Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata, trafik arah selatan dari plaza tol Sungai Besi dilapor lancar.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) juga lancar dari Subang menuju Dataran Prima dan Kota Damansara ke Bukit Lanjan.
Bagaimanapun, menurut twitter LLM, satu kemalangan berlaku di KM 267 arah utara dari Seremban ke Nilai.
Maklumat terkini trafik boleh didapati menerusi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau laman sesawang www.twitter.com/plustrafik.
No comments:
Post a Comment