Sunday, July 31, 2016

Umno pecat saya? Tiada masalah, kata Ahmad Said

MALAYSIAKINI


Bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pasrah jika beliau dipecat dari Umno ekoran kelantangannya mengkritik kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ujar Ahmad Said, beliau menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk memutuskan kedudukan keanggotaannya dalam parti itu selepas wujudnya desakan daripada segelintir pihak yang memintanya dipecat.

Beliau yang merupakan ketua Umno Kemaman berkata, sekiranya Majlis Tertinggi ingin memecatnya dari parti, beliau akan akur dengan apa juga keputusan yang akan dimuktamadkan nanti, memetik laporan Sinar Harian.

Bagaimanapun, pemecatannya, jika berlaku akan memberi kesan kepada kedudukan kerusi parti berkenaan dalam dewan undangan negeri (DUN) Terengganu kerana akan mengakibatkan jumlah kerusi yang dipegang akan sama banyak dengan pembangkang iaitu 16-16.

“Saya tidak ada sebarang masalah dan akur terhadap apa juga keputusan yang dimuktamadkan kelak, cuma apa sahaja keputusan nanti akan memberi kesan kepada kedudukan dalam Dun.

“Pada masa sekarang, saya akan bertahan dan terus menumpukan tugas sebagai wakil rakyat untuk membela nasib penduduk walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai tohmahan buruk yang dilemparkan sesetengah pihak,” jelasnya yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kijal.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan upacara pecah tanah projek 30 unit rumah kedai Umno Bahagian Kemaman yang bernilai RM45 juta yang dibangunkan dengan kerjasama Rayhar Properties Sdn Bhd (Rayhar) di Kampung Dusun Nyior, semalam.

Dalam satu mesyuarat tertutup yang diadakan di Kuala Lumpur kelmarin, ada segelintir pihak yang juga ahli Umno menggesa pucuk pimpinan Umno memecat segera Ahmad Said ekoran kelantangannya mengkritik kerajaan dan membuat usul undi tidak percaya pada sidang DUN yang lalu.

Baru-baru ini, Ahmad Said menolak pelantikan jawatan sebagai timbalan pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang diumumkan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman.

Rombakan dan penstrukturan semula yang diumumkan Ahmad Razif selepas mesyuarat exco negeri semalam melibatkan pertambahan dan pertukaran tugas dalam usaha memantapkan pentadbiran negeri.

"Saya rasa sekarang ini saya lebih berminat bekerja secara sukarela daripada dibayar gaji sebab saya dah berpencen," katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa Persatuan Pribumi Perkasa (PERKASA) di Kuala Terengganu.

Kit Siang: Tiga sebab Dzulkifli tak layak terajui SPRM

MALAYSIAKINI


Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menyenaraikan tiga sebab utama atas tindakan beliau tidak bersetuju dengan pelantikan Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.

Menurut ahli parlimen Gelang Patah itu, pertamanya, Dzulkifli terlalu 'junior' untuk mengepalai suruhanjaya tersebut kerana beliau perlu dinaikkan pangkat kepada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A tingkat tertinggi untuk dilantik untuk mengetuai SPRM.

Kedua pula ialah pelantikannya sangat tidak wajar ketika negara sedang berdepan perhatian negatif antarabangsa ekoran saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat membabitkan aset bernilai AS$1 bilion yang berkait rapat dengan 1MDB.

"Dzulkifli memainkan peranan penting dalam membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB dan RM2.6 bilion dengan terbukti, duduk bersebelahan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali ketika sidang akhbar mengumumkan tidak ada pertuduhan ke atas Najib pada 26 Jan yang lalu," ujar beliau.

Sebab ketiga ialah tahap kelayakan Dzulkifli untuk jawatan nombor satu suruhanjaya itu padahal beliau dan Apandi gagal untuk mengenal pasti 'Malaysian Official 1" yang dinamakan sebanyak 36 kali dalam saman DOJ itu, kata beliau.

Justeru, rakyat negara ini perlu bertanya sama ada individu yang tidak mengetahui 'Malaysian Official 1' sebagai layak dan sesuai untuk mengetuai agensi anti-rasuah di negara ini, tambah Lim.

Lim berkata demikian semasa majlis makan malam anjuran DAP cawangan Sri Kembangan semalam.

Dzulkifli, yang merupakan Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara diumumkan sebagai pengganti Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021 oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memperkenankan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.

Abu Kassim pula akan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), kata Ali.

Masyarakat sivil bimbang pelantikan ketua baru SPRM

Geraldine Tong 


Pelantikan Datuk Dzulkifli Ahmad sebagai ketua pesuruhjaya SPRM yang baru adalah membimbangkan memandangkan peranannya dalam membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada kesalahan berhubung 1MDB, kata Datuk Ambiga Sreenevasan.

Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) itu berkata pelantikan itu bermaksud SPRM mungkin tidak akan membuka semula fail ke atas Najib dan kaitannya dengan cabang pelaburan negara yang bermasalah itu.

"Pelantikan Dzulkifli menjadi perhatian. Dia berada dalam pasukan AGC (Jabatan Peguam Negara) yang membersihkan perdana menteri daripada semua dakwaan berkaitan dengan 1MDB dan SRC (International) dan ternyata bahawa dia telah dipilih untuk sebab ini.

"Ia akan kelihatan bahawa fail-fail ini sekarang akan kekal tertutup rapat di SPRM walaupun berdepan tindakan DOJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat)," kata Ambiga kepada Malaysiakini hari ini.

Bekas presiden Majlis Peguam itu merujuk kepada tindakan undang-undang DOJ yang difailkan minggu lalu untuk merampas aset yang didakwa dibeli dengan dana disalahgunakan daripada 1MDB.

Katanya, beliau juga sangat mengambil berat mengenai SPRM sekarang apabila tiga pegawai atasannya meninggalkan agensi itu hampir serentak.

Pendahulu Dzulkifli, Tan Sri Abu Kassim Mohamed bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali telah berjaya mengukuhkan suruhanjaya itu, katanya.

Mereka bekerja dengan baik bersama masyarakat sivil dalam perjuangan mereka menentang rasuah, katanya.

Beliau juga mempersoalkan rasional tidak melantik Mustafar, yang dikatakan adalah "calon yang ketara" memandangkan beliau telah berkhidmat dengan SPRM selama kira-kira 35 tahun.



Umno ibarat kereta buruk yang tak boleh dibaiki, kata Muhyiddin

MALAYSIAKINI


Berbicara mengenai rancangan parti baru, bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyamakan parti pemerintah tersebut sebagai 'kereta rosak yang perlu diganti'.

"Umno sekarang seperti kereta buruk, bila baiki rosak lagi, jadi kita tukar kereta baru lah," ujar beliau, memetik laporan Sinar Harian, hari ini.

"Nak baiki macam mana lagi Umno ini? Nak pinda perlembagaan? " tanya beliau.

Menurut Muhyiddin, beliau bersama-sama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mempengerusikan jawatankuasa perlembagaan parti, namun, tiada apa yang telah berubah.

"Tapi tak berubah, macam itu lah juga Umno, lebih lagi bila presiden partinya menjadi seorang yang amat tak bertanggungjawab," jelasnya, menurut laporan akhbar berbahasa Melayu itu.

Umno akhirnya memecat Muhyiddin bulan lalu selepas dia berulang kali mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB.

Terdahulu, beliau dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dalam tindakan drastik yang turut menyaksikan tempat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail digantikan dan pasukan petugas khas menyiasat 1MDB dibubarkan.

Sejak pemecatannya dari parti pemerintah, Muhyiddin bersama-sama dengan Mahathir telah beralih platform kepada pakatan pembangkang untuk menangani Barisan Nasional.

Semalam, Muhyiddin menyertai bekas musuhnya, PKR untuk memulakan kempen menjelaskan kepada umum mengenai skandal 1MDB bagi meningkatkan kefahaman awam mengenainya.

Dakwaan TMJ terhadap Felda, menteri jawab dengan lakonan

HARAKAHDAILY





Apabila wawancara Tuanku Ismail yang membidas Felda kerana menyalahgunakan wang peneroka bagi kepentingan individu tertentu, dan mempersoalkan keperluan agensi kerajaan sepertinya menubuhkan pasukan bola sepak dan penyelewengan dana yang diperuntukkan untuk golongan miskin tersebar melalui laman Facebook pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Lantas, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob menjawab 'Felda tidak pernah lari dari landasan asal'. Beliau berkata Felda digalakkan mencari pendapatan bagi membolehkan ia berdikari dan menampung perbelanjaan mereka.

“Felda tidak pernah lari pun daripada landasan asalnya. Felda daripada asalnya, menyusun semula masyarakat, memberikan tanah kepada orang Melayu yang tidak ada tanah untuk tingkatkan pendapatan mereka dan sebagainya.

“Bukan bermakna Felda itu berniaga, ia lari daripada tujuan asal. Felda satu ketika dahulu, sewaktu ditubuhkan, mendapat bantuan, sokongan kewangan daripada kerajaan,” petikan ucapan Menteri ini disiarkan oleh media web feldavoice.http://www.feldavoice.com/2016/07/28/felda-tidak-pernah-lari-dari-landasan-asal-ismail-sabri-jawab-tuduhan-tmj/

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ini seolah-olah menafikan seribu macam permasalahan yang sudah melanda Felda sejak Tan Sri Isa Abdul Samad dilantik menjadi Pengerusi Felda oleh Perdana Menteri pada 2011.

Terbaharu, peneroka di seluruh negara dikejutkan dengan kegagalan pihak Felda membayar duit hasil jualan BTB  mereka dan lebih parah masalah ini sudah menular di beberapa negeri dan tanah rancangan Felda. Sehingga hari ini menteri terbabit tidak pula memberi penjelasan mengapa perkara ini berlaku.

Saya pernah membangkitan keluhan kontraktor-kontarktor Felda beberapa minggu lalu, mereka tidak menerima bayaran tuntutan kerja mereka sejak beberapa bulan lalu. Sehingga kini Tan Sri Isa Samad membisu. Banyak perkara pelik dan pemborosan yang melibatkan kewangan Felda dilaporkan sejak 2011 hingga kini.

Penyenaraian FGV di papan utama bursa saham pada 2012 sesungguhnya telah mengubah segalanya. Tranformasi yang dilaungkan oleh Perdana Menteri benar-benar sudah mengubah Felda dari sejak penubuhannya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 lalu, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB), syarikat milik penuh Federal Land Development Authority (FELDA) akan disenaraikan di Bursa Saham Malaysia.

Penyenaraian ini dijangka mampu menjana dana sebesar RM6 bilion. Bagi menjayakan impian ini, FGV perlu menguasai kedudukan kukuh dalam Felda. Peneroka seluruh negara tidak sedar penyingkiran Koperasi Permodalan Felda (KPF) dari Felda Holdings adalah satu kesilapan besar. KPF yang menguasai ekuiti 51 peratus pegangan kepentingan di dalam FHB, manakala baki 49 peratus dikuasai badan-badan kerajaan. Ke mana hasil dari dana penyenaraian ini?

KPF yang menguasai 51 peratus ekuiti dalam Felda Holdings Berhad ( FHB ) telah ditendang keluar dari Felda apabila perwakilan bersetuju menyerahkan 112,199,999 kepada Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVH) dengan kaedah mengangkat tangan tanpa melalui penerangan dan taklimat khas berkaitan. Sejarah hitam ini berlaku pada 27 Oktober 2013 jam 10 pagi di Dewan Banquet Menara Felda.

Penyingkiran KPF dari dari menguasai FHB dengan 51 peratus pegangan saham yang sebelum ini menjadi kebanggaan peneroka Felda telah membuka mata peneroka Felda seluruh negara. FGV telah mengambil alih semua kepentingan 112,199,999 unit saham bersamaan 51 peratus dengan nilai yang sangat tidak munasabah iaitu RM2.2bilion ataupun RM19.61 sesaham.

Peneroka Felda digambarkan saham ini akan membawa mereka menjadi golongan rakyat yang berpendapatan tinggi. Perdana Menteri sendiri mengungkapkannya dalam membawa Felda ke arah tranformasi dan mampu mengubah kehidupan warga peneroka Felda.

Saham FGV yang diniagakan dengan nilai IPO RM4.45 seunit menjunam dengan teruk sehingga kini. Dengan harga semasa tidak melepasi RM1.90 pada suku kedua tahun ini, menambahkan lagi kebimbangan  peneroka Felda terhadap nasib mereka, walaupun hanya memiliki hanya 2.2 peratus keseluruhan saham FVG yang di keluarkan. Peneroka Felda hanya diperuntukkan 800 unit saham sahaja.

Peneroka Felda berhutang dengan bank perdagangan RM3,560 tidak termasuk faedah dan mengalami kerugian semasa RM2,080 pada pada 27 Julai 2016, apabila urusniaga ditutup dengan nilai semasa RM1.85 seunit. Lebih malang lagi peneroka terpaksa membayar pinjaman kepada Felda RM50 setiap bulan untuk melunaskan pinjaman pembelian saham sebanyak 800 unit. Kerajaan telah mengumumkan Felda telah mengambil alih hutang peneroka dari bank setelah setahun pinjaman ini dibuat.

Bagaimana pula kerugian syarikat, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri dan lain-lain yang memiliki saham FGV dan sudah pastinya mereka membuat pelaburan yang besar dan kini sedang menanggung kerugian akibat kejatuhan nilai semasa saham FGV ini yang terpaksa dikeluarkan dari senaraian utama di papan bursa.

Penjualan aset Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV)  di luar negara, FGV telah menjual keseluruhan kepentingannya dalam Twin Rivers Technologies Enterprises de Transformation de Granines Oleagineuses du Quebec Inc (TRT-ETGO) dengan nilai AS$180 juta atau RM608.2 juta, isu ini terus menjadi tanya rakyat Malaysia kerana pihak FGV tidak pernah menjelaskan kedudukan keuntungan yang didakwanya mencecah RM65 juta.

Tidak ada laporan lengkap keuntungan yang didakwa FGV, sebaliknya ada sumber yang sangat boleh dipercayai mendakwa FGV mengalami kerugian besar berkait penjualan ini sehingga mencecah RM800 juta.

Pada awal julai 2015 lalu, FGV seperti mana dilaporkan Bloomberg dijangka memperolehi lebih RM1 bilion selepas berjaya menjual kilang TRT-ETGO yang telah menarik minat pembida pada harga AS$180 juta (RM686 juta) hingga AS$250 juta (RM953 juta).

Hanya sebulan selepas laporan Bloomberg, FGV telah melaporkan penjualan TRT-ETGO ini dengan harga RM608.2 juta kepada Viterra Inc, pengendali dan pemasar bijirin dan minyak terkemuka Kanada.

Pada 11 Ogos lalu, bekas Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Mavani mengesahkan bahawa perbincangan dengan lima syarikat antarabangsa berminat untuk membida TRT-ETGO masih berjalan. Hanya jarak waktu 14 hari, FGV telah mengumumkan penjualan ini.

Ketika peneroka Felda berhadapan dengan kejatuhan harga komuditi sawit dan getah, Felda telah mengumunkan projek penerokaan dalam segmen penginapan di luar negara melibatkan kos RM373.4 juta.

Bilik yang berharga hampir RM1 juta berhampiran Wembly Stadium London didakwa mampu membawa Felda mencapai matlamat menambah pendapatan kepada syarikat dalam langkah strategik Felda melalui Felda Investment Corporation (FIC).

Ini hanya sebahagian permasalah yang melanda Felda. Peliknya menteri ini tidak menyedari masalah hutang yang sedang melingkari peneroka Felda waktu ini. Berjayakah kita jika peneroka Felda meninggal dunia dengan hutang puluh ribu bahkan ada sebahagian mencecah ratus ribu? Hutang yang ditinggalkan ini bakal diwarisi generasi seterusnya. Apakah dasar Felda ada menyatakan peneroka akan mati dengan hutang ratusan ribu? Apa benar masih berada di landasan sebenar?

Hentikanlah lakonan ini, kami mengharapkan menteri dapat menyelami isu sebenar, bukan berkata ikut skip. Kami tidak nafikan penubuhan Felda oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada 1960 membawa kejayaan memberi tanah kepada 112,635 peneroka dan ditempatkan di 317 buah rancangan.

* Naraza Muda, Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat


Harga Petrol Kekal, Diesel Naik 10 Sen


Oleh: DINA MURAD 
 
 
ron95




PETALING JAYA: Harga bahan api bagi petrol RON95 dan RON97 kekal tidak berubah pada Ogos.

Bagaimanapun, harga diesel akan dinaikkan sebanyak 10 sen.

Diesel berharga dari RM1.60 seliter kepada RM1.70 seliter.

Harga RON97 adalah RM2.10 seliter manakala RON95 pada RM1.75 seliter.

advertisement
Harga bahan api itu disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron, Datuk Alang Zari Ishak ketika dihubungi The Star.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memutuskan untuk menetapkan harga petrol dan diesel berdasarkan menerusi sistem apungan terurus sejak 1 Disember 2014 berikutan pemansuhan subsidi bahan api.

Pokemon Go boleh bantu mereka yang hadapi gangguan psikologi – Ahli Psikologi

THE MALAYSIAN TIMES


A man wears a Pokemon-themed hat as he plays the augmented reality mobile game "Pokemon Go" by Nintendo in Bryant Park, New York City


KUALA LUMPUR: Pokemon Go, permainan realiti telefon pintar, yang secara beransur-ansur menawan dunia maya, boleh membantu mereka yang mengalami masalah gangguan psikologi, menurut seorang ahli psikologi terkemuka.

“Ia memberi beberapa faedah untuk semua jenis masalah psikologi seperti kebimbangan dan kemurungan,” kata Dr Edward Chan, perunding psikologi utama di Pusat Psikologi Antarabangsa, di sini.

“Sebagai contoh, mereka yang mengalami kemurungan dapat melupakan pemikiran negatif apabila bermain permainan ini, yang secara tidak langsung mampu bangkit dan meneroka dunia luar,” katanya.

Sejarah: Muktamar cadang PAS keluar BN

HARAKAHDAILY 


MUKTAMAR CADANG PAS KELUAR BN JIKA TIDAK DIHORMATI RAKAN PAKATAN (30 JULAI 1975)


PADA hari ini 30 Julai dalam tahun 1975, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-21 telah mencadangkan supaya PAS menarik diri dari Barisan Nasional (BN) jika rakan-rakan BN tidak menghormati PAS sebagai anggota BN. Selepas Pilihan Raya Umum 1974, PAS menuntut tambahan beberapa kerusi kabinet di samping mendesak perlaksanaan syariat dalam pemerintahan, sedangkan dalam pentadbiran kerajaan di peringkat bawah terdapat rungutan meluas bahawa Umno tidak menghormati PAS sebagai anggota BN. Dalam tempoh yang singkat selepas BN ditubuhkan, Pejabat Agung PAS telah menerima aduan yang bertubi-tubi dari ahli PAS berkait masalah hubungan dengan Umno.

PAS yang membentuk hubungan dengan Umno melalui penubuhan Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1 Januari 1973, telah terlibat mengasaskan BN pada 1 Jun 1974 sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum 1974. Ketika merundingkan pembahagian kerusi dalam pilihan raya ini, Umno hanya memperuntukkan 14 kerusi Parlimen dan 51 kerusi DUN, sedangkan Umno mendapat masing-masing 61 dan 170 kerusi. Ahli-ahli PAS mempersoalkan sikap Umno yang menghormati peranan PAS dalam memperkukuhkan semula politik orang Melayu selepas tragedi 13 Mei 1969. Kesediaan PAS untuk menerima Umno sebagai sekutunya dianggap satu pengorbanan politik yang besar oleh PAS untuk menstabilkan semula politik negara.

Selepas Pilihan Raya Umum Kelima pada 24 Ogos 1974, PAS telah menuntut tambahan kerusi kabinet, tetapi hanya mendapat satu jawatan menteri, dua timbalan menteri dan satu setiausaha parlimen, sedangkan PAS pernah menuntut jawatan timbalan perdana menteri kedua. Sasaran PAS untuk melaksanakan syariat dalam pemerintahan juga kurang mendapat perhatian kerajaan, walaupun PAS telah cuba menerapkan Islam dalam pentadbiran. Sejak 24 April 1973, PAS telah membangkitkan isu perlaksanaan syariat di Dewan Rakyat dan mendesak kerajaan menjadikan ia sebagai satu agenda besar BN. Pada 8 April 1975, Jawatankuasa Kerja Agung PAS telah membincangkan langkah-langkah untuk mengatasi ketidakpuasan hati ahli-ahlinya, termasuk membawa isu ini Mesyuarat Setiausaha-setiausaha Agung Parti Komponen BN.

Ketika PAS mengadakan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-21 pada 29-30 Julai 1975, suara-suara tidak berpuas hati terhadap kerjasama BN telah kedengaran. Isu-isu agihan kerusi dalam pilihan raya, layanan tidak wajar Umno terhadap PAS, kedudukan politik orang Melayu serta kesungguhan kerajaan dalam melaksanakan syariat Islam. Timbalan Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Dato' Haji Hassan Adli Mohd Arshad telah mengemukakan 'Minority Report' kepada Muktamar Tahunan PAS sebagai penilaian terhadap penglibatan PAS dalam kerajaan. Berasaskan isu-isu yang berbangkit, Muktamar Tahunan PAS dalam menilai hasil penglibatan PAS dalam BN dan penghormatan Umno sebagai komponen penting BN, telah mencadangkan supaya PAS sahaja daripada BN jika berterusan.

* Mohd Fadli Ghani, Head, House of Resources, Pusat Penyelidikan PAS

PKR tidak yakin alasan DAP atau ragu kemampuan sendiri?

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic



[ULASAN] Mengapa PKR masih belum yakin dengan cadangan DAP mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang dan menganggapnya kurang wajar dan kurang bermanfaat kepada sistem demokrasi dan rakyat?

Adakah PKR sebenarnya kurang yakin pada diri sendiri dan bimbang wibawa dan potensinya akan terdedah pada umum dan Pilihanraya Negeri (PRN) itu akan menjejaskan masa depan politiknya?

Bagi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pimpinan tertinggi partinya telah membincangkan dengan terperinci persoalan dasar berkaitan rasional mengadakan pilihan raya mengejut di negeri berkenaan.

"Selepas perbincangan yang menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani (civil society), mesyuarat telah memutuskan sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut,” katanya.


Sebelum mesyuarat kelmarinpun, PKR sudah memberi bayangan betapa ia sebenarnya tidak tertarik dengan kecenderungan DAP mengadakan pungutan suara atau referendum terhadap kepimpinan parti itu di Pulau Mutiara.

Perkara pertama yang dipertikaikan oleh PKR ialah, usul PRN ole DAP tidak boleh dibandingkan dengan beberapa inisiatif PKR mengadakan pilihanraya kecil (PRK) sebelum ini.  

Pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, perbandingan demikian tidak tepat kerana PRN - jika diadakan – membabitkan 40 kerusi dalam DUN Pulau Pinang, serta memberi implikasi kepada lebih satu parti.

Katanya, ia berbeza dengan tiga PRK yang disebut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dilakukan oleh PKR kerana ia hanya memberi kesan langsung kepada PKR.

Menurut Fahmi, PRK Permatang Pauh pada 2008 dan 2015 dibuat kerana 'pendakwaan politik berterusan' ke atas Ketua Umum parti berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


PRK pada 2008 diadakan apabila penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan bagi membolehkan Anwar kembali ke parlimen selepas tempoh larangan ke atasnya - selama lima tahun - berakhir.


PRK Permatang Pauh kedua pula diadakan apabila Anwar dihukum penjara untuk kali kedua dan demi meletakkan Wan Azizah sebagai ahli parlimen semula.

Kata Fahmi PRK Penanti pada 2009 pula dibuat sebagai reaksi kepada permintaan DAP menggantikan Timbalan Ketua Menteri, Fairus Khairuddin dari PKR yang prestasinya dipertikaikan.

Menurutnya untuk PRK Kajang pula ada beberapa perbincangan dengan DAP dan pimpinan Pakatan Rakyat dilakukan sebelum ia dibuat.

"Selepas kewajaran untuk PRK itu dibentangkan, pimpinan DAP memberi sokongan kepada langkah mengukuhkan pentadbiran di Selangor," katanya.

Bagaimanapun umum dapat menduga bahawa sikap PKR terhadap PRN Pulau Pinang ialah berasakan kebimbangan PKR sendiri bahawa ia akan ‘tercicir’ dalam usaha DAP membersih dan menggilap namanya melalui PRN berkenaan.

Berbeza dengan pilihanraya umum (PRU) 2013 kerjasama politik di antara komponen Pakatan Rakyat cukup utuh. Pengundi bukan Melayu yakin dengan PAS kerana termakan kempen DAP bahawa PAS boleh dipercayai.

Pengundi Melayu pula yakin dengan DAP yang sudah ‘disamak’ imejnya oleh kempen PKR dan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, bahawa parti itu adalah ‘lebih baik dan mulia’ berbanding Umno.

Bagaimanapun kini DAP menjaja ke seluruh pelosok negara bahawa PAS adalah parti dolak dalik dan tidak boleh dipercayai. DAP menganggap cita-cita PAS melaksanakan hukum Islam adalah bertentangan dengan Perlembagaan negara.

DAP juga kurang menghormati PKR seperti yang dapat dilihat pada tindakan DAP ‘menghukum” beberapa Adun PKR yang tidak menyokong pendiriannya dalam isu menambak laut untuk pembangunan.

PKR dan DAP juga tidak menyembunyikan ketamakan masing-masing untuk membolot lebih banyak kerusi DUN Sarawak dalam PRN itu Mei lalu. Mereka sanggup bersilang senjata politik demi menunjukkan ego.

Mendepani isu PRN Pulau Pinang, PKR insaf kedudukan politiknya tidaklah seampuh 2013. Ketika itu pemimpin de facto mereka, Anwar Ibrahim ada di sisi dan bertindak sebagai ‘penggawa’ bagi Pakatan Rakyat.

PKR taat padanya. DAP juga menghormatinya, PAS kagum dengan kelincahan pencak politiknya. Kekaguman ini secara langsung atau tidak menyemai bibit perpecahan dalam PAS kemudian.

Apabila membandingkan dinamika Anwar dan pimpinan ulama PAS, ramai profesional PAS berasa ‘ketinggalan’ berbanding PKR yang berfikiran ‘terbuka dan ke hadapan’. Maka berlakulah penghijrahan profesional ke parti Amanah.

Berlatarbelakangkan senario ini, PKR nampaknya kurang yakin pada diri sendiri dan ragu berhadapan dengan pengundi Pulau Pinang yang mungkin melihat PKR kini tidak begitu dinamik seperti di bawah pimpinan Anwar.

Tambahan pula, di kalangan pimpinan PKR, tidak semua berani dan bersedia ‘bertentang mata’ ketika berhujah berhubung soal halatuju parti. Iri hati dan ego masih kuat merasuk.

DAP pula melihat tidak ramai pemimpin PKR yang boleh mewarisi ciri kepemimpinan Anwar. Lantas tahap hormat dan kagum terhadap parti yang lahir sebagai pembeza pimpinan Melayu dengan pimpinan Umno, berkurangan.

Realitinya, PKR masih kurang pasti PAS akan menggerakkan penyokong akar umbinya di Pulau Pinang untuk menyokong calon-calon PKR dalam PRN ini.

Memang benar PAS parti pembangkang dan berseteru dengan Umno. Bagaimanapun jika PAS memilih meletakkan calon menentang PKR dan Amanah, sudah tentu nasib PKR terumbang ambing mempertahankan 10 kerusi DUNnya.

DAP sudah berjanji tidak akan membuat keputusan PRN secara unilateral. Ia akan merundingi dan mendapatkan konsensus daripada PKR dan Amanah.

Persoalannya, adakah tanpa persetujuan PKR, DAP mahu meneruskan PRN?.
Atau, sebagai jalan keluar mungkin DAP boleh menggunakan strategi PKR “menghidup dan membesarkan” imej Anwar ketika beliau difitnah politik?

DAP perlu memikirkan semula strategi PKR ini. Apapun bukankah Guan Eng sendiri mengakui bahawa beliau pasti akan dipenjara kerana mendakwa tuduhan kes rasuah terhadapnya bermotifkan politik.

Jika beliau dipenjara, Pulau Pinang akan bertukar Ketua Menteri. DAP boleh sahaja memilih pemimpin DAP lain menggantikannya. Namun jika beliau didapati tidak bersalah, beliau tentu boleh teruskan kerjaya Ketua Menteri.

Bagaimanapun jika PRN diadakan, ada kemungkinan negeri itu akan bertukar parti pemerintah. Atau, hanya DAP yang mengungguli DUN. PKR dan Amanah tentu akan semakin jauh hati. Ini masa DAP mempamerkan sisi ikhlasnya.  


SKMM akan sekat video Namewee

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SUNGAI PETANI: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyekat rakaman video ciptaan Namewee sekiranya terbukti menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia. 
 
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata pihaknya akan membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari segi teknikal selepas siasatan dilakukan ke atas pengarah dan pemuzik kontroversi, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33. 
 
"Buat masa sekarang, biarlah polis menjalankan siasatan dulu dan sekiranya terbukti wujud elemen menghina mana-mana agama, kita (SKMM) akan membantu mengambil tindakan lanjut. 
 
"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahgunakan kemudahan internet hingga menimbulkan ketidakselesaan dikalangan masyarakat," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pertandingan Pidato 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2016 di UiTM Cawangan Merbok, di sini, hari ini. 
 
Baru-baru ini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang membuat laporan polis berhubungan rakaman video yang didakwa menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia. 
 
Dalam rakaman video berdurasi empat minit itu, Namewee dilihat menyanyi dan menari di beberapa rumah ibadah di sekitar negeri ini, termasuk didakwa masuk ke ruang solat masjid.
 
 

Siti Hasmah ditawar rasuah dua kali

 
Rasuah wujud sejak sekian lama, tetapi tidak pernah seteruk sekarang, kata Siti Hasmah.


hasmah-bribe-1


PUTRAJAYA: Isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, tidak terkecuali daripada ditawarkan rasuah sepanjang zaman perkhidmatannya di hospital awam.

Siti Hasmah yang salah seorang pelopor kepada pembentukan parti baharu yang dicadangkan suaminya, berkongsi pengalaman beliau ditawar rasuah.

“Ketika itu, saya bekerja sebagai pegawai kerajaan di Kedah dan sepanjang pengalaman 18 tahun, saya telah ditawarkan rasuah dua kali,” katanya sambil menambah, memerangi gejala rasuah adalah sebab utama Dr Mahathir membentuk partinya sendiri.

“Jika anda melihat keadaan sekitar, anda akan berasa sedih. Dan walaupun rasuah telah wujud untuk jangka masa yang lama, ia tidak pernah seteruk sekarang.”

Bercakap dalam majlis sambutan Hari Raya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini, Siti Hasmah berkata rasuah pertama ditawarkan oleh seorang lelaki miskin dari “kampung” demi isterinya yang memerlukan pemindahan darah kerana komplikasi ketika melahirkan anak mereka.

“Saya sedang duduk di meja, menulis laporan mengenai kes itu. Dia menghampiri saya dan menyerahkan duit RM10 untuk ‘membeli’ darah (darah) untuk isterinya.

“Pada mulanya saya marah, kemudian saya fikir pasti seseorang dalam jabatan ini yang meyakinkannya supaya menawarkan rasuah. Jadi saya memberitahu lelaki itu menggunakan wang itu membeli makanan untuk isterinya.”

Insiden kedua, tambah Siti Hasmah, adalah apabila dia telah berkhidmat di Jitra, Kedah.

“Seorang individu dari Kulim menulis surat, menawarkan RM50 jika saya mengambilnya berkerja di sana.
Saya membawa surat itu kepada jabatan rasuah yang mana kemudiannya mengarahkan saya supaya membalas dan meminta individu datang ke pejabat saya.

“Pegawai-pegawai rasuah merancang untuk menyerbu sebaik dia menawarkan saya rasuah. Laci saya dipasang perakam tetapi apabila individu itu datang berjumpa saya, dia langsung tidak menyebut tentang rasuah itu.”

Siti Hasmah juga pernah mempersoalkan kesahihan surat itu dan tertanya-tanya jika ia hanya cubaan untuk menguji kejujuran beliau dalam menjalankan tugasnya.

Di akhir ucapan beliau menjelaskan betapa pentingnya keikhlasan dan rasa takut kepada Allah, dalam membasmi rasuah.

“Ia akan mengambil masa, tetapi jika kita melakukan perkara yang betul, Insya-Allah, dapat menyucikan negara daripada rasuah.”

Pada bulan Februari yang lalu, kedua-dua Siti Hasmah dan Dr Mahathir meninggalkan Umno atas alasan parti di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu menyokong amalan rasuah.

Awal bulan ini, Dr Mahathir mengumumkan bakal menubuhkan sebuah parti baharu demi memenuhi keperluan mereka yang tidak lagi menyokong Umno tetapi teragak-agak untuk menyertai pembangkang.

Turut hadir dalam majlis hari ini ialah anak pasangan itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang turut disingkir sebagai Menteri Besar Kedah dan kemudian dipecat daripada Umno.

Perjuangan bangsa, agama halang ahli keluar Umno, dakwa Mukhriz

 
Bekas menteri besar Kedah itu mendakwa Umno tidak lagi memperjuangkan kepentingan bangsa, agama dan negara.


mukhriz-umn


PUTRAJAYA: Sesetengah ahli teragak-agak meninggalkan Umno kerana terikat dengan perjuangan bangsa dan agama oleh parti tu, dakwa bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Saya bercakap dengan sebahagian daripada mereka, mereka tidak rasa boleh tinggalkan parti kerana mereka berada dalam Umno untuk (memperjuangkan) bangsa, agama dan negara.

“Tetapi, keadaan tidak sama lagi,” katanya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Bercakap di hadapan lebih 100 hadirin, Mukhriz berkata, amalan rasuah di Malaysia mencapai tahap “memalukan”, justeru mereka yang mahu membetulkan keadaan itu boleh menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Jika anda mahu masa depan yang cerah untuk anak-anak dan cucu-cucu anda, sertailah kami.

“Jika anda fikir apa yang berlaku sekarang (rasuah dan penyalahgunaan kuasa) perlu dihentikan, jika anda mahu sebuah kerajaan yang integritinya tidak akan dipersoalkan dan seorang pemimpin yang tidak akan menggelapkan duit rakyat, maka sertailah kami,” katanya.

Mukhriz berkata, Dr Mahathir sendiri akan menyerahkan dokumen diperlukan kepada Pendaftar Pertubuhan tidak lama lagi dan berharap tiada cubaan menghalang proses itu.

“Jika anda kata Malaysia sebuah negara demokratik, biarlah kami tubuhkan parti itu,” katanya.

Ditanya jika mereka sudah berjumpa dengan parti lain dan NGO, beliau berkata: “Ya. Matlamat kami adalah menjatuhkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

“Kami tidak berminat menjadi parti pembangkang,” tambahnya.

Turut hadir ialah isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Bekas perdana menteri itu pada asalnya dijadualkan menghadiri rumah terbuka itu tetapi beliau perlu berehat di rumah kerana faktor kesihatan.

Perdana Menteri paling lama berkhidmat di negara ini keluar Umno pada Februari lalu bersama isterinya.

Mukhriz pula dipecat daripada parti itu pada 24 Jun lalu kerana bekerjasama dengan parti pembangkang dalam usaha menggulingkan perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan pimpinannya.

Susulan itu, Dr Mahathir pada 14 Julai lalu mengumumkan sebuah parti baharu dalam perancangan untuk menjatuhkan kerajaan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Ketum mampu jana pendapatan negara - Pengerusi Risda

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PADANG BESAR: Ketum berpotensi menyumbang pendapatan berbilion ringgit kepada negara, kata Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Datuk Zahidi Zainul Abidin.
 
Beliau berkata, cadangan penanaman ketum secara terkawal yang dikemukakannya lebih kepada tujuan eksport kerana terdapat permintaan ketum dari syarikat farmasi di Eropah dan Amerika Syarikat.
 
Jelasnya, syarikat-syarikat farmasi itu nampak kebaikan tanaman itu sebagai alternatif untuk perubatan moden kerana ketum didapati memiliki ramuan penting dalam pembuatan ubat bagi kegunaan musim sejuk.
 
“Mereka (negara lain) akan mempatenkan segalanya sebelum dipasarkan ke seluruh dunia dan kita perlu bertindak pantas dalam isu ini,” katanya yang dipetik Bernama ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Umno Padang Besar di Taman Beseri Indah, semalam.
 
Ini kerana, katanya, farmasi di Eropah dan Amerika Syarikat banyak membuat penyelidikan mengenai tumbuhan itu, termasuk Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.
 
“Sekolah Menengah Sains Tengku Mohamad Jiwa, Sungai Petani (Kedah) pula mendapat anugerah peringkat Asian kerana membuat kajian mengenai ketum.
 
“Masalah yang berlaku ialah terdapat segelintir orang yang mencampurkan air rebusan ketum dengan bahan lain seperti ubat nyamuk dan ubat gegat untuk menjadikan peminumnya merasa khayal.
 
“Sejak zaman duhulu ketum digunakan dalam perubatan tradisional untuk memulihkan tenaga, rawatan kolesterol, kencing manis dan cirit-birit.
 
“Saya sudah kemukakan cadangan kepada kerajaan dan masyarakat. Sekarang terpulang, jika kita tolak, beberapa negara lain bersedia menanam ketum untuk memenuhi permintaan tersebut,” katanya.
 
Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian Padang Besar berkata, Risda perlu mencari alternatif lain disebabkan harga getah yang tidak stabil dan ramai yang menentang cadangan penanaman ketum itu.
 
Cadangannya itu ditentang beberapa pihak termasuk Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang menegaskan pemilik tanah yang baru mendapat geran hak milik akan ditarik balik hak milik itu sekiranya didapati menanam pokok ketum di tanah mereka.
 
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut melarang pekebun kecil menanam ketum secara komersil sebagai sumber pendapatan tambahan.
 
 

Mahathir sendiri kemuka pendaftaran parti baru

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Parti pembangkang baru yang di pelopori Tun Dr Mahathir Mohammad akan memohon pendaftaran tidak lama lagi, kata anaknya Datuk Seri Mukhriz .
 
Beliau berkata Mahathir sendiri dijangka mengemukakan permohonan itu secara peribadi kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS). 
 
"Seboleh-boleh yang dipersetujui rakan-rakan yang lain, Mahathir sendiri yang akan hantar borang ke RoS.
 
"Maka kita berharap RoS akan memberi pertimbangan sewajarnya dan tidak ada kekangan sengaja dihalang sebab ini amalan demokrasi. Benarkan parti ini didaftar seperti biasa," katanya ketika ditemui media di Majlis Sambutan Hari Raya Kelab Che Det di Yayasan Kepimpinan Perdana, petang tadi.
 
Mukhriz mengulas perkembangan parti baru yang dicadangkan bapanya sebagai usaha berterusan mengguling Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
Parti baru itu juga dikatakan akan disertai bekas pemimpin Umno yang tidak sehaluan dengan Najib, seperti bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin;  dan bekas Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan.
 
Mukhriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah ditanya apakah respon parti-parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain terhadap idea bapanya itu.
 
"Ada berbincang dengan parti politik lain sebab tujuan ditubuhkan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
"Respon baik dan semuanya bersemangat dengan hal pendaftaran parti baru," dakwa Mukriz. 
 
Sementara itu dalam hal berlainan, Mukhriz juga menyatakan sokongannya terhadap usaha Muhyiddin bersama PKR mengadakan Jelajah 1MDB.
 
Dalam penampilan dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Muhyiddin berkata mereka akan menumpukan usaha di kawasan bandar dan luar bandar.
 
 

PKR tak setuju PRN mengejut petanda DAP semakin hilang kuasa - Gerakan

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Gerakan Pulau Pinang menyifatkan pembatalan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut di negeri itu menunjukkan DAP kini semakin kehilangan pengaruh walaupun mempunyai jumlah kerusi yang banyak.
 
Menurut Setiausahanya Hng Chee Wey, kegagalan DAP mempengaruhi PKR turut membuktikan bahawa parti itu hanya sekadar pemerintah yang tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.
 
"Kita nampak dalam Langkah Kajang, walaupun dalam Pakatan (rakan) mereka bantah tetapi mereka tetap laksanakan.
 
"DAP berhasrat tinggi untuk laksanakan PRN mengejut ini tetapi tidak dapat persetujuan PKR, maka terpaksa untuk batalkan. DAP mungkin sudah kehilangan kuasa dalam PH, Jadi DAP sekarang hanyalah sebagai 'caretaker' saja tanpa kuasa," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Terdahulu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, membatalkan hasrat meneruskan PRN mengejut di negeri itu, selepas tidak mendapat persetujuan rakan komponennya.
 
Guan Eng berkata, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam memaklumkan kepada beliau berhubung keputusan pucuk pimpinan parti itu.
 
Cadangan daripada DAP itu timbul ekoran Guan Eng terpalit tuduhan rasuah, apabila cuba menukar status tanah (zon pertanian kepada zon komersil) dan membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran di Jalan Pinhorn, George Town.
 
Dalam pada itu Chee Wey menyambut baik pembatalan tersebut yang hanya merugikan rakyat Pulau Pinang demi menyelamatkan karier pihak tertentu.
 
"'Snap poll' ini mungkin atas sebab-sebab perseorangan saja bukan kebaikan (untuk) rakyat di Pulau Pinang. Ini hanya nak selamatkan satu parti atau orang tertentu saja," katanya lagi.
 
 

Tindakan batal PRN mengejut bukti DAP tak buat keputusan sendiri - Amanah

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tindakan DAP Pulau Pinang membatalkan hasrat untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut menunjukkan parti itu tidak bertindak sendirian, demikian menurut Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
 
"Amanah Pulau Pinang menganggap pengumuman Ketua Menteri bahawa tiada pilihanraya negeri mengejut adalah tanda komitmen DAP yang berjanji bahawa ia tidak akan mengumumkan PRN secara unilateral tanpa konsensus dari kedua-dua lagi rakannya," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.
 
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada hari ini mengumumkan kerajaan negeri tidak akan meneruskan PRN selepas tidak mendapat persetujuan dari rakan komponennya, PKR.
 
Pendirian PKR itu disampaikan melalui Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas parti itu sebelum ini mengambil pendirian tidak yakin dengan cadangan mengadakan pilihan raya berkenaan.
 
Sehubungan itu Guan Eng mengadakan rundingan bersama pimpinan DAP dan sepakat bahawa PRN itu tidak akan diteruskan.
 
Sebelum ini Guan Eng memaklumkan hasrat DAP mengadakan PRN mengejut disokong oleh Amanah.
 
Sementara itu Amanah membidas sikap PAS yang memperlekehkan sokongannya terhadap cadangan DAP, sementelah ia merupakan sebuah parti baru yang diserap masuk ke dalam Pakatan Harapan (PH).
 
"Amanah juga mengambil serius semasa proses perundingan berlaku bahawa ada sesetengah pihak yang memandang rendah keberadaan Parti Amanah dalam suasana parti kami berhadapan dengan berbagai 'serangan' dan 'ugutan' dari PAS.
 
"Amanah mengharapkan tiada lagi sindiran sinis kononnya Amanah parti baharu kerana masa untuk persediaan PRU masih ada dan segala pandangan sinis ini perlu diselesaikan untuk PH menjadi kukoh termasuk hubungan dengan parti PAS," tegas Mujahid lagi.
 
Sebelum ini, DAP berkeras mahu mengadakan PRN selepas Guan Eng terpalit tuduhan rasuah, apabila cuba menukar status tanah (zon pertanian kepada zon komersil) dan membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran di Jalan Pinhorn, George Town.  
 
DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi dengan DAP menguasai 19 kerusi, PKR 10, Barisan Nasional (BN) 10 dan PAS 1.
 
 

Isu Karbi : Aktivis PAS Jawab Fitnah Jahat Pegawai Khas Guan Eng

 

 



Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat, Huzir Sulaiman menjawab fitnah jahat pembantu khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad berkaitan dengan isu Karbi.


Menurutnya, program ke Krabi anjuran Kerajaan Negeri Kelantan adalah lawatan rasmi terhadap Gabenor Wilayah Krabi, Thailand.

Tambahnya, antara perkara yang telah dibincangkan bersama di antara Kelantan-Krabi, adalah industri pelancongan, ekonomi dan pembangunan produk halal yang menekankan aspek kualiti dan bebas maksiat.

“Kos penganjuran tidak jauh beza seperti yang pernah dianjurkan di Selangor dan Pulau Pinang. Program di luar Negeri adalah amalan biasa sektor swasta dan awam khususnya dalam perkara-perkara yang melibatkan hubungan 2 hala, ekonomi dan pelaburan.

“Jangan lupa adanya Pesta Bogel di Pulau Pinang satu ketika dahulu (2014). Delegasi Kerajaan Pulau Pinang juga pernah ke Adelaide Australia atas urusan ekonomi dan pelaburan pada tahun ini.

“Mejar Zaidi DAP tidak suka amar makruf nahi mungkar yang diwajibkan atas seluruh Umat Islam agaknya? Khususnya yang berkaitan dengan Konsert Selena Gomez?,” soal Huzir di laman Facebooknya.

Huzir berkata demikian ketika menjawab kenyataan Zaidi yang menyindir isu Karbi yang dikaitkan dengan isu Selena Gomez.

mejar zaidi

“Janganlah kerana kebencian kamu terhadap PAS, maka kamu bersikap tidak adil. Sesungguhnya bersikap adil itu lebih dekat kepada takwa wahai Mejar Zaidi.

“Cukup-cukuplah dalam melontarkan fitnah serta kata-kata nista, maki hamun, kejian terhadap saudara seIslam kamu sendiri walaupun kini kamu bersama DAP.

“Selaku pegawai kepada Guan Eng, mudah-mudahan kamu tidak memalukan Guan Eng kerana tidak menyiasat hujung pangkal atau latar bbelakang program sebelum melemparkan fitnah sekeji ini,”kata Huzir lagi.

mejar zaidi1

BAGAIMANA UNTUK BERITAHU ORANG KAMPUNG MENGENAI SKANDAL 1MDB DALAM BAHASA PALING MUDAH?

shahbudindotcom

 

 
 
Muhyiddin Yassin bersetuju untuk bekerjasama dengan PKR bagi mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan mengenai skandal 1MDB dalam bahasa paling mudah kepada orangramai.

Persetujuan itu diumumkan dalam suatu sidang akhbar di Subang Jaya pada tengahari Sabtu dengan dihadiri Muhyiddin sendiri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali dan lain-lain pemimpin PKR.

Menurut Muhyiddin, penjelasan dalam bahasa yang mudah meliputi kawasan bandar dan luar bandar itu adalah penting supaya rakyat mendapat gambaran sebenar dan faham beban 1MDB kepada negara.

Ini kerana, katanya, isu melibatkan skandal 1MD bukan saja menjadi bualan dalam negara, bahkan juga sehingga ke luar negara.

Saya sokong inisiatif yang dicadangkan ini, malah perlu dipertingkatkan lagi. Kalau rakyat tidak disedarkan mengenai kuasa mereka dalam menentukan masa depan negara, sampai bila pun mereka tidak akan sedar, ujar Muhyiddin dalam ucapannya.

Bagaimana untuk menggambarkan skandal 1MDB ini dalam bahasa paling mudah untuk difahami, khususnya kepada orang-orang kampung dengan matlamat akhirnya supaya mereka akan menolak UMNO dan BN yang diketuai oleh Najib Razak?

Jika diimbas pelbagai isu yang timbul yang berpunca daripada 1MDB daripada awal sehinggalah kepada Jabatan Kehakiman AS mengambil tindakan di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptokrasi (harta curi) baru-baru ini, bahasa paling mudah untuk menggambarkannya ialah syarikat itu merupakan lubuk pencurian terhebat, bukan saja dalam negara, tetapi juga di dunia.

Untuk aktiviti pelaburan dan menambah pendapatan negara, sebenarnya tidak perlu sama sekali ditubuhkan 1MDB kerana kita sudah pun mempunyai Khazanah Nasional yang telah ditubuhkan sejak sekian lama?

Kenapa perlu ditubuhkan sebuah syarikat lain untuk menjalankan aktiviti pelaburan juga?

Jawapannya tentu saja ialah kerana Khazanah tidak boleh dipergunakan sesuka hati sepertimana 1MDB dioperasikan, lebih-lebih bukan saja Najib meletakkan dirinya sebagai pemberi kata putus dalam urusan perniagaan dan pelaburannya, malah melalui 1MDB jugalah diletakkan Jho Low untuk mencatur segala-galanya.

Semua itu tidak mungkin dapat dilakukan melalui Khazanah.

Melalui 1MDB, ia digunakan untuk meminjam secara besar-besaran atau menjual bon bagi membiayai aktiviti pelaburannya. Walaupun terikat dengan komisen yang tinggi, 1MDB juga diberikan tanah kerajaan TRX dengan harga RM60 sekaki, meskipun harga pasaran mencecah RM3,000 sekaki. Tanah di tapak TUDM Sungai Besi juga diberikan kepada 1MDB dengan harga yang tidak didedahkan.

Daripada sebahagian wang penjualan bon itulah yang menurut Jabatan Kehakiman AS munculnya komplot pencurian berkali-kali dengan cara melencongkan sebahagian wang yang asasnya diperolehi  melalui pinjaman dan penjualan bon.

Pembeli utama bon 1MDB  ialah syarikat seperti Tabung Haji manakala pemberi pinjaman ialah KWAP atau Kumpulan Wang Amanah Pencen. Bermakna, akhirnya wang rakyat juga digunakan tetapi dengan cara penuh berhelah.

Tanah harga murah itu secara mudahnya ialah untuk membayar balik pinjaman yang dibuat oleh 1MDB yang termasuk di dalamnya wang yang dilencongkan atau dicuri itu. Usaha lain untuk membayar hutang-hutangnya ialah dengan menyenaraikan 1MDB di bursa saham, tetapi tergendala akhirnya kerana terlebih dahulu terdedah satu demi satu "pekung"  tentang aktiviti yang dijalankannya.

Melalui pencurian wang tersebut, ia bukan saja digunakan untuk kekayaan peribadi beberapa orang tertentu dan membeli hartanah mewah, lukisan mahal, membuat filem, berjudi, bersiar-siar dengan kapal, dimasukkan ke dalam akuan bank peribadi Malaysian Official 1 sebagaimana yang disebut oleh Jabatan Kehakiman AS dan sebagainya, bahkan di pihak 1MDB pula dilakukan tajaan menunaikan haji dalam kouta tertentu serta program-program sosial.

Ia merupakan aktiviti licik untuk mengaburi pencurian yang dilakukan. Ia seperti menggunakan wang rompakan untuk sedekah membaiki masjid atau meletakkan RM50 wang curi dalam Surah Yassin dalam majlis tahlil yang diadakan pada malam Jumaat.

Adakah wajib 1MDB membuat tajaan haji sedangkan ia sendiri berhutang keliling pinggang dan tidak pernah mengutip keuntungan dalam operasi perniagaannya?

Jadi, bahasa paling mudah yang mungkin boleh digunakan untuk menjelaskan kepada orangramai mengenai skandal 1MDB, termasuk orang kampung ialah ia merupakan lubuk pencurian berlapis-lapis yang kemudian cuba dikaburi daripada pandangan umum dengan aktiviti sosial dan keagamaan yang dijalankannya. 

Sebab itu juga, program memakai jubah dan "ya hanana" kelihatan begitu menonjol dan aktif ketika ini berbanding era Tun Mahathir mahu pun Tun Abdullah Badawi.
 
 
 
 

Seramai 1,500 ahli bahagian Tenom isytihar keluar BN

Datuk Seri Shafie Apdal (dua dari kanan) menerima borang ahli keluar parti di bahagian Tenom  dalam satu majlis diadakan petang tadi.Datuk Seri Shafie Apdal (dua dari kanan) menerima borang ahli keluar parti di bahagian Tenom dalam satu majlis diadakan petang tadi.

Seramai 1,500 ahli cawangan Umno-BN Bahagian Tenom hari ini mengisytiharkan mereka keluar parti membabitkan cawangan di dua Dewan Undangan Negeri (Dun) Melalap dan Kemabong di Sabah.

 Borang keluar parti telah diserahkan kepada Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu Majlis Perasmian Irau Rakyat anjuran Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia yang diadakan di Kampung Kemabong, Tenom di sini petang tadi.

Sebanyak 1,250 ahli cawangan daripada Dun Kemabong dan 250 ahli cawangan dari Dun Melalap telah menyatakan pendirian mereka untuk keluar Umno-BN dan menyertai parti baharu yang akan ditubuhkan oleh bekas Naib Presiden Umno itu.

Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum lalu dengan barisan kepimpinannya Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raimie Unggi, Adun Melalap Datuk Radin Malleh dan Adun Kemabong Datuk Rubin Balang.

Daripada sumber diperoleh Malaysia Dateline menerusi telefon, dimaklumkan juga sekitar 10 lagi cawangan di bahagian itu kini terumbang ambing ekoran krisis kepimpinan Umno pusat dan pemimpin di Sabah sejak pengantungan Shafie.

Cawangan-cawangan ini dikatakan seramai 700 ahli pada bila-bila masa juga akan mengumumkan mereka akan keluar parti dalam waktu terdekat.

Sumber juga memberitahu antara sebab utama mereka keluar parti bukan sahaja disebabkan pemimpin utama negeri itu tidak lagi bersama Umno bahkan dakwanya, sejak pemimpin BN memenangi PRU13 lalu tidak banyak pembangunan yang dilakukan untuk pengundi di kawasan itu yang kebanyakannya terdiri dikalangan suku kaum kadazan, dusun dan murut.

Antaranya dakwa sumber lagi, masalah bekalan air paip masih lagi menjadi masalah utama penduduk yang kebanyakannya masih lagi mengunakan air sungai yang keruh warnanya. Isu pembalakan haram juga ditimbulkan selain tenaga letrik dikatakan juga dicatu.

Sebagai rekod pada 11 Julai lalu seramai 600 ahli Umno-BN daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi mengumumkan keluar parti serta merta kerana tidak puas hati dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung jawatan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tanpa dipanggil membela diri.

Pada 4 Julai Naib Presiden Umno itu digantung keahliannya kemudian  mengumumkan beliau keluar daripada parti itu. Beliau dipetik  berkata, keputusan itu dibuat berikutan tindakan MT Umno yang menggantung keahliannya pada 24 Jun lalu.

Pada 27 Jun Umno Bahagian Semporna dibubarkan dengan peletakan jawatan beramai-ramai pemimpin kawasan tersebut sebagai bantahan terhadap keputusan MT Umno yang menggantung keahlian  Shafie sementara menunggu laporan Lembaga Disiplin parti.

Anak tidur berlapar, jumpa wakil Najib pun gagal dapat bayaran, keluh kontraktor

ARIF ATAN
 
 
Kerja kerja membalut paip antara yang dilakukan syarikat Lily yang merupakan skop insulationKerja kerja membalut paip antara yang dilakukan syarikat Lily yang merupakan skop insulation

Bukan seminggu atau sebulan dua tetapi hampir dua tahun menanti.

Itu nasib dialami kontraktor yang mahu dikenali sebagai Lily Surya, 40, akibat kegagalan pihak kerajaan melunaskan bayaran yang sepatutnya diterima selepas menyiapkan kerja-kerja berkaitan projek dandang wap (biomass) di Kerteh, Terengganu.

Ibu tunggal bagi seorang anak itu mewakili 15 kontraktor lain dengan keseluruhan bayaran sepatutnya mereka terima mencecah RM26 juta.

Lily memberitahu, projek itu yang diambil alih oleh kerajaan pusat kemudiannya melantik Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) untuk menjelaskan bayaran kepada kesemua kontraktor terbabit.

Beliau berkata, selain BiotechCorp, pihak yang dilantik untuk menyelesaikan isu berkenaan adalah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta Kementerian Kewangan (MoF).

"Sampai hari ini, sesen bayaran pun tak terima lagi. Kami sudah banyak kali ulang-alik mesyuarat dengan mereka semua tapi janji (bayaran) bulan ini sudah berganti tahun," ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.
Habis harta benda

Akibat kegagalan bayaran tersebut, jelasnya, beliau sendiri mengalami masalah kewangan kritikal sehingga tidak mampu menjelaskan sewa rumah dan menghantar anak ke sekolah.

"Beberapa hari lepas, saya sendiri nak makan pun tiada duit. Anak tidur tapi tak makan sejak tengah hari. Dia pun sudah dua hari tak pergi sekolah sebab saya nak isi minyak kereta hantar dia ke sekolah pun tak boleh.

Antara mesyuarat kumpulan kontraktor terlibat baru baru ini. Dipengerusikan wakil MoF tengah turut hadir Datuk Mazlee dari BiotechCorp yang mereka anggap wakil Perdana MenteriAntara mesyuarat kumpulan kontraktor terlibat baru baru ini. Dipengerusikan wakil MoF tengah turut hadir Datuk Mazlee dari BiotechCorp yang mereka anggap wakil Perdana Menteri"Saya tak malu untuk beritahu sudah habis ikhtiar untuk bayar sewa rumah, makan minum dan anak ke sekolah sebab saya ibu tunggal yang bergantung harap pada pendapatan dari kerja-kerja yang saya buat.

"Tuan rumah pula sudah suruh saya kosongkan rumah sewa kalau masih tak boleh jelaskan tunggakan yang masuk bulan keempat," ceritanya.

Ibu kepada anak berusia 16 tahun itu memberitahu lagi, beliau juga gagal untuk mendapatkan semula barangan kemas yang digadai bagi tujuan mendapatkan dana menyifatkan projek tersebut sebelum ini.

"Untuk makan, saya terpaksa harapkan adik saya yang kerja kampung bagi RM100 untuk kami dua beranak. Bolehlah dapat bertahan buat sementara waktu," ujarnya.

Macam pengemis

Mengulas lanjut usaha terbaharu dilakukannya bersama kumpulan kontraktor terbabit, Lily berkata, sebahagian daripada mereka telah ke Putrajaya semalam (29 Julai) untuk bertemu dengan pihak MoF.

"Malangnya, kedatangan kami tidak dilayan. Seorang (pegawai MoF) pun tak muncul. Kami macam pengemis duduk di lobi tunggu dari jam 3 sampai dekat pukul 6 petang," keluhnya.

Beliau berkata, sebelum ini telah beberapa kali mereka berbincang dengan MIDA, MoF dan BiotechCorp.
"Sampaikan sudah 'meeting' dengan wakil Datuk Seri Najib Razak. Silih berganti mesyuarat tapi janji tinggal janji. Sekarang kami tidak sabar tunggu lagi," tegasnya.

Sehubungan itu, Lily mewakili kumpulan kontraktor terlibat menyeru Perdana Menteri untuk campur tangan dalam menangani masalah yang berlarutan itu.

"Tolonglah. Kami berharap perkara ini dapat segera diselesaikan," rayunya lagi.

Difahamkan, projek berkenaan bermula pada Jun 2013 sehingga kilang NSE Corporation berjaya disiapkan dengan menyalurkan wap pada 7 Julai 2014 kepada dua kilang milik pelabur asing iaitu CheilJedang (CJ) dari Korea dan syarikat kimia dari Perancis iaitu Arkema dengan nilai pelaburan sebanyak RM 1 billion.

Lebuhraya paling pelik di LPT 2, kata Pas Terengganu

BORHAN AHMAD


LPT 2 mula kenakan tol mulai 15 Julai. Lebih RM100 diperlukan untuk membayar tol dari Kuala Terengganu ke KL pergi balik.LPT 2 mula kenakan tol mulai 15 Julai. Lebih RM100 diperlukan untuk membayar tol dari Kuala Terengganu ke KL pergi balik.


Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) yang dibina dari Jabor, Kuantan ke Kuala Terengganu disifatkan sebagai paling pelik di dunia kerana ia ditanggung oleh kerajaan negeri bukan kerajaan pusat yang membinanya.

"Dari Karak ke Jabor, belanjanya ditanggung oleh kerajaan pusat tetapi dari Jabor, Kuantan ke Kuala Terengganu ia dibiayai oleh kerajaan negeri Terengganu.

"Ini jadikan LPT2 sangat pelik di dunia,"kata Mohd Nor Hamzah, Adun Bukit Payong ketika berucap di majlis rumah terbuka Pas Terengganu.

Bagi beliau, perbelanjaan lebuhraya ini sepatutnya dibiayai oleh kerajaan pusat.

"Tetapi oleh kerana pemimpin kerajaan negeri ini tidak sensitif dan tidak mempunyai kekuatan, maka duit kerajaan ngeri digunakan untuk buat LPT2 ini," katanya.

Kerajaan negeri Terengganu dikatakan membelanjakan RM1.8 bilion duit kerajaan negeri untuk membiayai lebuh raya ini.

Kutipan tol untuk Lebuhraya Pantai Timur 2 sepanjang 184km laluan/ jajaran dari Jabor, Pahang ke Kampung Gemuroh, Terengganu akan bermula dari 15 Julai 2016 (jam 12.01 malam).

LPT2 merupakan lebuhraya 4 lorong dua hala dilengkapi dengan kemudahan 10 persimpangan bertingkat, 3 kawasan rehat dan rawat (R&R) beserta 2 hentian sebelah.

Kadar tol dikira berdasarkan jarak perjalanan oleh pengguna

12 sen per km untuk kenderaan kelas 1 (Kereta), RM19.70 untuk perjalanan dari Plaza Tol Cheneh ke Plaza Tol Kuala Terengganu dan sebaliknya.

Ini bermakna, untuk pengguna LPT ini dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur termasuk Lebuhraya Karak, lebih RM100 diperlukan untuk pergi dan balik.

Muhyiddin yakin 'Malaysian Official 1' akan didakwa di mahkamah AS

MALAYSIA DATELINE
 
 
Menurut undang undang Amerika Syarikat harta dirampas dan orang bersalah mencuri kena juga dibawa kemuka pengadilan kata MuhyiddinMenurut undang undang Amerika Syarikat harta dirampas dan orang bersalah mencuri kena juga dibawa kemuka pengadilan kata Muhyiddin


Langkah menyita aset terlibat dengan skandal 1MDB oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat hanya satu langkah permulaan sebelum proses mendakwa individu terlibat seperti anak tiri Perdana Menteri, Reza Aziz dan individu dinamakan ‘Malaysia Official 1’ (MO1) di mahkamah.

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah mengheret mereka terlibat ke muka pengadilan dilakukan pada fasa kedua iaitu selepas proses penyitaan dilakukan.

“Aset dan wang ini akan dirampas termasuklah wang kepunyaan orang bernama MO1. Wang ini bukan sahaja dirampas tetapi dalam undang-undang Amerika Syarikat, harta dirampas dan orang bersalah mencuri kena juga dibawa kemuka pengadilan.

“Sama juga dengan orang mencuri ayam ditangkap polis, ayamnya polis rampas tetapi hukuman tidak boleh lepas, kena dibawa ke mahkamah sebab awak mencuri. Hakim kata awak kena denda RM100 ke atau penjara satu hari ke atau sebulan ke.

“Di sana pun begitu juga, sekarang ini baru fasa pertama, dia rampas dahulu. Fasa kedua orang dinamakan itu menghadapi apa dikatakan dakwaan atas kesalahan dilakukan. Itu belum keluar lagi, itu setahun, dua tahun tak habis cerita lagi,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap di Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri ‘Melakar Muafkat Baru’ di Bukit Sentosa di sini, semalam seperti dilaporkan Selangorkini.

Katanya, kes 1MDB merupakan antara skandal penggubahan wang haram terbesar dengan penglibatan pemimpin tertinggi sesebuah negara yang pernah berlaku dalam sejarah dunia

Katanya lagi, selain menjadi skandal terbesar, skandal ini turut memalukan rakyat Malaysia ekoran melibatkan semua rakyat di negara ini terpaksa menanggung akibatnya.

Sudah 10 tahun menongkah arus

Datuk Hussamuddin Yaacub
Datuk Hussamuddin Yaacub
 

TELUS dan Tulus. Itulah slogan ditampilkan Sinar Harian yang cukup dikenali sebagai akhbar yang neutral dan tidak berpihak. Selain itu, konsep komuniti yang ditampilkan membuatkan akhbar ini begitu dekat dengan masyarakat. Sempena 10 tahun Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub selaku Penerbit Sinar Harian berkongsi cabaran dari awal penerbitan akhbar yang dicetuskan hasil idea beliau ini. Hussamuddin turut melahirkan harapan agar Sinar Harian kekal relevan dan menjadi pilihan pembaca yang mahukan laporan berita komprehensif. Ikuti wawancara beliau bersama wartawan, SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR dan juru foto, ROSLI TALIB.

Boleh kongsikan bagaimana timbulnya idea untuk menerbitkan Sinar Harian?

Ketika itu, saya melihat seperti ada satu 'vakum'. Politik di Malaysia bertambah panas dengan gerakan pembangkang yang semakin kuat. Pada waktu itu, media sosial belum ada lagi. Media arus perdana yang ada pula sangat partisan. Semua berita di dalamnya tak beri peluang langsung kepada pembangkang. Begitu juga surat khabar yang dimiliki pembangkang sendiri seperti Harakah, Suara Keadilan dan RoketKini sangat partisan dan memihak sebelah pihak. Jadi sebagai seorang ahli perniagaan, saya nampak ada peluang jika saya boleh keluarkan sebuah surat khabar yang memberi ruang kepada semua pihak, sama ada pemerintah atau pembangkang dan juga rakyat. Dari situlah timbulnya idea untuk terbitkan Sinar Harian yang membawa suara komuniti. Maknanya kita nak beri peluang kepada semua orang untuk bercakap.

Bagaimana Datuk begitu yakin dengan idea ini sedangkan ketika itu, media tidak begitu bebas?

Ya, ketika itu kebebasan akhbar belum begitu bebas seperti sekarang. Pada zaman Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad), Karangkraf ada menerbitkan beberapa akhbar seperti Watan dan Eksklusif. Malah ketika itu, kedua-dua akhbar ini sudah beri peluang kepada pembangkang untuk bersuara. Namun, disebabkan itu akhbar Watan beberapa kali disekat, manakala Eksklusif terpaksa ditutup tetapi sejak zaman Pak Lah (bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi) dah mula ada kebebasan. Jadi, dengan peluang itu kita mulakan Sinar Harian.

Mengapa memilih Kelantan sebagai permulaan akhbar ini?

Kita mula di Kelantan kerana saya berasal dari sana. Saya mahu mulakan Sinar Harian di kawasan yang saya rasa selamat. Maklumlah nak terbitkan surat khabar ini memerlukan pelaburan amat besar. Jadi, saya cuba di kawasan yang kosnya lebih rendah. Kita beli tanah, kilang, mesin dan himpunkan pasukan di Kelantan, dan buat surat khabar untuk orang pantai timur dulu.

Apakah keistimewaan Sinar Harian?

Keistimewaan Sinar Harian ialah kita beri peluang kepada semua rakyat Malaysia. Jika media lain bercerita tentang pemimpin sahaja, di Sinar Harian kita bawa suara rakyat. Kita tonjolkan pemimpin peringkat bawahan seperti daerah, kampung, sekolah. Kita juga wujudkan Skuad Cakna di setiap daerah, di mana wartawan bergerak dan dibekalkan dengan telefon bimbit, kamera dan kereta Perodua Kancil. Menariknya, di setiap kereta itu diletakkan nama skuad dan nombor telefon bagi memudahkan masyarakat menghubungi jika ada isu atau aktiviti menarik yang ingin dikongsi.

Apakah cabaran di awal penerbitan?

Kita sebenarnya mendahului zaman. Dari hari pertama Sinar Harian diterbitkan lagi, kita dah ‘meletup’ dengan jualan 40,000 naskhah di Kelantan sahaja. Sinar Harian menjadi fenomena dan mendapat sambutan menggalakkan kerana kelainan ditampilkan. Namun, kita juga tidak terlepas daripada cabaran. Di pihak kerajaan dan pembangkang, kedua-duanya rasa was-was dengan pembaharuan yang kita bawa ini. Mereka bertanya, betul ke (pendekatan) surat khabar ini? Bagi pihak kerajaan, mereka rasa kita surat khabar pembangkang. Begitu juga sebaliknya. Misalnya, ketika diterbitkan di Kelantan, kerajaan Pas merasakan tidak boleh beri peluang kepada Umno. Umno pula sebagai pemerintah Kerajaan Persekutuan rasa mengapa perlu beri kebebasan kepada Pas. Mereka masih belum biasa dengan cara kita yang duduk di tengah-tengah. Ia bagaikan satu kejutan kepada pemimpin, tetapi pembaca dalam kalangan rakyat suka konsep kita ini.

Bagaimana penerimaan pembaca?

Saya rasa orang dah boleh terima Sinar Harian sebagai surat khabar neutral dan kita tidak memihak. Cerita daripada semua pihak kita siarkan. Namun, sekarang seiring kebebasan akhbar, pendekatan Sinar Harian sudah mula jadi ikutan kebanyakan media. Bezanya dengan Sinar Harian ialah kita tidak spin berita tetapi kita laporkannya telus.

Orang ramai juga sudah menerima Sinar Harian sebagai organisasi yang meraikan semua pendapat. Jadi mereka datang kepada kita supaya pendapat mereka diketengahkan. Semua orang rasa selamat dengan Sinar Harian. Kita beri tempat yang adil kepada semua pihak. Jika ada terpalit dengan isu kontroversi atau negatif, kita akan beri peluang kepada mereka untuk jawab. Selain itu, kita juga seimbangkan berita dengan jawapan atau hujah yang boleh memberi peluang kepada pembaca untuk menilai siapa betul dan siapa salah. Dengan pendirian ini, mereka hormat kita dan berharap kita kekalkan peranan ini.

Formula kejayaan Sinar Harian?

Sinar Harian adalah suara akar umbi. Jadi, bila kita bermula sebagai suara akar umbi, rakyat boleh relate dengan kita. Mereka rasa dekat dengan Sinar Harian. Dahulu kebiasaannya wartawan akan buat liputan kejadian besar atau laporan mengenai pemimpin. Namun, dengan kemunculan Sinar Harian (kita) beri peluang (kepada) semua orang dan kita bawa masalah rakyat ke tengah. Misalnya di Kelantan tempat Sinar Harian bermula, orang lebih yakin dengan wartawan kita daripada wakil rakyat. Apabila ada masalah, contoh jalan rosak, kita siarkan dan esok pihak berkuasa tempatan terus ambil tindakan. Jadi hubungan Sinar Harian dengan rakyat sangat dekat.

Pengalaman tidak dapat dilupakan?

Bagi saya, semuanya pengalaman yang menyeronokkan. Pada hari pertama lagi Sinar Harian sudah mendapat sambutan. Ke mana-mana saja pergi, Sinar Harian jadi sebutan. Saya dapat laporan di sesetengah tempat, sidang akhbar tidak akan dimulakan selagi wartawan Sinar Harian belum sampai. Paling saya seronok  apabila ada menganggap Sinar Harian satu-satunya akhbar memiliki kredibiliti.

Perancangan masa depan akhbar ini?

Sekarang Sinar Harian sudah berkembang ke medium lain seperti Sinar Online, Sinar TV dan media sosial. Kita harap mutu pemberitaan dan penulisan dapat dipertingkatkan lagi. Sinar Harian boleh dianggap masih baharu berbanding surat khabar lain, ada yang berpuluh-puluh dan beratus-ratus tahun. Malah ketika baru bermula, kita semua masih fresh dan kurang pengalaman. Jadi untuk melatih ini ambil masa.

Ucapan untuk pembaca setia Sinar Harian.

Saya ucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada pembaca serta semua yang menyokong dan yakin dengan Sinar Harian. Percayalah, Sinar Harian tidak akan mengkhianati sesiapa. Peranan kita adalah menyampaikan kebenaran. Kita bukan hakim, sebaliknya kita menyerahkan kepada pembaca untuk menilai.


PRU 14: Pas sasar pertahan Kelantan, ambil semula Terengganu dan Kedah

MALAYSIA DATELINE
 
 
Pas sasar kekal Kelantan, ambil balik Kedah dan Terengganu dalam PRU 14, kata Mustafa AliPas sasar kekal Kelantan, ambil balik Kedah dan Terengganu dalam PRU 14, kata Mustafa Ali


Setelah selesai dua ijtima' (seminar) pilihan raya iaitu Pahang dan Kedah, Pas mensasarkan untuk mengekalkan Kelantan dan merampas semula Terengganu dan Kedah dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kelantan kita akan pertahankan kerajaannya dan Kedah diambil alih semula.

"Kita mensasarkan 20 kerusi Dun di Terengganu (dari 32). Target kita untuk memerintah. Perlu ditawan semula kerana negeri itu pernah di perintah oleh Pas," kata Mustafa ketika berucap di ijtima' pilihan raya Pas Terengganu dekat Rusila, Marang semalam.

Menurutnya, pengundi atas pagar menjadi undi penentu untuk kemenangan parti itu di Terengganu.

"Ini termasuk pegawai kerajaan, keluarga mereka dan peniaga, mereka perlu didekati," katanya.

Namun begitu, Mustafa berkata, Perlis sukar (untuk dimenangi Pas) kerana BN menggunakan 3M (Money, mechinery and Media). Parti itu kenal semua pengundi," katanya.

Untuk tujuan mencapai kemenangan itu, katanya, menjadi tugas jentera parti Pas untuk pastikan pengundi bukan Islam mengundi parti itu dalam PRU 14 nanti.

Mustafa, veteran pilihan raya Pas itu menjangkakan, PRU14 akan diadakan tahun depan iaitu 2017, tidak sampai 2018.

Ia berikutan kemenangan BN di pilihan raya negeri Sarawak dan dua pilihan raya kecil iaitu Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Bagi beliau, kemenangan tidak mustahil dalam pilihan raya umum akan datang kerana Umno dan BN semakin tidak kuat.

"Mereka hadapi masalah kredibiliti di kalangan pemimpinnya ekoran skandal 1MDB," katanya.

Ahmad Said tiada masalah jika dipecat dari Umno

Ahmad Said
Ahmad Said


KEMAMAN - Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk memutuskan kedudukan keanggotaannya dalam parti itu selepas wujudnya desakan daripada segelintir pihak yang memintanya dipecat berikutan kelantangannya mengkritik kerajaan dan Perdana Menteri yang juga presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Umno Bahagian Kemaman itu berkata, sekiranya Majlis Tertinggi ingin memecatnya dari parti, beliau akan akur dengan apa juga keputusan yang akan dimuktamadkan nanti.

Bagaimanapun, tegas Ahmad, jika beliau dipecat ia akan memberi kesan kepada kedudukan kerusi parti berkenaan di dalam Dun Terengganu kerana akan mengakibatkan jumlah kerusi yang dipegang akan sama banyak dengan pembangkang iaitu 16-16.

“Saya tidak ada sebarang masalah dan akur terhadap apa juga keputusan yang dimuktamadkan kelak, cuma apa sahaja keputusan nanti akan memberi kesan kepada kedudukan dalam Dun.

“Pada masa sekarang, saya akan bertahan dan terus menumpukan tugas sebagai wakil rakyat untuk membela nasib penduduk walaupun  terpaksa berdepan dengan pelbagai tohmahan buruk yang dilemparkan sesetengah pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan upacara pecah tanah projek 30 unit rumah kedai  Umno Bahagian Kemaman yang bernilai RM45 juta  yang dibangunkan dengan kerjasama Rayhar Properties Sdn Bhd (Rayhar) di Kampung Dusun Nyior, di sini, semalam.

Dalam satu mesyuarat tertutup yang diadakan di Kuala Lumpur kelmarin, ada segelintir pihak yang juga ahli Umno menggesa pucuk pimpinan Umno memecat segera Ahmad yang juga Adun Kijal ekoran kelantangannya mengkritik kerajaan dan membuat usul undi tidak percaya pada sidang Dun yang lalu.

Sementara itu ditanya mengenai kerjasama bersama Rayhar, Ahmad berkata, Rayhar akan membina sebanyak 30 unit rumah kedai empat dan tiga tingkat di atas tanah milik Umno Bahagian Kemaman yang dijangka siap dalam tempoh 30 bulan lagi.

“Menerusi kerjasama ini Umno Bahagian Kemaman akan menerima lapan unit rumah kedai dengan jangkaan perolehan RM50,000 sebulan hasil sewaan apabila siap kelak dan boleh diguna untuk menampung perbelanjaan pengurusan Umno Bahagian Kemaman,” katanya.


PKR tak setuju, Guan Eng umum DAP batal hasrat PRN awal di Pulau Pinang

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Memandangkan PKR tidak bersetuju DAP tidak akan meneruskan cadangan ini kata Guan EngMemandangkan PKR tidak bersetuju DAP tidak akan meneruskan cadangan ini kata Guan Eng


Cadangan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang dibatalkan, susulan tidak mendapat persetujuan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mengumumkan perkara itu dekat Komtar di sini pagi ini.

"Memandangkan PKR tidak bersetuju untuk diadakan Pilihan Raya Negeri lebih awal, DAP tidak akan meneruskan cadangan ini.

"Sungguhpun Amanah bersetuju dengan DAP, kita telah nyatakan sebelum ini bahawa DAP tidak akan membuat keputusan secara berseorangan, tetapi hanya menerusi persefahaman bersama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan," ujar Guan Eng, selepas mengadakan mesyuarat DAP membabitkan pemimpin tertinggi parti serta pemimpin negeri pada pagi tadi.

Tegasnya, hasrat DAP itu sebelum ini adalah strategi proaktif supaya rakyat boleh membuat pendirian untuk mandat baharu bagi Kerajaan Negeri, ketika Peguam Negara Amerika Syarikat merampas aset-aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS$ 1 bilion.

"Kita harus menggunakan peluang ini (PRN) untuk membolehkan rakyat membuat penghakiman mereka (melalui proses membuang undi) dalam skandal yang dianggap terbesar di dunia.

"Kami daripada DAP tidak gentar untuk mengembalikan mandat kepada rakyat...dan saya rasa strategi proaktif DAP ini adalah betul aibkan kita lihat Barisan Nasional menentang adanya PRN lebih awal di Pulau Pinang.

"Selalunya Barisan Nasional akan bersetuju dengan cadangan DAP ini, tetapi ini luar biasa kerana mereka tahu skandal 1MDB ini akan mendapat perhatian yang lebih besar jika pilihan raya negeri lebih awal berlaku," ujar Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Air Putih merangkap Ahli Parlimen Bagan.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Negeri Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan merangkap Timbalan Pengerusi DAP Negeri) serta beberapa pemimpin utama parti lain.

Semalam, Guan Eng memberitahu, keputusan rasmi PKR itu disampaikan oleh Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor, semalam.

Pada 20 Julai lalu, Azmin bersama-sama Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Pengarah Strategik PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sepakat Adun Pulau Pinang sebulat suara bersama keputusan batalkan PRN awalSepakat Adun Pulau Pinang sebulat suara bersama keputusan batalkan PRN awal
 
Kunjungan hormat itu untuk mendapatkan maklum balas mengenai hasrat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri ini.

Menurut Guan Eng, hasrat DAP itu tidak akan diteruskan secara uliteral, melainkan mendapat persetujuan daripada KeADILan dan Parti Amanah Negara (Amanah) terlebih dahulu.

Selepas itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu secara verbal memberi isyarat bahawa pihaknya bersetuju dengan hasrat DAP takut, jika dipersetujui bersama-sama PKR dalam mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Harapan kelak.

Manakala, Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia berkata partinya kurang yakin dengan hasrat DAP itu.

Dr. Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh bagaimanapun berkata partinya bersetuju untuk meneruskan perbincangan dalam beberapa hari lagi, dan semalam PKR mengeluarkan pendirian rasmi untuk tidak bersetuju dengan hasrat mengadakan PRN lebih awal di Pulau Pinang.