Wednesday, February 29, 2012

Pembantu Badrulamin Didakwa Disogok

Post Pic

ANTARA POS.COM


SEREMBAN : Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahrom mendakwa pembantunya ditawarkan imbuhan lumayan oleh sekumpulan lelaki sebagai dorongan supaya menjadi saksi memburukkannya.

Menurut Badrulamin, pembantunya itu diugut supaya memberi kerjasama dan ditawarkan upah lumayan bagi membantu menjayakan satu rancangan pihak tersebut.

“Ketika saya berada di Kuantan, pembantu saya didatangi enam lelaki dengan nada memujuk dan mengugut meminta supaya memberikan kerjasama.

“Sekiranya dia (pembantu) sanggup berikan kerjasama dengan menceritakan kononnya saya begitu dan begini, dia akan diberikan imbuhan lumayan,” katanya semasa menyampaikan ceramah sulungnya di Ampangan, dekat sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun, Badrulamin berkata, pembantunya itu kuat semangat tidak melayan tawaran berkenaan sebelum memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu.

Menurutnya, berikutan kejadian itu, dia dan pembantunya bercadang membuat laporan polis dalam masa terdekat ini bagi membersihkan kembali namanya berikutan kejadian ditangkap khalwat lalu.

Sementara itu, Badrulamin juga berkata akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu serta stesen televisyen tempatan kerana menyiarkan laporan khalwatnya.

Malah, beliau turut memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz kerana mengeluarkan kenyataan dalam kedua-dua media itu.

“Selepas keterangan saya dan wanita terbabit diambil, Jaip mendapati dakwaan saya berdua-duaan adalah tidak benar dan pihak jabatan agama juga menerima sendiri kenyataan itu.

“Dengan itu, kenyataan Mohd Ghazali bahawa saya ditangkap berdua-duaan adalah terbatal, begitu juga laporan media berkenaan bahawa kami ditangkap berkhalwat adalah tidak benar.

“Sehubungan itu, kami akan me ngambil tindakan undang-undang terhadap kedua-duanya,” katanya.

"Pengurusan Baru" Parti Kita Hantar Laporan Kepada ROS

Post Pic

ANTARA POS.COM


PUTRAJAYA : Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim, yang mengisytihar dirinya sebagai presiden baru parti berkenaan, pada Rabu menghantar "laporan rasmi" kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) di sini.

Beliau berkata laporan itu bertujuan memberi penjelasan mengenai pelbagai peristiwa dalam parti itu sejak bulan lepas, yang menurutnya sehingga membawa kepada pemilihan beliau untuk menerajui parti pada Mesyuarat Agung Luar Biasa Kita di Kota Baharu Sabtu lalu.

Katanya laporan itu turut memberi penjelasan mengenai penolakan keputusan parti sebelum ini yang memecat beberapa pemimpin parti termasuk beliau sendiri selaku Pengerusi Parti Kita Kedah, selepas keputusan itu dilihat tidak mematuhi perlembagaan parti.

"Saya yakin ROS boleh menilai sendiri, kerana itu kami bagi semua kronologi peristiwa yang berlaku dalam parti dan ROS boleh lihat, adakah Datuk Zaid Ibrahim (presiden parti) mengikut perlembagaan selama ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyerahkan laporan kepada ROS di sini.

Sementara itu, setiausaha parti Kita Masrum Dayat dalam satu kenyataan tiga hari lepas berkata mesyuarat di Kota Baharu itu bukan mesyuarat parti Kita.

Parti Kita yang ditubuhkan kira-kira setahun lalu, diberikan surat tunjuk sebab oleh ROS pada 9 Feb bagi menjelaskan kenapa parti itu tidak boleh dibatalkan pendaftaran selepas didapati melanggar beberapa peruntukan parti dan pertubuhan.

Bangkai Ayam Digantung Di Pintu Pusat Khidmat Anwar

Post Pic

ANTARA POS.COM


BUTTERWORTH, 29 FEB : Bangkai seekor ayam ditemui digantung di pintu pagar pusat khidmat Anggota Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya di sini hari ini.
Petugas pusat khidmat itu, Fathilullail Jaafar Sidek berkata beliau menemui bangkai berkenaan pada 10 pagi ini ketika baru sampai di pejabat.
"Bangkai ayam itu ada kesan darah dan sebelah kakinya dipotong," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Fathilullail berkata bangkai ayam itu dipercayai diletakkan di situ antara 3 pagi dan 10 pagi ini kerana beliau berada dalam pusat khidmat sehingga pukul 3 pagi tadi.
Beliau telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah.

Tuntutan palsu: Ahli Parlimen Sabak Bernam didapati bersalah

MALAYSIA CHRONICLE

SHAH ALAM- Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, empat tahun lalu.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Abdul Rahman, 47, diperintah bela diri pada akhir Jun tahun lalu atas tuduhan menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat ADUN mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.

Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cenderamata dan jamuan Program Motivasi Pelajar di Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas. Semua tuntutan palsu itu membabitkan RM80,000.

Dia didakwa melakukan semua perbuatan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Januari hingga 12 Februari 2008.

Bagi setiap pertuduhan, Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, pada prosiding sama, pembantu kepada Abdul Rahman, Rosli Busro, 44, didapati bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu.

Hakim turut membenarkan permohonan peguam bela kedua-dua tertuduh, Affifuddin Hafifi dan Lim Kon Keen untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman terhadap anak guam mereka sehingga esok pagi di mahkamah sama.

Kedua-dua peguam itu berkata, mereka perlukan masa untuk persediaan mitigasi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa.

Seramai 39 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberikan keterangan sepanjang perbicaraan kes itu. BERNAMA

Guru diarah hadir program Hassan Ali

MALAYSIA CHRONICLE


KOTA BHARU, - Guru-guru agama sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Negeri dikatakan diarah menghadiri program ceramah bekas ahli PAS yang dipecat Datuk Dr Hassan Ali malam ini.

Ceramah itu akan diadakan di padang awam Taman Guru, Pintu Geng dekat sini. Risalah dan poster ceramah tersebut diedar secara meluas di beberapa jajahan sejak beberapa hari lalu.

Menurut sumber arahan berkenaan dibuat secara lisan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) kepada guru-guru agama yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu.

Katanya guru agama yang diarah hadir termasuk guru-guru yang mengajar Jawi, Quran dan Fardhu Ain (J-QAF) dan kelas fardhu ain (Kafa).

“Arahan dibuat secara lisan dan bukannya secara bersurat. Kami hairan apa pula kaitan Hassan Ali dengan PPD,” kata sumber terbabit.

Katanya juga penganjuran program berkenaan ada kaitan langsung dengan Umno, biar pun dibuat atas nama sebuah NGO baru diberi nama Jati.

Manakala sumber lain pula memberitahu sehingga hari ini sebanyak tiga kali guru-guru agama diarah hadir pada program anjuran Umno Kota Bharu.

Kata mereka bukan sekadar program anjuran Umno Bahagian Kota Bharu, sebaliknya program wanita Umno juga mengarahkan kehadiran guru-guru agama terutamanya yang mengajar di sekolah rendah.

Malah dakwanya, pada tahun lepas diarah semua guru Kafa yang mengajar di sekitar kawasan parlimen ini memindahkan alamat tempat mengundi ke Dun Bunut Payong.

Sindiket itu difahamkan dikendalikan petugas Umno dengan harapan dapat memenangkan calon parti itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Ini semua ada urua-ura seorang pegawai di PPD Kota Bharu yang disebut-sebut mahu menjadi calon di Dun Bunut Payong pada pilihan raya umum ini,” ujarnya.Harakahdaily

Felda Sabah atau Wilayah Persekutuan Sabah; bom jangka untuk BN dalam PRU 13

K Suresh, Malaysia Chronicle


Sabah, secara rasminya negeri di bawah bayu, juga ada nama lain dalam tahun-tahun ini. Sejak Umno mengambil alih kerajaan negeri pada 1994, ia juga dikenali sebagai negeri di bawah penjajahan Malaya atau negeri di bawah koloni Malaya- dengan sebab yang tertentu.

Satu lagi skandal yang terbit adalah fungsi atau ‘ketiadaan fungsi’ Felda atau Federal Land Devepoment Authority di negeri itu.

Pihak berkuasa itu memiliki lebih kurang satu per tiga daripada sejuta ekar atau lebih tepat, 306 000 ekar tanah di Sabah seraya menyalahi perlembagaan negeri, Gabenor dan kerajaan negeri dan juga konsep sebenar Persekutuan.

Kepura-puraan

Felda memasuki negeri itu pada tahun 1979 dengan berpura-pura atau dengan perjanjian yang tidak pernah ditepatinya. Tiada tanda-tanda bahawa agensi persekutuan itu akan menyerahkan tanah itu semula kepada kerajaan negeri.

Bagi memburukkan lagi keadaan, sebahagian besar tanah yang diambil mereka adalah tanah NCR (rizab peribumi) yang sepatutnya diturunkan kepada anak cucu pemilik asal. Dengan itu, penaklukan tanah di Sabah oleh Felda juga melanggar Adat, Perlembagaan pertama yang diperakui oleh perjanjian Malaysia, 1963, kerajaan negeri dan Perlembagaan Persekutuan.

Trajedi Sabah bermula semasa Kerajaan Berjaya, di bawah Ketua Menteri Mohd Harris Salleh (1976-1985) yang sebenarnya dipimpin oleh Kerajaan Persekutuan.

Felda Sabah adalah jenayah paling teruk dilakukan oleh Kerajaan Persekutan terhadap Sabah bersama dengan membenarkan pendatang asing membanjiri negeri itu, pencurian minyak dan gas dan ketidakakuran terhadap Perjanjian Malaysia 1963.

Komplot keji terhadap rakyat Sabah ini bermula pada 1976, sejurus selepas kemalangan trajik pada 6 Jun dimana kapal terbang terhempas membawa Ketua Menteri Donald Aloysius Marmaduke Stephens @ Mohd Fuad Stephens, anak beliau, tiga orang menteri kabinet kerajaan negeri, seorang timbalan menteri dan lima yang lain di sepanjang pantai Sembulan, Kota Kinabalu.

Sejurus pemergian Stephens

Stephens, Huguan Siou ( Ketua Penghulu) kepada kaum peribumi berketurunan British –Kadazan di sebelah ayahnya dan British- Jepun di sebelah ibunya.

Harris, yang pada ketika itu adalah Timbalan Ketua Menteri dengan sedih pilu telah mengambil alih jawatan Ketua Menteri dengan segera dan dalam masa beberapa hari telah menandatangani penyerahan mutlak minyak dan gas negeri tersebut kepada Kerajaan Persekutuan. Stephens sebelum itu enggan menandatanganinya dan sekiranya ia tidak dapat dielak, mahukan 30% royalti kemuadian sekurang-kurangnya 20%. Harris telah dipaksa bersetuju dengan 5% yang ditawarkan kerajaan Persekutuan.

Jauh dari perhatian pula adalah agenda Felda untuk mencuri tanah di Sabah secara besar-besaran pada tahun 1979.

Dengan perjanjian bersama kerajaan negeri pada tahun itu, Felda berjanji akan membangunkan skim tanah penduduk di Sabah untuk rakyat tempatan, bukan pendatang asing seperti yang berlaku kini. Sebagai pulangan, kerajaan negeri Sabah telah mengadakan 200 000 ekar tanah di Kinabatangan, kemudian 50 000 ekar di Kinabatangan/Lahad Datu dan akhirnya 56,000 ekar di kawasan yang sama.

Kurang daripada 7% dibangunkan

Agensi tersebut, menurut peguam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kong Hong Ming yang sedang menyiasat Felda Sabah menganggarkan kurang 7% tanah tersebut dibangunkan iaitu tanah yang diserahkan kepadanya untuk 1500 penduduk dengan setiapnya sepatutnya mendapat 14 ekar.

Pada tahun 1990, Felda Sabah telah melanggar perjanjian dengan kerajaan negeri kerana kerajaan Persekutuan telah menjimatkan dana untuk memberikan infrastruktur asas dan kemudahan kepada skim tanah. Pada masa itu, kerajaan Berjaya telah pun dijatuhkan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS).

Agensi itu bukan sahaja melanggar perjanjian tetapi enggan menyerahkan tanah yang belum dibangunkan kepada kerajaan negeri dan mengagihkannya semula kepada pemilik asal. Apalagi ketika itu PBS diketuai oleh seorang peribumi beragama Kristian yang juga Ketua Menteri Joesph Pairin Kitingan. Beliau juga mengeluarkan partinya daripada BN pada tahun yang sama.

Berdasarkan perjanjian 1979, Felda telah bersetuju untuk menwujudkan Komiti Pemilihan yang menguruskan pemilihan dan perlantikan penduduk untuk skim pendudukan. Felda harus melantik sekurang-kurangnya dua ahli yang mewakili Kerajaan Negeri Sabah sebagai ahli Komiti Pemilihan ini yang terdiri daripada empat ahli dengan ahli dari Felda sebagai pengerusi.

Felda juga berjanji bahawa penduduk yang dipilih oleh Komiti akan berhak untuk turut serta dalam pembangunan dan penyelenggaraan tanah yang telah ditentukan dan berdasarkan bayaran gaji juga dividen. Felda perlu menyediakan plot rumah kepada setiap penduduk dan keluarga mereka besama rumah persendirian dibina di atasnya di kawasan rumah dalam skim tanah tersebut.

Tetapi, setelah mengenepikan perjanjian 1979, Felda telah seolah-olah mewujudkan kawasan tanah persekutuan tidak rasmi di Sabah dengan mewujudkan badan keselamatan yang mengawal pergerakan keluar masuk dari tanah tersebut dan menyingkirkan beribu-ribu rakyat peribumi yang miskin di negeri itu yang sebelum ini menyimpan harapan untuk kehidupan yang lebih baik.

WP Sabah bukan Felda Sabah

Kawasan “Wilayah Persekutuan’ yang ditadbir Felda ini mempunyai stesen janakuasa dan bekalan air bersih mereka sendiri; yang peliknya, kampung-kampung berhampiran masih hidup dalam kegelapan dan terpaksa mendapatkan bekalan air di sungai berhampiran bagi bekalan air harian seperti membasuh pakaian, ,masak, mandi dan sebagainya.

Felda telah membangunkan tanah di Sabah dengan sendirinya dan menjadikan ia sebuah kawasan tanaman kelapa sawit yang luas tanpa melibatkan pemilik sebenar tanah ini. Cuba teka siapakah yang bekerja di estet-estet besar ini? Ya, sudah pastilah pendatang asing yang boleh keluar masuk ‘Wilayah Persekutuan Felda’ dengan mudah.

Ibu negeri kepada ‘Wilayah Persekutuan Felda’ ini yang bergandingan dengan kawasan perbandaran yang dipenuhi pendatang asing ini adalah kawasan Lahad Datu. Di sini, anda pasti tidak menyangka ia masih lagi negeri Sabah.

Pembangkang di Sabah telah menggesa agar menamatkan perjanjian 1979 dengan Felda dengan memetik bahawa Felda telah melanggar perjanjian tersebut.

Perjanjian lain yang sedang diteliti oleh pembangkang adalah Perjanjian Minyak 1976 di antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan dan penyerahan Labuan kepada kerajaan Persekutuan dan juga Perjanjian Malaysia, 1963 yang juga terdapat unsur pelanggaran perjanjian.

Yang peliknya, kerajaan negeri tidak mempunyai salinan perjanjian Minyak 1976 dan satu teori kita adalah ia sebenarnya tidak pernah wujud. Ini sudah pasti akan membongkarkan banyak lagi penipuan dan rompakan terhadap rakyat Sabah. Malaysia Chronicle

Pertemuan Umno- Perkasa, jelas Umno sudah panik

John Kashuerin , Malaysia Chronicle


sudah tahu segalanya. Dua orang Islam dari UMNO berketurunan India, Perdana Menteri de-facto Mahathir Mohamad (Malayalee) dan Zainuddin Mydin (Tamil), bertemu secara rahsia di Putrajaya pada hari Isnin dengan 250 orang penyokong kuat Perkasa diketuai oleh si mulut laser Ibrahim Ali.

Mereka juga disertai oleh Sanusi Junid yang berketurunan Tamil, bekas Menteri Besar Kedah yang mendakwa dirinya orang Aceh, dan bekas timbalan menteri persekutuan Khalid Yunus.

Pertemuan yang bersifat rahsia itu menurut Mahathir kepada media, adalah untuk mengelakkan ia dilabelkan sebagai salah satu daripada agenda perkauman. Dia merasa kesal bahawa kini tidak boleh lagi menyebut perkataan Melayu tanpa dilabelkan sebagai rasis. Bagaimanpun, bagi ahli-ahli komuniti berbahasa Melayu di Semenanjung Malaysia - Mahathir umpamanya - bukanlah orang Melayu.

Lingua franca di nusantara ini adalah bahasa Melayu tetapi itu tidak bermakna bahawa bangsa Melayu wujud. Tidak ada pun sejarah menakrifan bangsa itu kecuali dalam Perlembagaan Persekutuan.

Buat sekian kali, Mahathir mengeluh bahawa masyarakat berbahasa Melayu di Semenanjung Malaysia kini berpecah antara tiga parti politik iaitu Umno, PKR dan Pas. Dua yang terakhir adalah sekutu dalam Pakatan Rakyat, pakatan pembangkang, bersama-sama dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Perkasa- satu kegagalan

Secara tertutup, Mahathir terpaksa mengakui realiti bahawa Perkasa, gagal. Perkasa mendapat kontrak bagi mewar-warkan agenda perkauman Umno tetapi mendapati ia sukar untuk mendapat sokongan bagi politik jenis kotor ini.

Walau bagaimanapun, memandangkan pembiayaan disediakan secukupnya, Perkasa akan terus memutar-belitkan setiap isu di Malaysia menjadi isu perkauman dan agama. Ideanya adalah untuk menjadikan Melayu dan bukan Melayu berantakan antara satu sama lain dan menakutkan kedua-dua kumpulan ini untuk bersatu padu di bawah satu platform politik - Umno - supaya golongan elit yang memerintah boleh hidup seperti sheikh di negara kaya dengan minyak dengan wang titi peluh rakyat.

Orang-orang Kristian, menjadi penganut agama ke-2 terbesar di Malaysia dan boleh menjadi sebuah kumpulan kuasa ke-3 yang berpotensi dalam politik, akan menjadi mangsa.

Pertemuan penuh rahsia ini penting bukan kerana apa yang telah dibincangkan secara rasmi tetapi lebih kepada apa yang dibincangkan secara tidak rasmi diluar perjumpaan itu.

Hindraf Makkal Sathi telah dipersetujui akhirnya sebagai satu rahmat tersembunyi kepada UMNO. Lebih banyak Hindraf berkokok mengenai perkauman,lebih ramai orang Melayu akan bersatu di belakang UMNO, ini adalah keputusan dari perjumpaan sampingan.

Taruhan besar dalam politik Umno inilah yang memecah-belahkan rakyat, ”supaya Umno boleh terus memecah dan memerintah seperti apa yang telah dilakukan pihak British”.

Shahrizat, MAS dan Sodomi 2 dibincangkan

Perjumpaan Perkasa yang diadakan adalah di kalangan mereka yang tidak teliti dan keliru. Tiba-tiba, masa depan kelihatan cerah. Ini adalah persetujuan bersama di perjumpaan Perkasa yang dipenuhi pengkomplot kerana ancaman kepada gaya hidup mewah mereka yang sebenarnya bersifat parasit.

Menteri Umno Shahrizat Jalil, yang menjadi dalang kejatuhan NFC RM250mil, menjadi perbualan dalam rundingan, mengikut maklumat dari dalam, ia telah menjadi terlalu bodoh sehingga membahayakan mereka semua, dan menjadikan yang lain menjadi nampak seperti penjahat juga.

Mahathir mengagumi pihak pengurusan yang membatalkan saman RM600 juta terhadap bekas bos Penerbangan Malaysia Tajuddin Ramli, tetapi tidak pula mendesak penarikan balik tuntutan balas Tajudin Ramli yang berjumlah beberapa ratus juta. Ini adalah sebahagian daripada sandiwara berterusan ynag diarah oleh Perbendaharaan negara. Pasti ada habuan untuk semua.

Soalan yang membimbangkan orang kuat Perkasa, secara rasmi dan tidak rasmi, adalah bagaimana untuk mengekalkan kuasa politik demi untuk memudahkan salah kuasa berterusan ke atas Perbendaharaan Negara jika masyarakat Melayu tidak lagi termakan politik tahi Umno, kerana mahu masa depan yang lebih baik.

Harapan tidak banyak yang diletakkan kepada rayuan Peguam Negara untuk kes Liwat 2 sebagai salah satu cara untuk mengoyah dan memusnahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengembalikan ia kepada Umno.

PAS, DAP dan PKR tidak memberi respon yang diharapkan oleh Dr M

Kerajaan Perpaduan dengan Pas mendapat sambutan di luar jangkaan mereka. Itulah kesilapan bodoh yang dibuat oleh Perdana Menteri yang tidak dipilih dan sekadar budak suruhan Mahathir sahaja, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Begitu juga DAP tidak berminat untuk mewakili kaum Cina dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi sebaliknya memilih untuk menjadi kuasa ke-4 dalam politik di negara ini untuk masyarakat berbahasa Melayu, selepas Umno, PKR dan Pas.

Mahathir mahu meyakinkan masyarakat Melayu sekali lagi bahawa mereka perlu buat-buat tak tahu dan masih lagi bodoh dan menyedihkan - "berpura-pura bahawa yang pintar tidak wujud" dan mereka tidak akan ada peluang berbanding India dan Cina - "terlalu pintar untuk tahu apa yang baik" dalam keadaan percuma-untuk-semua. Ringkasnya, India dan Cina memusnahkan masyarakat Melayu.

Jadi, Mahathir masih lagi menyanyikan lagu yang sama dengan tema sama iaitu masyarakat berbahasa Melayu mesti bersatu di bawah satu platform politik iaitu Umno supaya mereka boleh mendapatkan kuasa politik dan merebut semua peluang untuk berkongsi "dikalangan mereka yang munafik ".

Jika terdapat di kalangan masyarakat Melayu yang tidak mempercayai Mahathir, mereka boleh berhijrah ke Australia - kerana ia telah dilakukan orang India dan Cina.

Perkauman, nepotisma, korupsi dan opportunis

Hujah ringkas Mahathir adalah mereka yang bodoh dan rugi termasuk yang munafik melebihi orang lain dalam masyarakat dan perlu menggunakan kekuatan bilangan mereka "untuk memastikan bahawa yang cerdik pandai dan terbaik dari semua kaum India dan Cina, mengikut Mahathir – bukanlah pemimpin buat semua ".

Sudah tentu, peluang rampasan kuasa ini tidak akan jatuh kepada ahli-ahli masyarakat Melayu untuk sebahagian yang besar tetapi hanya pemerintah elit dan anak-anak mereka dan kroni di belakangnya. Nepotisme, rasuah dan pengambil kesempatan yang dikatakan rasis oleh Hindraf Makkal Sakthi - akan menjadi penggubal undang-undang.

Ideologi politik Mahathir menurut Perdana Menteri de facto ini, akan disokong oleh pemimpin-pemimpin kaum lain India, Cina, Dusun dan Dayak yang mempunyai kisah mereka tersendiri. Walau bagaimanapun, pengkhianat-pengkhianat ini tidak akan disia-siakan. Mereka akan mendapat beberapa cebisan habuan dari semasa ke semasa selepas pemimpin-pemimpin mereka (Umno) telah kenyang setelah makan sepuas hati, sendawa, menyahtinja serta muntah itu.

Perkasa cuba menawan ahli lompat parti selepas PRU ke 13

Walau bagaimanapun, pemimpin bukan Melayu ini mesti dikekalkan semiskin yang boleh seperti di Sabah dan Sarawak supaya mereka tidak mampu untuk memikirkan idea mewah seperti kebebasan dari segi kewangan dan membebaskan diri daripada cengkaman zalim pemerintah elit.

Jika semua gagal, Perkasa digunakan oleh Umno untuk menarik dari kalangan yang menang dalam pakatan pembangkang supaya melompat parti selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Penekanan akan diberi kepada pemenang yang akan dikenal pasti oleh laporan perisikan kerana mempunyai kelemahan mereka sendiri.

Semua pilihan ada dihadapan mereka.

Pilihan akhir, dalam pemikiran Perkasa, mungkin suatu peristiwa ala 1969 untuk membina BN yang baru, musnahkan pembangkang - selepas ia diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara (NOC) yang disokong oleh Majlis Perundingan Negara (NOC) dan Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MTEN). Malaysia Chronicle

Hamza Kashgari : Anda Memilih Kami atau Darah Anda Halal Bagi Kami!

Afiq M Noo


Sewaktu artikel ini ditulis, saya tidak pasti apakah nasib Hamza Kashgari. Sudah lebih dua minggu beliau dihantar pulang (dideportasi) secara tidak sah ke Arab Saudi oleh kerajaan Malaysia. Penghantaran pulang secara tergesa-gesa dan tidak menurut lunas-lunas perundangan ini sudah pasti menimbulkan banyak tanda tanya, tambahan apabila ia melibatkan dua negara yang menjadi anggota kepada Majlis Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sungguh memalukan. Namun tidak ada yang mustahil bagi Malaysia dan Arab Saudi yang sememangnya terkenal sebagai negara yang paling tidak menghormati hak asasi manusia. Mereka senang sekali memberi alasan kononnya untuk menjaga hubungan diplomatik antara negara dan isu agama maka Hamza Kashgari harus dikorbankan.

Lewat isu penghantaran pulang Hamza Kashgari, ramai rakan-rakan Muslim saya (samada di dalam status Facebook dan Twitter) mengucapkan tahniah dan menyokong tindakan Malaysia mendeportasi beliau. Kononnya kerana beliau telah melakukan satu jenayah yang maha besar, iaitu menghina Rasulullah (S.A.W). Hamza Kashgari juga dituduh dan difatwakan sebagai murtad dan hanya hukuman bunuh yang layak untuk beliau meskipun beliau telah bertaubat dan memadamkan tweet tersebut.

Hamza Kashgari bukanlah orang pertama yang dituduh sebagai murtad. Dr Nasr Hamid Abu Zaid, seorang Profesor Bahasa Arab dari Universiti Kaherah juga pernah dituduh sebagai murtad kerana pandangan dan kecenderungan beliau terhadap falsafah hermeneutika dalam memahami Al Quran. Beliau hidup dalam buangan, dipaksa untuk berpisah dengan isterinya kerana para Islamist menganggap beliau sesat, murtad dan perlu dihukum mati kerana kononnya telah mempersendakan Al Quran.

Abu Hayyan Al Tauhidi, Muhammad Bin Abdulkarim Bin Ahmad, pengarang kitab tafsir Nuzhum Al Dhurur Fi Tanasub Al Ayat Wa Suwar, Ibrahim Bin Umar Bin Hasan Rabath, Shadaqah Bin Al Husin dan Lisanuddin Bin Khattib. Sekadar menyebut beberapa nama yang masyhur dari kalangan ilmuan Islam yang turut dituduh sebagai murtad bahkan ada diantara mereka yang mati dibunuh. Ternyata virus memurtadkan dan menghalalkan darah sesama Muslim bukanlah sesuatu yang aneh dan jarang-jarang berlaku. Tidak keterlaluan untuk saya sifatkan ia sebagai trend para ulama dan Muslim yang ekstrim apabila berhadapan dengan pemikiran yang asing dan janggal bagi mereka.

Ternyata kita senang sekali menggambarkan wajah Islam sebagai agama yang bengis, tidak toleran dan tidak berperikemanusiaan. Seolah-olah pilihan kita hanya dua (2); anda memilih kami; atau darah anda halal bagi kami. Dan inilah yang terjadi kepada Hamza Kashgari.

Siapa kita untuk menjatuhkan hukum ke atas Hamza?

Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada satu pertuduhan rasmi atau keputusan dari mana-mana mahkamah di Arab Saudi yang menghukum Hamza Kashgari bersalah kerana menghina Rasulullah (S.A.W) dan telah terkeluar dari agama Islam (murtad). Lalu atas sangkaan jahat apa kita berani menjatuhkan hukum dan memfatwakan beliau sebagai murtad?

Prinsip umum common law bahawa seseorang itu bebas dari kesalahan sehingga dibuktikan sebaliknya ternyata tidak lari dari kaedah Fiqh : Al Asl Baraah Al Zimmah yang bermaksud, asal seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Sekiranya diaplikasikan di dalam kes Hamza Kashgari – beliau tidak bersalah atas apa-apa pertuduhan melainkan dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah.

Justeru, saya hairan dengan sikap ekstrim ulama-ulama di Arab Saudi dan Malaysia yang dengan senang hati dan terburu-buru menghukum murtad anak muda yang berusia 23 tahun ini tanpa bukti. Saya juga yakin mereka tidak pernah berjumpa dengan Hamza Kashgari atau menelefon beliau bagi mendapatkan kepastian dan mendengar sendiri penjelasan beliau. Mujur Allah (S.W.T) tidak outsource kuasa kepada mereka untuk menentukan nasib kita di akhirat. Phew!

Hukuman murtad dan menghina Rasulullah

Saya sentiasa percaya kepada kebebasan untuk berpendapat, termasuk di dalam isu-isu agama sebagaimana yang telah dijamin oleh Al Quran. Kita boleh mempunyai pandangan yang berbeza dalam sesuatu isu, tapi hidup dalam suasana harmoni dan hormat menghormati. Setiap pendapat yang kita percaya perlulah mempunyai basis atau asas yang benar.

Seringkali kita mendengar rakan-rakan kita yang menyokong hukuman bunuh kerana murtad menyandarkan pendapat mereka kepada hadith: ‘Sesiapa yang menukar agamanya hendaklah dibunuh’. Dan mereka berpendapat bahawa ayat 256 Surah Al Baqarah: “Tidak ada paksaan dalam beragama” merupakan ayat umum yang ditujukan kepada orang bukan Islam dan tidak terpakai kepada seorang Muslim. Ada juga di kalangan para ulama yang berpendapat ayat tersebut telah dimansukhkan atau dihapuskan (Rujuk; Majmo’ Fatawa Wa Maqalat, Bin Baaz 6/219). Memandangkan ruang yang terhad, saya tidak berniat untuk memanjangkan perbincangan tentang pendapat yang menyokong hukuman bunuh ini.

Secara peribadi saya lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan tidak ada hukuman hadd bagi mereka yang murtad atau menukar agamanya. Rasulullah (S.A.W) semasa hayat baginda, tidak pernah membunuh orang yang menukar agamanya. Sekiranya benar Rasulullah diperintahkan untuk membunuh orang yang murtad dan itu merupakan satu perintah daripada Allah sudah pasti baginda akan menerapkan hukuman itu berkali-kali.

Di dalam Al Quran, terdapat lebih dari 200 ayat yang memberikan manusia kebebasan untuk memilih dan berpendapat. Maka adalah mustahil, Islam menghukum manusia dengan keras apabila mereka melaksanakan hak mereka untuk memilih dan berpendapat sebagaimana yang telah dijamin di dalam Al Quran.

Apabila membaca komen rakan-rakan di forum-forum internet ternyata ramai dari kalangan mereka (terutamanya yang menggelar diri “Islamis”) menyokong tindakan para ulama Saudi menghalalkan darah Hamza Kashgari walaupun beliau telah meminta maaf dan menarik semula tweet tersebut. Mereka berpendapat bahawa sesiapa yang menghina Allah dan Rasulullah (S.A.W) wajib dihukum bunuh walaupun telah bertaubat. Pendapat mereka ini disokong oleh Ibnu Taymiyah di dalam kitabnya Al Sorimul Maslul ‘Ala Syatimul Rasul dan Ibnu Hizmin di dalam Al Muhalla Bi Al Atsar.

Dr Taha Jabir Al Alwani mempunyai pandangan yang menarik dalam masalah ini. Sewaktu mengupas persoalan hukuman bunuh kepada orang Munafiq, Dr Taha menyinggung kekeliruan dan pendapat aneh Ibnu Hizmin Al Andalus. Menurut beliau Rasulullah tidak pernah membunuh orang-orang Munafiq pada zaman baginda walaupun baginda mengetahui bahawa mereka mempunyai perancangan jahat terhadap baginda. Juga jelas dalam sejarah ketika mana orang-orang yang datang berjumpa Rasulullah mengaku bahawa mereka telah keluar dari agama Islam tidak diperinthakan hukuman bunuh ke atas mereka.

Lihat sahaja Abdullah Bin Ubay Bin Salul. Beliau terkenal dalam sejarah kerana telah mentohmah dan menuduh Aishah dengan tuduhan dusta sehingga Allah (S.W.T) menurunkan ayat untuk membersihkan Aishah dari tuduhan jahat tersebut. Di dalam Sahih Al Bukhari, diriwayatkan bahawa Abdullah Bin Ubay mengatakan: ‘Sekiranya kita kembali ke Madinah (dari medan perang) , sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat akan mengusir orang-orang yang hina dan lemah’. Allah merakamkan perkataan Abdullah Bin Ubay ini di dalam Surah Al Munafiqun ayat 8. Dia bukan sahaja menghina Rasulullah bahkan bercita-cita menghalau Rasulullah (S.A.W) dari Madinah. Sewaktu mendengar perkataan Abdullah Bin Ubai tersebut, Umar Al Khattab menghampiri Rasulullah dan berkata: ‘Benarkan aku membunuh orang Munafiq ini’. Rasulullah menjawab: ‘Biarkanlah dia, agar orang-orang tidak mengatakan Muhammad membunuh sahabatnya..’

Sepertimana yang kita sedia maklum, Rasulullah (S.A.W) adalah manusia yang paling taat kepada Allah. Sekiranya terdapat hukuman bunuh terhadap orang yang murtad dan munafiq, maka sudah pasti Rasulullah mengarahkan para sahabat membunuh Abdullah Bin Ubai Bin Salul.

Saya tertanya-tanya, apakah para pembenci Hamza Kashgari merasakan bahawa beliau lebih teruk dari Abdullah Bin Ubai Bin Salul yang Allah (S.W.T) telah rakamkan kisahnya di dalam Al Quran? Ataupun sebenarnya mereka merasakan diri mereka lebih baik dari Rasulullah (S.A.W)?

Memalukan dan Menghina Islam

Apa yang pasti tindakan mengeluarkan fatwa yang menghalalkan darah Hamza Kashgari merupakan satu lagi perkara yang memalukan dan memberikan imej yang negatif terhadap Islam. Tidak cukup dengan pendapat-pendapat pelik seperti wanita diharamkan memandu, umat Islam perlu menjauhi media sosial seperti twitter, mentaati pemerintah zalim dan haram memeranginya, ternyata umat ini senang sekali dikhayalkan dengan candu agama. Mereka menerima tanpa caveat apa sahaja yang keluar dari mulut ulama mereka seolah-olah ianya firman dari Tuhan.

Hamza Kashgari adalah saudara kita. Dia bukan ayam untuk makanan dan sembelihan kalian.

Afiq M Noor, Lawyers For Liberty

Noh saman Adun DAP Sekinchan RM10 juta




PETALING JAYA: Menteri Pertanian dan Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar akan menyaman wakil rakyat DAP Sekinchan dan kerajaan Selangor kerana mendakwa beliau melesapkan wang insentif petani RM110 juta.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor itu berkata, peguamnya akan menyaman Ng Suee Lim sebanyak RM10 juta.

Kata Noh, beliau menyaman kerajaan Selangor kerana akhbar Selangorkini milik kerajaan negeri membuat tuduhan sama.

Selangorkini, katanya menggunakan wang rakyat dan diedarkan di masjid mengatakan petani medesak beliau meletak jawatan.

`Asyik nak buat fitnah’

“DAP menyalak boleh lah, dia menyalak, bawa sepanduk, dia kumpul 5-6 orang, buat fitnah, dia kata saya lesapkan RM110 juta.

“…dia kata saya lesapkan RM110 juta, saya dah terangkan dalam parlimen dengan panjang lebar tetapi DAP Sekinchan boleh jadi dia pekak dia tidak dengar apa saya terang.

“Dia tuduh saya lesap RM110 juta, saya kata tunggu, peguam saya akan hantar surat saman minggu depan.

“Saman saya dah siap, peguam saya akan hantar pada wakil rakyat Sekinchan ini. Saya saman tak banyak RM110 juta cukup lah. Ini kena ajar wakil DAP dia asyik nak buat fitnah tak habis-habis” katanya ketika berucap dalam program bersama rakyat di Sungai Besar Sabtu lalu.

Noh menegaskan, DAP tidak perlu mencampuri urusan nelayan kerana beliau sendiri yang akan menguruskannya.

“Dia nak jadi juara kepada nelayan, apa DAP boleh buat nak bela nelayan?

“Masalah nelayan DAP Sekinchan tak payah cakap pandai, (wakil rakyat) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim boleh balik tidur kerana hidup mati saya ditentukan oleh pesawah,” tambah beliau.

Mahkamah tangguh injunksi Felcra terhadap 20 peserta

FREE MALAYSIA TODAY

Permohonan injunksi itu bagi menghalang kesemua defendan dari memasuki bahagian tanah yang terletak di Mukim Lambor Kanan, Felcra Nasaruddin Belia.



IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan pendengaran permohonan injunksi oleh Felcra Berhad terhadap 20 pesertanya bagi
menghalang mereka menuai, mengutip atau memotong hasil kelapa sawit di atas kesemua 20 bahagian tanah.

Menurut peguam defendan Wan Rohimi Wan Daud, Hakim Hamider Singh menetapkan permohonan injunksi itu didengar pada 9 Mac ini dalam kamarnya apabila beliau (Wan Rohimi) memohon supaya ia ditangguhkan kerana terdapat beberapa dokumen anak guamnya yang tidak lengkap dan perlu dikemaskini.

Sementara itu, di perkarangan Mahkamah Tinggi, kira-kira 20 peserta yang diketuai Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA) Razman Zakaria, berkumpul sejak 8 pagi tadi bagi sesi pendengaran permohonan injunksi yang difailkan oleh Felcra Berhad.

Pada 13 Feb lepas, Felcra Berhad melalui Tetuan Chambers of Murthi & Partners memfailkan permohonan injunksi terhadap 20 pesertanya yang masing-masing beralamat di Felcra Nasaruddin Belia di Bota dekat sini dengan dua orang lagi daripada Syarikat Gerak Mantap Enterprise di Bota Kanan.

Permohonan injunksi itu bagi menghalang kesemua defendan daripada memasuki masing-masing 20 bahagian tanah yang terletak di Mukim Lambor Kanan, Felcra Nasaruddin Belia.

Permohonan itu juga adalah untuk menghalang kesemua defendan atau campur tangan dengan atau menuai, mengutip atau memotong buah kelapa sawit di atas tanah tersebut sama ada oleh mereka, ejen atau pekerja sesiapa pun sehingga pertikaian antara kedua-dua pihak diselesaikan dan diputuskan oleh penimbangtara yang dilantik.

Merujuk writ saman pemula itu, Felcra dalam perjanjian bertarikh 30 Mac 2006 membelanjakan RM29 juta dana pembayar cukai terhadap projek itu dan mempunyai hak kontraktual untuk menuai buah kelapa sawit bagi mendapatkan semula sebahagian daripada kos sepertimana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Oleh kerana pertikaian itu belum diselesaikan, Felcra telah menggunapakai Klausa 21 Perjanjian Pihak-pihak untuk merujuk pertikaian tersebut kepada timbangtara.

Isu saman antara Felcra Berhad dan peserta timbul apabila peserta mendakwa terdapat pelbagai masalah yang timbul antaranya menerima hasil kelapa sawit yang tidak berpatutan dengan harga kelapa sawit sekarang, peserta masih tertanya lokasi tanah mereka sebenar dan keliru dengan hasil tanam semula serta jumlah hutang mereka kepada Felcra kerana penyata akaun untung dan rugi (PNL) tidak jelas.

Peserta mendakwa telah beberapa kali mengadakan perundingan namun ia tidak mencapat keputusan positif sehingga peserta bertindak mengambil dan mengeluarkan buat kelapa sawit secara sendiri dari ladang mereka. Bernama

Dana politik: Usaha lemahkan Pakatan

Charles Santiago mempersoalkan tujuan sebenar Perdana Menteri tetapi beliau mahu sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi mengawal dan memantau cadangan itu.



PETALING JAYA: Cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar semua sumbangan dana politik disalurkan melalui akaun rasmi parti disifatkan pemimpin pembangkang sebagai usaha mengekang dan melemahkan Pakatan Rakyat.

Naib Pengerusi DAP Selangor Charles Santiago, mempersoalkan tujuan sebenar Najib tetapi beliau mahu sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi mengawal dan memantau cadangan itu tanpa membabitkan kerajaan.

“Ini merupakan cadangan yang bagus tapi perlu ada suruhanjaya bebas yang dipercayai dapat mengawal dan memantau kerana kerajaan sama sekali tidak boleh ikut campur dalam hal ini.

“Tetapi apakah tujuan sebenar kerajaan? Adakah mereka takut pembangkang mula kuat maka ia dilakukan untuk melemahkan Pakatan.

“Jika mereka benar-benar telus maka perlu ada suruhanjaya bebas untuk memantau parti politik termasuk Umno tentang sumber dana mereka.

“Jika PM telus dan bertanggungjawab maka beliau perlu segera umum semua sumber pendapatan dalam Umno,” kata Ahli Parlimen Klang itu kepada FMT.

Beliau berkata kerajaan tidak boleh menjadi pemantau memandangkan akan wujud pertembungan kepentingan kerana hubungan rapat kerajaan dengan Barisan Nasional (BN).

Katanya, cadangan itu bukan untuk mengurangkan rasuah daripada berlaku tetapi bertujuan untuk menghukum dan menakutkan individu lain daripada membantu parti dari segi kewangan.

“Secara tak langsung hal ini akan menyukarkan parti. Bila wujud campur tangan dan pengaruh individu tertinggi maka ahli perniagaan atau orang lain yang ingin membantu parti dari segi kewangan akan takut berbuat demikian,” katanya.

Najib kelmarin berkata, perkara itu bagi mengelak ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta sumbangan dan kemudian diseleweng untuk kepentingan sendiri.

Beliau menjelaskan inisiatif baru yang diperkenalkan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) itu juga bertujuan menangani isu berkaitan dana politik supaya ia lebih tepat, telus dan jelas, sekali gus meningkatkan ketelusan serta keyakinan rakyat terhadap parti politik di negara ini.

Berat sebelah


Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula, cadangan Najib itu disifatkan sebagai berat sebelah dan sebagai satu percubaan untuk menjadikan Pakatan sebagai mangsanya.

Ujar beliau, jika dahulu ahli perniagaan mahupun para penderma lain tidak teragak-agak untuk menderma secara terbuka, namun apabila Najib mengumumkan hal itu ia akan memberi tekanan kepada pihak berkenaan.

“Cadangan ini berat sebelah untuk menindas Pakatan sebab jika beliau (Najib) serius tentang transformasi maka beliau boleh ambil contoh model di Jerman.

“Semua parti yang lebih undi di kawasan tertentu di peringkat kebangsaan dibiayai oleh pembayar cukai maka tidak timbul parti untuk mengemis mencari dana dan tidak terlalu sibuk untuk mencari publisiti,” katanya.

Tegas Rafizi lagi, isu utama bukan dana itu diberi kepada parti tetapi pihak yang mempunyai kuasa tertinggi mampu untuk memanipulasi keuntungan yang diterima.

“Jika ia jadi undang-undang maka ahli perniagaan tidak akan membantu secara terbuka kerana bimbang ini memberi tekanan kepada mereka.

Namun isu sebenar bukanlah dana itu akan diterima dimasukkan ke dalam akaun parti tetapi pihak yang punya kuasa tertinggi mampu memanipulasi keuntungan secara terbuka sedangkan ia satu tindakan rasuah,” jelas beliau.

Masalah rasuah


Sebaliknya bagi Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar pula berkata masalah rasuah yang dibangkitkan oleh Najib tidak akan selesai, sekiranya sumber dana itu boleh dipersoalkan.


Beliau juga mencadangkan agar kerajaan mengamalkan pemberian insentif kepada setiap parti politik bagi mengelakkan mereka menerima dana daripada sumber-sumber yang salah.

“Persoalannya bukan masuk dalam dana parti tapi ianya dari sumber mana mereka dapat. Memang tidak wajar sebarang dana dimasukkan dalam akaun individu.

“Malah benda rasuah masuk dalam akaun pun tetap rasuah. Sumber dari hubungan yang rapat dengan ketua atau pemimpin parti yang dikuasai parti sehingga dapat peluang projek tertentu maka sumber ini yang diragui.

“Yang penting melipat gandakan usaha membasmi rasuah. Dah tiba masa untuk kerajaan amalkan dengan memberi insentif kepada setiap parti politik dan sewajarnya insentif ini turut diberi kepada pembangkang,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mustafa: Umno mahu lagakan PAS dengan Anwar

FREE MALAYSIA TODAY

Parti itu takut dengan kekuatan ikatan antara parti dalam Pakatan Rakyat.



PETALING JAYA: PAS mendakwa Umno mahu melagakan parti itu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu negara Israel.

Umno, kata Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali membesar-besarkan isu Israel dan Palestin bagi memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataan media hari ini, tokoh veteran PAS itu berkata, Umno takut dengan kekuatan ikatan antara parti dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, Umno juga menerima penyelesaian dua negeri Israel dan Palestin sebagaimana yang diterima PKR.

“Umno lebih akomodatif terhadap Israel berbanding dengan sikap Anwar sendiri yang memberikan syarat untuk Israel jika mahu diterima iaitu menyokong dan mengiktiraf Palestin,” kata beliau.

Menurut Mustafa, sejak dari zaman Tun Dr Mahathir lagi, Malaysia mengiktiraf Israel walaupun tidak secara terbuka.

Bendera Israel

Bahkan bendera Israel juga pernah berkibar di bangunan Umno, PWTC.

“Malaysia juga membenarkan pasukan kriket Israel bermain di Malaysia, membenarkan hubungan dagang antara Israel dan Malaysia.

“Bahkan, Menteri Umno juga pernah berjumpa dan berbincang dengan Menteri Israel,” kata Mustafa.

Kata Setiausaha Agung PAS itu, PAS tidak mengiktiraf Israel. Umno pula hanya berminat dalam isu ini ekoran kenyataan Anwar dalam The Wall Street Journal,.

Katanya, lebih baik menteri-menteri Umno itu diam kerana Umno juga sama sahaja mengiktiraf Israel.

Para pemimpin Umno termasuk Dato’ Puad Zarkashi, tambah beliau meminta Majlis Syura Ulama PAS memanggil Anwar agar menjelaskan pendiriannya tentang Israel.

Hubungan dagang

Dalam masa yang sama, Perlabuhan Klang dilaporkan membenarkan kapal-kapal Israel berlabuh di situ.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin pula mengesahkan Umno tidak bekerjasama dengan Israel dalam hubungan politik tetapi menerima hubungan dagang antara syarikat Malaysia dan Israel.

Sikap yang sama juga dinyatakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Ini bermakna, Umno mengiktiraf kewujudan Israel yang sejak dari dahulu lagi ditolak oleh PAS, kata Mustafa lagi.

Skandal Sarawak: PKR mahu 'kontrak' MP disiasat


MALAYSIA KINI

PKR menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan didakwa menerima kontrak bernilai RM63 juta melalui firma yang dimiliki keluarganya.

NONEKetua PKR Sarawak, Baru Bian (kanan) berkata Sagan yang juga ahli parlimen Baram mesti disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan pecah amanah.

Ini berikutan pendedahan oleh kumpulan NGO berpangkalan di Switzerland, Dana Bruno Manser (BMF) bahawa syarikat ahli keluarganya menerima konsesi balak dan kontrak-kontrak lumayan.

Menurut BMF, Sagan adalah benefisiari syarikat-syarikat berkenaan yang dipegang oleh isterinya dan keluarganya sebagai "proksi".

Antara syarikat itu, Dema Tega Sdn Bhd yang dimiliki oleh isterinya Winnie Jolly, adiknya Peter Usang Sagan dan adik iparnya, Roseline Andrew Gayu - menerima kontrak kerajaan bernilai lebih RM63 juta dalam tempoh lima tahun yang lalu, kata NGO berkenaan.

BMF dalam satu kenyataannya semalam mendakwa bahawa kontrak awam adalah sumber pendapatan utama syarikat yang mempunyai saham berbayar RM750,100 itu.

Petik kenyataan itu lagi, lebih separuh daripada kontrak yang diperolehinya ada kaitan dengan pembekalan air kepada penduduk luar bandar yang dibiayai oleh kerajaan persekutuan dan ditauliahkan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak.

NONESelain itu, laman web Sarawak Report pula minggu lalu, mendedahkan dua syarikat lain yang dipegang oleh isteri Sagan dan anak perempuan mereka Sharon Sagan - Milisha Holdings Sdn Bhd dan Winjac Sdn Bhd - didakwa menerima lesen daripada kerajaan Sarawak bagi menebang kayu balak Belian.

Belian adalah sejenis kayu keras hutan tropika yang dikatakan semakin terancam dan telah diklasifikasikan oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Sekitar sebagai spesies semakin pupus dan dilarang untuk eksport dari Sarawak dan Indonesia.

Kontrak l'raya: Najib diminta tak ketepikan keraguan AG


MALAYSIA KINI

DAP menggesa Perdana Menteri supaya tidak mengketepikan pandangan Peguam Negara yang mempersoalkan perjanjian Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang didakwa membelakangkan kepentingan rakyat, tetapi sebaliknya butir-butir penuh termasuk pelbagai insentif kewangan yang diberikan kepada pemegang konsesi berkenaan.

NONE"Najib (Abdul Razak) mesti membuktikan tekad 'transformasi ekonomi' yang diterajuinya dengan melaksanakan semua reformasi mengenai ketelusan dan akauntabiliti yang dicanangkannya sejak memerintah lebih tiga tahun yang lalu," kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (kanan) dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan eksklusif oleh akhbar harian berbahasa Inggeris Malay Mail semalam, memetik Abdul Gani sebagai berkata syarat-syarat perjanjian untuk projek lebuhraya berkenaan tidak mencerminkan kepentingan awam.

Menurut laporan itu, sumber kerajaan memberitahu akhbar berkenaan, bahawa Abdul Gani (bawah, kiri) kurang senang dengan terma-terma yang dikatakan banyak memihak kepada syarikat konsesi lebuh raya, WCE Sdn Bhd, yang dimiliki sebuah anak syarikat Europlus Bhd yang memegang 64.2 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan.

Abdul Gani telah menyatakan keraguannya kepada Unit Perancang Ekonomi dan agensi-agensi serta kementerian yang berkaitan seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia, Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya melalui satu notis berhubung pembinaan lebuh raya bertol sepanjang 316 kilometer itu yang akan menghubungkan Banting di Selangor dengan Taiping di, Perak.

ghani patail gani 060409Menurut sumber yang dipetik dalam laporan itu lagi, "walaupun ada tekanan hebat supaya dokumen-dokumen perjanjian segera dimeterai, Peguam Negara memaklumkan kepada pihak berkepentingan yang beliau mahu terma perjanjian itu dikaji semula".

Mengulas laporan itu, Pua menuntut Najib memberikan jawapan menjelasakan mengapa kerajaan mendesak konsesi WCE itu dianugerahkan kepada Kumpulan Europlus melalui rundingan terus yang telah menyaksikan kos projek berkenaan melambung naik.

SAMM dedah gambar gangster dengan pemimpin Umno

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) semalam mendedahkan gambar penglibatan pemimpin Umno dengan mereka yang terlibat dengan kejadian ganas dalam beberapa program kebelakangan ini.

SAMM mendedahkan, pelaku keganasan di Jalan Kebun, Klang mempunyai hubungan dengan Senator Ezam Mohd Nor manakala di Pulau Pinang pula mempunyai kaitan dengan Datuk Helmi Yahya.

(Gambar Senator Ezam Md Nor bersama dengan ketua penyerang jalan kebun yang konon sedang diburu polis.)

Ekoran itu, Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan mendakwa, Umno sedang membawa suasana politik negara ke satu suasana yang kurang sihat.

Ini kerana, Umno semakin lemah dan sedar mereka telah gagal untuk menggunakan otak bagi berhujah, dakwa SAMM.

(Gambar Datuk Helmi Yahya bersama dengan antara kumpulan penyerang yang menyerang Lim Guan Eng baru minggu lepas.)

Tindakan ini juga dibuat kerana malu dengan Najib yang tidak berani berdebat maka Umno menggunakan keganasan dan gangsterism mengganggu program pendidikan politik rakyat, tambahnya.

Antara kejadian keganasan adalah serangan fizikal terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sembrong, serangan terhadap Nurul Izzah di Felda Lepir, serangan bersifat perkauman di Jalan Kebun dan Rantau (N.Sembilan) dan serangan terhadap mahasiswa di Kampung Idaman Kelang.

Terbaru adalah serangan gansgter libatkan pimpinan umno terhadap Lim Guan Eng sehingga mencederakan wartawan di Padang Kota Lama, semuanya tindakan terancang Umno, dakwa SAMM.

SAMM juga melahirkan simpati dengan polis yang terpaksa menjadi 'kuda' kepada Umno.

"Yakinlah polis punya rakaman, bukti yang cukup bagi mendakwa gangster ini tetapi mereka tidak mampu kerana Umno melindungi gangster ini," dakwa SAMM.

Walaubagaimanapun rakyat perlu tenang kerana perkembangan ini merupakan perkembangan biasa bagi regim hujung usia.

Seperti di Mesir ketika di hujung usia pemerintahan, regim Husni Mubarak menggunakan pendekatan keganasan dan kekasaran untuk menghalang kebangkitan rakyat Mesir.

Akhirnya regim Hosni tumbang di tangan rakyat, tegas Edy Noor Reduan.

UPSI: 8 mahasiswa dipanggil kawad cam polis

MAAYSIA CHRONICLE


Pada kira-kira jam 3 petang semalam, 8 mahasiswa yang terlibat dengan Perhimpunan Kebebasan Akademik pada malam tahun baru 31 Disember yang lalu telah dihubungi oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi sesi kawad cam yang akan diadakan pada 29 Februari, hari ini di Balai Polis Tanjung Malim, Perak.

8 aktivis mahasiswa yang terlibat adalah Ahmad Shukri Che Ab Razab yang bertindak sebagai Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Khalid Mohd Ismath, Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Haziq Abdullah Abdul Aziz (Presiden Kami), Muhammad Safwan Anang@Talib, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Adam Adli, pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif, Ekhsan Bukharee Badarul (Aksi), Mohd Zaini Mahd Ismail, aktivis mahasiswa dan Muhammad Hilman Idham, bekas Presiden dan pengasas Kami.

Perhimpunan yang diadakan pada malam tahun baru itu sebenarnya adalah untuk mengulangi enam tuntutan mahasiswa yang telah dikeluarkan oleh Gerakan Kebebasan Akademik (Bebas) dan beberapa persatuan mahasiswa yang lain serta menuntut supaya pihak UPSI menggugurkan pertuduhan ke atas Pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) Adam Adli yang dikatakan menghuru-harakan ketenteraman awam serta mencemarkan nama universiti.

Namun begitu, perhimpunan aman yang hendak diadakan berakhir dengan tragedi berdarah apabila pemimpin Bebas, Muhammad Safwan Anang@Talib telah mengalami kecederaan yang parah akibat dipukul.

Selain itu, beberapa mahasiswa lain juga turut tercedera.

Kes himpunan UPSI ini mendapat perhatian serta liputan meluas termasuk daripada bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang mengecam tindakan pihak polis. Kes ini seolah-olah tergantung dan tidak mencapai resolusi yang sepatutnya apabila Safwan yang telah dipukul tidak mendapat pembelaan sepatutnya.Ini yang kami tidak faham.

Selain itu, 8 mahasiswa yang mendapat panggilan daripada PDRM itu berasa hairan apabila mereka yang dikenakan kawad cam sedangkan kes anggota polis yang memukul Safwan Anang tidak mendapat sebarang jalan penyelesaian.

Lord Denning yang terkenal pernah berkata bahawa “keadilan bukanlah sesuatu yang mampu dilihat, ia tidak terbatas oleh waktu tetapi kekal sampai bila-bila. Ia bukan produk intelek tetapi produk rohaniah insan”.

Justeru, mahasiswa menuntut supaya supaya keadilan ditegakkan dalam kes ini bertepatan dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Mahasiswa berharap supaya pihak polis menjalankan kawad cam mengikut prosedur dan undang-undang yang ditetapkan kerana kami masih percaya bahawa pihak polis merupakan harapan masyarakat untuk menjaga keselamatan dalam negara.

Kalau bukan kalian, siapa lagi?

Khairul Naim ialah Setiausaha Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami)- Harakahdaily

Abdul Kadir perlu jelaskan dakwaan jumpa Anwar

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir perlu memberi penjelasan mengenai desas-desus yang mendakwa beliau ada berjumpa dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan strategi melemahkan UMNO dari dalam.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, penjelasan itu penting bagi membuktikan dakwaan bahawa Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dipimpin beliau bukan pertubuhan yang mengikut telunjuk Anwar.

‘‘Di dalam Pas, kumpulan Anwarinas telah digunakan untuk membaca skrip yang disediakan Anwar.

‘‘Adakah dalam UMNO sekarang, Amanah pula akan menjadi pembaca skrip yang ditulis oleh Anwar?,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada tindak-tanduk Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Amanah kebelakangan ini dilihat cenderung kepada pembangkang dan memburuk-burukkan kerajaan.

Abdul Kadir juga pernah dilaporkan berkata akan berada di barisan hadapan sekiranya perhimpunan Bersih 3 diadakan serta mengerahkan semua ahli Amanah untuk menyertai perhimpunan tersebut.Utusan

Giliran suami wanita beri keterangan

MALAYSIA CHRONICLE


KUANTAN - Suami wanita yang dikaitkan dengan kes khalwat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron di sebuah hotel di sini awal pagi Sabtu lalu, hadir memberi keterangan di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hari ini.

Pertemuan selama kira-kira empat jam itu bermula pada pukul 3 petang.

Bagaimanapun, lelaki itu enggan ditemui media untuk memberi komen lanjut berhubung isu yang membabitkan isterinya itu.

Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz pula berkata, keputusan berhubung kes khalwat itu hanya akan dibuat setelah JAIP berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan.

"Siasatan yang dijalankan baru selesai fasa pertama dan berharap semua pihak dapat memberi kerjasama supaya kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

"Dalam kes ini (khalwat), JAIP belum sahkan sesiapa bersalah kerana siasatan masih dijalankan. Apa yang kita lakukan iaitu serbuan pada awal pagi 25 Februari lalu adalah atas aduan suami wanita itu sendiri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Badrulamin ditahan oleh JAIP selepas diberkas oleh suami wanita berkenaan kerana disyaki berkhalwat dengan isteri lelaki itu di sebuah hotel di Kuantan awal pagi 25 Februari lalu.

Mengulas lanjut, Mohd. Ghazali berkata, apa yang diinginkan pihaknya dalam siasatan kes itu adalah keadilan bukan sahaja kepada tertuduh malah pengadu.

"Keadilan untuk agama diuruskan oleh jabatan agama (JAIP) melalui hukum syarak dan tidak boleh mengikut nafsu. Kami akan lakukan siasatan ini sebaik mungkin demi keadilan kedua-dua belah pihak," katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Sementara itu, beliau sekali lagi mengulangi bahawa JAIP tidak pernah merancang atau berkomplot untuk membuat tangkapan terhadap mana-mana individu, sebaliknya ia dibuat atas aduan yang diterima.

"Kami (JAIP) adalah bersendirian dan dalam kes ini kami bertindak atas aduan dan ia masih dalam peringkat siasatan. Saya hanya menguruskan bagi pihak jabatan," katanya.Utusan

Star: Umno bagi lesen MCA hentam Islam

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Akhbar milik MCA, The Star yang sudah berkali-kali terang-terang mengguris hati orang Islam tanpa dikenakan sebarang drastik menandakan Umno memberikan lesen kepada rakan seperjuangannya MCA untuk terus menghentam Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Dua hari lepas, The Star menyiarkan gambar besar penyanyi Amerika Eryka Badu yang mempunyai tatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.

Ia disifatkan satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini kerana nama Allah seolah-olah dipermain-mainkan. Ekoran pendedahan Harakahdaily mengenainya, The Star telah memohon maaf atas “terlepas pandang”.

Ekoran itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong dalam kenyataannya sebagaimana yang disiarkan Bernama berkata, Managing Editor, Ketua Editor Berita dan Editor Kanan The Star telah dipanggil kementeriannya untuk memberikan penjelasan ekoran laporan itu.

Ini adalah kali ketiga akhbar MCA melakukan kesalahan yang disifatkan melampau dalam tidak menjaga kesensitifan umat Islam.

Bulan Februari lepas, editor The Star, P Gunasegaram mempersoalkan hukum Islam apabila 3 wanita dijatuhkan hukuman sebat kerana berzina.

Kemudian, pada bulan Ramadhan yang lalu, The Star menyiarkan resipi masakan daging babi kononnya sebagai juadah berbuka puasa. Apabila dibuat bantahan, The Star memohon maaf.

Ini tidak ditambah lagi dengan kenyataan-kenyataan presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, yang umat Islam sudah muak dengan sifat ‘Islamphobia’nya yang tidak habis-habis menghina Islam khasnya hukum syariah.

Ia dapat dilihat dengan jelas dalam debat beliau dengan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP baru-baru ini.

“MCA dah menjadi lebih ganas di bawah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Nampaknya Umno ini memang memberikan lesen kepada MCA untuk menghentam Islam dalam dasar pecah dan perintahnya. Hukum minum arak, berjudi, hudud semua boleh dipertikai,” kata Mohamad.

Beliau juga berkata Kementerian Dalam Negeri perlu telus dan adil dalam memberikan hukuman terhadap akhbar The Star.

“Diharap bukan timbalan menteri MCA yang menyoalsiat editor The Star. Manalah mereka faham apa itu kesensitifan orang Islam dan rakyat akan nampak tidak telus. Sekiranya kali ini juga tidak hukuman yang setimpal, maka betullah apa yang saya katakan, menteri-menteri Umno sebenarnya inginkan MCA terus menghentam Islam,” katanya memberitahu Harakahdaily ketika dihubungi malam semalam.

Semalam, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi turut mempertikaikan penglibatkan penglibatan timbalan menteri KDN dari MCA dalam isu ini, kerana ramai yang akan ragu kalau-kalau tindakan yang berpatutan diambil ke atas akhbar milik MCA, The Star ini.

"Bagaimana AJK Pusat MCA yang jadi timbalan menteri KDN ni nak siasat dan hukum akhbar MCA? Kelakarlah pentadbiran Umno ini," kata Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS ketika mengulas isu ini.

Sehubungan itu, beliau meminta KDN lebih serius dalam hal ini dan menjaga kepentingan umat Islam dan tidak takut kepada MCA yang sudah semakin galak menghina Islam.

Seperti Mat Sabu, Nasrudin juga berpendapat keadaan kini adalah lebih parah dan mengelirukan apabila kerajaan Umno dan BN memejam sebelah mata terhadap apa yang dilakukan oleh akhbar MCA itu.

“Apakah kerana mereka tidak berani berhadapan dengan MCA?” soalnya.

Menurutnya, harapan ada tindakan tegas justeru ia berkait dengan maruah ummat Islam.

“Kita tidak mahu lagi akhbar Star hina Islam kemudian mohon maaf, buat lagi dan mohon maaf lagi dan buat lagi lalu mohon maaf lagi.

“Soalnya sampai bila?” katanya lagi.-Harakahdaily

BN kekalkan Pak Lah, beberapa pemimpin veteran untuk PRU-13



KUALA LUMPUR — Tun Abdullah Ahmad Badawi akan mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas kerana Barisan Nasional (BN) mengharapkan pemimpin veteran dan wakil rakyat berkebolehan untuk mempertahankan Putrajaya dari ditawan Pakatan Rakyat, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan bekas perdana menteri dikekalkan di kawasan yang dimenangi beliau buat pertama kali pada 1978 sebagai pemimpin baik dan merupakan "calon boleh menang" yang dicari Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

"Tun Abdullah telah diminta mempertahankan kerusi seperti Umno dan BN mahu mendapatkan kemenangan maksimum," kata sumber-sumber.

Abdullah, merupakan perdana menteri dari 2003 hingga 2009, memenangi kerusi Kepala Batas untuk kali kelapan dengan majoriti 11, 246 undi apabila beliau mendapat 23, 445 sementara Subri Mohd Arshad dari PAS memperoleh 12, 199 undi.

"Umno dan BN sedang memperhalusi senarai nama untuk memastikan mereka mendapatkan calon yang boleh menang sama ada di negeri atau pusat. Setiap kerusi dikira," kata sumber BN, berkata pemimpin veteran seperti Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Mohamad Aziz dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Tan Sri Nor Mohamed Yakcop boleh dikekalkan.

Penganalisis dan pengkritik berkata Najib mahu memperoleh kemenangan yang bersungguh-sungguh walaupun ia sukar untuk dicapai perdana menteri keenam untuk mencapai prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Abdullah memenangi 91 peratus daripada 222 kerusi Dewan Rakyat di Parlimen pada 2004 tetapi kalah dua pertiga majoriti selepas gabungan itu hanya memenangi 140 kerusi pusat dan lapan negeri pada 2008.

"Datuk Seri Najib Razak mahu memenangi pilihan raya umum berikutnya. Bagaimanapun, kemenangan itu hanya yang pertama bagi Pelaksanaan Indeks Prestasi Utama (KPI). Kedua beliau mesti mengatasi Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 (140 kerusi).

"Sesungguhnya, sebab asas kebangkitan Najib gagal kerana tidak melaksanakan janji mengembalikan kegemilangan Umno (dan BN) seperti dulu. Gagal untuk mencapainya akan dinilai semula kepimpinannya," kata penganalisis politik Karim Raslan yang menulis di ruangannya dalam akhbar The Star semalam.

Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluangkan masa beberapa bulan lalu turun padang untuk menilai kesediaan BN menghadapi pilihan raya umum yang mesti diadakan pada pertengahan 2013. Pakatan Rakyat berkata mereka tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga selepas Jun ini.

Penganalisis meramalkan BN akan memanggil pilihan raya umum bulan depan tetapi masih banyak isu yang belum diselesaikan seperti rombakan gaji perkhidmatan awam yang boleh menghakis sokongan terhadap pemerintah di antara 1.4 juta kakitangan kerajaan.

Najib memperuntukan lebih daripada RM2 bilion untuk rombakan termasuk dua peratus dalam pencen untuk 600,000 pesara pada Belanjawan 2012 tetapi kebanyakan daripada kenaikan gaji lebih menguntungkan pegawai kanan.

Najib telah mengarahkan kajian semula dijalankan dengan satu laporan dijangka pada 16 April.

BN juga dilihat menangguhkan pilihan raya umum sebagai percubaan menyelesaikan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) di mana keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil dituduh menggunakan dana awam RM250 juta untuk kepentingan sendiri.

Presiden Umno dan parti gabungan BN juga berdepan Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan satu gerakan membantah kilang nadir bumi Australia daripada beroperasi di Kuantan, ibu negeri Pahang - negeri kelahiran Najib dan sebahagian daripada kawasan Parlimen Pekan.

Pihak berkuasa dan syarikat Lynas Corp menegaskan kilang itu selamat tetapi penduduk tempatan bimbang tentang pelupusan bahan buangan kerana Australia enggan mengambil sisa-sisa nadir bumi di negara itu.

Semalam Business Times melaporkan Putrajaya akan menamakan Khairy Jamaluddin sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) yang mana sumber memberitahu The Malaysian Insider langkah itu bagi memastikan Ketua Pemuda Umno itu mendapatkan peluang yang lebih baik.

"Keputusan telah dibuat memandangkan Khairy mesra dengan beliau tetapi tidak mempunyai jawatan rasmi kecuali ketua Pemuda Umno. Beliau memerlukan satu jawatan untuk mengukuhkan kedudukannya," kata sumber kerajaan, menambah wakil rakyat Parlimen Rembau itu akan mempertahankan kerusi itu.

"Khairy berhak untuk jawatan lebih tinggi tetapi ia masih belum terjadi. Jadi ini yang terbaik boleh dilakukan untuk beliau berada dalam kedudukan lebih kukuh," kata seorang lagi sumber, mengesahkan pemimpin Umno itu dilantik PUNB.

Putrajaya kebiasaannya melantik Ahli Parlimen untuk mengetuai agensi kerajaan, dilihat sebagai latihan untuk mereka dilantik ke jawatan lebih tinggi, mungkin dalam Kabinet.

PERKASA nafi cetus kekecohan di Pulau Pinang


MALAYSIA KINI

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA Pulau Pinang hari ini menafikan anggotanya telah mencetuskan kekecohan yang mengakibatkan dua petugas media cedera pada Himpunan Hijau 2.0 di Padang Kota di George Town Ahad lepas.

adam chew kwong wah jit poh journalist fracas in penang himpunan hijau rally kickKetua Wira PERKASA Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata anggota PERKASA berada di situ hanya untuk meninjau keadaan tetapi ada pihak yang membuat provokasi terhadap mereka sebaik Ketua Menteri Lim Guan Eng tiba.

"Kejadian berlaku apabila salah seorang wartawan berkenaan yang mengiringi Ketua Menteri sejak ketibaannya sehingga beliau habis berucap telah mengasari salah seorang anggota PERKASA.

"Keadaan menjadi kelam kabut dan berlaku pergelutan dan saya tegaskan bahawa pergelutan itu bukanlah berpunca dari anggota kami," katanya pada sidang akhbar di George Town hari ini.

NONEBeliau berkata bukti kenyataannya boleh dilihat dalam rakaman video yang telah dimuat turun dalam laman sosial YouTube.

Mohd Rizuad berkata PERKASA kesal dengan tuduhan pihak tertentu kononnya anggota pertubuhan itu telah mencetuskan pergaduhan dan mengasari dua wartawan.

"Tetapi apa yang pelik, mengapa dia (wartawan) bertindak sebagai pengiring ketua menteri dan bersikap agresif terhadap kumpulan kami," katanya.

Beliau turut menafikan kumpulan motosikal yang turut berada di situ pada hari berkenaan adalah anggota PERKASA.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, wartawan dan jurugambar akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Jit Poh, Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di badan dan kepala setelah dipercayai dipukul oleh beberapa orang pada perhimpunan itu yang diadakan bagi membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang. Ia disertai hampir 1,000 orang. Bernama

DAP dedah lagi salah guna kuasa NFCorp


MALAYSIA KINI

Lagi salah guna kuasa NFCorp – kali ini kesalahan melanggar Akta Syarikat – kerana memberi pinjaman kepada para pengarahnya serta syarikat-syarikat lain milik para pengarahnya secara tidak sah didedahkan.

NONESehubungan itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata parti itu menuntut supaya Peguam Negara bertindak segera ke atas NFCorp, bukan sahaja dalam kes pecah amanah (CBT) tetapi juga atas kesalahan melanggar Akta Syarikat.

Kataya, beliau, sebelum ini, telah mendedahkan bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta di antara kerajaan Malaysia dan NFCorp hanya boleh digunakan untuk menubuhkan dan menjalankan operasi Pusat Fidlot Nasional selaras dengan dasar kerajaan Malaysia untuk membangun, memupuk dan mempromosikan pengeluaran daging lembu.

Namun, Pua berkata, jelas bahawa wang pinjaman itu telah digunakan untuk tujuan selain daripada menternak lembu, dan kesalahan ini termasuk membeli kondominium mewah di Malaysia dan Singapura, serta membuat pelaburan dalam perniagaan di Singapura.

Menurutnya, pemilikan harta dan pelaburan berkenaan dengan pinjaman kerajaan tidak dibuat melalui NFCorp tetapi melalui pengarah-pengarah individu dalam syarikat.

NONE“Ini bermakna NFCorp telah meminjamkan wang dari kerajaan kepada pengarah-pengarah individu dalam syarikat atau terus kepada syarikat-syarikat yang mempunyai para pengarah yang sama dalam syarikat.

“Syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan dengan para pengarah tersebut termasuklah Meatworks (Singapore) Pte Ltd yang tidak dimiliki oleh NFCorp tetapi dimiliki oleh pengarah-pengarah individu dalam NFCorp,” katanya dalam satu kenyataan, semalam dan disiarkan diportal Roketkini.

Menurut Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, bukan sahaja penggunaan wang itu melanggar perjanjian pinjaman, ia juga dilarang melakukan pemberian pinjaman seumpama di bawah Akta Syarikat.

Katanya, Seksyen 133 dan 133A Akta Syarikat di bawah kategori “pinjaman-pinjaman yang dilarang” menjelaskan bahawa mana-mana syarikat tidak dibenarkan memberi pinjaman kepada pengarah syarikat atau syarikat yang dianggap berkaitan dengan syarikat tersebut, atau mewujudkan apa-apa jaminan berkaitan dengan pinjaman kepada pengarah berkenaan oleh orang lain.

NONEBeliau menjelaskan, dalam keadaan di mana sesetengah jenis pinjaman dibenarkan seperti pinjaman perumahan kepada pekerja dan bayaran awal (advance), ia hanya sah di sisi undang-undang jika para pemegang saham memberi kebenaran terlebih dahulu.

“Sudah jelas dalam kes ini bahawa tidak ada sebarang kebenaran diberikan daripada Kementerian Kewangan yang memegang saham utama (golden share) dalam NFCorp,” katanya.

Bekas tahanan ISA: Saya dihina, dera secara mental

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri Hishamuddin Rais memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa sebahagian besar masanya ketika ditahan, beliau dihina, diancam dan didera secara mental.

himpunan hijau 2 260212 hishamuddin rais at stageDicekup pada 2001 atas tuduhan berkomplot untuk mengulingkan kerajaan dengan cara keganasan, Hishamuddin memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pernah disoal atas tuduhan terhadapnya itu sepanjang penahanan dua tahun berkenaan.

"Saya bukan ditahan kerana saya adalah ancaman kepada keselamatan negara, tetapi kerana saya adalah satu ancaman kepada kedudukan Umno dan menguggat kepentingannya," kata aktivis Reformasi, kolumnis dan pembikin filem itu.

Hishamuddin sebagai plaintif memberi keterangan dalam saman memohon perisytiharan mahkamah bahawa Seksyen 8 dan 73 ISA, yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan, adalah tidak berperlembagaan.

Beliau dan empat yang lain, termasuk ADUN Selangor Saari Sungib yang memberi keterangan pada Isnin lalu juga menyaman Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai kerana didakwa memfitnah mereka.

NONEMereka mendakwa Norian membuat kenyataan akhbar yang menyatakan secara palsu bahawa mereka bersedia menggulingkan kerajaan, termasuk mengumpul senjata seperti pelancar bom dan merekrut bantuan guru silat.

Hishamuddin dalam keterangannya mengenal pasti petikan yang merujuk kepadanya menerusi beberapa keratan akhbar dan gambar yang disiarkan pada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Norian.

"Kacak, bergaya dan memakai topi. Tidak boleh dinafikan bahawa ia bukan saya (dalam gambar itu)," katanya.

MP: Pembangkang dapat liputan lebih luas di Internet

Kenyataan pembangkang bahawa mereka tidak bersaing secara sama rata merupakan dakwaan tidak adil kerana kumpulan itu mempunyai akses kepada media dalam talian yang mempunyai pembaca lebih besar daripada beberapa media arus perdana.

NONEMemberi contoh, anggota parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahalan berkata, sekarang ini lebih ramai orang membaca Malaysiakini berbanding Utusan Malaysia dan lebih banyak membaca The Malaysian Insider daripada The Star.

Menurut statistik terkini Malaysian Digital Association, kedudukan portal berita tempatan didahului Star Online, diikuti Malaysiakini, Utusan Online, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro, The Malaysian Insider dan Sin Chew Daily.

Tiada statistik membandingkan antara akhbar dan portal berita.

Namun menurut Google Trends, Malaysiakini mendepani dalam kumpulannya.

NONEAbdul Rahman berkata, media dalam talian berkembang pesat selepas pilihan raya umum 2008 dan kini turut menyertai media arus perdana.

Bercakap dalam debat membincangkan isu kebebasan dan sifat tanggungjawab di Kuala Lumpur hari ini, Abdul Rahman berkata, dalam skla kecil, Pakatan Rakyat mengawal TV Selangor dan tidak juga memberikan separuh liputannya terhadap BN.