Wartawan MalaysiaGazette
KUALA LUMPUR – MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM), pengeluar
gula bertapis terbesar negara dan merekodkan kerugian daripada operasi
sebanyak RM39.56 juta diikuti oleh kerugian bersih sebanyak RM34.62 juta
bagi suku pertama 2017 berakhir pada 31 Mac lalu.
Kerugian kali pertama sejak penyenaraiannya pada tahun 2011 disebabkan oleh peningkatan mendadak kos gula mentah dan lain-lain faktor luaran yang tidak boleh dikawal.
Bagaimanapun, perolehan MSM meningkat sebanyak 17.3% daripada RM553.16 juta yang
dicatatkan pada suku pertama 2016 kepada RM648.97 juta pada suku pertama 2017.
Perolehan yang mantap ini dibantu oleh peningkatan volum jualan sebanyak 22.8% dan juga peningkatan harga jualan purata bagi segmen pasaran keseluruhan.
Kos pengeluaran gula bertapis untuk MSM terus meningkat pada suku pertama 2017 akibat daripada kelemahan Ringgit berbanding suku pertama 2016.
Lantaran itu, faktor ini menyebabkan MSM membayar jumlah yang lebih tinggi dari segi
ringgit per tan metrik untuk pembelian gula mentah.
Berikutan prospek industri yang suram, perbandingan tempoh suku pertama 2016 dan suku pertama 2017, kos MSM dalam urusan pembelian gula mentah meningkat sebanyak 45.51% dari segi ringgit per tan metrik.
Manakala dari segi pertukaran mata wang, kadar purata urus niaga MSM dalam nilai USD
telah juga meningkat sebanyak kira-kira 4.1% untuk tempoh yang sama.
Disebabkan itu, margin keuntungan kasar MSM menyusut sebanyak 97.1% berbanding
suku yang sama tahun lepas.
“Kami memantau pergerakan ringgit-dollar dan melindung nilai pendedahan USD pada setiap suku. Matlamat kami mendapat kadar purata dalam ketidaktentuan pertukaran mata wang serta mencapai kawalan yang lebih baik ke atas kos bahan yang diimport,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Mohamad Amri Sahari.
Amri menambah, sejak penubuhan,MSM sentiasa mengekalkan pertumbuhan yang progresif.
Bagaimanapun, percaya bahawa keputusan yang kurang baik pada suku ini dialami oleh
kebanyakan pasaran yang terlibat dalam komoditi gula di peringkat global.
“Walaupun terdapat penurunan beransur-ansur harga gula mentah antarabangsa, komoditi gula global beroperasi secara sukar dalam persekitaran pasaran yang tidak menentu.
“Kami terus berbincang dengan kerajaan dan sentiasa memaklumkan kepadanya mengenai
perkembangan terkini pasaran gula global dan berharap mencapai hasil yang positif,” katanya. – MalaysiaGazette