ISMA WEB
Tahniah Jakim, Khalid Samad tetapi jangan terhenti dengan serbuan di kelab sahaja kerana pesta terbesar gay bakal mula 30 Ogos ini
SYABAS dan tahniah Pedang ucapkan kepada pihak
berkuasa, terutama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim) kerana berusaha membanteras kegiatan tidak
bermoral golongan songsang sama ada lelaki atau perempuan. Aktiviti yang
dilaknat.
Pedang
juga ucap tahniah dan terima kasih kepada Menteri Wilayah, Khalid Samad
kerana menyokong tindakan pihak berkuasa menyerbu sebuah kelab gay
terkenal di ibu negara, baru-baru ini.
Sebelum
ini, Pedang marah Khalid dan menteri agama Malaysia, Mujahid Yusof Rawa,
kerana ‘beri muka’ sangat kepada golongan songsang, terutama selepas
Pakatan Harapan (DAP, PKR, PAN dan Bersatu) membentuk Kerajaan
Persekutuan dan beberapa kerajaan negeri.
Pedang
marah sebab mereka seolah-olah tidak tahu atau mungkin juga buat-buat
tak tahu, bahawa satu pesta gay terbesar tahun ini di Malaysia akan
diadakan pada 30 Ogos hingga 1 September ini di Kuala Lumpur.
Hanya
selepas kedua-duanya dituduh oleh seorang aktivis masyarakat dalam video
baru-baru ini, barulah rasanya mereka menyedari bahawa pesta gay akan
diadakan pada tarikh itu. Tapi, hanya setakat mereka pula membuat
laporan polis terhadap wanita berkenaan, selainnya tiada tindakan yang
dilakukan.
Pedang
sokong jika Khalid yang menjadi Ahli Parlimen di kawasan Pedang, dan
Mujahid atau mana-mana menteri, jika mereka buat kerja demi kebaikan
Islam dan Melayu, menghapuskan aktiviti tidak sihat, terutama yang boleh
menjejaskan imej Islam dan negara.
Pesta gay
yang hendak dianjurkan itu terang-terang boleh menjejaskan imej Islam
dan Malaysia. Berapa kerat sangat golongan itu yang menyetujuinya,
berbanding jutaan lagi rakyat Malaysia yang menentang.
Kelab gay
itu dikatakan telah beroperasi sejak 30 tahun lalu di kawasan segi tiga
emas di Kuala Lumpur. Kalau di negara lain, lantak lah. Ini di Malaysia
yang majoriti rakyatnya beragama Islam, sedang Islam melaknat perbuatan
sumbang dan songsang itu.
Kata
Khalid, kerajaan sangat serius membanteras pemahaman, serta gejala
songsang dan radikal ini dan semoga inisiatif yang diambil itu dapat
membendung budaya LGBT daripada terus merebak ke dalam masyarakat kita.
Baguslah
wahai YB Khalid. Anda tidak menongkah arus. Biarlah apa pun pihak
minoriti, terutama golongan lesbian, gay, biseksual atau transgender
hendak kata, teruskan tugas anda sebagai pemimpin Islam.
Tapi,
bukan sekadar tangkap 20 lelaki gay dalam kelab Blue Boy itu saja dan
mengarahkan mereka menjalani kaunseling. Yang besar dan bakal diadakan
30 Ogos ini perlu dihalang terlebih dahulu.
Dan, pesta
gay terbesar tahun ini yang digelar ‘Resurrection 2018’ dikatakan akan
diadakan di sebuah bar terkenal di tingkat 30 sebuah hotel. Pedang harap
bala tak turun ketika pesta itu diadakan, kerana bala yang turun akan
menimpa orang baik-baik juga yang berada di bawahnya.
Demikian juga aktiviti LGBT lain. Jika tahu ada kumpulan itu yang menganjurkan pesta, maka cepat-cepatlah kita halang.
Golongan
LGBT dan penyokong mereka ini pandai. Mereka mendakwa tindakan yang
diambil terhadap mereka adalah satu diskriminasi dan melanggar hak asasi
manusia, sedangkan bukan kita hendak mendiskriminasi mereka, tetapi
kita menghalang kegiatan sumbang itu.
Pedang
setuju juga pendapat sesetengah pihak, termasuk wakil rakyat PH yang
kata golongan songsang ini juga rakyat Malaysia dan tidak boleh
didiskriminasi. Memang kita tidak mendiskriminasikan mereka, cuma kita
menghalang mereka daripada melakukan gejala tidak sihat, jenayah dan
melanggar undang-undang.
Apakah, menghalang seseorang daripada melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang maka dikatakan satu diskriminasi? Dalam
undang-undang sivil dan syariah di Malaysia sudah dijelaskan kesalahan
yang boleh membawa hukuman denda, penjara dan sebat bagi gejala itu.
Seksyen
377B Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa: “Sesiapa yang melakukan
hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima
20 tahun, termasuk sebatan”.
Bagi orang
Islam, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1997 memperuntukkan kesalahan-kesalahan yang berkaitan perlakuan LGBT.
Antaranya:
1. Seksyen 25 – perbuatan liwat
2. Seksyen 26 – perbuatan Musahaqah (melakukan hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan).
3. Seksyen
28 perbuatan orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak
seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan tidak bermoral.
Daripada
undang-undang itu, adalah jelas tindakan ke atas golongan seks songsang
ini bertujuan menghalang mereka daripada melakukan kesalahan, selain
menyekat pengaruh mereka daripada merebak ke dalam masyarakat Malaysia.
Takkan kita nak biar pencuri mencuri atas alasan itu hak asasi manusia!
Justeru,
Pedang dan rakan-rakan Pedang sedang melihat sejauh mana Khalid,
Mujahid, menteri-menteri Islam, Jakim atau Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan akan bertindak terhadap penganjuran pesta gay yang akan
diadakan pada 30 Ogos hingga 1 September ini.
Tahun
lalu, Zahid Hamidi telah keluarkan arahan melarang pesta sedemikian
diadakan. Tahun ini, agak-agak siapa yang akan menjadi pembela
masyarakat majoriti, Islam dan negara?
*Kata
Pedang: Orang yang mendapat haji mabrur akan menunjukkan tanda-tanda
tertentu. Harap-harap Mujahid dan Maszlee Malik ada tanda itu.