shahbudindotcom
Tersentak
dan tergelujat beberapa menteri UMNO apabila Tun Mahathir Mohamad
tampil dengan serangan terbarunya bahawa pemberian BR1M adalah rasuah
dan perbuatan yang salah.
Berlumba-lumba
mereka tampil mempertahankannya kerana BR1M, selain pertandingan tiga
penjuru, adalah dua senjata yang masih tinggal buat UMNO dan BN untuk
memenangi pilihanraya akan datang.
Nak harapkan imej dan wibawa Najib....hancur.
Nak bergantung personaliti menteri-menteri....pun hancur.
Nak harapkan 1MDB....juga hancur.
Nak bergantung kepada Felda dan FGV...pun mula hancur.
Tiada
apa yang tinggal untuk UMNO dan BN memenangi pilihanraya akan datang,
selain mengharapkan perpecahan pembangkang akan berterusan dan
berlakunya pertandingan tiga penjuru serta ditambah dengan gula-gula
BR1M yang seolah-olah menggambarkan Najib seorang pemimpin yang pemurah
lagi baik hati.
Jika
pembangkang mula bersatu hati dan BR1M juga ditolak, makin dekatlah
Najib, UMNO dan BN menemui titik penamatnya di hati rakyat.
Untuk
menilai dakwaan Tun Mahathir bahawa BR1M adalah rasuah, mari kita
teliti serta amati ulasan Mohamad Ezam Mohd Nor yang pernah bertugas
sebagai Pengarah Komunikasi Strategik di Kementerian Kewangan:-
1. Dakwaan Tun M unsur rasuah dalam BR1M bukan tanpa asas. Hisbah berpandangan ianya mempunyai asas dan perlu diteliti.
2.
Kita maklum rencana asal BR1M datang dari Bank Negara dan pada hemat
Hisbah ianya mempunyai merit dari sudut ekonomi dan juga sosial.
3.
Semasa di Kementerian Kewangan saya sendiri pernah menyatakan dari
sudut Islam pemberian cara ini amat dekat dengan prinsip pemberian zakat
dalam islam kerana ada tumpuan kumpulan sasar seperti konsep asnaf.
4.
Persoalan rasuah timbul apabila pemimpin politik yang desperado dan
terdesak ambil kesempatan dari konsep dan rencana yang baik ini untuk
tujuan dan kepentingan politik.
5. Buktinya
didalam ucapan penggulungan perhimpunan UMNO baru2 ini Presiden UMNO
umum bahawa pemberian BR1M 3 fasa dan fasa akhir di berikan melalui
UMNO bahagian.
6. Di sini wujud elemen rasuah
kerana UMNO berkepentingan sbg parti yang mahu meraih undi. Memberi wang
secara langsung kepada pengundi oleh sebuah parti yang akan sertai
pilihanraya boleh menjadikan perbuatan memberi itu kepada perbuatan
merasuah.
7. Kalau tiada niat mempengaruhi dan
merasuah mengapa pemberian melalui UMNO? Dari sudut pentadbiran kewangan
negara juga salah kerana UMNO adalah sebuah parti bukan sebahagian
jentera kerajaan. Sumber dana BR1M adalah dari hasil cukai rakyat kepada
kerajaan. Cukai dan hasil kerajaan bukan bersumber dari ahli umno
sahaja. Mengapa UMNO mendapat hak eksklusif membuat pemberian? Mengapa
parti lain tidak mendapat hak ini?
8. inilah
satu lagi bukti bagaimana dasar baik disalahguna bila pemimpin sudah
terdesak dan mahu terus bergayut pada kuasa dengan apa cara sekalipun
(at all cost).
9. Kesimpulannya dakwaan Tun
Mahathir ada unsur rasuah didalam BR1M bukan tidak berasas sama sekali.
Dakwaan itu ada asasnya pada hemat Hisbah.
Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi Hisbah
27 Disember 2016.
Dalam
pada itu, BR1M juga adalah auta licik Najib, UMNO dan BN untuk
melakukan silap mata kepada rakyat. BR1M menampakkan seolah-olah sikap
pemurah dan memberi, tetapi sebenarnya wang rakyat diambil semula
melalui GST dalam jumlah yang lebih daripada yang diberi.
Jika
seseorang membelanjakan RM70 sehari atau RM2000 sebulan untuk
perbelanjaan keluarga, bayaran bil dan lain-lainnya misalnya, bermakna
GST 6 peratus yang perlu dibayar ialah RM120 setiap bulan.
Dalam setahun, ia menjadi RM2000 x 12 bulan = RM24,000.
Bermakna GST 6 peratus yang dibayar bagi perbelanjaan RM24,000 setahun ialah RM1,440.00.
Jika
perbelanjaan harian meningkat kepada RM100 sehari atau RM3000 sebulan,
maka GST yang perlu dibayar ialah RM180 setiap bulan.
Jika
setahun, ia menjadi RM3000 x 12 bulan = RM36,000. Daripada jumlah itu,
cukai GST 6 peratus yang perlu dibayar ialah RM2,160.
Kiranya
seseorang itu menerima BR1M sebanyak RM1200 setahun, tanpa sedar
sebenarnya apa yang kerajaan beri itu amat kurang berbanding cukai GST
yang penerima BR1M bayar kepada kerajaan.
Lihat,
nampak BR1M seperti memberi dan murah hati, namun sebenarnya wang kita
diambil kemblai dengan jumlah yang lebih daripada itu melalui GST. Licik
dan auta kan!!
Tanpa BR1M dan GST, rakyat Malaysia jauh lebih bahagia kehidupan mereka
No comments:
Post a Comment