Monday, June 30, 2014

Bubur Sesuai Untuk Keselesaan Perut Di Bulan Puasa

 
Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB


PETALING JAYA: Sesetengah pihak menganggap, tidak lengkap Ramadan tanpa bubur lambuk.

Oleh itu, tidak salah jika bubur lambuk disenaraikan antara juadah berbuka puasa yang paling digemari sepanjang bulan mulia ini.

Ada yang sanggup beratur panjang di masjid yang menyediakan hidangan itu, malah ia juga disajikan secara bufet di hotel.

Selain bubur lambuk, terdapat banyak lagi bubur yang menjadi sebahagian hidangan berbuka puasa, malah ia turut digemari bukan Islam.

Malahan, setiap negeri mempunyai cara penyediaan bubur nasi tersendiri, misalnya di Terengganu yang terkenal dengan bubur yang dimasak bersama pelbagai jenis ulaman dan ditambah dengan isi ikan, manakala di Pulau Pinang pula terkenal dengan bubur yang dimasak bersama daging dan rempah ratus, dengan taburan daun sup serta bawang goreng .

Menurut Naib Presiden Persatuan Chef Malaysia, Master Chef Rossham Rusli, bubur merupakan sejenis pemakanan utama dari peringkat bayi lagi, maka tidak hairanlah ia menjadi salah satu hidangan popular sepanjang Ramadan.


Chef Rossham

Katanya, dari segi kesihatan pula,  bubur  sesuai dihidangkan bagi keselesaan perut yang kosong setelah berpuasa hampir 12 jam.

“Bubur adalah makanan yang membantu sistem pencernaan yang baik untuk perut, di samping menjadi amalan pemakanan sihat,” katanya kepada mStar Online.

Rossham berkata, bubur mengandungi karbohidrat yang membantu memberikan tenaga kepada orang yang berpuasa sepanjang hari.

Tambahnya, bubur yang berasaskan beras, walaupun bersantan dapat menggantikan hidangan makanan utama seperti nasi.

“Ia bukan sahaja berkhasiat, memberikan tenaga, menambahkan selera, malah mengimbangi rasa pemakanan seperti manis dan pedas,” katanya.

Selain faedahnya dari segi kesihatan, bubur turut digemari pada bulan puasa kerana cara penyediaannya yang mudah, sekali gus menjimatkan masa.




Di negara ini, selain bubur lambuk, bubur berasaskan beras boleh dicampurkan dengan bahan utama lain seperti sumsum, daging, ayam, udang, ikan dan ketam.

Beliau menyediakan bubur pedas Sarawak, bubur ayam cincang, bubur isi ketam dan bubur sumsum  menggunakan bahan tersebut.

“Bubur berasaskan santan pula boleh digabungkan dengan biji-bijian, kekacang, nasi, sayur-sayuran, labu, kentang dan keledek,” katanya.

Berpengalaman luas dalam bidang penyediaan makanan, Rossham bagaimanapun berkata, bubur kosong juga sesuai dihidangkan bersama kuah lain walaupun jarang disediakan.

“Kita jarang mendengar atau melihat orang makan bubur kosong bersama dengan kuah seperti kuah lemak, kuah sambal dan kuah asam.

“Apapun, setiap hidangan berbuka puasa seperti bubur ini perlu dipastikan segar, berkhasiat dan berkualiti,” katanya.

Kinrara – Damansara Expressway RM2.5 Bilion & 5 Projek Mega Lebuhraya di Malaysia Bernilai Lebih RM10.4 Bilion. Kesesakan Selesai?


Konsesi Tol 2014


Kinrara – Damansara Expressway RM2.5 Bilion : Bagi Berita Semasa, lebuhraya di Malaysia boleh disamakan sebagai “gula-gula” yang cuba menyamar menjadi ubat kepada para pesakitnya yang sedang menghadapi masalah setiap hari seperti pengguna setia lebuhraya di Malaysia tetapi akhirnya bakal berpijak di bumi yang nyata bahawa masalah yang mereka hadapi tidak selesai pun sebenarnya malah masalah akan timbul lebih teruk lagi pada masa akan datang. Bagi Berita Semasa….

Bagi Berita semasa sendiri pembinaan lebuhraya di kawasan bandar bukanlah penyelesaian jangka panjang yang mampan bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang nampaknya belum menemui titik noktah sehingga ke hari ini. Malah lebuhraya juga sebenarnya lebih memburukkan lagi kesesakan lalu lintas yang acapkali kali terjadi terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor.

Malah sebenarnya sehingga ke hari ini tidak bukti yang ditemui pakar yang menunjukkan sekurang-kurangnya terdapat peningkatan 20% daripada aliran trafik yang sedia ada. Oleh itu, maka tidak ada justifikasi sebenarnya bagi menghalalkan pembinaan lebuhraya baru bukan?

Kidex Route 2014

Senarai Projek Mega Lebuhraya Yang Telah Diluluskan?

Inilah yang berlaku terhadap satu projek mega lebuhraya yang cukup kontroversi, Kinrara – Damansara Expressway (KIDEX) yang bernilai RM2.5 bilion.
  1. Apa keperluan membina lebuhraya ini?
  2. Apakah projek Kinrara – Damansara Expressway (KIDEX) benar-benar mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan hanya mahu memnuhkan poket saudagar lebuhraya yang terus “terliur” bagi mendapatkan salah satu skim cepat kaya di Malaysia, konsesi lebuhraya bertol selain projek IPP (SEPERTI DI SINI)?
Sekarang ini sudah terdapat 5 projek lebuhraya yang bernilai berbilion-bilion ringgit telah diluluskan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Bilions & kerajaan persekutuan dan perjanjian dengan kontraktor telah pun ditandatangani. Masa untuk menuai hasil selepas ini?
  1. Duta – Ulu Kelang Expressway (DUKE) lanjutan: RM1.18 bilion
  2. Pantai Barat (WCE) Banting ke Taiping: RM5.04 bilion
  3. Damansara – Shah Alam (SUKE): RM4.18 bilion
  4. Kinrara – Damansara Expressway (KIDEX): RM2.5 bilion
  5. Serdang – Kinrara – Putrajaya (SKIP) telah menerima kelulusan Kabinet tetapiprojek belum dianugerahkan lagi setakat ini
Untuk berlaku adil, ya Berita Semasa agak bersetuju dengan sebarang usaha dan ikhtiar untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang mana ia mat Berita Semasa alu-alukan terutamanya di kawasan bandar-bendar besar. Walaubagaimanpun, Berita Semasa menilai projek pembinaan lebuhraya ini daripada pelbagai aspek yang mana masalah tetap akan berlaku disebabkan rantaian seperti di bawah ini :
  1. Projek-projek mega lebuhraya seperti ini sering didorong dari segi ekonomi.
  2. Dengan menyuntik dana ke dalam ekonomi, ia mampu menyediakan peluang pekerjaan dan mewujudkan peluang kekayaan kepada sesiapa sahaja.
  3. Malangnya tiada persediaan yang komprehensif apabila jumlah pemilikan kenderaan dan jumlah penduduk bandar di satu-satu kawasan semakin melonjak
  4. Satu-satunya cara untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas untuk jangka masa panjang adalah untuk menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik
  5. Persoalan sekali lagi, mengapa dan kenapa adalah lebuh raya yang dibina dan diberikan keutamaan? Adakah mereka-mereka ini benar-benar mahu membantu orang ramai mendapatkan akses dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan pada harga yang munasabah?
  6. Atau sebenarnya mereka beratur menunggu giliran bagi memenuhkan poket masing-masing bagi menyertai skim cepat kaya dikalangan taikun-taikun kaya di Malaysia?
  7. Yang mana satu?
Kidex Highway

 

Projek Mega Lebuhraya Vs Sistem Pengangkutan Awam Yang Efisien?

Sebenarnya yang rakyat Malaysia  yang rakyat mahukan sistem pengangkutan dipertingkatkan. Sistem pengangkutan awam yang lebih efisien adalah satu-satunya ubat terbaik bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas untuk jangka masa panjang.

Adakah rakyat Malaysia akan terus “disumbatkan” dengan lebih banyak jalan raya, atau sepatutnya kita sudah pun bermula untuk mengimbangi dengan melakukan penambaikan pengangkutan awam?
  • Pada asalnya laluan lebuhraya yang baru memberikan peluang dan ruang kepada pengguna dan pelanggan mereka menikmati perjalanan pada kelajuan 90kmj, tetapi akhirnya semakin perlahan dan perlahan pada kelajuan 30-40kmj untuk sampai ke destinasi sekitar 500m hingga 1km sahaja.
  • Lebuhraya menjadi semakin sesak dan sesak semula, akhirnya mudah untuk saudagar lebuhraya di Malaysia memperkenalkan “penyelesaian terbaik” bagi mereka dengan memperkenalkan satu lagi projek lebuhraya bernilai berbilion ringgit. Kenyang mereka…
  • Kitaran seperti inilah yang akan akan berterusan yang akan terus dihadapi orang Lembah Klang
Mengapa kita tidak belajar contoh projek “skim cepat kaya” Lebuhraya Damansara Puchong (DI SINI BUKTI NILAI KEUNTUNGANNYA) yang dibina pada tahun 1998 bertujuan untuk mengurangkan kesesakan melibatkan kawasan perumahan yang besar seperti Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kepong, Damansara, Petaling jaya (PJ) dan Puchong.

Hari ini sesiapa sahaja memandu di sepanjang jalan ini akan bertarung dengan kesesakan lalu lintas setiap masa, setiap jam dan lebih-lebih lagi di waktu puncak yang mana telah berlaku sejak bertahun lamanya. Setuju?

Kebanyakan negara luar sebenarnya sudah pun beralih daripada membina lebuh raya kerana melihatkan jumlah penduduk yang mendadak sepanjang masa dan pemilikan kereta dengan memperbaiki sistem pengangkutan mereka.

Berita Semasa ingin memberikan satu contoh negera Turki. Melihatkan kepadatan penduduk kota Istanbul contohnya. sangat-sangat tinggi iaitu sekitar 13.9 juta. Berapa banyak lebuhraya diperlukan bagi menampung kepadatan penduduk di sini?

Gambar Projek Mega Sistem Pengangkutan Awam di Kota Istanbul Turki : MetroBus

Akhirnya kerajaan Turki berani melabur sejumlah dana bagi memperkenalkan perkhidmatan metro bus yang ditempah terus dari Jerman melalui pengenalan sistem Bus Rapid Transit (BRT) di Istanbul Turki. Berita Semasa perhatikan jangka masa metro bas di sana akan hadir di sepanjang hentian bas adalah setiap 15 hingga 30 saat tanpa henti bagi mengangkut penumpang. Sangat-sangat efisen. Malaysia?

Sekali lagi bagi Berita Semasa membina lebuh raya hanya penyelesaian sementara dan dari masa ke masa masa  lebuh raya akhirnya tidak akan menampung kebanjiran lalu lintas kelak. Apa pendapat anda pula?


BN jual tanah 35 kali lebih banyak, tapi hasil kecil

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang berjaya mendapat pulangan yang lebih besar daripada penjualan tanah negeri, walaupun jumlah keluasannya jauh lebih kecil berbanding kerajaan BN sebelum ini melalui sistem tender terbuka yang berdaya saing.

Malah, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng, hampir separuh daripada hasil tersebut pula disalurkan bagi membina 20,000 unit rumah mampu milik untuk rakyat.

Tambahnya, kepada pihak yang mendakwa kerajaan negeri bergantung sepenuhnya kepada penjualan tanah bagi mendapatkan hasil, ia tidak benar memandangkan kerajaan BN telah menjual tanah dengan keluasan 35 kali ganda namun mendapat pulangan lebih kecil.

“BN sebelum ini menjual sekurang-kurangnya 3,661 ekar tanah dan mendapat RM1.0586 bilion. Manakala kami menjual hanya 106.1 ekar dengan hasil RM1.1102 bilion,” ujarnya dalam satu kenyataan dipetik Roketkini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, perbezaan itu adalah kerana kerajaan Pakatan sentiasa mengamalkan sistem tender terbuka bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak untuk dipulangkan kepada rakyat.

“Isu ini sering dimainkan BN melalui media kawalan mereka. Mujurlah rakyat Pulau Pinang tidak mudah ditipu. Malah Pakatan mendapat mandat terbesar dalam sejarah negeri pada Pilihanraya Umum lalu dengan 68% undi popular,” katanya lagi.

Dengan hasil yang diperolehi itu, katanya lagi, kerajaan negeri memperuntukkan RM500 juta untuk Skim Perumahan Awam Mampu Milik bagi membina 20,000 unit rumah di lima daerah di Pulau Pinang.

“Jumlah ini adalah yang terbesar yang disalurkan kerajaan negeri di Malaysia, dan kami sanggup menambahkan lagi peruntukan jika perlu," katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga menjadi perintis Skim Pemilikan Bersama untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang sukar mendapat pinjaman bank memiliki rumah, dengan memberikan pinjaman tanpa faedah sebanyak 30 peratus bagi membayar harga belian rumah tersebut.

Lajim kekal kerusi Klias, permohonan Isnin ditolak

JOCELYN ANN DRAGON 


PUTRAJAYA: Ketua pembangkang Sabah Datuk Lajim Ukin kekal menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Klias apabila Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon Barisan Nasional (BN) agar keputusan pilihan raya bagi kerusi itu dibatalkan.
  
Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mempengerusikan panel lima anggota, memutuskan bahawa rayuan yang dikemukakan Isnin Aliasnih tidak mempunyai merit dan oleh itu memerintahkan beliau membayar kos guaman RM20,000 kepada Lajim.
  
Dalam penghakimannya, Zulkefli berkata Isnin gagal membuktikan bahawa wanita bernama Wong Kui En @ Norliah dilantik sebagai wakil bagi Lajim, yang didakwa mengagihkan wang RM50 dan kupon pada 4 Mei tahun lepas, sehari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
  
Isnin mendakwa, Norliah yang bertindak sebagai wakil calon bagi Lajim, mengagihkan wang serta kupon berkenaan (yang boleh ditebus untuk mendapatkan wang RM100 sekiranya Lajim memenangi kerusi itu) kepada pemilih di kawasan berkenaan pada PRU-13.
  
Zulkefli berkata perayu gagal memuaskan hati mahkamah bahawa ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah itu (Lajim) tahu dan merestui perbuatan rasuah Norliah memberi sampul mengandungi wang dan kupon berkenaan.
  
"Kami berpendapat hakim pilihan raya membuat keputusan betul apabila beliau mendapati perbuatan Norliah pada 4 Mei tahun lepas itu adalah di luar skop tugasnya sebagai wakil calon," katanya.
  
Beliau berkata apa yang dilakukan Norliah pada 4 Mei tahun lepas itu merupakan perbuatannya secara peribadi, yang dengan tepat disifatkan hakim pilihan raya sebagai “on a frolic of her own”.
  
Oleh itu, katanya, perbuatan yang didakwa dilakukan Norliah pada 4 Mei tahun lepas dalam menunaikan tugasnya sebagai wakil calon, tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada responden (Lajim).
  
Lajim memenangi kerusi Klias atas tiket PKR dengan majoriti 179 undi setelah meraih 6,324 undi berbanding Isnin sebanyak 6,145 pada pilihan raya umum 5 Mei.
  
Isnin memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan apabila Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyennya pada 6 Dis tahun lepas.
  
Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Isnin, berkata berikutan implikasi daripada keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini, kerajaan atau Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengkaji untuk meminda undang-undang pilihan raya bagi menjelaskan tentang peranan wakil calon dan wakil pengiraan undi.- Bernama

Prof Redzuan mangsa penguasa angkuh - Anwar

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Berita pemecatan serta merta Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan (gambar) sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) tidak mengejutkan tetapi tetap mengecewakan dan tidak wajar.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyingkiran secara melulu bertujuan memberi amaran kepada semua ahli akademik bahawa kebebasan mereka akan berakhir semata untuk mempertahankan kepentingan Umno.

"Dalam pentadbiran yang rakus ini, kebebasan mengkritik adalah hak mutlak kepada mereka sasarannya adalah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atau mereka yang kritikal terhadap Umno BN," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, penghukuman yang cukup pantas ini akan menimpa mereka yang menyokong apa-apa pandangan atau pendapat yang kelihatan kritikal terhadap Umno apatah lagi yang memihak kepada pembangkang.

Beliau berkata, nasib yang sama juga telah menimpa pakar ekonomi terkenal Prof Jomo KS, profesor sains politik Prof Dr P. Ramasamy dan pakar perlembagaan dan undang-undang Dr Aziz Bari tidak lama dahulu.

"Dan hari ini kita lihat ia menimpa Prof Redzuan yang telah terbukti menunjukkan prestasi akademik dengan profesional dalam bidang penyelidikan yang menuntut objektiviti lengkap dan kebebasan," ujarnya lagi.

Ketua Umum PKR itu menambah, amat jelas bahawa keputusan untuk tidak menyambung tempoh Profesor Redzuan sebagai Pengarah UMCedel amat tidak wajar.

"Beliau sekali lagi menjadi mangsa penguasa angkuh yang enggan melihat sarjana bersikap bebas dan berani," katanya.

Sehubungan itu, beliau ingin mengingatkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Idris Jusoh bahawa kuasa pelantikan dan pemecatan bukannya mutlak dan tindakan terbaru itu bukan sahaja melanggar kebebasan akademik malah pengkhianatan terhadap harapan rakyat terhadap peningkatan mutu dan kedudukan institusi pengajian tinggi.

Ramadan: Model Playboy, kepala lembu dan Syria

Oleh Amin Iskandar


Hari ini hari kedua umat Islam di Malaysia berpuasa. Selama sebulan ini, agak sukar untuk kita melihat umat Islam makan tengah hari di restoran secara terbuka.

Tetapi dengan mudah kita boleh melihat “drive thru” di restoran makanan segera seperti McDonald's dan KFC sesak dengan umat Islam yang berpusu-pusu membeli “juadah berbuka puasa” seawal jam 10 pagi.

Dalam erti kata lain, di bulan Ramadan, kebanyakan umat Islam tidak akan menzahirkan apa yang mereka sering lakukan. Kebanyakan akan dilakukan secara “tersirat.”


Tidak mengapa, yang lebih penting lagi, bulan Ramadan ini boleh digunakan untuk menilai semula apakah yang sudah dilakukan selama ini dalam menjadi “khalifah Allah di muka bumi” dan sebagai penganut agama majoriti di Malaysia.

Model Playboy

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan seorang bekas model Playboy, Felixia Yeap menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam.

Di dalam berita versi bahasa Melayu, komen-komen pembaca seperti biasa, “Tahniah Allah berikan hidayah”, “Tahniah dan bersyukurlah kerana Allah memilih kamu, sungguh Allah memilih sesiapa pun tang dikehendakiNya,” dan banyak lagi puji-pujian.

Jika dibaca versi bahasa Inggeris pula, komen-komen yang diberikan berbeza.

Ada pembaca yang meminta Yeap memikirkan semula keputusannya kerana tiada lagi jalan patah balik selepas beliau menyertai Islam.

Antara komen-komen diberikan adalah: “... going from a dark side to an even darker one. Already a lost cause when she decided to pose naked publicly. The dark force celebrates her joining and the opportunist media reports in a big way. Such a BIG and IMPORTANT news when a stripper covers up!"

“Don't play play loh...There is no turn back after this.”

“Once in, there's NO out! Just a friendly reminder.”

Apabila membaca komen negatif daripada yang bukan Islam terhadap Islam siapa yang harus dipersalahkan?

Kepala lembu

Bagi saya, kesalahan itu terletak di bahu umat Islam itu sendiri, terutamanya dalam negara seperti Malaysia.

Lihatlah apa yang berlaku semalam di Pulau Pinang. Kepala lembu dicampakkan di hadapan rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Pulau Pinang, R S N Rayer.

Walaupun masih belum diketahui siapa yang melakukannya, tuduhan atau persepsi umum sudah pasti akan menyalahkan Umno, parti majoriti Melayu-Islam kerana Rayer sebelum ini mengatakan Umno celaka.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri dalam negeri mengatakan walaupun bersimpati dengan Rayer, itulah harga yang perlu dibayarnya kerana bermulut celupar.

Zahid merupakan antara pemimpin Umno yang menjenamakan dirinya sebagai seorang pemimpin Islam.

Tetapi jika ini yang keluar daripada mulut seorang pemimpin Islam seperti Zahid, apa lagi kita harapkan daripada pengikut biasa Umno?

Memang benar Rayer bermulut celupar apabila mengatakan Umno celaka.

Tapi muliakah tindakan biadap Rayer dibalas dengan penghinaan terhadap agama Hindu secara keseluruhannya?

Lembu merupakan haiwan suci penganut agama Hindu, mengapa perlu dihina sebegitu rupa sekalipun marah dengan kenyataan celupar Rayer? Apakah ini yang diajar Islam?

Apakah umat Islam boleh berbangga dapat membuli penganut agama minoriti dalam negara?
Syria

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta ahli-ahli Umno mencontohi keberanian Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) yang mengalahkan tentera Iraq, saya tidak terkejut.

Ramai yang mempersoalkan kejahilan Najib dalam politik antarabangsa dan hubungan diplomatik, terutamanya di Timur Tengah.

Pemikir-pemikir di belakang Najib turut dipersoalkan kerana kenyataan “tidak bijak” perdana menteri itu.

Apakah kenyataan Najib itu datang daripada pemikirannya sendiri? Atau ia disediakan oleh kumpulan pemikirnya yang sengaja mahu dunia mengetahui garis politik presiden Umno itu.

Bagi saya, Najib memang secara terbuka menunjukkan beliau bersama Amerika Syarikat (AS) dan Barack Obama, cuma beliau “kurang bijak” berbanding presiden AS itu yang sudah tentu tidak akan secara terbuka menyatakan beliau menyokong Isil.

Bagi yang faham tentang politik antarabangsa dan Timur Tengah, sudah pasti akan tahu bagaimana AS berperanan menyokong dan memberi dana Isil dan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Di atas nama memerangi Syiah, ramai umat Islam seluruh dunia terpengaruh, termasuk dari Malaysia, dipergunakan sehingga ada yang terkorban sebagai pengebom berani mati.

Peperangan di Timur Tengah ini akan berterusan dan disokong Obama dan sekutunya untuk memastikan Arab Saudi dan Israel terus selamat.

Bagi yang tidak “membaca” dan terpengaruh dengan sentimen anti-Syiah, mereka merasakan perjuangan menggulingkan Bashar Al Assad itu perjuangan suci kerana beliau merupakan seorang Syiah.

Assad akan terus berkuasa kerana disokong rakyatnya.

Assad itu seribu kali lebih mulia daripada Raja-raja “Sunni” Arab Saudi yang menjadi anjing kepada AS secara turun temurun.

Selain daripada menilai diri sendiri, elok jadikanlah Ramadan sebagai bulan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Ini kerana, jika anda bodoh, agama apa sekalipun yang anda anuti, tidak akan menjamin anda akan selamat hidup di dunia mahupun di akhirat

Jangan fikir kerana anda umat Islam, anda boleh menjadi bodoh kerana sudah dijamin syurga.
Percayalah, kebodohan itulah yang akan memudaratkan hidup anda di dunia, mahupun akhirat.
Selamat berpuasa dan menjalani bulan Ramadan.

Amin Iskandar adalah penerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) bagi sesi 2009-2010. Kini merupakan Pengarang Berita bagi The Malaysian Insider. Beliau "berkicau" di www.twitter.com/aminiskandar

Menteri seharusnya positif dengan teguran Wardina


Oleh Shahbudin Husin  




Kisah seorang remaja lelaki OKU, Muhammad Firdaus Dullah yang terbiar dalam keadaan daif dan menyedihkan dengan ditinggalkan bersendirian di sebuah flat ketika ibunya bekerja, mengundang simpati yang bukan sedikit daripada seluruh masyarakat. 

Banyak pihak meluahkan simpati, menghulurkan bantuan serta mengecam ibunya yang tergamak berbuat demikian keatas darah dagingnya sendiri yang ditakdirkan dilahirkan sedemikian rupa.

Ibunya, Lolanopita Saidi, kini sudah pun didakwa di mahkamah atas kesalahan mengabaikan dan meninggalkan anaknya tanpa pengawasan.

Sementara banyak pihak memberikan pandangan dan ulasan mengenai malang yang menimpa Muhammad Firdaus, reaksi yang paling mendapat perhatian ialah daripada Wardina Safiya, seorang selebriti wanita yang kini dilantik menganggotai Majlis Konsultansi Perpaduan Negara atau MPKN yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk memberi pandangan mengenai isu-isu perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

Dalam komennya di laman Instagram mengenai Muhammad Firdaus, Wardina menulis, "ini berlaku salah satunya berpunca kerana ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan. Saya di sini mahu membandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak-anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir.

"Di Australia, ibu bapa kepada anak OKU akan diberi pelbagai keistimewaan seperti elaun bulanan yang tinggi. Malah kawan saya yang mempunyai anak OKU kedua-dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anak OKU itu.

"Anak-anak OKU dihantar ke terapi secara percuma, dihantar ke sekolah berkualiti dengan percuma dan ibu bapa pula diberi cuti percuma setiap tahun kerana kerajaan faham betapa tertekannya untuk menjaga anak-anak istimewa ini.

"Ya, itu negara kafir. Anak-anak OKU dan istimewa kita bagaimana pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu daripada mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah."

Itulah komen dan reaksi Wardina yang kemudian membuatkan banyak orang tidak senang, menilainya tidak realistik dan cuba menunjuk pandai. Malah Menteri Pembanginan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim juga turut kecewa dengan kenyataan Wardina itu.

Kata menteri berkenaan, kenyataan Wardin itu tidak berasas sama sekali kerana pihaknya sangat mementingkan kebajikan golongan berkenaan dengan menyediakan pelbagai jenis bantuan.

"Lihatlah selepas empat hari penemuan remaja itu, dia telah dibantu dan dibela kerana pihak kami sangat mementingkan kebajikan OKU," katanya selepas melawat Muhammad Firdaus di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

Amat malangnya sebenarnya kerana seorang menteri sendiri tidak faham apa yang dibangkitkan oleh Wardina. Wardina bercakap mengenai dasar yang menyeluruh yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu ibu bapa yang mempunyai anak OKU sepertimana yang dilaksanakan di Australia, malangnya Datuk Seri Rohani pula membanggakan tentang bantuan yang diberikan setelah nasib Muhammad Firdaus didedahkan dan menjadi perhatian.

Apa akan jadi jika kes Muhammad Firdaus tidak didedahkan? Adakah bantuan kerajaan akan menjelma? Adakah menteri akan melakukan lawatan?

Nampaknya Datuk Seri Rohani bukan saja jahil dan naif, tetapi juga tidak faham peranannya sebagai seorang menteri. Beliau terlihat hanya mementingkan faktor memberi respon, menghulur bantuan dan melakukan lawatan setelah sesuatu itu didedahkan dan bukannya sebelum itu lagi sedangkan itulah yang sepatutnya menjadi keutamaan.

Sebenarnya, sudah sampai masanya kerajaan melalui Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat merangka akta yang lebih khusus untuk membantu ibu bapa yang mempunyai anak OKU. Akta itu mungkin tidak sepenuhnya meniru seperti Australia tetapi apa salahnya mencontohi amalan baik oleh masyarakat kafir atau bukan Islam itu.

Tidak ramai ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU ini, jumlahnya mungkin tidak sampai pun satu peratus daripada keseluruhan mereka yang berkeluarga. Apa salahnya digunakan sebahagian wang cukai untuk memberikan bantuan dan sara hidup kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU ini sebagai tanda prihatin kerajaan keatas nasib dan takdir yang menimpa mereka.

Rasanya jika akta ini segera digubal, bukannya seperti sekarang yang bantuan dan pertolongan hanya mencurah-curah setelah sesuatu kes menjadi perhatian media, semua rakyat akan gembira dengan kerajaan.

Oleh itu, daripada Datuk Seri Rohani meluahkan kekecewaan dengan kenyataan Wardina, beliau sepatutnya lebih kecewa dengan kementerian yang diterajuinya kerana selama ini tidak mempunyai dasar khusus untuk membantu dan melindungi anak-anak OKU dan istimewa ini. Terimalah tegurah Wardina itu dengan positif dan untuk kebaikan jangka panjang.

Melakukan lawatan dan mencurahkan bantuan setelah sesuatu nasib malang menimpa OKU itu didedahkan oleh media dan menjadi perhatian ramai sebagaimana yang berlaku kepada Muhamad Firdaus, lebih memperlihatkan kegagalan kerajaan yang sudah memerintah lebih 50 tahun ini. Tidak guna mengaku Malaysia ini bukan negara sekular, tapi nasib OKU pun tak dibela.

Penduduk Selangor mahu Abdul Khalid kekal orang nombor satu

Oleh: NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM: Majoriti penduduk Selangor terus menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus menerajui pentadbiran sebagai orang nombor satu di negeri itu.

Dalam laman sosial Facebook dan Twitter, penduduk Selangor mahu Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar ekoran kecemerlangan beliau menerajui tampuk pentadbiran negeri.

Malah, bukan itu sahaja, penduduk dari negeri lain juga turut menyatakan sokongan yang sama kerana Abdul Khalid dilihat sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan banyak membantu golongan berpendapatan rendah.

.Saiden Mannat Mohd Nasir, berkata kemajuan Selangor semakin meningkat ekoran kepimpinan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan semua pihak harus melihat kejayaan itu bukan kepada politiknya.

“Selangor maju dengan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar. Tengoklah kemajuan Selangor bukan kekuatan politiknya,” katanya.

Bagi Nina Karina pula, dia berpendapat Abdul Khalid adalah seorang pemimpin yang layak memegang jawatan itu.

“Beliau adalah yang terbaik dan sewajarnya menjadi Menteri Besar. Mengapa ada pihak yang tidak mahu dikekalkan.

“Jika salah memilih penganti, ia boleh mengakibatkan masalah besar di Selangor,” katanya.

mb khalid pelabuhan klang calon 01Sementara itu, Zokry Daud pula menganggap Abdul Khalid seorang pemimpin yang telus dalam pentadbirannya dan dengan sikapnya itu dapat mengelakkan berlakunya amalan rasuah.

“Tan Sri sudah bagus mentadbir negeri, banyak pembangunan. Telus dan tiada rasuah. Rizab negeri dapat dipertingkatkan, jika ada masalah perbaikinya,” katanya.

Ahmad Zulkifli pula berkata, jika jawatan itu ditukar maka sewajarnya semua pihak mengenang jasa Abdul Khalid sebagai pemimpin terbaik.
“Beliau adalah yang terbaik, orang terbaik tidak akan kekal lama, jadi wajar kita mengenang jasa beliau,” katanya.-NFN-

Selangor lulus RM27 juta naik taraf masjid negeri

Oleh: NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersetuju memberikan peruntukan awal RM27 juta bagi kerja menaiktaraf kawasan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Katanya, peruntukan terbabit merangkumi pembinaan menara masjid, kawasan sekitar dan pembaikan struktur bangunan serta ruang dalaman.

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri sangat berterima kasih kepada bekas Imam Besar masjid ini iaitu Allahyarham Ahmad Mustafa Sidin yang sangat aktif mengimarahkan masjid dengan pelbagai program yang diadakan.

masjid“Oleh itu, kita mahu masyarakat selesa dengan keadaan masjid dan menganggap seperti berada di rumah bagi meneruskan kesinambungan itu.

“Kerajaan Negeri memberi kepercayaan penuh. Jika sebelum ini, Allahyarham banyak menghabiskan masa di masjid, jadi kita mahu semua orang selesa,” katanya dalam majlis mengedar bubur lambuk, di sini, semalam.

Abdul Khalid berkata, pendekatan itu diambil bagi mengingati jasa dan usaha pemimpin muda yang banyak menyumbang tenaga menguruskan masjid.

Selain itu, beliau turut memaklumkan akan menyelesaikan masalah kira-kira 40 peniaga bazar di kawasan masjid itu yang tidak dibenarkan berniaga atas sebab tertentu.

DSC_5560“Saya akan berjumpa dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membincangkan perkara itu. Saya juga akan meminta beliau mencari tempat berniaga alternatif kepada peniaga terbabit,” katanya.

Pada masa sama, 2,400 bungkus bubur lambuk dan kurma diagihkan kepada orang ramai secara percuma bagi hari pertama menyambut Ramadan.

Pada tahun ini, 1,200 bungkus bubur lambuk akan diedarkan setiap hari kepada orang ramai secara percuma bermula 1 hingga 27 Ramadan yang diagihkan selepas waktu Asar setiap hari kepada orang ramai.-NFN

Tiada Kurang Kristian Tanpa 'Allah'

Ridhuan Tee


alt

Keputusan mahkamah berhubung isu kalimah ALLAH telah pun diketahui. Masih ramai tidak berpuas hati, terutama kalangan ultra kiasu.

Saya masih tertanya-tanya apakah tanpa menggunakan kalimah ALLAH, mereka akan menanggung kerugian besar? Sedangkan selama ini, mereka tidak pernah pun menggunakan kalimah, kecuali  di Sabah dan Sarawak.

Hairannya, yang bersungguh-sungguh mahukan kalimah ini adalah kalangan mereka yang berasal dari Semenanjung. Kesungguhan ultra kiasu ini adalah perancangan licik untuk merosakkan akidah umat Islam yang sedang goyah hari ini.

Saya yakin, target mereka adalah umat Islam liberal dan goyah akidahnya. Kumpulan ini mudah didekati dan mudah terpengaruh. Sebab itulah, mereka begitu bersungguh-sungguh mahukan kalimah ALLAH digunakan bersama.

Bertambah licik lagi, kini, setelah mahkamah menjatuhkan keputusan, mereka begitu berani mengatakan, larangan penggunaan kalimah ALLAH hanya untuk majalah Herald sahaja. Untuk majlis dan kegunaan lain, tidak ada siapa pun boleh menghalang. Nampak atau tidak!

Kenapa saya katakan Kristian tidak sedikit pun rugi atau kehilangan apa-apa pun jika tidak menggunakan kalimah ALLAH?

Pertama, kenapa perlu berebut kalimah ALLAH, sedangkan selama ini langsung mereka tidak pernah gunakan? (Maaf, saya hanya rujuk ultra kiasu di Semenanjung, bukan di Sabah Sarawak). Rujuklah ‘khutbah’ dan ceramah mereka sebelum ini. Lagipun, sebutan ALLAH tidak pernah betul.

Kedua, dengan Kristian beralah, prasangka umat Islam kepada mereka selama ini akan menjadi kendur? Keadaan ini, baik untuk perpaduan nasional. Tidakkah selama ini pihak Kristian selalu mendakwa, bila orang sepak pipi kiri, tidak perlu balas, malah bagi pula pipi kanan. Justeru, mengalahlah.

Fahamilah sensitiviti orang Melayu. Melayu yang saya kenali dan fahami amat sensitif dengan agama, walaupun mereka tidak beramal dan tidak kuat semangat jihadnya.

Begitu juga dengan orang India yang beragama Hindu. Isu agama pada mereka amat sensitif. Misalnya, jika orang Hindu amat memuliakan lembu, kita perlu faham sensitiviti mereka.

Tetapi bagi ultra kiasu, terutama kalangan orang Cina, agama tidaklah terlalu penting. Pada mereka, ekonomi yang paling penting. Tanpa agama pun tidak menjadi masalah. Sebab itu, kita lihat dalam keluarga Cina, ada berbagai agama di dalamnya.

Peliknya, bila Cina atau India masuk Kristian, mereka menjadi ultra kiasu. Pasal apa? Sebab mereka sudah didogmakan untuk mendakyahkan agamanya dalam apa jua keadaan.

Sebab itulah, hari ini, yang begitu berani tampil ke hadapan adalah ultra kiasu dari Semenanjung yang memeluk Kristian. Mereka di Sabah, Sarawak, relaks sahaja. Kenapa? Selama ini mereka sudah menggunakan kalimah ALLAH.

Ketiga, banyak lagi nama Tuhan yang selalu mereka gunakan selama ini seperti God, Lord, dan sebagainya. Tambahlah nama-nama lain, tiada siapa yang larang.

Keempat, jangan banding dengan negara lain, kerana undang-undang dan cara hidup mereka berbeza dengan Malaysia. Fahamilah kehidupan orang Melayu. Mereka dahulu adalah Buddha-Hindu, termasuk juga fahaman anamisme.

Selepas Melayu memeluk Islam, disebabkan oleh kepercayaan dan ketaatan mereka kepada raja, semua Melayu pakat-pakat Melayu Islam.

Selepas itu, Melayu tidak lagi bertukar kepada agama lain, walaupun penjajah menjajah dan mendakyahkan agama Kristian. Kenapa Melayu tidak terpengaruh walaupun persekitaran ketika itu tidak Islamik dan terdedah kepada dakyah Kristian seperti sekolah missionari dan sebagainya?

Jawapannya, mudah, Islam sudah sebati dan menjadi darah daging orang Melayu.

Dengan Islam jugalah, Melayu berubah, menjadi lembut dan lebih bertolak ansur serta berlaku adil. Atas sifat ini jugalah Melayu sanggup menerima orang bukan Melayu menjadi warganegara di sini dengan bilangan yang amat besar tanpa banyak soal. Perkara ini  tidak pernah berlaku di negara lain.

Di negara lain, golongan berhijrah terlalu sedikit, berbanding Tanah Melayu. Kenapa jadi sedemikian? Islam telah mengetuk pintu hati Melayu supaya menghargai dan menghormati makhluk ciptaan ALLAH berbilang bangsa.

Kelima, apakah Kristian akan menjadi kurang Kristiannya, jika tidak menggunakan kalimah ALLAH? Jawapannya, tidak.

Akhirnya, cubalah fahami isi hati Melayu. Melayu yang saya kenali amat memahami orang lain. Sebab itu, orang lain boleh hidup senang-lenang di sini. Namun, jika kita terus mencabar Melayu dan sensitivitinya, saya amat bimbang, Melayu akan bangkit  dengan garangnya. Itulah yang dinamakan MENGAMUK.

Zahid Hamidi galak keganasan, biarkan jenayah


Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR : Kenyataan Datuk Ahmad Zahid Hamidi mengenai insiden kepala lembu yang diletak di hadapan rumah Adun Pulau Pinang RSN Rayer seolah-olah menggalakkan keganasan dan membenarkan jenayah.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, Zahid sebagai seorang menteri tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian, apatah lagi beliau merupakan menteri dalam negeri.

Fahmi“Kenyataan Zahid menggambarkan dia tidak melihat kejadian itu sebagai jenayah dan hanya membiarkan saja tindakan itu dilakukan. Zahid sebagai menteri bertanggung jawab, sepatutnya mengarah polis menjalankan siasatan segera.

“Kenapa perlu keluarkan komen yang menggalakkan lagi permusuhan antara rakyat, tambahan lagi ia menyentuh sensitiviti penganut agama lain,” ujar Fahmi.

Zahid sebelum ini dipetik berkata, insiden itu sebagai ‘harga’ yang perlu dibayar RSN Rayer, berhubung kenyataannya yang menggelarkan beberapa pemimpin Umno sebagai ‘celaka’pada sidang DUN bulan lalu.

Kenyataan itu dibuat Zahid susulan kejadian pihak tertentu meletakkan kepala lembu di hadapan rumah Adun DAP itu, baru-baru ini.

Zahid sebelum ini juga beberapa kali mengeluarkan kenyataan kontroversi seperti mewajarkan tindakan anggota polis menembak suspek penjenayah, yang turut dibidas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Justeru, Fahmi berkata, adalah lebih baik Zahid Hamidi  meletak jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri jika tidak lagi berminat memastikan keharmonian negara terjamin.

“Lebih baik Zahid meletak jawatan, kerana daripada kenyataan-kenyataan, ia hanya mengambarkan Zahid tidak lagi berminat untuk pastikan negara ini aman.

” Banyak komen yang dibuat Menteri Dalam Negeri itu seolah-olah menggalakkan keganasan daripada memupuk keharmonian,” tegas Fahmi lag

ABIM kesal kenyataan Zahid Hamidi

MALAYSIAKINI


 


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat kesal dengan respons yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan insiden kepala lembu yang ditinggalkan di luar rumah seorang ahli politik beragama Hindu di Pulau Pinang.

Menurut Presiden ABIM, Amidi Abd Manan, perbuatan meletakkan kepala lembu di pintu pagar ADUN Seri Delima, RSN Rayer "jelas adalah satu penghinaan terhadap penganut agama Hindu".

Oleh itu, katanya, respons yang diberikan oleh Zahid terhadap insiden itu "tidak mencerminkan ajaran Islam".

"Islam mengajar umatnya agar menghormati agama lain dan menegah sebarang perilaku yang bermotifkan penghinaan," kata Amidi dalam satu kenyataan.

"Tegahan ini jelas disebut dalam Surah al-An'am ayat 108 yang menegaskan bahawa penghinaan terhadap sembahan agama lain akan menyebabkan penganut agama lain menghina agama Islam.

"Respons yang sedemikian memberikan imej yang negatif selaku pemimpin 'negara Islam' yang tidak mempraktikkan ajaran al-Quran," tambanya.

Sepatutnya, tegas Amid lagi, kenyataan berkaitan status Malaysia sebagai negara Islam mestilah disertai dengan perkataan, sikap dan tindakan yang benar-benar menepati ajaran Islam terutamanya perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara pelbagai agama.

Sebelum ini, Zahid dilaporkan berkata perbuatan meletak kepala lembu di rumah ADUN Seri Delima itu sebagai "harga yang perlu dibayarnya kerana keceluparan mulutnya'.

Isu Umcedel, Saifuddin letak jawatan felo

MALAYSIAKINI


 


Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan sebagai felo penyelidik kanan Universiti Malaya (UM) hari ini.

Ini sebagai membantah tekanan supaya pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Datuk Dr Redzuan meletak jawatan.

Saifuddin memberitahu Malaysiakini, Dr Redzuan diminta berbuat demikian kerana kajian yang dilakukan tidak disukai Kementerian Pendidikan.

"Beberapa bulan lepas, naib canselor UM itu ditemui oleh beberapa pegawai Kementerian Pendidikan yang menasihatkan agar Redzuan meletakkan jawatan," kata beliau kepada Malaysiakini.

Selain jawatan pengarah Umcedel, tempoh kontrak Redzuan sebagai dekan di Fakulti Seni dan Sains Sosial yang tamat hari ini, turut tidak dilanjutkan.

Belajar dari kesilapan lalu


Wakil calon sibuk menjalankan tugas ketika pemilihan, semalam. Wakil calon sibuk menjalankan tugas ketika pemilihan, semalam.


PETALING JAYA - Proses pemilihan PKR Cabang Subang yang dijalankan di Dewan Serbaguna MBPJ, Seksyen 7, Petaling Jaya berlangsung dengan lancar.

Dalam pemilihan kali ini, PKR Cabang Subang dilihat belajar dari kesilapan lalu dengan menambah baik sistem yang diguna pakai dalam pemilihan bagi mengelak insiden kejadian di Cabang Kota Raja berulang.

Proses pengundian bermula tepat pada jam 12.10 tengah hari dan undian terakhir ditutup sekitar jam 7.10 petang semalam.

Kesemua peti undi kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat PKR di Merchant Square selepas proses pengundian ditutup untuk kiraan jumlah undi.

Sehingga jam 7.10 petang semalam, seramai 780 daripada 9,000 orang ahli berdaftar telah menjalankan kewajipan mereka membuang undi untuk memilih pimpinan baru pada penggal ini.

Mengulas mengenai proses pengundian yang dijalankan, calon Ketua Cabang Subang, R Sivarasa akui berpuas hati dengan sistem yang diguna pakai dalam pemilihan kali ini.

Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang berkata, menerusi pemerhatiannya segala proses pembuangan undi dilihat menggunakan sistem yang teratur serta terkawal.

“Hari ini adalah seumpama sambutan pesta demokrasi di peringkat akar umbi dan saya benar-benar berpuas hati dengan perjalanan proses pemilihan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sivarasa berkata, pihaknya sememangnya telah menjangkakan jumlah bilangan pengundi yang keluar mengundi akan berkurangan berikutan ramai penduduk sedang rancak membuat persiapan menyambut Ramadan.

Namun, beliau akan menerima segala keputusan pemilihan dengan hati terbuka.

“Segala kelemahan pada pemilihan sebelum ini telah ditambah baik dan saya terima dengan terbuka sekiranya tidak terpilih kali ini,” katanya.

Sebelum ini, proses pemilihan cabang Subang terpaksa dibatalkan ekoran mendapat bantahan daripada sebilangan pihak disebabkan oleh kelemahan sistem pengurusan.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut turun padang sekitar jam 3 petang bagi meninjau perjalanan proses pemilihan yang dijalankan itu.

Bapa mangsa cubaan culik kesal


Man (kiri) dan anaknya, Siti menunjukkan tempat van tersebut diletakkan kepada wartawan Sinar Harian. Man (kiri) dan anaknya, Siti menunjukkan tempat van tersebut diletakkan kepada wartawan Sinar Harian.


SAYA tidak mahu kejadian yang menimpa anak perempuan saya berulang kepada kanak-kanak yang lain dan mahu ibu bapa supaya berjaga-jaga dengan kes culik tersebut," demikian luahan bapa kepada mangsa kes cubaan culik di Bestari Jaya yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 36.

Man yang kecewa apabila tindakannya menyebarkan maklumat mengenai kes cubaan culik anaknya dalam laman sosial Facebook didakwa mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Menurutnya, tindakannya itu hanya bertujuan memberi peringatan kepada ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak supaya tidak menjadi mangsa kepada penculik sama yang tidak berhati perut.

“Selepas saya memuat naik status tersebut, saya dapat panggilan memberitahu status itu telah menjadi ‘viral’. Status itu juga dikatakan mengganggu siasatan polis.

“Menurut polis, kemungkinan untuk buat tangkapan dah berkurang kerana apabila penjenayah dah tahu yang kita ambil langkah berjaga-jaga, mereka akan melarikan diri. Kita buat perkara tersebut (sebar status) untuk elak anak-anak orang lain jadi mangsa dan umpan,” katanya kepada Sinar Harian.

Mendengar kata-kata ingatan itu, Man tidak berasa hairan jika kes culik sebegini dipandang sepi sehingga penculik berani mengulangi perbuatan itu tanpa rasa takut.

Man dan keluarga yang tinggal di Kampung Bukit Tagar, 40 kilometer dari kawasan kejadian terpaksa menghantar anaknya ke sekolah di Bestari Jaya kerana tempat tinggalnya hanya mempunyai Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Dalam masa sama, Man turut membawa wartawan Sinar Harian ke lokasi kejadian yang hanya 300 meter dari rumah nenek saudaranya, tempat anaknya tinggal seketika sebelum pulang ke rumah di Bukit Tagar pada sebelah malam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan tersebut hanya dikelilingi pokok-pokok besar selain keadaannya yang sunyi, dan jika ada perkara-perkara seperti merompak atau culik, ia sukar disedari penduduk sekitar.

Kawasan tersebut merupakan laluan harian anaknya untuk ke sekolah. Anaknya terpaksa berjalan sejauh 200 meter untuk ke tempat menunggu van.

Terdapat juga sebuah taman permainan dan balai raya di kiri jalan tersebut yang dilihat terbiar.

Menurut Man, keadaan tersebut agak sunyi dan lengang daripada kenderaan mahupun laluan orang. Kawasan itu hanya sibuk pada waktu petang apabila beberapa anak muda beriadah di gelanggang berhampiran balai raya.

Mengimbas kembali hari kejadian, Man tidak menyangka kejadian tersebut menimpa anaknya.

"Saya sedang bekerja pada waktu itu mendapat panggilan daripada anak saya memberitahu hal berkenaan.

"Katanya, dia hampir diculik empat lelaki yang menaiki sebuah van. Mujur ada yang menyelamatkan anak saya, selepas gagal, empat lelaki tersebut bertindak melarikan diri menggunakan van yang di letakkan berhampiran kawasan tersebut,” katanya.

Terkejut dengan perkara itu, Man bergegas ke Balai Polis Bestari Jaya untuk membuat laporan.

Pihak sekolah tersebut turut mengeluarkan surat kepada semua ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak bagi mengelakkan kejadian sama berulang selain pihak polis yang turut melakukan rondaan secara kerap di kawasan kejadian.
 
Leher diacu pisau potong sayur

TIADA siapa mahu kejadian seumpama ini berlaku pada diri atau ahli keluarga. Namun bagi kanak-kanak ini, kejadian hampir diculik merupakan pengalaman ngeri untuknya.

Sedia berkongsi cerita, Siti (bukan nama sebenar), 10, berharap di sebalik kisah pahit ini akan ada satu kekuatan untuknya menempuh kehidupan mendatang.

Siti sudah biasa pulang dari sekolah pada jam 1.50 petang setiap hari. Dia akan berjalan kaki melalui ‘jalan pintas’ menuju ke rumah nenek saudaranya.

Bagi Siti, sejak dahulu, rumah nenek saudaranya adalah tempat singgah untuknya bersiap untuk ke sekolah agama pula pada waktu petang. Siti dan abangnya hanya akan dijemput bapa mereka pada waktu malam.

Rutin harian Siti tidak pernah berubah. Berjalan kaki sejauh 200 meter bersama abangnya berusia 12 tahun menyusur jalan sunyi sudah dianggap biasa baginya.

Namun, siapa sangka pada hari kejadian, Siti yang seorang diri selepas abangnya tidak sihat, nyaris diculik dan apa yang lebih menyedihkan, penculik sanggup meletakkan pisau di leher seorang budak perempuan yang sememangnya tidak terdaya untuk melawan.

“Semasa saya berjalan pulang, ada empat orang lelaki jalan senyap-senyap belakang saya dan cuba menghampiri saya.

“Kemudian salah seorang tutup mulut saya, seorang lagi letak pisau kat leher saya dan cuba mengheret saya masuk ke dalam van putih. Saya nak jerit dan nak lepaskan diri tapi tidak boleh, mereka kuat sangat,” katanya.

Katanya, walaupun tahu tidak mampu, dia tetap melawan dan cuba melepaskan diri.

"Nasib saya baik, sebab ada dua abang sekolah menengah (pelajar tingkatan empat) lalu jalan itu dan menyergah lelaki tersebut.

"Lepas kena sergah, mereka lepaskan saya dan terus naik van putih  yang diletakkan hujung jalan," katanya.

Man berkata, anaknya terpaksa berjalan seorang diri pulang ke rumah kerana abangnya yang berusia 12 tahun kurang sihat dan tidak dapat menemaninya ke sekolah.

“Pada kebiasaannya, dia akan ditemani abangnya pergi dan balik dari sekolah kerana abangnya turut bersekolah di sekolah yang sama. Tetapi pada hari kejadian, abangnya tidak sihat.

"Ketika kejadian, anak saya baru sahaja selesai sekolah pada sesi pagi dan dalam perjalanan pulang ke rumah nenek saudaranya untuk bersiap sebelum hadir ke kelas agama petang,” katanya.

Katanya lagi, selepas kejadian tersebut, anaknya mengalami trauma yang agak teruk dan dia terpaksa menghantar dan menemaninya ketika pergi dan pulang dari sekolah setiap hari.

"Saya bersyukur kerana anak saya terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Saya tidak pasti nasib anak saya jika diculik kumpulan penjenayah tersebut," katanya.

Sunday, June 29, 2014

PRU ke13 TS Khalid testimonial PR, siapa pula testimonial PR dalam PRU ke14?

Setelah Khalid tewas dalam pemilihan Ketua Cabang PKR  Kuala Selangor sudah ada suara dikalangan ADUN PKR sendiri meminta beliau meletakkan jawatan sebagai MB. Suara yang sama telah pun kita dengar dari beberapa orang pimpinan PKR yang tidak senang dengan kehadiran Khalid sebagai MB kerana jawatan itu juga diminati oleh pemimpin yang lain dalam parti itu.

Kalau dipandang dari sudut yang lain adalah susah bagi seorang MB itu kalah dalam pemilihan partinya tetapi oleh kerana permainan politik yang begitu kuat dikalangan pimpinan parti itu, maka ia tidaklah menjadi suatu perkara yang menghairankan jika ia berlaku. Perlu diingat PKR adalah 'anak tut' kepada UMNO setelah Anwar dipecat dari parti UMNO pada tahun 1998 dahulu. PKR bukannya parti perjuangan tetapi parti yang tertubuh kerana Anwar terpecat dari UMNO hasil dari permainan politik beliau dan Mahathir sendiri semasa itu.

Jadi jika wujud elemen berebut sampai parti mati ini tidak lah suatu perkara yang ganjil berlaku dalam PKR itu. Khalid sudah dijadikan isu besar kerana pergolakan dan perebutan kuasa diantara pimpinan parti. Kita masih ingat bagaimana Khalid telah dipuji meninggi sebagai 'the best MB' dalam negara ini dan ia terbukti telah hampir melumpuhkan UMNO di Selangor ini kerana BN dan UMNO hanya mempunyai 12 kerusi sahaja di Selangor ini.

Malahan ‘performance’ Khalid ini telah dijadikan testimonial yang begitu hebat dalam pilihanraya yang lalu sehinggakan ia memberikan pengaruh besar di seluruh negara dan PKR khususnya serta Pakatan umumnya, telah mendapat sokongan begitu kuat semasa itu. Tetapi keadaan berbeza kerana jika negeri Selangor itu menjadi kaya raya dibawah Khalid ia bukannya baik untuk Khalid kerana kejayaan itu, sebaliknya ia akan menjadi isu besar kepada pemimpin yang mencemburui kejayaan Khalid itu.

Dalam PKR yang mempunyai DNA UMNO yang begitu kuat pemimpin yang baik dan produktif akan dibunuh oleh rakan parti sendiri. Dalam UMNO sejak lebih dari tiga puluh tahun dahulu telah membunuh karier pemimpin yang baik-baik dan produktif. Selepas lebih dari tiga dekad kita telah diwariskan dengan barisan pimpinan yang paling lemah seperti yang ada pada hari ini.

PKR seperti UMNO telah menjadi parti yang tidak berjiwa lagi dan untuk mewujudkan atau untuk mengembalikan roh pimpinan itu buka satu kerja yang mudah dalam negara sedang berhadapan dengan kepimpinan yang tidak semenggah semuanya itu. Kekalahan Khalid Ibrahim di Kuala Selangor itu sememangnya sengaja dilakukan oleh musuh Khalid diperingkat yang tinggi.

Pimpinan PKR itu  mempunyai sifat ‘vandalism’ yang kuat dan sifat itu jugalah yang telah melemahkan UMNO setelah tiga puluh tahun elemen itu mula wujud dalam parti itu. Kini PKR pula menjadi murid UMNO yang baik kerana parti itu adalah ‘offshoot’ UMNO. Bagaimana Dr Mahathir yang memainkan politik pecah perintah dalam UMNO dahulu, begitu jugalah apa yang dilakukan oleh Anwar dalam PKR itu.

Jika UMNO memakan masa tiga dekad untuk hancur hasil dari elemen pecah dan perintah ini, PKR akan hanya memakan masa empat lima tahun sahaja dari sekarang untuk pecah kerana itulah satu-satunya hasil dari parti yang mempraktikkan pecah perintah ini.

Kecelaruan yang sedang berlaku di Selangor sekarang ini sesungguhnya telah menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat Selangor kerana parti tunjangnya sedang berkrisis yang tidak mungkin mudah diselesaikan itu.

Apa pun yang orang kata semuanya ini bersebab dari ketidak jujuran pucuk pimpinan dan barisan pimpinan yang tertinggi. Seburuk dan sekecil mana seorang pemimpin ini mempunyai pengaruh mereka dikalangan ahli-ahli dan jika pemimpin berpecah maka tidak hairan perpecahan itu melintasi garisan dibawah-bawah ini.

Baik UMNO mahu pun PKR pemimpin yang suatu hari dipuji dan dijunjung akhirnya akan terbunuh politik mereka jika pimpinan itu menempa kejayaan.. Hanya yang pandai main silap mata dengan pucuk pimpinan sahaja yang boleh mendapat tempat dalam parti itu.

Bagi saya Khalid boleh kita jangka kesudahan politik beliau. Beliau sudah tidak diperlukan oleh ramai kepimpinan PKR kerana ada pemimpin lain yang terkeliur dengan jawatan MB yang disandang Khalid itu.

Kita tidak tahu siapa kah yang akan menjadi testimonial kejayaan bagi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang ini. Khalid Ibrahim sudah pasti tidak boleh lagi dijadikan testimonial kejayaan kerana beliau telah dibunuh politiknya oleh rakan-rakan dalam kepimpinan PKR itu sendiri.

178 pasar raya sertai kempen penurunan harga setakat ini, kata menteri

THE MALAYSIAN INSIDER


Kempen penurunan harga yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 29 Januari lepas, menarik 178 pasar raya dengan 1,089 cawangan di seluruh negara setakat ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek (gambar) berkata kempen itu yang bertujuan meringankan beban yang ditanggung pengguna akibat kenaikan harga barangan melibatkan sehingga 4,000 produk.

Kempen itu menawarkan penurunan harga antara 10% dan 70%, katanya kepada pemberita selepas melawat pasar raya Tesco Seremban 2 hari ini.

Mengenai skim kawalan harga sempena Aidilfitri kali ini, Hasan mengingatkan peniaga skim tersebut akan berkuat kuasa dari 20 Julai hingga 5 Ogos dan membabitkan 18 jenis barangan.

Peniaga yang gagal mematuhi skim ini akan dikenakan tindakan tegas, katanya. Antara barangan yang dimasukkan di bawah skim itu ialah ayam hidup, ayam standard, daging lembu tempatan, daging kerbau import, telur ayam, cili merah, kelapa dan bawang merah serta ikan kembung. – Bernama

Dollah Salleh dilantik Ketua Jurulatih Harimau Malaya

alt
 
Radhi Razak


KUALA LUMPUR  - Dollah Salleh hari ini secara rasmi dilantik sebagai Ketua Jurulatih Kebangsaan Harimau Malaya menggantikan Datuk K Rajagobal yang tamat kontraknya akhir tahun lalu.

Pemilihan itu dibuat selepas Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mengambil kira tempoh persediaan singkat menjelang Piala Suzuki AFF dan prestasi Dollah ketika mengendali Pahang tahun lalu dan PDRM tahun ini.

Pengendali sementara pasukan kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee kekal sebagai pengendali Harimau Muda A yang akan mengharungi tugasan di Sukan Asia tahun ini.

Dilahirkan di Melaka pada 10 Oktober 1963, Ketua Jurulatih Skuad PDRM ini memulakan karier awal dengan skuad Johor yang merupakan antara pasukan terhebat pada ketika itu.

Kelincahannya sebagai penyerang membuatkan dirinya menjadi perhatian skuad negeri. Pada 1987, beliau telah berhijrah ke Selangor dan berganding bersama pemain terkenal,  Zainal Abidin Hassan.

Selepas era James Wong dan Hassan Sani yang dikenali sebagai twin striker, mereka mengambil alih gelaran tersebut pade era 1980'an.

Bersama Selangor, Dollah Salleh telah menyumbang pelbagai kejuaraan liga dan piala.

Ketika era ini juga, beliau telah menyertai skuad kebangsaan yang menjadi pertaruhan berbisa dan disegani di peringkat Asia.

Keputusan menyertai skuad Pahang pada tahun 1991 dengan mencatat beberapa rekod  kejuaraan skuad Tok Gajah itu.

Karier dalam bolasepak diteruskan sebagai jurulatih, karisma memimpin pasukan terserlah apabila berjaya membawa kelab pertama yang memenangi Piala Malaysia pada 2003.

Beliau juga pernah melatih Selangor pada tahun 2005 sebelum berpindah ke Kelab Shahzan Muda seterusnya dilantik sebagai Jurulatih Pahang. Foto - The Star
 
Berikut merupekan pencapaian Dollah Salleh :-

Pasukan Kebangsaan

1989- Pingat Emas Sukan SEA
1993-Juara Pesta Bolasepak Merdeka

Johor

1985-Juara Piala Malaysia
1986-Piala Sumbangsih

Selangor

1989,1990-Liga Malaysia
1987,1990-Piala Sumbangsih

Pahang

1992-Juara Liga Premeir
1992-Juara Piala Malaysia
1992,1993-Juara Piala Sumbangsih
1995-Liga Malaysia

Rekod sebagai Jurulatih : -

Selangor MPPJ

2003-Juara Piala Malaysia
2003-Juara Liga Premeir
2004-Juara Piala Sumbangsih

Selangor

2005-Juara Piala Malaysia
2005-Juara Liga Premeir
2005-Juara Piala FA

Rumah setinggan, rumah kedai musnah terbakar

MALAYSIAKINI


 


Kira-kira 100 buah rumah setinggan dan 50 rumah kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Masjid Raya, Kampung Pangkalan, Kunak dekat Tawau awal hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak Jaafar Salleh berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.48 pagi dan dua jentera bomba bersama lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kami turut menerima bantuan satu jentera bomba dan enam anggota dari balai Tawau. Kami sampai ke tempat kejadian pukul 1.51 pagi dan kebakaran itu berjaya dikawal lebih kurang 5.20 pagi dan operasi selesai sepenuhnya 7.59 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihaknya menghadapi kesukaran memadam kebakaran itu disebabkan kedudukan rumah yang rapat serta keadaan angin kencang menyebabkan api marak dengan cepat.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian dalam siasatan, katanya. - Bernama

MCA biadab kaitkan PAS dengan pengkhianat

MUHAMMAD FAIZAL 


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan biadab Pengerusi Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen yang mengaitkan PAS dengan pengkhianat.

Chai meminta pihak polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS)  memeriksa setiap ahli PAS untuk melihat sama ada pengaruh jihad yang dilaungkan bekas pemimpin Dewan Ulamak PASyang telah dipecat, Ustaz Lotfi Ariffin telah menyerap kepada ahli PAS.

"Kenyataan biadab dari seorang pemimpin MCA, apa alasan untuk beliau menyuruh polis siasat seluruh ahli-ahli PAS, adakah kami semua pengganas.

"Kalau macam itu, penglibatan anggota polis, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam pengganas Sulu, maka keseluruhan anggota polis dan TLDM juga ingin disiasat," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang kesal dengan kenyataan MCA itu dan mengganggap ia sebagai tidak berasas serta mencari publisiti murahan.

"Kalau ini kenyataan dari pimpinan MCA, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meneliti semula pelantikan mereka di dalam kabinet.

"Bila diberikan jawatan, MCA tidak mengenang budi bercakap hanya untuk mencari publisiti tanpa membuat kajian terlebih dahulu. Najib serta Umno perlu menelitinya kembali," sambung beliau lagi.

Utusan: MCA, GERAKAN perlu tebus maruah

MALAYSIAKINI



 
 
 
Akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia mencabar MCA dan GERAKAN untuk menebus kembali maruahnya dengan menarik sokongan masyarakat Cina selepas wakil parti tersebut kini menyertai Kabinet.

Tulisan pojok pengarang dalam edisi hujung minggu akhbar Utusan Malaysia itu menyebut, kedua-dua perti berkenaan perlu merebut semula sokongan yang beralih kepada DAP dan tidak mengharapkan sokongan pengundi Melayu semata-mata.

"Itulah ujian dalam menentukan kekuatan sebenar mereka. Persoalannya, mampukah MCA dan GERAKAN ketika majoriti kaum Cina belum menampakkan petunjuk untuk beralih menyokong BN?," tulisan itu dipetik.

Ia turut menyatakan bahawa GERAKAN mendapat semangat baru apabila berjaya menempa kejayaan melalui pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan, namun MCA dilihat masih menunjukkan prestasi hambar.

"Maka menjadi harapan dengan kembalinnya MCA dan GERAKAN, akan memberi dorongan kepada kedua-dua parti itu untuk menarik sokongan kaum Cina yang terikut rentak percaturan DAP pada 2013.

"MCA khususnya tentu punya maruah bagi menebus malu yang terpalit hingga hari ini," tulisnya, seperti disiarkan dalam ruangan Bisik-Bisk Awang Selamat.

Tulisan itu turut menyokong langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengembalikan wakil MCA dan GERAKAN ke dalam Kabinet.

Najib pada minggu ini mengumumkan presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai menteri pengangkutan manakala Datuk Mah Siew Keong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

'Teng perlu jawab jika PIA gagal dinaiktaraf'

MALAYSIAKINI



 


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng menggesa pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow bertanggungjawab sekiranya Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) gagal dinaiktaraf.

Lim berkata Teng perlu memikul tanggungjawab itu kerana BN Pulau Pinang menurutnya mengalami "krisis identiti" dan kepimpinannya pula "terpisah”.

Jelasnya, Teng membantah cadangan menaiktaraf lapangan terbang antarabangsa di Kulim, namun Umno Pulau Pinang menyokong cadangan itu, yang dikemukakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sedangkan, lapangan terbang tersebut akan menjadi pesaing kepada Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang (PIA), katanya.

“Siapa yang buat keputusan – Teng atau Umno Pulau Pinang?,” soalnya.

Lim berkata, beliau melihat Teng sama seperti pemimpin GERAKAN lain, yang tidak berkuasa dan tidak mampu mengawal pemimpin Umno Pulau Pinang.

“Ini hanya memudahkan Umno dengan angkuh membuat keputusan besar sesuka hati tanpa merujuk kepada GERAKAN,” kata Lim dalam kenyataan semalam.

Lim berkata Teng seharusnya membantu Pulau Pinang dan mengubar pendiriannya dengan menyokong pembinaan landasan kedua untuk PIA.

Beliau mendakwa Putrajaya projek membina lapangan terbang baru dengan dua landasan di Kulim itu hanyalah usaha BN untuk membalas dendam kepada rakyat Pulau Pinang kerana menolak parti tersebut.

“Tanpa menjawab dengan hujah logik mengapa beliau menentang landasan kedua di Pulau Pinang, Teng sebaliknya cuba mengalihkan perhatian dengan mempersoalkan pelaburan yang semakin menurun di Pulau Pinang, "kata Lim

PKR mahu k'jaan dedah audit sistem radar

MALAYSIAKINI


 


Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar menggesa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mendedahkan audit ke atas sistem radar penerbangan awam yang mungkin menjejaskan pencarian pesawat MH370.

Nurul Izzah berkata, kelemahan dalam sistem tersebut dibangkitkan sejak 2012, lebih setahun sebelum MH370 hilang pada Mac lalu.

Beliau merujuk kepada pendedahan satu dokumen yang kemudiannya disahkan oleh kementerian.

Ia mendedahkan, sistem rada lapangan terbang Subang ditutup sepenuhnya selama dua jam manakala kawalannya dipindahkan ke Pulau Pinang.

“"Kami telah meminta agar sistem udara Malaysia diaudit oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)... Sehingga hari ini rakyat masih lagi menunggu apakah audit itu akan dilaksanakan.

"Apakah jika audit tersebut dijalankan dan saranan baikpulih dilakukan, pesawat MH370 tidak akan hilang pada hari ini kerana sistem radar lebih tepat.

"Demi keselamatan rakyat Malaysia dan pengunjung negara ini, saya menyeru menteri menyiasat sistem radar penerbangan awam," kenyataannya dipetik.

Beliau juga menggesa Liow mendedahkan audit yang dijalankan oleh ICAO ke atas tahap keselamatan terminal baru KLIA2.

ICAO meluluskan tahap keselamatan lapangan terbang tersebut, yang dibuka pada hujung April lalu.

Beliau juga menggesa satu jawatankuasa bebas ditubuhkan untuk menyiasat kes MH37 memandangkan anggota keluarga penumpang dan anak kapal masih menunggu jawapan lebih tiga bulan lamanya

DAP: Zahid tak layak jadi menteri dalam negeri

MALAYSIAKINI


 


DAP menggesa perdana menteri segera menggugurkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Jemaah Menteri atau menukar portfolio menteri dalam negeri itu, yang dianggap sebagai pemimpin paling tidak sesuai untuk jawatan tersebut.

Naib pengerusi DAP Teresa Kok berkata, Najib tidak menunjukkan sikap yang serius untuk melaksana transformasi kerana tidak menukar portfolio para menteri, termasuk Zahid.

Beliau merujuk kepada tindakan Zahid semalam yang menyalahkan RSN Rayer dalam kejadian kepala lembu yang dicampakkany ke luar rumah ADUN DAP tersebut.

Selain itu, beliau juga membangkitkan mengenai kenyataan Zahid yang menimbulkan kontroversi sebelum ini,

"Jelas Zahid tidak tahu apa yang betul atau salah, dan sekali lagi persoalan timbul adakah beliau komited dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang, keamanan dan keharmonian dalam negara ini.

"Dalam tempoh setahun lebih Zahid telah membuktikan dirinya adalah Menteri Dalam Negeri yang paling tidak sesuai dalam sejarah negara," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataannya itu juga merujuk pada kenyataan Zahid yang menimbulkan kontroversi sebelum ini.

Oktober tahun lalu, Malaysiakini melaporkan Zahid memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek kes jenayah ditembak terlebih dahulu sebelum siasatan dijalankan.

Awal tahun ini, Zahid berkata ugutan sebuah NGO yang menawarkan wang untuk menampar Teresa bukan satu jenayah.

Semalam satu portal berita melaporkan, Zahid menasihati Rayer supaya sedar bahawa kenyataan ADUN tersebut – yang menggelar Umno sebagai parti "celaka" – menimbulkan kemarahan orang ramai.

Zahid dilaporkan berkata bahawa sebagai seorang ahli politik, beliau bersimpati dengan Rayer.

“Tapi itulah harga yang patut dibayar jika bermulut celupar,” kata Zahid seperti dipetik dalam laporan portal berita tersebut.

Kenyataan Zahid itu menimbulkan kecaman pelbagai pihak, termasuk dari komponen BN sendiri yang menyifatkan beliau sebagai menteri yang gagal memahami sensitiviti penganut agama Hindu.

Ketua Biro Undang-undang dan hak asasi parti itu, Baljit Singh semalam berkata sebagai menteri dalam negeri, Zahid perlu memupuk keamanan dan keharmonian dan bukannya menggalakkan keganasan.

5,000 Rakyat Malaysia Berpuasa Di Tanah Suci

Tadarus al-Quran antara amalan yang diberkati sepanjang Ramadan.
 
MSTAR ONLINE

 
MADINAH: Kira-kira 5,000 rakyat Malaysia akan menyertai jutaan umat Islam lain menunaikan ibadah puasa di Makkah dan Madinah sepanjang Ramadan ini.

Menurut sumber Tabung Haji, mereka akan berada di Makkah bagi menunaikan ibadat umrah dan berpuasa sepanjang Ramadan ini.

Kerajaan Arab Saudi semalam mengumumkan Ramadan bermula Ahad ini (29 Jun), sama seperti tarikh awal Ramadan di Malaysia.

Umat Islam di tanah suci juga mula menunaikan solat sunat Tarawih malam ini.

Beberapa rakyat Malaysia ketika ditemui di Madinah turut melahirkan penuh kesyukuran kerana dapat menunaikan ibadah puasa di Tanah Suci.

Mohd Shah Che Ahmad, 26, dari Kuala Lumpur berkata, peluang berpuasa di Tanah Suci buat pertama kalinya amat bermakna kerana ia dapat mendekatkan dirinya kepada Allah.

Beliau dijadual menunaikan umrah esok, selepas dua hari menziarah Madinah.

"Azam saya untuk berpuasa di Tanah Suci akhirnya dimakbulkanNya. Saya berdoa semoga dapat menunaikan ibadat puasa dengan penuh keberkatan," katanya.

Johari Ramli, 44, pula berkata, beliau berdoa supaya isteri, keluarga dan sahabat handainya juga kelak berpeluang menunaikan ibadat puasa di tanah suci.

Tepi Lorong Bawah Jambatan

gelandangan1

Oleh Edry Faizal


‘Seseorang itu miskin kerana malas’ merupakan satu kesimpulan yang pastinya biasa didengar. Kadangkala tanpa cubaan menilai kembali sama ada pernyataan yang menjadi tiang bagi kesimpulan itu kukuh atau rapuh.

Baik di sekolah mahupun di dalam masyarakat, kejayaan dikaitkan dengan kerajinan, kegagalan pula dengan kemalasan. Apabila masyarakat menjadikan kekayaan sebagai simbol kejayaan, kemiskinan akan langsung menggambarkan kegagalan.

Kemudian kejayaan dan kekayaan itu seringkali dipamerkan sebagai usaha individu semata, kegagalan dan kemiskinan juga akan dilihat begitu. Kemiskinan tidak akan dilihat ada kena-mengena dengan sistem ekonomi, politik dan sebagainya, melainkan hal individu itu semata-mata. Lalu secara sedar atau tidak, lebih mudah kemiskinan itu terus dikaitkan dengan kemalasan kerana tumpuannya ialah individu.

Ditambah semakin menjadi-jadi zaman ini, kayu ukur kejayaan sering dikaitkan dalam bentuk pemilikan harta. Mempunyai rumah agam meletakkan seseorang pada kasta lebih tinggi berbanding yang sekadar memiliki pangsapuri.

Yang memiliki pangsapuri tentulah lebih tinggi kastanya berbanding sekadar menyewa. Oleh itu amat mudah untuk menyusup ke fikiran kasta lebih tinggi satu tanggapan, mereka tanpa rumah itu kasta paling bawah dalam sistem kejayaan.

Jika demikian corak fikir masyarakat, di manakah kedudukan kelompok yang bukan saja miskin tetapi juga tiada tempat tinggal, sehingga terpaksa hidup bergelandangan?

Sepertimana masalah kemiskinan, masalah gelandangan ada kerumitan tersendiri. Mengabaikan kerumitan itu menyebabkan mudah membuat kesimpulan kelompok terpinggir itu hanya mengada-ada. Hidup di bawah jambatan atau lorong-lorong kerana malas bekerja, memperbaiki kehidupan dan cuma mengharapkan bantuan.

Tanggapan serong bertunas daripada corak berfikir pukul rata bahawa golongan miskin adalah kelompok pemalas.

Baru-baru ini, tinjauan portal berita The Star memberikan gambaran jelas betapa masalah golongan gelandangan itu pelbagai. Ada yang dihalau keluarga kerana punyai anak di luar pernikahan. Ada disisihkan kerana kecacatan mereka menyebabkan mereka tidak dapat lagi berfungsi di dalam masyarakat.

Ada ditipu dengan janji peluang pekerjaan lebih baik di bandaraya, kemudian menyedari hanya sekadar menjadi buruh murah. Malah turut dikisahkan ramai di kalangan mereka pernah dikecewakan jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk membantu.

Tinjauan juga mendapati tidak sedikit yang mempunyai pekerjaan namun tidak mampu untuk menyewa walaupun sekadar bilik. Terpaksalah hidup gelandangan.

Sekiranya diberikan pilihan, tiada siapa mahu hidup dalam keadaan sedemikian, namun kemiskinan dan penyisihan telah merobohkan pintu-pintu pilihan.

Di saat aktivisme membantu golongan terpinggir itu kian rancak terutamanya di Kuala Lumpur, muncul menteri yang bertanggungjawab menyatakan bantuan makanan kepada golongan gelandangan ini hanya akan membuatkan mereka ‘manja’, atau bahasa lebih kasar ‘naik lemak’.

Kenyataan itu menampakkan gejala-gejala corak fikir yang disebutkan sebelum ini dipukul rata pada golongan gelandangan. Adakah pihak yang bertanggungjawab sudah lelah dengan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka? Apakah makna usaha-usaha baik jika tidak digerakkan dari sikap kebersamaan, empati dan kasih-sayang?

Memberikan gelandangan peluang mengisi perut sungguhpun bersifat jangka pendek, dapat mengurangkan seksa kelaparan dan memberikan harapan bahawa kasih sayang kemanusiaan masih wujud. Harapan seringkali menjadi bius berkesan bagi menghadapi hari-hari yang menekan.

Menganggap sumbangan itu akan menyebabkan gelandangan naik lemak, tidak mahu keluar dari kesempitan hidup menimbulkan pertanyaan. Apakah yang berkata itu pernah merasai kehidupan yang menghimpit?

Apakah kehidupan terpinggir dan tersisih itu bagai syurga sehingga ramai lebih rela kekal begitu? Tidak dinafikan ada sesetengahnya tidak mahu keluar dari kehidupan sedemikian. Namun memukul rata kesemua mereka cenderung kekal begitu hanya kerana sesuap nasi jelas serkap jarang.

Turut membimbangkan apabila menteri mula menyampaikan mesej menggesa semua sumber bantuan NGO-NGO biarlah disalurkan di ‘tempat yang bersesuaian’ dan bukannya di jalanan, terus kepada mangsa. Adakah itu secara halus mengingatkan agar segala sumber bantuan hendaklah melalui badan-badan yang ditetapkan negara, atau ringkasnya, diinstitusikan?

Negara punyai peranan memastikan setiap warga dapat hidup bebas serta dapat mengamalkan hak-hak sebagai anggota masyarakat dengan bermakna. Salah satu cara mencapai hasrat itu adalah dengan membantu keluarkan mereka dari kancah kemiskinan yang mencengkam, melalui pengurusan kebajikan sesuai mengikut keperluan.

Namun tiada sebab negara perlu memonopoli peranan kebajikan. Lebih-lebih lagi di saat ramai semakin skeptis dengan kemampuan pihak pengurusan institusi-institusi negara dalam hal itu.

Sepatutnya masyarakat sivil digalakkan turut serta menyumbang mengikut cara-cara yang mereka rasakan baik, bukan apa yang pemerintah rasakan baik.

Masalah gelandangan atau kemiskinan saling berkait dengan permasalahan ekonomi, kos sara hidup, eksploitasi pekerja, pendapatan, lambakan buruh asing, kecekapan sistem sokongan dan lain-lain.

Seandainya sepiring nasi tidak dapat membawa mereka keluar terus dari permasalahan, sudah tentu sepiring nasi tidaklah begitu dasyat mampu memerangkap mereka di dalam permasalahan.

Penyelesaian kepada permasalahan ini tentu sekali harus bermula dengan corak fikir dan cara pandang yang lebih tepat. Yang diperlukan bukan usaha ‘basmi gelandangan’ atas sebab sakit mata melihat mereka, kelompok terpinggir. Tetapi usaha agar saudara-saudara kita itu memperoleh hidup yang lebih bermakna.

Perketat kawalan mercun, bunga api sebelum 'makan' mangsa

BIASANYA, sebaik sahaja Ramadan menjelma, perkara yang perlu diberi perhatian bukan hanya stok bahan makanan terutamanya untuk melengkapkan juadah berbuka dan hari raya, tetapi juga benda-benda terlarang seperti mercun dan bunga api. 

 Bahan-bahan terlarang ini menjadi buruan peniaga untuk meraih keuntungan kerana permintaannya sangat menggalakkan. Kesempatan yang datang sekali-sekala ini tidak dilepaskan oleh peniaga mahupun pembeli. Di satu pihak, hendak kaut untung dan di satu pihak lagi, mahu bergembira kerana hari raya setahun sekali.

Baru-baru ini, Kastam Kelantan merampas 424 kotak mercun bernilai RM305,811 di kawasan ladang kelapa sawit Felda Bukit Tandak, Rantau Panjang. Ini antara rampasan terawal sebelum tirai Ramadan disingkap.

Itu belum lagi ketika umat Islam menyambut Ramadan dan ketika Aidilfitri hampir menjelma. Biasanya apabila 'semangat' hari raya mula terasa, dentuman mercun dan percikan bunga api mula kedengaran dan dapat dilihat di mana-mana di samping rampasan dan tangkapan yang dibuat oleh pihak berkuasa.

Apabila masih kedengaran dentuman mercun dan terlihat percikan bunga api, bermakna ada bahan-bahan tersebut yang terlepas daripada jangkauan pihak berkuasa. Trend sekarang, di beberapa tempat, dalam majlis-majlis perkahwinan pun, mercun dan bunga api menyambut pengantin, riuh-rendah bercampur dengan paluan kompang.

Ini bermakna bahan-bahan terlarang ini sentiasa ada dan boleh terlepas ke tangan orang ramai, sedangkan ia dikategorikan sebagai bahan bahaya.

Usaha untuk menyekat kemasukan bahan-bahan terlarang ini sentiasa dilakukan terutama ketika hampir musim perayaan. Malah, di sempadan negara, kawalan ketat dipertingkatkan demi mengelak berlaku penyeludupan masuk bahan-bahan kawalan, yang bukan hanya membabitkan mercun dan bunga api, tetapi bahan-bahan lain terutamanya dadah.

Pada 2013, Kastam Selangor telah mematahkan cubaan menyeludup mercun dan bunga api dipercayai dari China di Pelabuhan Klang.

Pihak polis dan kastam di negeri-negeri yang berhampiran sempadan perlu bersiap sedia menghadapi aktiviti menyeludup bahan-bahan larangan ini ke negara kita berikutan permintaannya yang dijangka meningkat.

Sesetengah pihak sudah menjadikan mercun sebagai pelengkap perayaan. Inilah yang menjadi masalah sehingga mercun sukar dibanteras. Di pihak peniaga pula, mereka akan meraih keuntungan lumayan daripada penjualan mercun dan bunga api.

Malangnya, ramai yang tidak berfikir kesan daripada penjualan dan permainan mercun dan bunga api.

Mengimbau beberapa kejadian, pada 26 Ogos 2010, seorang budak berusia enam tahun maut apabila stor menyimpan bahan letupan tersebut meletup di Terengganu. Pada 1991, sebuah kilang mercun di Sungai Buluh meletup dan terbakar mengorbankan 26 orang sehingga mendorong kerajaan mengharamkan mercun.

Banyak lagi kes membabitkan mercun dan bunga api termasuklah kejadian putus jari tangan, muka lebam sana-sini, rumah terbakar dan sebagainya. Bagaimanapun, insiden-insiden ini seolah-olah tidak memberi pengajaran kepada orang ramai sebaliknya terus ghairah dengan bahan-bahan ini setiap kali musim perayaan tiba.

Oleh yang demikian, pelbagai ikhtiar mesti dilakukan untuk membendung gejala bermain mercun dan bunga api. Ibu bapa berperanan penting memantau aktiviti anak-anak mereka sebaik sahaja musim perayaan bermula.

Didiklah anak-anak supaya tidak membeli barang yang boleh mengancam keselamatan mereka dan harta benda. Nasihati juga anak-anak supaya tidak membeli mercun dan bunga api kerana ia satu pembaziran yang mesti dielakkan. Wang itu boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Pihak berkuasa pula mestilah memperketat kawalan. Apabila bahan-bahan itu sudah terlepas masuk ke dalam negara, pelbagai ikhtiar lain boleh digunakan untuk membendung gejala tidak sihat ini.

Di kampung penulis, beberapa anggota polis berpakaian preman membuat rondaan pada sebelah malam. Apabila terserempak sahaja dengan budak-budak yang bermain mercun, mereka akan bertanya, dari mana mercun itu dibeli. Apabila budak-budak itu memberitahu, maka pihak polis menyerbu rumah peniaga mercun kemudian menahannya.

Kaedah ini ternyata berkesan kerana dapat mengurangkan jumlah peniaga mercun secara haram. Selain itu, pelbagai kaedah lain mungkin boleh dipraktikkan termasuk menyerbu kedai yang disyaki menjual bahan-bahan larangan ini.

Pengawalan dan penguatkuasaan terhadap bahan larangan ini sangat penting kerana lebih banyak kemudaratan yang dibawanya daripada 'kegembiraan' yang bersifat sementara