KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menegaskan
parti itu berpendirian tidak mengamalkan budaya tikam belakang,
terutamanya dalam menjalinkan persahabatan bersama rakan sekutu politik.
Justeru ujarnya atas dasar sama, PAS ingin mengingatkan mana-mana pihak
yang ingin menjalinkan persahabatan politik dengan parti itu untuk
menghormati dan jujur dengan pendirian yang dipegang parti itu.
"Sahabat kita, baru atau lama, duduk elok-elok dengan kita. Terutamanya
PKR. Nak berkawan dengan Amanah boleh, tapi jangan berperangai seperti
Amanah. Kena jaga, terutamanya di Kelantan.
"Kita sejak dari dulu hingga kini, tidak pernah sekali pun khianati
sahabat. Kita tidak suka budaya tikam belakang. Kalau nak tikam, tikam
depan-depan," katanya dipetik Sinar Harian.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di Karnival Ekonomi
Anak Muda Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.
Menurutnya, PAS telah berkali-kali dikhianati iaitu semasa berada di
dalam BN dan ketika menjalinkan persahabatan dalam Pakatan Rakyat
bersama PKR dan DAP sebelum ini.
Beliau juga memberitahu, malah Pas bukanlah 'tangga' untuk batu
loncatan mana-mana pihak sehingga parti itu dilupakan apabila sudah
sampai ke atas puncak.
"Bila sampai atas, lupakan tangga yang naik tadi. Kena ingat, tidak
selamanya kita berada di atas, satu masa mesti kita mahu turun. Masa
itu, tangga juga yang dicari nanti," katanya.
No comments:
Post a Comment