THE MALAYSIAN INSIDER
Gerakan
Harapan Baru (GHB) akan mengambil alih parti Kesejahteraan Insan Tanah
Air (Kita) dan bercadang melancarkan semula parti itu 31 Ogos ini, kata
Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof
Rawa.
Beliau berkata pengambilalihan parti itu akan dibuat melalui mesyuarat
agung luar biasa (EGM) yang dijadual diadakan tidak lama lagi.
"Selepas EGM itu kami akan memohon kelulusan Pendaftar Pertubuhan, ia
sama seperti penggabungan PKR dan Parti Rakyat Malaysia," katanya kepada
pemberita selepas majlis pelantikan 2 Ahli Majlis Bandaraya Pulau
Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), di George
Town hari ini.
Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata usaha untuk
menubuhkan pakatan baharu akan lebih mudah selepas proses
pengambilalihan parti itu selesai.
Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan
Tempatan, Pengurusan Lalu
Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow mengumumkan pelantikan
semula 2 ahli Majlis, Mhd Nasir Yahya (MBPP) dan Dahalan Fazli (MPSP)
berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Chow berkata pelantikan itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat
Kerajaan pada 29 Julai lepas meluluskan untuk melantik semula 2 ahli
Majlis daripada PAS itu.
Mhd Nasir dan Dahalan sebelum ini meletak jawatan sebagai ahli Majlis
berikutan keputusan Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-61 Jun lepas
menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan iaitu memutuskan hubungan
dengan DAP. – Bernama,
Friday, July 31, 2015
TIDAK SALAH TERIMA WANG, AYUH MENTERI UMNO...KAUTLAH SELAGI BOLEH!!
shahbudindotcom
Jika
ada yang berasa gembira dan lega dengan pengguguran Hasan Malek
daripada kabinet, harap simpan dulu perasaan tersebut kerana nampaknya
"kebebalan" dan "kedunguan" mungkin bertambah dahsyat di kalangan
sesetengah menteri yang baru dilantik ini.
Hanya
selepas dua tiga hari dilantik semula sebagai Menteri di Jabatan
Perdana Menteri setelah digugurkan pada 2009 dulu, Azalina Othman Said
muncul yang pertama, bukan saja menunjukkan ciri-ciri pengganti kepada
Hasan Malek, malah tahapnya nampak lebih kronik lagi.
Azalina
ternyata sudah mula mengidap penyakit "ampu dan bodek tahap empat"
sehingga sanggup memberi pandangan di luar kewarasan pertimbangan akal
dan menghumban jauh ilmu serta pelajaran yang diterimanya selama ini.
Asalkan dapat ampu dan bodek, semua perkara yang lain ditolak ke tepi dan boleh dilanggar begitu saja.
Mengulas
mengenai isu wang RM2.6 bilion yang didakwa mengalir masuk ke dalam
akaun Najib yang dipercayai menjadi antara punca Muhyiddin Yassin
dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Azalina antara lain berkata:-
- wang sejumlah itu bukanlah suatu isu besar kerana ia adalah budi bicara orang yang memberi duit itu.
-
tiada salahnya seseorang menerima pemberian sebesar RM2.6 bilion
asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang
patut menerimanya.
-
kalau orang derma duit pada saya suruh jaga anda semua dan simpan atas
nama saya, itu hubungan saya dengan penderma...apa salahnya?
Jika
kita hayati hujah-hujah Azalina ini, tentulah ia tiada bezanya dengan
banyak kenyataan Hasan Malek sebelum ini yang antaranya, "oleh kerana
ayam naik harga, jangan makan ayam" dan "disebabkan kurang rungutan
yang diterima kementerian, ini menunjukkan rakyat berpuas hati dengan
GST dan kenaikan harga minyak".
Hello
Azalina...cubalah guna akal sikit dan fikiradaripada manakah datangnya
duit sebanyak itu? Bukankah The Wall Street Journal mendakwa ia
berpunca daripada 1MDB? Kalau wang itu daripada 1MDB yang berhutang
sebanyak RM42 bilion, tidakkah ia merupakan wang kita semua?
Kalau
pun ada seseorang yang sanggup beri wang sebanyak RM2.6 bilion kepada
ketua sebuah kerajaan, apakah ia percuma atau derma kosong saja? Tentu
ada balasan yang diharapkan? Apa balasannya? Jual tanah? Jual maruah?
Atau jual negara?
Kalau seseorang itu bukan Perdana Menteri atau ketua kerajaan, adakah sesiapa teringin mahu memberinya wang sebesar itu?
Mengatakan
tidak salah bagi seseorang pemimpin menerima wang dan ia hanya urusan
antara penderma dan penerima, tidak syak lagi betapa malangnya kita
mempunyai pemimpin sebegini rupa. Tiada apa-apa yang rakyat boleh
harapkan daripada specis seperti ini.
Ia
memberi gambaran bahawa jika mengikut tafsiran Azalina itu bermakna
para menteri dan pemimpin kerajaan boleh mengaut seberapa banyak wang
sekali pun dan tiada sesiapa berhak mempersoalkan daripada mana wang itu
diperolehi.
Adakah
orang sanggup memberi wang dengan percuma dan tidak mengharapkan
apa-apa balasan? Kalau begitu, tutup saja SPRM dan bakulsampahkan terus
undang-undang rasuah. Pasukan petugas khas yang sedang menyiasat wang
itu dan kaitannya dengan Najib juga patut dibubarkan saja.
Jangankan
pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan terdedah kepada unsur
rasuah dan kemungkinan menjual kepentingan negara apabila menerima wang
sebesar itu harus dipersoalkan, bahkan ibu bapa sendiri akan menyoal
jika anak mereka tiba-tiba pulang ke rumah dengan membawa dua tiga
buntil wang bersamanya.
Apabila
kita membawa sejumlah wang tunai ke bank untuk membuka akaun, katalah
jumlahnya RM500 ribu, pihak bank juga pasti akan menanyakan beberapa
soalan mengenai wang itu.
Lebih
dari itu, Bank Negara sendiri mensyaratkan pemindahan wang melebihi
jumlah RM50 juta juga mesti mendapat kebenaran dan kelulusannya.
Lebih diragui jika penerima wang itu berstatus ketua kerajaan kerana ia mungkin berkaitan rasuah, wang haram dan sebagainya.
Jadi,
di mana logiknya pemindahan sejumlah RM2.6 bilion adalah perkara biasa
dan hanya persoalan antara penderima dan penerima saja, manakala kita
sebagai rakyat dikatakan tidak berhak sama sekali mengetahuinya?
Dengan
kenyataan awal Azalina itu, bukan saja keputusan melantiknya semula
sebagai menteri suatu kesilapan setelah mengenepikan Hasan Malek, malah
membuatkan barisan kabinet ini menunjukkan kecenderungan yang semakin
jauh dari denyut nadi rakyat terbanyak.
Kesalahan yang dilakukan oleh ketua bukannya mahu diperbetulkan atau ditegur, malah disokong dan diberi rangsangan lagi.
[BERGAMBAR] MH370: Objek-Objek Lain Ditemui, Botol Air Minuman Dan Botol Pencuci
KELAB GREENBOC
Berapa barangan lain telah turut ditemui selepas penemuan beg pakaian yang telah rosak semalam di kawasan Pulau Reunion dimana serpihan disyaki milik pesawat MH370 dijumpai.
Diantaranya ialah sebotol air minuman tertera tulisan bahasa China dengan sebotol pencuci yang memparkan tulisan bahasa Indonesia.
Sementara itu, seorang nelayan Denmark, Les Pinniger menemui empat botol air plastik 1.5 liter, sebotol berjenama CACTUS (satu jenama air botol yang terkenal dikeluarkan oleh sebuah syarikat air minuman di Malaysia), dan menyatakan ia mungkin memberikan petunjuk untuk mencari serpihan yang disyaki pesawat MH370.
Barangan-barang tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk siasatan lanjut.
Walau bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan menyatakan ia masih terlalu awal untuk mengaitkan barang-barang tersebut dengan misteri kehilangan pesawat MH370 pada bulan Mac tahun lalu.
Kebetulan, daripada 227 penumpang pesawat MH370 adalah terdiri dari warganegara yang berbeza, diantaranya seramai 152 warganegara China, Malaysia (38), Indonesia (12), Australia (7) dan Perancis (tiga).
Semalam sebuah beg pakaian yang telah rosak teruk telah ditemui oleh seorang pekerja pembersih pantai di Reunion berdekatan dengan tapak di mana serpihan dipercayai dari penerbangan MH370 yang hilang tahun lalu ditemui.
BEG PAKAIAN DITEMUI SEMALAM

Kabinet lulus struktur tambang BRT
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini
mengumumkan Kabinet telah meluluskan struktur tambang Bas Rapid Transit
(BRT) bagi Lembah Klang dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lepas.
SPAD dalam kenyataan berkata struktur tambang yang terdiri daripada komponen tambang asas sebanyak RM0.90 sen dan komponen tambang berdasarkan perjalanan setiap kilometer (km) itu akan bermula dengan RM0.815 sen bagi 6km pertama.
"Sebanyak RM0.513 sen dikenakan untuk perjalanan 6km hingga 12km pertama, RM0.421 sen untuk 12 hingga 18km, RM0.282,18 sen untuk 24km dan RM0.212 sen bagi perjalanan melebihi 24km.
"Struktur ini mengehadkan tambang maksimum yang boleh dikenakan bagi perkhidmatan BRT dan pihak pengendali tidak dibenar mengenakan tambang melebihi kadar yang ditetapkan," kata kenyataan itu di sini, hari ini.
Sementara itu, Kabinet turut mengarahkan pengendali memberikan potongan tambang sebanyak 50 peratus bagi pelajar, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
Menurut kenyataan itu lagi, sistem BRT Sunway Line adalah BRT yang pertama di Lembah Klang dan dikendalikan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).
"Struktur tambang tersebut tidak dapat menampung kos operasi BRT pada kadar penggunaan kini," katanya.
Bagi memastikan pengguna menikmati kadar tambang yang rendah, kerajaan juga meluluskan subsidi tahunan sebanyak RM14 juta untuk tempoh tiga tahun kepada Prasarana.
"Ini akan membantu menampung perbezaan dalam pengutipan tambang dan kos operasi bagi memastikan rakyat mampu menggunakan perkhidmatan tersebut," menurut kenyataan itu. - Bernama

Individu tawar siaran televisyen haram ditahan
BUTTERWORTH - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menawarkan perkhidmatan siaran televisyen haram dalam serbuan pihak penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) Pulau Pinang di sebuah premis di Lucky Park, Raja Uda di sini.
Turut dirampas dalam serbuan pada pukul 10.20 pagi semalam itu ialah peralatan seperti server Internet, komputer, kad klon Astro, parabola, penyambung rangkaian internet dan modem yang kesemuanya bernilai kira-kira RM250,000.
Lelaki berusia 54 tahun yang ditahan itu dipercayai dalang utama sindiket tersebut, kata Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Pulau Pinang Suhaimi Mat Sari pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata sindiket itu menawarkan lebih 200 saluran Astro berserta saluran tambahan secara tidak sah dengan bayaran bulanan serendah RM28 yang disalur terus melalui talian Internet kepada 300 pelanggan di sekitar Butterworth.
"Kami menerima aduan daripada syarikat televisyen Astro, Multimedia Entertainment Sdn Bhd dan TVBO Entertainment Ltd berhubung perkara itu," katanya.
Suhaimi berkata siasatan mendapati sindiket itu melakukan 87 kesalahan melanggar hak cipta dan menjual saluran rancangan televisyen haram. - Bernama
'Saya berhak pergi ke mana-mana bahagian'
MALAYSIAKINI
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kesetiaannya kepada Umno tetap utuh dan sama sekali tidak akan meninggalkan parti keramat itu untuk menyertai parti lain.
Sehubungan itu, timbalan presiden Umno memberi ingatan kepada parti lain terutama pembangkang, agar tidak mengambil kesempatan untuk memujuknya menyertai parti mereka kerana kesetiaannya kepada Umno sama sekali tidak berbelah bahagi.
"Tak payah datanglah untuk memujuk saya (menyertai mana-mana parti) kerana itu semua tak layan.
"Saya 'totok (jati) setotok totoknya' (dalam perjuangan Umno) orang Melayu yang berjiwa Umno dan saya sama sekali tidak akan pecah amanah dalam perjuangan (Umno)," katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek
Panchor.
Sebelum itu Muhyiddin turut menyertai hampir 1,000 jemaah melakukan solat hajat dan tahlil di masjid itu.
Ucapan lebih 40 minit itu adalah yang pertama oleh Muhyiddin selepas beliau digugurkan daripada senarai Kabinet terbaharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lepas, dan digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Kepulangan Muhyiddin ke Parlimen Pagoh yang juga pertama kali selepas rombakan Kabinet itu sangat dinanti-nantikan oleh penyokong dan pengundi beliau yang ingin mengetahui hala tuju perjuangannya selepas ini.
Anggota Parlimen Pagoh itu berkata beliau masih mempunyai tugas besar untuk perjuangan bangsa, agama dan negara kerana masih mempunyai jawatan sebagai timbalan presiden Umno.
"Saya masih ada tugas. Saya masih timbalan presiden Umno dan timbalan pengerusi BN. Ini amanah saya untuk bantu presiden Umno. Apa yang dilakukan untuk memajukan negara dan mahu rakyat terus menyokong parti demi agama dan negara," katanya.
Beliau berkata tugas dan amanah itu perlu digalas dengan baik tanpa mengira siapa pun yang menjadi presiden Umno.
"Timbalan presiden Umno adalah untuk bantu presiden Umno, tidak kira siapa perdana menteri termasuk Najib. Saya kena bantu bekerja dan bantu Majlis Tertinggi kerana keadaan (politik) hari ini tidak seperti dahulu.
"Saya takut dengan keadaan hari ini jika tidak ada langkah tegas untuk menanganinya rakyat tidak akan percaya dengan kita lagi," kata Muhyiddin.
Sehubungan itu, katanya, beliau berhak untuk pergi ke mana-mana bahagian Umno untuk merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian kerana itu adalah sebahagian tugasnya sebagai timbalan presiden Umno.
Kepada penduduk di Parlimen Pagoh, Muhyiddin juga memberi jaminan perancangan besarnya untuk merealisasikan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh akan terlaksana juga walaupun beliau bukan lagi menteri pendidikan.
"Ini projek untuk rakyat dan bukannya projek peribadi dan saya berharap menteri berkenaan meneruskan projek ini," katanya.
Kata Muhyiddin lagi, sepanjang kariernya sebagai wakil rakyat di bahagian Pagoh selama 37 tahun, beliau telah melakukan tugas sebaik mungkin untuk memajukan kawasan itu.
"Yang penting rakyat boleh menilai apa yang saya buat selama ini," katanya.
Beliau kemudian mengulangi kenyataannya yang menerima dengan baik apa yang telah ditakdirkan terhadap dirinya kerana beliau yakin ada rahmat di sebalik penggugurannya daripada Kabinet itu.
Sebelum itu, Muhyiddin mengadakan pertemuan tertutup dengan semua pemimpin Umno bahagian itu di Kompleks Seri Pekembar.
Beliau turut melambai tangan kepada jurugambar yang hadir untuk merakamkan kehadirannya bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.- Bernama

Pemimpin Pemuda Umno tuduh Najib khianat
MALAYSIAKINI
Tanda menunjukkan Umno bergolak ekoran pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin mula terlihat lebih jelas apabila dua pemimpin pemuda di Johor meletak jawatan mereka hari ini.
Malah salah seorang daripada mereka mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "pengkhianat".
Pemimpin pemuda peringkat bahagian itu - Asrul Esreen Mohd Salleh dan Saiful Zakry Ripin - adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tenggara.
Menurut Asrul Esreen, peletakan jawatan ini disebabkan perjuangan kepimpinan tertinggi sudah terpesong jauh dari perjuangan asal pemimpin terdahulu.
"Kebanyakan keputusan diambil tidak memihak kepada rakyat. Mana slogan Rakyat Didahulukan?" katanya hari ini.
Menurut Asrul Esreen kes pemecatan Muhyiddin daripada jawatan timbalan perdana menteri juga menunjukkan seseorang yang bercakap benar akan dicantas, manakala "pembela rakyat" akan dipecat.
Dia turut mengecam tindakan Najib melantik anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadi menteri dan timbalan menteri.
Pelantikan itu dibuat ketika PAC sedang giat menjalankan siasatan terhadap agensi 1MDB.
"Perkara yang berlaku ini sangat ketara untuk rakyat seperti saya yang merasakan ini satu pengkhianatan kepada bangsa, agama saya dan parti saya.
"Perkara ini tidak sehaluan dengan perjuangan saya dan pemimpin terdahulu," katanya.
Sementara itu Saiful Zakry berkata dia "malu" dengan tindakan segelintir pemimpin Umno yang bermuka-muka.
"Saya juga berasa malu apabila hendak menjawab soalan-soalan daripada akar umbi tentang tindakan tersebut.
"Dan dikalangan rakan-rakan pembangkang pula, (mereka) memulangkan paku buah keras kepada kami ahli Umno," katanya.
Perkembangan itu bukanlah yang pertama sejak Najib menyingkirkan Muhyiddin.
Semalam Pemuda Umno Labis mengeluarkan kenyataan menuntut Najib mengambil cuti sehingga siasatan berhubung skandal 1MDB diselesaikan.
Ketuanya, Mohd Shahir Huddin Ali berkata tindakan itu dirasakan perlu kerana ia dapat melicinkan proses siasatan yang sedang dijalankan pihak berkenaan.

Umno Tanjung Malim batal hasrat jemput Mukhriz
MALAYSIAKINI
Umno Tanjung Malim memutuskan untuk membatalkan hasrat menjemput Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir untuk merasmikan serentak mesyuarat tahunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian itu, esok.
Ketua bahagian tersebut, Datuk Khusairi Abdul Talib memberitahu SuaraTV, ia bagi memastikan suasana politik di peringkat bahagian itu kekal aman.
Katanya, beliau telah berbincang dengan ketua-ketua sayap terbabit dan mereka sepakat membatalkan hasrat menjemput Mukhriz dan digantikan dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir untuk merasmikan mesyuarat berkenaan.
”Keputusan ini dibuat bagi menjaga suasana aman politik di Tanjung Malim agar tiada sebarang masalah kerana kami tidak mahu unsur-unsur yang boleh memecah belahkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak” katanya kepada SuaraTV.

Keadilan untuk MH17 tetap ditegakkan
KUALA LUMPUR - Malaysia berikrar untuk terus mencari opsyen bagi membawa pihak yang bertanggungjawab dalam perbuatan menembak jatuh Penerbangan MH17 Malaysia Airlines, ke muka pengadilan.
Ikrar itu disuarakan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berikutan tindakan Rusia menggunakan kuasa vetonya menghalang draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) pada Rabu mengenai penuhuhan sebuah tribunal antarabangsa ad hoc untuk mendakwa mereka yang terlibat dengan perbuatan itu.
Beliau berkata antara opsyen yang ada bagi Malaysia ialah menggunakan sistem undang-undang hibrid dan yang terdapat di negara berkenaan bagi tujuan pendakwaan.
"Kami berpegang teguh dengan keazaman kami untuk memastikan pelakunya dipertanggungjawabkan tentang perbuatan mereka serta memastikan mangsa yang
menaiki MH17 mendapat keadilan," katanya pada taklimat media menjelang berlangsungnya Mesyuarat Menteri Luar Asean (AMM) ke-48 dan Mesyuarat Berkaitan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
"Kami telah membincangkan opsyen ini dengan panjang lebar, tetapi belum membuat keputusan, mekanisme mana (yang akan digunakan)," kata beliau.
Anifah, bagaimanapun berkata beliau sedar tentang kerumitan yang akan dihadapi dalam melakukan pendakwaan.
Beliau menyeru masyarakat antarabangsa supaya terus memberi sokongan kepada Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) mengenai nahas pesawat itu, yang meragut nyawa 298 anak kapal dan penumpangnya.
Rusia mengggunakan kuasa vetonya bagi menghalang draf resolusi cadangan penubuhan tribunal itu, walaupun 11 daripada 15 anggota UNSC mengundi menyokongnya. China, Angola dan Venezuela tidak mengundi.
Penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh berhampiran Donetsk di timur Ukraine. - Bernama
Rafizi diarah bela diri, sifatkan kes bermotif politik
Oleh: Nadia Hanafi
PETALING JAYA- Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli perlu membela diri terhadap tuduhan menghina dengan niat memprovokasi ahli Umno menerusi satu artikel disiarkan akhbar The Edge, tahun lalu.
Hakim Azwarnida Affandi menetapkan 20 Ogos depan untuk Rafizi membuat pembelaan dan memulakan kesnya.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan itu, dan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan bersalah.
Rafizi ketika ditemui berkata, pendakwaan terhadap beliau sudah dijangka dan menyifatkan ia bermotifkan politik.
“Saya tidak terkejut dan memang sudah jangka. Kes-kes yang dibawa terhadap individu macam saya memang bermotif politik. Maknanya, saya kira ada banyak pertimbangan lain yang mahkamah akan ambil,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah.
Katanya, beliau juga sudah bersedia untuk membela diri kerana yakin tidak bersalah dan mempunyai fakta yang kukuh dalam kes ini.
Rafizi hadir di mahkamah dengan berpakaian kemeja putih dan diwakili peguamnya, Erik Paulsen.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan dituduh sengaja menghina ahli Umno, menimbulkan kemarahan yang dikatakan boleh mengganggu ketenteraman awam melalui satu kenyataan dalam artikel bertajuk “Adakah Rafizi akan berhenti jika Selangor tidak dijatuhkan”.
Kenyataan tersebut didakwa diucap semasa ditemuramah seorang wartawan portal fz.com Mohd Azril Annuar melalui telefon dan disiarkan di akhbar The Edge Financial Daily pada 5 Februari.
Rafizi yang ketika itu Pengarah Strategi KEADILAN didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat The Edge Malaysia Communication Sdn Bhd, Menara KLK, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara pada 11.40 pagi, 4 Februari lalu.
Harga runcit RON95, RON97, diesel turun 10 sen
KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel turun 10 sen seliter bagi Ogos 2015 berkuat kuasa tengah malam ini (1 Ogos).
Harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan diesel RM1.95 seliter.
"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Ogos ini," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti
ketika dihubungi Bernama.
Makluman ini sekali gus menafikan penyebaran tidak bertanggungjawap di media sosial oleh pihak tertentu yang mendakwa kerajaan telah menaikkan harga ketiga-tiga bahan api setinggi 35 sen seliter.
Dakwaan itu menggunakan "Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan" sebagai sumber maklumat tersebut. - Bernama
KPDNKK nafi keluar kenyataan harga minyak
Wartawan Sinar Harian
SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini menafikan ada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perubahan harga baharu petrol dan diesel bagi Ogos seperti yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp.
Menurut KPDNKK dalam satu kenyataan hari ini, sebarang perubahan harga hanya akan diketahui pengguna pada jam 12.01 pagi nanti.
“Untuk makluman, pihak KPDNKK tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan perubahan harga baru petrol dan diesel setiap bulan. Kenyataan harga minyak petrol dan diesel bagi bulan Ogos yang kononnya dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha KPDNKK seperti yang tersebar di laman sosial serta aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.
“Perubahan harga petrol dan diesel pada setiap bulan hanya akan diketahui pengguna pada jam 12.01 pagi di semua stesen minyak di seluruh negara. Harap maklum,” kata kenyataan itu.
Mesej yang tersebar itu mendakwa RON95 mengalami kenaikan sebanyak 25 sen manakala RON97 mengalami kenaikan 35 sen dan diesel pula mengalami kenaikan 30 sen.
“Berikutan keperluan untuk menampung keperluan subsidi negara, harga runcit bahan api fosil akan dinaikkan kepada harga berikut, RON97+35 sen seliter = RM 2.90, RON95 +25 sen seliter = RM 2.40 dan diesel +30 sen seliter = RM 2.35.
“Harga baru ini akan berkuatkuasa mulai 12.00 tengah malam 1 Ogos 2015. Sekian, makluman,” bunyi kenyataan yang menggunakan nama Ketua Setiausaha KPDNKK itu.
1 Disember lalu, kerajaan memutuskan menghapuskan subsidi dan penetapan harga runcit bagi RON95 dan diesel adalah bergantung pada harga minyak mentah dunia.
Harga minyak berubah setiap awal bulan mengikut kaedah pengapungan terkawal.
Nafi berita Presiden PAS disiarkan Berita Harian
DETIK DAILY
TAJUK berita dalam akhbar cetak Berita Harian "Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya" bertarikh 31 Julai 2015 itu adalah salah dan mengelirukan.
Presiden PAS menyebut bahawa undi tidak percaya di parlimen adalah salah satu proses demokrasi. PAS akan menelitinya.
Bagaimana pula ia telah dispin sedemikian rupa oleh Berita Harian dengan tajuk dan isi yang bercanggah dengan apa yang disebut oleh Presiden PAS. Melainkan Berita Harian berniat jahat dan mempunyai agenda pecah perintah.
Kami mendesak pihak Berita Harian meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam.
Sekiranya pihak Berita Harian enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya.
Disertakan pautan temuramah tersebut:
Watch "UNDI TIDAK PERCAYA ADALAH PROSES DEMOKRASI" on YouTube - https://youtu.be/FrtduqAGCBU
DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
#KitaLawan lancar siri jelajah, gerak anak muda ke Bersih 4.0
Oleh: Azuan Ab Rahman
KUALA LUMPUR- Gerakan #KitaLawan akan memulakan siri jelajah besar-besaran bagi menggerakkan anak muda ke Himpunan Bersih 4.0 yang bakal diadakan 29 dan 30 ogos hadapan.
Bermula di Sabah pada 2 Ogos nanti, program yang dinamakan pentas #KitaLawan itu akan meneruskan siri jelajahnya ke Kuala Terengganu ada 7 Ogos.
Beberapa pemimpin pembangkang seperti pengerusi Gerakan Harapan Baru, Mohammad Sabu, Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli serta pemimpin muda di kalangan aktivis dan pemimpin pelajar turut dijangka hadir.
“Malah kita jangka lebih ramai pemimpin akan hadir, kita buka kepada semua pemimpin rakyat.
“Kalau Tan Sri Muhyiddin dan Tun Mahathir mahu datang pun kita akan alu-alukan,” jelas Wakil Sekretariat #KitaLawan, Akmal Nasir dalam sidang akhbar hari ini.
Tidak terhenti setakat itu, siri jelajah tersebut akan diteruskan ke Machang di Kelantan dan Sarawak pada 8 Ogos, sementara 14 Ogos di Perak.
Menyifatkan gerakan ini sebagai satu gerakan habis-habisan dari anak muda untuk menyelamatkan negara, #KitaLawan turut akan mengadakan beberapa program lain menjelang himpunan BERSIH 4.0 nanti.
“Setiap minggu kita akan adakan kempen seperti Flashmob dan sebagainya untuk menaikkan semangat rakyat,”
“Anak muda akan terus memperjuangkan hak rakyat di negara ini,” tegasnya.
#KitaLawan berkata, mereka akan meneruskan siri jelajah tersebut ke Melaka dan Negeri Sembilan pada 16 Ogos, yang terakhir akan diadakan di Pasir Gudang dan Tebrau, Johor pada 22 Ogos nanti.

Siasat demo bawah Kanun Keseksaan menyalahi undang-undang
KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surrendren meminta kerajaan mengotakan janjinya untuk tidak menyalahgunakan seksyen 124 kanun Keseksaan bagi tujuan politik.
Beliau merujuk kenyataan Ketua Polis Negara yang ingin menyiasat Datuk Ambiga Sreenevasan di bawah seksyen tersebut kerana mengajak orang ramai berhimpun bagi menggesa Perdana Menteri meletakkan jawatan.
“Apa-apa penyiasatan terhadap Ambiga di bawah seksyen 124, yang semata-mata untuk menyeru protes aman, akan menyalahi undang-undang, tidak mengikut perlembagaan dan penyalahgunaan kuasa polis.
“Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan membolehkan orang ramai hak untuk bantahan secara aman,” katanya pada kenyataan media.
Surrendren yang juga seorang peguam berkata, parlimen telah mengiktiraf hak membantah dengan meluluskan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang bertujuan untuk memudahkan sesuatu perhimpunan.
Katanya juga, memanggil atau menganjurkan bantahan aman tidak menjadi suatu kesalahan di bawah seksyen 124 Kanun Keseksaan atau mana-mana undang-undang Malaysia yang lain.
Tambahnya lagi, pada 17 April 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz juga berjanji kepada Dewan Rakyat bahawa seksyen 124 Kanun Keseksaan tidak akan digunakan untuk tujuan politik.
“Kami menyeru kerajaan dan polis untuk menghormati demokrasi dan hak-hak perlembagaan rakyat, dengan tidak menghalang protes damai atau mengganggu orang-orang yang meminta atau menganjurkan acara tersebut,” katanya.
Polis akan menyiasat Datuk S Ambiga selepas dikatakan membuat kenyataan berhubung kemungkinan protes jalanan jika anggota parlimen tidak bertindak untuk menggantung pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Melihat Kabinet baharu Najib secara rasional
Oleh Zainuddin Maidin
Tokoh-tokoh berkaliber dari Sabah
Perimbangan dan kualiti dalam pelantikan Kabinet baharu menampakkan pertimbangan dan pemilihan yang rapi lama dibuat tetapi pengumumannya dengan tergesa-gesa sehingga menafikan keperluan menyiapkan segera laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menampakkan kepada rakyat survival Datuk Seri Najib Razak lebih diutamakan.
Orang ramai nampak keperluan Najib menyegerakan rombakan itu kerana beliau nampak bahaya yang datang daripada kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengancam mengenai 1MDB di Umno Bahagian Cheras.
Jika Najib mengambil berat terhadap kepenatan penantian rakyat terhadap laporan 1MDB maka tentulah beliau menangguhkan dahulu pengumuman Kabinet baharunya yang memerlukannya mengambil 3 orang yang sedang menjalankan tugas menyiapkan laporan hasil siasatan itu. Demikianlah juga penyingkiran Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang terlibat dalam tugas yang sama.
Walaupun saya sedang berkabung ekoran pengumuman Kabinet baharu itu tetapi saya cuba melihatnya secara rasional dari sudut-sudut positif untuk mengeluarkan diri saya daripada kesedihan.
1. Kabinet baharu ini akan memberikan semangat dan kekuatan baharu kepada Najib untuk memanjang hayatnya sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang.
2. Pelantikan Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi ini akan membantu memastikan laluan mudah bagi sepupunya Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mengambil tempat sebagai perdana menteri atau timbalan perdana menteri pada masa yang sesuai.
3. Dengan popularitinya yang tertinggi dalam parti dan latar belakang pelajaran agamanya serta kelebihan sebagai seorang orator yang baik maka pemilihan Zahid sebagai timbalan perdana menteri dengan dikekalkan sebagai menteri dalam negeri menambahkan aura kekuatannya untuk memulihkan imej nasionalisme Umno dan keyakinan di kalangan orang Melayu dan Islam dengan langkah-langkah keselamatan yang seimbang.
Pegangan kepada kedua jawatan ini pernah disandang oleh Allahyarham Tun Dr Ismail selepas pemerintahan Majlis Gerakan Negara. Timbalan perdana tanpa jawatan yang lain tidak menampakkan kekuatan dan penguasaan.
Walaupun hubungan lalu antara Zahid dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sering diperkatakan tetapi keyakinan Najib kepada Zahid menunjukkan beliau tetap setia kepada Najib walaupun berada di bawah Anwar (dalam pada itu harus diingatkan pada masa itu untuk survival, semua orang mempunyai hubungan baik dengan Anwar termasuk Muhyiddin dan Najib sendiri tetapi oleh kerana melihat potensi Zahid maka beliau dilimpahkan beberapa kelebihan).
4. Pelantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan imejnya sebagai aktivis moderate Islam, seorang modenis Islam dan intelektual Islam yang dihormati fikiran dan kebolehannya akan dapat membantu penerapan nilai-nilai keterbukaan dan progresif Islam dalam menghadapi cabaran yang semakin agresif dalam politik liberalismedan globalisasi masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Dalam hal ini, Asyraf dan Zahid boleh saling membantu dalam menghadapi dan mematahkan provokasi terhadapi nilai-nilai agama dari segi keselamatan dengan secara logik, rasional dan terpelajar.
Mungkin mereka juga akan dapat membantu dalam pendekatan ke arah yang lebih meyakinkan rakyat berbilang kaum jika diperlukan kerjasama antara PAS dan Umno untuk kestabilan dan ketenteraman negara. Orang agama lebih mudah bercakap dan memahami bahasa agama antara mereka.
5. Pengekalan dan pelantikan tokoh-tokoh politik berkaliber besar dari Sabah yang terbukti dalam keupayaan mereka mempertahankan Najib dengan fakta dan rasional akan memperkuatkan lagi sokongan rakyat Sabah kepada Barisan Nasional (BN).
Walaupun Datuk Seri Shafie Apdal tersingkir tetapi penggantiannya dengan Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai menteri komunikasi dan multimedia akan memperlihatkan peningkatan sumbangan Sabah dalam politik negara. Saya mempunyai keyakinan Salleh berupaya menjalankan tugasnya dengan berkesan.
Walaupun saya tidak bersetuju dengannya tetapi saya mengakui kemampuannya menangkis serangan dengan pantas berasaskan fakta-fakta sejarah yang kuat dan benar dalam mempertahankan Najib dan tidak seperti kebanyakan “ulaq ayaq” yang digunakan oleh TV3.
Dua lagi Menteri dari Sabah; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahalan dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman terbukti tidak mengecewakan. Rahman dan Salleh tidak sahaja berkeupayaan dalam pendekatan politik tetapi juga dalam penulisan.
Yang menjadi tanda tanya sekarang ialah adakah pelantikan Zahid sebagai timbalan perdana menteri hanya bersifat sementara bagi memberikan laluan ke puncak kepada Hishammuddin yang juga pernah menjadi menteri dalam negeri dan banyak menyimpan rahsia-rahsia penting kementerian itu.
Apapun dalam politik tidak ada perancangan dan janji yang kekal. Nasib Zahid dan Hsihammuddin dalam kedudukan sebagai perdana menteri akan ditentukan oleh pemilihan MKT Umno selepas pilihan raya umum akan datang sekiranya BN atau Umno masih berkuasa dan sekiranya Najib merasa perlu untuk berundur.
Bagaimanapun yang jelas sekiranya Khairy Jamaluddin terus bermain politik untuk survival dan tidak mempunyai keberanian mengambil risiko dalam keadaan-keadaan yang diperlukan oleh rakyat maka harapannya untuk menjadi perdana menteri dalam usia muda semakin jauh terutama dengan cabaran yang semakin terserlah daripada bakat-bakat besar politik dari Sabah. – zamkata.blogspot.com,
* Penulis merupakan bekas Menteri Penerangan.

Percubaan sabotaj Pasukan Petugas Khas
Tuan Ibrahim minta identiti anggota Pasukan Petugas Khas didedah kepada awam bagi membolehkan mereka menjalankan tugas
PETALING JAYA: Pasukan Petugas Khas yang menyiasat skandal 1MDB dikatakan mula diganggu dengan pelbagai tuduhan dan khabar angin bagi menganggu kelancaran tugasannya.
Timbalan Presiden PAS , Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa spekulasi mengenai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, kemunculan blog misteri selepas penyingkiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail dilihat antara bentuk gangguan ke atas proses siasatan yang sedang dijalankan.
Berikutan percubaan itu, beliau mengulangi gesaan kepada Zeti agar mendedahkan semua identiti para penyiasat di Pasukan Petugas Khas kepada pihak awam dengan kadar segera.
Ia dilihat langkah terbaik untuk melindungi mereka dan membolehkan mereka terus menyiasat tanpa sebarang kerisauan melalui sokongan rakyat.
“Dengan pendedahan itu, sebarang tindakan kepada mana-mana penyiasat Pasukan Petugas Khas yang sudah diketahui umum pada waktu ini akan mendatangkan kesan buruk pada kerajaan kerana ia hanya menguatkan persepsi bahawa segala tuduhan ke atas 1MDB dan juga Perdana Menteri adalah benar.
“ Peristiwa sabotaj dengan memecat salah seorang penyiasat seperti Tan Sri Abdul Gani Patail dan memindahkan 4 ahli PAC ke kabinet tatkala siasatan sedang rancak dilakukan tidak boleh dibiarkan berulang lagi. Diharap Tan Sri Zeti dapat bertindak segera,” katanya dalam satu kenyataan.
Sokongan kepada perasuah akan merendahkan diri sendiri-TMJ
TMJ menjadikan dunia bola sepak dan persatuan berkaitan sebagai pelambangan berleluasanya gejala rasuah
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengulangi ketegasan beliau terhadap gejala rasuah.
Dalam status yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers, beliau menjadikan dunia bola sepak dan persatuan berkaitan sebagai pelambangan berleluasanya gejala rasuah.
Jelasnya, sokongan kepada mereka yang bergelumang dengan rasuah hanya akan merendahkan moral mereka yang berkenaan.
“Saya tidak akan sekali-kali menyokong seseorang di dalam FAM atau mana-mana organisasi yang korup.
Sekiranya kita tetap memberikan sokongan kepada mereka yang kita tahu sememangnya korup demi kepentingan diri, itu menunjukkan betapa rendahnya harga diri dan maruah kita,” katanya.
Manakala dalam status lain yang dimuat naik sebelum itu, TMJ menegaskan pendirian beliau terhadap keburukan gejala rasuah.
Katanya, kuasa yang dimiliki seseorang itu tidak akan menjadikan dirinya seorang perasuah, namun akibat takut kehilangan kuasa dan sifat tamak membuatkan mereka bergelumang dengan korupsi.
“Saya tidak sanggup menerima betapa hipokritnya keadaan. Mencegah korupsi bukan sahaja baik, tetapi ianya sebagai benteng diri, ianya mencerminkan harga diri kita,” katanya.
PAS belum dapat jemputan sertai Bersih 4.0
Oleh Nur Atiqah Abd Samad
SHAH ALAM: Sehingga kini PAS masih belum mendapat jemputan mahupun
maklumat mengenai penganjuran Perhimpunan Bersih 4.0 yang dijangka
diadakan pada Ogos ini.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihak penganjur
tidak memaklumkan parti yang terlibat dan tujuan perhimpunan itu
diadakan.
"Kita pun tak dimaklumkan lagi.
"Penyertaan siapa yang terlibat secara tak langsung tak dimaklumkan
lagi dan apa objektif perhimpunan tersebut," katanya kepada Antarapos.
Himpunan keempat itu akan diadakan pada 29 hingga 30 Ogos secara serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.
Himpunan ini akan bermula pada jam 2 petang 29 Ogos dan berlanjut sehingga melepasi tengah malam 30 Ogos, sepanjang 34 jam.
Antara empat tuntutan BERSIH 2.0 dalam himpunan ini ialah membersihkan
pilihan raya, kerajaan, menyelamatkan ekonomi dan menyatakan hak
membantah.
Ketika ditanya mengenai penglibatan PAS dalam himpunan ini, Tuan
Ibrahim memberitahu pihaknya akan meneliti terlebih dahulu mengenai
objektif perhimpunan tersebut dan penyertaan parti-parti lain.
"(Penyertaan) tu kita akan bincang.
"Yang PRU13 pun tak dapat hasil, walaupun kita berhimpun tapi belum
capai yang kita tuntut dalam PRU13. Tapi bagi pihak PAS setakat ini kita
tunggu.
"Sebab himpunan Bersih dulu ditaja bersama semua parti-parti politik,
jadi penyertaan parti politik itu dibuat daripada awal. Yang ini kita
tiada makluman dan tak ada penglibatan (perancangan)," jelas beliau
lagi.
Setakat ini, gabungan beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu
sudah menganjurkan tiga perhimpunan raksaksa di Kuala Lumpur untuk
menuntut pilihan raya bebas dan adil.
Jawatan TPM memang ghanimah buat Zahid
MSO
Kata Zahid Hamidi perlantikan beliau sebagai pengganti Timbalan Perdana Menteri mengganti Muhyiddin Yassin bukan merupakan satu ghanimah atau pun habuan. Itulah ulasan dan tanggapan Zahid sebaik beliau diumumkan akan menjadi timbalan perdana menteri. Kenapa Zahid memilih ayat dan perkataan itu? Ghanimah.
Dari segi psikologisnya apabila seseorang itu bercakap mengenai sesuatu tajuk dan tema tertentu, bermakna dia bergulat dalam tajuk atau tema tersebut. Kalau dia berada di luar tema dan tajuk itu dia tidak akan bercakap mengenainya. Zahid akan memilih perkataan lain untuk menyanjungi dirinya. Bolehlah difahami bila Zahid menggunakan tajuk dan tema itu dia dibayangi tema dan tajuk itu.
Ghanimah, bererti harta yang diperolehi hasil dari peperangan. Harta musuh yang dirampas. Ia halal untuk dimakan atau pun diguna pakai, tetapi bukan berlebihan. Mereka yang berhak mendapat ghanimah ialah mereka yang terlibat dengan peperangan dalam membela dan mempertahankan sesuatu. Dalam konteks Islam pembelaan dan pertahanan yang dimaksudkan ialah Islam.
Jadi apabila Zahid Hamidi diberi jawatan itu ia tidak dapat menafikan jawatan itu adalah ghanimah kepadanya. Ia adalah habuan atas pembelaan yang diberikan Najib kepadanya. Ini bermakna selama ini, sepanjang krisis antara Najib dengan Muhyuddin, Zahid adalah pembela Najib nombor satu. Zahid sebagai menteri tidak menilai tindakan Muhyiddin dari jalur kebenaran tetapi mengutamakan hubungan personalnya dengan Najib.
Zahid mempunyai merit untuk berbuat demikian. Najib adalah bos sejak di zaman Pemuda Umno lagi sekitar tahun 80an. Zahid juga menjadi setiausaha politik kepada Najib didua kementerian. Bolehlah dianggap Zahid adalah rakan atau boy yang dididik oleh Najib. Banyak cerita ceriti mengenai Zahid dan kesanggupan Zahid sepanjang menjadi boy kepada anak bangsawan bernama Najib.
Politik Zahid bervariasi sebenarnya. Kerencaman politiknya sudah kelihatan dari awal lagi. Mereka yang rapat dengannya akan mengetahui hal ini. Zahid seorang politikus persis chemeleon (Pak Ko). Dia pandai dan bijak mengambil kesempatan. Zahid adalah orang yang mempunyai dua kepala. Dia menahan lukah di dua pergentingan dalam satu masa. Kerencaman politiknya macam gamat yang akan hidup dan bertangkup semula kalau pun dikerat 18.
Orang seperti ini sebenarnya tidak boleh dijadikan ketua kerana ia akan meninggal gelanggang. Jauh sekali untuk menjadi pilot kerana ia akan terjun dahulu sebelum kapal terhempas. Sebelum ini pun Zahid sudah melanggar undang-undang penerbangan? Terjun menyelamatkan diri dan membiarkan penumpang berkecaian.
Dalam berketuakan Najib Razak dia juga berketuakan kepada Anwar Ibrahim. Inilah cara permainan dan politik Zahid. Apabila ada orang-orang Najib meragui akan keikhalasan Zahid kepada Najib, satu masa menyebabkan Zahid membuat kenyataan bahawa dia bukan dari "Kabilah Anwar". Demikian sikap dan fiil Zahid.
Bagaimana pun penafian itu terbatal apabila Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Zahid nanar dan seakan hilang punca seketika. Dia membuat istikharah politik seketika. Akhirnya dia memilih untuk menjelma sekejap dalam kumpulan Anwar. Berada di rumah Anwar untuk menzahirkan simpati kepada Anwar yang dipangil "Imam".
Kebetulan bermula pada hari Anwar dipecat 3 September 1998 saya sendiri berada di rumah Anwar lebih 73 jam saya menyaksikan sendiri Zahid dan isterinya Hamidah Khamis di rumah Anwar. Saya masih ingat Hamidah menangis terisak-isak kerana sedih atas nasib yang menimpa Anwar. Sesiapa ini mengenang peristiwa ini sila bacakan buku saya berjudul "Sumpah dan Airmata - Reformis Bangsa". Kempen sikit!
Beliau tidak bertahan lama untuk bersama Anwar bagi menggerakkan reformasi menurunkan Dr Mahathir Mohamad. Zahidlah orang yang harap akan memegang panji-panji Reformasi. Zahid tidak betah dengan perjuangan dan cabaran yang terpaksa didepaninya. Tribulasi dihadapinya menguji keimanan perjuangannya. Masalah peribadi dikatakan menjadi penyebab maka beliau terpaksa berundur menyelamatkan diri.
Kerana desakan dan kepayahan itu Zahid mengambil keputusan drastik yang mecemarkan maruah diri dan politiknya apabila membuat pengakuan dia diperalatkan oleh Anwar Ibrahim. Pengakuan inilah adalah atas kehendak dan tekanan Dr Mahathir menyebabkan dunia mula nampak akan "kong kalikong" Zahid dalam politik dimana ianya sangat murah nilainya.
Latar itu memberi petunjuk jelas perlantikan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Najib Razak bukan berasaskan kapasiti dan material sebenar sebagai seorang timbalan, tetapi ia dibuat sebagai bayaran kepada kesetiaan Zahid terhadap Najib. Ia adalah upah (ghanimah) kepada najib sebagai promotor mengangkat Rosmah pada setiap kali perhimpunan agung Umno.
Jadi bagi saya jawatan itu adalah ghanimah buat Zahid dimana ia tidak sepatutnya diterima kerana Zahid adalah seorang pejuang yang mempunyai banyak wajah.
Cerita tentang Zahid akan ada lagi selepas ini. Catatan kenangan saya bersamanya di Makkah.

Bursa Saham Malaysia Jatuh Kepada 1698 – 1,699 Mata Selepas Rombakan Menteri Kabinet 2015
BERITA SEMASA
Bursa Saham Malaysia Jatuh Kepada 1698 – 1,699 Mata Selepas Rombakan Menteri Kabinet 2015
Inilah
jadinya kepada negara, apabila politik tidak stabil ditambah dengan
skandal 1MDB masih lagi tidak menunjukkan kesungguhan untuk membawa
tangan-tangan kotor yang merosakkan negara ke muka pengadilan, masih
lagi kelihatan ikan-ikan bilis yang dibawa menghiasi dada-dada akhbar
kononnya antara terlibat dalam skandal 1MDB ini.
Apabila politik tidak stabil ditambah dengan skandal 1MDB, pasaran modal juga tidak stabil.
“Politik mempunyai hubungan secara langsung dengan ekonomi”
Punca dan Sebab Bursa Saham Malaysia Jatuh?
Mengapa
dan kenapa hari demi hari Ringgit Malaysia terus dicampak dan terapung
serta tidak laku di pasaran wang antarabangsa oleh pelabur? Apa
sebabnya?
Semalam mencatatkan bursa Malaysia
terus menjunam ke bawah 1700 mata selepas sahaja rombakan menteri
kabinet sehingga melihatkan individu penting yang menyiasat dan
bertanyakan secara terbuka 1MDB disingkirkan, dan diserapkan ke bahagian
lain.
Nah…sekarang ini apa yang
kerajaan Malaysia mahu lakukan untuk yakinkan pelabur selepas melihat
apa yang berlkau kepada Bursa Saham Malaysia hari ini
P/S
: Hidup rakyat Malaysia sepatutnya lebih aman tanpa 1MDB. Fokus sahaja
membangunkan negara selepas menang PRU13. Tidak perlu buat 1MDB sebaik
sahaja ambil alih kerusi Pak Lah. Kalau tiada 1MDB, tiadalah GST
sejumlah 6%. Tiadalah pelabur yang melarikan diri. Tiadalah masa depan
yang suram dan tidak menentu di bumi Malaysia. Apabila orang tanya dan
tegur, terus disingkirkan? Pahlawan apakah ini?
PP/S
: Kemudian, tiba-tiba mahu bercakap rombakan menteri kabinet kali ini
adalah untuk meningkatkan keyakinan rakyat? Lawak apakah yang mereka
gunakan ini?
PPP/S : Hakikatnya sejumlah RM10.9 bilion dana asing telah keluar dari Bursa Saham Malaysia setakat ini. Berapa banyak lagi selepas ini?
Pendidikan jadi mangsa rombakan Kabinet
Wartawan Sinar Harian
SHAH ALAM - Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin didakwa memberi impak paling teruk kepada sektor pendidikan negara kembali menempatkan dua menteri berbeza seperti sistem lama.
Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi
Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keputusan itu diambil atas
perkiraan politik semata-mata bukannya mengambil kira kepentingan awam.
“Rombakan Kabinet baru-baru ini oleh Perdana Menteri telah mengundang
kritikan pelbagai pihak. Ini terutamanya kerana langkah itu dibuat atas
perkiraan politik semata-mata dan bukan mengambil kira kepentingan awam.
Salah satu sektor yang akan menerima akibat paling teruk di dalam hal
ini adalah di dalam bidang pendidikan.
“Rombakan itu telah memperlihatkan kerajaan berbalik semula kepada
sistem sebelum ini dengan meletakkan dua menteri berlainan bagi
Pendidikan dan Pendidikan Tinggi.
"Pelantikan Datuk Seri Mahadzir Khalid sebagai Menteri Pendidikan, menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberi isyarat yang salah kepada rakyat yang kini begitu mengharapkan reformasi sebenar di dalam sektor pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sejak beberapa tahun ini, pendidikan menjadi perdebatan hangat susulan
kegagalan sistem baharu yang diaplikasi sehingga mengganggu prestasi
pelajar.
Menurutnya, penstrukturan semula kementerian pendidikan akan
membantutkan sebarang usaha pemulihan sistem susulan pertukaran menteri
akan turut melibatkan perbezaan agenda setiap menteri itu.
“Seperti yang sedia maklum, setiap menteri yang mengambil alih portfolio pendidikan akan mengetengahkan agenda sendiri dan ketidakselarasan itulah antara sebab mengapa masalah di dalam sektor pendidikan ini berlaku. Oleh itu, setiap usaha yang telah dijalankan baru-baru ini untuk memulihkan sektor pendidikan mungkin sia-sia.
“Penstrukturan semula Kementerian Pendidikan akan mengakibatkan
kekeliruan dan membantutkan sebarang usaha pemulihan, terutamanya kerana
sistem yang dahulu baru sahaja ditetapkan berikutan pelantikan Kabinet
tahun 2013.
“Rasanya semua sudah tahu bahawa sektor pendidikan negara ini sedang
mengalami penyusutan, dan rombakan ini langsung tidak membantu dalam
meningkatkan prestasinya,” katanya.
Pengerusi Finas perlu dilantik daripada golongan yang faham hala tuju anak seni
DALIA ISMAIL
Penggiat seni mahukan
individu yang dilantik sebagai pengerusi Finas dapat membela dan membawa
hala tuju yang lebih baik terhadap perkembangan seni dan perfileman
tanah air.
KUALA LUMPUR, Penggiat seni dan perfileman tanah air mahukan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang baru di kalangan individu yang lebih memahami hala tuju anak-anak seni tanah air berbanding mendahului kepentingan politik semata-mata.
Setiausaha Kehormat Persatuan Penulis
Kreatif Malaysia (CGM), Riduwan Rahmat berkata, persatuan tiada masalah
mana-mana individu daripada kementerian atau ahli politik diberikan
jawatan sebagai Pengerusi Finas.
Namun katanya, individu dilantik itu
kelak dapat membela dan membawa hala tuju yang lebih baik terhadap
perkembangan seni dan perfileman tanah air serta memahami keperluan
anak-anak seni.
“Kami tiada masalah siapa yang bakal
dilantik sebagai Pengerusi Finas yang baru. Sama ada individu itu kelak
datang dari kementerian atau di kalangan orang politik.
“Cuma apa yang saya kesalkan pendekatan
seorang pemimpin politik itu tidak sama berbanding individu yang
sememangnya terbabit secara langsung dalam industri seni dan perfileman
tanah air.
“Dulu kenapa dia terima jawatan sebagai
Pengerusi Finas kemudian apabila ditawarkan dengan kenaikan jawatan baru
dalam Kabinet, dia mahu melepaskan jawatan yang telah sedia untuk
dipikul sebelum ini?” ujarnya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Pengerusi Finas, Datuk Seri Azalina
Othman hari ini, mencadangkan jawatan yang bakal dilepaskannya diberikan
kepada pemimpin UMNO supaya selari dengan wawasan Barisan Nasional
(BN).
Beliau berkata, tiada isu timbul
sekiranya ahli politik sepertinya mempengerusikan perbadanan berkaitan
industri kreatif itu memandangkan ahli lembaga pengarah lain terdiri
daripada penggiat seni berpengalaman.
Bagi Presiden Persatuan Seniman Malaysia
(Seniman), Zed Zaidi pula berpandangan, sekiranya Finas diterajui di
kalangan pemimpin UMNO sekurang-kurangnya ia memberi akses mudah kepada
pengiat seni tanah air untuk menyampaikan buah fikiran dalam
memperjuangkan nasib mereka.
Namun begitu katanya, barisan kepimpinan Finas itu perlulah diberikan kepada persatuan-persatuan seni dan perfileman tanahair.
“Dulu masa kepimpinan Tan Sri Rais Yatim
memegang jawatan Pengerusi Finas, ahli lembaga pengarahnya adalah
terdiri daripada presiden-presiden beberapa persatuan yang menganggota
Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM).
“Namun selepas itu kami tidak lagi melihat mana-mana wakil persatuan di bawah GAFIM dilantik menjadi ahli lembaga pengarah.
“Saya harap jika pelantikan baru ini
dilakukan, mendahului individu yang terbabit secara langsung dalam
persatuan-persatuan yang sedia ada berbanding seorang anggota politik
atau pegawai kementerian,” ujarnya yang turut mengucapkan tahniah di
atas pelantikan Azalina menyertai semula kabinet Perdana Menteri.
Azalina yang juga Ahli Parlimen
Pengerang, Johor dilantik menerajui Finas berkuatkuasa 1 Jun lalu dan
perlu melepaskan jawatan berkenaan selepas diumumkan menganggotai
Kabinet kelmarin. Menerusi rombakan Kabinet yang baharu itu, beliau
dipertanggungjawabkan memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana
Menteri.
Berapa nilai kabinet baharu?
Abdul Jalil Ali
BERAPA agaknya nilai @ harga kabinet baharu? Tidak ada jawapan tepat. Sebenarnya tidak ada siapa berani atau berupaya untuk memberi harga yang paling munasabah. Sebab semuanya bergantung kepada beberapa perkara.
Pertama, siapa tukang buat? Kalau sudah biasa dengan tukang atau jurujual, kita mungkin dapat harga yang lebih berpatutan. Itu pun kalau dia tidak kenakan kita. Sebab banyak tukang atau kontraktor penipu, kaki putar belit.
Dia kata harga murah, dan tunjukkan pada kita sebut harta setiap bahan. Katanya: “Kita sudah kawan lama, harga yang saya tawarkan paling murah untuk awak, saya tak ambil untung walau setengah sen. Kalau dengan orang lain saya kenakan harga lebih tinggi.”
Jangan tidak tahu, pada semua orang dia cakap seperti itu. Konon tidak ambil untung, pada hal dia sakau untung berlipat-lipat-lipat kali ganda. Almaklumlah, nama pun kaki pembelit, mana dia kira dosa atau pahala.
Kedua, apa jenis bahan yang hendak digunakan? Kontraktor atau tukang akan membuka katalog tebal yang di dalamnya ada berbagai-bagai bahan untuk dipilih – semua dalam warna-warni dan reka bentuk paling cantik.
Ada bahan daripada plastik kelas premium, tidak boleh terbakar, kalis air, kalis serba-serbi. Ketuk dengan lesung batu pun tidak menjadi masalah. Plastik jenis ini memang keras, ikut apa sahaja kita hendak buat ke atasnya.
Kalau tidak berkenan plastik, ada pelbagai jenis kayu yang dijamin boleh tahan hingga hari kiamat. Ada kayu cengal yang lebih kukuh dari besi kursani. Ada kayu jati yang ditebang secara haram dari hutan simpanan. Ada juga merbau, kapur, keruing. Pendek kata pilih sahaja mana yang sesuai.
Ketiga, suasana dan situasi semasa. Sekiranya tempahan dibuat sebelum pelaksanaan GST, harga adalah lebih murah. Tetapi oleh sebab cukai tersebut telah dikuatkuasakan harga dengan sendirinya naik 6 peratus. Kalau harga RM1,000 kena tambah RM60. Kalau harga RM100,000 kena tambah RM6,000.
Keempat, aksesori. Kabinet sahaja tidaklah mencukupi, mesti ada aksesori-aksesori lain sebagai penyeri. Mesti ada lampu di celah-celah tingkat, mesti ada cermin, penutup automatik, pelapik barang, dan lain-lain. Semua ini ada sebut harga tertentu.
Apabila bahan asas utama telah dipilih, pelan dan reka bentuk telah berkenan di hati, dan harga telah dipersetujui, barulah perjanjian membina kabinet ditandatangani. Cengkeram atau wang pendahuluan pun dibayar kepada tukang buat.
Kemudian kedengaran tang-tung-tang-tung tukang kerja pagi-petang siang-malam, hendak berehat pun terganggu. Dalam pada itu ada pula bayaran-bayaran lain sebagai tambahan bahan-bahan yang difikirkan dapat mencantikkan kabinet.
Perihal kabinet, pada hemat saya, suami – tidak kira kedudukan – baik ikut sahaja kehendak isteri. Dialah yang mencadangkan sama ada kayu jati, kayu cengal, atau lain-lain bahan. Ikut sahajalah cadangan dia, hatta jika diketahui bahan yang dikatakan baik itu adalah daripada kayu yang mudah dimakan anai-anai.
Dulu, kini dan selamanya orang perempuan @ isteri memang lebih tahu mengenai hal-hal kabinet. Ada benda-benda yang perempuan lebih arif dari lelaki. Tidak ada siapa boleh menafikan hakikat ini.
Lagipun dialah nanti yang akan menggunakan kabinet tersebut setiap masa. Dialah yang mengelap debu kabinet. Dia juga yang mengikis dan membersihkan sekiranya ada benda melekat atas kabinet. Maaf cakap, sesetengah isteri mungkin sayangkan kabinet lebih daripada sayangkan suami.
Barang diingat walaupun sebagai suami segala cadangan dan keinginan isteri telah dipenuhi, itu belum tentu dapat memuaskan hati isteri. Boleh jadi setelah semuanya siap, ada sahaja yang tidak kena dengan kabinet itu.
Walaupun telah menepati reka bentuk asal, apabila telah siap nampak pula sudut sana tidak sesuai dengan tema. Ada bucu-bucu tertentu yang nampak tidak ngam. Ada juga permukaan yang apabila ketuk-ketuk dengan tangan, ternyata macam kayu tidak solid, seolah-olah lompong di dalam.
Maka, ada kemungkinan suami kena buat kabinet baru. Pendek kata, kalau isteri jenis cerewet, lebih-lebih lagi jenis yang tidak takut suami, dari semasa ke semasa kena buat kabinet.
Boleh pokai suami!
Tidak ada prejudis, tiada bahasa kias, juga tanpa madah beralas. Saya bercakap mengenai kabinet dapur, bukan kabinet-kabinet lain.
Bekalan air berjadual langkah terakhir untuk Johor
BEN TAN
SAJ Holdings akan
memberi masa yang mencukupi kepada pengguna sebelum memulakan bekalan
air berjadual, yang berbeza daripada catuan air. - Foto hiasan:
shutterstock.
JOHOR BAHRU, Kira-kira 650,000 pengguna air di Johor mungkin akan berdepan dengan krisis air di mana dua empangan utama di negeri ini menunjukkan penurunan air melepasi paras kritikal.
Bekalan air berjadual mungkin akan dibuat
bermula bulan hadapan (Ogos) dalam usaha untuk meminimumkan penggunaan
air di empangan Sungai Lebam dan Layang.
Turut difahamkan, tindakan itu merupakan
pilihan terakhir untuk badan mengawal selia air (Bakaj) dan juga
Syarikat Air Johor Berhad (SAJ Holdings) Sdn Bhd untuk mengawal paras
air.
Pengguna komersial dan individu akan terjejas disebabkan tindakan itu.
Ketua Komunikasi Korporat Jamaluddin
Jamil apabila dihubungi, mengesahkan tindakan bekalan air berjadual
merupakan tindakan terakhir untuk mereka.
“Sudah pasti ini akan bergantung kepada situasi dua empangan yang berdepan paras kritikal,” katanya kepada The Rakyat Post.
Jamaluddin berkata, penggunga air bahawa
SAJ Holdings akan memberi masa yang cukup untuk mereka sebelum memulakan
bekalan air berjadual, yang berbeza daripada catuan air.
Beliau turut menggesa orang ramai supaya
tidak mempercayai mesej yang disebarkan melalui sistem WhatsApp yang
mendakwa syarikat air akan memulakan bekalan air berjadual pada 8 Ogos.
“Kami telah meyiasat mesej berkenaan dan
mendapati ia palsu,” kata Jamaluddin dan menambah syarikat pengurusan
air itu merupakan badan yang bertanggungjawab yang mempunyai prosedur
operasi untuk menyebarkan maklumat.
Untuk negeri Johor, ia akan menurut latihan penjadualan air sebelum ini, sistem yang akan digunakan adalah 2-1-2 hari.
Ini bermakna, bekalan air secara berterusan selama dua hari diikuti dengan gangguan bekalan, pada hari ketiga.
Kemudian bekalan air akan diteruskan lagi
dua hari selepas itu sebelum proses berulang semula. Pada hari-hari
berkenaan, tiada bekalan air di mana gangguan selama 24 jam, antara 9
pagi hingga 9 pagi esoknya.
Buat masa ini, dua empangan berkenaan
membekalkan air kepada 650,000, terutama untuk penduduk di daerah Johor
Bahru dan Kota Tinggi, mengalami paras kritikal.
Johor mempunyai 14 empangan yang
menyalurkan air tidak dirawat sebelum dibekalkan kepada pengguna.
Sebahagian bekalan air dibekalkan kepada Singapura di selatan dan Melaka
di utara.
Apabila ditanya kemungkinan empangan akan
ditutup, Jamaluddin berkata empangan dan loji rawatan air akan ditutup
walapun paras air turun.
“Tidak mungkin kami akan menutup pengeluaran air. Ia masih diteruskan walaupun dengan jumlah yang kecil.
“Kami masih boleh mendapatkan air tidak
terawat dari sumber lain dan sekiranya penjadualan bekalan air
diperkenalkan, ia akan dapat mengurangkan beban dua empangan dan
menaikkan paras air,” katanya.
Jamaluddin berkata SAJ Holdings tidak
sabar-sabar menunggu jawapan dari pihak berkuasa Singapura atas
kebenaran untuk menggunakan ruang udara mereka bagi melakukan aktiviti
pembenihan awan.
Beliau berkata, pembenihan awan masih
lagi pilihan terbaik untuk membekalkan air ke empangan kerana hujan
disasarkan di kawasan tadahan.
Pada Isnin, pengerusi Pengerusi
Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Hasni
Mohamad dilaporkan berkata, pembenihan awan merupakan cara terbaik untuk
mengekalkan paras air di kedua-dua empangan di Sungai Lebam dan Sungai
Layang.
Hasni merupakan tunggak utama dalam
menangani masalah air di Johor sejak beberapa tahun dan mahu kerajaan
Johor membina beberapa empangan baharu atau tadahan air untuk kepeluan
masa hadapan.
Hadi beri amaran kepada wakil rakyat PAS
THE RAKYAT POST
Presiden PAS, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang berkata perkara itu diputuskan oleh kepemimpinan parti
dan mereka yang ingkar larangan itu bakal berdepan tindakan jawatankuasa
disiplin parti. - Foto TRP/Azrol Ali
KUALA LUMPUR, Semua wakil rakyat PAS diberi amaran agar
jangan sesekali menyertai sebarang program atau majlis anjuran Gerakan
Harapan Baru (GHB).
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang berkata perkara itu diputuskan oleh kepemimpinan parti dan mereka
yang ingkar larangan itu bakal berdepan tindakan jawatankuasa disiplin
parti.
Malah katanya, semua kepemimpinan
PAS negeri diarah mengemukakan laporan mengenai sebarang tingkah laku
wakil-wakil rakyat yang didapati terbabit dengan GHB di negeri
masing-masing.
“Kita dah buat kenyataan, kita beritahu
supaya Ahli Parlimen dan pimpinan PAS tidak sertai program GHB, ini di
luar daripada PAS dan dianggap negatif terhadap PAS. Jadi, kita beri
amaran agar tidak hadiri majlis-majlis ini.
“Dalam masa yang sama kita juga menunggu
laporan dari negeri-negeri dan mereka akan buat laporan masing-masing
terhadap tingkah laku wakil rakyat kita yang akan dibawa kepada
jawatankuasa disiplin,” katanya selepas merasmikan Ihtifal Maahad
Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman dekat Tok Jiring, di sini pada Khamis.
Tegasnya, bentuk tindakan yang bakal
dikenakan ke atas mereka terbabit antaranya diberi surat tunjuk sebab
atau sama ada digantung serta dipecat daripada parti.
“Bermula surat tunjuk sebab yang disusuli
nasihat, digantung, dipecat ataupun dibiar kering begitu saja,
macam-macam boleh buat,” tegasnya.
Difahamkan, program sambutan Hari Raya
Aidilfitri peringkat Besut anjuran GHB akan diadakan di Jertih malam ini
yang dijangka turut dihadiri beberapa wakil rakyat PAS antaranya bekas
Timbalan Presiden PAS yang kini Pengerusi GHB, Mohamad Sabu dan
bekas-bekas pemimpin parti itu termasuk Datuk Husam Musa, Ustaz Ahmad
Awang, Salahuddin Ayub, Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia
(PasMa), Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd. Zawawi serta beberapa wakil rakyat
PAS Terengganu.
MH370: Pasukan pakar bertolak ke Paris malam ini
KUALA LUMPUR - Empat pakar daripada Jabatan Penerbangan Awam, Malaysia
Airlines dan Kementerian Pengangkutan akan bertolak ke Paris malam ini
bagi membuat pengesahan sama ada serpihan pesawat yang ditemui di La
Reunion island di Lautan Hindi milik Malaysia Airlines Penerbangan
MH370.
Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang menyatakan pasukan itu akan terus ke Paris, dan tidak akan pergi ke pulau berkenaan, yang terletak di bawah pentadbiran Perancis, berhampiran Madagascar.
"Kita dah berhubung dengan Biro Siasatan dan Analisis (BEA) iaitu agensi penyiasat kemalangan pesawat udara Perancis mengenai penemuan ini.
"Kami mencapai persetujuan bahawa mereka akan membawa serpihan sayap itu ke Paris, jadi pasukan kami akan bekerja bersama-sama dengan mereka untuk melakukan penetusahan di Paris," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Dilaporkan serpihan daripada sayap pesawat itu dihanyutkan ke pulau tersebut awal pagi ini yang berkemungkinan milik MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal pada awal Mac tahun lepas.
Abdul Aziz juga berkata masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian sehingga terdapat bukti sahih serpihan berkenaan milik pesawat yang hilang itu.
Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Pada 29 Januari tahun ini, kerajaan mengumumkan kehilangan pesawat itu sebagai kemalangan mengikut peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 orang di dalamnya dianggap terkorban. -
Bernama

Tribunal antarabangsa jalan penyelesaian terbaik
KUALA LUMPUR - Penubuhan tribunal jenayah antarabangsa ad hoc untuk mengadili mereka yang bertanggungjawab dalam perbuatan menembak jatuh Penerbangan MH17 Malaysia Airlines merupakan penyelesaian paling mudah dan berkesan untuk mengheret pelakunya ke muka pengadilan.
Duta Besar Ukraine ke Malaysia Ihor V. Humennyi berkata penubuhan tribunal itu penting kerana langkah perlu diteruskan selepas pasukan diketuai Belanda menyiapkan siasatannya Oktober ini.
"Resolusi UNSC (Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu) yang diterima pakai tahun lepas berhubung kejadian itu tidak menyediakan instrumen yang memberi peluang untuk mengheret penjanayah terbabit ke muka pengadilan.
"Secara praktikal, cara menyelesaikannya ialah dengan menubuhkan sebuah mahkamah antarabangsa bagi mewujudkan peluang dan kemungkinan yang lebih baik ke arah mengembalikan keadilan kepada mangsa serta membawa pelakunya ke mahkamah," katanya dalam temu bual dengan Bernama di ibu pejabat pertubuhan berita nasional ini di sini hari ini.
Malaysia membentangkan satu deraf resolusi kepada UNSC berhubung penubuhan sebuah tribunal jenayah antarabangsa ad hoc, yang disokong penuh oleh Belanda, Australia, Belgium dan Ukraine.
Deraf resolusi itu bagaimanapun tidak dapat diterima pakai apabila Rusia menggunakan kuasa veto untuk menghalangnya, walaupun cadangan itu mendapat 11 undi sokongan termasuk dari Chad, Chile, Perancis, Jordan, Lithuania, Nigeria, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat. China, Venezuela dan Angola tidak mengundi.
Sekiranya satu daripada lima anggota tetap Majlis itu memberi undi negatif terhadap sesuatu resolusi, maka teksnya tidak boleh diterima pakai. Selain Rusia, anggota tetap UNSC ialah Amerika, United Kingdom, China dan Perancis.
Malaysia, Angola, New Zealand, Sepanyol dan Venezuela dipilih menduduki kerusi UNSC sebagai anggota tidak tetap pada Oktober tahun lepas.
Humennyi berkata, sebagai sebuah badan bebas, tribunal yang dicadangkan itu boleh mengelak tekanan politik daripada mana-mana negara dan ini akan memastikan semua yang terjejas oleh tragedi itu mendapat keputusan adil.
Katanya, dua tribunal ditubuhkan sebelum ini untuk membicarakan individu yang dituduh melakukan jenayah perang atau jenayah terhadap kemanusiaan iaitu Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY) dan Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Rwanda (ICTR).
Humennyi menegaskan bahawa Ukraine akan terus menyokong usaha Malaysia untuk memastikan pelaku jenayah itu dikenakan hukuman, di samping memastikan semua anak kapal serta penumpang MH17, mendapat keadilan.
Mengenai perkembangan terbaru di tempat nahas, Humennyi berkata keadaan bertambah baik berbanding setahun lepas berikutan wujudnya kerjasama lebih baik daripada orang tempatan.
Kesemua 298 anak kapal dan penumpang Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur maut apabila pesawat itu ditembak jatuh di Donetsk, di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas. - Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)