam daftar pemilih walaupun pernah lima kali mengundi di Bukit Lanjan.

Beliau juga mengundi pada pilihan raya (PRU) ke-12 p[ada 2008

Mahasiswa berdemo anti-PTPTN 14 April

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPURc: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5000 mahasiswa dan ‘mangsa’ hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.

Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang, lapor Malaysiakini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi ini.

“Ia simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN,” katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Afiq Asyraf, penggerak “Kelab Mangsa PTPTN” bawah Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh dan Setiausaha Agung Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia, Mohammad Hafizudin Abdul Mukti.

Sementara itu, Mohamad Hafizudin berkata perhimpunan itu juga bagi menuntut kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, bermula tadika sehingga PhD.

Katanya saban tahun, semakin ramai graduan menganggur dan dibebani hutang akibat pinjaman dan faedah yang ditetapkan PTPTN.

“Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil kutipan cukai dan hasil sumber ekonomi yang kain seperti petroleum, balak dan sebagainya.

“Melalui hasil cukai sahaja, rakyat berhak mendapat pendidikan percuma daripada peringkat tadika hinggalah PhD,” katanya sambil menambah ia tidak mustahil dilakukan seperti diamalkan beberapa negara.

Hafizudin mendakwa kerajaan terlalu boros berbelanja atas keperluan lain yang sia-sia termasuk dakwaan rasuah yang berleluasa sehingga menyebabkan negara rugi dan menanggung hutang berbillion ringgit.

200 peneroka bantah penyenaraian Felda di Putrajaya

Oleh: Aedi Asri



PUTRAJAYA : Seramai 200 peneroka menyertai perarakan menyerahkan memorandum bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVHB) di Bursa Malaysia diPutrajaya tengah hari tadi.

Sebaik selesai solat Jumaat, peneroka mula berkumpul di hadapan Masjid Putra, dan berarak menuju Pejabat Perdana Menteri pada pukul 2.55 petang.

Perarakan diketuai antaranya, Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, Ketua AMK, Shamsul Iskandar, dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Peserta turut membawa bersama kain rentang sepanjang 100 meter yang dipenuhi tandatangan peneroka seluruh negara yang membantah penyenaraian itu.

Mereka turut membawa kain rentang bertulis “Kami tolak FGHV”, “Selamatkan Felda” dan kain panjang dengan tandatangan orang ramai yang menolak penyenaraian itu.

Laungan “Reformasi” dan slogan anti-Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berbunyi “Turun Isa Samad” dan “Isa Samad tipu peneroka” turut dilaungkan peserta perarakan.

Sebaik tiba di pintu utama, peserta mendapati pintu pagar utama ditutup dan dikawal beberapa orang polis. Mereka seterusnya bergerak ke pintu pagar berhampiran tempat letak kereta.

Selepas itu, beberapa wakil, termasuk A Samad Said masuk ke dalam bilik pengawal untuk berunding bagi memastikan memorandum sampai ke tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Rajak.

Kira-kira setengah jam kemudian, memorandum berjaya diserahkan kepada wakil Perdana Menteri kerana Najib menghadiri majlis pemakaman anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah.

Penyenaraian FGVHB dijangka dilaksanakan April ini mendapat bantahan hebat pelbagai pihak, termasuk peneroka dan Pakatan Rakyat, kerana menghilangkan suara peneroka di bawah Koperasi Permodalan Felda.

Ekoran itu, kerajaan Umno BN melakukan pelbagai cara, termasuk menjanjikan ‘durian runtuh’ kepada peneroka, dengan syarat peneroka menyerahkan salinan kad pengenalan mereka kepada pengurusan Felda.

Felda juga dilaporkan cuba mewujudkan syarikat bertujuan khas (special purpose vehicle) untuk tujuan penyenaraian itu selepas ia mendapat tentangan peneroka.

BN akan hilang Selangor jika Umno terlalu dominan, kata Khir Toyo


SHAH ALAM — Umno yang terlalu dominan di Selangor akan menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan Selangor kerana undi bukan Melayu akan lari kepada Pakatan Rakyat (PR), kata Dr Khir Toyo.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata masalah Selangor adalah parti komponen BN tidak 'bersatu' – MCA, MIC, dan Gerakan gagal memainkan peranan menarik pengundi baru dan tidak memberikan Umno peluang sebaliknya mengukuhkan kedudukan sendiri sebagai persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.

“Apabila UMNO menjadi dominan, mereka akan mengetepikan penyokong bukan Melayu. Itu merupakan salah satu masalah yang menjadi penyebab kepada kaum Cina yang tidak mengundi BN.

“Sekarang, berkemungkinan kita akan hilang Selangor jika keadaan ini berterusan dan kemenangan semestinya susah buat kita kerana sasaran kita adalah untuk mendapatkan pengundi muda,” katanya dalam temubual eksklusif bersama wartawan TMI.

Penggal Adun Sungai Panjang ini tamat apabila BN tewas kepada PR sewaktu pilihan raya 2008. PR memenangi 36 daripada 56 kerusi negeri yang mana Tan Sri Khalid Ibrahim menggantikan Khir sebagai menteri besar.

Khir (gambar) menegaskan “hampir” keadaan demografi pengundi antara Melayu dan bukan Melayu menjadikan negeri itu sukar ditawan BN kerana hanya pengundi Melayu bersama BN.

“Mampukah BN menawan Selangor? Kita kembali kepada peratusan pengundi, 52 peratus kalau tak silap saya adalah bukan Melayu.

“Masalahnya di sini adalah sesetengah kerusi yang kita (Umno) menang pada 2008 adalah di bawah 500 pengundi, tapi Umno rasakan semua kerusi adalah boleh dimenangi kerana mereka hanya mendapat reaksi daripada Melayu,” katanya.

Menurut Khir sementara Umno mendekati komuniti Melayu di Selangor dan mendapat respon positif, parti komponen seperti MCA dan MIC perlu melakukan perkara sama.

“Kita perlu dapatkan laporan daripada bukan Melayu ... Umno sudahpun melaksanakannya, parti komponen harus lakukan perkara yang sama, untuk Cina dan India.

“Perkara pokok di sini adalah jika Umno terlalu dominan, perkara itu menjadikan bukan Melayu tidak selesa. Mereka kemudiannya akan mengundi untuk PR walaupun PR tidak melaksanakan apa-apa,” tambahnya.

Jalan penyelesaiannya menurut Khir adalah BN perlu “memperkukuh” MCA, MIC, dan Gerakan dengan membenarkan mereka mengumumkan projek-projek untuk komuniti mereka selain pengumuman di buat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemimpin Umno itu menjelaskan komuniti bukan Melayu telah hilang “hormat” kepada pemimpin parti komponen BN kerana mereka dilihat tidak mampu untuk membantu komuniti mereka sendiri.

“Itu sebabnya sekarang kita perlu berikan lebih kuasa kepada MCA dan MIC. Pastikan presiden parti mereka mengumumkan peruntukan untuk sekolah, untuk komuniti mereka. Sekiranya kita hanya mengharapkan perdana menteri dan timbalannya, Umno akan dilihat terlalu dominan, dan masyarakat Cina akan hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka.

“Itu masalahnya sekarang, saya sering ingatkan sekarang kita perlu tingkatkan peluang kepada parti lain untuk membuat keputusan mereka dan berikan mereka peruntukan,” tegasnya.

Khir turut memuji pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad ketika era pemerintahan beliau sebagai perdana menteri, dan oleh sebab itu pemimpin seperti Datuk Seri S Samy Vellu dan Tun Dr Ling Liong Sik dihormati.

“Kekuatan Umno sahaja tidak akan mampu untuk memperoleh undi bukan Melayu seperti mana dilakukan untuk Melayu. BN Selangor harus bertindak seperti BN, bukan Umno. Kita sekarang berada di peringkat akhir sebelum pilihan raya.

“Sebab itu Samy Vellu seperti raja untuk bangsanya, kerana beliau mengumumkan peruntukan, bukan Dr Mahathir. Suatu ketika dahulu, pemimpin parti komponen begitu dihormati dan sangat kuat kerana mereka turun padang dan memberikan pelbagai benda ... menteri sekarang tiada faktor ‘umph’. Cuba lihat (Datuk Seri) Liow (Tiong Lai) dan (Datuk Seri) Kong Cho Ha.”

Menurut Khir, masih belum terlambat untuk melaksanakan perkara itu, namun perubahan harus dibuat dengan segera bagi membolehkan bukan Melayu menyokong BN.

“PR tidak menunaikan janji pilihan raya mereka walaupun mereka kata mempunyai simpanan tunai yang banyak.

“Saya sangat risau akan Selangor,” katanya.

Namun begitu, semalam Najib menjelaskan BN sudah bersedia untuk menang pilihan raya akan datang termasuk menawan kembali Selangor, dan sokongan rakyat amat menggalakkan.

Menurut beliau rakyat sering memberitahunya BN telah kembali memperolehi sokongan rakyat sejak pilihan raya 2008.

Perdana menteri itu menjelaskan BN harus menawan semula Selangor, negeri yang kaya dengan sumber alam semulajadi dan industri “walau apa pun yang berlaku.”