OLEH AFIX REDZUAN
SHAH ALAM: Kemurahan pentadbiran Selangor pimpinan PAKATAN
yang memberikan banyak skim bantuan kepada rakyat membuka lebih banyak
pintu keberkatan.
Pendakwah bebas, Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkata, program bantuan
diperkenalkan Kerajaan Negeri dari bayi sehingga warga emas berhasil
membuat rakyat gembira dan selesa dengan pentadbiran sedia ada.
“Ambil contoh Selangor, walaupun dihujung 2015 buat unjuran Belanjawannya defisit, sama dengan Kerajaan Persekutuan.
“Tetapi di hujung tahun 2016 ini rupanya keberkatan Allah buka kepada
Selangor, kita ada lebihan RM300 juta. Bahkan Negeri Selangor juga
mempunya rizab simpanan tinggi.
“Apabila rakyat gembira, lebih banyak pintu keberkatan terbuka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu forum perdana bertajuk ‘Rezeki
Berkat, Keluarga Selamat, Allah Rahmat’ bertempat di Dataran Kemerdekaan
Shah Alam.
Dipengerusikan selebriti terkenal, Sharifah Anis Al-Idrus, forum
berkenaan turut disertai Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah, Fakulti
Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dato’ Dr Mohd
Izhar Ariff.
Forum berlangsung lebih sejam itu antara lain menekankan soal
keberkatan dalam mencari rezeki supaya dapat membentuk sahsiah keluarga
yang harmoni.
Disamping itu juga, ibu bapa perlu memberikan penekanan terhadap
perkembangan anak-anak supaya mengamalkan akhlak Islam bagi mengelakkan
mereka mudah terjerumus dalam kancah hiburan melalaikan.
-nR-
No comments:
Post a Comment