Saturday, July 26, 2014

PERKASA pertahan Tun Hamid isu 'Islam terancam'

MALAYSIAKINI



 


Ketua menteri Pulau Pinang tidak sepatutnya "melenting" dengan kenyataan bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad bahawa mendakwa Islam terancam di Pulau Pinang kata kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata Lim bersikap tidak matang dan bersifat tidak seperti negarawan kerana memanggil Abdul Hamid "penipu dan rasis" kerana mendedahkan dakwaan daripada seorang bekas mufti Pulau Pinang yang tidak dinamakan itu.

"Banyak lagi yang menghina Islam menerusi ucapan, media sosial dan blog tetapi Lim tidak memberi reaksi sebegitu. Kenapa ketika itu beliau senyap sahaja," tanya Ibrahim ketika ditemui bersahur di Pulau Pinang awal pagi ini.

"Dia tidak berlu bertindak sebegitu. Sebagai ketua menteri, dia patut berikan bukti, fakta. Beritahu kami sejak mereka (DAP) ambil alih pada 2008, kita hanya mahu tahu berapa banyak dana mereka berikan untuk aktiviti Islam," kata beliau.

Ibrahim turut menekankan sebagai ketua menteri, Lim sepatutnya memberi respon kepada Abdul Hamid bukan berlagak seperti "pemimpin jalanan."

Lim sebelum ini mencadangkan bekas ketua hakim itu mendapatkan kaunseling kerana dakwaan beliau bukan hanya tidak berasas tetapi tidak patut berdasarkan kedudukan beliau sebagai bekas ketua hakim

Exco Kerajaan Pulau Pinang yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam, Abdul Malik Kassim mengecam bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang mendakwa bahawa Islam terancam di negeri majoriti bukan Islam itu.

Malik menyifatkan dakwaan bekas ketua hakim itu sebagai "karut sama sekali, tidak berasas dan banyak berasas kepada khabar angin".

Dalam ucapannya di majlis berbuka puasa dengan beberapa NGO Islam kelmarin, Hamid, antara lain, mendakwa bahawa mantan Mufti Pulau Pinang memberitahunya adalah susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin agama lain juga menuntut hak yang sama.

No comments: