SELANGOR KINI
SHAH ALAM : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
mengucapkan terima kasih sokongan dan pencerahan diberikan Mursyidul Am
PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat,
Datuk Ahmad Yakob yang juga merupakan Menteri Besar Negeri Kelantan
dalam isu Menteri Besar Selangor.
Abdul Khalid berkata beliau berjanji sempena akhir Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang, beliau akan memastikan pentadbiran Kerajaan Selangor diurus dengan sebaik-baiknya.
Katanya, ia sebagaimana mandat diberikan rakyat sejak 2008 dan akan meneruskan kecemerlangan Selangor agar pentadbiran di negeri ini memperoleh keberkatan Allah SWT.
“Saya memohon maaf kerana isu di Selangor ini secara langsung atau tidak langsung telah memberi kesan kepada rutin mereka khususnya di 10 hari terakhir Ramadan yang kebiasaannya diisi dengan urusan ibadah, namun terpaksa disulami dengan kemelut politik pula.
“Saya juga memohon maaf kepada rakyat Selangor khususnya yang beragama Islam kerana isu yang disensasikan di bulan yang mulia ini sedikit sebanyak telah mengheret mereka untuk turut resah dan keliru atas polemik yang berlaku,” kata Abdul Khalid. EZY

No comments:
Post a Comment