MALAYSIAKINI
PAS mengambil berat terhadap segelintir anggota partinya yang tergoda dengan Umno hasil politik kaum oleh BN.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS bimbang dengan
perkembangan itu ekoran peningkatan undi Melayu pada pilihan raya umum
ke-13 tahun lalu.
"Kita
mesti berusaha untuk memecahkan usaha ini. Kami bimbang ada di kalangan
ahli kami dan penyokong yang terpengaruh dengan sikap rasis Umno
khususnya bila mereka sentiasa memainkan isu Melayu," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau yang mesra dipanggil Mat Sabu menasihatkan rakan sekutu khususnya
DAP supaya tidak terperangkap atau terheret dengan permainan rasis
Umno.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang juga berkata DAP tidak boleh membenarkan
parti itu dituduh mempertahankan kaum Cina sahaja yang didakwanya salah
satu "sikap rasis terancang" oleh Umno.
Beliau
mengemukakan contoh beberapa kes usaha terancang itu seperti sebarang
percubaan mengganggu tanah rizab Melayu di pulau mutiara itu yang boleh
mencetus kemarahan memandangkan ketua menteri adalah Cina dari DAP.
Menurut Mohamad, keadaan itu lebih teruk berlaku di Johor dan banyak
kawasan yang didiami orang Melayu yang miskin tetapi tidak menjadi isu
kerana menteri besarnya Melayu.
No comments:
Post a Comment