Sunday, July 27, 2014

Aliran trafik dijangka meningkat sebelah petang

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR:  Aliran trafik di beberapa lokasi di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara sehingga 1 tengah hari tadi dilapor bergerak perlahan, termasuk di Slim River ke Sungkai dan Tapah ke Gopeng. 
 
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata, pergerakan trafik juga perlahan dari hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban ke arah Seremban. 
 
"Berlaku kemalangan kecil melibatkan empat kereta di KM265.2 arah Nilai ke Seremban. Namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi. 
 
Menurutnya, trafik dijangka meningkat di sebelah petang berikutan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman di saat akhir untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. 
 
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di lebuh raya utama lain perlahan namun terkawal. 
 
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. 
 
Keadaan trafik di LPT terkawal

Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dijangka berada dalam keadaan terkawal biarpun pergerakan kenderaan dari arah ibu negara bertali arus.

Naib Presiden Kanan Anih Berhad, Radzimah Radzi berkata, keadaan ini akan berterusan sehingga sebelah petang.
 
"Bagaimanapun pada sebelah malam, keadaan trafik pada hari ini masih tidak boleh dijangkakan.
 
"Tetapi kami mengharapkan agar gelombang balik kampung terutamanya ke arah pantai timur akan berakhir sehingga lewat malam ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
 
Radzimah berkata, jangkaan awal peningkatan kenderaan yang akan melalui LPT semalam adalah sekitar 70 peratus sebaliknya jumlah itu meningkat kepada 85 peratus.

"Jumlah keseluruhan trafik yang telah melalui lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) semalam mencatat sebanyak 174,880.
 
"Manakala di LPT dalam anggaran sejumlah 94,899 buah kenderaan," katanya.
 
Sebarang maklumat lanjut, Pengguna jalan raya boleh mengikuti laporan terkini LPT di akaun Twitter@LPTTrafik atau layari laman sesawang www.anihberhad.com

No comments: