Monday, February 29, 2016

ISYARAT UMNO MESTI DITUMBANGKAN DAN NAJIB WAJAR BERTAHAN SEHINGGA PRU 14

shahbudindotcom


 
 
 
Bekas Perdana Menteri paling lama, Tun Mahathir Mohamad hari ini membuat keputusan yang mengejutkan iaitu sekali lagi keluar daripada UMNO sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Najib Razak.

Katanya, beliau terpaksa keluar UMNO kerana parti itu kini hanya digunakan untuk mempertahankan presidennya sahaja.

UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang dulu, saya tidak boleh lagi jadi ahli parti yang begini, kata Tun Mahathir lagi.

Pada 2008 lalu, Tun Mahathir juga meninggalkan UMNO sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Tun Abdullah Badawi yang ketika itu sarat dibelenggu dengan masalah dan karenah  "budak-budak tingkat 4" dalam pentadbiran kerajaan.

Berikutan tindakannya itu, BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga pada pilihanraya umum kemudiannya dan Tun Abdullah akhirnya setuju untuk berundur pada 2009. 

Sebaik saja Najib mengambil alih kelimpinan negara, Tun Mahathir turut kembali menyertai UMNO semula.

Selepas berbulan-bulan menekan dan mengasak Najib berundur berikutan isu skandal kewangan yang melibatkan dirinya, keluarnya Tun Mahathir daripada UMNO kali ini tidak lain sebagai  isyarat bahawa beliau tidak lagi mahu menggunakan saluran parti itu dalam usahanya menyingkirkan Perdana Menteri.

Tun Mahathir melalui tindakannya ini dengan jelas mahukan UMNO dikalah dan ditumbangkan dalam pilihanraya umum akan datang yang akan diadakan kira-kira dua tahun daripada sekarang.

Sudah tentu dalam tempoh mulai sekarang hingga tarikh pilihanraya yang dijangka diadakan pada 2018 nanti, beliau akan terus bekerja kerja menjelalah ke seluruh negara bagi memastikan matlamatnya itu tercapai.

Secara langsung juga, Tun Mahathir sebenarnya mahu membuktikan siapa yang lebih diterima rakyat, sama ada dirinya atau pun Najib.

Maka, Najib seharusnya jangan mengalah dan teruslah memimpin UMNO dan negara sehingga keputusan pilihanraya diumumkan agar apabila tumbangnya UMNO dan BN nanti, namanya akan tercatat dalam sejarah sebagai punca runtuhnya sebuah kerajaan serta bakal menjadi sebutan anak cucu sehingga hari kiamat.

Oleh itu, siapa yang akan mengikut Tun Mahathir keluar UMNO tidaklah penting kerana yang jauh lebih mustahak ialah berapa ramai di kalangan rakyat dan pengundi yang sedia bersama-sama beliau dalam memastikan UMNO dan BN dapat dikalahkan dalam pilihanraya nanti.

Jika semasa beliau keluar UMNO pada kali pertama, keputusan pilihanraya merudum daripada 198 kerusi pada 2004 kepada 140 kerusi pada pilihanraya 2008, berbekalkan 133 kerusi pada 2013 lalu, berapakah yang tinggal pada 2018 nanti?

Di tangan rakyat dalam pilihanraya 2018 nantilah kata putus sama ada kerosakan yang sedang berlaku sekarang mahu terus dikekalkan atau dipulihkan secara total melalui pembentukan sebuah kerajaan baru.
 
 
 

Dr M keluar UMNO? Najib ukir senyuman

 
Najib tidak mahu menjawab soalan yang diacukan wartawan, berlalu pergi dengan senyuman terukir di wajah. 





KUALA LUMPUR: Riak wajah tidak mengkhianati mahupun mendedahkan perasaan sebenar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ditanya mengenai tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar parti.

Dikerumuni pemberita seusai satu majlis pelancaran buku di Hotel Royale Chulan, pahlawan Bugis itu sekadar tersenyum, dan kemudiannya berlalu pergi tanpa sebarang reaksi lain.

Sebelum itu, pembantu peribadi kepada Najib memaklumkan majikannya tidak akan menjawab sebarang soalan namun para pemberita mahu mencuba nasib.

Najib di majlis pelancaran buku yang dirasmikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi – yang berjaya digulingkan oleh Tun Mahathir – mendeklamasikan sepucuk sajak “Coretan Empat Dekad”.

Sajaknya itu membawa hadirin menelusuri kerjaya politik dirinya sejak empat dekad lalu, termasuk nasihat yang dipesan kepada oleh bapanya, Tun Abdul Razak.

“”Tidak pernah ku tinggalkan parti keramat UMNO, ayahanda berpesan agar jagalah parti, dan padaku pula tiada yang lebih besar maknanya dari berkhidmat pada rakyat” tutur Najib.

Buku “Najib Berjiwa Besar: Empat Dekad Menongkah Arus Kepimpinan dan Politik (1976-kini)” menyentuh kerjaya politik Najib dan dikarang penasihatnya, Dr Khairil Jusoh.

Turut hadir di majlis itu, isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan timbalan, Datuk Ab Aziz Kaprawi; serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalan, Datuk Ahmad Maslan.

“Jangkaan UMNO akan berkubur semakin jadi kenyataan”

 
Pemimpin UMNO berlumba-lumba mempertahankan Najib Razak tetapi berdiam diri dalam isu melibatkan kepentingan rakyat.


Datuk-Hamidah-Osman


PETALING JAYA: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan keluar UMNO hari ini menguatkan lagi ramalan parti itu akan ‘berkubur’ selepas Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14).

Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, bukan setakat rakyat biasa malah pemimpin parti Melayu terbesar itu menyedari bahawa mereka akan kalah teruk dalam PRU14.

“PRU akan datang UMNO akan kalah teruk, bukan saya sahaja yang kata, malah pemimpin UMNO sendiri menyedari bahawa mereka tidak akan menang pada pilihanraya akan datang,” katanya kepada FMT.

Tambah bekas EXCO Pergerakan Wanita UMNO lagi, keputusan Dr Mahathir keluar parti adalah tepat kerana perjuangan UMNO sudah terpesong jauh ketika ini.

“Sebab saya tengok hari ini apa juga keputusan yang dibuat oleh parti bukan untuk kepentingan parti tetapi untuk kepentingan Najib, malah keputusan Majlis Tertinggi (MT) menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin nampak sangat mereka pun sudah hilang arah tuju.

“Contoh rakyat menghadapi kesempitan hidup tetapi, kita tak nampak pemimpin UMNO tampil menyelesaikan masalah rakyat tetapi kalau perkara melibatkan Najib mereka akan membuat keputusan segera. Saya amat kecewa dengan kepimpinan UMNO sekarang,” katanya.

Hamidah dipecat UMNO pada November lalu kerana mengkritik kepimpinan parti dan kerajaan.

Harga minyak turun RM15 sen malam ini!

 
Berkuatkuasa 1 Mac esok, harga runcit petrol turun 0.10 sen seliter (RON97) dan RM0.15 seliter (RON95) bermula 12 tengah malam ini.


fuel


PETALING JAYA: Berkuatkuasa 1 Mac esok, harga runcit petrol turun 0.10 sen seliter bagi RON97 dan RM0.15 seliter bagi RON95 bermula 12 tengah malam ini.

Bagaimanapun, harga runcit diesel bagi Euro2 dan Euro5 masing-masing kekal pada kadar RM1.35 seliter dan RM1.45 seliter.

Penurunan dipercayai susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia, yang berterusan sejak Januari tahun ini.

Kadar RON95 dan RON97 pada Januari berada pada paras RM1.85 seliter dan RM2.25 seliter, manakala pada Februari RM1.75 seliter (RON95) dan RM2.05 (RON97).

Kadar Euro2 pada Januari berada pada paras RM1.65 seliter, diikuti RM1.35 seliter pada bulan Februari.

Dr M enggan mohon maaf keadaan politik hari ini

Zikri Kamarulzaman

 


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memohon maaf berhubung dakawan beliau bertanggungjawab menyebabakan krisis politik hari ini yang membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Bagi tahu apa yang saya lakukan,” kata Mahathir sambil menafikan kritikan bahawa dirinya yang menyebabkan badan kehakiman menjadi lesu.

"Saya tolak dakwaan yang saya melemahkan badan kehakiman.

"Badan kehakiman semasa saya (jadi perdana menteri) boleh mengharamkan Umno," katanya.



Beliau berkata ini tidak mungkin dapat dilaksanakan hari ini dengan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak membenarkan sebarang dakwaan ke mahkamah.

Episod di mana Mahathir didakwa melemahkan badan kehakiman berlaku pada tahun 1988 selepas mahkamah mengisytiharkan Umno sebagai pertubuhan haram.

Ini, bersama dengan beberapa penghakiman lain oleh mahkamah yang tidak memihak kepada kerajaan, mendorong Mahathir untuk meminda perlembagaan untuk menghadkan kuasa badan kehakiman.

Sementara itu, Mahathir yang keluar Umno hari ini menafikan beliau meninggalkan parti kerana kecewa bahawa anaknya Datuk Seri Mukhriz tidak dijadikan perdana menteri.

"Jika saya mahu berbuat demikian, semasa saya adalah perdana menteri, saya akan usahakannya," kata beliau.

Mahathir sebelum ini dikenali dengan sikap tegasnya yang tidak membenarkan ahli keluarganya menyertai politik mahupun perniagaan yang berkaitan dengan kerajaan ketika beliau masih berkuasa.

"Saya tidak amalkan nepotisme," katanya.

Tindakan Tun Mahathir keluar UMNO perkara biasa - MT UMNO

Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani 
 
Tindakan Tun Mahathir keluar UMNO perkara biasa - MT UMNO
Tindakan Tun Mahathir keluar UMNO disifatkan sesuatu yang bukan mengejutkan. - Foto Bernama
 

KUALA LUMPUR: Keputusan keluar UMNO yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan keputusan yang telah dijangka oleh kepimpinan parti itu.

Empat ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Irmohizam Ibrahim memberikan reaksi sedemikian ketika ditemui Astro AWANI.

Mahdzir berkata tindakan Tun Mahathir itu bukan sesuatu yang mengejutkan.

"Saya tidak terkejut langsung. Dulu dia keluar (UMNO), lepas itu masuk semula. Kita memang sudah jangka.

"Kami akan setia dengan kepimpinan Datuk Seri Najib dan pastikan kelangsungan UMNO diteruskan," katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Ahmad Bashah pula berkata perkara itu adalah perkara biasa kerana Tun Mahathir menggunakan haknya.

"Sebelum ini pun Tun sudah biasa keluar dari UMNO, jadi kalau dia keluar sekali lagi itu biasalah, hak dia," ujar Ahmad Bashah.

Sementara itu, Idris juga sependapat dan menganggap perkembangan itu bukan sesuatu yang pelik.

"Memang kita menjangkakan dia akan keluar dari parti, dan syaratnya untuk masuk (semula) ke parti adalah sesuatu yang tidak dapat kita tunaikan. Sama-samalah tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku," ujar beliau.

Memberi reaksi dalam isu yang sama, Irmohizam menyeru perkara yang paling penting ketika ini adalah soal keutuhan solidariti.

"Paling penting ialah keutuhan solidariti parti, ahli-ahli parti dan juga kerajaan. Yang penting sekali kerajaan inilah yang dipilih rakyat untuk dipertahankan.
Astro AWANI cuba mendapatkan reaksi mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam perkara itu namun beliau enggan mengulas lanjut.

Anggota polis cedera dipukul sekumpulan lelaki

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KAJANG: Seorang anggota polis cedera akibat dipukul sekumpulan lelaki di simpang tiga lampu isyarat Sri Taming menghala ke Taman Desa Baiduri, Kajang pagi semalam.
 
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, mangsa bersama seorang rakannya yang membuat rondaan bermotosikal di sekitar kawasan berkenaan, melihat dua kenderaan dinaiki 10 lelaki diletakkan di tengah jalan sehingga menghalang lalu lintas.
 
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata anggota polis berkenaan dipercayai meminta mereka mengalihkan kenderaan kerana ia menyebabkan kesesakan teruk di kawasan tersebut.
 
"Akibat rasa tidak puas hati kerana diminta mengalihkan kenderaan, suspek bertindak memukul mangsa. Beg milik mangsa yang mengandungi dompet dan telefon bimbit turut dilarikan," katanya ketika dihubungi semalam.
 
Willey berkata mangsa dan rakannya kemudian melarikan diri untuk meminta bantuan.
 
Katanya polis sedang mengesan kesemua suspek terbabit.
 
 

Saya bukan keluar UMNO sebab Mukhriz – Dr M

 
Dr Mahathir keluar UMNO kerana malu dengan cara parti itu diuruskan dan skandal yang membelenggu Najib.


mahathir mukhriz


PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan beliau meninggalkan UMNO kerana kecewa anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir disingkirkan selaku Menteri Besar Kedah.

Bercakap pada sidang media di sini, hari ini, Dr Mahathir berkata, beliau seorang yang setia kepada UMNO walaupun pernah disingkirkan daripada parti pada zaman Tunku Abdul Rahman Putra.

Katanya, beliau membuat keputusan untuk meninggalkan UMNO kerana merasa malu dengan keadaan parti itu ketika ini

“Sesetengah orang kata saya keluar UMNO sebab kecewa anak saya bukan Perdana Menteri. Kalau saya mahu anak saya jadi Perdana Menteri, masa saya berkuasa saya boleh naikkan dia. Tapi kamu tahu beliau masuk politik selepas saya tinggalkan politik.

“Saya tak amalkan nepotisme. Malah, saudara mara saya merasakan saya terlalu tegas dalam hal ini.
Sekurang-kurangnya seorang saudara saya enggan bercakap dengan saya kerana saya tegas dalam hal ini,” katanya.

Ditanya sama ada beliau mahu membentuk parti politik baharu, Dr Mahathir mengatakan tidak dengan ringkas.

Dr Mahathir juga menafikan bahawa beliau yang meletakkan asas pentadbiran yang menyebabkan berlakunya penyalahgunaan oleh Perdana Menteri.

Ibu campak bayi baru lahir dari tingkat 18

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang wanita mencampakkan bayi perempuannya dari tingkat 18 sebuah blok rumah pangsa di Danau Kota, Setapak, dekat sini sejurus selepas melahirkannya.
 
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Roy Suhaimi Sarif berkata penduduk menemui mayat bayi yang sedang terbaring di atas rumput dan urinya dalam jarak 30 meter kira-kira pukul 8.30 pagi Isnin.
 
"Polis mengesan ibu mangsa di tingkat 18 Blok C rumah pangsa berkenaan. Terdapat kesan darah dari tandas sehingga ke balkoni.
 
"Wanita berusia 39 tahun itu menyewa unit rumah pangsa itu bersama pasangan berkahwin. Dia tinggal bersama anak perempuannya berusia lima tahun.
 
"Dia pengsan apabila ditahan," kata Roy Suhaimi.
 
Menurut Roy Suhaimi, wanita tersebut dipercayai melahirkan bayi tersebut kira-kira pukul 3 pagi dan 4 pagi Isnin.
 
Pasangan yang menyewa bersama di rumah pangsa itu terdengar bunyi raungan wanita tersebut dari dalam bilik air dan bergegas membantunya.
 
"Mereka melihat dia mengalami pendarahan tetapi tidak mengetahui bahawa dia baru sahaja melahirkan anak. Mereka memimpinnya masuk ke dalam bilik dan cuba membantunya tetapi dia tiba-tiba berkelakuan kasar.
 
"Mereka berkata sikapnya berubah dengan drastik dan menyalahkan mereka kerana membantunya. Mereka tidak mengetahui wanita itu hamil kerana sentiasa fikir dia berbadan besar.
 
"Kami percaya dia mencampakkan bayinya sejurus selepas melahirkannya," kata Roy Suhaimi.
 
Beliau berkata wanita tersebut yang juga bekerja sebagai ejen hartanah dan berasal dari Negeri Sembilan dalam proses untuk bercerai dengan suaminya.
 
Dia menyewa rumah pangsa tersebut sejak November tahun lalu.
 
Wanita itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan mental.
 
 

Fenomena gerhana matahari separa 9 Mac ini

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari separa yang akan berlaku pada 9 Mac ini.

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) berkata, ia adalah satu-satunya fenomena gerhana matahari separa yang akan dapat disaksikan di Malaysia pada tahun ini atau perlu menunggu sehingga 26 Disember 2019 sebelum berpeluang menyaksikannya sekali lagi.

Katanya, fenomena itu akan bermula pada jam 7.24 pagi dan berakhir pada jam 9.31 pagi dan dapat disaksikan di semua ibu negeri di seluruh negara.

"ANGKASA dengan kerjasama Starfield Instruments Supply akan menganjurkan program gerhana matahari separa bermula jam 7.30 pagi hingga jam 10 pagi di Planetarium Negara.

"Selain itu, Observatori Negara Langkawi (ONL) akan turut mengadakan program pencerapan gerhana itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Menghulu, Langkawi," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk tujuan pencerapan dan orang awam juga dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri. Agensi itu berkata, kaca mata gerhana juga akan diberikan kepada 1,000 pengunjung terawal secara percuma.

"Objektif penganjuran program ini untuk memberi pendedahan dan menanam minat mengenai astronomi dalam kalangan masyarakat Malaysia melalui pengetahuan asas sains bersempena dengan fenomena gerhana matahari separa.

"Hadiah menarik seperti ORION Funscope 76mm Alt-azimuth Reflector dan VS 8x42WP Monocular sumbangan Starfield Instruments Supply akan diberikan kepada pengunjung yang bertuah," katanya.

ANGKASA berkata, fenomena itu juga boleh ditonton secara langsung pada Rabu depan di laman web iaitu www.angkasa.gov.my.



PAS bukan parti kemaruk kuasa - Hadi

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
MARANG: PAS bukan parti yang kemaruk kuasa sehingga mahu merampas tampuk pemerintahan negara daripada Umno-Barisan Nasional (BN), kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
 
Ahli Parlimen Marang itu yang dipetik Utusan Malaysia juga berkata, parti pimpinannya bersedia menjadi pendokong kepada Umno sekiranya parti itu menjalankan pentadbiran berasaskan Islam.
 
"Macam mana kita nak cari pemerintahan begini iaitu balik kepada Islam. Justeru, PAS mengajak kembali kepada Islam khususnya orang Melayu, tidak kira PAS atau Umno dan PAS tak tamak kuasa.
 
"Kalau Umno kembali pada Islam laksanakan Islam mengikut hidayah Allah, bukan kerana Islam untuk dapatkan sokongan rakyat kerana serta benar-benar ikhlas kerana Allah.
 
"Kita akan dokong agar Islam ditegakkan. PAS tak berebut jawatan atau kuasa. Apa yang PAS mahu hanya Islam ditegakkan," katanya dipetik akhbar berkenaan.
 
Kenyataan Hadi kebelakangan ini dilihat lebih cenderung 'berpihak' kepada Umno, sekaligus mengundang rasa kurang senang rakan politiknya, PKR. 
 
Terdahulu Hadi dilaporkan berkata enggan menyertai perhimpunan anti-Najib yang dijadualkan pada penghujung Mac depan.
 
Kenyataan Hadi itu menyebabkan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli 'menasihati' ulama berkenaan agar tidak mengeluarkan kenyataan mengelirukan seolah-olah parti Islam itu menyokong skandal yang membelenggu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

The Rakyat Post gulung tikar

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Portal berita The Rakyat Post menamatkan operasinya pada Isnin.
 
Operasi media milik Wespacom Sdn Bhd memaklumkan kepada wakil 60 kakitangannya berhubung keputusan untuk menamatkan operasi pada mesyuarat yang berlangsung di Menara MBSB, Kuala Lumpur.
 
Ia turut memberitahu kakitangannya supaya membuat aduan dengan Jabatan Buruh untuk tindakan industri bagi mendapatkan dua bulan gaji yang masih tertunggak.
 
Terdahulu, kira-kira 15 kakitangan portal berita itu berkunjung ke pejabat Jabatan Buruh di Subang Jaya sebelum membuat aduan rasmi terhadap syarikat berkenaan.
 
Bercakap kepada pemberita, wakil kakitangan portal itu, Michael Murty berkata, kakitangan terlibat tidak menjangka syarikat berhadapan masalah kerana mereka dibayar gaji pada hari ketiga setiap bulan.
 
"Pada Disember, majikan memaklumkan syarikat berhadapan masalah dana. Hanya pada Januari kami memperoleh gaji untuk Disember, beberapa hari lewat berbanding kebiasaannya. Majikan memberitahu mengenai masalah mendapatkan dana, bagaimanapun mereka masih dapat memenuhi keperluan pekerja," katanya.
 
Murty berkata pada Rabu lalu, majikan minta diberi masa seminggu untuk mendapatkan dana dan jika gagal terpaksa gulung tikar.
 
"Tiada alasan diberi berkaitan masalah untuk mendapatkan dana," katanya yang tidak berpuas hati kerana kakitangan tidak dimaklumkan lebih awal.
 
 

Hutan simpan Selangor dalam bahaya



Oleh Nik Aziz Afiq


Awal bulan ini kita dikejutkan dengan sebuah kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2 Terengganu apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terlanggar seekor harimau belang.Ramai yang bersimpati lebih-lebih lagi apabila harimau itu didapati bunting dan 2 ekor anak di dalam perutnya juga turut terkorban.

Peristiwa sebegitu dahsyat merupakan satu petanda bagi mereka yang mempunyai akal yang waras. Mesejnya mudah, alam semakin rosak kerana tangan kita.

Namun mesej begitu rupanya tidak dapat dicapai akal pemikiran kerajaan negeri Selangor. Tiada iktibar yang dipelajari dan kematian haiwan itu tidak dilihat sebagai apa-apa yang penting melainkan sekadar salah satu berita yang terselit dari senaskhah akhbar.

Pasti mereka tidak melihat peningkatan berkali ganda kematian Tapir Malaya yang dilanggar di jalanan sebagai satu musibah besar buat alam terutamanya bila Tapir Malaya berada dalam Senarai Merah Spesis Terancam dunia.

Kini Selangor dalam usaha merogol hutan simpan di beberapa kawasan seperti Ampang, Hulu Langat dan Gombak demi berdalilkan nama kemajuan.

Demi membina lebuhraya sekitar 30km lebih, maka ribuan spesis haiwan bakal kehilangan habitat dan pasti banyak lagi yang akan terkorban. Lebuhraya yang bernama East Klang Valley Expressaway (EKVE) ini hanyalah sebahagian kecil daripada projek mega Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) yang bertujuan mengurangkan kesesakan trafik di sekitar Lembah Klang.

Ketika memulakan operasi siasatan semalam di beberapa lokasi, alangkah tergamamnya saya dan pasukan bila sampai di Taman Rimba Ampang, sebuah taman rekreasi hutan di celah kesesakan bandar.

Saya tak pernah sampai ke situ dan bagai bermimpi melihat udara bersih di tengah kota pada jam 12 tengahari. Betapa sedihnya hati bila mengenangkan tempat ini akan hilang daripada peta kerana projek lebuhraya tersebut.

Projek untuk memusnahkan alam dijangka bermula tidak begitu lama memandangkan beberapa kerja awalan sudah dilakukan. Rata-rata penduduk juga mengatakan kekesalan bila hutan yang mempunyai sungai tempat rekreasi dan riadah itu bakal digondolkan tidak lama lagi.

Saya seorang yang naif. Selama ini saya percaya hutan yang digazet sebagai hutan simpan tidak boleh disentuh malah diusik walau atas apa nama sekalipun.

Semalam baru saya sedar rupanya maksud sebenar hutan simpan ialah hutan yang disimpan sehingga mendapat tawaran tertinggi dari pemaju kapitalis!

Ia disimpan kerajaan negeri bukan kerana ingin dipertahankan tetapi kerana ia belum digunakan lagi. Kini bila tiba masa untuk digunakan maka ciptalah nama ini dan nama itu untuk menghalalkan pembunuhan alam berskala besar.

Membina lebuhraya bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya adalah satu penipuan tahap rendah dan begitu dangkal. Ia tidak menyelesaikan masalah kerana kesesakan jalan raya akan berulang dan berulang lagi di masa depan.

Hanya kerana mengambil pil tahan sakit tidak bermakna penyakit itu hilang dan sembuh. Jika dibanding dengan negara maju mereka lebih banyak memperkasakan sistem pengangkutan awam sehingga tidak memiliki kereta itu bukanlah satu perkara yang aneh.

Berbeza dengan kita bila sebuah rumah kini sudah memiliki 2 kereta atau lebih dan trend ini akan sentiasa bertambah maka kesesakan jalan raya akan sentiasa berlaku.

Maka adakah untuk itu negeri ini perlu bertukar menjadi “negeri tar” dan kemudian mungkin berubah menjadi “negeri tar bertingkat” bila semua tanah dan hutan sudah menjadi lebuhraya?

Amatlah malang buat segenap isi rimba kerana mereka tidak boleh mengundi. Dunia pemerintahan hari ini hanya memfokuskan pada siapa yang mengundi dan siapa yang bagi derma untuk pilihan raya.

Jika jutaan serangga, ungags dan binatang lain yang berada dalam hutan simpan Ampang, Hulu Langat dan Gombak boleh mengundi maka pastinya negeri ini kembali diperintah manusia yang benar-benar manusia, bukan boneka patung keluaran kilang kapitalis.

Jalan rosak boleh diganti, hutan musnah mampukah kerajaan negeri Selangor cipta kembali?

Perang sudah bermula, sudikah anda bersama kami melawan habis-habisan demi khazanah alam termahal ini?

 * Penulis ialah ahli jawatankuasa Pusat Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM).

DAP bela PSM, mahu IGP jangan tindak semberono

edry_sekdem

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar diminta supaya tidak bertindak terburu-buru mengikut emosi berhubungan Kursus Kilat Marxisme anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan alasan kononnya ia membawa ideologi komunis.

Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Yusof, berkata Khalid sebaliknya harus mengkaji terlebih dahulu alasan berkenaan dan memastikan apakah benar kursus yang sepatutnya diadakan pada bulan Mac ini mengajak supaya rakyat melakukan keganasan.

“Sememangnya apa saja berkaitan dengan komunis membawa trauma tersendiri buat anggota polis.

“Namun untuk terus menyekat majlis ilmu yang membincangkan idea-idea Marxisme hanya kerana idea itu pernah dianuti oleh komunis yang pihak polis anggap pengganas, merupakan tindakan terburu-buru.

“Ada baiknya pihak polis mendengar dahulu apa yang diajarkan, apakah ia benar-benar mengajak kepada melakukan keganasan atau kerosakan, sebelum terus terburu-buru menyekat atas alasan seolah-olah yang akan diajarkan itu adalah keganasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Malangnya, beliau menambah, KPN lebih suka bermain dengan kuasa untuk menghalang apa sahaja yang tidak disukainya tanpa menyelidik dan menyiasat terlebih dahulu.

Khalid dalam satu kemas kini laman twitternya berkata, pihaknya tidak akan membenarkan PSM untuk mengadakan kursus berkenaan yang dijadualkan pada 20 Mac di Petaling Jaya dan akan memanggil pihak penganjur untuk disiasat.

Mengulas lanjut, Edry turut mempersoalkan adakah Khalid akan mengambil tindakan dengan menyekat pelbagai fahaman dan agama yang dianuti puak pelampau atau pengganas.

“Dewasa ini kita dapat lihat kumpulan pengganas menganuti pelbagai fahaman dan agama, adakah itu bermakna pihak polis mahu menyekat ke semua majlis berkaitan faham dan agama itu juga?

“Pihak polis sepatutnya lebih teliti dan menyiasat secara terperinci sebelum bertindak menyekat,” katanya.

Ironinya, kata Edry, fahaman komunisme yang sering dimomok sebagai kononnya ganas dan penindas itu diajarkan di institusi pengajian awam di negara ini dalam pelbagai bidang, termasuk ekonomi, politik dan sains sosial, malah buku ideologi Marxisme juga mudah diperolehi.

“Lebih aneh melihat sikap cepat melatah Tan Sri Khalid apabila hakikatnya terdapat kursus-kursus politik di universiti-universiti sendiri mengajar sedikit sebanyak tentang Marxisme.

“Manakala buku-buku Marxisme boleh didapati dengan mudah di mana-mana kedai buku. Saya sendiri pernah membeli Communist Manifesto karangan Karl Marx dan Engels di sebuah kedai buku terkemuka Kuala Lumpur,” katanya.

Katanya lagi, polis sepatutnya tidak menyekat sebarang wacana di negara ini kerana melalui perbahasan seumpama itu pemikiran masyarakat akan lebih mudah berkembang, sekaligus berkemungkinan melahirkan sebuah alternatif bagi permasalahan ekonomi semasa.

“Wacana Marxisme dewasa ini dilihat lebih tertumpu kepada soal alternatif ekonomi dan kritikan terhadap sistem ekonomi kapitalisme yang sudah menjadi lumrah dalam masyarakat hari ini. Persaingan-persaingan idea sebegini sepatutnya digalakkan dan bukannya disekat.

“Hanya melaluinya, pemikiran masyarakat akan semakin berkembang dan matang. Moga melaluinya juga masyarakat mungkin menjumpai alternatif yang jauh lebih baik dari apa yang ditawarkan Karl Marx atau pendukung-pendukung ekonomi kapitalisme,” ujar beliau.

Menurutnya, polis perlu bertindak lebih profesional dengan membenarkan Kursus Kilat Marxisme dijalankan dan bukan bertindak berdasarkan emosi dan sentimen. – Roketkini.com


NAJIB AKAN 'DIBOM' LAGI ESOK DI KLIA?

shahbudindotcom


Di bawah ini adalah antara petikan menarik yang dilontarkan oleh Muhyiddin Yassin dalam kenyataan medianya dua hari lalu sebaik saja MT UMNO membuat keputusan menggantung jawatan Timbalan Presiden UMNO yang disandangnya sehingga pemilihan 2018 yang akan datang.
 
 
 
 
 
Gambaran petikan itu seolah-olah dunia sudah terbalik di mana yang bersalah dan terpalit dengan skandal dipertahan dan dikekalkan, manakala yang menegur untuk kebaikan bersama, disingkir dan dibuang.

Esok 1 Mac pula, Muhyiddin akan kembali daripada luar negara dan dijangka tiba di KLIA pada jam 6.00 petang. 

Hebahan kepada rakan-rakan dan penyokong untuk menyambut kepulangannya sudah disebarkan sejak malam tadi dengan tujuan agar seramai mungkin dapat memberi sokongan terus menerus kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Apakah esok petang ada lagi "bom" yang akan dilemparkan oleh Muhyiddin khususnya tentang dana RM42 juta daripada SRC International, setelah dalam kenyataannya sebelum ini mengatakan telah ditunjukkan bukti oleh Gani Patail mengenai wujudnya perlakuan berunsur jenayah melibatkan Najib?


Muhyiddin - jangan harapkan sisik dari keli

MSO


Muhyiddin Yassin cuba mencari justifikasi kenapa jawatannya sebagai timbalan presiden Umno digantung? Apakah beliau masih memperkaui bahawa Umno masih lagi sebuah parti yang berpegang kepada prinsip demokrasi dan ia masih menjadi sebuah badan siasah yang ada wibawa?

Begitulah, jika ditafsir nada kekecewaannya atas apa yang berlaku. Muhyiddin mengungkit dan mempersoalkan tindakan ke atasnya dibuat bukan berlandaskan fakta yang konkrit sebaliknya lebih kepada kepentingan untuk menjaga kuasa sang presiden. 

Muhyiddin menghuraikan jawatannya digantung kerana mengkritik presiden parti demi kebaikan dan masa depan parti. Jadi apabila ia berlaku begitu menunjukkan dalam Umno tidak lagi meletakkan kepentingan parti yang disuarakan ahlinya, tetapi lebih mengutamakan kepada ketua.

Memang ini satu kegangjilan dan kesongsangan dalam Umno. Satu kedukacitaan yang sangat berat kerana Umno adalah parti unggul. Namun ia tidak perlu dikesali oleh Muhyiddin. Apa yang beliau terima itu adalah kesenimbungan kepada apa yang berlaku sebelum ini.

Muhyiddin seperti mengalpai apa yang berlaku sebelum ini, bahawa banyak sejarah baharu berlaku dalam parti nasionalis itu. Setiap dekad ada sejarah baharu yang dicatat oleh parti itu. Tahun 1987, Umno diistyharkan sebagai parti haram oleh mahkamah. Tahun itu juga wujud Umno baharu. Itu juga sejarah.
Tahun 1998, timbalan perdana menteri, bernama Anwar Ibrahim dipecat. Proses pemecatan Anwar berbeza sedikit dengan proses pemecatan Muhyiddin. Tetapi natijah dan motifnya sama, kerana TPM mengkritik perdana menteri.

Anwar dipecata kerana beliau menyuara kesangsian dan menentang penyelewengan Dr Mahathir Mohamad. Apa yang Anwar lakukan itu bukan untuk dirinya tetapi demi masa depan dan integriti Umno. Samalah dengan apa yang dilakukan Muhyiddin itu. Beliau menegur dan mempersoalkan salah lakukan Najib Razak berhubung 1MDB dan juga dana RM2.6 billion. Teguran itu bukan untuk kepentingan dirinya tetapi untuk Umno.

Bagai mana Dr Mahathir tidak sedia dan marah dengan teguran Anwar begitu jugalah Najib, marah dan terkilan dengan teguran Muhyiddin. Apa lebih malang lagi ada orang yang menjadi penggaru gatal perdana menteri akan bertindak menjadi pembela. Mereka akan mempertahankan perdana menteri, dengan menadah belakangnya. Menjadi keldai.

Akhirnya teguran dan niat baik itu tidak ke mana, sebaliknya memakan diri orang yang menegur. Anwar dipecat kemudian dihina, nah begitu juga yang akan dialami Muhyiddin.

Tragedi dan sejarah yang berlaku dalam Umno itu menujukkan itulah sebenarnya rupa dan bau Umno yang perlu diselidiki oleh orang ramai. Sebuah parti yang dianggap sebagai ulung, berprestaj yang menjadi tunggak pemerintanan negara ini, tetapi tatakelola para pemimpinnya rakus dan mementingkan diri sendiri.

Jadi kepada Muhyiddin tidak guna beliau menyesali atau mempersoalkan tindakan Najib ke atasnya. Tindakan rakus yang bersifat kepentingan diri serta melindungi kebusukan itu bukan akan berhenti setakat itu sahaja, selepas ini ia akan berulang dan berulang lagi. Semisalnya Zahid Hamidi menjadi perdana menteri dan ada pemimpin lain menegurnya atas nawaitu sama, beliau akan mengambil tindakan yang sama.

Bahkan melihat kepada karektor Zahid ini mungkin tindakan lebih rakus dan kejam dari apa yang dilakukan Mahathir dan Muhyiddin. 

Pendeknya apa dilakukan presiden parti itu akan menjadi precedent dan ikut kemudiannya. Mereka tidak akan peduli apakah tindakan mereka salah, bertentangan dengan perlembagaan dan sebagainya, yang penting sang ketua tetap kekal dengan kekuasaanya dan terus menikmati juadah yang terhidang dari dapur bernama kuasa dan jawatan tertinggi itu.

Makanya Umno bukan sebuah parti politik yang profesional jauh sekali berlaku adil, terbuka dan concern kepada kehendak hatu budi ahlinya. Kalau Muhyiddin atau sesiapa mengharapkan itu daripada Umno ia umpama mengharap sisik dari keli yang tidak akan diperolehi sampai bila-bila pun.

Pelawa Muhyiddin masuk Pas

Pas


KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan mempelawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang baharu sahaja digantung daripada jawatan Timbalan Presiden Umno untuk menyertai parti itu.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, situasi semasa kini jelas menggambarkan Umno sudah tidak berupaya membela umat Islam dan bangsa Melayu sebagaimana dilaung-laungkan selama ini.

“Meskipun Muhyiddin pernah mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi terhadap Pas sebelum ini, namun Pemuda Pas Kelantan sedia mencadangkan kepada ahli dan penyokong agar melupakan segala sengketa yang pernah berlaku demi perjuangan memartabatkan Islam di negara ini.

“Kita yakin dengan penyertaan Muhyiddin (dalam Pas), ia bakal menarik ramai penyokong setianya yang masih berada dalam Umno,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, Muhyiddin dan pengikutnya perlu disedarkan bahawa tidak ada lagi ruang untuk melakukan transformasi ke arah lebih baik sekiranya mereka kekal di dalam Umno.

“Sekarang masa untuk bekerja bagi memastikan Malaysia lebih selamat untuk didiami selepas PRU14 nanti,” katanya.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno tiga hari lalu memutuskan Muhyiddin digantung jawatan Timbalan Presiden Umno serta-merta sehingga pemilihan parti akan datang.

Penggantungan tersebut dikaitkan dengan tugas beliau sebagai orang nombor dua dalam Umno dilihat agak goyak selepas sering mengkritik secara terbuka kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Nafi kumpul maklumat guru pro-pembangkang

Datuk Seri Mahdzir Khalid
Datuk Seri Mahdzir Khalid


ALOR SETAR – Kementerian Pendidikan tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk mengumpul maklumat guru yang dipercayai tidak sehaluan atau pro-pembangkang.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, viral yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini adalah tidak benar sama sekali.

“Saya nafi ada mengeluarkan arahan untuk pengumpulan maklumat berkenaan. Setiap orang mempunyai hak dan bebas membuat pilihan kecenderungan politik masing-masing.

“Saya tidak meragui kematangan berfikir guru-guru kita. Tidak semuanya berkisar tentang politik,” katanya menerusi petikan di laman Facebook, kelmarin.

Mahdzir memberi jaminan tidak mahu sesiapa pun teraniaya jika berlaku kesilapan.

Sebelum ini, tersebar meluas melalui aplikasi WhatsApp kononnya Mahdzir meminta supaya dihantar senarai guru-guru yang menghentam kerajaan atau pro-pembangkang di Dun masing-masing ke pejabat Umno bahagian dengan segera.

Senarai itu mestilah mempunyai nama, nombor kad pengenalan, alamat tempat tinggal, sekolah dan subjek yang diajar guru berkenaan selain mohon dijaga kerahsiaan maklumat grup itu.

Pada perkembangan lain, beliau  meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan berniat tidak baik serta cuba untuk mengelirukan pelajar dan masyarakat.

“Kementerian Pendidikan tidak mengeluarkan arahan supaya semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 memakai baju sekolah semasa menghadiri ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM. Saya menafikan perkara ini,” katanya.

Keputusan SPM 2015 akan diumumkan pada Khamis ini dan calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.

Berikutan itu, wujud satu viral di laman Facebook kononnya Kementerian Pendidikan mengarahkan semua calon memakai baju sekolah agar dapat menghormati suasana persekolahan dan kelihatan seragam semasa mengambil keputusan SPM nanti.


KAYM tawar bantuan dana pendidikan RM13.2 juta

BERNAMA




Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) menawarkan Dana Pendidikan berjumlah RM13.2juta bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian peringkat diploma dan ijazah di KAYM.

Menurut Ketua Eksekutifnya, Datuk Saroni Judi, KAYM memperuntukkan Dana Pendidikan sebanyak RM13.2juta kepada lepasan SPM,STPM, STAM, Asasi dan Diploma kepada mereka yang layak menyambung pengajian di KAYM.

Ini merangkumi dermasiswa yuran pengajian bagi membolehkan pelajar yang ibu bapanya berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah mendapat pembiayaan penuh dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sekaligus dapat meringankan beban ibu bapa membiayai yuran pengajian anak mereka di KAYM.

“Dana Pendidikan ini adalah dalam bentuk dermasiswa bagi pengurangan Yuran Pengajian sehingga RM9,900 mengikut program diploma yang dipilih pelajar,” katanya.

Saroni berkata, insentif yang ditawarkan memberi peluang kepada lebih pelajar melanjutkan pengajian tambahan pula pelajar diploma juga boleh membuat pemindahan kredit yang layak untuk meneruskan pengajian ijazah.

Bagi program ijazah pula KAYM juga menanggung kos yuran Asrama pelajar bagi semester pertama dan Alumni KAYM pula diberi potongan sebanyak 50 peratus bagi yuran pendaftaran dan terbuka kepada semua kaum di Malaysia” katanya.

KAYM menawarkan program ijazah UTM iaitu Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran),Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia) dan Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan Komputer).

“Bagi program kerjasama UTM-KAYM, para pelajar tidak perlu bimbang walaupun
belajar di KAYM kerana semua silibus dan kertas peperiksaan adalah dari kampus induk UTM sendiri dan majlis konvokesyen juga di UTM induk “.

"Dengan bantuan seperti dermasiswa dan penginapan yang dibiayai ini, dapat membantu meringankan beban pelajar yang memerlukan bantuan kewangan serta mengurangkan kos tanggungan ibu bapa," katanya.

Bagi mereka yang berminat memohon Dana Pendidikan tersebut, boleh daftar secara online di laman web www.icym.edu.my dapatkan tarikh dan tempat Prebiu Dana Pendidikan ICYM seluruh Malaysia atau hubungi atau hubungi talian 06-281 0218.


Mayat reput tanpa identiti ditemui di Setiu

BERNAMA




Mayat hampir reput ditemui terdampar di pinggir Pantai Baru, Merang di Setiu berhampiran sebuah resort, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Elias Abu Bakar berkata mayat tanpa identiti itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 5.30 petang yang kemudian memaklumkan kepada pihak polis mengenai mayat berkenaan.

Katanya berdasarkan keadaan mayat yang mula mereput itu pihaknya percaya mangsa telah mati dalam tempoh lebih dua bulan.

"Hasil siasatan awal kita tidak menemui sebarang pengenalan diri pada mayat tersebut dan kita tidak menolak kemungkinan mayat berkenaan milik seorang lelaki.

"Namun kita tidak dapat memastikan umur pada mayat berketinggian 5 kaki 5 inci (1.65m) itu ekoran mayat telah mereput,"katanya kepada Bernama.

Menurutnya mayat berkenaan dihantar ke Hospital Setiu untuk dibedah siasat.

Elias berkata setakat ini pihaknya juga tidak menemui sebarang unsur jenayah pada mayat yang mula tinggal rangka itu.

"Setakat ini kita mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut sehingga punca kematian dan laporan bedah siasat diperolehi,"katanya.- Bernama


Johor catat sejarah, 300,000 hadiri perarakan Chingay

BERNAMA


LIHAT VIDEO DI SINI

Festival Perarakan Chingay yang berlangsung di pusat bandar raya, di Johor Baharu malam tadi mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 300,000 pengunjung dari dalam dan luar negara terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Festival itu mencatat sejarah tersendiri apabila pertama kali dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang memalu gendang besar semasa pelancaran festival itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata, sambutan kali ini juga rata-rata turut disertai oleh belia.

"Sepanjang penglibatan saya, sambutan kali ini amat luar biasa dengan menyaksikan paling ramai pengunjung datang khususnya golongan belia. Mereka juga menunjukkan taat setia kepada Tuanku Sultan Johor," katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa perarakan itu berlangsung.

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Presiden Persekutuan Tiong Hua Johor Baharu, Datuk Seri Tey Kim Chai.

Perarakan festival kali ke-144 itu disertai lima tokong dan 19 kereta berhias yang berarak sejauh 10 kilometer bermula dari Kuil Kuno di Jalan Trus, memasuki Kuil Xing Hong di Jalan Ulu Air Molek dan berakhir di Jalan Wook Ah Fook.

Perarakan diserikan dengan persembahan bunga api dan tarian tarian tradisional daripada tiga kaum utama negara ini iaitu tarian zapin, tarian tradisi kaum Cina dan India.

Turut mencuri perhatian, penampilan maskot monyet bersempena sambutan Tahun Monyet dan pelbagai jenis tarian naga berwarna-warni.

Sultan Ibrahim berangkat meninggalkan majlis pada 10.30 malam selepas hampir dua jam menyaksikan pelbagai persembahan dan perarakan.

Sementara itu, Tey dalam ucapannya melahirkan rasa gembira kerana perarakan yang disambut meriah itu dapat memupuk perpaduan antara kaum dan pelbagai budaya serta tradisi.

"Sambutan yang penuh gemilang ini merupakan satu platform dalam menyatupadukan rakyat bukan sahaja rakyat di negeri ini malah melibatkan masyarakat seluruh negara, " katanya.- Bernama

KM minta SUPP, UPP, SPDP, TERAS berkompromi

MALAYSIAKINI




Dua parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri Sarawak dan parti serpihan masing-masing diminta menyelesaikan segera pertikaian di antara mereka sebelum menjelang pilihan raya negeri Ke-11 (PRN11).

Sekiranya gagal untuk berkompromi di antara satu sama lain, mereka tidak boleh menggunakan logo BN pada pilihan raya itu, demikian tegas Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

“Jadi saya akan beri guna logo parti hanya kepada ahli-ahli pasukan saya seperti mana dinyatakan oleh perdana menteri.

"Sesiapa yang menentang, terpulang kepada mereka, tetapi mereka tidak boleh guna logo dacing, perlu guna simbol mereka sendiri,” katanya.

Adenan yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bercakap kepada pemberita di Sibu semalam selepas merasmikan Program Memperkasa Jentera Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 bagi PBB bagi Zon 10.

Zon 10 merangkumi kawasan DUN Nangka, Pelawan, Bukit Assek, Dudong dan Bawang Assan.

Parti komponen yang dimaksudkan itu ialah Sarawak United People’s Party (SUPP) dan serpihannya United People’s Party (UPP) serta Sarawak Progresive Democratic Party (SPDP) dan serpihannya Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).

Parti-parti tersebut masih tidak dapat menyelesaikan pertikaian di antaramereka terutama berhubung kerusi yang hendak ditandingi pada PRN11.

Ditanya mengenai peluang PBB untuk memenangi 40 kerusi yang bakal ditandinginya, Adenan berkata itulah harapan parti pimpinannya itu.

“Dulu (PRN10-2011), PBB berjaya memenangi kesemua 35 kerusi yang ditandingi. (Kali ini) kita bertanding di 40 kerusi dan kita perlu juga memenangi kesemua kerusi berkenaan,” tegasnya.

Turut hadir di majlis itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar dan ADUN Nangka Dr. Annuar Rapa’ee.- Bernama


Pensyarah: 'Perang elit dalam Umno'

MALAYSIAKINI




Seorang pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) berpendapat bahawa apa yang berlaku dalam Umno sekarang ialah perang elit dalam Umno antara kem Datuk Seri Najib Razak dan Kem Tan Sri Muhyddin Yassin.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa UUM, Md Shukri Shuib dipetik oleh Sinar Online sebagai berkata bahawa BN harus berwaspada, kerana situasi genting ini bukan ujian oleh pihak luar, tetapi ini dalam parti.

"Ini bukan krisis parti, tetapi ini perang elit dalam Umno iaitu antara kem Datuk Seri Najib Razak dan Kem Tan Sri Muhyddin Yassin. Perang ini yang menyebabkan Umno dipandang rendah oleh orang luar,” beliau dipetik sebagai berkata.

Katanya, penggantungan Muhyiddin daripada jawatan timbalan presiden Umno mendedahkan lagi konflik kepimpinan Umno, yang selama ini tidak nampak secara ketara.

Menurutnya, apabila berlaku tindakan terhadap Muhyiddin, rakyat akan nampak secara ketara akan konflik dalaman Umno.

"Masyarakat di bawah tertanya-tanya siapa yang betul dan salah. Umno harus bersedia, perang persepsi dalam kalangan masyarakat,” beliau dipetik oleh Sinar Online sebagai berkata.

Menurut beliau lagi, paling dibimbangi wujudnya revolusi dalam kalangan ahli Umno yang mahu mensabotaj parti.

“Dalam satu sudut, itu hak Majlis Tertinggi Umno untuk tentukan (penggantungan). Tetapi perlu diingat, Umno itu milik ahli," beliau dilapor berkata.

Katanya, protes secara senyap dalam kalangan ahli boleh berlaku apabila tibanya pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Justeru, katanya, pemangku Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat akan menggalas tugas serta tanggungjawab yang berat bagi memastikan sokongan rakyat kembali kepada Umno dan BN.
“Jadi dalam hal ini, Ahmad Zahid akan menjadi mangsa imej dan populariti,” katanya.

Md Shukri dipetik sebagai berkata, apa yang berlaku dalam Umno kini ibarat gempa bumi kecil yang akhirnya akan memberi kesan pada sokongan rakyat terhadap BN pada PRU14.


Penganalisis: Krisis Umno gugat BN

BN


SHAH ALAM – Krisis  yang berlaku dalam Umno kini ibarat gempa bumi kecil yang akhirnya akan memberi kesan pada sokongan rakyat terhadap BN pada PRU14.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, melihatkan persepsi rakyat terutamanya di media sosial, BN berdepan situasi sukar mengembalikan semula sokongan rakyat mahupun ahli akar umbinya.

“Saya lihat persepsi masyarakat, kesetiaan dalam kalangan ahli Umno sebenarnya boleh diragui. Kalau orang Umno sendiri  mencurigai kepimpinan, apatah lagi  orang luar. Siapa lagi yang akan membantu parti.

“BN harus berwaspada, kerana situasi genting ini bukan ujian oleh pihak luar, tetapi ini dalam parti. Ini bukan krisis parti, tetapi ini perang elit dalam Umno iaitu antara kem Datuk Seri Najib Razak dan Kem Tan Sri Muhyddin Yassin. Perang ini yang menyebabkan Umno dipandang rendah oleh orang luar,” katanya.

Menurutnya, penggantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin  daripada jawatan timbalan presiden Umno mendedahkan lagi konflik kepimpinan Umno, yang selama ini tidak nampak secara ketara.

“Apabila berlaku tindakan terhadap Muhyiddin, rakyat akan nampak secara ketara akan konflik dalaman Umno. Masyarakat di bawah tertanya-tanya siapa yang betul dan salah. Umno harus bersedia, perang persepsi dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, paling dibimbangi wujudnya revolusi dalam kalangan ahli Umno  yang mahu mensabotaj parti.


“Dalam satu sudut, itu hak Majlis Tertinggi Umno untuk tentukan (penggantungan). Tetapi perlu diingat, Umno itu milik ahli.
“Mereka ahli parti, tetapi tidak lagi mengiktiraf diri sebagai ahli Umno dan tidak lagi menyokong Umno,” katanya.
Katanya, protes secara senyap dalam kalangan ahli boleh berlaku apabila tibanya PRU.
“Mereka akan protes dalam diam, jentera tidak bergerak, berlaku perselisihan di peringkat bawah, tidak keluar mengundi mahupun  undi rosak. Ini tindakan yang sudah lambat. Paling digusarkan, sabotaj di kotak undi, tidak akan dapat disekat,” katanya.
Justeru, pemangku Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  dilihat akan menggalas tugas serta tanggungjawab yang berat bagi memastikan sokongan rakyat kembali kepada Umno dan BN.
“Jadi dalam hal ini, Ahmad Zahid akan menjadi mangsa imej dan populariti,” katanya.

MT Umno mahu Muhyiddin dipecat bukan gantung - Nazri

Anne Muhammad  




Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz mendedahkan bahawa sebilangan besar di kalangan mereka pada mesyuarat Jumaat lalu mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin dilucutkan keahliannya dari parti, sekaligus menyebabkannya hilang semua jawatan parti.

Bagaimanapun, katanya ada yang tidak bersetuju, termasuk dirinya yang mempertahankan supaya Muhyddin tidak pecat tetapi hanya digantung memandangkan bekas timbalan perdana menteri itu tidak menjalankan tugasnya sebagai orang nombor dua parti yang sepatutnya membantu Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

“Saya tak kisah, nak cerita apa yang berlaku, yang dua jam bincang… ada yang cadang supaya dia dipecat terus (dan) nak gantung terus keahlian dia.

“Ada yang MT nak pecat dia tapi saya pertahankan usul saya kerana dia tak jalankan tugas dia sebagai timbalan presiden, jadi gantung sahaja jawatan dia,” katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Nazri, ada juga di kalangan ahli MT yang tidak bersetuju dengan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya digantung jawatan.

Senang 'gantung' Muhyiddin
Pada mesyuarat Jumaat lalu, Muhyiddin serta-merta digantung jawatannya sebagai timbalan presiden Umno.

Nazri juga mengakui usul penggantungan jawatan Muhyiddin dibawanya pada mesyuarat berkenaan.
Sebelum ini, Nazri menyifatkan tindakan Muhyiddin sejak kebelakangan ini ibarat “anjing yang sibuk menggigit kaki” sehingga menyukarkan parti melaksanakan tanggungjawab membantu rakyat.

Muhyiddin dalam reaksinya menegaskan bahawa beliau tidak akan merayu mengenai penggantungan jawatannya sebagai timbalan presiden Umno, walaupun beliau mempertikai cara MT membuat keputusan tersebut.

Nazri pada sidang akhbar itu juga menjelaskan mengapa tindakan hanya diambil ke atas Muhyiddin dan tidaknya ke atas beberapa pemimpin Umno yang juga dianggap lantang.

“Kalau nak ambil tindakan yang tegas pada dia, kita kena buat juga pada Tan Sri Shafie Apdal,Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir tapi pada ketika itu kita cuma bercakap mengenai Muhyiddin…

“Pada ketika itu oleh kerana hangat (perbincangan mengenai) Muhyiddin jadi yang lain kita tak bincang… Muhyiddin senang, gantung jawatan Timbalan Presiden, itu senang,” katanya.


‘Bekas AG membisu buktikan urus niaga SRC ada unsur jenayah’

MALAYSIAKINI


T

indakan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang memilih untuk menutup mulut menguatkan hujah bahawa beliau ada memberitahu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam isu dana RM42 juta milik SRC International yang disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataannya itu berdasarkan hakikat bahawa Gani tidak menafikan dakwaan Muhyiddin yang berkata wujudnya salah laku dalam urus niaga berkenaan.

“Pendirian Ghani mendiamkan diri membuktikan kenyataan Muhyiddin yang mendedahkan beliau memberitahu Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri semasa masih menjawat jawatan peguam negara adalah benar.

“Jika pendedahan Muhyiddin itu adalah fitnah terhadap Ghani sudah tentu beliau boleh menafikan kenyataan Muhyiddin dan mengambil tindakan saman fitnah terhadap Muhyidin,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, penyingkiran Muhyiddin dan juga Gani adalah tindakan pintas dan pantas Najib menghalang pendakwaan terhadap dirinya.

Pendedahan terbaru oleh Muhyiddin itu, katanya, bertepatan saranan panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengarahkan suruhanjaya itu mengemukakan semula kertas siasatan kes SRC kepada peguam negara.

“Ini membuktikan PPO mendapati terdapat bukti kes untuk pendakwaan terhadap Najib.

“Pendedahan Muhyiddin juga suatu bukti menunjukkan peguam negara sekarang telah mencalar nama baik institusi Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang melantik beliau.

“Pendedahan itu juga menyebabkan persepsi umum yang peguam negara melindungi penjenayah?” katanya.

Muhyiddin membuat pendedahan itu sehari selepas dirinya digantung sebagai timbalan presiden Umno.

1MDB: Apandi perlu bersumpah al-Quran

Mohamed Apandi Ali
Mohamed Apandi Ali


KUALA TERENGGANU – Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberi kesan besar sehingga dikatakan turut mewujudkan krisis kepercayaan masyarakat terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, bukan hanya Tun Mahathir Mohamad sahaja yang sukar untuk percaya terhadap pendedahan Jabatan Peguam Negara itu, bahkan beliau tidak menolak ramai pihak yang turut mempersoalkan perkara sama.

“Apabila berlaku krisis kepercayaan masyarakat terhadap Peguam Negara, ia mewujudkan suasana yang tidak bagus, apatah lagi ia melibatkan pemimpin di peringkat jawatan tertinggi,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Berhubung gesaan bekas Perdana Menteri keempat itu supaya Mohamed Apandi bersumpah dengan al-Quran, Azman berkata bahawa isu 1MDB dilihat sesuatu yang sukar dan tidak dapat menyelesaikan masalah dengan hanya bersumpah dengan al-Quran.

Beliau berpendapat, perlu ada badan tinggi yang boleh menyoal siasat Mohamed Apandi dan Mahathir berhubung kenyataan beliau mengenai 1MDB sebelum ini untuk membuktikan kebenaran antara kedua-dua pihak.

“Isu ini adalah melibatkan pihak tertinggi. Jadi, ia perlu kepada badan yang lebih tinggi untuk menyoal peguam negara dan juga Mahathir dengan teliti apa yang tidak puas hati dan sebagainya,” katanya.

Dalam masa sama, beliau tidak menolak bahawa bersumpah dengan al-Quran dibenarkan dalam agama dalam meyakinkan orang ramai terhadap pihak yang bersumpah.

Azman Shapawi berkata, ia diharuskan sekiranya masyarakat umum tidak percaya terhadap apa yang dikatakan sedangkan pihak terlibat benar-benar mahu membuktikan dia bercakap benar.

Laporan Sinar Harian Khamis lalu, Mahathir menegaskan beliau sedia dipenjarakan sekiranya didapati bersalah memfitnah Mohamed Apandi yang didakwa cuba membersihkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB dan RM2.6 bilion.

Tiada serangan harimau di Dungun

Tiada serangan harimau di Dungun
Gambar serangan harimau didakwa berlaku di Terengganu diviralkan di media sosial oleh pihak tertentu.


KUALA TERENGGANU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menafikan berita yang tersebar di media sosial kononnya seekor harimau menyerang seorang  lelaki di Dungun.

Pengarahnya, Mohd Hasdi Husin berkata, kejadian berkenaan tidak berlaku di negeri ini, malah pihaknya difahamkan insiden tersebut berlaku di luar negara.

“Di sini, saya ingin tegaskan sekali lagi sebenarnya tiada kejadian manusia diserang harimau seperti yang diviralkan itu dan sehingga hari ini (semalam), kami memang tidak menerima sebarang maklumat atau laporan berhubung kejadian.

“Buat pengetahuan juga, insiden manusia diserang harimau tidak berlaku di negeri ini sejak tempoh lima tahun lalu, jadi pihak kami tidak tahu apa motif sebenar penyebar berita palsu ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Dalam masa sama, Mohd Hasdi turut mengingatkan orang ramai supaya tidak  mudah mempercayai berita yang diviralkan sebelum mendapat pengesahan daripada pihak tertentu.

“Individu yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu ini juga diharap dapat memberhentikan aktiviti tidak sihat tersebut kerana ia bukan sahaja menjejaskan jabatan kami, malah dalam masa sama boleh menjejaskan imej negara.

“Selain itu, dengan penyebaran berita palsu ini turut boleh menimbulkan rasa panik dan takut orang ramai terutamanya pelancong untuk datang ke negeri ini,” katanya.

Semalam, video yang memuatkan gambar seorang lelaki parah di bahagian belakang badannya kerana diserang seekor harimau yang dikatakan kejadian berlaku di Bukit Besi, Dungun, telah diviralkan.

Dalam video itu juga memaklumkan bagaimanapun binatang buas tersebut berjaya ditembak rakan mangsa yang kebetulan berada di lokasi.


Alasan gantung Muhyiddin demi kaburi mata rakyat

Tan Sri Zainuddin Maidin
Tan Sri Zainuddin Maidin


SHAH ALAM –  Dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung kerana tidak menjalankan tugasnya sebagai timbalan presiden Umno adalah sengaja dibuat untuk mengaburi mata rakyat terhadap realiti yang sebenarnya.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, sekiranya tiada kepercayaan daripada parti dan presiden selain digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, bagaimana Muhyiddin hendak menjalankan tugasnya, sebagai timbalan presiden Umno.

“Ahli parti sendiri mengetahui bahawa Muhyiddin sudah tidak mempunyai apa-apa kuasa. Takkan beliau nak jadi seperti hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

“Itu hanya alasan (tidak menjalankan tugas) yang digunakan mengaburi mata rakyat daripada hal yang sebenarnya. Tapi kita tidak bolehlah anggap rakyat sebodoh itu untuk menerima penggantungannya yang kononnya dilakukan tanpa campur tangan perdana menteri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Zainuddin turut mempersoalkan pendirian Pemuda dan Puteri Umno yang seakan sepi dalam isu berkenaan.

“Sepatutnya mereka ke depan pertahankan tindakan menggantung Muhyiddin. Tetapi suara mereka seakan sepi. Kenapa? Adakah ini bererti mereka tidak menyokong tindakan itu?

“Pemuda dan Puteri sayap kanan Umno, tetapi mereka tidak menunjukkan pendirian tegas. Sedangkan mereka wakili golongan muda,” katanya.

Menurut Zainuddin, sikap ‘senyap’ Pemuda dan Puteri seolah-olah menggambarkan tindakan itu sebenarnya tidak mendapat sokongan penuh parti dan dakwaan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau mendapat sokongan penuh parti boleh dipersoalkan

Sunday, February 28, 2016

DULU DI KEDAH, KINI SUDAH MEREBAK KE JOHOR

shahbudindotcom

Satu-satunya pemimpin UMNO yang ternampak masih rasional dan berani mengakui wujudnya cabaran besar berikutan penggantungan jawatan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin ialah Menteri Besar Johor, Khaled Nordin.
 
 
 
 
 
Saya akui keputusan itu menjadi cabaran besar bagi kami di Johor dan saya percaya UMNO perlu bekerja lebih keras, katanya lagi.

Sementara yang lain masih khayal dengan kenyataan-kenyataan  ampu, bodek dan puji yang menggambarkan sudah "kenyang termakan dedak"  atau dengan harapan diberikan lebih banyak lagi "tambahan dedak" berbanding mahu melihat realiti yang sebenar di depan mata.
 
 



 
 
 
Hanya beberapa hari setelah penggantungan Muhyiddin, tanda-tanda cabaran besar yang dibimbangi Khaled itu sudah muncul di Johor dan dipercayai akan terus membesar dari semasa ke semasa.

Jika sebelum ini pengguguran Mukhriz Mahathir menyebabkan banyak lambang BN diterbalikkan di Kedah sebagai tanda protes, sekarang ini perkara yang sama sudah berlaku juga di Johor.
 
 
 
 
 
Sama seperti Kedah, perubahan mungkin semakin sukar dielakkan di Johor. Dengan pembangkang sudah mempunyai 18 daripada 56 kerusi DUN, segala-galanya tidak mustahil berubah dalam pilihanraya akan datang ekoran ketidakadilan yang dimangsakan terhadap Muhyiddin.