KUALA LUMPUR– Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Kementerian Teknologi, Sains
dan Inovasi (MOSTI) ditugaskan untuk mengawal selia penggunaan rokok
elektronik dan vape.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Oktober lalu.
KPDNKK
dalam satu kenyataan berkata, kementeriannya akan mengawal selia dan
menguatkuasa peraturan standard keselamatan bagi bateri dan peranti
mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599).
KPDNKK
juga akan mengawal selia dan menguatkuasa penandaan maklumat berkaitan
pada label peranti dan cecair tanpa nikotin rokok elektronik serta vape
mengikut akta sedia ada.
Selain
itu, aktiviti pelesenan, pengeluaran, pengedaran termasuk import,
eksport dan peruncitan peranti dan cecair tanpa nikotin rokok elektronik
dan vape mengikut akta baharu juga akan dikawal oleh KPDNKK.
Sementara
itu, KKM pula akan mengawal selia penjualan cecair yang mengandungi
nikotin, mengikut Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952.
“KKM juga
akan mengawal selia penjualan, promosi, penajaan dan pelabelan yang
berkaitan dengan kesihatan bagi cecair tanpa nikotin rokok elektronik
atau vape, manakala larangan merokok termasuk larangan penggunaannya
bagi pengguna bawah umur.
“MOSTI
melalui Jabatan Standard Malaysia akan membangunkan standard bagi
bateri, peranti dan pembungkusan cecair tanpa nikotin rokok elektronik
dan vape mengikut Akta Standard Malaysia 1996,” kata kenyataan itu.
No comments:
Post a Comment