Monday, February 28, 2011
Pentas DAP dibakar, dipercayai angkara khianat
MALAYSIA KINI
Sebuah pentas berdekatan bilik operasi DAP di Merlimau yang didirikan oleh parti itu untuk satu majlis anjurannya yang dijadualkan pada 4 Mac ini dibakar pagi ini.
Menurut pengerusi DAP Merlimau, Shelley Fook, pemilik tanah lapang itu di mana pentas berkenaan didirikan mendapati kepulan asap pada sekitar jam 6 pagi.
"Dia pergi periksa dan mendapati pentas itu dibakar. Dia juga menjumpai sebuah botol kosong dengan kesan petrol,” katanya kepada Malaysiakini.
Namun, hanya permaidani di pentas itu yang musnah kerana bahagian lain diperbuat daripada keluli.
Fook berkata partinya tidak akan membuat laporan polis kerana percaya pihak polis tidak akan bertindak ke atas dalang tersebut.
Pentas itu didirikan bagi majlis ceramah dan juga makan malam bagi merancakkan kempen pilihan raya kecil Merlimau. Antara pemimpin yang dijangka hadir dan berucap adalah setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.
Pakatan berang 'gambar bogel' pemimpinnya disebar
Kempen pilihan raya kecil yang lesu di Merlimau dikejutkan dengan 'gambar lucah' palsu pemimpin Pakatan Rakyat yang disebarkan di kawasan itu.
Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang menghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen.
Lima pemimpin yang 'diserang' itu adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching.
Bercakap pada sidang akhbar, petang semalam, ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berkata dua keping gambar itu dijumpai di Kg Ayer Merbau dan Kg Chinchin, tempat asal calon PAS, Yuhaizad Abdullah.
Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun'- Ummi Hafilda.
Risalah itu berjudul "Kalau Umno haram, kalau PAS halal".
Satu lagi risalah meletakkan kepala Nik Aziz yang terselit di celah kangkang kaki perempuan dengan kata-kata "Ingat PAS, ingat zina, tuihh!".
'Barang bagus baru barang naik'
Ia juga memaparkan gambar mursyidul am PAS itu yang tersenyum sambil memberikan isyarat tangan bersetuju dengan kata-kata "Barang bagus baru barang naik".
Gambar Elizabeth Wong dalam baju tidur seksi yang diambil dari video kontroversialnya yang disebarkan beberapa tahun lalu juga dimuatkan.
Teresa Kok pula digambarkan berpakaian jarang dengan mengayakan kedudukan lucah tetapi gambar palsu Teo Nie Ching dianggap paling keterlaluan. Gambar dengan kakinya yang terkangkang dipaparkan dengan hanya dilitupi logo DAP. Bersebelahan gambar itu diselitkan gambar lain yang membabitkan 'orgy'.
Walupun tiada logo BN dikesan pada risalah berkenaan, Sim percaya, ia didalangi oleh gabungan itu.
"Setiap pilihan raya, calon mesti bertanding dengan adil dan bukan menggunakan taktik kotor seperti ini.
"BN seharusnya menjelaskan perkara ini," katanya.
DAP akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, hari ini.
Tambah masjid atau tambah jemaah
Mohd Ariffuddin |
Di sebuah masjid, seorang lelaki miskin bertanya kepada lelaki kaya mengenai isterinya. Lelaki miskin itu bertanya mengapa beliau hanya memiliki seorang isteri sedangkan beliau mempunyai banyak wang dan beliau juga mampu untuk berkahwin sehingga 4 orang isteri. Lelaki kaya ini kemudiannya senyum dan menjawab. Bukanlah persoalan kuantiti berapa orang isteri yang harus menjadi persoalan sebenarnya. Sebaliknya dengan memiliki seorang isteri ini adakah kita mampu menjawab semua persoalan yang bakal ditanya di hadapan Allah kelak. Kata lelaki kaya itu lagi, seharusnya bukan satu atau empat orang isteri yang perlu didebatkan. Perkara utama yang perlu dirisaukan ialah, adakah anak-anak yang dilahirkan bersama dengan isteri yang seorang ini mampu menjadi anak yang soleh dan akan mendoakan kita sesudah kita meninggal dunia. Meskipun berpeluang untuk bernikah sehingga empat orang isteri. Orang kaya itu tetap setia dengan isterinya yang seorang kerana beliau lebih mementingkan pengisian ilmu kepada anak-anaknya berbanding menambah cawangan isteri. Persoalan yang ditanyakan kepada lelaki kaya di atas barangkali dapat disamakan dengan kenyataan 2 masjid dalam tempoh 20 tahun. Jumlah bilangan masjid sepatutnya tidak perlu dijadikan persoalan yang besar. Yang perlu dijadikan persoalan adalah berapa ramai orang yang datang memenuhkan masjid pada setiap waktu solat. Sememangnya jemaah akan memenuhi masjid pada waktu solat jumaat sehingga ke jalan raya. Namun bagaimana pula dengan kehadiran jemaah pada waktu subuh, maghrib, isyak dan asar? Bilangan makmum yang mendirikan solat di belakang imam kebiasannya dapat dikira dengan jari bagi sesetengah masjid. Berhentilah daripada membincangkan jumlah masjid yang dibina. Pakar-pakar dan juga pemikir perlu mencari jalan bagaimana caranya untuk meningkatkan jumlah jemaah ke masjid. Itu yang harus menjadi topik perbincangan utama semua pihak. Andainya ada pihak yang mampu meningkatkan bilangan jemaah yang datang ke masjid ia adalah sesuatu yang dapat dibanggakan dan ia perlu dicontohi oleh semua pihak. |
Pemergian Erbakan kehilangan besar buat ummah
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat merakamkan ucapan takziah buat keluarga Prof Dr Necmettin Erbakan, Parti Saedat dan seluruh rakyat Turki atas pemergian tokoh gerakan Islam itu ke rahmatullah kelmarin. Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, pemergian Necmettin Erbakan (gambar) adalah satu kehilangan besar buat rakyat Turki dan ummat Islam serantau. Katanya, Prof Erbakan adalah merupakan pelopor kepada gerakan Islam di Turki sejak kejatuhan Empayar Othmaniah pada tahun 1924. Sejak daripada itu, katanya Turki telah di perintah oleh rejim sekular di bawah Kamal Attartuk di mana Islam hanya menjadi amalan di masjid dan dalam majlis perkahwinan sahaja. Katanya, umat Islam yang ingin melaksanakan Islam akan diambil tindakan oleh rejim Attartuk dan perlembagaan Turki sehingga ke hari ini masih menjadikan dasar sekular sebagai tiang kepada sistem Negara mereka yang di payungi oleh tentera. Namun sejak daripada itu, ujarnya kumpulan-kumpulan Islam tidak berdiam diri untuk memastikan roh Islam dilaksanakan semula di Turki. Jelasnya, antara pelopor kepada gerakan tersebut adalah Prof Dr Necmettin Erbakan yang menubuhkan Parti Refah pada 1983 dan akhirnya berjaya memenangi pilihan raya umum Turki dan membentuk kerajaan campuran dimana Prof Erbakan dilantik mengetuai kerajaan campuran tersebut dan menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996. Namun, katanya pemerintah dan tentera yang melihat kejayaan Erbakan dalam membawa Turki ke arah era baru Islam mendakwa Erbakan cuba melanggari perlembagaan negara iaitu cuba menghapuskan sistem sekular ke arah Islam menyebabkan akhirnya Parti Refah diharamkan pada 1998 dan Erbakan telah diharamkan dari bertanding pilihan raya. Namun Prof Erbakan telah cuba menubuhkan beberapa parti baru namun juga tidak berjaya apabila pihak berkuasa Turki dapat menghidunya. “Di akhir hayat, beliau berjaya mengasaskan Parti Saedat pada 2001 sebagai alternatif baru kepada rakyat Turki bagi yang cintakan Islam dan keamanan sehinggalah ke akhir hayat beliau kelmarin. “Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Pusat, kami merakamkan ucapan takziah dan semoga Allah mencuri rohnya dikalangan orang-orang yang beriman,” ujarnya. |
Umno Merlimau nampak tenang tapi bergolak
Aziz Muda |
JASIN: Umno Dun Merlimau walaupun kelihatan tenang, tetapi mengalami pergolakan dalaman yang amat dahsyat, ekoran pemilihan Roslan Ahmad sebagai calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau. Beberapa orang penduduk Merlimau dan sekitarnya ketika ditemui tidak menafikan perkara itu walaupun ia cuba disembunyikan dengan pelbagai cara oleh para pemimpin Umno. Seorang penduduk Merlimau, Ahmad Hashim, 43, memberitahu, Roslan sebenarnya bukanlah pilihan kebanyakan ahli-ahli Umno di kawasan itu, tetapi pemilihan yang dibuat ke atasnya dengan mengetepikan 6 calon lain. "Pemilihan ke atas Roslan dibuat oleh pihak atasan, tetapi ia telah menyebabkan Umno di Merlimau kini bergolak teruk sehngga ada dari kalangan yang tidak terpilih itu berjauh hati," katanya. Calon-calon yang diketepikan adalah daripada kalangan pegawai kerajaan dan pemimpin politik tempatan. Salah seorang daripadanya Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA), Datuk Zaini Md Nor. Selian itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM), Mohamed Nasser Selamat, Penghulu Dun Bemban yang juga Penolong Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Jasin, Jezlee Pit. Tidak ketinggalan juga bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah, 63, yang berasal dari Kampung Pulai, Merlimau, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat. Nama beliau sebelum ini pernah dikaitkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum 2008. Zaini, 50, berasal dari Kampung Batu Gajah, Merlimau adalah bekas Datuk Bandar Bandaraya Melaka Bersejarah yang pertama. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Mohamed Nasser, 46, adalah bekas Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Jasin dan anak jati Dun Merlimau. Beliau yang juga AJK Umno Bahagian Jasin adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBA) dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat. Nama-nama lain yang turut dipilih ahli-ahli Umno kawasan itu termasuklah Timbalan Ketua Umno Bahagian Jasin, Datuk Mohd Said Yusof; Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin, Zaleha Bujang; Ketua Pemuda Umno Bahagian Jasin, Zaidi Attan dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian, Abdul Nasir Bazid. Mohd Said adalah bekas Ahli Parlimen Jasin, Zaleha Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas Dun Bemban, Zaidi yang juga seorang ahli perniagaan adalah Penolong Setiausaha Pemuda Umno negeri, manakala Abdul Nasir adalah kakitangan sebuah sekolah di Merlimau. Di kalangan ahli-ahli Umno Merlimau, Mohamad Nasser Selamat, Abdul Nasir Bazid dan Datuk Zaini Md Nor lebih disukai, berbanding Roslan yang langsung tiada dalam pilihan mereka. Seorang penduduk Air Tawar, Rusnan Wahab, 52, (kanan) memberitahu, pergolakan yang berlaku dalam Umno Dun Merlimau itu kini bukan sahaja diketahui penuduk kawasan itu, tetapi juga penduduk sekitarnya termasuk di kawasannya. "Memang parah sehingga ada yang dah sampaikan tak 'buka lampu' lagi di rumahnya kerana kecewa," katanya. Disebabkan keadaan itu, beliau yakin jika tidak menang sekalipun, PAS mempunyai peluang besar untuk mengurangkan majoriti undi Umno pada PRK 6 Mac ini. Rakannya, Rosli Jaamat, 46, (kiri) turut mengakui perkara itu dan untuk tidak memburukkan keadaan, kepimpinan tertinggi Umno mungkin berusaha memujuk mereka dengan habuan tertentu termasuk yang berbentuk projek dan bentuk-bentuk lain. "Itu pula akan menjadikan salah guna kuasa dan penafian hak rakyat di kalangan pemimpin Umno semakin menjadi-jadi dan ia amat perlu disedari oleh orang ramai," jelasnya. |
Perak contohi Kelantan perkenal dinar, dirham
Harakahdaily |
IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yakin pendekatan baru yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk memperkenalkan Dinar Emas dan Dirham Perak adalah pendekatan yang baik seperti mana yang telah dipelopori oleh Kerajaan Kelantan. Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, apa yang dilakukan oleh Kelantan tahun lepas mendapat sambutan baik di kalangan rakyat dan berharap rakyat Perak mengambil peluang yang sama. Katanya, saranan Kelantan yang disambut kerajaan negeri telah membuka lembaran baru sistem mata wang kerana pengukuhan Dinar Emas dan Dirham Perak telah membuktikan sistem kewangan Islam adalah yang terbaik sehingga saat ini. “Justeru bagi DPPN Pk, usaha oleh Kerajaan Negeri Perak ini adalah tidak sia-sia dan amat memerlukan sokongan dan dokongan semua pihak,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini. Baginya, sudah tentu perkara itu juga adalah menjadi perancangan PAS bagi membuka minda rakyat pelbagai kaum di negara ini akan kebaikan sistem kewangan Islam yang sepatutnya sudah lama diperkenalkan oleh kerajaan negeri. “DPPN Pk memuji langkah berani Kerajaan Negeri Perak atas perkara ini dan berharap dapat menjalankan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan bagi tujuan promosi dan perkara lain yang berkaitan,” ujarnya. |
Kedah tanggung belajar pulang, wang poket RM500
Khairul Izwan |
ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah memberi khabar gembira kepada pelajar Mesir di Kedah apabila sanggup menanggung segala perbelanjaan balik pelajar ke Mesir di samping wang poket untuk setiap pelajar. |
Pelabur paling ramai ke P.Pinang di Malaysia
Mohd Sabri Said |
GEORGETOWN: Pulau Pinang merupakan negeri yang paling ramai pelabur di Malaysia diikuti Selangor dan ini buktikan Kerajaan Pakatan Rakyat boleh membawa Malaysia ke arah kemakmuran, sejahtera dan bertrampilan. |
Kenapa baru sekarang nak bantu rakyat
Aziz Muda |
JASIN, 28 Feb: Penduduk di kawasan Dun Merlimau kini amat hairan dengan tindakan para pemimpin Umno dan kerajaan Melaka yang begitu bersungguh-sungguh untuk membantu penduduk di kawasan itu, sedangkan sebelum ini tidak pula sedemikian. Jika sebelum ini mereka diabaikan dari segala aspek, kini mereka bukan sekadar disogokkan dengan wang, tetapi juga diberikan jalan tar hingga ke hadapan rumah dan diperbaiki longkang-longkang yang rosak. Beberapa orang penduduk di kawasan Merlimau ketika ditemui berkata, dengan itu ternyata, mereka bukan ikhlas hendak menolong, tetapi hanyalah untuk memancing undi bagi mendapat kemenangan dalam pilihanraya. Seorang penduduk yang ditemui, Ismail Abdul Rahman, 77, (gambar) berkata, menjelang PRK Dun Merlimau 6 Mac ini, beliau juga turut didatangi para pemimpin Umno dan turut diberikan jalan tar hingga ke hadapan rumahnya. Menurut beliau, bantuan seperti itu turut diberikan kepada beberapa orang jirannya yang lain, sehingga menyebabkan mereka menjadi hairan dengan apa yang diberikan itu. Katanya, pada hal, beliau dan jiran-jirannya tidak pernah memohon bantuan sedemikian dan mereka sendiri dapat mengagak berapa banyak wang rakyat yang disalahgunakan oleh para pemimpin Umno atau BN untuk kepentingan mereka. "Sebenarnya, dah 45 tahun saya tak dibantu apa pun oleh kerajaan. Kalau ada pun bantuan seperti ini kepada orang ramai yang juga pernah saya kecapi hanyalah zaman Tun Razak dulu. "Jalan tar di hadapan rumah itu pula bukanlah penting sangat. Tak diberikan jalan tar pun kami boleh gunakan jalan sedia ada dengan selesa untuk berulang alik ke rumah. Tapi diberikan jalan tar kami ambil. Diberikan apa saja pun kami ambil," katanya. Beliau yang juga salah seorang pengundi di kawasan itu memberitahu, para pemimpin Umno kini amat terdesak sehingga sanggup memberikan apa sahaja kepada para pengundi terutama di kawasan-kawasan peti undi yang tidak memihak kepadanya. "Dengan itu, ternyata, kita tidak perlu takut untuk menyokong PAS atau pembangkang. Jika dekat pilihanraya, mereka pasti cari kita dan berikan bantuan (yang sebenarnya sogokan) kepada kita. "Kepada para penyokong Umno sendiri pula, yang dapat tu dapatlah, yang tak dapat pun cukup banyak, tetapi kepada para penyokong PAS, kami hanyalah mengharapkan bantuan Allah," katanya. Manakala rakannya, Rusnan Wahab, 52, pula mempersoalkan bantuan wang yang diberikan oleh para pemimpin Umno dan kerajaan Melaya kepada sesetengah nelayan di kawasan itu yang berjumlah antara RM200 hingga RM300 seorang. "Bantuan itu memang cukup kita faham. Ia adalah sogokan untuk pilihanraya. Tetapi apa maknanya diberikan wang? Kalau betul ikhlas nak bantu nelayan bukan wang sebanyak itu yang diperlukan. Wang sebanyak itu apalah sangat dan berapa hari boleh tahan? "Kalau benar-benar nak bantu, berilah bantuan dalam bentuk lain yang diperlukan nelayan di kawasan itu seperti enjin, jaring dan seumpamnya kerana itu semua mahal dan lebih diperlukan nelayan. Tetapi enjin dan jaring tak pula diberikan," katanya. Sementara seorang lagi penduduk yang ditemui, Muhammad Rashid, 32, berkata, longkang di hadapan rumahnya sebenarnya masih elok lagi. "Tetapi yang peliknya, longkang itu pun turut diperbaharui menjelang PRK Dun Merlimau 6 Mac ini kononnya untuk keselesaan orang ramai, walaupun ia sebenarnya tak perlu diperbaiki sekarang, tetapi bila benar-benar perlu diperbaiki nanti," katanya sambil ketawa sinis. |
Adnan perlu jelaskan hutang negeri RM2.17b
Hafiz Baqi |
TEMERLOH: PAS menggesa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menjelaskan kelemahan pentadbirannya kerajaannya kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau seperti mana dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara. Gesaan itu dibuat ekoran kenyataan Adnan yang menyebut selama Barisan Nasional menerajui Pahang tidak ada isu untuk dibangkitkan oleh pembangkang dalam PRK Dun Kerdau. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pengarah Pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dalam sidang medianya hari ini berkata, Laporan Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini banyak menyentuh tentang kelemahan Kerajaan Pahang yang merangkumi pelbagai skop. Kata beliau, paling utama kelemahan melibatkan pentadbiran dan pengurusan sehingga kerajaan negeri kehilangan sumber pendapatan sebanyak RM227.9 juta ekoran empat buah syarikat-syarikat berkaitan negeri (GLC) gagal membayar balik pinjaman mengikut jadual. Lebih teruk lagi kata beliau, laporan itu juga mendedahkan kerajaan negeri tidak boleh mengambil tindakan terhadap GLC terbabit sekiranya GLC terbabit gagal membuat bayaran. "Jelas dan nyata bahawa inilah antara sebabnya mengapa pakar ekonomi meramalkan kerajaan negeri Pahang berpotensi bankrap," kata beliau dalam sidang media di Markas besar PAS Kerdau hari ini. Turut hadir dalam sidang media itu ialah Timbalan Pengarah Pilihan raya PAS Dun Kerdau, Abdul Wahid Endut dan Ahli jawatankuasa PAS, Dr Dzulkifly Ahmad. Kata Tuan Ibrahim, oleh kerana Lapuran Audit Negara adalah maklumat awam, menjadi tanggungjawab pada Adnan memberi penjelasan kepada rakyat termasuk pengundi di Kerdau, apa langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi kepincangan-kepincangan tersebut. Selain itu, Adnan juga digesa menjelaskan mengapa kerajaan negeri telah mengalami defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut dan kini menganggung bebanan hutang sebanyak RM2.17 bilion seperti mana Laporan Ketua Audit Negara tersebut. "Dalam masa yang sama PAS juga menuntut kerajaan negeri di bawah kepimpinan Barisan Nasional mendedahkan prestasi semsasa GLC negeri sebagaimana dilakukan oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat," ujarnya. Mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tentang pemilihan Hassanuddin sebagai calon PAS, Tuan Ibrahim berkata ia berdasarkan proses biasa dalam PAS. Nama Hassanuddin katanya, di hantar oleh PAS Kawasan, diluluskan oleh PAS negeri dan seterusnya mendapat kelulusan PAS Pusat dan Majlis Syura. "Pemilihan Hassanuddin juga setelah mengambil kira suasana dan keperluan setempat," kata beliau yang menyifatkan isu pembangunan dan salah urus tadbir sebagai fokus utama di Dun berkenaan. Justeru beliau menyeru pengundi di Kerdau membuat pilihan yang tepat bagi membongkar segala kepincangan demi memperjuangkan kepentingan penduduk Kerdau dan seluruh negeri Pahang. "Calon yang paling wibawa bagi merealisasikan tujuan dan menggalas tanggungjawab ini adalah Hassanurddin Salim, yang berlatarbelangkan integriti, kemampuan serta pengalaman kerjayanya di luar negara," katanya. |
Hasanuddin : Masyarakat Kerdau Sudah Terima Pakatan Rakyat
Bercakap mengenai hal itu dalam segmen khas di Tv Selangor, menurut Hasanuddin, masyarakat di Kerdau kini lebih terbuka dalam menerima pandangan parti lain selain Umno-BN yang menakluk pemikiran mereka sejak sekian lama.
Hakikat itu katanya harus diakui oleh Umno-BN.
" Kalau dulu masyarakat di sini mereka begitu tertutup untuk menerima pandangan dari parti-parti selain daripada Umno-Barisan Nasional tetapi dalam pilihan raya 2008, kita hampir boleh berjumpa, berbincang dengan masyarakat termasuk ketua-ketua masyarakat yang mereka ini kelihatannya bersama dengan Umno-Barisan Nasional tetapi kini kita boleh berbincang," katanya.
Menurut Hasanuddin, hubungannya yang rapat dengan penduduk sekitar Kerdau yang rata-ratanya punya talian persaudaraan dengannya menyebabkan masyarakat setempat senang untuk berkongsi masalah yang dihadapi.
" Bagi golongan muda, mereka sebenarnya ketandusan atau pun tidak ada tanah untuk mereka duduki dan tidak ada kawasan perumahan khusus buat mereka. Generasi kedua dan ketiga di kawasan DUN Kerdau ini majoritinya menumpang di rumah orang tua masing-masing dengan sebahagiannya yang bekerja dengan kerajaan ,mungkin boleh membuat pinjaman perumahan tetapi bagi yang bekerja sendiri mereka berhadapan dengan masalah," tambah beliau.
Menurut anak kelahiran Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh, keadaan ini menyebabkan generasi muda yang ingin memulakan kehidupan baru sedikit terganggu.
Sementara itu, menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula, walaupun pilihan raya kecil yang bakal berlangsung pada 6 Mac ini kelihatan tenang, namun Umno-Barisan Nasional dilihat bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kerusi itu sehingga menggunakan seluruh jentera yang ada.
" Yang pelik di Kerdau ini ialah pejabat agama, seluruh kadi daerah diarahkan datang ke Kerdau, seorang kadi jaga satu masjid, kadi yang sepatutnya jaga satu daerah, tinggal jaga satu masjid untuk pastikan bahawa kononnya masjid itu akan disalahgunakan dan sebagainya.
" Saya fikir, apa yang penting dalam konteks ini ialah, mereka dipaksa oleh ketua jabatan, oleh Umno yang berkuasa, tinggal tangggungjawab asasi dan datang ke sini menyebabkan berlaku kelompongan tugas mereka," jelas Tuan Ibrahim.
Malah menurut beliau, media milikan Umno digunakan sebaiknya untuk terus mengaburi mata rakyat selain menyajikan gula-gula politik kepada rakyat.
Diskriminasi terhadap calon-calon Pakatan Rakyat dan juga pemimpin-pemimpin gagasan itu juga terus berleluasa sama ada dalam pilihan raya kecil atau umum.
" Kalau pun keluar gambar, mulut bercakap tetapi suara tidak ada. Dan ini biasa dibuat. Kalau kita lihat bagi konteks Kerdau, yang paling ketara di Felda-felda ialah seluruh jentera felda digunakan. Bahkan lebih malang lagi pengurus-pengurus digunakan, mereka diarah untuk datang ke Kerdau untuk menjaga setiap blok," tambahnya.
Namun menurut Tuan Ibrahim, walau apa pun yang berlaku, perjuangan tetap diteruskan dan beliau yakin, rakyat semakin matang dalam membuat keputusan.
" Walaupun orang kata Pakatan Rakyat mungkin tidak ada isu yang boleh dibawa di Kerdau, tetapi rakyat boleh menilai setiap hari siang dan malam, jalan baru diturap, pelbagai projek diberikan dalam tempoh ini yang menggambarkan bahawa sebenarnya banyak isu yang berlaku di sini, yang perlu kita bongkar dalam tempoh tujuh hari ini.
Pada 6 Mac ini, Hassanuddin akan berdepan dengan calon BN,Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44. Syed Ibrahim adalah naib ketua Umno bahagian Kuala Krau dan merupakan pegawai khas kepada menteri besar Pahang.
Hassanuddin sebelum ini tewas dengan majoriti 1,615 undi. Beliau mendapat 2,520 undi, manakala Datuk Zaharuddin Abu Kassim. memperolehi 4,135 undi.
Najib Tunggu Wakil Rakyat Mati Baru Umum Pembangunan
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata tindakan Najib mengumumkan pembangunan setiap kali adanya pilihanraya kecil membuktikan Najib telahpun merancang untuk membawa pembangunan hanya apabila ada pilihanraya kecil atau dalam erti kata lain, selepas wakil rakyat kawasan tersebut meninggal dunia.
"Sebenarnya dia bukan memancing undi, RM10 juta itu, dia memang telah merancang. Polisinya ialah peruntukkan untuk pembangunan akan dibuat hanya apabila ada pilihanraya kecil, dengan kata lain, Najib memang mmengharapkan wakil rakyat meninggal dunia," kata beliau.
Tambahnya, pembangunan infrastruktur dan sebagainya dilakukan dalam kadar yang cepat apabila adanya pilihanraya kecil, bukannya semasa wakil rakyat kawasan tersebut masih menjalankan tugasnya.
Kata beliau lagi, Malaysia mungkin satu-satunya negara di mana pemerintahnya mengamalpan polisi sebegini.
"Jadi ini satu polisi yang pelik, tak ada negara di dunia yang mengamalkan polisi seperti ini. Sebab secara terang-terangan, kalau tak ada pilihanraya kecil dia takkan buat. Umumkan pembangunan RM10 juta dan semua itu, dia kata tak pancing undi. Pancing undi memanglah salah dari segi peraturan, tapi apa yang Najib buat ini melebihi daripada setakat kesalahan memancing undi," jelas beliau.
Dalam pada itu, Azan turut mempersoalkan ketelusan projek yang diumumkan kerana tiada tender terbuka diumumkan berkenaan projek tersebut sebelum ini.
Beliau menyuarakan kesangsian bahawa projek sebegini mungkin satu kaedah membantu sesama kroni BN kerana perbelanjaan pembangunan adalah perbelanjaan yang telahpun dibincangkan dan diluluskan di Parlimen, dan hanya menunggu perlaksanaan sahaja.
"Perbelanjaan itu kita perlu tahu, yang diumumkan bukannya kepada rakyat RM10 juta itu tetapi kepada kroni. Kita tengok, nilai RM10 juta, kerja buat jalan, paip air itu semua dibuat tiada tender, perbelanjaan serta-merta untuk pilihanraya. Dan perbelanjaan ini siapa yang keluarkan? Kerajaan keluarkan, dan kepada siapa? Kepada kroni," tegas beliau.
Tambahnya, keengganan Najib mengumumkan pembangunan sebelum ini jelas menampakkan hasratnya iaitu menunggu wakil rakyat meninggal dunia agar dapat mengumumkan pembangunan semasa pilihanraya kecil berlangsung.
"Maknanya dia telahpun menafikan pembangunan di Kerdau dan apabila ada pilihanraya kecil sahaja barulah dia buat. maknanya wakil rakyat dia mati barulah dia buat. Begitulah teruknya sistem pentadbiran yagn diamalkan atau diteruskan oleh Najib dalam era dia," kata beliau lagi.
Calon PAS: Usah banding dengan Galas atau Tenang, Merlimau bukan lagi kubu BN
JASIN — Calon PAS Yuhaizat Abdullah berkata kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional (BN) ekoran kejayaan parti Islam itu berjaya mengurangkan majoriti undi pada pilihan raya umum 2008.
Pada pilihan raya umum lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.
Berbanding 2004, Mohamad Hidhir yang mewakili BN menang dengan majoriti 5,087 undi mengatasi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jayathas Sirkunavelu ketika itu.
Yuhaizat yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka berkata, walaupun sukar untuk mencapai kemenangan, namun ia bukan penghalang untuk mencipta sejarah buat parti Islam itu mempunyai seorang wakil rakyat di Melaka.
“Kita ambil keputusan daripada pilihan raya umum 2008 yang mana kita mengurangkan majoriti hampir 3,000 di Merlimau.
“Walaupun sukar tapi ia tidak mustahil, kita melakukan sejarah di Melaka untuk kurangkan majoriti seterusnya kurangkan undi dan melihat kemenangan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
DUN Melaka mempunyai 28 kerusi yang mana 23 kerusi tersebut dipegang BN manakala lima lagi diwakili DAP.
Dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau, Yuhaizat berdepan dengan calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin.
Ini merupakan kali pertama kedua-dua calon bertanding dalam pilihan raya.
Ditanya kekalahan PAS pada pilihan raya kecil Galas (Kelantan) dan Tenang (Johor), Yuhaizat menegaskan ia tidak boleh menjadi ukuran untuk BN mencapai kemenangan di Merlimau.
“Kekalahan pilihan raya kecil di Galas dan Tenang, kami sendiri berhadapan dengan BN seolah-olah dalam satu padang bola yang kami diberikan arahan untuk menendang dengan kaki kiri sahaja.
“Tapi Umno pula boleh menendang dengan kaki kiri dan kanan, dengan padang yang tidak rata ini macam-macam boleh berlaku,” kata beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.
Pakatan Rakyat dilihat berhadapan dengan situasi kemerosotan undi orang Melayu sejak Julai 2009 di mana pada pilihan raya kecil DUN Manek urai di Kelantan, yang pengundinya 99 peratus orang Melayu, PAS hanya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 65 undi berbanding 1,352 pada Mac 2008.
Sokongan orang Melayu dilihat terus mula memihak kepada BN dalam pilihan raya-pilihan raya kecil lalu, daripada tujuh kepada 10 peratus, sekali gus membolehkan perikatan kerajaan pusat itu merampas Hulu Selangor dan Galas daripada Pakatan Rakyat.
Dalam pilihan raya kecil terbaru di Tenang, Johor pula Pakatan Rakyat gagal untuk menerokai sokongan kalangan peneroka Felda, majoritinya orang Melayu, di mana BN menguasai lebih 83 peratus undi.
Jelas Yuhaizat, sokongan pengundi di kawasan Merlimau terutamanya masyarakat Tionghoa terhadap parti Islam itu semakin menunjukkan perkembangan yang positif.
“Sokongan daripada masyarakat Melayu dan Tionghoa amat baik kepada kita dan kita akan jumpa serta mendampingi masyarakat Tionghoa.
“Saya harap masyarakat Tionghoa tidak kekok untuk berikan sokongan kepada kita,” katanya.
Kumpulan pertama 98 rakyat Malaysia di Libya tiba di KLIA
SEPANG — Kumpulan pertama rakyat Malaysia seramai 98 orang tiba dari Libya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pagi ini.
Mereka tiba pada 6.25 pagi menerusi pesawat komersial Penerbangan Malaysia (MAS) MH 015.
Yang turut menyambut ketibaan mereka ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot.
Rakyat Malaysia dibawa pulang ke tanah air ekoran krisis yang sedang berlaku di Libya.
Riot kemudiannya memberitahu pemberita dua orang daripada kumpulan tersebut adalah pelajar yang menuntut di Universiti Dakwah Islamiah Libya, enam orang pegawai kedutaan dan selebihnya para pekerja di Libya.
Kementerian Luar masih belum dapat mengesan tiga lagi rakyat Malaysia yang berkerja di Libya, katanya.
“Kita dalam usaha mencari dan menghubungi mereka. Kita tidak dapat mencari lokasi mereka sekarang. Kita tahu bahawa mereka masih berada di Libya berdasarkan laporan yang diberikan oleh ahli keluarga mereka. Tetapi di mana mereka berada, kita masih tidak tahu,” katanya.
Riot berkata kumpulan kedua yang terdiri daripada 32 rakyat Malaysia yang kini berada di Rome, Itali akan tiba Rabu ini.
Muhyiddin sumbang ganjaran kaum pendidik RM18 juta
JASIN - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ganjaran “tawaran baru” bernilai RM18.4 juta kepda pengetua dan guru, yang telah mempamerkan prestasi cemerlang melepasi sasaran Bidang Hasilan Utama Nasional (NKRA) — perkembangan yang dilihat sebagai usaha menarik sokongan golongan pendidik ke arah Barisan Nasional (BN).
Timbalan presiden Umno ini berkempen bagi calon BN pada pilihan raya kecil Merlimau di sini dan menggunakan kesempatan untuk mengumumkan ganjaran atas kapasitinya sebagai menteri pelajaran.
Seramai 586 pengetua menerima RM7,500 seorang. Lima peratus guru, dari sekolah yang sama, akan menerima RM1,800 seorang atas prestasi mereka manakala staf perkhidmatan pendidikan yang lain pula diberi RM900 seorang.
“Ganjaran bagi pengetua bertujuan untuk membantu meningkatkan kualiti pelajar dengan meningkatkan prestasi guru,” kata timbalan perdana menteri pada majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Tun Syed Zahiruddin di Merlimau hari ini.
Skim baru ini sebahagian daripada dana RM2.492 bilion yang disalurkan kepada sekolah dan jabatan-jabatan pelajaran di seluruh negara, dilihat sebagai satu lagi usaha kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Muhyiddin berkata di bawah Tawaran Baru kepada pengetua yang dijanjikan kerajaan pada tahun lepas, hari ini seramai 586 guru besar yang berjaya dari seluruh negara menerima ganjaran tersebut.
“Staf sokongan seperti kerani di 586 sekolah yang berjaya itu juga akan diberi imbuhan yang setimpal kerana mereka juga memberi sumbangan kepada sekolah tersebut. Kadar ganjaran belum ditetapkan,” katanya.
Di bawah Tawaran Baru itu, pengetua menerima ganjaran sebanyak RM7,500 diikuti sebanyak lima peratus daripada jumlah keseluruhan guru di sekolah terbabit akan menerima RM1,800 manakala baki guru lain mendapat RM900.
Muhyiddin menambah pembayaran ganjaran tersebut akan dibuat serta-merta kerana peruntukan telah disediakan.
Beliau berkata tawaran sama kepada pengetua dan guru sekolah menengah akan diberikan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan bulan depan.
Katanya, sasaran awal pemimpin sekolah yang layak menerima ganjaran pada tahun penilaian 2010 ialah sebanyak dua peratus namun pencapaian sebenar bagi tahun penilaian itu adalah di luar jangkaan antaranya disebabkan oleh peningkatan kualiti kepimpinan sekolah dan tahap pengajaran dan pembelajaran guru.
Sebanyak 924 (12.10 peratus) sekolah daripada 7,635 yang berada dalam senarai kedudukan layak untuk diverifikasi oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).
Berdasarkan verifikasi JNJK, bilangan guru besar atau sekolah yang memenuhi semua kriteria yang ditetapkan untuk menerima ganjaran ialah sebanyak 586 (7.70 peratus) sekolah.
Katanya, daripada keseluruhan bilangan sekolah rendah yang berada dalam senarai kedudukan, 193 (2.53 peratus) adalah sekolah yang mencapai skor komposit sekurang-kurangnya 84 peratus, 138 (1.81 peratus)
sekolah yang melonjak kedudukan sekurang-kurangnya sebanyak 2,050 tempat dan 257 (3.37 peratus) adalah sekolah yang berjaya meningkatkan skor komposit sekurang-kurangnya 6.3 peratus.
“Kita juga berasa amat sukacita dan bangga kerana daripada 586 sekolah yang menerima ganjaran, 437 (74.32 peratus) daripadanya merupakan penerima dari sekolah dari luar bandar,” katanya yang menambah, sekolah di bandar juga ada
menerima anugerah tersebut.
Muhyiddin berkata dalam tawaran baru itu, kepimpinan sekolah dilihat dalam beberapa kriteria menerusi kombinasi Gred Purata Sekolah dan Skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia.
Antara kriteria tersebut ialah kemenjadian murid dalam akademik dan kokurikulum, kepimpinan pengetua dan guru besar dalam merancang, menyelaras, memantau dan menilai aktiviti pembelajaran dan pengajaran di sekolah.
Kepimpinan pengetua dan guru besar sebagai agen perubahan utama di sekolah, kepimpinan pengetua dan guru besar dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menyokong proses pembelajaran dan pengajaran di dalam dan di luar bilik darjah.
“(Bagi penerima hari ini) Sekolah juga telah disahkan memperoleh laporan audit tanpa teguran dan guru besar memperoleh skor Laporan Nilaian Prestasi Tahunan lebih daripada 90 peratus serta bebas daripada tindakan tatatertib,” katanya.
Muhyiddin berkata bagi pemimpin sekolah yang berada dalam kelompok pertengahan atau tidak menepati sasaran, iaitu tidak mencapai skor komposit melepasi 84 peratus untuk sekolah rendah, tidak akan diabaikan malah akan dibantu agar pencapaiannya meningkat.
“Kementerian (Pelajaran) akan memastikan guru besar yang tidak mencapai sasaran seperti yang ditetapkan akan diberi peluang mengikuti kursus penambahbaikan berdasarkan keperluan masing-masing dan diberi bimbingan dari semasa ke semasa,” katanya.
PAS usah mimpi boleh rampas Merlimau, kata Ali Rustam
JASIN — Datuk Seri Mohd Ali Rustam menasihatkan PAS agar tidak bermimpi yang ia boleh merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, yang selama ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).
Ini kerana, jelas Ketua Menteri Melaka, PAS tidak mempunyai jasa besar di Melaka, sebaliknya hanya tahu melemparkan pelbagai tuduhan berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau.
“Tapi tak akan tiba-tiba, BN buat kerja siang malam, ekonomi Melaka baik, keselamatan pun bagus dan sosial lebih bagus daripada PAS tadbir di Kelantan. Tak akan orang tak kenal jasa kita, PAS datang sini kata kita mati masuk neraka, tak akan orang Melaka nak dengar cakap PAS yang fitnah macam ini?” kata beliau.
“PAS ini saya ingat dia mimpi, dia tak tahu apa yang dia cakap... macam kita buat lapangan terbang, kapal terbang Boeing 737 dah turun tapi dia kata tak ada sama juga. Macam Eye On Malaysia, saya kata swasta yang buat yang baru ini tapi dia kata kerajaan buat, bukankah ini bohong? Orang Melaka tahu, tak akan orang Melaka akan percaya cakap bohong macam itu,” kata Mohd Ali kepada The Malaysian Insider.
Selain itu, beliau juga menyifatkan PAS sebagai “terdesak” apabila menggunakan pengaruh pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman dalam kempen pilihan raya kecil parti itu untuk meraih sokongan pengundi Melayu.
“Saya tengok PAS ini dia dah kira terdesak betul, tak akan tiba-tiba orang nak bagi dia undi... apa jasa dia di sini (Merlimau)? Di Kelantan pun tak boleh tadbir. Dia tuduh kita jahiliah tapi sembahyang di masjid kita.
“Jadi orang Melaka tahu dia (PAS) cakap fitnah, saya tak fikir orang Melaka atau Merlimau akan beri sokongan yang banyak, sikit-sikit undi dia dapatlah tapi bukan banyak,” katanya.
Bob Lokman salah seorang penceramah jemputan PAS pada pilihan raya kecil DUN Merlimau yang berlangsung ini.
Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.
“Kita maju tapi PAS kata tak maju, tapi nak dapatkan undi. PAS apa jasa? Tak akan orang tiba-tiba nak bagi jasa pada PAS?
“Lepas itu asyik mengata kita, saya fikir orang tak bagi undi banyaklah... jangan harap nak dapat undi percuma,” tegas Mohd Ali.
Pengerusi Umno Melaka itu itu berkeyakinan BN akan memperoleh lebih 50 peratus undi Cina bagi membantu mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan raya kawasan itu yang akan diadakan 6 Mac.
“Saya yakin kita akan dapat undi tambahan daripada pengundi (Cina) di DUN Merlimau, nampak daripada reaksi dan respons yang baik daripada mereka. Saya fikir kita boleh dapat lebih daripada 50 peratus (undi Cina) kalau tengok keadaan sekarang yang mana mereka semua OK, gembira dan tiada tekanan.
“Bagaimanapun saya minta jentera juga tidak terlalu yakin, kita kena kerja, Saya janji majoriti lebih dari yang lepas, berapa sasaran saya tak sebut asalkan lebih kita akan berpuas hati,” katanya.
Semalam Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata PAS memerlukan 45 peratus undi Melayu untuk merampas kerusi Merlimau, sekali gus menghantar wakil rakyat pertamanya ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Beliau berkata, pihaknya kini sudah berjaya memperoleh 41 peratus undi Melayu dan memerlukan empat peratus lagi untuk mencapai kemenangan.
Kata Halim, PAS juga menyasarkan 75 peratus undi Cina dan 40 peratus undi India.
Mengenai tuduhan yang dilemparkan PAS terhadap kerajaan pimpinannya termasuk pembinaan lapangan terbang Batu Berendam dan sistem monorel di sepanjang Sungai Melaka, Mohd Ali berkata parti Islam itu sebenarnya tidak mempunyai isu untuk menyerang BN.
“PAS cakaplah apa yang dia nak cakap... dia parti pembohong dan suka cakap fitnah... PAS tak faham ekonomi, kita ada monorel tepi sungai... pelancong pun sudah 10 juta orang, monorel pun kita buat duit juga. Mula-mula dulu (ketika dilancarkan) ada patah sikit, monorel itu kita beli murah dari China.
“Dia (PAS) nak undi Cina tapi barang China tak nak pakai, PAS ini kan hipokrit... saya beli monorel dari China pasal sokong Cina. Jadi saya sokong China... saya sokong orang Cina jadi saya beli monorel China. DAP kata nak undi Cina tapi monorel China tak nak beli.
“Dia cakap lain tapi buat lain, saya berani beli monorel,” tegas beliau.
Ini pilihan raya kecil ke-15 sejak 8 Mac 2008 dan yang pertama di Melaka.
Lapan pemimpin Hindraf, HRP mungkin didakwa Jumaat
KUALA LUMPUR – Lapan pemimpin kanan kumpulan tidak berdaftar Hindraf dan Parti Hak Asasi Manusia (HRP) yang ditahan semalam kerana berhimpun secara haram dijangka dihadapkan ke mahkamah Jumaat ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis semalam dan polis kini dalam proses melengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
“Kami akan serahkan laporan lengkap siasatan dalam masa terdekat kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya sebelum tarikh tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini hari ini.
Zulkifli berkata, polis turut menahan 14 orang lagi di Balai Polis Daerah Jinjang apabila mereka enggan bersurai di hadapan balai itu malam semalam.
“Polis terpaksa menahan mereka dan akan disiasat di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana berhimpun secara haram sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada petang ini,” katanya.
Semalam, seramai 109 orang, termasuk pemimpin Hindraf P.Uthayakumar ditahan polis kerana berdemonstrasi secara haram bagi membantah novel Interlok.
Mengulas tentang mesyuarat bersama DBKL, Zulkifli berkata polis dan DBKL akan meningkatkan kerjasama dalam menjaga keselamatan bandar ini dengan pemantauan daripada kedua-dua pihak.
“Di bawah satu projek khas, polis dan DBKL telah mengenal pasti kawasan yang tinggi kadar jenayah ataupun kawasan panas dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.
Koperal Jenain diarah bela diri kes tembak mati Aminulrasyid
SHAH ALAM — Mahkamah Sesyen memutuskan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Koperal Jenain Subi dalam kes menembak mati remaja Aminulrasyid Amzah di sini, 26 April lalu.
Justeru, anggota polis berusia 48 tahun itu diarah membela diri pada 14 dan 15 April ini.
Jenain, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April tahun lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepalanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Adilla Ahmad sementara Jenain diwakili peguam M. Athimulan dan Salim Bashir.
Pengundi perlu ubah kepercayaan hanya Umno-BN boleh tadbir, kata Nik Aziz
Menteri Besar Kelantan membuat seruan ini ketika pengundi Merlimau dan Kerdau bersiap sedia untuk menuju peti undi sempena pilihan raya kecil serentak Ahad ini.
Malah wujud spekulasi negara akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 tahun ini manakala rakyat Sarawak pula akan menyaksikan pilihan raya negeri bila-bila masa dari sekarang, kemungkinan awal April.
Pakatan Rakyat mencatatkan prestasi terbaik dan membentuk gabungan formal selepas pilihan raya umum 2008.
Sehubungan itu, kata Nik Aziz, menghadapi pilihan raya kecil ini, “saya mengajak para pengundi sekalian tetapkan niat dan iman semasa menggunakan hak mengundi “untuk ubah nasib hidup kita, demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.”
“Sesuai dengan niat tersebut, maka ubahlah kepercayaan kita dari mempercayai hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan membawa pembangunan, kepada memberi kepercayaan kepada PAS-Pakatan Rakyat yang juga boleh memerintah dan membawa pembangunan kepada bangsa, agama dan tanah air,” kata beliau dalam tulisan di blognya hari ini.
Dalam memberikan justifikasinya, Nik Aziz menambah, ini kerana parti Islam PAS sudah lebih 20 tahun berjaya sebagai sebuah kerajaan yang memerintah dan membangunkan rakyat dan negeri di Kelantan.
“Dan, kini kejayaan itu turut berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor,” kata beliau lagi dalam perutusan sempena hari pengundian Ahad ini.
Nik Aziz yang memimpin kerajaan negeri PAS Kelantan sejak 1990 menulis, PAS di Kelantan mencapai kejayaan kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah, masuliah dan itqan yang selari dengan kehendak syariat.
“Justeru itu, kerajaan negeri Kelantan berjaya dengan rekod bersih, tiada amalan rasuah, berintegriti, bebas dari riba dan subur dengan hasil mahsul anugerah Tuhan.
“Malah berkat pentadbiran Islam, semua lapisan kaum hidup dengan aman, damai dan sejahtera berpandukan agama,” katanya lagi.
Nik Aziz berkata bermakna kerajaan negeri Kelantan tetap jujur dan ikhlas mendidik semua pemimpin dan rakyat untuk mengingati tanggungjawab beragama - bersembahyang dan beribadat, dosa dan pahala serta memikirkan soal hidup dan mati.
“Inilah natijah perjuangan PAS yang sentiasa mendidik rakyat ke arah kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni,” katanya lagi.
Justeru kata beliau, kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS sudah berjaya meyakinkan masyarakat semua kaum bahawa apa yang dilaksanakan di Kelantan adalah yang terbaik, malah lebih baik berbanding dengan apa yang dibuat oleh Umno sebelum ini.
“Maka, Negeri Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain dalam banyak aspek pembangunan berteraskan ajaran Islam. Terbaru sekali ialah penggunaan wang syariah dinar emas dan dirham dan pemberian beras percuma kepada keluarga miskin di bawah Skim al-It’aam,” katanya lagi.
Malah Nik Aziz juga menulis bahawa Islam mengajar rakyat supaya berlaku adil kepada semua pihak, termasuklah ketika bertanding dalam pilihan raya.
Oleh itu katanya, setiap kali PAS bertanding, prinsip yang diamalkan ialah berkempen dengan adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok.
“Sentiasa memberi peluang kepada pengundi untuk menggunakan kebijaksanaan dan kebebasan memilih dan mengundi PAS. Maka demi masa depan kita, undilah PAS pada kali ini. Ubahlah undi kita, dari undi Umno kepada mengundi PAS,” katanya lagi.
“Sebagaimana masyarakat Kelantan yang sudah menolak perjuangan Umno dan parti Umno bukan lagi parti kerajaan. Masyarakat Kelantan menolak perjuangan kebangsaan Umno adalah kerana dasarnya yang mengasing-asingkan dan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum, dan mengenepikan nilai-nilai keadilan yang diajar oleh Islam,” katanya.
Oleh sebab amalan itu tegas beliau, Umno telah gagal mewujudkan perpaduan sebenar di kalangan semua kaum dalam negara ini.
“Kegagalaan itu membuktikan perjuangan Umno tidak selari dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya,” kata Nik Aziz lagi.
Bertolak daripada itu kata Nik Aziz, beliau penuh yakin calon PAS-Pakatan Rakyat Yuhaizad Abdullah dan Hassanuddin Salim yang masing-masing membawa cabaran di Merlimau dan Kerdau adalah calon yang mesra dan rapat dengan semua lapisan pengundi.
Katanya, mereka berdua cukup berpengalaman selaku pimpinan parti dan masyarakat, maka sudah pasti mereka mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi menunaikan harapan rakyat.
Puak anti-Samy anjur kempen Selamatkan MIED, calon ahli baru tolak tawaran
KUALA LUMPUR – Selepas dua kali mengadakan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) tahun lalu, bekas timbalan ketua Pemuda MIC V. Mugilan mahu menganjurkan kempen “Selamatkan MIED” Isnin ini ekoran desas-desus adanya usaha untuk menambah keahlian dalam sayap pendidikan MIC, yang didakwa mahu memperkukuhkan kedudukan Datuk Seri S. Samy Vellu.
Pada waktu yang sama seorang pemimpin MIC yang diundang untuk menjadi ahli tambahan baru – Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) menolak untuk menerima undangan itu ekoran bantahan dan rasa tidak puas hati ke atas usaha menambah keahliannya.
Mugilan (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya sedang membuat perancangan untuk mengadakan protes Isnin ini iaitu pada hari MIED mengadakan mesyuarat lembaga pemegang amanahnya, yang dijadual membincangkan agenda menambah keahlian.
Difahamkan lembaga yang dipengerusikan oleh Datuk Seri S. Samy Vellu, bekas presiden MIC, mahu menambah sehingga 10 ahli baru.
“Kami akan mengumumkan butiran kempen Selamatkan MIED dalam beberapa hari lagi, tetapi fokus kali ini ialah mahu menyelamatkan MIED daripada dilarikan, dirampas daripada kawalan MIC,” kata beliau petang ini.
Mugilan, yang dipecat dari MIC oleh Samy Vellu kerana memintanya berhenti mengetuai MIC pertengahan tahun lalu berkata, bekas presiden itu wajar menyerahkan kedudukan pengerusi lembaga pemegang amanah kepada presiden semasa.
“Samy Vellu seharusnya menyerahkan kepada presiden MIC yang baru,” kata beliau yang turut meminta campur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Datuk Seri Najib juga mesti campur tangan menyelamatkan MIED, jika tidak ia akan memberi kesan dari sokongan pengundi masyarakat India ke atas BN,” katanya lagi.
Sejak melepaskan jawatan sebagai presiden MIC, Samy Vellu dilantik oleh kerajaan sebagai duta khas rantau Asia Selatan bagi prasana.
The Malaysian Insider pagi tadi membawa laporan bahawa Samy Vellu dan presiden MIC Datuk G. Palanivel dilihat sedang menuju ke arah pertembungan secara terbuka buat julung kali sejak peralihan kepimpinan Disember lalu - berhubung isu keahlian dalam MIED.
MIED yang mempunyai aset sekitar RM1 bilion, dipengerusikan oleh Samy Vellu sejak penubuhannya pada 1984 dan akan mengadakan mesyuarat pemegang amanahnya pada 7 Mac ini, antara lain bagi membincangkan agenda menambah keahlian.
Ahli-ahli MIED mempunyai kuasa untuk memilih pengerusi lembaga pemegang amanah.
Sayap itu kini mempunyai 34 ahli dengan 10 daripada mereka merupakan pemegang amanah.
MIED dijangka mengadakan mesyuarat agung tahunan pertengahan tahun ini, yang pertama sejak Palanivel menggantikan Samy Vellu sebagai presiden MIC.
The Malaysian Insider difahamkan rata-rata ramai pemimpin kanan MIC tidak gembira MIED membincangkan usaha menambah ahli, lebih-lebih tanpa diperhalusi atau dibincangkan oleh jawatankuasa kerja pusat (CWC) parti, yang mesyuaratnya dipengerusikan oleh presiden.
Malah The Malaysian Insider difahamkan lembaga pemegang amanah boleh menambah ahlinya tanpa had.
Malah seorang anggota CWC, Tan Sri Dr. K.S Nijhar telah meminta Samy Vellu selaku pengerusi MIED supaya menangguhkan mesyuarat lembaga amanah minggu depan sehingga idea menambah ahli dan pelantikan ahli baru dibincangkan di CWC terlebih dahulu.
Difahamkan, ini kali pertama keputusan seumpama itu dibantah oleh anggota lembaga amanahnya sendiri.
Sebelum ini ada pandangan bahawa MIED dan AIMST merupakan dua sayap pendidikanmilik MIC, dan tidak wajar disusun menjadi entiti berasingan sebagai sebuah yayasan.
MIED kini menguruskan AIMST atau Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia yang terletak di Semeling, Kedah.
Pada tahun 1996/97, MIED menerusi MIC memulakan usaha menubuhkan AIMST. MIED juga menyediakan bantuan kewangan pendidikan.
Ketika itu, Samy Vellu menegaskan, tiada apa-apa kaitan antara MIED dan AIMST dengan MIC.
Mengulas mengenai rancangan mengadakan protes Isnin ini, Mugilan yang juga bekas ketua Pemuda MIC Hulu Selangor berkata, pihaknya akan mengadakan bantahan di tempat mesyuarat itu berlangsung.
Lazimnya mesyuarat itu akan diadakan di bangunan Menara MIC di sini.
MIC Hulu Selangor diketuai oleh Palanivel.
Dalam pada itu sumber memberitahu, seorang pemimpin MIC yang diundang oleh Samy Vellu untuk menjadi ahli MIED telah menolak tawaran tersebut atas alasan tidak mahu menjadi ahlinya dalam keadaan protes masyarakat India.
Pemimpin itu dikatakan telah menghantar notis menarik daripada menjadi ahli baru kepada Samy Vellu dan sekretariat MIED hari ini ekoran laporan media pagi tadi.
Dia dikatakan orang pertama berbuat demikian.
Bagaimanapun ketika dihubungi pemimpin berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai tindakannya.
Difahamkan Samy Vellu bercadang membawa 10 lagi ahli baru, tambahan kepada 34 yang ada sekarang.
Kes liwat Anwar: Identiti ‘lelaki Y’ didedah esok?
KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menarik esok dengan pihak pendakwaan mahu membawa saksi baru, sekali gus mewujudkan kaitan antara koleksi bukti sampel kes kali ini.
Profil DNA setakat ini diperoleh daripada tuala, berus gigi dan botol air mineral.
Dalam keterangannya minggu lalu, ahli kimia Nor Aidora Saedon, yang merupakan saksi pasukan pendakwaan berkata, penemuan graf menunjukkan adanya dua profil DNA pada sampel bukti iaitu “Lelaki Y” dan profil DNA yang tidak diketahui.
Pada 23 Februari lalu, beliau memberitahu bahawa profil-profil DNA yang ditemui pada barangan itu secocok dengan “Lelaki Y” tidak dikenali, yang air maninya ditemui pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar) yang mengadu dia diliwat oleh bekas majikannya Anwar.
Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden belum lagi mengaitkan Anwar dalam mana-mana profil DNA yang ditemui pada Saiful.
“Esok, kami akan memanggil set bukti yang baru, (berkaitan) dengan koleksi sampel yang dikemukakan.
“Ini tertakluk kepada bantahan (jika) dikemukakan oleh (pasukan) pembela,” kata Yusof kepada Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
Pendakwa raya kanan ini juga menjangkakan akan ada “asas” bagi bantahan oleh pihak pembela dalam perbicaraan esok.
Peguam-peguam Anwar membayangkan mereka kemungkinan memohon untuk mengemukakan penghujahan atau mengemukakan bantahan, bergantung pada siapa yang pasukan pendakwaan hendak bawa bagi memberi keterangan dan bagaimana kaitan akan diwujudkan.
“Ya, akan ada kemungkinan tinggi diadakan perbicaraan dalam perbicaraan... tetapi di peringkat sekarang terlalu awal. Kita kena tunggu apa yang akan berlaku esok, dan kita bergerak dari sana,” kata peguam pembela Sankara Nair kepada pemberita.
Perbicaraan akan disambung esok.
Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Perbicaraan itu bersambung hari ini untuk pemeriksaan balas ke atas ASP Fauziah Che Mat yang menghasilkan cetakan imej tujuh kenderaan dan individu yang direkodkan dalam rakaman CCTV di kondominium Bukit Damansara itu di mana Mohd Saiful mendakwa beliau diliwat oleh Anwar.
Kong Choy hadapi tuduhan kes PKFZ
PUTRAJAYA — Bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menipu bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Chan merupakan bekas menteri pengangkutan yang kedua didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Difahamkan, Chan yang berada di luar negara pulang beberapa hari laku selepas diminta oleh pihak berkuasa.
Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman membenarkan Chan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.
Beliau menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes. Kedua-dua pihak pendakwa dan pembela bersetuju dengan wang jamin RM1 juta.
Pada 29 Julai lalu, Dr Ling mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ''Mega Distribution Hub'' di Pelabuhan Klang.
Dr Ling, 67, yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 418 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan.
Kedua-dua kes ini dikendalikan itu oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Mengikut kertas pertuduhan, Dr Ling didakwa telah menipu Kerajaan Malaysia antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Wilayah Persekutuan
Putrajaya iaitu dengan memperdayakan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek mega ''distribution hub'' di Pelabuhan Klang mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dengan Lembaga Pelabuhan Klang.
Chan merupakan individu keenam dan berkedudukan tinggi yang didakwa berhubung skandal PKFZ.
Akhir 2009, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang dan tiga lagi didakwa melakukan pecah amanah dan menipu dengan membuat tuntutan palsu.
Projek PKFZ, yang dibina di kawasan seluas 405hektar di Pulau Indah dekat Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, sebagai hab penghantaran kargo bersepadu telah menimbulkan kontroversi apabila kosnya melambung daripada RM2 bilion kepada RM4.6 bilion.
Ia mengandungi 256 hektar kawasan terbuka untuk kilang/gudang, 512 lot perindustrian ringan dan 500,000 kaki persegi ruang pejabat untuk sewaan, 135-bilik hotel dan sebuah pusat pameran.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat projek itu telah mencadangkan supata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat Chan dan Phang kerana pecah amanah.
Menurut laporan PAC itu, kedua-dua mereka harus disiasat berhubung tiga surat sokongan yang dikeluarkan oleh Chan dan tiga surat aku janji yang dikeluarkan oleh Phang tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.
PAC menjalankan siasatan terhadap pelaksanaan projek PKFZ selepas projek itu dilaporkan meningkat daripada RM1.957 bilion kepada RM4.947 bilion.
Berikutan itu, pada 10 Disember 2009, Phang didakwa, sebagai pengurus besar yang diamanahkan atas dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad, melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang antara 1 Okt 2004 dan 5 Sept 2005.
Seburuk-buruk DAP, sebaik-baik Umno...
MEMANG tidak sukar diakui jika dikatakan PAS dan DAP tidak mungkin bersatu. Mana mungkin parti yang mempertegaskan cita-cita menubuhkan Negara Islam mampu seiringan dengan parti berideologi sosialis demokratik?
Kedua-dua parti itu ibarat berada di dua penjuru yang saling bertentangan. Rekod-rekod lampau yang menyaksikan hubungan tegang, termasuk aksi berbalas serangan antara para pemimpin dua parti pembangkang itu mengukuhkan tanggapan sebegitu.
BN pula agak berjaya memanipulasi perbezaan ini. Hakikat bahawa PAS dan DAP saling bergantung harap kepada sokongan dua kelompok pengundi berbeza kaum dan agama memudahkan kerjakerja jahat BN.Apabila berdepan orang Cina sebagai pangkalan kekuatan DAP, mereka diberikan gambaran buruk tentang PAS. Kaum itu ditakutkan dengan agenda Islam diperjuangkan parti itu.
Kononnya jika PAS mentadbir negara, dasar Islam dijunjungnya akan menyebabkan orang Cina teraniaya dan sengsara. Juara menyuburkan persepsi negatif sebegini di kalangan masyarakat Cina adalah MCA.
Tatkala berdepan orang Melayu selaku teras sokongan PAS, BN melontarkan pula cerita menakutkan mengenai DAP. Parti itu dilabelkan anti-Islam, ekstremis Cina dan anti- Melayu. Kerja-kerja memfitnah dan menyemarakkan kebencian terhadap DAP di kalangan orang Melayu ini dijuarai Umno.
Sebagai konklusi, isu hubungan akrab PAS-DAP diputarbelitkan sebagai bukti kedua-dua parti itu telah menggadai prinsip perjuangan demi mencari kuasa politik. Mengapa PAS mesti ditolak? Umno memperbodohkan orang Melayu kononnya PAS alat DAP.
Mengapa DAP tidak boleh dipercayai? MCA mengelirukan orang Cina kononnya DAP sudah mengikut telunjuk PAS.
Antara yang sering dipetik dan diulangsebut BN ialah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh, yang mencabar PAS melangkah mayatnya sebelum menubuhkan Negara Islam.
Namun, apakah adil menjadikan kenyataan itu sandaran memburukkan imej DAP selama-lamanya?
Pertama, para pemimpin DAP adalah manusia biasa yang mampu berubah pemikiran dan pendirian. Karpal sendiri sudah menunjukkan perubahan sikap amat ketara.
Hujah “langkah mayat saya dulu” itu sudah tidak relevan dan termansuh dengan sendirinya apabila baru-baru ini beliau mengisytiharkan pendirian merasionalkan agenda PAS menegakkan Negara Islam.
Harus diakui sebelum ini komen DAP mengenai Islam ekoran kejahilan mereka tentang Islam. Ia tidak berpeluang mengenali PAS secara lebih dekat dan mendalami Islam dengan minda terbuka.
Sebaliknya, baru tidak sampai sepenggal menjalin hubungan akrab dengan PAS, nada cakap pemimpin DAP mengenai Islam sudah banyak berubah. Contoh ekstrem, apabila memerintah Pulau Pinang, ketua kerajaannya secara terbuka menyatakan hasrat mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz.
Biarpun ada pihak mempertikai sejauh mana realistik hasrat itu, sekurang-kurang pemimpin Cina bukan Islam itu sudah tertarik dengan model pemerintahan Islam.
Sedangkan Umno yang mengaku Islam dan telah berpeluang memerintah negara lebih separuh membuktikan sebaliknya.
Umno ternyata gagal memahamkan rakan baiknya untuk lebih bertoleransi. MCA tergamak berdemonstrasi di depan ibu pejabat PAS menentang pelaksanaan hukum Islam. Presiden MCA juga mengaitkan Islam dengan kemunduran negara.
Ketiga, jangan lupa rekod buruk Umno sendiri terhadap Islam. Umno bertegas tidak mahu hudud dilaksanakan. Ia menggunakan kuasanya di kerajaan Pusat menghalang usaha itu. Bahkan bekas perdana menteri pernah memberi amaran kepada Kelantan dipimpin PAS agar tidak menerukan hasrat itu. Ertinya, sebaik-baik Umno (betulkah?), para pemimpin parti itulah juga yang paling kerap mempersenda hukum Allah. Bukankah seorang Presiden Umno pernah menyebut “daripada kita guna batu untuk merejam orang berzina, lebih baik kita gunakan untuk buat jalan raya?”abad masih gagal berbuat demikian.
Kedua, parti yang lebih lantang sejak dulu dan bertambah lantang mutakhir ini menentang pelaksanaan Islam bukannya DAP, tetapi MCA selaku rakan akrab Umno.
Justeru, sayogia ditanya Umno yang kononnya pembela dan penegak Islam di negara ini, apakah ia melakukan sesuatu untuk mengubah persepsi amat negatif di kalangan rakan bukan Islam BN terhadap Islam? Maaf cakap, keceloparan para pemimpin MCA yang kebelakangan ini semakin lantang menghina dan membuktikan sebaliknya.
Umno ternyata gagal memahamkan rakan baiknya untuk lebih bertoleransi. MCA tergamak berdemonstrasi di depan ibu pejabat PAS menentang pelaksanaan hukum Islam. Presiden MCA juga mengaitkan Islam dengan kemunduran negara.
Ketiga, jangan lupa rekod buruk Umno sendiri terhadap Islam. Umno bertegas tidak mahu hudud dilaksanakan. Ia menggunakan kuasanya di kerajaan Pusat menghalang usaha itu. Bahkan bekas perdana menteri pernah memberi amaran kepada Kelantan dipimpin PAS agar tidak menerukan hasrat itu.
Ertinya, sebaik-baik Umno (betulkah?), para pemimpin parti itulah juga yang paling kerap mempersenda hukum Allah. Bukankah seorang Presiden Umno pernah menyebut “daripada kita guna batu untuk merejam orang berzina, lebih baik kita gunakanErtinya, sebaik-baik Umno (betulkah?), para pemimpin parti itulah juga yang paling kerap mempersenda hukum Allah. Bukankah seorang Presiden Umno pernah menyebut “daripada kita guna batu untuk merejam orang berzina, lebih baik kita gunakan untuk buat jalan raya?”
Pemimpin sama juga membidas kecaman umat Islam terhadap tabiatnya yang suka meminum arak. Antara reaksinya, “apa salahnya jika hanya seteguk (bir)?.”
Pemimpin Umno selepas itu turut menyerang hukum Allah. Antara katanya yang masyhur, “jika dilaksanakan hukum potong tangan (hudud), nescaya akan busuklah Sungai Kelantan.”
Jangan lupa juga, seburukburuk DAP, bukan parti itu yang meruntuhkan masjid di Terengganu dan menyondol beberapa surau di serata negara.
Bukan juga pemimpin parti itu yang bertanggungjawab menyuburkan budaya hidup yang menyimpang dari ajaran agama dalam masyarakat negara ini.
Bukan DAP yang menolak mentah-mentah garis panduan hiburan dikeluarkan Jakim, meluluskan lesen arak dan judi, mencadangkan hab hibu- ran demi mempertingkat eko- nomi, menyuburkan budaya rasuah dalam pemerintahan dan masyarakat, membazirkan wang rakyat dan berbagai lagi. Sebaik-baik Umno, itulah kerja “baik”nya terhadap Islam dan negara!
Rupanya Yuhaizad Anak bekas Ketua Umno
Bermula pengumuman Hj. Yuhaizad Abdullah diumumkan sebagai calon PAS di Merlimau macam-macam fitnah dan serangan peribadi dilemparkan kepada beliau. Umno seperti tandus isu dengan terpaksa menyerang peribadi calon PAS.
Antara fitnah yang dilemparkan ialah Yuhaizad anak derhaka bertanding tanpa restu keluarganya. Semuanya terjawab apabila ibunya Fatimah Hassan dan adik beradiknya yang lain merestui menjadi calon Pas. Malah baru-baru ini keluarganya mengadakan kenduri kesyukuran atas pemilihan Yuhaizad sebagai calon.
Ternyata tindakan blogger pencacai Umno memfitnah Yuhaizad turut memakan diri dan memberi kejutan kepada Umno apabila Yuhaizad mendedahkan bahawa beliau merupakan anak orang kuat Umno di Kampung Chinchin Jasin.
Arwah bapanya, Abdullah Jumaat juga merupakan bekas sidang (ketua kampung) selama lima tahun. Jadi Yuhaizad bukan menderhaka kepada keluarganya tetapi sebenarnya menderhaka kepada Umno!
Anak muda yang akan meranapkan BN PRU 13
Lebih 30 ribu Pemuda PAS dari seluruh negara berhimpun di Kota Sarang Semut, Kedah pada pagi 19 Februari 2011. Kira-kira 20 ribu darinya adalah anak-anak muda PAS dari Kedah selaku tuan rumah.
Dari 15 kawasan di negeri ini mereka datang berbondong-bondong macam kelkatu keluar dari sarang. Kawasan Baling yang menghantar perwakilan teramai dengan konvoi bermotosikal. Sewaktu kepala sudah sampai ke Kompleks PAS Kedah, ekornya masih meleret berpuluh kilometer. Begitu juga konvoi dari kawasan-kawasan lain
Di perkarangan Kompleks PAS Kedah para Pemuda berhimpun di tengah terik matahari saujana mata memandang. Macam rakyat Mesir berhimpun di medan Tahrir. Mereka tekun mendengar amanat pemimpin, bertakbir dan berikrar penuh semangat untuk mempertahankan semua kerajaan negeri Pakatan Rakyat, khususnya di Kedah.Walaupun Kompleks PAS Kedah pernah menyaksikan perhimpunan yang lebih besar dari itu beberapa kali, tapi perhimpunan kali ini sangat istimewa kerana ia adalah perhimpunan anak-anak muda. Mereka mengeluarkan duit poket sendiri untuk datang. Setiap kepala dikenakan pula bayaran RM10 seorang untuk mendapatkan sehelai baju T.
Siapa pun tidak hairan jika Umno berjaya menghimpun orang ramai hadir ke program anjuran mereka kerana semua yang datang diberi upah, pengangkutan, baju dan makan minum semua percuma. Tapi jika ribuan manusia datang berhimpun dengan sukarela dan mengeluarkan belanja pula untuk menyertainya ia pasti akan memeningkan kepala para penguasa kerajaan yang memerintah di Pusat sekarang. Datuk Seri Najib yang mendengar laporan itu dari Cawangan Khas pastinya risau, macam risaunya Hosni Mubarak menyaksikan ribuan rakyat berhimpun di medan Tahrir.
Menteri Besar Dato’ Seri Azizan Razak yang begitu teruja dengan kehadiran para pemuda, melahirkan keyakinan bahawa PAS mampu mempertahankan Kedah dengan majoriti dua pertiga. Di hari yang sama Pengerusi BN Kedah, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah yakin BN akan menawan Kedah dengan memperolehi sekurang-kurangnya 30 dari 36 kerusi DUN. Bashah bercakap anti klimaks tapi ‘tak salah’ kerana orang politik mesti kena terus bercakap begitu.
Sewaktu lebih 30 ribu Pemuda PAS berhimpun di Kota Sarang Semut, semua ahli-ahli Dewan Harian Kawasan dari seluruh negara berseminar di Shah Alam mencari jalan bagaimana untuk menarik kembali sokongan orang Melayu terhadap PAS yang nampaknya sedikit terhakis. Petunjuknya ialah keputusan pilihanraya kecil yang berlaku sejak 2008.
Menurut Dr. Wong Chin Huat, Pensyarah Sains Politik sebuah IPT yang mengulas isu berkaitan di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa, Pakatan Rakyat boleh kehilangan 34 kerusi sedia ada jika hanya lima peratus undi Melayu berpindah (swing) ke BN.
Apabila para pendokong PR bercakap untuk menawan Putrajaya atau menambah koleksi negeri-negeri yang dikuasai, maka mahu tidak mahu peratus sokongan dari para pengundi Melayu mesti ditingkatkan berbanding perolehan 2008.
Masalah terbesar PAS ialah demokrasi yang berat sebelah, penguasaan media dan penyalahgunaan jentera kerajaan dalam pilihanraya. Terbaru, Jabatan Pendaftaran Negara mengangkut para pengundi BN dari Sabah untuk ditukar alamat ke Selangor bagi membolehkan mereka mengundi BN di Selangor.
Penjaga garisan yang diharapkan membantu pengadil melaksanakan keadilan dalam perlawanan nampaknya membantu secara terang-terangan pasukan pilihannya. Semua situasi yang berlaku di tanahair ini wujud sejak 30 tahun di Mesir. Siapa kata Mesir tiada pilihanraya? Tapi pilihanraya yang berat sebelah ini tidak membawa apa-apa erti kepada rakyat jelata.
Maka sewaktu semangat Pemuda PAS yang selama ini macam terpendam, tiba-tiba bangun dengan penuh bergelora menampakkan kebangkitan mereka di dalam PAS, sebaiknya tenaga muda yang sangat ampuh ini diguna bagi menggerakkan kebangkitan rakyat.
Apa yang Pemuda PAS boleh buat? Jika ditanya pada Pemuda Umno; tentulah kebolehan Pemuda Umno ialah menampal poster, menggantung banner, menonggeng buntut, melalak dan mencarut di hari penamaan calon serta menjadi kumpulan samseng BN yang akan melakukan pelbagai provokasi terhadap lawan. Pemuda PAS tidak begitu. Hari ini yang memimpin Pemuda PAS, sekalipun di peringkat kawasan, adalah doktor, pensyarah, jurutera dan pakar ICT. Pengikut Pemuda PAS terdiri dari semua golongan, namun majoritinya adalah golongan terpelajar yang sentiasa menguasai teknologi terkini.
Jika ini kebolehan Pemuda PAS, maka mereka wajar digerakkan menjadi pahlawan siber di alam maya dan penyebar maklumat di alam nyata. BN mempunyai 10 siaran TV, 20 siaran radio dan tujuh media cetak. PAS cuma ada Harakah. Dengan akhbar Harakah yang hanya dibenar dijual untuk ahli, PAS dan rakan-rakan PR berjaya nafikan majoriti dua pertiga di Parlimen dan tawan lima negeri. Maka bayangkan apa yang akan terjadi kepada BN jika 30 ribu Pemuda PAS ‘ditauliahkan’ sebagai pegawai penerangan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Jangan lupa bahawa gerakan menghimpunkan rakyat jelata berdemonstrasi di Tunisia, Mesir, Algeria, Yemen, Libya, Bahrain dan lain-lain negara Arab, semuanya digerakkan oleh golongan muda melalui laman-laman social. Orang awam pun tidak kenal siapa sebenarnya pemimpin kebangkitan rakyat, kerana semuanya digerakkan melalui alam maya. Itulah kejayaan golongan muda.
Kerja seterusnya yang paling relevan dengan Pemuda PAS ialah menarik golongan muda untuk menyokong PAS. Hanya orang muda yang paling efisien dalam mempengaruhi golongan muda. Program-program kemasyarakatan terdapat golongan muda mesti ditingkatkan lima kali ganda.
Isu DAP anti Melayu dikaitkan dengan kejatuhan sedikit sokongan Melayu terhadap PAS. Hakikatnya orang Melayu sejak berzaman; ‘isu’ adalah perkara kedua yang menentukan pola sokongan terhadap mana-mana parti politik. Perkara pertama ialah ‘sentuhan budi’ (yang disokong dengan kejahilan bahawa segala kebaikan yang didatangkan kepada rakyat adalah milik Umno) menyebabkan mereka terikat menyokong Umno sekian lama.
Jika 30 ribu Pemuda PAS dapat menyambung semula misi Almarhum Ustaz Fadzil Noor untuk memasyarakatkan PAS, melalui pelbagai program yang menyentuh hati nurani rakyat jelata, maka ledakan isu negatif oleh BN terhadap PAS dapat dipadamkan begitu sahaja. Kerana orang Melayu mudah lupa dan mudah termakan budi.
Ayuh Pemuda PAS, terjemahkan misi dan misi dalam tindakan. Jika tumbang BN di Putrajaya, maka Pemudalah pemegang saham terbesarnya terhadap kejayaan tersebut.
PRK Merlimau: UMNO BN Terdesak Guna Taktik Ugutan Kepada Pengundi
PAS mendakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan dalam kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau dengan “mengugut” pengundi di kawasan itu agar tidak mengundi parti Islam itu Ahad ini.
Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat aduan daripada pengundi bahawa Umno mula menggunakan pendekatan “mengugut” sejak semalam.
Tambah beliau, ia dibuat melalui kempen rumah ke rumah dan juga dalam ceramah-ceramah yang dianjurkan BN.
“Ada pihak tertentu dari Umno yang ugut pengundi supaya tak undi PAS, mereka cakap kalau undi PAS semua peruntukan akan ditarik balik.
“Itu adalah satu ugutan cara jahat supaya orang undi Umno, wang peruntukan itu duit rakyat kenapa mesti nak tarik?,” katanya pada sidang media di Markas PAS di sini.
Halim yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya PAS Merlimau berkata, pengundi di DUN Merlimau perlu membuat perubahan dengan memilih calon PAS Yuhaizat Abdullah.
Tegas Halim, BN masih mengamalkan pendekatan “mengugut” kerana terdesak untuk mendapatkan sokongan pengundi di Merlimau yang majoritinya orang Melayu.
“BN gunakan kempen rumah ke rumah, ada pihak tertentu dari Umno ugut penduduk dan kita jangka ini akan berterusan sampai hari pengundian.
“BN masih main kotor, pilihan raya kecil tidak ubah (kerajaan negeri) Melaka, kalau PAS memang kerajaan (negeri) tak jatuh,” katanya.
Tambah Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu, PAS akan melancarkan skuad kamera untuk mengawasi pergerakan kempen BN.
“Kita akan gerakkan skuad kamera yang mana mereka akan ikut kempen BN agar kita dapat bukti,” katanya.
Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata Umno turut menggunakan pendekatan “mengugut” pengundi Melayu dalam kempen pilihan raya kecil itu.
“Umno buat sebab nak serang PAS dan PKR, tujuan sebab nak ambil sokongan orang Melayu.
“Ini adalah perkara yang mereka hendak jadikan alat supaya Umno-BN terus dapat sokongan orang Melayu,” katanya.
Beliau berkata selama ini Umno yang menyebabkan orang Melayu terpinggir jika hendak dibandingkan dengan kaum-kaum lain.
“Umno guna Melayu untuk ratah Melayu tapi kita Pakatan Rakyat tak nafikan orang Melayu adalah kaum pribumi dan semua pihak juga akui ini.
“Tapi Umno telah gunakan itu untuk letakkan orang Melayu berada dalam keadaan bahaya dan mereka tuduh Pakatan Rakyat dengan menggambarkan orang Melayu di Pulau Pinang,” katanya.
Tambah Idris, Pakatan Rakyat memberi jaminan akan membela dan mempertahankan nasib orang Melayu selain menjaga hak kaum lain di negara ini.
“Patut Umno rasa malu kerana sebabkan orang Melayu tertinggal, siapa yang jadikan orang Melayu merempat?
“PAS-Pakatan Rakyat lebih bijak menjaga orang Melayu daripada Umno, kerana kita berpegang kepada Islam dan menjaga semua kaum lain,” katanya. -TMI
LEBIH BANYAK PEMBANGUNAN DI MERLIMAU JIKA BN KALAH
PEMIMPIN UMNO SUKA TENGOK GAMBAR LUCAH?
Umno bukan sahaja menyerang peribadi calon di Merlimau tetapi juga menyebarkan gambar lucah dengan menggunakan teknik super impose yang menggambarkan pemimpin Pakatan Rakyat.
Taib Mahmud lebih kaya daripada Sultan Brunei – Clare Rewcastle
SABAH DAILY
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Mohd Taib Mahmud adalah antara orang terkaya di dunia, melebihi Sultan Brunei, kata Clare Rewcastle Brown, adik ipar bekas Perdana Menteri United Kingdom, Gordon Brown..Clare, pengendali laman web Sarawak Report dan stesen radio bebas – Radio Free Sarawak, berkata demikian dalam artikel yang diterbitkan London Evening Standard pada 22 Februari lalu.
Siasatan saya mendapati sebahagian harta kekayaan Taib terdapat di London melibatkan perusahaan hotel di tengah-tengah bandar ini,” katanya dalam artikel akhbar tabloid itu.
Mengikut artikel itu, beliau turut membongkar harta kekayaan Taib melibatkan Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom yang diperoleh hasil penjualan kawasan hutan di Sarawak melalui British Virgin Islands.
Dipetik artikel sama, Clare dilapor berkata, Sarawak yang dikelilingi 95 peratus hutan hujan dengan aktiviti pembalakan dan dipenuhi ladang kelapa sawit, sebenarnya mengkayakan Taib selama 30 tahun berkuasa di negeri itu.
“Kira-kira 2.5 juta penduduk Sarawak selama ini ditindas Taib. Rakyat inginkan perubahan dalam pilihan raya akan datang, tetapi akibat amalan rasuah menjadikan beliau semakin kaya,” katanya dipetik.
Mengikut artikel itu, Clare dan rakannya, Peter John Jaban, seorang Dayak Sarawak mengendalikan siaran Radio Free Sarawak walaupun bimbang akan keselamatan mereka selepas Sarawak Report menerima ancaman bunuh.
Apatah lagi, artikel berkenaan turut menyatakan, seorang bekas pekerja Taib yang didakwa mendedahkan maklumat, dijumpai mati Oktober lalu dan kes itu masih dalam siasatan polis.
Berusia 51 tahun, Clare adalah seorang wartawan penyiasat yang memulakan kerjaya dengan BBC World Service pada 1983, berkahwin dengan adik Brown – Andrew – juga bekas wartawan dan kini seorang ahli strategi media.
Artikel itu menyatakan, Clare sebenarnya dilahirkan di Sarawak sebelum bekas tanah jajahan Inggeris itu diserahkan kepada Malaysia dan mendiami Bumi Kenyayang sehingga berusia lapan tahun.