Tuesday, April 30, 2019

Siapa Pekak? Mahathir atau Dr Asri?


31 Julai 2018 lalu Dr Asri ada menyebut berkenaan Tun Mahathir. Katanya.. Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat menahan sedih dalam pertemuan bersama tokoh ulama dan cendekiawan Islam.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata perdana menteri itu menangis ketika berucap supaya umat Islam kembali kepada al-Quran.

“Saya juga rasa sebak. Semoga Allah merahmati Tun.” Tambah Dr Asri.

Hari ini mungkin Dr Asri baru kenal Mahathir dan PH dalam kulit sebenar..

Anda boleh baca FMT atas isu ini.
 
Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin mengemukakan catatan autobiografi yang ditandatangani Dr Mahathir Mohamad pada 2011 untuk membuktikan kepada pengikut Facebooknya bahawa catatan dari perdana menteri itu yang menasihatinya supaya berkata benar.

Ia selepas Mahathir membidasnya sebagai pekak untuk mendengar pelbagai perkara yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan, susulan penahanan rakan pendakwahnya di Perlis hujung minggu lalu.

Asri sekali lagi mempertahankan pandangan bahawa realiti politik sekarang membenarkan umat Islam dibuli dan pihak berkuasa tidak bertindak terhadap pemimpin kerajaan yang menghina Islam.

“Sesiapa yang mampu mendengar keresahan rakyat, itulah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini.

“Saya tidak pasti siapa yang pekak,” tulisnya di Facebook.

Semalam, Asri berkata pentadbiran PH mengamalkan pilih kasih berikutan penahanan Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu atas kenyataannya yang dikatakan menghina agama Hindu.

Catatan Dr Mahathir Mohamad yang dikongsikan mufti Perlis menerusi Facebooknya.

“Pelbagai kenyataan yang dibuat oleh individu-individu yang berada dalam kerajaan hari ini yang menghina umat Islam dan menimbulkan ketegangan kaum, mereka hanya dipanggil untuk beri keterangan,” tulisnya.

Ketika diminta memberikan reaksi kepada kenyataan Asri, Mahathir berkata mufti itu “pekak”, sambil mempertahankan usaha kerajaan ke arah kebajikan umat Islam.

“Sebab dia pekak. Kalau dia boleh dengar, kita buat macam-macam untuk orang Islam, dan agama Islam. Tetapi dia tidak dengar,” katanya.

Asri hari ini menunjukkan catatan Mahathir dalam autograf bukunya berjudul “A Doctor in the House”.

“Jangan ketepikan kebenaran kerana takut. Perjuangan yang bebas dari cabaran dan tentangan bukanlah perjuangan yang sebenarnya,” Asri memetik catatan Mahathir.

“InsyaAllah, saya akan berpegang kepada falsafah itu sekali pun terhadap kerajaan pimpinan Tun M sendiri,” katanya.

Nasir Ramlee
nasirramlee@gmail.com
https://www.facebook.com/nasirramlee89
 
 

DUN S'wak gantung wakil rakyat DAP 12 bulan

MALAYSIAKINI

   

Jawatankuasa Hak Keistimewaan Dewan Undangan Negeri Sarawak telah memerintahkan Adun Padungan Wong King Wei digantung 12 bulan bermula hari ini berikutan kenyataannya yang menyingung perasaan Dewan dan Speaker pada persidangan DUN lepas, pada tahun lepas.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah, ketika membentangkan usul mengenai laporan Jawatankuasa Hak Keistimewaan itu sebelum itu berkata, dewan memutuskan untuk menerima saranan-saranan jawatankuasa berkenaan selepas 64 daripada 82 Adun mengundi menyokong penggantungan tersebut.

Jawatankuasa Hak Keistimewaan telah mengadakan ikuiri pada 18 Feb lepas terhadap kenyataan Wong yang dianggap telah menyinggung perasaan, melukakan hati serta menyakitkan hati Dewan Undangan Negeri Sarawak, eksekutif dan Speaker Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Ini berikutan kenyataan yang diucapkan Wong pada persidangan dewan undangan negeri pada 12 November lepas di mana beliau dikatakan telah mempersoalkan ketepatan waktu speaker dalam mengendalikan mesyuarat-mesyuarat.

'DUN seperti pasar ikan'

Ketika ditemui pemberita kemudian, Wong berkata beliau berasa telah diberi layanan kasar dan tidak adil oleh dewan undangan negeri dan Speaker hanya semata-mata kerana kenyataannya itu.

“Ia komen yang adil dan membina, bukan terhadap speaker secara peribadi tetapi untuk tujuan pembaharuan dewan undangan negeri,” kata Adun DAP itu, dan menambah, beliau akan mencabar penggantungannya itu di mahkamah selepas merujukkan perkara itu kepada pasukan perundangan DAP.

Ketika membentang usul tersebut Abdul Karim berkata: "Speaker adalah wakil kepada dewan undangan negeri kerana beliaulah jurucakap dan pemerhati kepada seluruh peraturan untuk menjaga ketenteraman dan ketertiban persidangan... yang mana ketiadaan speaker akan menjadikan dewan ini seperti sebuah pasar ikan.

“Setiap sesi, sama ada dalam persidangan dewan undangan negeri, di padang bola sepak atau apa juga permainan, mesti ada pengadil untuk memberi bimbingan dan mesti ada peraturan dan ketertiban dalam melakukan sesuatu perkara,” kata beliau.

Timbalan Speaker Datuk Gerawat Gala sebelum ini berkata, tindakan merujukkan Wong kepada jawatankuasa itu adalah selari dengan amalan di parlimen Westminster dan Perintah Tetap 89 DUN Sarawak.- Bernama


TMJ mohon maaf dakwa saya beli Porsche guna dana Kelantan - Annuar

MALAYSIAKINI

   
Setiausaha Agung Umno Annuar Musa mendakwa bahawa Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah memohon maaf daripadanya selepas kekhilafan mendakwanya membeli sebuah Porsche Panamera dengan dana untuk Kelantan.

Katanya, beliau kagum bahawa pewaris Sultan Johor itu berhati mulia dan sanggup berbuat demikian.
“(Saya) tiada isu dgn TMJ dlm hal ini. Baginda ada mohon maaf dengan saya atas kekhilafan dan saya kagum.

“Seorang Tengku Mahkota tapi berjiwa mulia dan sanggup berbuat demikian, sedangkan saya hanya seorang rakyat biasa.

“Itu TMJ yang saya kenali. Beliau berprinsip dan punya pendirian sendiri,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Annuar berkata demikian ketika menjawap pengguna Twitter lain, termasuk seorang blogger pro-Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, yang menimbulkan isu kereta itu dan bagaimana pemimpin Umno tersebut enggan mengulas.

Pada 2017, Tunku Ismail berkata Annuar sepatutnya menggunakan dana yang diperuntukkan untuk merampas semula Kelantan dari PAS, untuk kebajikan rakyat dan "bukannya membeli Porsche Panamera".

Tunku Ismail berkata demikian selepas Annuar, yang merupakan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KFA), menuduh Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) membayar gaji yang terlalu tinggi kepada pemain.

Ketika itu, Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Abdul tampil mendesak Annuar memohon maaf kepada Tunku Ismail kerana menyinggung perasaan baginda.

Tunku Mahkota Johor bertindak balas dengan mengingatkan pemimpin Umno itu agar jangan cuba 'menjolok sarang tebuan' kerana kelak buruk padahnya, lebih-lebih lagi dengan tarikh keluar mengundi pada pilihanraya umum ke-14 sudah semakin hampir.

Pada pilihan raya umum Mei tahun lalu, Johor, yang merupakan tempat kelahiran Umno dan kubu kuar parti itu tumbang ke tangan Pakatan Harapan.

Walau bagaimanapun, keadaan kini menjadi sebaliknya, dengan Annuar yang membela Tunku Ismail daripada kritikan Syed Saddiq.
Syed Saddiq, yang merupakan belia dan menteri sukan, jengkel dengan kenyataan Tunku Ismail yang menyatakan bahawa perdana menteri perlu diubah.

Beliau mempersoalkan mengapa putera mahkota Johor itu tidak menggesa bekas perdana menteri, Najib Razak digantikan sebagai perdana menteri ketika Malaysia dilabel sebagai negara 'kleptokrasi'.

Sebaliknya, kata beliau, Tunku Ismail kini meminta Dr Mahathir yang diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum lalu digantikan.

Beliau turut membandingkan tindakan Tunku Ismail meletakkan jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan perdana menteri yang mahu memulihkan negara.

Semalam, adinda Tunku Ismail, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, dalam satu hantaran di Instagram, memberi gambaran melalui media sosial kemungkinan akan bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Tunku Idris juga mendedahkan satu kaji selidik memperlihatkan bahawa 75 peratus daripada responden mahu beliau bertanding di Muar, yang mana penyandangnya adalah Syed Saddiq.

LIHAT TWITTER DI SINI


Inkues Adib: Mahkamah benar panggil semula pakar HKL

MALAYSIAKINI

   

INKUES | Mahkamah Tinggi di Shah ALam hari ini membenarkan permohonan pegawai pengendali inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim untuk memanggil semula seorang saksi pakar iaitu saksi ke-24 bagi prosiding berkenaan.

Saksi ke-24 itu adalah Pakar Bedah Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Ahmad Hafizam Hasmi, yang mengendalikan bedah siasat ke atas anggota bomba tersebut.

Hakim Indera Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu setelah mendapati Mahkamah Koroner Shah Alam terkhilaf dalam keputusannya sebelum ini yang menolak permohonan pegawai pengendali prosiding inkues berkenaan untuk memanggil semula saksi pakar tersebut.

"Saya dapati bahawa berlaku kekhilafan oleh Koroner iaitu beliau mengambil kira titik-titik (prosiding) tidak akan berakhir (jika saksi ke-24 dipanggil).

"Saya bersetuju dengan permohonan pihak pengendali dan hanya saksi pakar ke-24 diberi peluang untuk dipanggil semula untuk memberi penjelasan dan keterangan," katanya.

Jelas Ab Karim, pihaknya berpendapat inkues tersebut tidak mungkin tiada penghujungnya kerana inkuiri itu dikawal oleh Koroner malah ia bertujuan bukan untuk menuduh mana-mana individu sebaliknya bagi menentukan punca sebenar kematian Muhammad Adib.

Terpakai pada saksi ke-24 saja

“Berdasarkan apa (maklumat) yang diberi, tidaklah boleh koroner memutuskan sudah cukup kerana ada perkara baru yang perlu diperjelaskan oleh saksi ke-24. Koroner harus mempertimbangkan pelbagai aspek dan tidak boleh meninggalkan satu pun, sama ada ia beri impak kuat atau tidak kepada keputusan.

“Maka, adalah perlu untuk diberi peluang kepada saksi tersebut bagi memberikan penjelasannya. Ini (keputusan) terpakai kepada saksi ke-24 sahaja,” katanya yang turut menetapkan 10 Mei ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Koroner.

Pada 23 April lepas, pegawai pengendali inkues memfailkan semakan ke Mahkamah Tinggi di sini bagi memanggil semula saksi ke-24 dan ke-27 untuk memberi penjelasan dan keterangan selepas permohonan mereka di hadapan Koroner Rofiah Mohamad ditolak dalam prosiding berkenaan.

Semakan untuk memanggil semula saksi itu adalah disebabkan terdapat pertikaian pendapat antara dua pakar berhubung mekanisme kecederaan yang dialami Muhammad Adib yang membawa kepada kematiannya.

Terdahulu dalam prosiding permohonan itu, pegawai pengendali inkues, Hamdan Hamzah memberitahu mahkamah kemungkinan Koroner terkhilaf dalam keputusannya sebelum ini apabila tidak bertanya lanjut kepada pihaknya jika terdapat saksi lain yang hendak dipanggil setelah mendengar keterangan saksi ke-29 iaitu bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Prof Dr Shahrom Abd Wahid (gambar).
 “Saksi ke-29 adalah seorang lagi pakar patologi yang dipanggil oleh peguam keluarga mangsa dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang mana beliau mempunyai keterangan berbeza dengan saksi ke-24.

“Saksi ke-24 adalah individu yang menjalankan bedah siasat (ke atas Muhammad Adib), bukan saksi ke-29 tetapi ada keterangan saksi ke-29 seolah-olah beliau yang menjalankan bedah siasat itu.

Bagaimana pula saksi ke-29 boleh membuat dapatan fakta itu? Ini perlu diberi penjelasan oleh saksi ke-24,” katanya.

Tiada keperluan mahkamah bertanya

Hamdan dalam hujahannya turut berpendapat Mahkamah Koroner perlu mengumpul seluruh maklumat dan mendengar penjelasan lanjut oleh saksi ke-24 berhubung keterangan yang diberikan oleh saksi ke-29.

“Perkara ini penting memandangkan terdapat beberapa perkara tidak ditimbulkan oleh saksi ke-24 tapi telah dikomen oleh saksi ke-29 dan mengatakan dapatan saksi ke-24 tidak betul,” katanya.

Sementara itu, peguam keluarga mangsa, Mohd Kamaruzaman A Wahab memberitahu mahkamah bahawa kesemua saksi telah memberi keterangan dan tiada keperluan kepada mahkamah untuk bertanya kepada pegawai pengendali sekiranya ada saksi lain untuk dipanggil.

Katanya, sebanyak tiga saksi pakar telah dipanggil sepanjang prosiding berlangsung yang mana kesemua mereka adalah untuk membantu mahkamah membuat keputusan.

Peguam Syazlin Mansor mewakili KPKT, JBPM dan keluarga mangsa dalam hujahannya pula menyatakan Koroner ada bertanya kepada pegawai pengendali tujuan memanggil semula saksi berkenaan memandangkan beliau telah memberi keterangan mengenai dapatan saksi ke-29 itu.

“Kalau ada fakta baharu, kami tidak akan bantah (untuk memanggil semula saksi ke-24), tapi ini tiada fakta baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Kamaruzaman yang ditemui pemberita selepas prosiding berkenaan menyatakan pihaknya akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu minggu depan.- Bernama


Arahan ke Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN

DIMAKLUMKAN PAS Pusat membuat ketetapan menyokong penuh Program Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam Dan Perlembagaan Negara yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH).
Sehubungan dengan ini PAS Pusat mengarah dan mengerah seluruh ahli-ahli dan penyokong PAS untuk hadir ke Program Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam Dan Perlembagaan Negara yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut:

Tarikh: 4 Mei 2019 (Sabtu)
Masa  1.00 tengah hari hingga 4.00 Petang
Tempat: Masjid Jamek Kuala Lumpur dan hadapan Sogo, Jalan Tar, KL

Objektif Himpunan

1. Bantahan Ancaman terhadap Kedaulatan Islam di Malaysia
2. Isu Rome Statute
3. Keadilan untuk Allahyarham Mohd Adib
4. Isu Bahasa – UEC & PPSMI
5. Desakan ‘Pecat’ Peguam Negara
6. Isu-isu berkaitan penderitaan rakyat
7. Isu-isu berkaitan

Penyertaan

1) Pimpinan Gerakan NGO Utama Malaysia
2) Pimpinan Parti-parti Politik Melayu / Islam
3) Pimpinan Gerakan Mahasiswa dan Belia
4) Pimpinan Masyarakat Madani
5) Anggota Masyarakat Cakna Pelbagai Kaum
6) Seluruh Rakyat Pelbagai Kaum
Aturcara
1) Solat Zohor di Masjid Jamek, Kuala Lumpur
2) Bergerak ke SOGO
3) Ucapan Pimpinan NGO dan Parti Politik
4) Deklarasi Rakyat 5) Bersurai

Justeru itu semua pimpinan dan ahli-ahli PAS negeri/WP, kawasan, cawangan dan dewan-dewan (semua peringkat) diarahkan untuk turun beramai-ramai bagi menghadiri himpunan tersebut di samping menyeru, mengajak dan membawa semaksimum mungkin para penyokong PAS ke program ini sebagai menzahirkan semangat dan kebersamaan kita dalam isu-isu berkenaan.

Sila dengan segera edarkan arahan ini ke semua peringkat parti di bawah pentadbiran saudara/i bagi menjayakan himpunan penting ini. Kerjasama serta tindakan segera pihak saudara/i amatlah dihargai dan diucapkan jazakumullahu khairan kathiraa.

“Islam Memimpin”

DATO’ TAKIYUDDIN HAJI HASSAN, JP.
Setiausaha Agung
HARAKAHDAILY

PAS-Umno Pasir Salak tidak mahu berpecah lagi

QATRUNNADA LATFI & MARIATUL MB

PASIR SALAK: PAS Kawasan dan Umno Bahagian Pasir Salak telah bersama menjayakan Himpunan Perpaduan Ummah yang dilangsungkan di Chenderong Balai, di sini kelmarin.
 
Ia merupakan himpunan seumpama kali kedua yang berpusat di Dun Sungai Manik, setelah kali pertama dilaksanakan dalam Dun Kampung Gajah sebelum ini.
 
Yang DiPertua PAS Pasir Salak, Ustaz Mustafa Shaari menyifatkan hubungan erat dengan Umno kini umpama janji untuk sehidup semati yang turut disambut Ketua Umno Pasir Salak, Dato' Tajuddin Abdul Rahman.
 IMG 20190430 WA0108
"Umno dengan PAS jangan bergaduh lagi. Kita mesti bersatu untuk memenangkan Islam. Kita jangan berebut kerusi, kerana ini yang membuat Melayu berpecah," ujarnya yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.
 
Turut berceramah adalah Adun Kok Lanas, Dato' Alwi Che Mat yang memuji situasi di Kelantan di mana BN tidak seperti pembangkang kerana diberi peranan mengaudit urusan Kerajaan Negeri.
 
Kemuncak ceramah disampaikan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Mohd Nassuruddin Daud di mana menyeru kerjasama bagi mengembalikan hak Islam yang diragut PH.
 
Terdahulu, silaturahim antara PAS dan Umno Pasir Salak terserlah pada gotong-royong Kenduri Rakyat yang menyaksikan dua lembu disembelih dan dilapah menjadi hidangan utama.
 IMG 20190430 WA0109
Majlis anjuran Pusat Khidmat Parlimen Pasir Salak dan PAS Pasir Salak itu diadakan di pekarangan Pejabat PAS Pasir Salak pada sebelah siangnya. - HARAKAHDAILY


PAS kesal tangkapan terhadap Muhammad Zamri Vinoth

NASRUDIN HASSAN

 
 
 
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) melahirkan kekesalan ekoran penangkapan seorang pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth yang didakwa kerana menghina agama lain.
 
Menurut laporan beberapa akhbar, terdapat beberapa belas laporan polis telah dibuat ke atasnya oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan di Pulau Pinang lima hari lalu.
 
PAS ingin mengingatkan ratusan laporan polis telah dibuat oleh pelbagai individu dan pertubuhan bukan kerajaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang celupar menghina Islam dan berpotensi mencetuskan konflik perkauman.
 
Contohnya, laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (DAP) P.Ramasamy yang dikaitkan dengan organisasi pengganas LTTE pada bulan Julai 2018.
 
Kemudian, laporan polis terhadap Menteri P. Waytha Moorthy yang menabur fitnah tentang kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan terhadap masyarakat Hindu di negara ini pada bulan November 2018.
 
Selain itu, laporan polis juga dibuat terhadap seorang exco Selangor V Ganabatirau (DAP) yang mengaitkan rusuhan robohan kuil dengan umat Islam.
 
Banyak lagi laporan polis telah dibuat ke atas pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng, Nga Kor Ming dan Chew Chong Sing rentetan kenyataan mereka yang mengundang kemarahan umat Islam.
 
Namun, apakah tindakan susulan yang telah diambil ke atas mereka? Adakah ini yang dimaksudkan dengan kedaulatan undang-undang di bawah Malaysia Baharu?
 
Islam Memimpin
 
*NASRUDIN HASSAN.Ketua Penerangan PAS Pusat
HARAKAHDAILY

Dr M jangka Raja-Raja akan putuskan CJ baru minggu ini

MALAYSIAKINI

   

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau percaya Majlis Raja-Raja akan memutuskan individu yang akan dilantik sebagai ketua hakim negara yang baru minggu ini.

"Yang itu (pelantikan ketua hakim) kita tunggu raja-raja punya approval. Saya fikir ia sebelum hujung minggu ini," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Jawatan ketua hakim negara kosong berikutan persaraan Richard Malanjum pada 12 April lalu.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata pemilihan ketua hakim yang baru sedang dibincangkan oleh Majlis Raja-Raja.

Bagaimanapun, laporan oleh Straits Times Singapura mendakwa kerajaan dan istana tidak mencapai kata sepakat berhubung pemilihan berkenaan.

Terdapat juga laporan bahawa Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman telah menyerahkan tiga nama kepada Majlis Raja-Raja.


PH hilang populariti: Itu pendapat Anwar, kata Dr M


   

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad percaya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan menjadi medan sebenar bagi rakyat menilai kerajaan pimpinannya.

"Kita bila jadi kerajaan, kita harus menjangka untuk dikritik dan hilang populariti.

"Bagaimanapun, pilihan raya berbeza. Semasa pilihan raya, pengundi akan membuat penilaian yang sewajarnya mengenai siapa yang sesuai untuk mentadbir.

"PRU15 lama lagi. Dalam masa itu kita akan lakukan lebih banyak perkara," katanya di Putrajaya petang ini.

Kaji selidik yang dilakukan Merdeka Centre baru-baru ini mendapati sokongan terhadap Mahathir dan kerajaan merosot sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan pada pilihan raya umum lalu.

Kajian itu mendapati hanya 46 peratus rakyat berpuas hati dengan kepimpinan Dr Mahathir Mohamad manakala hanya 39 peratus berpuas hati terhadap pentadbiran PH.

Diminta mengulas kenyataan Presiden PKR, Anwar Ibrahim bahawa sokongan kepada kerajaan merosot kerana dilihat tunduk kepada golongan elit bandar, Mahathir tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.

"Itu dia punya opinion (pandangan). Dia berhak mempunyai pandangan, saya ada pandangan saya sendiri," kata Mahathir yang juga pengerusi Bersatu.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jam sebelum ini menyokong pendapat Anwar dengan mengatakan kerajaan kini dipandu oleh mereka yang berada dalam keselesaan.

Wan Saiful berkata, kumpulan ini yang digelarnya sebagai "Busa Bangsar," hanya memberi tumpuan kepada pembaharuan institusi berbanding isu-isu melibatkan rakyat terbanyak seperti kos sara hidup.

Namun beberapa pihak seperti bekas anggota parlimen PKR, N Surendran menyangkal pendapat tersebut dengan mengatakan pembaharuan institusi bukan merupakan isu elit dan turut memberi kesan kepada golongan miskin.


Maruah Malaysia tercalar, kalah kepada Itali

Bernama
Maruah Malaysia tercalar, kalah kepada Itali
Aksi pemain Kebangsaan Najmi Jazlan (kanan) merebut bola dari pemain Itali Simone Minetto (kiri) sewaktu perlawanan Kumpulan B Kejohanan FIH Siri Akhir Lelaki Kuala Lumpur 2019 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, 29 April, 2019. - Foto BERNAMA
 

KUALA LUMPUR: Maruah Malaysia tercalar apabila diaibkan oleh Itali 4-2 pada perlawanan terakhir kumpulan dalam kempen Kejohanan Hoki Siri Final Lelaki FIH 2019 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Ternyata kedudukan ranking dunia dan kelebihan selaku tuan rumah tidak membantu skuad Malaysian Tigers merebut slot automatik ke pentas separuh akhir sebagai juara Kumpulan B.

Malaysia, selaku antara pasukan pilihan dengan ranking ke-13 dunia, kini terpaksa menempuh laluan berliku apabila mengharungi aksi play-off perebutan ke separuh akhir dengan menentang pasukan ketiga Kumpulan A, Wales, Rabu ini.

Itali di kedudukan ranking ke-32 dunia, muncul juara Kumpulan B dan tiket ke separuh akhir apabila menamatkan saingan kumpulan dengan mengutip maksimum sembilan mata.

Itali mengekalkan rekod bersih dengan mengalahkan China 2-1, Brazil 3-0 dan Malaysia 4-2.

Malaysia muncul naib juara kumpulan dengan empat mata selepas menang 6-0 ke atas Brazil, seri 4-4 dengan China dan tewas 4-2 kepada Itali.

Dalam perlawanan tersebut, skuad negara bimbingan Roelant Othmans bermula garang tetapi dua percubaan pukulan sudut penalti pada suku pertama, masing-masing oleh Fitri Saari dan Razie Rahim dinafikan oleh penjaga gol Itali, Francesco Padovani.

Bagaimanapun, Itali, yang menerima satu pukulan sudut penalti sepanjang suku pertama, berjaya disempurnakan oleh Thomas Keenan pada minit kesembilan apabila tolakan padat pemain skuad Azzurri itu gagal diselamatkan oleh penjaga gol negara, Hairi Abd Rahman.

Biarpun memiliki sedikit kelebihan menguasai perlawanan, skuad negara akhirnya memperoleh gol penyamaan menerusi pukulan sudut penalti oleh Faizal Saari pada minit ke-26.

Augustine Nunez meletakkan Itali di hadapan apabila melakukan jaringan pada pada minit ke-31 sebelum Razie dengan pantas menyamakan semula kedudukan menerusi pukulan sudut penalti, empat minit kemudian.

Namun ia tidak mematahkan semangat skuad Azzuri itu untuk terus memberi tekanan dan kembali semula di hadapan apabila Nunez menambah gol keduanya pada minit ke-43 sebelum jaringan Franciois Sior pada minit ke-45 mengesahkan kedudukan Itali di pentas separuh akhir.

Kemampuan skuad pelawat mengejutkan Malaysian Tigers juga disebabkan aksi cemerlang Padovani yang memainkan peranan utama dalam menafikan peluang jentera serangan negara memboloskan gawang lawan.

Padovani juga turut dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut.

Seandainya, Malaysia mengatasi Wales pada pertarungan play-off, maka mereka perlu berdepan dengan Austria iaitu juara kumpulan A.

Sementara itu, Oltmans berang dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak buahnya.

"Saya terkejut dengan apa yang saya lihat hari ini.....standard in jauh lebih buruk daripada apa yang sebenar boleh ditunjukkan oleh pemain.

"Kami kalah dalam pertempuran hari ini tetapi perjuangan belum selesai. Harap dapat menyaksikan satu persembahan yang sungguh berlainan pada Rabu ini," katanya.

Berdasarkan format pertandingan, hanya dua pasukan layak ke pusingan akhir kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Oktober dan November ini.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi Kumpulan B, China meraih kemenangan pertama apabila menewaskan Brazil 3-2 untuk menduduki tangga ketiga kumpulan dan seterus beraksi dalam pusingan play-off untuk merebut tempat ke saingan separuh akhir.

Dalam perlawanan itu, Brazil melakukan kejutan apabila mendahului 2-0 menerusi pukulan sudut penalti oleh Yuri Van der Heijden pada minit ketujuh dan Joaquin Lopez pada minit ke-10.

Bagaimanapun, China menghidupkan peluang ke saingan play-off menerusi jaringan Su Lixing pada minit ke-13 dan gol penyamaan oleh Tu Yuan Lian pada minit ke-45.

Penjaring terbanyak pasukan, Dong Yang, menjadi wira pasukan China apabila menyumbang gol kemenangan pada minit ke-54, sekali gus gol peribadi ketiga beliau sepanjang tiga perlawanan peringkat kumpulan. -- BERNAMA

Malaysia tidak buka kedutaan di Israel - Marzuki

Astro Awani, Agensi
Malaysia tidak buka kedutaan di Israel - Marzuki
Marzuki menegaskan, Malaysia komited dalam memberi sokongan kepada Palestin untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. - Gambar fail
 

KUALA LUMPUR: Malaysia konsisten dengan pendiriannya dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya hari ini.

Begitu juga, pendirian Malaysia terhadap Israel masih tidak berubah, iaitu tiada sebarang hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, katanya menurut laporan Bernama.

Beliau sekali gus menegaskan bahawa, kerajaan tidak akan sama sekali mempertimbang untuk membuka kedutaan besar Malaysia di Israel selagi konflik antara Palestin dan Israel tidak diselesaikan.

"Malaysia tidak akan berkompromi selagi penindasan ke atas rakyat Palestin masih berterusan dan tiada keikhlasan di pihak Israel untuk mencari penyelesaian saksama berhubung konflik Israel dengan Palestin," kata Marzuki.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Titah Diraja pada persidangan Dewan Negara bagi kementeriannya.

Tegasnya, Malaysia komited dalam memberi sokongan kepada Palestin untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

"Kerajaan sentiasa memberi sokongan padu kepada Palestin dan rakyatnya, baik dari segi politik, ekonomi dan moral.

"Malah, kerajaan turut memberi bantuan berbentuk kemanusiaan, kewangan serta sumbangan untuk pembangunan infrastruktur asas dan pembangunan kapasiti, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mahupun melalui pertubuhan antarabangsa dan badan bukan kerajaan," tambah Marzuki.

Baru-baru ini, Senator Nga Hock Cheh pada sidang Dewan Negara telah mencadangkan supaya kedutaan Malaysia diwujudkan di Palestin dan Israel apabila ada cadangan supaya ia ditubuhkan di Palestin.

Bagaimanapun, beliau telah menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf pada 25 April lalu.

Mazlan Bujang pengerusi Bersatu Johor


   

Ketua bahagian Bersatu Tebrau, Mazlan Bujang dipilih sebagai pengerusi Bersatu Johor yang baru bagi menggantikan Osman Sapian yang juga bekas menteri besar Johor.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya hari ini.

"Saya fikir dia telah diberikan surat pelantikan," katanya kepada media selepas pertemuan tertutup dengan kakitangan awam yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Sejak beberapa hari lalu terdapat khabar angin bahawa Mazlan, yang digugurkan daripada barisan Exco minggu lalu akan dilantik sebagai pengerusi Bersatu Johor.

Memetik sumber, Berita Harian melaporkan pelantikan Mazlan itu merupakan arahan dari kepimpinan pusat.

Difahamkan majoriti 26 ketua bahagian Bersatu telah bersetuju dengan pelantikan itu manakala tiga yang lain berbeza pendapat.

Bagaimanapun, pengarah media Bersatu Johor, Solihan Badri menolak khabar angin bahawa pengundian dilakukan semasa mesyuarat.

Pelantikan Mazlan di luar kebiasaan kerana menteri besar biasanya akan memegang jawatan sebagai pengerusi negeri.

Sebaliknya, menteri besar Johor yang baru, Sahruddin Jamal yang menggantikan Osman dipilih sebagai setiausaha Bersatu Johor.


‘Walaupun kuat sembahyang, tapi bila duit datang terima juga’


  
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad agak pelik dengan sikap sesetengah penjawat awam beragama Islam yang berfikiran bahawa menerima rasuah baik-baik saja kerana ia kurang berdosa berbanding minum alkohol.

Berucap pada majlis perjumpaan dengan lebih 1,000 pegawai kanan kerajaan di Putrajaya, katanya, kakitangan awam hari ini kelihatan lebih warak daripada mereka yang berkhidmat pada zaman British.

“Saya teringat tentang pegawai-pegawai di zaman British. Mereka tidak banyak terlibat dengan rasuah. Tapi lagak mereka seperti pegawai British. Mereka minum arak dan sebagainya.

“Tapi sekarang ini kita tak minum lagi. Sekarang ini lebih warak dari dulu. Ramai dari kita ada tanda di dahi, sebab mereka sembahyang. Jelas lagi karakter pegawai-pegawai sekarang ini ini sudah bertukar.

“Pegangan mereka pada ajaran agama lebih kuat dari dulu. Tapi kita dapati walaupun kuat pegangan agama, sembahyang, puasa, umrah tiga hingga empat kali, tapi bila duit datang, (mereka) terima juga.

“Ini yang pelik. Kalau arak tu haram, rasuah itu dua, tiga kali kali lebih teruk. Sebab itu kita hapuskan amalan rasuah ini,” katanya.

Mahathir kata, ramai di kalangan pegawai berkenaan sekarang tidak berpuas hati kerana kerajaan Pakatan Harapan sangat aktif menentang rasuah sehingga mereka ini tidak dapat menjana "pendapatan lebihan" lagi.

“Hari ini, kerana kerajaan (PH) ini menolak rasuah, maka mereka tidak dapat lagi dari punca-punca (rasuah) itu. Tak dapat lagi upah-upah tertentu (hingga) berasa kecewa dengan kerajaan baru...

“Kita tahu dahulu orang-orang tertentu yang dapat perlindungan dari jentera kerajaan. Kerana mereka guna rasuah dengan pegawai-pegawai kerajaan.

“Bila kita usahakan perkara ini dihentikan, maka banyak pegawai-pegawai tertentu tidak dapat lagi punca pendapatan lebiha. Mereka kecewa. Seolah-olah kerajaan kleptrokasi lebih baik dari kerajaan demokrasi,” katanya.

Mengambil contoh beberapa negara termasuk Mexico, Pakistan dan Indonesia yang menukar parti memerintah akibat salah guna kuasa, Dr Mahathir berkata usaha membersihkan negara daripada gejala itu perlu diteruskan kerana ia akan menghancurkan negara.

"Segala tugas tak dapat dijalankan dengan baik, kos akan meningkat kerana setiap kos kita belanja perlu tambah kos rasuah, dan sesetengah pihak tidak mendapat perkhidmatan sama sekali kerana rasuah," katanya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan sebelum ini yang memerintah selama 61 tahun tidak mungkin kalah jika mereka berpegang kepada tugas dan tidak menyalah guna kuasa yang diberikan rakyat.

Pertukaran kerajaan adalah penting kerana rakyat tahu negara dipimpin dengan cara yang tidak baik sehingga dikenali sebagai negara kleptokrasi atau kerajaan penyangak.

"Apakah kita nak kerajaan penyangak atau diganti kerajaan baharu? Apakah kerajaan baharu akan jadi penyangak, mungkin kalau tidak berjaga-jaga," katanya.

Bagaimanapun, katanya setakat ini, beliau belum nampak kecenderungan untuk salah guna kuasa dalam kalangan pentadbir.

Sepanjang hampir setahun PH memerintah, Dr Mahathir berkata beliau mendapati secara umumnya kerajaan tidak menghadapi banyak masalah dalam pentadbiran walaupun terpaksa menggugurkan mereka yang jelas menyeleweng dan melakukan kesalahan.

"Yang lain saya fikir (mereka) sedar pertukaran kerajaan dan kerajaan sekarang berhak menentukan dasar negara," katanya.

Dr Mahathir berkata, jika rasuah dilihat sebagai haram sama seperti arak, maka pegawai kerajaan pasti tidak akan melakukan perbuatan jijik itu.


FAM gesa pemimpin bola sepak M’sia timba ilmu dari WFS Asia

Bernama  

   

Para pemimpin sukan bola sepak di negara ini digesa merebut peluang daripada kehadiran para pemimpin dan tokoh penggerak bola sepak dunia pada Sidang Kemuncak Bola Sepak Dunia Asia (WFS) yang berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini dan esok.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Hamidin Mohd Amin berkata sidang kemuncak yang julung kali diadakan di Asia itu adalah satu peluang untuk para anggota gabungan FAM untuk mengemaskinikan diri dengan trend-trend dan isu-isu terbaru bola sepak.

“Saya menggesa rakan-rakan pemimpin bola sepak di Malaysia untuk bertukar-tukar pandangan dengan mereka yang hadir dan mengumpul seberapa banyak maklumat yang mungkin dalam usaha untuk mengemaskinikan diri dalam isu-isu dan trend terbaru (bola sepak).

“Dengan penganjuran sidang kemuncak ini di Kuala Lumpur, Malaysia dan Asia akan meraih manfaat besar kerana para pemimpin bola sepak terbaik akan berkumpul di sini buat pertama kalinya dan boleh didekati dalam satu acara besar-besaran yang pertama kali diadakan di rantau ini,” kata beliau dalam ucapan perasmiannya hari ini.

Ini adalah kali pertama WFS diadakan di luar Eropah, yang sebelum ini diadakan dengan jayanya di Madrid, Sepanyol.

“Maklum balas yang diterima daripada beberapa sidang kemuncak yang diadakan sebelum ini adalah amat positif. Secara peribadi, setelah menghadiri Sidang Kemuncak Bola Sepak Dunia di Madrid dua kali sebelum ini, saya berasa dialog-dialog dan perbincangan meja bulat yang diadakan amat berguna dan menjadi ‘pembuka mata’ yang baik.

“Sama ada topik perbincangan berkisar mengenai pengurusan kewangan, mekanisme percukaian untuk diselaraskan dengan pengkomersialan sukan bola sepak hari ini ataupun pertikaian kontrak, sidang kemuncak inilah tempatnya bagi semua pemimpin bola sepak," kata beliau.

WFS Asia, yang disasarkan sebagai acara antarabangsa penting untuk industri bola sepak di Asia, dilihat sebagai platform paling tepat untuk para penggiat bola sepak dan pemimpin industri menjalin rangkaian hubungan.

“Sebagai Presiden FAM, saya berharap akan dapat menimba ilmu dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah untuk menceburi peluang-peluang pelaburan baharu bagi pembangunan sukan bola sepak menerusi hasil penajaan baharu.

“Saya yakin para penonton menghargai akan pentingnya realiti “augmented” dan realiti maya dalam sukan bola sepak hari ini dan bagaimana data raya (big data) boleh dimanfaatkan lagi.

“Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penganjur Sidang Kemuncak Bola Sepak Dunia Asia kerana memilih Kuala Lumpur sebagai tuan rumah. Saya berharap ia bukan kali pertama dan yang terakhir,” kata beliau.

Lebih 2,000 orang dari 100 negara berkumpul di Pusat Konvensyen Sunway selama dua hari untuk menghadiri WFS Asia, yang akan menyaksikan pepembentangan oleh 60 pembentang.

Lebih 30 wakil daripada persatuan-persatuan gabungan FAM telah mendaftar untuk menghadiri WFS Asia itu.- Bernama


Hari ke-11: Para pegawai bank lulus pindah RM4b ke SRC


   
Pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, dijadual meneruskan keterangannya kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Sehingga perbicaraan ditangguhkan petang semalam Uma Devi masih disoal balasa peguam bela Najib Razak, Harvinderjit Singh.

Malaysiakini menyiarkan laporan langsung perjalanan kes berprofil tinggi ini di sini dari semasa ke semasa.

Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta

Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB
LANGSUNG

5.20 petang: DPP Sithambaram memohon perbicaraan seterusnya berlangsung pada Khamis dan meminta prosiding bermula sedikit lewat kerana pada pagi yang sama telah ditetapkan untuk pendengaran permohonan pendakwaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah.

Beliau memberitahu hakim Nazlan permohonan itu merupakan notis usul supaya perbicaraan kes Najib Razak berkaitan SRC International didengar di hadapan hakim Lawrence sebelum satu lagi perbicaraan tertuduh melibatkan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Pada hari Khamis, pendakwaan mengemukakan notis usul di hadapan Hakim Collins meminta kes ini (perbicaraan SRC International) selesai sebelum kes 1MDB.

"Pendengaran (mahkamah di hadapan hakim Lawrence) ditetapkan pada pukul 9 pagi," kata Sithambaram (gambar).

Peguam bela Najib, Harvinderjit menyokong Sithambaram, berkata pihaknya tidak pasti berapa lama permohonan di hadapan hakim Lawrence akan diputuskan sebelum pihak terlibat boleh hadir ke Mahkamah Tinggi dengan hakim Nazlan untuk menyambung semula perbicaraan kes SRC International.

Nazlan kemudian membenarkan permohonan perbicaraan SRC International bersambung semula pada jam 9.30 pagi Khamis minggu ini.

Mengikut salinan permohonan pendakwaan yang ditetapkan untuk pendengaran di hadapan hakim Lawrence pada hari Khamis ini, pihak pendakwa berusaha untuk menangguhkan perbicaraan 1MDB yang didengar hakim berkenaan (dokumen pendakwaan merujuk kepada perkara itu sebagai "perbicaraan kes Tanore").

Sebelum ini, perbicaraan kes tersebut ditetapkan bermula pada 14 Mei ini.

Menurut kertas mahkamah, pihak pendakwa memohon penangguhan kerana ia melibatkan perkara kepentingan awam untuk kes jenayah yang melibatkan Najib agar dapat diselesaikan secepat mungkin.

Kertas mahkamah juga menyatakan penangguhan itu perlu dilakuka supaya pembelaan tertuduh Najib tidak akan menjadi prasangka kerana beberapa perbicaraan berasingan juga menjalankan pendengaran.

4.55 petang: Saksi Wedani memberitahu mahkamah jumlah keseluruhan sebanyak RM4 bilion dimasukkan ke dalam akaun SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada 2011 dan 2012.

Wedani memberi keterangan sejumlah RM2 bilion dimasukkan ke dalam akaun SRC International pada 29 Ogos 2011 dalam empat transaksi.

Jumlah yang sama dikreditkan secara sekaligus (lumpsum) dalam satu transaksi melalui Sistem Rentas (Pemindahan Dana dan Sekuriti secara Elektronik Masa Nyata) pada 28 Mac 2012.

Ketika pemeriksaan utama oleh DPP Sulaiman Kho, pengurus Unit Rentas Pusat Kiriman Wang Ambank itu menjelaskan pegawai bank yang berpengkat pengurus dan ke bawah boleh mengendalikan pemindahan maksimum sebanyak RM500 juta bagi setiap transaksi.

Jumlah melebih RM500 juta hanya boleh dilakukan oleh para pegawai bank berpengkat pengurus kanan dan ke atas, kata saksi itu memberi keterangannya.
Sulaiman: Mengapa 4 terma resit untukk pemindahan RM2 bilion ini?
Wedani: Sistem teras perbankan memerlukan surat rasmi kerana had pemindahan yang boleh dikendalikan (pegawai bank berpangkat) pengurus dan ke bawah.

Sulaiman: Maksud puan, masa pemindahan ini, kelulusan pegawai adalah pada had RM500 juta?
Wedani: Ya, betul.

Sulaiman: Untuk pindah RM2 bilion ini memang perlu empat transaksi?
Wedani: Ya, betul.

Sulaiman: Setiap satu RM500 juta?
Wedani: Ya betul.

Sulaiman: Dua dokumen dirujuk kepada puan, RM2 bilion pada SRC International, tapi satu resit. Kenapa?
Wedani: Duit masuk daripada KWAP kami terima pukul 5.40pm, Bank Negara Malaysia tutup jam 6 petang. Jadi kena masukkan sekaligus (one lump sum). Pengurus kanan dan ke atas boleh melakukan ini.

Sulaiman: Memerlukan kelulusan senior manager dan ke atas?
Wedani: Ya.

Sulaiman: Dua transaksi ini untuk KWAP telah berjaya dilakukan tindakan?
Wedani: Ya.

Sulaiman: Penyata bank SRC International ini, dikredit ke akaun SRC International?
Wedani: Ya.

Sulaiman: Puan rujuk transaksi ini... Minta puan rujuk penyata bank (P107). Penyata bank SRC International berakhir angka 9736.
Wedani: Ada.

Sulaiman: Mohon puan sahkan ada tertera pada penyata bank?
Wedani: Ada.

Sulaiman: Tarikh?
Wedani: 29 Ogos 2011.

Sulaiman: Ada berapa kemasukan duit pada tarikh itu?
Wedani: Ada empat transaksi.

Sulaiman: Jumlah?
Wedani: RM500 juta setiap kali.

Sulaiman: Mohon puan rujuk penyata bank SRC International berakhir angka 0650.
Wedani: Ada.

Sulaiman: Semak sama ada transaksi tertera pada penyata bank itu.
Wedani: Ada.

Sulaiman: Tarikh?
Wedani: 28 Mac 2012.

Sulaiman: Jumlah?
Wedani: RM2 bilion.
4.20 petang: Perbicaraan bersambung semula.

4.10 petang: Mahkamah berehat selama kira-kira 10 minit.

3.30 petang: Saksi Wedani Senen mengesahkan bahawa bahagian kedua sebanyak RM2 bilion mengalir masuk dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) ke dalam akaun bank SRC International pada 28 Mac 2012.

Pengurus Unit Pusat Rentas AmBank membenarkan dokumen nasihat pengesahan (confirmation advice) yang ditunjukkan oleh DPP Sulaiman Kho.

Sebelum ini, saksi R Uma Devi memberi keterangan bahawa RM2 bilion dipindahkan ke akaun SRC International pada tarikh yang sama.

Bahagian pertama sebanyak RM2 bilion telah dipindahkan dari akaun KWAP ke dalam akaun SRC International pada 26 Ogos 2011.

3.05 petang: Sejumlah RM2 bilion wang dipindahkan dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kepada akaun syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC) pada Ogos 2011.

Saksi pendakwaan yang juga pengurus Unit Rentas Pusat Kiriman Wang Ambank, Wedani Senen memberitahu mahkamah transaksi tersebut berlaku pada 26 Ogos tahun berkenaan.

Menjawab soalan timbalan pendakwa raya, Sulaiman Kho, saksi ke-21 itu memberitahu pemindahan tersebut direkodkan melalui confirmation advice yang dikeluarkan.

Sulaiman: Boleh puan maklumkan apa dokumen ni?
Wedani: Confirmation advice. Duit masuk dari Kumpulan Wang Persaraan kepada Amislamic Bank.

Sulaiman: Jumlahnya?
Wedani: RM2 billion kepada SRC pada 26 Ogos 2011.

Sulaiman: Adakah confirmation advice ini dikeluarkan Unit Rentas Ambank?
Wedani: Ya.

Terdahulu saksi itu memberitahu mahkamah confirmation advice ialah dokumen yang dikeluarkan secara automatik oleh Sistem Rentas bank terbabit bagi melengkapkan pelaksanaan pemindahan wang dari sebuah bank ke akaun Ambank.

Katanya bagi wang yang dipindahkan dari Ambank ke bank lain dokumen berkenaan dikenali sebagai completion advice.

12.30pm - Ahli perniagaan Habibul Rahman tampil sebagai saksi. Dia menggambarkan dirinya sebagai perunding perniagaan dan penasihat korporat, dengan syarikatnya SKS pakar dalam urusan penggabungan dan penyerahan.

Nama Habibul sebelum ini dibangkitkan Rabu lalu apabila peguamnya Ashraf Abdul Razak tampil sebagai saksi.

Ashraf memberitahu mahkamah bahawa bekas perdana menteri Najib Razak memberikan cek berjumlah RM2.5 juta kepada firma guamannya untuk diberikan kepada Habibul.

Peguam itu berkata dia menerima arahan untuk mengagihkan wang berkenaan kepada isteri dan anak Habibul.

12.07pm - Pasukan pendakwaan memanggi saksi ke-22 Lew Choon Lai yang merupakan pemaju hartanah kecil-kecilan dan pemilik syarikat pengurusan majlis bernama Solar Shine Sdn Bhd.

Lew memberitahu mahkamah bahawa syarikatnya dimulakan pada 2010 dengan aktiviti utama adalah menyediakan barangan cenderahati untuk diedarkan di kawasan perumahan India.

Syarikatnya juga menguruskan majlis makan malam untuk masyarakat Cina di kawasan pedalaman, kata Lew.

Dalam sesi soal balas utama oleh DPP Saifuddn, Lew berkata dia menerima sendiri cek RM1 juta daripada Najib pada 2015.

Katanya, wang berkenaan digunakan untuk kempen mempromosikan agenda 1Malaysia.

Tambah Lew, kempen itu dugunakan untuk meninjau sentimen orang ramai terhadap dasar kerajaan, sebelum laporan diserahkan kepada Najib.

11.15 pagi: Mahkamah berehat selama kira-kira 10 minit.

11 pagi: Kata Pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan dia mendapati transaksi untuk akaun bank Najib tiada melibatkan apa-apa yang mencurigakan sehingga ia boleh membimbangkan.

Kali ini disoal balas ketua pembelaan, Muhammad Shafee Abdullah, R Uma Devi berkata dia tidak tahu lebih lanjut mengenai kemasukan dana didakwa dari Kementerian Kewangan Arab Saudi semasa ia berlaku.
Muhammad Shafee
Kata Uma Devi hanya kakitangan yang bertugas ketika itu mempunyai maklumat lebih banyak mengenainya.

10.41 pagi: Ketua pasukan pembelaan Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah mengambil giliran menyoal balasa R Uma Devi.

Disoal Shafee, pengurus bank tersebut memberitahu setakat apa yang dia tahu tiada amaran dikeluarkan pihak Ambank untuk meneliti transaksi mencurigakan dalam akaun Najib.

Uma Devi juga memberitahu mahkamah menjadi tugas seseorang pegawai bank yang menguruskan transaksi pelanggan untuk mengesahkan tandatangan pada sesuatu cek dan surah arahan.

Katanya proses transaksi tidak akan diteruskan jika didapati tandatangan itu tidak sepadan dengan contoh yang ada dalam pangkalan data bank.

Hal itu, kata Uma Devi, kemudian akan dimaklumkan kepada pelanggan.

Menjawab soalan Shafee, Uma Devi menambah, mengikut maklumat yang ada padanya, tiada siasatan berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram dijalankan bagi mana-mana transaksi membabitkan akaun Najib.

Shafee: Berapa banyak dana yang boleh membawa kepada siasatan?
Uma Devi: Biasanya apabila melebihi RM50,000 bank akan membuat pertimbangan.

Shafee: Untuk mengesan sumbernya?
Uma Devi: Ya, tujuan dan sumber dana.

Shafee: Dalam kes ini, daripada apa yang kamu lihat pada semua dokumen, kamu tidak melihat sesuatu yang tidak diingini. Kamu tidak mendapati sebarang dokumen menandakan sesuatu penelitian boleh dibangkitkan berhubung dana-dana tersebut?
Uma Devi: Tidak setakat rekod yang saya ada.

Pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan itu juga memberitahu semua transaksi melibatkan dana RM10,000 atau lebih dari atau ke luar negara perlu diisytiharkan kepada Bank Negara.

Katanya perintah itu berkuat kuasa sebelum 2013 dan memerlukan pelanggan menyatakan - antara lain - tujuan dana itu dipindahkan.

Dia juga memberitahu mahkamah bank kemudian memerlukan surah kebenaran dari Bank Negara sebelum urusan itu boleh dilakukan.

9.50 pagi: R Uma Devi mengesahkan ada beberapa transaksi pantas yang menyebabkan akaun di Ambank cawangan Jalan Raja Chulan, KL, menjadi overdraf sepanjang tempoh 2014 dan mendorong transaksi selepasnya dikawal.

Semasa disoal balas peguam bela Harvinderjit Singh, pengurus Ambank itu mengesahkan beberapa dokumen yang ditunjukkan di mahkamah berhubung transaksi berkenaanm termasuk beberapa keping cek bernilai berjuta-juta ringgit.

Harvinderjit merujuk kepada satu penyata bank untuk Sept 2014 menyaksikan sekeping cek pembayaran bernilai RM5 juta dan menyebabkan akaun bernombor akhir 898 menjadi overdraf.
Gambar fail
Sehari kemudian didapati ada pemindahan kredit bernilai RM5 juta untuk mengimbangi akaun berkenaan.

Uma Devi juga mengesahkan dana sebanyak RM10 juta dipindahkan masuk dan keluar dari satu akaun pada hari yang sama pada 10 Feb 2015.

Transaksi itu melibatkan akaun yang bernombor akhir 880.

9.08 pagi: Najib Razak tiba dalam hujan lebat. Bekas perdana menteri itu mengenakan sut berwarna krim dan terus menuju ke mahkamah tempat beliau dibicarakan.

9.21 pagi: Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali masuk ke mahkamah dan Najib mengambil tempatnya dalam kandang tertuduh.

Semalam saksi ke-21 pendakwaan R Uma Devi memberitahu baki wang dalam salah satu akaun Ambank Najib berada pada jumlah RM1.9 bilion pada 2013. Untuk rekod Najib ialah perdana menteri Malaysia pada ketika itu.

Uma Devi ditanya mengenai beberapa prosedur yang diperlukan supaya transaksi dalam jumlah yang besar itu dilaporkan kepada Bank Negara.

Perbicaraan di depan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali itu juga dimaklumkan, jumlah akaun berkenaan berada pada tahap RM756 juta pada 2012.

Kata Uma Devi kira-kira RM304 juta dimasukkan ke akaun Najib pada 2011 oleh Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Selain Harvinderjit, Najib turut diwakili peguam Mohd Yusof Zainal Abiden, Kamarul Hisham Kamaruddin, Chong Loong Men, Devanandan S Subramaniam, Farhan Read, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Rahmat Hazlan, Muhammad Farhan Shafee, Tiara Katrina Fuad, Nur Syahirah Hanapiah, Zahria Eleena Redza dengan Muhammad Shafee Abdullah sebagai ketua.

Peguam Negara Tommy Thomas pula mengetuai pasukan pendakwaan yang dianggotai 12 timbalan pendakwa raya lain membabitkan Sulaiman Abdullah, V Sithambaram, Manoj Kurup, Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Suhaimi Ibrahim, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Budiman Lutfi Mohamed, Mohd Ashraf Adrin Kamaril, Muhammad Izzat Fauzan, dan Mohd Ashraf Adrin Kamaril.


Monday, April 29, 2019

Kalau buka tudung, Che Ta rasa macam masuk neraka


   
Ketika beberapa artis wanita tempatan dilaporkan enggan lagi tampil bertudung, Rozita Che Wan pula membayangkan dirinya bakal menjadi penghuni neraka sekiranya dia mengambil langkah sama.
Kata Rozita - yang lebih mesra dipanggil Che Ta itu - dia tidak sanggup mengubah penampilannya yang sudah bertudung sejak lama dulu kerana takut azab seksaan di akhirat yang perlu ditanggungnya kelak.
“Saya rasa kalau buka tudung boleh terus masuk neraka,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kad sim glamor MyPrepaid Edisi Ekslusif Rozita Che Wan di Petaling Jaya hari ini.
Enggan merujuk kenyataannya itu kepada mana-mana artis yang sudah membuka tudung, Che Ta sebaliknya menegaskan luahannya itu adalah untuk peringatan diri sendiri.
“Itu untuk diri saya. Siapalah kita untuk menghukum manusia lain.
“Kita tak boleh hukum dia tu dugaan dia (yang buka tudung) dengan Allah. Kena doa Allah bagi dia rahmat dan hidayah.
"Kita doa yang terbaik untuk dia,” katanya.
Baru-baru ini, selebriti seperti Emma Maembong dan Fathia Latiff mengejutkan peminat hiburan apabila membuat pengakuan tidak lagi akan tampil mengenakan tudung.
Kata pemilik nama sebenar Rozita Abu Bakar itu, selain beristiqamah, wanita yang ingin berhijrah menutup aurat perlu mendampingi rakan-rakan yang membawa nilai positif.

Tukar kawan-kawan

“Bila nak hijrah, tukar circle of friends (lingkaran rakan-rakan) supaya kekal istiqamah. Kita ini kalau nak ikut benda tak elok tu memang cepat,” katanya.

Bersyukur urusannya dipermudahkan, Rozita, 46, berkata keluarganya amat membantu perjalanannya melakukan hijrah satu ketika dulu.

“Alhamdulillah adik-beradik semua pakai tudung. Apabila ada masa berkumpul dengan adik-beradik lain kami akan bincang pasal agama.

“Jika nak like gambar orang tak pakai tudung pun haram. Sebab tu kalau nak muat naik gambar wanita tak bertudung, saya pakaikan dia tudung,” katanya secara berjenaka.
Sementara itu, mengulas kad prabayar ekslusif berkenaan, Che Ta berkata kerjasama dijalinkan dengan MyPrepaid merupakan satu penghargaan yang ingin diberikan kepada peminat kerana mereka sentiasa menyokong perjalanan kariernya sebagai anak seni.

Kata pelakon drama Kiah Pekasam itu, antara faedah boleh didapati setiap pengguna adalah perlindungan takaful kemalangan peribadi secara percuma.

“Pertama kali saya dengar kad sim bagi faedah begini iaitu dapat insurans bernilai RM1,500 kepada pengguna kalau mereka top up dan guna secara berterusan,” katanya.


PH Sabah pertahan calon DAP selepas gotong-royong di perkuburan Islam

Vivian Wong (kiri) bersihkan perkuburan Islam di Kampung 
Sim-Sim.
 
KOTA KINABALU: Seorang ahli PPBM di Sandakan hari ini mempertahankan calon DAP, Vivian Wong yang dibidas di media sosial berhubung sesi gotong-royong membersihkan sebuah perkuburan Islam di Parlimen itu.

Zamri Othman berkata reaksi terhadap isu itu dibesar-besarkan. Beliau menambah bapa Vivian, Stephen Wong, yang juga wakil rakyat sebelum ini, juga pernah bergoyong-royong membersihkan perkuburan Islam.

Vivian dikritik beberapa orang di Facebook yang mendakwa dia melakukannya untuk memancing undi.

Beliau bagaimanapun berkata dia tidak berniat untuk mencetuskan sebarang ketegangan apabila membersihkan perkuburan Kampung Sim-Sim itu.

“Bapa saya sentiasa mahu pastikan perkuburan itu dalam keadaan bersih, dan kawan-kawan kami yang beragama Islam juga mengutamakan kebersihan. Saya hanya mahu teruskan amalan itu,” katanya.

Beliau berkata aktiviti seperti itu suatu kebiasaan.

“Tetapi dalam isu ini, selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Saya tak tahu ini boleh menyebabkan masyarakat bertengkar,” katanya.
Zamri Othman.
Zamri, yang menetap di Sim-Sim sejak lebih 40 tahun lalu berkata, dia terharu melihat Vivian membersihkan perkuburan itu.

“Keluarga saya tiada masalah dia membersihkan kubur itu,” katanya. Beliau berkata ibu bapanya ditanam di situ.

“Kenapa amalan baik ini perlu ditularkan? Jangan jadikan ia suatu masalah sebab Stephen juga buat tahun lepas. Kami anggap Vivian seperti adik.

“Membersihkan perkuburan Islam bukanlah masalah. Kepimpinan DAP juga terlibat dalam gotong-royong sebelum ini,” katanya kepada pemberita di Sandakan hari ini.
Haris Alimudin.
Ketua Amanah Sabah, Haris Alumidin juga menyokong Vivian, mengingatkan rakyat Sabah menolak isu-isu yang boleh membawa kepada ketegangan kaum dan agama.

“Kami menggesa calon-calon jangan sentuh isu kaum kerana kita tidak mahu apa yang berlaku di tempat lain datang ke Sabah,” katanya.

Calon PBS, Linda Tsen enggan mengulas isu itu kerana dia tidak mahu menyerang peribadi Vivian.

“Itu bukan gaya saya atau PBS,” katanya ketika ditemui di Sandakan hari ini. “Saya ucapkan selamat maju jaya kepadanya.”
Tangkap layar seorang pengguna Internet mengkritik Vivian 
di Facebook.
Pegawai Perhubungan Media DAP Sabah, Ginger Phoong menyifatkan serangan terhadap Vivian sebagai gimik politik.

“Gotong-royong tak pernah jadi masalah sebelum ini kerana ia tak menjana publisiti, seperti kegiatan pagi tadi,” katanya dalam kenyataan semalam.

“Ia dilakukan dengan rendah hati dan niat baik. Saya kesal gotong-royong itu dipolitikkan semasa kempen pilihan raya,” katanya.

Ada yang lebih berfaedah dari bawa BTS ke Bukit Jalil


   
ULASAN | Apabila mendengar pengumuman Menteri Belia dan Sukan bahawa Bangtan Sonyeondan - atau lebih dikenali sebagai Bangtan Boys - mahu dibawa ke Malaysia untuk meraih pendapatan negara, saya terdiam beberapa ketika.

Saya cuba dengan perlahan menyambung titik-titik lojik idea itu, tetapi tidak lekas bertemu.

Ia melalui jalan jauh yang mengundang titik-titik berisiko tinggi kepada dunia remaja sebahagian daripada warga Malaysia.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, beliau sudah serik menyaksikan bagaimana negara jiran seperti Singapura jauh meninggalkan Malaysia sebagai lokasi penganjuran acara peringkat antarabangsa, sekaligus meningkatkan industri pelancongan.

Maka solusi beliau ialah membawa masuk Bulletproof Boy Scouts. Ringkas. Dia yakin itu bakal menjayakan impiannya.

Persoalan pertama saya kepada Syed Saddiq, apakah ia solusi jangka panjang dan ada nilai kelestarian untuk mengembalikan Malaysia dalam senarai utama lokasi penganjuran acara antarabangsa?

Bagaimana agaknya proses itu berlaku?

Apabila budak-budak muda Korea menjerit terlompat-lompat dengan bahasa asing di bumi bertuah ini sambil disambut girang alpa - kalau pun tidak khayal oleh anak-anak Malaysia yang majoritinya Melayu barangkali - maka Malaysia bakal diminati penganjur acara dunia?

Mudah sangat tu!

Apa perasaan pemuzik tempatan

Apakah ia strategi untuk menyedarkan dunia bahawa Malaysia ada fasiliti canggih di stadium atau dewan-dewan persidangan?

Ataukah ia cara untuk menzahirkan betapa sportingnya remaja Malaysia yang akan turun beramai-beramai meraikan tetamu luar, maka Malaysia pilihan terbaik apa-apa persidangan tersohor dunia?

Apa yang pasti berlaku hanyalah kejayaan meraih hasil jualan tiket dan keuntungan diraih peniaga tempatan melalui transaksi jual beli barangan pelawat tempatan dan pelancong asing.

Ia kejayaan singkat dan sementara. Ia ibarat jualan pisang goreng bermusim yang tidak banyak memberi impak kepada kelestarian ekonomi negara dan masyarakat.
Kejayaan begitukah yang dimahukan oleh sebuah kementerian yang diamanahkan untuk menguruskan sukan dan acaranya serta membangunkan potensi modal insan yang belia agar dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat dalam pelbagai bidang?

Benda boleh dapat untung segera, kenapa perlu buat kajian dan penat berfikir untuk ekonomi negara - adakah begitu yang bermain dalam lubuk hati Syed?

Kalau begitu, cukuplah Syed memegang jawatan di mana-mana syarikat pengurusan acara antarabangsa. Setiap kali selesai acara, kira hasil kutipan tiket sampai ke subuh.

Saya fikir Syed perlu duduk lepak santai bersama rakan-rakan di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta pihak pengurusan stadium dan mana-mana fasiliti canggih dalam negara bagi mencapai hasrat beliau.

Rakyat Malaysia tidak menolak objektif beliau untuk mengembalikan Malaysia sebagai lokasi pilihan di Asia Tenggara. Tetapi, untuk membawa budak-budak Korea ke sini dah macam tiada idea bernas langsung daripada pendebat hebat ini.
Belum lagi kita bicara soal kesan fenomena muzik K-pop ini terhadap remaja Malaysia, termasuk Melayu Muslim. Belum lagi menyentuh soal perasaan ahli muzik tempatan yang rasa terhina dengan idea mentah Syed.

Juga tidak lagi masanya untuk dipaparkan data-data tentang kesan negatif kepada remaja Singapura - khususnya Melayu Muslim mereka - daripada acara-acara konsert sedemikian.

Cabaran mentah saya buat Syed yang hebat lagi bijak ialah, buktikan kemampuan saudara untuk membawa barisan utama pemain Liverpool dan Manchester City bermain di Stadium Bukit Jalil sebaik tamat Liga Perdana Inggeris nanti.

Jika Liverpool kekal gagal meraih kejuaraan, maka pertemuan Bukit Jalil Clash (BJC) nanti adalah ruang untuk Salah dan kawan-kawannya menebus kekecewaan.

Saya percaya, penyokong kedua-dua kelab itu akan datang beramai-ramai melimpah di Stadium Bukit Jalil. Mereka adalah termasuk penyokong dari Korea, Singapura dan Puchong.

Kemudian anjurkan pelbagai acara sampingan melibatkan belia Malaysia dan antarabangsa. Bukankah itu lebih bermaruah dan bernilai ilmu dan budi?


OMAR MOHAMED ialah remaja - pada beberapa tahun lalu - yang setia dengan Liverpool walaupun kelabnya melalui jalan sukar, ketinggalan satu mata untuk menjadi juara dalam kancah EPL dan bakal berhadapan Barcelona dalam UCL. 


Hina Raja-Raja: Apakah AG akan dakwa diri sendiri, soal Umno

MALAYSIAKINI

   

Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki mengalu-alukan kesedian pihak polis untuk menyiasat sebuah forum membibcangkan Statut Rom di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini yang didakwa bukan sahaja menghasut tetapi menghina institusi Raja-Raja.

Walau bagaimanapun, Asyraf Wajdi membangkitkan persoalan siapakah yang akan membuat pendakwaan terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas selepas polis selesai menjalankan siasatannya.

"Persoalannya apa akan berlaku selepas kertas siasatan di peringkat PDRM selesai dan diangkat ke Pejabat Peguam Negara?

“Apakah Peguam Negara akan mendakwa dirinya sendiri? soal Ayraf dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya adalah lebih beretika jika Tommy meletakkan jawatan selaku peguam negara sebelum dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong.
"Bagi Pemuda Umno, Tommy Thomas sudah tidak layak memegang jawatan peguam negara kerana beliau boleh dianggap bersubahat bahkan langsung tidak mempertahankan Raja-raja Melayu tatkala panelis forum menyalah gunakan kebebasan bersuara yang mereka miliki untuk menukar forum awam ini menjadi satu medan terbuka bagi membangkitkan kebencian dan penghinaan terhadap Raja-raja Melayu di hadapan peguam negara tersebut,” katanya.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya akan memanggil beberapa individu yang dikaitkan dengan forum itu termasuk penganjur untuk memberi keterangan.

Katanya siasatan setakat ini dilakukan di bawah Akta Hasutan dan pihaknya akan melihat sekiranya terdapat undang-undang berkaitan yang boleh digunakan bagi membantu siasatan.

Selain Tommy, antara yang hadir pada forum yang diadakan di Universiti Malaya itu adalah Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR Syed Husin Ali, penyelaras koordinator G25 Noor Farida Ariffin, pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi dan peguam Lim Wei Jiet.
Mengulas lanjut, Asyraf juga menyenaraikan tiga kebencian dan penghinaan utama terhadap Raja-Raja yang dikatakan berlaku dalam forum itu.

Pertama, katanya, mendakwa Raja-Raja merasa terancam dan tidak memberi perkenan kepada ratifikasi Statut Rom kerana mahu melindungi diri mereka daripada jenayah kemanusiaan yang mereka lakukan.

Kedua, mendakwa Raja-Raja dari Johor ke Perlis bukan keturunan Raja sebenarnya tetapi adalah keturunan daripada orang yang diletakkan sebagai Raja oleh British. Ketiga, mendakwa Raja-Raja menentang, menceroboh dan melanggar perlembagaan negara, termasuk dianggap sebagai antara perompak kekayaan negara.


Deruan angin bawa gerun

Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
 
 

PARIT BUNTAR: “Kami terkejut dan tergamam apabila melihat bumbung rumah diterbangkan angin selain bunyi deruan yang sangat menakutkan,” kata mangsa ribut dari Kampung Parit Mat Ali Tengah, di sini, Rosnan Mat Saad, 33.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam, sebanyak 17 rumah dari tiga kampung di daerah itu rosak akibat dibadai ribut.

Selain Kampung Parit Mat Ali, turut dilanda ribut Kampung Sungai Baru Darat dan Kampung Parit Tok Hin.

Difahamkan, Masjid As Syafiq di Sungai Baru dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Baru turut terjejas dalam kejadian itu.

Rosnan berkata, ketika kejadian dia bersama abang serta ibunya tidur dan tersedar selepas mendengar bunyi kuat pada bahagian atas bumbung rumah.

“Bunyi deruan sangat menakutkan, ribut begitu kuat kerana badan kami sendiri berasa terapung.


BUMBUNG Masjid As Syafiq, Sungai Baru tercabut akibat 
dibadai ribut.
 
“Kami tiga beranak bersandar pada dinding rumah dan berdoa kepada Allah supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Katanya, selain bumbung rosak teruk, tiga kereta yang diletakkan di depan rumah turut rosak termasuk satu daripadanya terbalik akibat dilanda ribut.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri Abdul Yunus Jamhari berkata, pihaknya bersama Pegawai Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri dan wakil Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar sudah meninjau lokasi berkenaan.

“Tinjauan mendapati semua rumah mengalami kerosakan teruk dan kami sudah memberikan bantuan awal kepada penduduk terbabit.

“Masjid As Syafiq di Sungai Baru didapati mengalami kerosakan teruk dan nilai kerosakan dianggarkan kira-kira RM200,000.


KEADAAN Sekolah Kebangsaan Sungai Baru, Kuala Kurau 
selepas dilanda ribut.
 
“Buat sementara waktu, masjid yang boleh menampung 700 jemaah itu tidak dapat digunakan sepenuhnya, Pusat Khidmat DUN (Dewan Undangan Negeri) Kuala Kurau akan menyediakan khemah serta alatan sementara di luar kawasan masjid itu,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Sabli berkata, pihaknya sudah memaklumkan kejadian kepada kerajaan negeri termasuk Pejabat Menteri Besar Perak untuk mendapatkan bantuan segera.

“Buat masa ini, pihak kami akan mengusahakan bantuan awal daripada Tabung Bencana Daerah dan pada masa sama, Jabatan Teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menilai jumlah kerosakan Masjid As Syafiq dan SK Sungai Baru,” katanya.

SPRM tahan bekas pegawai khas menteri

Mohd Husni Mohd Noor
 
 

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, menahan seorang bekas pegawai khas menteri selepas disyaki menjadi dalang mengatur projek di sebuah kementerian termasuk pembekalan peralatan pesawat bernilai kira-kira RM1.8 juta.

Sumber berkata, lelaki bergelar Datuk berusia 50 tahun itu ditahan kira-kira 12 tengah hari di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki itu dikatakan menerima rasuah daripada beberapa syarikat kontraktor sebagai balasan mendapatkan projek pembekalan peralatan secara rundingan terus dengan sebuah kementerian termasuklah pembekalan peralatan pesawat yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1.8 juta sekitar 2017.

“SPRM juga sedang mengesan beberapa lagi individu dan syarikat pembekal di seluruh negara yang disyaki terbabit dengan individu tersebut,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

“SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi esok,” katanya.

Tindakan tegas terhadap peniaga 'cili plastik' - KPDNHEP

Sharom Abu Bakar, Astro Awani
Tindakan tegas terhadap peniaga 'cili plastik' - KPDNHEP
KPDNHEP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas peniaga yang menjual cili plastik. - Gambar hiasan
 

KUALA NERUS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas peniaga yang menjual cili plastik.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya  telah menghantar anggota penyiasat membuat pemeriksaan dan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Menurut Saifuddin, insiden cili plastik itu hanya diketahui melalui media sosial dan pihaknya memerlukan sedikit masa untuk menentukan kesahihan berita itu.

 "Kepentingan pengguna ialah keutamaan kami. Kalau benar ada insiden sebegitu, sudah tentu tindakan segera akan diambil," katanya.

Beliau berkata, pihak kementerian telah pun menghantar anggotanya ke kedai-kedai yang menjual cili di sekitar Lembah Klang dan kini hanya menunggu untuk menerima maklumat.

Sebelum ini, terdapat satu video tular di media sosial yang menunjukkan sebiji cili yang didakwa cili plastik.

Cili tersebut dikatakan dibeli di sebuah pasaraya di Lembah Klang dan individu itu mendakwa cili itu rasa pelik apabila dimakan.