KUALA LUMPUR: Seorang pemandu perkhidmatan GrabCar yang menunjukkan
kemaluan kepada seorang penumpang wanita awal November lalu didakwa di
Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, hari ini.
M. Vijayakumar, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas
pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Hassan.
Dia yang merupakan seorang jurutera didakwa telah mengganggu kesantunan
dengan cara menunjukkan kemaluan kepada penumpang wanita berumur 20
tahun itu di dalam sebuah kereta jenis Nissan di Lebuhraya New Klang
Valley Expressway (NKVE), Kota Damansara, di sini pada 12 tengah hari, 5
November lalu.
Perbuatannya itu tersiar viral di laman sosial.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau
kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie menawarkan jaminan sebanyak
RM6,000 dengan seorang penjamin manakala M. Vijayakumar yang diwakili
peguam Mohd Shazwan Mohd Hassan memohon mahkamah mengenakan jaminan yang
minimum.
Salamiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang
penjamin berserta syarat tambahan iaitu sekiranya terdapat laporan polis
mengenai salah laku kesantunan terhadap tertuduh sepanjang kes, jaminan
terhadapnya akan dibatalkan serta merta.
Mahkamah menetapkan 13 Jan depan untuk sebutan semula kes.
No comments:
Post a Comment