Saudara Pengarang,
SAYA,
Mohd Ansar Bin Maidin, Maykad bernombor 620617-12-5063 tampil membuat
penafian Bahagian 1 berhubung kenyatan yang dibuat oleh Butitit
Poimposik yang bertajuk 'DPPIM Beri Suaka Kepada Penjenayah India?' yang telah dipaparkan di Sabahkini.net.
Sesunguhnya, dengan
nama Allah Yang Maha Agung dan Besar, saya menyatakan semua tuduhan
Butitit adalah fitnah semata-mata kerana membuat tuduhan tanpa bukti
yang melampaui keraguan munasabah.
Saya
tidak ingin bercerita panjang lebar, tetapi dengan ini mencabar Butitit
membuat laporan polis tentang perkara yang difitnahkannya. Jika
Butritit 'anak lelaki' yang sejati, saya akan tunggu beliau membuat
laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas penafian saya ini tersiar di
Sabahkini.net.
Untuk
makluman pembaca, saya bukan sahaja difitnah membuat IC orang yang
telah mati, malah saya dituduh kaki botol, kaki perempuan, kaki sihir
dan kaki dadah. Saya membuat kenyataan ini dengan penuh kesedihan dan
keperittan dalam hati, sampai begini engkau Butitit memfitnah saya. Apa
salah saya kepada anda? Saya anggap ini ujian Allah ke atas hambanya
yang disayangi.
Saya
bersumpah di atas nama agama saya iaitu Islam bahawa pasport itu bukan
kepunyaan saya. Jika saya tipu, biar saya terima azab daripada Tuhan
yang Maha Esa. Jika Butitit yang tipu, beliau akan merana sepanjang
hidup kerana sesungguhnya fitnah itu lebih kejam daripada membunuh di
sisi Islam. Nampak sangat gambar itu seolah-oleh ditampal. Malah, saya
juga tidak pernah bekerja di Riyad sama sekali.
Saya
sudah berbelas tahun memiliki kedai sendiri di Inanam, Sabah. Bagaimana
saya boleh bekerja di Kedai Basir, Restoran Al-Madinah yang baru dibuka
sekitar 7 tahun yang lepas?
Saya
mencabar agar Butitit buktikan bahawa saya pernah berurusan di JPN
Beaufort dan membuktikan pernah tinggal dengan seorang yang bernama Hj
Maidin di situ.
Saya
meminta pembaca yang terpengaruh dengan fitnah akhir zaman seperti ini
tampil ke kedai-kedai saya untuk memeriksa adakah tidak saya memelihara
toyol dan sebagainya di situ.
Saya
juga mencabar Butitit tampil dengan gambar saya berzina yang
didakwanya. Buktikan dan buatlah laporan polis dan berikan gambar saya
berzina kepada mereka. Ayuh polis, tangkap saya jika ada gambar saya
berzina seperti didakwanya?
Saya
sangat teringin untuk berjumpa dengan Butitit ini. Tahukah anda kenapa?
Pada tahun lepas, kereta saya telah dipecah masuk di Masjid Bandaraya
Kota Kinabalu dan saya kehilangan satu kamera termasuk 'memory' kad yang
mengandungi banyak gambar saya serta wang dan telefon bimbit saya.
Apabila
saya melihat gambar yang dipaparkan dalam artikel Butitit, saya tahu
gambar itu datangnya daripada memory kamera saya. Saya ada bukti kukuh
dan saksi di tempat kejadian. Ternyata Butitik melakukan jenayah ini
semata-mata untuk mencuri gambar saya. Gambar ini hanya ada dalam kamera
tersebut.
Saya
sama sekali tidak terlibat dalam membuat IC projek di Sabah. Saya
bersedia di soal siasat oleh pihak berkuasa pada bila-bila masa sahaja.
Butitit mungkin dengki kerana saya membuka kedai di Api-Api. Beliau
tidak ada modal lain dan bersahaja mengunakan teknik fitnah yang telah
lapuk.
Wahai
Butitit! fikirkan sesuatu yang logik sedikit jika mahu memfitnah orang
yang tidak berdosa seperti saya. Mana anda simpan otak anda? Balai Polis
Penampang ada simpanan rekod saya ganggu wanita? Saya akan meminta
kenyataan polis di balai berkenaan. Kalau tiada, saya akan membuat satu
majlis bacaan doa dan kenduri khas agar anda tertangkap dengan kuasa
ALLAH kerana memfitnah ramai orang sesuka hati. Tidak ada salah kami
berdoa agar dapat menumpaskan 'Dajjal Akhir Zaman' seperti ini. Saya
juga akan tampil dengan bukti di bahagian kedua nanti.
Masej
khas kepada Sabahkini.net, saya berharap Sabahkini.net bersikap lebih
matang dalam menyiarkan artikel. Bagaimana Sabahkini.net boleh
menyiarkan gambar yang mengaibkan orang? Di mana sikap bertanggungjawab
Sabahkini.net sebagai wartawan? Inikah budaya wartawan dan sumber media
alaf baru?
Sabahkini
menjadi portal berita yang sangat penting kepada Sabah. Tidak ada sikap
professional langsung Sabahkini.net dalam menyiarkan artikel yang
begitu bersahaja menfitnah orang. Adakah Sabahkini.net mahu menanggung
dosa beribu pembaca yang tertipu dengan fitnah jahat golongan ini?
Tidak
ada bukti langsung, nampak sangat tuduh orang itu ini, guna nama
samaran, tidak ada sumber dari mana datangnya Butitit ini dan bagaimana
Sabahkini.net sanggup menyiarkan berita seperti ini tanpa ditapis?
Jangalah
kita hidangkan masyarakat dengan berita palsu dan fitnah. Bala besar
menanti pemfitnah. Apapun tahniah kepada Sabahkini.net yang memberi
ruang kepada Butitit untuk fitnah saya.
Jika
Sabahkini.net tidak membuang artikel fitnah itu secepat mungkin, maka
sia- sialah semuanya. Sabahkini.net dan Butitit bersedia menerima azab
Tuhan. Saya serah dan bertawakal kepada ALLAH. Saya bersumpah dan sedia
menghadapi semua pihak berkuasa dalam hal ini. Saya jemput semua pembaca
yang pernah melihat saya mengangu wanita, minum arak, ambil dadah, zina
dan sebagainya tampil membuat laporan polis. Saya sedia menghadapinya
jika benar.
Butitit,
saya cabar kamu tampil dam membuat laporan polis dengan membawa salinan
pasport itu. Saya akan tunduk jika pihak berkuasa katakan bahawa itu
pasport saya dan saya berani serahkan semula IC saya jika ianya
terbukti.
Saya
anak lelaki, saya lahir kepada satu ibu bapa, saya cabar kamu wahai
Butitit, ayuh turun ke jalan sebenar. Jika kamu berani berselindung di
sebalik Sabahkini.net, adakah kamu berani tampil membuat laporan polis?
Sejak
kebelakangan ini, Sabahkini.net sarat dengan kandungan cerita India
Muslim yang membuat salah dan jenayah kononnya. Ini semua pastinya kerja
Butitit. Saya mahu failkan kes dan menyaman Butitit. Fitnah seperti ini
tidak akan menjadikan saya apa-apa. Saya berpegang teguh pada ajaran
dan saya serah semuanya kepada ALLAH.S aya ada pertolongan ALLAH kerana
saya melaksanakan syariat Islam.
Namun,
fitnah seperti ini tidak harus diberi jalan. Butitit adalah Pengikut
Dajjal. Saya cabar kamu saman saya dengan kenyatan ini. Saya rasa Dajjal
sudah muncul. Dajjal ini memulakan kerjanya dengan menfitnah kaum India
Muslim di Sabah.
Nantikan
sahaja Bahagian 2 kenyataan saya ini. Saya akan tampil dengan membawa
bukti pasport ini siapa punya sebenarnya. Saya juga meminta semua rakan
kongsi seperti didakwa membuat kenyataan polis dan meminta kenyataan
pemilik Restoran Madinah Beaufort, JPN Beaufort, Jabatan Imigresen dan
lain lain.
Dajjal
Butitit harus menerima padahnya menfitnah orang. Orang beriman sentiasa
menang di sisi Allah. Insya-Allah, kita berjumpa di Mahkamah
Undang-Undang atau berjumpa di Mahkamah Allah di Padang Mahsyar.
Akhir
sekali, ayuh pembaca sekalian, jangan kita berfikir dengan apa yang
terhidang sahaja. Fitnah akan menjadi jadi di akhir zaman. Berfikirlah
berlandaskan Al Quran dan Hadis dan kitab kitab suci lain. Terang-terang
cara dia memaparkan artikel ini bertujuan untuk menjatuhkan maruah
saya. Memang berjaya tujuan Butitit, namun padah besar menanti dia.
Allah sendiri yang akan membalasnya.
Saya
akan berdoa, lima waktu supaya Butitit menerima azab di dunia ini dan
di akhirat kerana mengaibkan saya. Sabahkini.net harus memaparkan
artikel lebih matang siap dengan bukti yang kukuh dan sebagainya. Saya
merayu seikhlas hati saya supaya Sabahkini.net membuang artikel tersebut
berserta gambar agar ia tidak memudaratkan saya.
Budi
baik Sabahkini.net akan saya kenang. Saya akan berdoa untuk semua warga
Sabahkini.net supaya dimurahkan rezeki. Saya tahu Sabahkini.net hanya
akan membuang artikel dengan arahan mahkamah sahaja, namun saya
mengharapkan pertimbangan mengunakan akal fikiran.
Cuba
teliti salinan pasport itu, dia kepunyaan Indian di Riyad. Banyak yang
di edit. Saya merayu jasa baik pihak tuan.Saya juga meminta pihak polis
agar menyiasat laporan tersebut jika Butitit tidak muncul muncul.
Bertawakal kepada Allah.
Artinya:
"Dan peliharalah dirimu dari pada fitnah yang tidak khusus menimpa
orang-orang yang zhalim saja diantara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah
amat keras siksaan-Nya". (QS. 8:25)
Sekian, Salam Hormat,
ANSAR BIN MAIDIN
|