Staff Berita Semasa
Antara kita pasti tertanya-tanya,
berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh “caretaker governemnt”
kita sekarang, dalam usaha meraih undi dari rakyat, serta, dari mana
datangnya wang untuk dibelanjakan?
Seorang penganalisa politik terkemuka
rantau Asia Tenggara, Dr. Bridgett Welsh membuat penganggaran bahawa
Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak telah membelanjakan RM58 bilion atau RM4,363 setiap pengundi untuk PRU 13.
Terus terang kami ingin mengatakan, pada
mulanya kami mengalami sedikit masalah utuk memahami lenggok bahasa
yang dilontarkan melalui pandangan yang cukup kritis melalui blognya
yang penuh dengan kiasan dan penggunaan kata-kata sastera bahasa
Inggeris.
Dr Bridget Welsh, seorang Profesor Madya
Sains Politik menulis dalam artikelnya di Malaysia berkata, hasil
kajian dan perangkaan tersebut datangnya daripada analisa beliau
berdasarkan 4,000 sumber berita sejak 2009 dan kajian terhadap tiga
bajet dan bajet tambahan dari 2010 sehingga 2013 yang dibentangkan oleh
Datuk Seri Najib Razak (ANTARANYA
DI SINI &
DI SINI)
Setelah kami meneliti satu persatu
laporan dan ulasan di blognya, baru kami sedar Dr Bridget Welsh
seringkali memerhatikan secara dekat serta melontarkan pendapat &
kajiannya berkenaan keadaan politik di Malaysia.
Berdasarkan
pemerhatian & kajian Dr Bridget Welsh, mantan Perdana Menteri telah
pun menggunakan sistem dan strategi ini sejak mengambil alih
pentadbiran pada tahun 2009. Mohd Najib tahu, peluangnya untuk memenangi
pilihanraya kali ini, adalah sukar dan tidak boleh tidak, beliau perlu memastikan Barisan Nasional (BN) menang dan membentuk kerajaan.
Hasil kajian dari 3 pembentangan bajet
dari tahun 2010-2013 serta laporan dari 4000 artikel akhbar sejak April
2009, secara konservatif anggaran perbelanjaan pentadbiran Mohd Najib
untuk pelaksaan porgram dan bantuan berbaur politik adalah RM 57.7
bilion. Inilah antara pandangan yang dilontarkan sendiri oleh Dr Bridget
Welsh.
Ada dua komponen terbesar dalam perbelanjaan tersebut yang dibahagikan kepada :
- Pembangunan sasaran berjanji : RM 46.7 bilion
- Program 1 Malaysia : RM 11 bilion
Dua komponen terbesar ini adalah
bersifat pengagihan sasaran politik dan perbelanjaan 1Malaysia.
Langkah-langkah ini berunsur politik, kerana bukan sahaja mereka
dicanang dalam bentuk politik, ia juga disebarkan sebagai sebab-sebab
untuk mengundi BN di peti undi kelak.
Perbelanjaan terbesar bukannya datang
daripada RM5.6 bilion yang digunakan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M) tetapi di atas langkah-langkah populis yang lain seperti kenaikan
gaji dan pembinaan sekolah menggunakan duit daripada pejabat Perdana
Menteri.
Program yang didapati lebih melibatkan
faktor politik adalah Program 1 Malaysia. Anggaran yang diberikan, perlu
dibuat analisa dengan lebih berhati-hati. Kebanyakan skim dan bantuan
dalam program ini adalah sebenar-benarnya berniat untuk meringankan
beban kepada rakyat yang tidak berkemampuan.
- Tetapi, apa yang membezakan program ini dari bersifat ‘populis” atau “berkebajikan” adalah ia merupakan strategi yang telah dirancang dari awal, yang bertujuan untuk memberikan kemenangan kepada BN dalam pilihanraya.
- Sesuai dengan kapasitinya sebagai seorang Profesor Madya dalam Sains Politik di Universiti Pengurusan Singapura (SMU)
Bantuan-bantuan
dalam program 1 Malaysia ini lebih dilihat sebagai strategi jangka
pendek, untuk cuba meraih undi rakyat dalam PRU13. Atau lebih dikenali
umum sebagai “gula-gula pilihanraya”
Harus diingat. Penjenamaan 1 Malaysia
yang diterapkan Mohd Najib ini, melibatkan penggunaan wang cukai rakyat
yang besar. Dalam erti kata lain, anggaran itu mencadangkan bahawa
pentadbiran Mohd Najib telah membelanjakan kira-kira RM4,363 setiap
pengundi setakat ini.
Setakat ini, ini adalah kos kempen
pilihan raya termahal di Malaysia. Memandangkan bahawa wang juga
diperuntukkan kepada calon-calon untuk kempen, lebih banyak wang akan
digunakan.
Corak perbelanjaan yang diterapkan oleh Mohd Najib adalah berbentuk kepada golongan atau kelompok sasaran tertentu.
- Cari pengundi yang berpotensi untuk mengundi BN, kaji apa masalah mereka, dan berikan jawapan kepada masalah tersebut.
- Setiap permintaan dari golongan atau kelompok tertentu disuarakan, Najib akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya.
Modus operandi seperti ini, lebih kurang
sama seperti pemilihan UMNO. Bezanya, perbelanjaan bagi meraih undi ini
diskalakan kepada yang lebih besar, dengan menggunakan wang cukai
rakyat untuk mencapai objektif dan matlamat sebenar untuk mengekalkan
pemerintahan.
Rumusannya dalam strategi kempen BN berdasarkan kajian Dr Bridget Welsh, pemimpin Barisan Nasional percaya rakyat Malaysia dibeli,
dan mereka yakin bahawa kebanyakan rakyat bermotivasikan duit. Ianya
merupakan obsesi hasil tinggalan era pentadbiran Mahathir Mohamad,
dimana harga nilai diri dan maruah seseorang itu, dinilai melalui berapa
banyak kekayaan yang dimiliki.
Politik wang sudah menjadi nanah
sehingga ke akar umbi dalam UMNO. Kebanyakan ahli politik UMNO sudah
tidak mempedulikan kepentingan moral dan prinsipial asas seorang yang
berkhdimat untuk rakyat. Adakah mereka tidak nampak perkara-perkara lain
yang menjadi keperluan rakyat, bukan hanya dari segi wang semata-mata?
Kebanyakan mereka tersilap dalam
menterjemahkan keperluan rakyat bukan sekadar berpaksikan duit. Bukanlah
kami kata duit tidak penting. Tetapi, ia sebenarnya lebih dari itu.
Mereka sebenarnya perlu membuka mata
seluasnya dengan setiap permasalahan yang ada sekarang, seperti orang
muda kesukaran membeli rumah akibat harga yang tinggi, yang berpencen
pula risau samada duit gaji pencen mereka dapat menampung kehidupan
dalam era kos barang yang semakin meningkat dan kerisauan samada
cucu-cucu mereka mendapat peluang yang sama yang telah mereka dapati
suatu masa dulu.
Ya, rakyat Malaysia berhak risau.
Pemberian wang tunai adalah lebih disifatkan sebagai kelegaan sementara
sahaja. Apa yang diinginkan rakyat Malaysia sebenarnya adalah pengurangan
kos sara hidup yang semakin tinggi, yang melibatkan pelbagai aspek yang
saling berhubung kait di antara satu sama lain.
Kalau dibandingkan janji-janji Manifesto BN dan Manifesto PakatanRakyat (
DI SINI),
kami lihat segala janji di dalam Manifesto BN berbentuk asas.
Berbanding Pakatan yang lebih telus menerangkan setiap manifesto mereka
secara terperinci. Kami masih tidak nampak satu usaha dalam manifesto
BN, untuk cuba mengubah bagi meningkat kualiti hidup rakyat malaysia
serta cara meningkatkan pendapatan individu.
Kebanyakannya hanya bentuk pemberian
demi pemberian, yang pada kami kami, hanya bersifat jangka pendek dalam
meraih sokongan pada PRU nanti.
Dimana perhatian kerajaan terhadap
keperluan lain rakyat Malaysia? Dimana kerajaan melabur untuk pelaburan
jangka panjang bagi memastikan keejahteraan dan kualiti hidup rakyat
akan bertambah baik? Yang ada,
“I help you, You Help Me”
LIHAT VIDEO DI SINI
Perbelanjaan bagi “menjual” slogan 1
Malaysia ini, adalah lebih RM 100 juta, termasuk di serata laman web,
papan tanda, media arus perdana dan sebagainya. Sebelum ini, ada satu
laporan Maybank bertarikh 19 Mac menyatakan bahawa Jabatan Perdana
Menteri telah membelanjakan sebanyak RM40.7 juta (
DI SINI)
untuk menaikkan imej pentadbirannya di mata rakyat menerusi
pengiklanan. Selain kos bernilai sekitar 72.7 juta untuk angka terbaru
yang diperoleh daripada NIELSAN Malaysia (
DI SINI)
Cara
pemasaran BN untuk kempen pilihanraya ini sangat jelas. Tujuannya hanya
satu, untuk menang pilihanraya. Tetapi Datuk Najib harus sedar dan
tahu, walaupun duit adalah penting, tidak semua rakyat akan terpengaruh
dengan taktik sedemikian dalam lanskap politik hari ini. Kempen
pilihanraya yang berjaya, adalah kempen yang melihat kepetingan rakyat
secara keseluruhannya.
Bukan melihat rakyat sebagai konsumer materialis. Rakyat tidak mahukan sesuatu yang bersifat sementara.
Rakyat mahukan kerajaan yang lebih memberi perhatian terhadap kos sara
hidup yang tinggi yang sangat membebankan secara menyeluruh. Dan rakyat
mahu tahu apakah cara kerajaan dalam menyelesaikan masalah mereka.
Adakah tindakan kempen dan pemasaran BN
dalam pilihanraya kali ini memberikan kesan kepada anda? Bincangkan
secara bersama di sini……