shahbudindotcom
Sebagaimana
yang dilaporkan media, Najib Razak hari ini menerima kunjungan hormat
anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah di pejabatnya di Putrajaya.
Lembaga
yang bertujuan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam
keseluruhan perjalanan SPRM itu dipengerusikan oleh Tunku Aziz Tunku
Ibrahim, bekas ahli DAP yang kini sudah beralih menjadi penyokong dan
pendokong setia kepada Perdana Menteri.
Apa agaknya yang dibincangkan dalam pertemuan selama 30 minit itu?
Sebagai Perdana Menteri, apakah "nasihat" Najib kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah tersebut?
Sebagai
penasihat kepada hal-hal yang berkaitan ketelusan dan akauntabiliti
mengenai rasuah pula, apakah "nasihat" anggota Lembaga Penasihat
Pencegahan Rasuah, khususnya Tunku Aziz kepada Najib?
Siapa yang menasihat dan siapa yang dinasihat?
Atau kedua-dua pihak saling nasihat-menasihati antara satu sama lain?
Berdasarkan
wajah cerita masing-masing dalam foto yang ditunjukkan, agaknya kita
sudah boleh menaruh harapan bahawa hasil pertemuan itu akan membawa
penurunan kepada indeks rasuah negara di tahun-tahun berikutnya nanti.
No comments:
Post a Comment