WASHINGTON: Jurucakap White House Josh Earnest semalam mendakwa
Presiden Rusia Vladimir Putin 'bersalah' menembak jatuh pesawat Malaysia
Airlines (MAS) penerbangan MH17 dalam zon perang di Ukraine.
Malah beliau juga mengulangi kerjasama dengan Kesatuan Eropah dan G7 untuk mengenakan lebih sekatan ke atas Moscow.
Earnest membuat beberapa komen tegas sejak pesawat ditembak jatuh,
mengaitkan kejadian itu dengan Rusia, di mana Amerika Syarikat turut
membuat kritikan kerana menyediakan senjata untuk pemisah Ukraine.
"Apa yang kami tahu, pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh oleh
peluru berpandu yang dilancarkan dari permukaan tanah. Ia telah
dilancarkan dari tanah di kawasan yang dikuasai oleh puak pemisah, dan
di kawasan di mana Ukraine sendiri sebenarnya tidak mengendalikan
senjata anti-pesawat pada masa itu," kata Earnest kepada pemberita di
White House.
"Jadi itulah sebabnya kita telah membuat kesimpulan bahawa Vladimir Putin dan Rusia bersalah dalam tragedi ini," katanya.
Naib Presiden, Joe Biden telah bercakap dengan Presiden Ukraine Petro
Poroshenko mengenai siasatan nahas dan juga dinamik politik negara pada
Jumaat, menurut kenyataan berasingan White House.
"Presiden Poroshenko menekankan bahawa walaupun dengan pembubaran parti
pemerintah di parlimen Ukraine, kerajaan akan meneruskan kerja-kerja
bagi menangani pembaharuan ekonomi yang kritikal," katanya dalam satu
kenyataan.
"Presiden Poroshenko juga memaklumkan naib presiden bahawa Rusia terus
membekalkan senjata berat dan peralatan kepada puak pemisah, dan tentera
Ukraine semakin berdepan risiko diserang secara terus dari kedudukan di
sebelah sempadan Rusia," katanya.
Biden memberitahu Poroshenko bahawa Amerika Syarikat telah bekerjasama
dengan Kesatuan Eropah dan G7 untuk mengenakan sekatan lanjut terhadap
Rusia yang melakukan "tindakan menyebabkan ketidakstabilan dan tidak
bertanggungjawab di Ukraine."
No comments:
Post a Comment