Sunday, December 25, 2016

Jamal jangan jadi dayus hina dan buli wanita


Ketua Penyelaras Armada PPBM Selangor, Adhif Syan Abdullah
Ketua Penyelaras Armada PPBM Selangor, Adhif Syan Abdullah

1. Saya mengecam keras tindakan kurang ajar dan tidak bertamadun Ketua Bahagian Sg Besar DS Jamal Yunos yang membuli dan menghina seorang wanita PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah atau Ratu Naga awal pagi tadi di depan rumahnya. Tindakan Jamal dan pengikutnya itu adalah “dayus “kerana menindas insan yang lemah, ini kah sikap seorang Ketua Bahagian UMNO?

2. Mengapa Jamal dan pengikutnya berkelakuan seperti binatang? Binatang sahaja tidak ada adab dan disiplin, bayangkan kalau Jamal dilayan dengan tindakan sama semasa di depan SUK Selangor dengan dilondehkan tuala kembannya? Apakah reaksi beliau? Sudah-sudahlah Jamal, tak cukup lagi kah hidung berdarah tempoh hari di Ampang?

3. Jamal sengaja mempolitikkan isu air di Selangor demi dedak daripada tuannya, pemakan dedak seperti Jamal sanggup telanjang demi menjadi anjing kepada tuannya. Tidak hairan jika beliau sampai sanggup berkemban di SUK semalam.

4. Isu air sudah ditangani sebaik mungkin, bahkan bantuan air diberikan juga sistematik dan langkah pembahagian air dilakukan secara berkesan mengikut jadual, jadi apa yang Jamal tidak puas hati sampai mahu berkemban di SUK. Adakah dengan gimik politik bodoh itu dapat mengharumkan namanya sebagai pejuang UMNO?

5. Semasa di SUK tempoh hari, hanya Jamal seorang yang beria-ria bertuala di depan SUK, mengapa ribuan rakyat Selangor lain tidak meloncat seperti beliau? Ini jelas membuktikan bekalan air bantuan sampai kepada orang ramai dan tidak seperti didakwanya.

6. Bagi melihat sejauh mana tahap kurang ajar Jamal, Armada PPBM pula akan mengadakan sidang media depan rumah Jamal selepas ini. Para pengamal media dijemput untuk membuat liputan. Armada PPBM Selangor juga mahu menyerahkan sendiri bantuan air kepada Jamal.
Sekian terima kasih.

Adhif Syan Abdullah
Ketua Penyelaras Armada PPBM Selangor

No comments: