DETIK DAILY
PETALING
JAYA: PAS Kelantan dan Terengganu menolak cadangan Pakatan Harapan
(PH) membenarkan parti itu “mengetuai” pembangkang di 2 negeri terbabit
pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata setiausaha PAS Kelantan.
Datuk
Che Abdullah Mat Nawi berkata, Amanah tidak perlu memberi nasihat atau
cadangan kepada PAS kerana parti serpihan itu tiada pendirian jelas.
“Kita
tidak nampak akan ada kerjasama dengan Amanah selepas pengkhianatan
yang dilakukan Amanah, malah PAS juga tidak nampak dasar jelas yang ada
pada Amanah, selain melaksanakan apa-apa arahan atau kehendak DAP,”
katanya kepada FMT hari ini.
Beliau sebaliknya mengingatkan
Amanah untuk menyedari hakikat kekuatan mereka sebenarnya tidak
diyakini sekutunya dalam PH, sehingga ada pemimpin yang mencadangkan
parti itu dibubarkan.
“Di peringkat pusat sendiri ada cadangan
daripada pemimpin PKR supaya Amanah ini dibubarkan dan bergabung dengan
PKR, itu satu petunjuk rakan yang sudah bersama Amanah pun sedar tidak
ada sebab untuk Amanah ini wujud.
“PKR sebelum ini pernah
bekerjasama dengan DAP, bekerjasama dengan PAS, tetapi tidak pernah
lagi mereka beri cadangan supaya PAS dibubar dan bergabung dengan PKR.
Begitu juga dengan DAP, mereka tidak minta parti itu dibubarkan kerana
PKR melihat kedua-dua parti ini ada peranan dan kekuatan tersendiri.”
Katanya,
PAS Kelantan yakin mampu mengekalkan pentadbiran di negeri itu tanpa
perlu menyertai PH kerana rakyat masih menyokong parti Islam itu.
Pesuruhjaya
PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat berkata, pihaknya akan mematuhi
arahan PAS pusat dan tidak akan sesekali mengadakan rundingan dengan
PH, termasuk Amanah berhubung soal pembahagian kerusi.
“PAS
Terengganu sedia berdepan pertandingan 3 penjuru, PAS mempunyai
kelebihan tersendiri kerana parti sudah bertapak sejak 1959 dan pernah
memerintah 2 kali. Kita tidak terikat dengan PH, jadi kita boleh buat
keputusan sendiri.
“Setakat ini, kerusi yang kita bertanding pada
PRU lepas kita kekal bertanding dan kita juga putuskan bertanding di
semua kerusi di Terengganu melibatkan 8 Parlimen dan 32 DUN. Soal
pembahagian kerusi dengan PKR, kita tunggu bagaimana keputusan PAS
pusat,” katanya.
Selasa lalu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid
Abdul Samad berkata, PAS tidak dipinggirkan daripada perancangan PH
untuk PRU14, sebaliknya mereka bercadang membenarkan parti Islam itu
“mengetuai” pembangkang di Kelantan dan Terengganu dengan syarat mareka
bekerjasama dengan pakatan berkenaan.
“Jika PAS mahu turut serta, sudah tentu kami akan benarkan mereka ‘mengetuai’ Kelantan dan Terengganu.
“Walaupun
kami akan bertanding di beberapa kerusi di Kelantan, tetapi kami akan
pastikan PAS ‘mengetuai’ di Kelantan and Terengganu,” kata Khalid.
No comments:
Post a Comment