SHAH ALAM: Pengerusi Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Yunos, hadir ke
bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, dengan memakai tuala
sebagai tanda protes terhadap kerajaan negeri berkaitan isu gangguan
bekalan air.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, turut membawa gayung, berus gigi dan alatan mandian lain.
Bagaimanapun, beliau yang tiba di pintu utama bangunan itu jam 9.40
pagi tadi, dihalang daripada memasuki pusat pentadbiran kerajaan
Selangor itu.
"Saya hanya mahu menumpang mandi di bilik pejabat MB (Menteri Besar).
Jika tidak boleh, benarkan saya mandi di tandas bawah saja.
"Jika mahu saya bayar, saya akan bayar. Saya pergi surau, masjid tapi semua tiada air," katanya.
Sementara itu, pengawal keselamatan bangunan Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah menegaskan pihaknya tidak dapat membenarkan Jamal masuk ke
pekarangan pejabat pentadbiran negeri atas dasar keselamatan.
Berikutan itu, pintu pagar utama ke bangunan pentadbiran itu ditutup
menyebabkan orang awam yang mahu berurusan juga terhalang daripada masuk
ke bangunan berkenaan.
No comments:
Post a Comment