shahbudindotcom
Dakwaan
oleh "seorang tua" bernama Tunku Aziz Tunku Ibrahim kononnya sudah ada
kesepatakan antara Tun Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang yang bersetuju
menamakan Mukhriz Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sekiranya
Pakatan Harapan memenangi PRU 14, adalah jelas mengarut dan fitnah.
Hakikatnya, perkara itu masih dalam perbincangan dan belum lagi ada kata putus mengenainya.
Tak malukah "dah tua-tua" pun masih bergentayangan dengan fitnah di sana sini
Malangnya,
tidak pula Harussani Zakaria mahu menasihatkan "orang tua" itu agar
segera berehat dan lebih menumpukan kepada amal ibadah?
Bukankah
"orang tua" sebegini yang lebih afdal agar dinasihatkan berehat,
memperbanyakkan amal ibadah dan bermain dengan cucu-cucu berbanding Tun
Mahathir yang sedang cuba memperbaiki dan memulihkan pelbagai kerosakan
dalam negara?
Lebih
dari itu, Tunku Aziz ini juga dikatakan sudah dinyatakan oleh "orang
besar TV3" dalam laporannya kepada Perdana Menteri sebagai antara punca
kemerosotan penonton terhadap saluran televisyen itu?
Maka,
meminta "orang tua" itu agar berehat dan memperbanyakkan amal ibadah
turut merupakan pertolongan tidak langsung dalam memulihkan imej
kerajaan dan dapat pula " membodek" Najib kerana menyelamatkannya
daripada terus disokong oleh seseorang yang sudah dianggap "tidak
berguna" oleh TV3?
No comments:
Post a Comment