MALAYSIAKINI
Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Retang, Jerantut berhampiran jambatan di sungai itu semalam.
Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata, mayat Mohamad
Firdaus Kamaruzaman, 21, yang berpakaian lengkap ditemui orang awam
kira-kira pukul 4 petang tadi yang kemudiannya melaporkannya kepada
polis.
"Siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Felda Sungai Retang,
baru sahaja keluar dari Pusat Serenti Jerantut, Khamis lepas.
"Menurut keterangan keluarganya, mangsa dipercayai keluar dari rumahnya
kira-kira pukul 12 tengahari Sabtu lepas dan tidak pulang ke rumah
selepas itu," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Beliau berkata, polis percaya mangsa telah mandi di sungai itu sebelum terjatuh dan lemas.
Bagaimanapun, katanya polis masih menyiasat tentang perkara itu dan
mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Daerah Jerantut untuk dibedah
siasat.-Bernama
No comments:
Post a Comment