KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan mengadakan
mesyuarat pada 13 Disember ini bagi membincangkan keputusan
untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) atau tidak.
Menurut Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, mesyuarat tersebut akan
dilakukan Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, namun tidak menyatakan masa
serta lokasi perjumpaan tersebut.
"Kita belum tentukan lagi (menyertai Pakatan Harapan). Kita akan
mesyuarat pada 13 Disember, minggu depan," katanya ringkas dipetik Astro
Awani hari ini.
Semalam, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan keputusan
tersebut perlu dibuat dalam mesyuarat serta mendapat persetujuan ahli
kepimpinan yang lain.
"Kita akan buat keputusan dalam masa terdekat... saya perlu dapatkan
persetujuan semua dan berbincang dengan rakan-rakan kerja saya," ujarnya
di Persidangan Kebangsaan DAP semalam.
Malah, pihaknya juga tidak akan menunggu PAS lebih lama kerana partinya
benar-benar mahu mengumpulkan semua pihak yang menentang Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah satu payung.
Bagaimanapun, jika ia mengambil masa terlalu lama, pihak pembangkang
juga perlu bergerak dengan rancangan mengalahkan kerajaan Barisan
Nasional (BN).
No comments:
Post a Comment