DETIK DAILY
PETALING
JAYA: Bekas senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dipercayai keluar
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kurang 3 bulan menyertai parti
itu selepas keluar daripada Umno, menurut sumber.
Sumber
memberitahu , bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu
memaklumkan perkara itu kepada setiausaha agung PPBM dalam suratnya.
FMT masih gagal menghubungi Ezam bagi mengesahkan perkara itu.
Ia merupakan kali ke-2 PPBM berdepan tindakan ahli keluar parti, selepas Datuk Khairuddin Abu Hassan pada 27 Oktober lalu.
Ezam
merupakan antara orang kuat Anwar yang memainkan peranan penting
mengasaskan Parti Keadilan Nasional, yang kemudian dinamakan semula
kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas bersatu dengan Parti Rakyat
Malaysia.
Ezam
bagaimanapun menyertai semula Umno pada 2008, dipercayai ekoran
perselisihan faham dengan Anwar dan beberapa pimpinan tinggi PKR.
Sumber
memberitahu FMT, Ezam yang dilihat rapat dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr
Mahathir Mohamad, kecewa dengan haluan parti yang baru-baru ini
menyaksikan Anina Saadudin, diturunkan daripada jawatan ketua sayap
wanitanya, Srikandi.
Sumber turut memberitahu FMT, lebih ramai
aktivis PPBM yang menyertai parti serpihan Umno itu akan mengikut jejak
Ezam dan Khairuddin.
“Sebab itu kini PPBM gagal menarik masuk
ramai ahli baru kerana parti ini kelihatan seolah-olah milik eksklusif
individu tanpa bersikap inklusif,” kata sumber itu, sambil
mempersoalkan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang masih
“bercuti di Eropah” ketika ahli pembangkang “berjuang di peringkat akar
umbi di seluruh negara”.
“Gerak kerja PPBM cukup lemah setakat ini dan tidak memberi keyakinan kepada orang ramai untuk menjadi ahlinya,” tambahnya.-FMT
No comments:
Post a Comment