Thursday, October 31, 2013

Rakyat makin gusar 111,020 kes jenayah indeks

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Dengan jumlah 111,020 kes jenayah indeks yang direkodkan sepanjang Januari hingga September 2013 ianya adalah angka yang menggerunkan sesiapa sahaja.

Daripada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu bererti rakyat tempatan lebih agresif, ganas dan kejam berbanding warga asing.

“Warga tempatan perlu lebih berhati-hati, gusar dan gerun dengan ‘saudara’ mereka sendiri kerana penjenayah sebenar majoritinya adalah warga tempatan,” ujar Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan.

Beliau menyatakan sebagai respos kepada kenyataan Zahid bahawa kadar jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing hanyalah 10 hingga 15 peratus bukanlah sesuatu yang boleh melegakan kebimbangan rakyat di negara ini.

Menurut kata menteri itu, peratusan besar jenayah dilakukan oleh penduduk tempatan.

Jika demikian, kata Suhaimi mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada penguatkuasaan dan undang-undang di negara ini.

Katanya, rakyat sudah tidak gentar dengan sebarang hukuman atau undang-undang yang ditetapkan dan mereka rela ditembak mati, diburu atau ditangkap kerana aksi jenayah mereka.

Justeru, katanya Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) bersetuju semua pihak perlu berganding bahu memberikan pandangan, input dan buah fikiran agar jenayah dijadikan musuh nombor satu negara.

Menurutnya, daripada sistem pendidikan, penguatkuasaan, undang-undang, pencegahan, kempen kesedaran, kajian dan perbincangan, sesuatu perlu dilakukan segera dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Tambahnya, kesempitan hidup, penyakit jiwa, kemurungan, kurang pendidikan agama, konflik keluarga, pergaulan bebas dan lain-lain adalah sebahagian faktor jenayah semakin berleluasa.

Justeru, kata beliau mengenali punca tersebut perlu diselarikan dengan jalan penyelesaian yang jitu agar jenayah semakin berkurangan dan mampu dicegah dalam tempoh beberapa tahun mendatang.

“Pastinya, ramai menginginkan agar Malaysia menjadi bebas jenayah. Selain sasaran menjadi negara maju, negara bebas atau kurang jenayah perlu dijadikan agenda utama,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, tidak ada gunanya negara melangkah ke era kemodenan dengan pelbagai rekod kemajuan dicatat namun menjadi penyumbang terbesar kepada jenayah.

Sebaliknya, kata Suhaimi rakyat dan negara lebih bahagia hidup dalam negara yang sejahtera dan sentosa dengan keamanan dan kestabilan tanpa jenayah.

“Alangkah indahnya hidup jika rakyat di negara ini semakin mengenali erti kemanusiaan serta menghormati nilai dan hak insan lain tanpa melakukan jenayah,” katanya.

ANAK MAMI DI PERANTAUAN – Anjing dan pencacai: Sebab kenapa Tony Pua giat berbahasa Malaysia

anakmamidiperantauan

Akhir-akhir ini saya perhatikan kenyataan media Tony Pua sudah semakin kerap ditulis dalam Bahasa Malaysia. Ini buat saya hairan kerana selalunya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini menulis dalam Bahasa Inggeris, dan kemudian menghantar kenyataannya kepada media lewat tengah malam. Saat wartawan sudah mahu lena.

Jadi apabila saya lihat tulisan Tony Pua ini kerap ditulis Melayu, saya sedikit rasa seronok. Yalah, bukan selalu. Meski saya tidaklah tahu kenapa anginnya tiba-tiba berubah; dan saya tidak peduli pun sebenarnya. Yang penting dia giat menulis dan menggunakan Bahasa Kebangsaan.

Penggunaan Bahasa Kebangsaan ini adalah amat penting sebenarnya. Ada satu lagu dulu yang bunyinya ‘Bahasalah menyatukan kita semua, Yakinlah bahasa jiwa bangsa’. Justeru bagi saya kalau mahu kepada perpaduan dan kesejagatan, harus sepakat bahasa apa yang akan menjadi lidah perpaduannya.

Kalau DAP mahu menambat hati orang Melayu dan membuang persepsi ‘parti Cina’ yang sudah begitu sebati dengannya, politisinya tidak dapat tidak, mesti menggunakan Bahasa Malaysia secara ad nauseum; atau dalam bahasa yang mudah faham, sampai rasa macam nak muntah.

Namun sebenarnya kenapa Tony Pua kini giat menggunakan Bahasa Malaysia? Saya tidak rasa alasannya untuk menambat hati pengundi Melayu. PRU sudah habis.

Menyelak akhbar lidah rasmi United Malays National Organisation, si Utusan Malaysia hari ini (29 Oktober) saya temui rasional kenapa Tony kurang menggunakan Bahasa Inggeris kini.

Barangkali dia sudah malas disalah erti oleh golongan tak faham bahasa. Ya, itulah dia alasannya.
Utusan Malaysia sehingga ke hari ini masih lagi menyiarkan tuntutan orang entah siapa-siapa yang mahu Tony Pua meminta maaf kerana menggelar pihak Pendaftar Pertubuhan sebagai ‘running dogs’ UMNO. Kata ‘running dogs’ ini telah diterjemah entah bagaimana menjadi ‘anjing UMNO’.

Saya kecewa dengan tahap pemberitaan Utusan Malaysia ini yang hari demi hari kerjanya tiada lain selain membodohkan orang Melayu.

Melayu yang membaca laporan Utusan Malaysia akan jadi bodoh Bahasa Inggeris. Melayu yang jadi bodoh Bahasa Inggeris akhirnya akan menjadi orang biasa-biasa kerana tidak berpeluang kerja di tempat yang mengkehendaki pekerjanya mahir Bahasa Inggeris. Melayu spesis ini akan jadi tukang sorak untuk pertubuhan Melayu lain yang turut tidak faham Bahasa Inggeris.

Itulah, dulu bila orang suruh belajar Bahasa Inggeris; banyak cengkadak dia. Lari keluar daripada kelas, menyorok dalam tandas; segan nak cakap orang puteh. Kan dah kena tipu.

‘Running dogs’ ni adik, kakak, abang, pakcik, makcik; maksudnya ‘pencacai’. Seperti yang disebut P. Ramlee dalam filem ‘Tiga Abdul’. Meski digali di DBP pun tak ketemu kata ‘pencacai’ itu; inilah dia bahasa kita.

Tony Pua menyebut ROS itu ‘running dogs’ ertinya dia menyebut ROS itu pencacai UMNO-BN. Pencacai, seperti yang kita faham; membawa erti hamba, pesuruh, tukang buat dan yang sewaktu dengannya.

Kalau dulu tak ponteng kelas Bahasa Inggeris, tak terkejut sangatlah kan? Bukan ‘anjing berlari’, tapi sebenarnya ‘pencacai’.

Tak hairanlah Tony Pua sekarang buat kenyataan media dalam Bahasa Malaysia, supaya tak ada lagi pencacai UMNO di Utusan Malaysia sana yang terlebih bijak terjemah kenyataannya jadi benda yang bukan-bukan.

Silap-silap kalau dalam kenyataan media Tony Pua disebutnya dia mengalamai ‘running nose’ entah-entah diterjemah Utusan jadi ‘Tony Pua ada hidung berlari’ ketimbang terjemah yang betul iaitu ‘Tony Pua sedang selsema’. Dan Melayu tak pandai cakap orang puteh pun terus kena tipu. – Roketkini.com

BN tidak hargai peranan wanita -Teo Nie Ching

teo nie ching


KUALA LUMPUR: Walaupun sudah lebih 50 tahun mentadbir negara, UMNO/Barisan Nasional (BN) hingga ke hari ini masih belum mampu memperkasakan wanita, malah mengabaikan peranan mereka dalam pelbagai sektor.

Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching berkata, kewujudan Kementerian Wanita bermula pada 2001 juga tidak memberi sebarang manfaat kepada dasar dan hala tuju untuk mencapai kesaksamaan gender.

Menurut beliau, ini terbukti berdasarkan kedudukan Malaysia yang masih berada
di tempat ketiga terbawah di kalangan negara berpendapatan sederhana di Asia dan rantau pasifik.

“Kementerian Wanita ditubuhkan secara rasminya pada Januari 2001 dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertindak sebagai Menteri pertama. Selepas Shahrizat meletakkan jawatan pada April tahun lalu, Najib pula mengambul alih peranan Menteri Pembangunan Wanita.

“Najib dan Shahrizat sepatutnya malu dengan ketidakcekapan mereka dalam merapatkan jurang gender serta memperkasakan wanita. Negara yang berdaya saing adalah negara yang mengiktiraf pembangunan rakyat tanpa mengira gender.

“BN ternyata gagal memahami bahawa kesaksamaan gender dalam pembangunan negara kerana mengetepikan wanita dalam bidang kemahiran dan tenaga kerja. Jadi bagaimana wanita di seluruh negara boleh mengharapkan esok yang lebih baik jika BN terus memerintah?,” tegas beliau yang juga Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Berdasarkan laporan Global Gender Gap Index tahun lalu, Malaysia menduduki tempat ke 100 daripada 136 negara dengan memperoleh skor sebanyak 0,6539.

Bagaimanapun, dalam laporan terbaru 2013 yang diterbitkan World Economic Forum, Malaysia menunjukkan perubahan skor negatif iaitu -0021 dan menurun ke tangga 102.

Global Gender Gap pertama kali diterbitkan pada 2006 bertujuan mewujudkan indeks pariti gender menyeluruh yang dapat mengesan jurang dari masa ke semasa dengan menyediakan maklumat mengenai kemajuan negara berdasarkan penyertaan wanita.

“Dari 2006 dan 2013, 95 negara menunjukkan kemajuan positif dalam tempoh lapan tahun, tapi Malaysia merupakan antara negara yang merekodkan kemajuan paling perlahan sedangkan sebahagian besar negara jiran seperti Singapura, Filipina, Kemboja, Thailand dan Indonesia jauh mengatasi kita,” ujarnya. –Roketkini.com

Pendidikan Malaysia: Bajet besar, kualiti merosot – Ahli Parlimen DAP Sandakan

stephen wong


KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya dilihat ‘seronok’ memperuntukan belanja yang besar sebanyak RM264.2 bilion dalam Bajet 2014 untuk bidang pendidikan tetapi tahap pendidikan negara ini tidak memuaskan, bahkan semakin merosot.

Ahli Parlimen DAP Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt dalam ucapan perbahasannya di Parlimen berkata, peruntukan itu adalah yang tertinggi untuk tempoh tiga tahun berturut-turut dengan peningkatan RM15.9 bilion.

“Tetapi, ‘strategi’ Kerajaan BN dalam bidang pendidikan hanya dengan perbelanjaan yang tinggi. Seolah-olah, kalau kita menambahkan peruntukan bagi Kementerian Pendidikan, maka taraf pendidikan pelajar dan anak-anak muda kita akan meningkat.

“Malangnya, menurut kajian oleh “Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)”, kedudukan Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan serius. Hakikat ini diakui Kementerian Pendidikan sendiri, dalam Laporan Awal, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025,” jelas beliau.

Laporan dalam Bab 3, muka surat 9 antara lain menyatakan “Malaysia mula menyertai pentaksiran Programme for International Student Assessment (PISA). Daripada 74 negara, pencapaian Malaysia ialah dalam kelompok sepertiga terbawah bagi Bacaan, Matematik, dan Sains, jauh di bawah kedua-dua purata antarabangsa dan Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) bagi ketiga-tiga dimensi.

Menurut Stephen Wong, dalam pentaksiran terkini, prestasi Malaysia berada sekurang-kurangnya 100 mata di bawah negara serantau berbanding Singapura, Jepun, Korea dan Hong Kong.

“Bagi PISA, murid kita yang berusia 15 tahun seolah-olah ketinggalan hampir tiga tahun persekolahan berbanding murid yang seusia di negara berkenaan dan empat tahun perbezaan berbanding Shanghai yang mempunyai sistem sekolah dengan prestasi terbaik di dunia,” katanya.

Beliau juga kecewa mengenai kedudukan tahap universiti negara ini yang semakin jatuh.

“Mengikut senarai 400 universiti terbaik dunia yang diterbitkan Times Higher Education World University Rankings 2013-2014, kedudukan Universiti Singapura adalah pada tangga ke-29, Universiti Tokyo (ke- 26), Universiti Hong Kong (ke-43, tetapi tiada satu pun universiti di Malaysia tersenarai.

“Berbeza pada era tahun 70 dan 80-an dulu di mana Universiti Malaya adalah sebuah universiti terbaik di Asia malah kedudukannya setaraf dengan Universiti Singapura, Universiti Tokyo dan Universiti Hong Kong,” ujar beliau.

Perkara ini berlaku, tambahnya, disebabkan Dasar Pendidikan yang tidak konsisten dan pindaan yang kerap dilakukan Menteri Pendidikan.

“Ini menunjukkan bahawa walaupun Kementerian Pendidikan berbelanja besar, tahap pendidikan di Malaysia masih mundur dan ianya serius,” kata Stephen lagi.-Roketkini.com

Sg Limau: PAS letak minimum majoriti 500 undi

Harakahdaily,


 

JERAI: PAS menjangkakan mampu menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau yang dijadual 4 November ini dengan meletakkan minumum majoriti sebanyak 500 undi.

Pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata sasaran itu mengambil rujukan keputusan yang diperoleh Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan ketika kali pertama bertanding di Dun itu lima penggal lalu.

Ketika itu katanya, Allahyarham menang sekitar majoriti tersebut dan calon PAS kali ini Ustaz Mohd Azam Abd Samad juga diletakkan kayu aras yang sama.

"Kita jangka majoriti lantai tidak akan kurang daripada 500 undi seperti kali pertama Allahyarham Ustaz Azizan bertanding dulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya keyakinan semasa PAS terhadap PRK kali ini pada sidang media di Markas Induk PAS di Sungai Limau hari ini.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, beliau yakin dengan kebijaksanaan pengudi di sini yang akan membuat pilihan tepat pada 4 November ini.

Bagaimanapun beliau tidak mahu terlalu yakin kerana tempoh berkempen masih berbaki beberapa hari dan banyak perkara lagi yang harus dilakukan.

Beliau turut ditanya keadaan di mana jentera BN di dakwa telah berjaya masuk ke beberapa kawasan yang dikatakan kubu kuat PAS selama ini.

"Kita tidak terlalu gusar, kita yakin dengan pengundi.

"Kita amal demokrasi, politik damai, dan kita tidak halang pihak lawan nak masuk kempen ke mana sahaja mereka mahu," katanya.

Dun Angkat

Ditanya berhubung cadangan agar Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir menjadikan Sungai Limau sebagai Dun angkat jika menang, Mahfuz berkata rakyat boleh menilai perkara itu.

"Kalau Datuk Mukhriz ikhlas, tak perlu tunggu menang pilihan raya, sepatutnya dia dah ambil Dun Sungai Limau ini sebagai Dun angkat sewaktu Allahyarham Ustaz Azizan sakit lagi.

"Jadi kenapa baru sekarang, bila ada pilihan raya kecil, baru perkara ini ditimbulkan," soalnya.

Siapa bertanding

Dalam pada itu, Mahfuz turut persoal siapakah sebenarnya calon BN yang bertanding ekoran wujud beberapa kain rentang yang boleh mengelirukan.

Beliau merujuk kepada kain rentang serta poster yang meletakkan gambar Mukhriz dengan tulisan "N20 PRK Sungai Limau" iaitu seolah-olah Menteri Besar itu yang bertanding.

"Biasa kita letak gambar pemimpin lain sebelah calon ke, atau letak undilah BN ke. Ni macam dia yang jadi calon. Ini boleh mengelirukan.

"Saya minta SPR jelaskan adakah perkara ini dibenarkan," katanya.

Senario terakhir semakin menyebelahi PAS



Oleh ZULKIFLI YAHAYA


BN ‘mati angin’ apabila PAS mempelopori politik damai untuk PRK Sungai Limau kali ini. BN yang sudah terbiasa dengan politik putarbelit, fitnah dan menyerang peribadi calon lawan, tiba-tiba kali ini dihadapkan dengan politik lunak PAS.

BN menyedari bahawa langkah menyerang peribadi calon PAS membahayakan diri sendiri kerana tiada isu yang boleh dieksploit. Ustaz Mohd Azam Abd Samat adalah tokoh muda yang terpuji sekalipun terbabit dalam politik namun tidak pernah naik ke pentas menghentam sesiapa.

Di kalangan orang yang mengenali calon PAS, Azam terkenal dengan imej baik dan bersopan santun. Sumber bilik gerakan BN sendiri mengakui bahawa calon mereka sukar untuk mengatasi  kelebihan wibawa calon PAS.

Azam adalah anak kelahiran Sungai Limau. Ibu dan ayahnya juga anak Sungai Limau, justeru mereka mempunyai rangkaian keluarga yang sangat besar di sini. Ke mana sahaja beliau turun berkempen, seolah-olah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kelebihan ini tiada pada calon BN meskipun dia juga anak Sungai Limau.

Apapun peribadi calon tidak akan menyumbang peratus yang lebih besar dari sokongan berdasarkan parti. Realiti Sungai Limau sejak PRU 1959, PAS dan Umno wujud secara tradisi dari warisan keluarga.

Cuma akhir-akhir ini anak muda dari keluarga Umno sudah mula memecahkan tradisi itu. Sebahagian yang sudah biasa berhijrah ke tempat lain, kenal PAS atau Pakatan Rakyat, membawa balik ideologi yang berbeza dengan ibu bapa. Anak keluarga PAS biasanya menjadi PAS, tetapi anak keluarga Umno belum tentu jadi Umno.

Faktor kecenderungan politik berasaskan sentimen kepartian jauh mengatasi pengaruh isu semasa. Isu semasa semacam sekadar hanya untuk memeriahkan PRK. Namun isu semasa tetap jadi keutamaan dalam kempen dan penerangan.

Sekalipun PAS jadikan politik damai sebagai tema, namun seperti kata Dato’ Mahfuz Omar, ia tidak bermaksud pertentangan dasar dan isu dengan pihak lawan diketepikan.

"Memandangkan media arus perdana tidak memberikan liputan yang adil maka usaha mendedahkan penyelewengan dan kelemahan pentadbiran BN, Negeri mahupun Pusat akan tetap diteruskan,” ujarnya.

Antara isu yang dibangkitkan ialah kegagalan kerajaan negeri untuk meneruskan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba Langkawi, walaupun kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk tahun 2013 bagi fasa pertama pembinaan.

Lagi isu ialah, kegagalan mereka meneruskan skim bantuan untuk keluarga si mati yang miskin iaitu Skim Kafalah sebanyak RM500 untuk setiap kematian. Skim kafalah sudah jadi ‘Kafanlah’.
Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat dahulu membelanjakan RM4.9 juta untuk hampir 10,000 penerima.

Mukhriz hanya melakukan gimik politik apabila seringkali menyebut bahawa semua projek pembangunan untuk rakyat akan dikaji, di dalam apa yang dinamakan, Makmal Tranformasi. Namun sepanjang tempoh kira-kira lima bulan, kerajaan asyik mengkaji tanpa sebarang hasil.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam keghairahan mempertahankan kenaikan harga gula, menggunakan status kesihatan Ustaz Azizan semasa hayatnya sebagai contoh. Kedua kakinya dipotong kerana penyakit diabetes. Kenyataan itu mengguris hati keluarga Ustaz Azizan.

“Sesungguhnya ucapan TPM telah menyentuh sanubari kami sekeluarga yang masih bersedih  dan masih pilu dengan kehilangan insan yang paling kami sayangi di dunia ini. Air mata kami sekeluarga belum kering mengenangkan Allahyarham Ayahanda dan kerinduan kami kepada Allahyarham Ayahanda masih menyelubungi setiap detik yang kami lalui,” ujar Muhammad Rafiiy, anak Almarhum Ustaz Azizan.

Mukhriz menyifatkan PAS kekeringan idea kerana politikkan kenyataan Muhyiddin. Biasalah Umno, jika mereka yang lakukan kesalahan, maka ‘yang jahat’ adalah pihak lain.

Sementara di pihak BN, mereka benar-benar kekeringan isu kali ini. Beberapa bekas pemimpin picisan PAS yang kini menentang PAS terpaksa digunakan untuk mengitar semula isu lapok penuh dengan fitnah. Antaranya isu LGBT, DAP, tabung Memali, kafir mengkafir serta isu berkaitan, di mana rakyat sudah muak mendengarnya.

Di atas kertas PAS akan menang mudah. Itupun jika semua pengundi PAS keluar mengundi dan tiada pengundi PAS yang berjaya dirasuah. Insya-Allah saya yakin Sungai Limau akan dipertahankan dengan  majoriti hampir serupa.

Kemenangan besar bagi kebebasan akhbar, kata Mkini



MALAYIA KINI


 
 
Malaysiakini mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang menolak rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa menerbitkan akhbar adalah satu hak dan bukan satu keistimewaan.

"Keputusan ini bukan sahaja satu kemenangan kepada Malaysiakini, tetapi kepada kebebasan akhbar secara keseluruhannya. Ia mendokong pandangan bahawa kebebasan akhbar adalah satu hak asasi, sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran.

steven gan chinese website launchKetua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan (kiri)
menyifatkan keputusan itu sebagai satu lagi tamparan terhadap kerajaan, yang mahu menyekat aliran bebas maklumat.

"Perjuangan untuk kebebasan akhbar berterusan. Ini hanyalah satu langkah kecil ke hadapan. Tetapi dengan sokongan rakyat Malaysia, kita akan berjaya mencapainya," kata Gan.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak memberikan lesen mencetak kepada Malaysiakini. Ia menghadkan kuasa menteri dalam negeri daripada sewenang-wenangnya menafikan permit penerbitan dan menteri berkenaan kini perlu mengambil kira hak perlembagaan bagi kebebasan bersuara.

Oleh itu, keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, jika tidak dicabar, menjadi satu duluan (precedent) yang akan membentuk semula industri media, dengan membolehkan lebih banyak surat khabar diterbitkan.

NONEBagaimanapun, Malaysiakini menjangka kerajaan akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

"Kerajaan mahu mencontohi demokrasi Barat dalam banyak cara. Kami berharap mereka menghargai nilai kebebasan media dalam demokrasi yang berfungsi," tambah Premesh (kanan).

"Kami bersedia untuk bertemu menteri dalam negeri untuk membincangkan perkara itu."

Harapan kementerian ambil iktibar


Sementara itu, Pemantau Hak Asasi Manusia yang berpejabat di New York, dalam reaksinya, mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

NONE"Keputusan Mahkamah Rayuan yang menyokong hak Malaysiakini untuk menerbitkan edisi cetak merupakan satu kemenangan besar bagi kebebasan bersuara di Malaysia dan satu langkah penting pertama ke arah membetulkan peranan dominasi kerajaan dalam menentukan berita yang rakyat biasa baca dalam media cetak," kata Timbalan Pengarahnya bagi wilayah Asia, Phil Robertson (kanan).

"Dengan Malaysiakini yang merupakan perintis bagi laporan berita di talian yang bebas dan berwibawa, maka diharap keputusan kehakiman ini akan membuka pintu untuk memainkan peranan yang sama di kalangan media cetak di negara itu. "

Robertson berkata Pemantau Hak Asasi Manusia itu berharap keputusan itu menjadi satu pengajaran kepada kementerian dalam negeri supaya menghentikan amalan menggunakan perintah eksekutif untuk menghalang penerbitan pandangan yang ia tidak suka.

Pilihan Raya Kecil :Rasuah politik bukan isu lagi dalam kempen Sg Limau


Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN


Saya tidak sempat berada lama di kawasan pilihan raya kecil Sungai Limau, Sabtu lalu. Pergerakan fizikal yang terganggu sejak di KLIA, dan memaksa menapak begitu jauh ke pesawat, turut menghalang usaha menyelami situasi kempen dari dekat.

Walaupun sekadar kunjungan singkat tetapi kehijauan bendang yang memukau seolah-olah menghantar mesej bahawa Parti Islam tetap di hati majoriti pengundi. Difahamkan sawah  sekitar Yan mengeluarkan antara produk terbaik di negeri Jelapang Padi itu.

Seperti lazimnya, berbanding meneropong mood pengundi, perhatian saya lebih tertumpu sejauh  mana kempen dapat berjalan secara adil, demokratik dan beradab.

Seterusnya bagaimana media membuat laporan terhadap proses pilihan raya; mungkinkah meneruskan tradisi lapuk, yakni langsung tidak memberi ruang buat saingan BN?

Dan lebih mendesak, apakah penggunaan jentera kerajaan, kemudahan awam dan wang rakyat terus diperkakaskan untuk menarik sokongan kepada BN, selain rasuah politik yang berleluasa?

Tentu sekali prioriti saya itu langsung tidak menarik, 'kan? Seperti kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, ibarat menunggu ikan keli tumbuh sisik.

Sememangnya Umno-BN tidak dapat bercerai-tanggal dengan amalan korupsi dan salahguna kuasa. "Kalau kembar siam pun boleh dipisahkan, tetapi tidak kepada Umno dan rasuah," kata seorang veteran lama Umno.

Tidak dinafikan program transformasi, seperti dilancarkan Najib Razak, boleh saja dilaksanakan, tetapi ia hanya mimpi di siang hari untuk membayangkan elit penguasa dapat merubah kebiasaan lama -- memperdagangkan kuasa dan pengaruh untuk kepentingan diri dan suku-sakar.

(NKRA untuk menghapuskan rasuah menjadi elemen penting dalam Program Transformasi Kerajaan sejak 2010, tetapi setiap tahun Laporkan Ketua Audit Negara mendedahkan pelbagai kes pembaziran, pemborosan dan penyelewengan).

Ya, pentadbiran kerajaan persekutuan di Putrajaya seolah-olah dipindahkan ke Sungai Limau. Dalam tempoh berkempen, segalanya mahu dilonggokkan kepada pengundi (walaupun berbentuk makanaan tin yang sudah luput tarikh akhirnya), dan bila disoal, hujahnya sama saja, perancangan sudah lama, sebelum Ustaz Azizan Abd Razak meninggal dunia lagi!

Saya tidak pasti, apakah  Sungai Limau turut mempunyai rancangan Felda, tetapi pengerusinya, Isa Samad, turut turun padang berkempen melalui bantuan Yayasan Felda, membaik pulih rumah, RM5,000 setiap satu?

Di KLIA,  tempat menunggu sebelum masuk ke pesawat, semasa mendengar pengumuman penangguhan penerbangan MAS ke Alor Setar, saya terlihat kelibat Timbalan Menteri  Kewangan, Ahmad Maslan, dipercayai untuk menaiki kapal terbang yang sama.

"Nak pi tabur duit di Sungai Limaulah tu?" usik seorang penumpang, dari Jitra, sambil tersenyum, yang membisik kepada saya, menunjukkan ke arah Ahmad Maslan. Saya tidak berani mengangguk tetapi menjawabnya dengan senyuman.

Dan ketika saya sampai sekitar jam 5 petang di pekan Sungai Limau, ditemani Helmi Khalid, bekas Setiausaha Akhbar Ustaz Azizan, laluan agak sesak. Kami berselisih dengan kereta Menteri Besar Kedah dan menunggu di tepi jalan, Ahmad Maslan. Rasanya macam ada karnival berkaitan Kementerian Kewangan.

Sebenarnya isu salahguna kemudahan dan sumber kerajaan semasa kempen pilihan raya sudah menjadi persoalan usang dan basi. Ia bukan saja dilihat tidak memberi sebarang kudis kepada BN, malah dianggap satu kelebihan kepada mana-mana parti pemerintah.

Justeru, cerita Khalifah Umar Abd Aziz yang memadam lampu kerajaan dan memasang lilin peribadi apabila berbicara soal personal, mungkin dianggap nostalgia lama yang tidak berjejak di bumi nyata.

"Lutfi, tak relevan langsung kisah integriti Umar itu dengan kerajaan BN, orng lebih tertarik dengan jumlah bil elektrik kediaman rasmi PM, mencecah lebih RM2.2 juta tahun lepas," bidas seorang rakan, sambil ketawa, semasa bersembang isu-isu good governance, yang sepatutnya diteladani daripada pemerintahan awal Islam.

Dalam konteks lebih menyeluruh, sementara Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 mencadangkan pengurangan  perbelanjaan pengurusan negara sebanyak 10 peratus -- antaranya melalui penangguhan kenaikan gaji dan merasionalkan elaun pegawai atasan dan menteri kabinet, juga kajian semula polisi perbelanjaan kerajaan terutama dalam pemberian kontrak dan prokumen peralatan -- Bajet 2014 pula mencatatkan kenaikan perbelanjaan pengurusan.

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming turut menimbulkan soal peningkatan perbelanjaan ini, antaranya disebabkan oleh gaji yang lumayan kepada penjawat tinggi agensi-agensi khas. Mereka bukan pejawat awam tetapi adalah pekerja kontrak.

Misalnya, CEO Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dibayar gaji, elaun dan bonus sebanyak RM830,5000 setiap tahun, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diberikan gaji, elaun dan bonus berjumlah RM622,000. Gaji tahunan mereka ini jauh lebih daripada gaji Ketua Setiausaha Negara.

Menunggu pesawat MAS yang terlewat lebih tiga jam di lapangan terbang Kepala Batas, untuk pulang ke Kuala Lumpur, pada malam Isnin lalu, bukan saja menjemukan, malah cukup meletihkan.

Lebih menyakitkan apabila MAS langsung tidak memaklumkannya lebih awal, tidaklah saya dan isteri tergopoh-gapah mengejar hinggakan tidak sempat menikmati sepenuhnya  gulai ayam kampung kakak di Kampung Raja, Tunjang.

Mujur ada rakan lama sekitar Alor Setar yang boleh diajak berborak. Mereka segara datang sebagai respons kepada SMS saya yang memberitahu pesawat tertunda disebabkan KLIA hujan lebat di sebelah petangnya.

Isu kenaikan harga gula dengan alasan dangkal menangani diabetis menimbulkan gelak ketawa berpanjangan kami, dan saya yakin, buat BN, ia juga menjadi bahan gurauan yang pedih dalam kempen. 

Apa tidaknya, singgungan (atau mungkin sendaan) Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengenai penghapusan subsidi gula ini, dalam majlis bersama warga pendidik di Yan (berkempen untuk calon BN), telah menyentuh hati anggota keluarga Ustaz Azizan.

Kebetulan saya berada di markas PAS Jerai semasa tiga wartawan menghubungi Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar meminta komennya tentang ucapan Muhyiddin itu. Maknanya, ia bukan sengaja dibangkitkan oleh jentera kempen PAS, tetapi pihak media sendiri berasa tidak wajar TPM mengaitkan kenaikan harga gula dengan penyakit kencing manis Ustaz Azizan.

Sungai Limau memang cukup penting  buat PAS yang baru kehilangan Kedah dalam PRU13. Dua hari sebelum mengundi, Mei lalu, saya cukup bimbang, apatah lagi mendengar pelbagai kisah dalaman parti "yang menggerunkan" dan cerita kejayaan kerajaan negeri yang sukar "dipasarkan".

Namun, berbeda kali ini, meskipun menyedari pengundi cuba dibeli dengan umpan rasuah, dan diasak dengan pelbagai tawaran lainnya, saya optimis orang Sungai Limau akan meneruskan legasi Ustaz Azizan, melalui Ustaz Azam Abd Samat, insya-Allah.

Sungai Limau (dahulunya Sala) merupakan kebanggaan PAS Kedah, sama seperti Bukit Raya (kini Tokai), yang pernah diwakili Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor, sebelum berpindah ke kerusi Dun Anak Bukit.

Pastinya pengundi luar kawasan -- sekalipun mengundi jatuh pada hari bekerja -- tidak akan melepaskan peluang untuk terus memahat sejarah, balik kampung bagi mengekalkan kemenangan PAS.

Apa pun, soal rasuah dan salahguna kuasa dalam kempen masih menganggu fikiran saya: Benarkah rakyat Malaysia tidak ambil peduli lagi dan menganggap ia suatu tradisi yang tiada cacat-celanya?

BN dibidas beri RM1 juta pada sekolah Cina hanya 15 pelajar


Kow Kwan Yee

 
 
SG LIMAU Pemimpin BN dibidas kerana memperuntukkan RM1 juta kepada SJK (C) Aik Min di Sungai Limau yang hanya mempunyai 15 pelajar.

NONEPengarah operasi pilihan raya kecil PAS, Datuk Amiruddin Hamzah
berkata beliau tidak membantah kerajaan membantu sekolah Cina, tetapi mempersoalkan mengapa jumlah sebesar itu diberikan sekarang, dan itu pun kepada sekolah yang hanya ada 15 pelajar.

Amiruddin menegaskan bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sebelum ini enggan meneruskan usaha kerajaan negeri PAS sebelumnya, yang memberi peruntukan tahunan kepada sekolah persendirian Cina.

Amiruddin yang juga exco negeri di bawah kerajaan negeri PAS sebelum ini, berkata kerajaan negeri itu memperuntukkan RM70,000 setiap tahun kepada tiga sekolah persendirian Cina yang tidak mendapat subsidi daripada kerajaan pusat.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan peruntukan RM200,000 untuk dana pendidikan sekolah Cina di Sungai Limau.

Muhyiddin mengumumkan demikian dalam ucapannya di pusat gerakan BN di Sungai Kering, di hadapan kira-kira 1,000 orang, kebanyakannya dari kalangan masyarakat Cina.

Beliau juga meluluskan dana untuk tiga buah sekolah Cina, termasuk RM1 juta bagi SRJK (C) Aik Min, RM1 juta bagi SRJK (C) Yuk Meng di Sg Limau dan RM50,000 bagi SRJK (C) Pek Hwa.

Bersih 3.0: Sebutan kes Anwar, Azmin 9 Januari

Oleh Ain Ismail


KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 9 Januari depan untuk sebutan semula kes melibatkan tiga pemimpin KEADILAN termasuk Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dalam Himpunan Bersih 3.0 tahun lalu.

Bersih

Selain Anwar, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard turut menghadapi pertuduhan sama.

Keputusan itu dibacakan Hakim Azman Mustapha di Kamar 5, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam.

Pada 22 Mei tahun lalu, Anwar, Azmin dan Chegubard didakwa atas pertuduhan menyertai protes jalanan yang kononnya menimbulkan kekecohan di ibu negara.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sepanjang Jalan Tun Perak antara 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April tahun lepas.

Pertuduhan ke atas mereka mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM10,000.

Himpunan aman Bersih 3.0 bertujuan bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Anwar turun kempen di Sungai Limau esok

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berada di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau esok bagi memanaskan jentera kempen Pakatan Rakyat sempena pilihan raya kecil di kawasan itu.

Anwar bakal menyampaikan pidato di program Ceramah Perdana dekat Simpang Tiga, Sg Limau Luar dan di Dulang Besar malam esok.

anwar_ceramah

Berikut jadual program beliau di DUN Sungai Limau Jumaat 1 November 2013;

1) 7.30 mlm: Tazkirah Maghrib di Masjid Batu 16 Pdg Lumat
2) 8.30 mlm: Makan malam di Bilik Gerakan Utama KEADILAN di Kg Setia Jaya, Ulu Sedaka
3) 9.15 mlm: Perjumpaan dengan masyarakat Cina di Pekan Sg Limau Dalam
4) 10.00 mlm: Ceramah Perdana di Simpang Tiga Sg Limau Luar
5) 11.00 mlm: Ceramah Perdana di Dulang Besar

Azmin: BN kekal bajet defisit 16 tahun berturut-turut

KEADILAN DAILY


Bajet 2014 bersifat ‘Rich Man’s Budget, Poor To Get Poorer’. Langkah Kerajaan menarik balik subsidi gula untuk rakyat berjumlah RM551.25 juta  dan subsidi minyak masak untuk rakyat bernilai RM 505.4 juta akan terus membebankan rakyat. Kerajaan wajar memberikan perhatian di atas tuntutan Pakatan Rakyat supaya memecahkan monopoli industri gula.

Azmin

Untuk mencapai matlamat sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, belanjawan negara perlu menekan prinsip ‘fiscal discipline’ dan menggariskan strategi pembangunan yang peduli rakyat.

Belanjawan negara bukan sekadar bertujuan untuk meningkatkan hasil negara tetapi menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan efisien dan mengambil langkah yang pro aktif untuk membanteras ketirisan dan amalan rasuah.

Pengagihan Kekayaan dan Kesenjangan Ekonomi

Jomo K.S dalam karya terbarunya berjudul ‘Malaysia @50 : Economic Development, Distribution and Disparities’ menegaskan bahawa kesenjangan pendapatan dan ekonomi telah sekian lama mendominasi perbincangan ekonomi, sosial dan politik di Malaysia. Hal ini bukan sahaja tidak selesai malah isu kesenjangan ekonomi, jurang pendapatan antara golongan kaya miskin telah menjadi perdebatan universal.

Situasi ini adalah sama seperti yang diungkap oleh Nobel Laureate, Paul Krugman dalam satu rencana bertajuk Rich Man’s Recovery dalam New York Times dalam satu pemerhatian yang dijalankan di Harvard Business School. Krugman melihat kesenjangan ekonomi yang melampau dalam komuniti pelajar telah menggamit perhatian dunia dan amat membimbangkan.

Kata Krugman: “This society claims to reward the best and brightest regardless of family background but in reality the children of the wealthy benefit from opportunities and connections unavailable to children of the middle and working classes.”

Menurut Krugman lagi, kajian ini membuktikan wujudnya kesenjangan pendapatan yang ketara di antara golongan maha kaya dan mereka yang berpendapatan rendah. Golongan maha kaya ini menikmati kekayaan di atas kesengsaraan majoriti yang lain. “If the rich are so much richer than the rest that they live in a different social and material universe, that fact in itself makes nonsense of any notion of equal opportunity.”

Bajet 2014 Barisan Nasional

Bajet 2014 memperuntukkan sejumlah RM 264.2 bilion. Daripada jumlah ini RM 217.7 bilion merupakan anggaran untuk belanja mengurus manakala RM46.5 bilion adalah bagi belanja pembangunan.

Bajet 2014 masih kekal sebagai bajet defisit. Kerajaan telah meneruskan amalan bajet defisit selama 16 tahun berturut-turut semenjak krisis kewangan Asia. Ini merupakan kesinambungan daripada amalan dan perlaksanaan dasar fiskal semenjak daripada merdeka lagi.

Dalam tempoh 56 tahun negara mencapai kemerdekaan, Malaysia mengalami ‘fiscal deficit’ selama 49 tahun dan hanya 7 tahun menikmati ‘budget surplus’. Malaysia menikmati ‘budget surplus’ selama 5 tahun berturut – turut mulai 1993 iaitu ketika YB Permatang Pauh menerajui Kementerian Kewangan.

Kerajaan pernah menjanjikan bahawa belanjawan negara akan kembali kepada belanjawan berimbang pada tahun 2005 ; sebaliknya hutang negara terus membengkak secara berganda di antara tahun 2007 dan 2012 kepada RM 421 bilion. Manakala pendapatan pada kadar 31% dari RM 140 bilion kepada RM 207 bilion. Hutang negara seperti yang dilaporkan oleh Maybank Berhad bagi tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM 541.3 bilion dan akan terus meningkat kepada RM 578.4 bilion iaitu 54.7% daripada jumlah KDNK.

Disiplin fiskal yang lemah menyebabkan hutang negara terus membengkak. Pada tahun 1998, hutang negara adalah pada tahap 36% daripada KDNK ; meningkat kepada 53% daripada KDNK dalam tahun 2012 dan dijangka meningkat kepada 54.7% daripada KDNK dalam tahun 2014. Ini adalah rekod yang tertinggi di Asia Tenggara.

Ia juga menggamit perhatian rakyat Malaysia kepada persoalan debt – to – revenue ratio. Dalam tahun 2012, Fitch Rating Agency melaporkan bahawa kadar debt – to – revenue di Malaysia mencatatkan 246%, semakin hampir kepada negara Itali yang bergelut dengan masalah hutang pada kadar 261%.

Malaysia di bawah pengurusan UMNO hari ini sedang mengalami penyakit ‘fiscal fatigue’ atau lelah kewangan. Negara hari ini tidak mempunyai ‘fiscal space’ untuk berbelanja kerana hutang negara yang terlalu besar dan ianya juga tidak mempunyai ‘political will’ untuk memerangi rasuah dan menangani masalah ketirisan dan salahguna kuasa.

Ucapan Perbahasan Bajet 2014 Mohamed Azmin Ali,Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Ahli Parlimen Gombak, Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa

Artis ke Sungai Limau bantu kempen BN


Ahmad Fadli KC

 
 
Malaysiakini sempat singgah ke sebuah rumah di Batu 18 yang menjadi tempat persinggahan seniwati Norlia Ghani, pelawak Abon, penyanyi Hail Amir, serta pelakon Aznah Hamid yang turun berkempen untuk BN.

Norlia Ghani yang popular memeran watak Joyah dalam siri Opah tidak lama dahulu bertindak sebagai jurucakap artis ini menjelaskan  program mereka ini dinamakan 'Ziarah Syukur'.

Menurutnya, ini merupakan kali kedua program ini diadakan selepas pilihan raya umum lalu.

"Kalau boleh kita nak semua rakyat faham yang mana satu yang kita nak pilih sebab kita ada hak untuk mengundi dan memilih.

"Kalau kita pilih salah, susahlah kita nanti," katanya yang memakai baju-T berwarna pink dengan tulisan "Pilihlah BN".

Menurutnya lagi, di sebelah pagi mereka telah berkunjung pasar untuk berkempen dan di sebelah petang nanti mereka akan bersama orang ramai dalam acara sukan bendang seperti menangkap itik, menangkap ikan keli serta berlari dalam bendang.

Selain beliau, artis-artis lain yang turun berkempen adalah pelawak AR Badol, Abon, Aznah Hamid, Nadia AF, serta Datuk Mustapha Maarof.

Ziarah ini kata Norlia lagi, dilakukan dengan sokongan Anggota Parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Populariti calon DUN Sg Limau tak menyerlah


Ahmad Fadli KC

 
 
Kempen pilihan raya kecil DUN Sungai Limau kini masuk hari kesembilan, namun bentuk sokongan yang jelas dari 27,222 pengundinya sehingga kini masih belum menjelma.

Usaha untuk meneliti pergerakan calon BN dan PAS kini agak sulit kerana kesukaran untuk mendapatkan jadual harian masing-masing, yang banyak mengadakan kempen melalui kunjungan rumah ke rumah.

NONEPopulariti kedua-dua calon dalam perlawanan satu-lawan satu ini juga masih belum menampakkan gambaran jelas, mungkin kerana sering dibayangi pengaruh pemimpin tertinggi parti mereka sepanjang kempen berlangsung.

Penduduk setempat yang menghadiri majlis anjuran kedua-dua parti ini diperhatikan tidak banyak mendengar ucapan kedua-dua calon – Ahmad Sohaimi Lazim, 52, dari BN dan Mohd Azam Abd Samat, 37, dari PAS – dalam mengulas isu semasa.

Malah, serangan demi serangan yang dilakukan lawan masing-masing biasanya dikendalikan oleh pemimpin atasan parti mereka.

NONEKeadaan ini mungkin sedikit sebanyak menyukarkan pengundi untuk menilai kebolehan calon untuk mewakili mereka di DUN kelak.

Ini diperhatikan apabila timbul isu penyebaran SMS di Sungai Limau pada awal peringkat kempen, yang mendakwa calon BN pernah memasuki pusat rawatan sakit mental.

Sohaimi bagaimanapun hanya berdiam diri dengan dakwaan tersebut, sehinggalah perkara itu diperjelaskan oleh pemimpin PAS Datuk Mahfuz Omar dalam satu sidang media pada 28 Oktober

Mahfuz menjelaskan bahawa SMS yang mendakwa demikian tidak disebarkan olehnya, seperti didakwa sesetengah pihak.

NONEDalam majlis anjuran BN semasa kempen ini, Sohaimi juga diperhatikan hanya meluangkan sedikit masa untuk singgah dan bertegur sapa dengan penyokong parti.

Isu utama seperti pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) hanya akan ditimbulkan oleh tokoh seperti Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Begitu juga dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang kerap kali mengingatkan orang ramai untuk mengundi Sohaimi kerana "di belakang Sohaimi ada saya, dan di belakang saya ada Datuk Seri Najib".

NONEDi sudut PAS, Azam juga berdepan dengan situasi sama. Calon parti itu sering dibayangi pengaruh Mahfuz dan juga ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah dalam sidang media harian mereka semasa tempoh kempen ini.

Antara perkara yang sering diperkatakannya adalah azam untuk membina kemudahan internet tanpa wayar (wifi), membaiki jalan serta memperbaiki sistem pendidikan Islam setempat di Sungai Limau.

Bagaimanapun, beliau lebih banyak berdiam diri apabila timbul kontroversi berhubung gambarnya bersama penyandang kerusi tersebut, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Isu gambar itu, seperti dibongkar sebuah akhbar berbahasa Melayu pada 28 Oktober, mencalar imej PAS kerana gambar berkenaan didapati diubahsuai untuk menonjolkan hubungan rapat antara Azam dengan Azizan, yang berpengaruh besar di Sungai Limau.

NONEIsu itu akhirnya terpaksa dijawab oleh Amiruddin, tiga hari lalu, yang mengakui bahawa kesilapan tersebut berpunca daripada pereka grafik yang diupah jentera parti.

Secara kasar, suasana kempen pilihan raya kecil kali ini masih belum rancak, namun situasi ini mungkin berbeza apabila pemimpin utama parti politik dijangkan akan muncul pada hari-hari terakhir kempen.

Antara yang dijangka akan muncul dalam kempen tersebut ialah presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

Isma bantah pembinaan kuil Hindu RM10 juta di Klang

OLEH DIYANA IBRAHIM























Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hari ini membantah pembinaan semula Kuil Sundararaja Perumal di Klang yang memakan belanja sebanyak RM10 juta dengan menegaskan ia akan memberikan persepsi buruk kepada pelancong beragama Islam khususnya dari Timur Tengah.

Presiden Isma Abdullah Zaik Abdul Rahman (gambar) menyeru kerajaan mengambil tindakan wajar demi menjaga kesejahteraan hidup rakyat dan imej Malaysia di mata masyarakat Islam antarabangsa supaya tidak tercemar.

"Pembinaan seperti itu terkeluar daripada maksud Perlembagaan yang menjamin kebebasan beragama kerana ia telah melampaui tujuan sebenar peruntukan tersebut untuk menjamin hak beragama.

Justeru, kami menyeru Perdana Menteri, Menteri Perlancongan, kerajaan negeri dan tempatan agar peka dengan perkara ini ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas laporan yang menyatakan Kuil Sri Sundararaja Perumal bakal menjadi mercu tanda dan ikon pelancongan di Klang.

Menurut Isma, Datuk Seri Najib Razak pernah berikrar untuk menegakkan hukum dan meninggikan syiar Islam dan oleh itu hasrat membesarkan pembinaan rumah-rumah ibadat melebihi keperluan, seperti atas nama tarikan pelancongan dilihat  bercanggah dengan ikrar tersebut.

Selain itu, Isma juga memandang serius usaha penganut agama lain yang cuba mengambil kesempatan meninggikan syiar agama masing-masing hingga mewujudkan persaingan agama yang tidak sihat tanpa menghormati hakikat Malaysia sebagai negara Islam.

Abdullah berkata, kemunculan terlalu banyak syiar agama kufur telah memusnahkan tanggapan masyarakat dunia yang sebelum ini 'berbunga-bunga' terhadap Malaysia selaku sebuah negara Islam contoh.

Isnin lalu, Presiden Kuil Sri Sundararaja Perumal S. Anandakrishnan berkata  Klang bakal mempunyai ikon pelancongan baru apabila sebuah kuil Hindu berharga RM10 juta, kuil granit pertama di negara ini.

Menurut Anandakrishnan, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelancongan untuk memasukkan  lokasi kuil tersebut ke dalam kalendar pelancongan agar tersenarai sebagai tempat istimewa untuk kunjungan pelancong.

"Kami percaya kuil ini berpotensi menjadi daya tarikan pelancong dan mercu tanda menarik di Bandar Diraja Klang dan juga pelancong asing," katanya.

Pembinaan kuil granit sepenuhnya yang disifatkan sebagai 'Thirupathi Asia Tenggara' ini menggunakan khidmat 50 pengukir batu serta keluarga mereka di Kanchipuram, 60km dari Chennai, India, untuk kerja menghasilkan ukiran.

Isma membantah pembinaan kuil RM10 juta di Klang kerana akan menghantar isyarat salah kepada pelancong Muslim. Gambar oleh Ananda Krishnan, 31 Oktober, 2013.Isma membantah pembinaan kuil RM10 juta di Klang kerana akan menghantar isyarat salah kepada pelancong Muslim. Gambar oleh Ananda Krishnan, 

Pemuda PAS S'gor perjelas 'skuad berani mati'

Jimadie Shah Othman

 
 
Dewan Pemuda PAS Selangor hari ini memperjelaskan isu berhubung cadangannya untuk menubuhkan skuad berani mati atau lebih dikenali sebagai pemuda Kahfi.

Ketua Penerangannya, Mohd Sany Hamzan berkata, beliau telah membuat kenyataan berhubung perkara itu pada tahun lalu.

Menurutnya, beliau membuat cadangan tersebut ketika berucap sempena Ijtima' PAS Negeri Selangor 2007 yang berlangsung di KOMPAS, Tanjung g Karang pada 12 Mei 2007 .

Mohd Sany berkata, idea untuk menubuhkan skuad tersebut tercetus selepas insiden di mana enam anggota Pemuda PAS diserang ketika bertugas sewaktu pilihanraya kecil di Ijok tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa apa yang dimaksudkannya ialah adalah kumpulan ahli Pemuda PAS yang bersedia berjuang untuk mempertahankan agama Islam.

"Ia bukan bermakna kita akan menubuhkan sebuah pasukan yang ala tentera," ketika diminta mengulas mengenai perkembangan cadangan beliau itu.

"Tetapi sebaliknya, kumpulan tersebut dikumpulkan dari kalangan ahli Pemuda PAS Selangor jika ada keperluan," tambahnya.

Menurutnyam, tugas utama skuad itu ialah bagi menghadapi kemungkinan berlaku gangguan dari pihak Umno sewaktu pilihanraya diadakan.

INI SUDAH MELAMPAU!!!

 omakkau.blogspot

 

INI SUDAH MELAMPAU!!!! ...MB SELANGOR SHOPPING SAKAN DI KOTA RAYA PARIS, LONDON, LAS VEGAS DAN MADRID???


Rakaman gambar ini tidak akan di siarkan oleh Utusan, Berita Harian, NST, The Star, Harian Metro dan Kosmo sebab tidak mau aibkan tuan punya badan!!!!

Terkenal sebagai Menteri Besar yang cukup kedekut ... kedekut kerana sifat amanah yang tinggi urus dana dan kekayaaan negeri Selangor secara berhemah.

Cara dan gaya hidupnya pun konsisten dengan wataknya yang amat berjimat cermat itu.

Shopping pun dekat Pasaraya Giant jer.

Omak Kau yakin beliau akan pastikan pembangunan di luar bandar dan desa akan diberikan keutamaan selain menambah rizab negeri.

PAC perlu siasat RM7 bilion perbelanjaan meragukan JPM, kata DAP

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
 
















DAP hari ini menuntut agar Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Jabatan Audit Negara menyiasat penggunaan RM6.08 bilion Jabatan Perdana Menteri yang tidak mempunyai butiran jelas kegunaannya.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong (gambar) mendakwa, peruntukan Bajet 2014 bagi JPM itu termasuk RM4 bilion dana fasilitasi, RM1 bilion untuk program pembangunan dan RM900 juta untuk penyusunan semula masyarakat.

Perbelanjaan lain termasuk juga projek khas RM202.8 juta dan projek mesra rakyat RM665 juta.


 "Saya menyeru kerajaan dan menteri bertanggungjawab, Datuk Seri Idris Jala untuk menjelaskan penggunaan dana berkenaan," kata Liew di Parlimen, Kuala Lumpur.


Liew turut mendakwa senarai penggunaan dana berkenaan juga hanyalah permulaan daripada keseluruhan bajet yang mempunyai kelompangan dan boleh digunakan untuk membiayai penyokong politik Perdana Menteri.

Tambahnya lagi, peningkatan 13% perbelanjaan jabatan berkenaan yang bernilai RM14.6 bilion pada 2013 kepada RM16.5 bilion untuk 2014 juga keterlaluan.

"Keseluruhan Bajet 2014 yang diumumkan pun hanya meningkat sebanyak 1.5% daripada RM260 bilion pada 2013 kepada RM264 bilion," katanya.

Malah, peningkatan daripada RM3.6 bilion pada 2003 kepada RM16.5 bilion pada 2013 melangkaui bajet kementerian lain sejak sedekad lalu, katanya.

Polis kesan individu pertama sebar gambar mangsa tembak

THE MALAYSIA INSIDER
Sebahagian rakaman video daripada CCTV yang tersebar secara meluas di internet.Sebahagian rakaman video daripada CCTV yang tersebar secara meluas di internet. 



















Polis sedang mengesan individu pertama yang bertanggungjawab menyebarkan gambar mayat pegawai wanita selepas ditembak pengawal keselamatan di sebuah bank di Subang Jaya pada 23 Oktober lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata siasatan menyeluruh sedang dijalankan dengan fokus utama mengesan individu pertama yang menyebarkan gambar mangsa sehingga berleluasa di laman sosial.

Beliau berkata polis juga akan menyiasat petugas bank terbabit memandangkan gambar yang disebar adalah dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu.


 "Kita masih siasat dari mana asal penyebaran gambar ini malah kita juga sudah ambil rakaman percakapan dua anggota polis. Kita akan lakukan siasatan terperinci," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.


Dalam kejadian itu, Norazita Abu Talib, 37, ditembak dengan senjata api jenis 'pump gun' oleh suspek ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bersama-sama seorang lagi pegawai bank.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, juga tersebar di laman sosial.

Bagaimanapun, Mohd Shukri enggan mengulas lanjut berkaitan suspek namun mengesahkan 11 individu, termasuk tiga anggota keluarga lelaki itu, ditahan bagi membantu siasatan setakat ini. - Bernama

Nilai Rekod Keluarga Saya – Ustaz Azam

BULETIN ONLINE
 
 
Calon PAS, bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abdul Samat tidak lagi bersandarkan kepada ‘faktor Azizan’ untuk merayu undi.

Beliau kini menggunakan latar belakang keluarganya yang berpengaruh dan dikenali penduduk setempat sebagai strategi kempennya.

“Penilaian yang perlu diberi perhatian oleh penduduk ialah latar belakang keluarga saya.

“Saya mempunyai rekod keluarga yang baik, semua orang kenal. Tuan-tuan boleh nilai rekod keluarga saya,” katanya ketika berucap pada majlis ‘turun bendang dan doa awal musim padi’ di Kampung Pulau Tembun di Sungai Limau Dalam, di sini, Rabu.

Sebelum ini Mohd Azam dikatakan seringkali bersandarkan imej dan populariti bekas penyandang kerusi DUN Sungai Limau selama lima penggal, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini turut mengakui bahawa pengaruh Azizan di DUN Sungai Limau merupakan bonus kepada parti itu untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Mohd Azam merupakan cucu kepada tiga tokoh ulama terkenal di Kedah.

Datuknya, Abdul Hamid Ibrahim pernah bertanding di DUN Sala (sebelum dikenali sebagai DUN Sungai Limau) pada Pilihan Raya Umu 1959.

Keluarganya juga merupakan aktivis PAS di kawasan Bukit Besar dalam DUN Sungai Limau.

Kes Bekas Ketua Hakim Syarie; Kerajaan Diminta Beri Penjelasan

BULETIN ONLINE
 
 
MARANG – PAS Terengganu menegaskan, selaku gerakan dakwah dan parti politik, menyokong pendirian dan tindakan tegas yang perlu dibuat terhadap mana-mana pihak yangg menghina institusi agama.

Namun begitu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, YB UstaZ Mohd Nor HamZah melahirkan kebimbangan terhadap kes yang melibatkan Bekas Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu.

Menurutnya, kekeliruan rakyat terhadap kes tersebut, mungkin akan lebih membawa fitnah yang lebih besar.

 YB Mohd Nor Hamzah

“kami (PAS) menyokong pendirian tegas perlu dibuat terhadap pihak yang menghina institusi agama. (namun begitu) Kes seumpama ini dibimbangkan akan memburukkan imej Maidam dan status kehakiman syare’i dalam negeri,

“yang membuatkan rasa tidak hormat rakyat terhadap sistem pentadbiran agama dan kehakiman syarei,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang berita beberapa akhbar pada Ahad 27 Oktober yang melaporkan Datuk Ismail Yahya, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah, atas pertuduhan menghina Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu.

Oleh itu,PAS mengharapkan pihak kerajaan dapat membuat penjelasan tentang kes tersebut supaya rakyat memahami isu yang sebenarnya dengan baik.

Mengulas lanjut, beliau mencadangkan supaya suasana yang lebih ‘harmoni’ diambil bagi menyelesaikan ‘kemelut’ pentadbiran itu.

Beliau turut mempersoalkan sikap kerajaan Terengganu yang hanya ‘berdiam diri’, sedangkan, ia adalah sesuatu yang dipandang ‘serius’.

“Apakah tidak ada cara lain yang lebih kondusif dalam menyelesaikan isu salah faham atau cara perbincangan tertutup untuk mengharmonikan sistem bercorak Islam yang murni ini?

“Apakah sikap dan pendirian kerajaan terhadap isu ini…?,”soal beliau.

Katanya, selaku Ahli Yang Berhormat, beliau mewakili PAS Terengganu mengharapkan agar isu ini dapat diselesaikan tanpa disensasikan dan menjadi ‘buah mulut’ rakyat.

Dakwa Ditipu Bendahari Umno; Sekumpulan Pelabur British ‘Serbu Najib’

BULETIN ONLINE


Sekumpulan pelabur British yang mengalami kerugian besar dalam skim telekomunikasi Malaysia telah menyerbu St Jude di London semalam untuk mengetengahkan kes mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Najib yang berada di ibu kota United Kingdom itu untuk menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia Kali Ke-9.

MalaysiaVIPs

Para pelabur British yang terdiri daripada pemandu bas, pemilik perniagaan kecil dan pekerja bandar menuduh pihak berkuasa Malaysia yang mengheret kaki mereka membuat dakwaan penipuan terhadap pemimpin Umno Datuk Seri Azim Mohd Zabidi yang juga bekas bendahariparti itu.

BVIM (British Victims of Investing in Malaysia – Mangsa British Melabur dalam Malaysia) pada protes itu menyatakan kekecewaan mereka kerana masa yang terlalu lama diambil untuk pengadilan terhadap kes jenayah penipuan yang dilakukan di Malaysia yang sudah memasuki tahun kedua penyiasatan!” kata kumpulan tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

“Dengan tiada keputusan selama lebih dua tahun yang ditunggu dari AG Malaysia (Peguam Negara) dan Pendakwa Raya, BVIM bertanya: adakah wujud mana-mana undang-undang dan peraturan di Malaysia kepada pelabur asing? Jika pelaburan British di Malaysia adalah (dijamin) selamat? “Kata mereka sebagaiman dilaporkan akhbar Malay Mail Online

Enam puluh pelabur British mendakwa Azim dan syarikat ITnya, Doxport Technologies Sdn Bhd, Februari lalu kerana didakwa menyalahgunakan AS $ 4 juta (RM12.6 juta) pada tahun 2009.
Dox_Structure
Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Azim, Doxport Technologies, pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Sivalingam Thechinamoorthy, dan kakitangan jabatan akaun Gurmeet Kaur.

60 pelabur British telah melabur kira-kira AS $ 4 juta (RM12.59 juta) membeli suis Telekom dan ekuiti dalam Doxport Technologies pada bulan Januari 2009, yang mana Azim adalah bendahari Umno ketika itu, menurut peguam mereka.

Para pelabur kemudiannya membuat laporan polis pada tahun 2011 selepas menyedari bahawa tidak ada suis Telekom itu telah beroperasi di Malaysia.

Peguam mereka, Hasnal Rezua Merican berkata, bahawa pihak polis telah menghantar kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negarapada Februari lalu, selepas menyiasat kes itu selama 14 bulan.

Wednesday, October 30, 2013

[VIDEO] Beri Susu Luput Tarikh: Pemimpin UMNO Hina Orang Kampung

KELAB GREENBOC
Yan - Susu krimer manis yang disumbangkan oleh seorang pemimpin Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim didapati sudah tamat tempoh.

Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu disedari oleh seorang petugas akhbar Harakah, Khairul Hafizi, 35, selepas sekumpulan rombongan Umno itu menyampaikan sumbangan tersebut di rumah ibunya dekat Sungai Dedap, pada jam 3.30 petang, semalam.

Beliau berkata, pemberian sumbangan berserta gula, tepung dan beras itu tidak mempunyai masalah, tetapi yang menjadi persoalan adalah susu yang diberikan sudah tamat tempoh.

“Sumbangan berserta dengan susu ini diberikan pada (28 Oktober) lalu, tetapi di bawah tin susu itu tertulis guna sebelum 26 Oktober 2013. Saya sudah berpesan kepadanya jangan benarkan ibunya minum susu itu khuatir berlaku keracunan makanan.



“Sumbangan tersebut dipercayai diberikan oleh jentera parti BN dari Baling kerana tertera nama Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan apa yang dikesalkan disini, mengapa susu yang luput tarikhnya pun diberikan juga kepada orang kampung,” katanya lagi.

Mahfuz berkata ini merupakan satu penghinaan kepada orang kampung kerana mereka tidak mengambil kira soal keselamatan dan kesihatan penduduk disitu.

“Tak kan lah punya sengket (kedekut) BN sampai nak beli susu pun kena cari yang sudah luput. Sekurang-kurangnya carilah yang tamat tempoh pada tahun hadapan ataupun lewat bulan Disember,” katanya.

Mahfuz berkata demikian pada sidang media di Markas Pas Induk Kawasan Jerai, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan kepada seluruh masyarakat di Dun Sungai Limau, terutama di kawasan Sungai Dedap supaya lebih berhati-hati dan melihat terlebih dahulu tarikh luput susu tersebut sebelum digunakan.

“Saya minta pemimpin berkenaan meminta maaf kepada pengundi-pengundi di Sungai Dedap dan jangan kerana susu ini akan menyebabkan keracunan makanan,” katanya.

Menurutnya, penglibatan pemimpin berkenaan dalam perkara ini adalah berikutan terdapat gambar beliau pada beg plastik yang digunakan sewaktu menyampaikan sumbangan tersebut.

“Sebab itu pemberian daripada pemimpin berkenaan berlegar dalam kawasan Sungai Dedap. Saya percaya, bukan sahaja dia yang beri susu tamat tempoh, tapi tempat-tempat lain juga diberikan oleh Umno Bahagian merupakan kemungkinan besar susu yang telah tamat tempoh.

“Kalau ada orang yang bagi sumbangan, kita kena terima. Tapi perlu berhati-hati dan periksa dahulu tarikh luput dan sebagainya,” katanya.

Tambahan pula, susu tersebut juga diberikan dalam keadaan yang sudah rosak berikutan terdapat kesan kemek pada tin itu.

Sementara itu, dalam cubaan untuk menepis kesalahan tersebut, penyumbang susu berkenaan, Datuk Azee berkata:

"Susu pekat tersebut adalah untuk kegunaan jentera pilihan raya kecil yang berkampung di Rumah Baling. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh terlepas."

Jika benar kata-kata Azeez, begitu sekali para petugas UMNO/BN dilayan oleh pemimpin mereka ... di beri makanan yang sudah luput tarikh ... apakah para petugas UMNO/BN tidak rasa terhina?

Azeez: PAS hanya mampu bawa isu susu tamat tempoh


MALAYSIA KINI
 
 
 
Ketua Umno Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mendakwa PAS sengaja menimbulkan isu pemberian susu tamat tempoh oleh jentera BN untuk meraih sokongan dan simpati pengundi di Sungai Limau.

MP Baling itu dalam laporan Utusan Malaysia mendakwa, tindakan PAS yang menggunakan isu susu tamat tempoh itu juga perbuatan memalukan.

“”Saya dimaklumkan hanya seorang sahaja tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang tamat tempoh.

“Aduan tersebut datangnya daripada mereka yang mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media pembangkang, Harakahdaily.

“Adalah amat memalukan apabila (Datuk) Mahfuz (Omar) selaku naib presiden PAS hanya mampu menggunakan susu tamat tempoh bagi menarik sokongan pengundi sedangkan banyak lagi isu besar seperti pembangunan yang perlu diperjuangkan oleh PAS di Sungai Limau,” katanya.

Dalam laporan akhbar milik Umno itu, Abdul Azeez tidak menyebut sama ada beliau akan menyiasat dakwaan bahawa bahan yang dibekalkan tersebut benar-benar tamat tempoh.

Mahfuz dalam kenyataannya yang disiarkan Harakahdaily semalam berkata, tindakan menghadiahak susu tamat tempoh kepada pengundi itu tidak seharusnya berlaku kerana ianya boleh mengancam kesihatan pengguna.

"Tak kan la punya sengkek, kedekut piang BN ni. Cari la yang elok sikit nak bagi kat orang," kata Mahfuz seperti dipetik lidah parti PAS itu.

Menurut laporan tersebut, seorang pengundi menerima susu tamat tempoh daripada jentera BN yang hadir berkempen ke rumahnya di Sungai Dedap, pada hari Isnin.

Tarikh luput di tin susu tersebut tertera 26 Oktober 2013, menurut Harakahdaily.

Ia turut menyatakan bahawa beg plastik bersama tin susu tersebut tertera nama dan gambar Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

HKL cari waris Bukhari


HKL cari waris Bukhari  
 
Waris Bukhari Faisol sedang dicari.

KUALA LUMPUR - Hospital Kuala Lumpur (HKL) meminta kerjasama orang ramai mengesan waris kepada seorang warga emas yang ditemui tanpa identiti sejak September lalu.

Jurucakap HKL berkata, warga emas dikenali dengan nama Bukhari Faisol berusia sekitar 80-an telah dibawa menerima rawatan di Jabatan Kecemasan & Trauma, HKL oleh orang ramai dan dimasukkan ke wad kerana hampir pengsan di tepi jalan dan mengalami cellulitis (radang kulit).

Menurutnya, warga emas itu kemudiannya dimasukkan ke wad perubatan di sini sejak 21 September lalu, dan kini dibenarkan keluar namun kegagalan pihak HKL mendapatkan maklumat berhubung ahli keluarga terdekat membuatkan dia terus berada di wad berkenaan.

“Pesakit menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi memandangkan beliau mengalami masalah pendengaran yang kronik.

“Pihak hospital juga gagal menemui sebarang dokumen seperti pasport bagi mengesan alamat terakhir beliau dan tiada sebarang nombor telefon waris untuk dihubungi,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, ketika ditemui Sinar Harian, warga emas itu mendakwa tinggal di sebuah surau sekitar Taman Ibu Kota bersama isteri dan tiga anaknya.

Warga emas itu juga mengakui berasal dari Jawa Barat, Indonesia, namun telah menetap lama di negara ini.

“Kad (pengenalan) tak ingat letak mana. Dulu warna merah. Sekarang warna biru,” katanya.

Beberapa soalan lain cuba diajukan namun warga emas yang kelihatan seakan nyanyuk itu tidak dapat memberikan jawapan yang difahami, namun ada menyebut nama isterinya, sebagai Sofi Muhardi.

Difahamkan pihak hospital telah menghubungi Kedutaan Indonesia bagi membantu mengesan waris pesakit memandangkan keadaan pesakit telah stabil dan dibenarkan pulang.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan dan mungkin mengenali pesakit diminta untuk menghubungi Unit Perhubungan Awam, HKL di talian 03-2615 5013.

Maya tak serik pilih ‘mat saleh’!


Maya Karin  
Maya Karin

Selepas kegagalan rumah tangganya bersama Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada tahun 2010, nampaknya pelakon jelita, Maya Karin Roelcke, 33, tidak serik untuk menjalinkan hubungan serius dengan jejaka kulit putih.

Maya yang kini sudah tidak berselindung mengenai hubungan cintanya,  bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai 'mat saleh' yang sedang bertakhta di hatinya itu.

"Biarlah saya merahsiakannya dulu. Sebenarnya, saya tidak memilih mana-mana lelaki. Namun, mungkin sudah ditakdirkan untuk bertemu semula dengan lelaki berkulit putih," katanya yang tidak meletakan sebarang syarat, melainkan jejaka itu harus  menyayangi dan memahaminya.

Pelakon yang popular dengan watak Izzah menerusi filem ombak rindu ini juga, tidak mahu lagi memberikan publisiti meluas tentang hubungan cintanya.

Katanya, cukuplah sekadar dia memberitahu media bahawa dia kini masih menjalinkan hubungan istimewa dengan lelaki kulit putih yang juga merupakan orang dalam industri hiburan.

Biarpun mengakui  sedang mengenali hati budi lelaki tersebut, Maya menjelaskan hubungan itu masih lagi di peringkat awal.

“Setakat ini hubungan kami berjalan lancar dan dia sentiasa memberi sokongan kepada kerjaya saya.

“Saya sudah kenal lama dengan dia, tetapi hubungan ini masih pada peringkat awal. Biarlah hubungan ini berkembang dengan baik dan doakanlah yang terbaik buat saya,” kata Maya yang mengakui sudah bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga.

Namun, apabila ditanya mengenai bilakah dia akan menamatkan status solonya, Maya menegaskan ia akan tiba masanya.

“Kita tunggu saja. Insya-ALLAH, jika ada jodoh, saya akan menghebahkannya kepada media,” katanya.

Bakal ke Sepanyol

Walaupun kini sedang sibuk dengan pengacaraan dan bisnes korporat, namun Maya, mengakui masih boleh membahagikan masa bersama kekasih serta keluarganya.

Malah aktres yang pernah popular menerusi filem ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ ini berkata, dia cuba memenuhi hobi lapangnya dengan bercuti bersama keluarga di luar negara. Dan yang terbaru, dia mungkin akan melancong di Sepanyol.

Katanya, walaupun sudah berpunya, namun ia tidak membataskan kemesraan dengan keluarga memandangkan dia sangat menjaga hubungan tersebut dan mementingkan ruang bersama keluarga.

“Sibuk macam mana sekalipun, saya tetap membahagikan masa bersama keluarga. Begitu juga dengan kekasih. Tapi belum pernah lagi saya keluar melancong bersama kekasih,” katanya yang berharap hubungannya dengan jejaka Inggeris itu akan ke arah lebih baik memandangkan dia sudah beberapa kali dikecewakan sebelum ini.

Lepas gian selepas 12 tahun

Mengulas mengenai kerjaya seninya, pelakon ini berkata, dia kini sedang sibuk menjalani latihan teater muzikal ‘Supermokh’ arahan Hans Isacc yang diterimanya. Menerusi teater itu, Maya melakonkan watak Tengku Zarina, isteri kepada legenda bola sepak terkenal negara, iaitu, Allahyarham, Datuk Mokhtar Dahari

Maya berkata, ia adalah satu lagi karakter mencabar selepas membintangi teater terakhir sejak 12 tahun lalu.

“Saya harus menjiwai watak Tengku Zarina. Selepas bertemu sendiri dengannya saya mengkaji karakter Tengku Zarina. Dia adalah wanita yang cukup kuat dan juga romantik.

“Memandangkan ini bukan filem atau dokumentari, maka saya kena bekerja lebih keras untuk memastikan saya benar-benar berjaya membawa watak itu.

“Namun berlakon dan menyanyi dalam satu masa, bukanlah asing untuk saya. Dengan membintangi muzikal ini, sekurang-kurangnya saya dapat melepaskan 'gian' untuk berlakon di pentas teater," katanya yang ditemui selepas melancarkan kempen
Ekstravaganza Petronas bersama selebriti.

Masih bergelar penyanyi

Bercerita mengenai perkembangan single terbarunya, Maya berkata, walaupun ‘single’ itu masih belum popular, namun ia dapat menjangka selepas selesai pembikinan muzik video dan promosi yang dirancang oleh Warner Music ‘single’ berjudul Bintang Syurga ciptaan Audi Mok dan Omar K itu bakal diterima peminat.

Menurutnya, lagu itu juga akan dimuatkan dalam albumnya bersama syarikat rakaman itu yang akan dipasarkan pada penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, Maya berkata, dia kini sibuk belajar mendalami dan menambah ideanya dalam bidang perniagaan.

“Saya ada perancangan untuk terlibat dalam bidang perniagaan, namun saya masih tercari-cari apakah peluang perniagaan yang menjamin saya sebagai pelaburan di masa hadapan.

“Saya masih masih belajar untuk ceburi dunia perniagaan,” kata pelakon yang  pernah memenangi anugerah aktres terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21 pada tahun 2008.

Bongkar busuk ’bangkai’

Bongkar busuk ’bangkai’  
 
Penduduk menunjukkan bangkai kepala ikan berulat yang menjadi punca bau busuk melanda kampung mereka sambil diiringi Abdul Yunus (kiri).

KUALA KURAU - Busuk dan meloyakan! Itulah yang ditanggung lebih 50 penduduk di Kampung Kedai Dua, di sini sejak seminggu yang lalu.

Bau kurang enak tersebut dipercayai datang dari  sebuah kilang memproses makanan ikan berbentuk palet yang beroperasi berhampiran kediaman penduduk.

Penduduk, Zulkifli Anwar, 35, berkata, sebelum kilang tersebut beroperasi setahun yang lalu, pemiliknya memberitahu premis berkenaan menghasilkan makanan ikan menggunakan kiambang liar semata-mata.

Menurutnya, atas alasan itu penduduk bersetuju membenarkan kilang beroperasi di kampung  tersebut sejak setahun lalu.

“Bagaimanapun, masalah bau busuk sering berlaku sejak kilang itu beroperasi menyebabkan kami curiga mengenai bahan sebenar digunakan mereka,” katanya ketika ditemui di pekarangan kilang tersebut, di sini, kelmarin.

Penduduk siasat punca bau

Akibat tidak tahan menanggung azab, penduduk, Jamhari Hassan, 50, bersama beberapa penduduk lain memasuki premis berkenaan dan tidak menyangka menemui tiga longgokan bangkai kepala ikan patin sudah berulat diletakkan di dalam tiga tangki besar yang diletakkan di bahagian belakang kilang berkenaan.

Menurutnya, selain tiga tangki tersebut mereka turut menjumpai longgokan usus ayam diletakkan di atas lantai dan ditutup menggunakan kanvas.

"Senario menjijikkan itu mencetuskan tanda tanya di dalam fikiran kami mengenai kelulusan premis berkenaan.

"Kami tertanya-tanya sama ada kilang tersebut mendapat kebenaran pihak berkenaan untuk beroperasi di kawasan penempatan penduduk atau tidak?" katanya.

Bau busuk terhasil daripada kilang tersebut membuatkan lebih 50 penduduk yang tinggal kira-kira satu kilometer dari premis tersebut hidup sengsara.

Penduduk, Talha Lokman berkata, akibat pencemaran bau itu, aktiviti harian penduduk terutamanya ketika makan terganggu malah turut mengundang kehadiran ribuan lalat ke kediaman mereka.

Tambahnya, selain masalah bau, tindakan pengurusan kilang membuang sisa kumbahan ke dalam parit berhampiran turut membimbangkan penduduk kerana ditakuti merosakkan tanaman padi yang diusahakan mereka.

"Parit itu digunakan sebagai sistem pengairan sawah padi dan penduduk takut air tercemar berkenaan mengundang kehadiran makhluk perosak dan sebagainya.

"Perkara itu sudah diadukan kepada pemilik premis, namun tiada tindakan susulan diambil sehingga hari ini," katanya.

Masalah dapat perhatian

Kesengsaraan ditanggung penduduk Kampung Kedai Dua mendapat perhatian Adun Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari.

Beliau turut memberi jaminan akan membuat aduan rasmi kepada Majlis Daerah Kerian (MDK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kerian dan Kerajaan Negeri.

Selain Abdul Yunus, masalah berkenaan turut mendapat perhatian ahli majlis dan pegawai penguatkuasa MDK apabila mereka membuat pemantauan terhadap operasi kilang tersebut, kelmarin.

Ahli Majlis Daerah Kerian, K Rajindra berkata, pihaknya terkejut dengan keadaan premis yang tidak mencapai piawai kebersihan ditetapkan MDK.

Tambahnya, berdasarkan perbincangan dengan pemilik kilang, beliau difahamkan operasi premis itu bakal dipindahkan ke Kampar dalam tempoh tiga bulan.

“Pemilik kilang mengakui menghadap masalah tangani bau busuk akibat penggunaan bangkai kepala ikan untuk dijadikan baja kerana tiada peruntukan membeli tangki ais baru.

“Masalah itu ditambah dengan cuaca lembap akibat hujan sejak kebelakangan ini, bagaimanapun pemilik berjanji akan membersihkan premis dalam masa seminggu,” katanya.

Sementara itu, pemilik kilang, Darwin Lee ketika ditemui mengakui pihaknya berdepan masalah menangani bau busuk berkenaan.

“Bagaimanapun, kami memberi jaminan akan menyelesaikannya  dalam masa seminggu.

“Kami juga akan berpindah ke premis lebih sesuai di Kampar setelah terlibat dengan satu projek kerajaan di sana, manakala premis di sini  dijadikan stor simpanan sahaja,” katanya.

'Maklumat diri saya benar'


'Maklumat diri saya benar'  
 
Mohd Azam (kiri) mengetuai bacaan doa pada satu majlis kenduri di Kampung Pulau Nyiur, Bukit Besar, Yan.

YAN - Calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat berkata, maklumat berkaitan diri beliau yang terdapat dalam risalah adalah benar.

“Perkara itu (risalah kempen) telah pun dijelaskan oleh kepimpinan. Apa yang penting sebenarnya maklumat berkaitan diri saya, pengalaman, kerjaya dan sebagainya adalah benar.

“Insya-ALLAH apa yang penting untuk disampaikan kepada masyarakat di Sungai Limau ini adalah saya anak tempatan dilahirkan dan dibesarkan di Dun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas mengenai penggunaan gambar superimpose yang melibatkan dirinya dalam risalah kempen Pas bagi PRK Sungai Limau.

Mengulas mengenai perkembangan hari keenam kempen di Sungai Limau, beliau berkata penerimaan masyarakat amat baik.

“Saya akan cuba sedaya mungkin untuk turun padang berjumpa dengan pengundi-pengundi di Dun Sungai Limau. Insya-ALLAH setakat ini, pengundi memberi banyak respond yang baik dan kita harap respond positif ini akan berterusan,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, Pas mengakui terlepas pandang sekeping gambar yang dimuatkan dalam risalah calon Pas.

Menurut laporan itu, Pengarah Operasi PRK Dun Sungai Limau, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, semua urusan reka bentuk, pengumpulan maklumat dan pemilihan gambar diserahkan kepada kumpulan pereka yang sudah biasa melakukan kerja percetakan parti pada sebelum ini.

Beliau berkata, Pas memberi kepercayaan kepada mereka dan hanya menyerahkan hasil kerja akhir untuk semakan.

Azmin: K'jaan BN hidapi 'lelah kewangan'

 

 

Ahli parlimen Gombak Azmin Ali mendakwa Bajet 2014 menunjukkan kerajaan kini menghidapi penyakit "lelah kewangan" ekoran displin fiskal yang lemah sehingga menyebabkan beban hutang negara semakin "membengkak".

Beliau membuat perumpamaan tersebut berdasarkan jangkaan penganalisis ekonomi bahawa kadar hutang negara mencecah 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2014.

Katanya, unjuran yang dikemukakan Maybank baru-baru ini mengunjurkan bahawa jumlah hutang negara mencecah RM541 bilion pada tahun ini dan meningkat menjadi RM578.4b pada tahun depan.

Timbalan presiden PKR itu berkata, perkara ini menyebabkan rakyat berasa bimbang dengan kemampuan kerajaan untuk menyelesaikan hutang tersebut.

"Malaysia di bawah pengurusan Umno, sedang mengalami satu penyakit, yang dinamakan lelah kewangan, tercungap-cungap.

"Biasanya orang yang lelah ni, dalam beberapa ketika, akan masuk ICU. Lepas ICU tu, dia laksana GST (cukai barangan dan perkhidmatan), Insya-Allah, kita akan menyaksikan pengebumian Umno.

"Bila kita hadapi negara sedang mengalami penyakit lelah fiskal, (ini) kerana tidak ada ruang fiskal untuk berbelanja. Maka terpaksa hutang meningkat.

"Dan yang pasti membebankan rakyat terbanyak dan (mereka) tidak ada keazaman politik untuk menyelesaikan masalah yang dibangktilan ketua audit negara," katanya membahaskan ucapan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Bekas IGP mohon maaf pada Ramli Yusuff

 

 

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan hari ini memohon maaf kepada bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff atas kenyataan dalam satu sidang akhbar pada Disember lalu yang mencemar reputasinya.

NONEMusa memohon maaf kepada Ramli di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Prasadh Sandosham Abraham di dalam kamar hari ini.

Mahkamah memerintahkan Musa membayar kos RM10,000 kepada Ramli.

Musa dalam kenyataan semasa sidang akhbar itu menyifatkan Ramli sebagai "white knight" dan dirinya sebagai "black knight".

Ramli mendakwa kenyataan itu telah memberi gambaran buruk ke atasnya